penceraian

13
SENARAI KANDUNGAN Bil Isi Kandungan Muka Surat 1 Borang maklum balas 2 Senarai kandungan 3 Halaman pengakuan keaslian 4 Soalan Tugasan 5 Pengenalan 6 atar belakang klien ! Masala" #ang dikenal pasti $ Kaeda" pen#elesaian masala" % Kesimpulan 1& 'u(ukan 11 ampiran PENGAKUAN KEASLIAN

Upload: christy-riza

Post on 02-Nov-2015

6 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian kes

TRANSCRIPT

SENARAI KANDUNGAN

Bil Isi KandunganMuka Surat

1Borang maklum balas

2Senarai kandungan

3Halaman pengakuan keaslian

4Soalan Tugasan

5Pengenalan

6Latar belakang klien

7Masalah yang dikenal pasti

8Kaedah penyelesaian masalah

9Kesimpulan

10Rujukan

11Lampiran

PENGAKUAN KEASLIAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama Penulis: CHRISTY RIZA ANAK EMBAWA.

Tarikh: 2 MAC 2015

1.0 PENGENALAN

Penceraian adalah salah satu masalah yang telah menyebabkan klien saya untuk menghadapi kesukaran dalam pembelajarannya semasa sesi pengjaran dan pembelajaran berlangsung. Penceraian kemungkinan akan menganggu prestasi seseorang individu. Penceraian akan memberi kesan terhadap pencapaian akademik sesetengah pelajar (Laducci, 2008). Akibatnya, perkara ini akan mengurangkan keupayaan pembelajaran dan juga pencapaian pendidikan kanak-kanak (Fagan & Churchill, 2012). Oleh itu, murid akan mempunyai masalah pembelajaran di dalam kelas dan akan menyebabkan pencapaian yang rendah semasa peperiksaan. Kes ini boleh diklasifikasikan sebagai isu pembelajaran berdasarkan punca masalah iaitu penceraian.Menurut Whitemarsh (seperti yang dipetik dalam Laducci, 2008), terus diingatkan bahawa kekurangan keupayaan untuk menumpukan perhatian di dalam kelas, kehadiran merosot dan tiada motivasi untuk mengambil bahagian di dalam kelas boleh menyebabkan kanak-kanak menghadapi masa yang sukar untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan dinamik keluarga. Jika masalah ini dibiarkan begitu sahaja maka akan memberikan kesan terhadap masa depan kanak-kanak. Kanak-kanak merasa tertekan dan tiada motivasi untuk membuat yang terbaik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pendekatan rasional emotif kaunseling tingkah laku terapi adalah salah satu daripada langkah-langkah yang boleh diambil dalam menyelesaikan masalah kesukaran pembelajaran untuk kanak-kanak.

2.0 LATAR BELAKANG KLIEN

Klien saya merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang bersekolah di Sekolah Rendah Bakap Indah. Nama klien saya ialah Faraha (bukan nama sebenar). Dia berusia 9 tahun dan pelajar Tahun 3. Keluarganya telah bercerai dan dia tinggal dengan ayanhnya, ibu tirinya dan adik-beradiknya. Pengalaman bersama keluarga baru ini telah menyebabkan tingkah lakunya berubah. Dia sentiasa kelihatan sedih dan tidak ada perasaan dan keinginan untuk menunjukkan minat dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dia percaya bahawa dia harus dilayan secara adil dan keluarganya yang sebelum ini tidak harus bercerai. Dia kemungkinan mengalami tekanan atau penderaan emosi kerana dia tidak dilayan dengan adil.

3.0 MASALAH YANG DIKENAL PASTI

Klien saya menghadapi masalah pembelajaran. Dia tidak dapat membuat yang terbaik dalam pembelajarannya. Dia tidak mempunyai motivasi untuk belajar dan sering tidak memberikan tumpuan semasa guru sedang mengajar. Bahkan, dia tidak membuat dan menyiapkan latihan dan juga kerja rumah yang diberikan oleh guru. Dia sentiasa bersendirian semasa berada di rumah. Dia mempunyai seorang abang dan seorang kakak dan dia merupakan anak bongsu. Abangnya sudah bekerja dan tinggal jauh daripada keluarga manakala kakaknya masih bersekolah di sekolah menengah dan tinggal di asrama sekolah memandangkan jarak rumahnya dengan sekolah kakaknya adalah agak jauh. Oleh itu, Faraha sentiasa bersendirian di rumah. Ibu tirinya sentiasa sibuk mengerjakan kerja-kerja di rumah dan menjaga anak baharu ayahnya dengan ibu tirinya manakala ayahnya pergi bekerja. Kadangkala Faraha terpaksa menjaga adik tirinya apabila ibu tirinya membuat kerja rumah walaupun kadangkala Faraha tidak suka dengan adik tirinya.Faraha selalu menghabiskan masanya dengan dirinya sendiri kerana dia keseorangan di rumah. Dia tidak mempunyai motivasi untuk belajar disebabkan gangguan emosi. Dia akan menonton televisyen dan bermain dengan permainannya sepanjang masa di rumah tanpa memikirkan kerja sekolahnya. Dia juga jarang untuk bercakap dengan kedua-dua orang tuanya. Dia kurang menerima perhatian dan motivasi daripada ayah dan ibu tirinya kerana mereka berdua lebih menumpukan perhatian terhadap anak mereka yang baru lahir. Oleh sebab itu, dia tidak boleh mendapat keputusan yang memberansangkan dalam pencapaian akademiknya.

4.0 PEMILIHAN TEORI

Saya telah memilih Teori Rasional Emotif (REBT) untuk kajian kes saya. Saya menggunakan Teori REBT untuk membantu klien saya untuk menetapkan matlamat dan mendapat kejayaan dalam hidupnya dengan memilih cara atau jalan yang lebih sesuai. Saya mahukan klien saya untuk mengubah pemikiran kurang rasional pada dirinya dengan pemikiran rasional yang baharu. Objektif sesi kaunseling yang hendak diadakan adalah untuk mengubah pemikiran tidak rasional kepada pemikiran rasional bagi mengatasi gangguan emosi dan tingkah laku pelajar. Namun demikian, perubahan yang dikehendaki adalah bergantung kepada usaha dan diri individu itu sendiri sama ada dia hendak berubah atau tidak kerana keputusan itu terletak pada diri individu tersebut.Jika klien saya tetap dengan pendiriannya iaitu dengan pemikiran tidak rasionalnya, maka perkara ini akan menghalangnya daripada mencapai apa-apa kejayaan justeru menyebabkan tahap gangguan emosinya semakin kritikal dan boleh mengundang bahaya kepada dirinya sendiri dan juga orang disekelilingnya. Pemikiran tidak rasional adalah berkaitan dengan cara pemikiran yang tidak logik dalam menilai dirinya sendiri, orang lain dan juga kehidupannya di dunia ini.Fokus REBT adalah untuk membantu seseorang klien untuk memahami perhubungan atau perkaitan antara pemikiran rasional mereka dengan masalah yang dihadapi oleh mereka pada masa sekarang. Apa yang dikehendaki oleh kaunselor adalah untuk mendedahkan kliennya dengan pemikiran tidak rasional mereka dan kepercayaan mereka yang boleh merosakkan diri klien itu sendiri. Sebagai contoh, kalau klien fikir bahawa mereka memerlukan persetujuan semua orang di sekeliling mereka maka, Teori REBT akan mengenal pasti pemikiran mereka ini dan mempertikaikan alasan dan sebab klien untuk memiliki pemikiran dan kepercayaan seperti itu.Menurut David dan Douglas (seperti yang dipetik dalam Yahya dan Mustaffa, 2012, muka surat 124), pendekatan REBT memberi penekanan terhadap pemikiran, penilaian, membuat keputusan, analisis dan perbuatan. Namun demikian, saya harus menganalisis setiap satu cara berfikir atau penilaian yang ada pada klien saya.Untuk penjelasan personaliti rasional, Ellis memperkenalkan teori ABCDE. A adalah peristiwa yang berlaku kepada diri klien. B adalah kepercayaan yang tidak rasional klien yang terbentuk daripada peristiwa yang dialami. C adalah emosi terhasil daripada kepercayaan yang tidak rasional. D adalah kaedah yang digunakan mahupun cabaran yang akan mengubah emosi yang tidak stabil dan kepercayaan tidak rasional dalam diri klien. E adalah lahir emosi yang normal dalam diri klien. (Najati & Lea-Baranovich)Oleh itu, teori REBT boleh membantu kanak-kanak untuk memahami dengan sendiri gangguan emosi yang dialaminya dengan mengenal pasti cara pemikiran rasional mereka. REBT boleh membantu mereka untuk berfikir dengan cara mereka sendiri dan berbeza dari yang sebelum ini. Menurut Gerald Corey (seperti yang dipetik dalam Yahya & Mustaffa, 2012) dalam proses teraputik, klien mempelajari kemahiran yang menjadi satu alat untuk mengenal pasti dan mempertikaikan kepercayaan yang tidak rasional yang telah terbentuk di dalam diri mereka. Selain itu, REBT juga boleh membantu seseorang individu untuk belajar menerima diri mereka walaupun terdapat perkara-perkara yang tidak sempurna dalam diri mereka.

5.0 KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

Proses pertama untuk sesi terapi saya ialah dengan mendekati dan berkenalan dengan klien saya. Kebetulan klien saya ialah salah seorang murid yang saya ajar dan ini memudahkan saya untuk mendekatinya dengan lebih baik. Saya perlu membina hubungan dengan klien saya untuk mendapatkan kepercayaannya terhadap saya. Hal ini adalah untuk memastikan klien saya nanti mudah untuk meluahkan segala yang terbuku dalam dirinya yang telah menjadi satu beban kepada dirinya. Saya harus lebih bersifat empati, dan menghormati klien saya. Proses ini saya laksanakan dalam sesi yang pertama.Untuk sesi pertama, saya mendengar masalah klien saya, apa yang menyebabkan dia untuk menghadapi masalah dalam pembelajarannya. Saya menilai masalahnya dan menganggar tahap tekanan dan kemurungan yang dialami oleh klien saya dengan bertanyakan soalan tentang keluarganya. Dia akan memberi respon dengan sangat serius apabila saya bertanyakan tentang ibunya. Saya pernah menyuruhnya untuk menulis sebuah karangan ringkas tentang keluarganya. Dia lebih banyak menulis tentang ibu kandungnya yang bermakna dia banyak memikirkan tentang ibu kandungnya. Saya boleh melihat ekspresi mukanya yang kadang kala berubah menjadi muram dan sedih apabila saya menyatakan perkataan ibu kepadanya. Dia akan tertekan dan tidak akan bercakap banyak.Proses yang seterusnya adalah untuk mengenal pasti masalah, individu tersebut dan situasi yang dialaminya dan saya laksanakan proses ini pada sesi kedua. Dalam sesi kedua, saya bermula dengan bertanyakan pandangan klien saya tentang perkara yang tidak betul bagi dirinya. Saya bertanyakan tentang masalah-masalah yang dihadapinya setelah ibu bapanya bercerai. Saya telah merujuk kepada pencapaian akademiknya pada tahun lepas pada fail pelajar. Saya juga bertanya tentang masa belajarnya dan kesukaran yang dihadapinya dalam pembelajarannya. Kebanyakan masa yang terluang dia habiskan di rumah seorang diri dan kadangkala dia perlu untuk menjaga adiknya yang baru lahir kerana ibu tirinya yang sibuk melakukan kerja rumah. Oleh itu, dia berasa diabaikan dan berasa malas untuk membuat ulangkaji mahupun membuat kerja rumah yang telah diberikan oleh guru di rumahnya.Seterusnya adalah proses untuk mempersiapkan klien saya untuk menjalani terapi. Saya melaksanakan proses ini pada sesi ketiga. Saya menjelaskan matlamat atau objektif dengan terperinci berkenaan dengan terapi yang hendak dibuat dan dipersetujui oleh klien dan juga saya sendiri. Saya juga menjelaskan serba sedikit tentang konsep asas dalam teori REBT kepada klien sebelum memulakan terapi. Saya telah menggunakan teori ABCDE seperti yang terkandung dalam REBT. Dalam teori ini, A dipanggil sebagai peristiwa diaktifkan, B sebagai percayaan peristiwa berlaku dan C sebagai akibat. Saya memberitahunya bahawa B adalah penyebab kepada C iaitu akibat dan bukan A. D ialah pertikaian intervensi yang diperkenalkan untuk mengubah kepercayaan dan E ialah kesan yang baru (kepercayaan yang lebih layak) yang mempunyai perkaitan dengan peristiwa yang diaktifkan. Akhirnya, emosi yang baru akan timbul yang berkaitan dengan kepercayaan rasional yang baru tentang diri mereka.Bagi klien saya, peristiwa yang diaktifkan adalah klien saya kemurungan dan berasa sangat tertekan berkenaan dengan masalah penceraian ibu bapanya. Saya boleh memahami apa yang dirasai olehnya yang dia berasa sangat sedih dengan nasibnya yang tidak sama seperti rakan-rakannya yang lain di mana keluarga mereka sangat akrab dan mengambil berat antara satu sama lain. Oleh yang demikian, akibatnya dia mudah untuk berasa tertekan dan tidak mempunyai sebarang motivasi untuk membuat yang terbaik dalam pembelajarannya. Untuk B pula, klien saya percaya bahawa keluarganya harus melayannya dengan lebih adil dan memberikan motivasi kepadanya untuk membuat yang terbaik dalam hidupnya terutamanya dalam pembelajarannya di sekolah dan juga di rumah. Maka, saya inginkan klien saya untuk memberitahu saya apa yang dia rasa dia harus alami yang mana adalah berkaitan dengan D(kesan baru). Klien saya boleh menerima kekecewaan tetapi bukan kemurungan dan tekanan di mana dia tidak mahu untuk berasa marah dengan ayahnya dan membuatkan dirinya tertekan. Dia mahu membuat yang terbaik dalam pembelajarannya dan tidak mahu melakukan yang tidak baik dalam kelas lagi-lagi dalam pembelajarannya. Dia mampu untuk mengatasi kemurungan yang dialaminya dengan mempunyai pemikiran dan kepercayaan yang rasional untuk membantunya mencapai perasaan atau emosi yang baru. Oleh itu, saya akan membantunya untuk mendapatkan kepercayaan rasional dengan melakukan proses pertikaian intervensi di mana dia harus.mempertikaikan atau mengubah kepercayaan tidak rasional dia sebelum ini. Saya menyuruhnya untuk berfikir sama ada dia tertekan disebabkan oleh penceraian ibu bapanya atau disebabkan keseorangan tinggal di rumah. Saya menjelaskan kepadanya bahawa dia keseorangan di rumah telah menyebabkan dia tertekan. Maka, dia harus sedar tentang situasi baru yang dihadapinya selepas ibu bapanya bercerai dan tidak harus bersikap tidak baik apabila ayahnya mempunyai tanggungjawab yang lain. Ibu bapanya bercerai tetapi mereka masih menyayanginya dan mengambil berat tentang dirinya tetapi dirinya tidak dapat melihat perkara seperti itu kerana dia tertekan. Dia harus sentiasa ingat bahawa akan ada cara lain bagi dirinya untuk mendapatkan motivasi dalam pembelajarannya selain daripada mendapatkan perhatian daripada ibu bapanya.Dalam sesi keempat, saya membantu klien saya untuk memberikan perhatian terhadap perkara yang dia boleh lakukan perubahan lebih-lebih lagi terhadap perkara yang dia tidak boleh ubah sebelum ini. Saya memberitahunya bahawa dia sekarang berada dan hidup dengan keluarga yang baru. Maka, dia harus belajar untuk menyayangi keluarga barunya dan menghormati serta mengambil berat tentang keluarganya di mana kelakuan dan sikapnya itu boleh menjadi teladan yang baik dalam keluarganya. Saya memberikan motivasi kepadanya untuk tidak mudah berputus asa dalam pembelajarannya dan sentiasa mendapatkan bantuan jika dia tidak dapat memahami isi pelajaran yang diajar. Saya juga memberitahunya bahawa terdapat pelajar lain yang menghadapi masalah yang sama sepertinya tetapi masih boleh berfikir dengan tenang dan rasional. Sebagai akibatnya, mereka boleh memberikan perhatian terhadap pembelajaran mereka dan mendapat pencapaian yang baik dalam pembelajaran mereka.Dalam sesi ini, saya telah menggunakan kaedah kognitif. Saya memberikan beberapa soalan untuk membincangkan pemikiran tidak rasionalnya dan mencatat pernyataannya. Pernyataannya yang berbentuk perjanjian ialah Saya akan membuat yang terbaik dalam pembelajaran saya dan tidak akan menyalahkan ibu bapa saya atas penceraian mereka berdua. Oleh itu, saya akan membantu klien saya untuk berfikir dengan rasional sepanjang masa dan sentiasa bermotivasi dalam pembelajarannya.

6.0 KESIMPULAN

Sesi kaunseling membantu klien saya untuk berhadapan dengan masalahnya. Saya bersedia untuk berjumpa dengan keluarganya jika perlu bagi membantu klien saya sepenuhnya. Ibu bapa yang bercerai yang hidup berasingan tetapi masih prihatin untuk mencari jalan bagi membentuk keseimbangan dalam keluarga, membantu membina hubungan yang baik antara kedua-dua keluarga yang baru dan memberikan yang terbaik dalam berkomunikasi akan memberikan kesan yang baik kepada masyarakat dan perkembangan emosi anak mereka (Landucci, 2008). Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan yang penting bagi membantu anak mereka dalam pembelajaran mereka. Menurut Golden dan Henderson, (seperti yang dipetik dalam Laducci, 2008), kanak-kanak boleh menyesuaikan diri dengan lebih efektif terhadap perubahan jika ibu bapa berterusan untuk menghormati dan bersikap harmoni terhadap satu sama lain. Namun demikian, ibu bapa, murid, guru dan kaunselor sekolah harus memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama untuk membantu kanak-kanak untuk menghadapi masalah penceraian dalam keluarga mereka bagi mengekalkan pencapaian mereka dalam akademik.

LAMPIRAN