pencemaran buny1

10
Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian. Akhir-akhir ini, aspek ini dibincangkan secara bersungguh-sungguh apabila paras bunyi semakin meningkat dari hari ke hari. Pembangunan negara yang pesat menuju status negara industri yang menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber bunyi utama di negara kita. Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan pembinaan lebih banyak lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi. Dalam sektor pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan bagi mengelak pekerja mengalami masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan sektor industri di negara ini lebih berorientasikan buruh berbanding di negara-negara maju. Sehubungan ini pengoperasian jentera dalam bangunan mungkin mendedahkan pekerja kepada risiko kerosakan pendengaran. Pengukuran bunyi juga amat penting bagi menilai sumber, kesan dan teknologi kawalan yang sesuai. Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)[desibel] dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli.

Upload: mansor-samah

Post on 20-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

trst

TRANSCRIPT

Pencemaran BunyiPencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian. Akhir-akhir ini, aspek ini dibincangkan secara bersungguh-sungguh apabila paras bunyi semakin meningkat dari hari ke hari. Pembangunan negara yang pesat menuju status negara industri yang menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber bunyi utama di negara kita. Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan pembinaan lebih banyak lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi. Dalam sektor pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan bagi mengelak pekerja mengalami masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan sektor industri di negara ini lebih berorientasikan buruh berbanding di negara-negara maju. Sehubungan ini pengoperasian jentera dalam bangunan mungkin mendedahkan pekerja kepada risiko kerosakan pendengaran. Pengukuran bunyi juga amat penting bagi menilai sumber, kesan dan teknologi kawalan yang sesuai.

Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)[desibel] dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli.

Kebisingan selenjaradalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan..

Kebisingan fluktasipula merupakan kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contohnya kebisingan fluktasi berlaku apabila seseorang sedang berbual-bual , dan bunyi enjin yang tidak dimatikan.

Hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contohnya tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun dengan cepat. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran. Kebisingan selang seli berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam kawasan industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera,dan kenderaan.Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain atas pencemaran bunyi yang dikeluarkan.

Di kawasan petempatan pula, punca berlakunya pencemaran bunyi adalah proses pembinaan yang menanamkan cerucuk-cerucuk besi di dalam tanah demi membinakan bangunan-bangunan yang tinggi. Selain itu kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi bising yang memekakkan telinga di kawasan penempatan dan sekitar sekolah juga punca utama yang menyumbangkan kepada pencemaran bunyi . Contohnya pemandu kereta yang suka `hon` sesuka hati dan tidak mematikan enjin sementara menunggu anak di sekitar sekolah .

Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen dengan suara yang kuat juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi . Pada sesetengah masa aktiviti masyarakat seperti mengadakan konsert semasa musim perayaan dan tidak merendahkan bunyi pembesar suara walaupun selepas pukul 12 malam juga merupakan pencemaran bunyi yang sering berlaku .

Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini sememangnya banyak membawa kesan yang negatif ke atas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang negatif selalu menstimulasikan mekanisme pertahanan badan manusia yang mengakibatkan rembesan adrenalina(hormon) dan respons-respons fisiologi lain walhal ketiadaan keadaan yang membahayakan.

Kesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada kesan fisiologi dan kesan psikologi . kesan fisiologi melibatkan kehilangan pendengaran dan respons kepada keadaan cemas manakala kesan psikologi berlaku akibat pencemaran bunyi yang mengganggu komunikasi antara manusia., mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental dan mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan.

Kesan kesan negatif yang tersebut diatas biasanya berlaku kepada orang-orang yang selalu terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau sekitar tempat perumahan mereka. Contohnya pekerja-pekerja kilang dan penduduk-penduduk di sekitar lapangan terbang yang mungkin menghadapi risiko kehilangan pendengaran mereka dimana kehilangan pendengaran biasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa disedari oleh mereka.Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, had maksimum yang dibenarkan bagi kawasan Bandar yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi adalah 65 desibel (dBA) untuk waktu siang dan 60 dBA untuk waktu malam. Sesiapa yang tidak mematuhi undang undang dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan .

Dalam pandangan saya , masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang serius dan tidak harus diabaikan mahupun dipandang ringan . Jabatan kerajaan yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar dan pihak sekolah harus berusaha mengadakan kempen dan memberi imformasi kepada orang awam serta pelajar pelajar tentang betapa seriusnya pencemaran bunyi yang sedang berlaku di Negara kita. Pihak berkaitan juga harus berusaha menyemaikan perasaan cinta kepada alam sekitar dalam kalangan ahli masyarakat untuk mewujudkan masyarakat yang tanpa pencemaran .

Akhirnya , undang- undang yang lebih lengkap , jelas, dan tegas haruslah diwujudkan bagi megawal masalah pencemaran bunyi di negara kita .

PENCEMARAN BUNYI

PengenalanPencemaran bunyi adalah salah satu daripada pencemaran alam. Jika pencemaran alam sekitar yang lain memberi impak kepada ekologi, ekosistem dan penghuni alam, pencemaran bunyi memberi kesan langsung kepada manusia. Bunyi bising bukanlah sesuatu perkara asing kepada kita. Kebisingan yang berlaku berbeza antara satu sumber dengan sumber yang lain. Gangguan yang berlaku juga bergantung kepada persepsi individu masing-masing sama ada boleh bertoleransi atau tidak.

Misalnya ada orang yang cepat melenting jika mendengar bunyi motor yang bising tetapi ada orang yang masih boleh bertahan ke suatu tahap yang lebih tinggi. Seperti juga pencemaran air dan udara, bunyi juga boleh dianggap sebagai suatu pencemaran kerana ia menyebabkan gangguan. Walau bagaimanapun, pencemaran bunyi ini biasanya tidak mendapat perhatian khusus seperti pencemaran air dan udara kerana mungkin disebabkan sifat tidak boleh dilihat serta kehadiran yang biasanya akan lenyap dalam suatu jangka masa yang singkat.

Pada masa kini, aktiviti manusia seharian dan perkembangan teknologi telah menyebabkan paras bunyi menjadi semakin tinggi berbanding zaman dahulu. Sebagai contoh, bilangan kenderaan di jalan raya telah semakin meningkat, bilangan penduduk yang bertambah menyebabkan aktiviti-aktiviti sosial boleh menghasilkan bunyi bising serta penciptaan kapal terbang dan jet merupakan antara beberapa contoh pertambahan bunyi di persekitaran. Oleh yang demikian, menurut Hamidi Abdul Aziz (2008), pencemaran bunyi pada masa ini telah mula diberi perhatian serius lebih-lebih lagi apabila bunyi dikaitkan dengan kesihatan manusia. Keadaan kesihatan yang dimaksudkan antaranya adalah kerosakan pendengaran pekerja di persekitaran yang bising juga telah memungkinkan standard bunyi diperkenalkan.

Menurut OECD (1975), perhatian kurang diberikan kepada bunyi bising berbanding pencemaran lain kerana beberapa faktor antaranya adalah bunyi bising merupakan suatu masalah setempat. Dimana ia berlaku di kawasan yang berhampiran dengan sumber bising sahaja. Ia tidak dipindahkan dalam jarak yang jauh sama ada melalui udara mahu pun melalui air. Selain itu, faktor kesukaran untuk mengenalpasti kesan-kesan kerosakan segera akibat terdedah kepada bunyi bising dalam keadaan normal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat kurang sedar akan bahaya pencemaran bising dan seterusnya kurang memberikan perhatian terhadapnya.

Punca Bunyi Bising

Sumber utama pencemaran bunyi bising boleh dibahagikan kepada tiga sumber iaitu kebisingan pengangkutan, industri dan pembinaan serta kebisingan dari manusia. Kebisingan yang berpunca daripada pengangkutan boleh dibahagikan kepada tiga punca utama iaitu lalulintas, kapal terbang dan keretapi. Lalu lintas merupakan punca utama pencemaran kebisingan komuniti di bandar-bandar utama. Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kebisingan lalu lintas antaranya adalah permukaan jalan dan jenis jalan, kelajuan kenderaan, nisbah laluan lori, kecerunan dan persimpangan jalan dan keadaan cuaca.Kebisingan kapal terbang amat ketara bagi komuniti yang tinggal berhampiran dengan lapangan terbang. Kebisingan kapal terbang bergantung kepada jenisnya, kuasa enjin dan keadaan operasi di lapangan terbang. Masalah kebisingan dari sumber keretapi lebih ketara di kawasan tertentu sahaja, misalnya di kawasan luar bandar yang biasanya terdapat landasan keretapi yang melaluinya. Punca utama kebisingan adalah daripada roda dan landasan keretapi.

Kebisingan daripada operasi industri adalah daripada mesin dan peralatannya. Paras tekanan bising industri adalah sukar ditentukan disebabkan saiz dan bentuk pelbagai industri di samping mempunyai gelombang pelbagai sumber kebisingan. Operasi pembinaan pula bersifat sementara, namun untuk projek besar ia akan memakan masa yang lama. Kebisingan ini biasanya dihasilkan oleh penggunaan jentera dalam proses pembinaan. Penanaman cerucuk biasanya mengeluarkan bunyi yang kuat kerana hentakan besi cerucuk dan enjin mesin hentakan. Kebisingan pembinaan juga dihasilkan oleh mesin pembancuh simen, trak pengangkut dan janakuasa yang digunakan.

Kebisingan daripada aktiviti harian manusia dan suara manusia juga menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Kebisingan ini termasuklah berpunca daripada radio, televisyen dan sebagainya serta daripada binatang peliharaan seperti anjing. Kebisingan ini amat ketara di kawasan-kawasan perumahan berkepadatan tinggi.

Kesan Pencemaran Bunyi

Apabila kita membincangkan tentang kebisingan, secara tidak langsung kesan-kesan kebisingan juga perlu dibincangkan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat. Kebisingan dikenal pasti meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Kesan kebisingan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan biologikal dan psikologi serta kesan ke atas ekonomi. Kesan biologikal dan psikologi boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu gangguan komunikasi dan pendidikan, kesihatan dan habitaliti. Manakala kesan kepada ekonomi pula ialah dari segi nilai harta benda.

Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi misalnya percakapan secara langsung atau melalui telefon. Kebisingan juga boleh mengganggu kenikmatan mendengar radio, televisyen, waktu pembelajaran serta waktu rehat seseorang. Kebisingan yang melampau juga boleh mengakibatkan kesan negatif kepada pendengaran. Kesan yang nyata adalah seperti pekak dan pengurangan keupayaan pendengaran. Rosen (dalam Mulholland, 1981) menyatakan bahawa bunyi bising boleh mengganggu pertumbuhan kanak-kanak misalnya kulit menjadi pucat, selaput lendir menjadi kering, usus kejang dan kerosakan buah pinggang.

Selain itu, gangguan dalam habiliti pula termasuklah perasaan terganggu, gangguan tidur dan pekerjaan. Bunyi bising selalu dikatakan sebagai suatu tekanan dalam kehidupan moden dan kemungkinan terjadinya sakit jiwa akibat bunyi bising tidak diabaikan. Walaupun bunyi bising mempengaruhi jiwa seseorang, tetapi adalah sukar untuk kita meramalkan sifat dan tahap kesannya kerana setiap individu mempunyai sifat dan tahap penerimaan yang berbeza. Kebisingan juga boleh memberi kesan kepada tahap kecekapan dalam melaksanakan pekerjaan. Kerja-kerja yang memerlukan daya kreativiti, percakapan atau kerja-kerja rutin yang memerlukan kepantasan yang berterusan amat mudah dipengaruhi oleh bunyi bising dan seterusnya mengakibatkan terjadinya banyak kesilapan.

Kesan gangguan bising kepada nilai harta benda boleh menjatuhkan nilai harta benda yang terletak berhampiran puncanya. Penyebab utama kepada kejatuhan nilai harta benda biasanya adalah berpunca daripada bunyi bising kenderaan, tetapi kesan ini hanya berkait dengan nilai tapak kediaman. Walau bagaimanapun, kesan ke atas penurunan nilai harta tanah mungkin lebih dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan sendiri. Misalnya perletakan harta tanah di suatu lokasi yang dianggap istimewa seperti berhampiran dengan pusat bandar atau kawasan yang mempunyai kemudahan awam mungkin dianggap dapat mengatasi kerugian yang dialami akibat kebisingan. Oleh itu nilainya tidak akan turun walaupun terdapatnya kebisingan kerana keutamaan yang lebih tinggi diberikan kepada faktor kemudahan awam.

Langkah Mengawal Pencemaran Bunyi

Usaha pengawalan bunyi adalah sukar kerana bunyi memberi makna dan berkaitan dengan kehidupan. Bunyi yang kerterlaluan seperti dari kilang-kilang pula mendatangkan kesan tidak baik dan dalam masa yang sama negara menuntut pembangunan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Kerajaan diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak lagi kawasan dan taman industri yang jauh dari kediaman. Ertinya zon pencemaran bunyi hanya berlaku di kawasan itu sahaja sementara itu mewajibkan pengusaha kilang menyediakan alat penghadang bunyi kepada pekerja yang sentiasa berada di kawasan bunyi bising.

Masyarakat boleh membantu pengurangan kadar bunyi bising walaupun tidak secara keseluruhannya dengan memperlahankan bunyi radio, muzik karaoke dan bunyi motorsikal yang telah diubah suai. Perkongsian kereta merupakan strategi serampang tiga mata iaitu mengurangkan kesesakan lalulintas, mengurangkan kos dan mengurangkan pencemaran bunyi. Bunyi empat buah kereta dan ruang jalanraya dan tempat letak kereta bagi empat buah kereta telah diisi oleh sebuah kereta. Cara ini juga sangat digalakkan oleh kerajaan dan rakyat harus menyokong dan mempraktikan saranan itu.

Penggunaan alat dan jentera canggih dalam pembinaan mengurangkan kadar bunyi bising berbanding jentera lama. Penggunaan jentera canggih juga lebih mempercepatkan proses pembinaan terutamanya alat menanam cerucuk dan mengerudi. Projek kawasan perumahan berfasa yang memakan masa dan berhampiran dengan penduduk yang sedia ada amatlah perlu menggunakan jentera canggih walaupun iannya dilihat melibatkan kos yang besar.

Malaysia kerap menganjurkan kempen-kempen kesedaran contohnya kempen berbudi bahasa, kempen anti sumbang mahram dan kempen anti dadah. Kempen kesedaran berkenaan anti pencemaran bunyi juga sangat wajar dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Masyarakat terutama golongan sasar perlu diingatkan tentang nilai sepasang telinga.