pencemaran bahasa

20
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU TAJUK TUGASAN : PENCEMARAN BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH : EN. MOHD. NOOR AHMAD KUMPULAN : KPLI-KDC-SKM 1A (AMBILAN NOVEMBER 2007) NAMA PELATIH : NURUL FAZLI BIN SHABUDIN ( 830315-08-6287 ) NIZAWAN BIN AWANG ( 760819-08-6749 ) LIEW BOON CHUN ( 820803-08-5647 ) TARIKH SERAHAN : 12.12.2007 INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM KEDAH

Upload: nurulfazli

Post on 13-Sep-2015

67 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pencemaran Bahasa dalam Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Pencemaran Bahasa-bahasa dalam Bahasa Melayu

1.0 Pengenalan

Pencemaran bahasa dapat didefinisikan sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat (Nik Safiah Karim,1986, ms.132). Malahan orang ramai mampu melihat dan mendengar kesalahan bahasa ini di papan-papan iklan, papan-papan tanda, kenyataan-kenyataan umum, di dalam akhbar-akhbar, radio dan televisyen dan pelbagai situasi yang lain. Keadaan ini dapat diklasifikasikan sebagai berbahaya kerana pencemaran bahasa sebegini sentiasa dilihat dan didengar yang mana lama-kelamaan ia akan diterima sebagai suatu penggunaan bahasa yang betul.. Misalnya, kanak-kanak sekolah yang sedang melalui proses pembelajaran pada peringkat asas. Sekiranya masalah pencemaran ini berterusan maka kita juga akan menghasilkan satu generasi yang menggunakan Bahasa Melayu yang salah dan akan berterusan selamanya. Perkembangan Bahasa Melayu dalam era teknologi maklumat Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) menyatakan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa dan ditulis dalam bentuk tulisan yang ditentukan oleh parlimen. Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah melalui zaman kegemilangan, dengan menjadi lingua franca seluruh daerah Kepulauan Melayu. Bahasa Malaysia hanya satu nama yang timbul selepas 13 Mei 1969 demi untuk menghilangkan konotasi bahawa bahasa Melayu ini adalah kepunyaan orang Melayu sahaja. Dengan menamakannya sebagai bahasa Malaysia, maka diharapkan agar kaum-kaum lain mudah menerimanya. Sebenarnya, bahasa itu tetap serupa walau apa pun nama yang diberikan kepadanya.Jalan yang akan dilalui oleh bahasa Melayu tidak akan berlainan daripada jalan-jalan yang dilalui oleh bahasa-bahasa moden lain di dunia, seperti bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Rusia, Cina, Jepun, dan lain-lain. Bahasa adalah alat yang digunakan oleh anggota masyarakat sebagai saluran untuk menyatakan fikiran dan perasaan. Selagi masyarakat itu aktif dan berkembang, demikian juga bahasanya. Sistem bunyinya, sistem pembentukan katanya, serta sistem frasa dan ayatnya turut menyesuaikan diri dengan apa-apa perubahan yang berlaku pada masyarakat. Apabila bahasa Melayu sudah lama digunakan sebagai bahasa ilmiah, akan muncul ciri-ciri yang bertujuan membolehkan bahasa Melayu memperkatakan hal-hal dengan lebih abstrak, tetapi tepat dan tegas. Taraf keintelektualan ini berlaku pada semua peringkat, termasuk perbendaharaan kata, tatabahasa, dan juga gaya. Penekanan juga akan diberi kepada aspek-aspek estetik. Apabila bahasa Melayu telah digunakan sedemikian lama oleh jumlah penutur yang agak besar, dan apabila penguasaan masing-masing sudah mencapai taraf yang membanggakan, maka penekanan kepada aspek-aspek keindahan bahasa akan muncul secara automatik. Bahasa Melayu sudah mencapai taraf kematangan dari segi penggunaannya. Walau- bagaimanapun, pencemaran bahasa-bahasa dalam bahasa melayu juga wujud di kalangan masyarakat pada hari ini.2.0 Ciri-Ciri Pencemaran Bahasa.

Antara ciri-ciri pencemaran bahasa ialah:1. pengutamaan bahasa asing.2. saiz atau warna.

3. penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu.

4. ejaan.

5. pemilihan kata.

6. pembentukan kata.

7. pengolahan ayat .

8. penggunaan laras.

9. pencampuradukan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.

3.0 Sebab Berlakunya Pencemaran Bahasa.1. Kurang pengetahuan dan pelajaran tentang Bahasa Melayu.

2. Tidak mengambil berat terhadap Bahasa Melayu sehingga kesalahan yang

diketahui pun tidak dipedulikan.

3. Tidak berusaha memperbaiki kebolehan atau taraf penguasaaan Bahasa

Melayu mereka.

4. Menggunakan Bahasa Melayu sesuka hati, tanpa berusaha merujuk

kepada DBP atau pihak-pihak lain yang dapat memberikan nasihat.

5. Perkembangan Bahasa Melayu yang begitu pesat, dengan istilah dan

ejaan-ejaan barunya, menyebabkan banyak orang yang ketinggalan zaman.4.0 Evolusi Bahasa MelayuPerkembangan ini sangat menarik jika ditinjau dari aspek pelestarian bahasa. Ia membuktikan kedinamikan bahasa Melayu yang kekal relevan dalam zaman siber ini. Bahasa Melayu tetap digunakan walaupun masyarakat Melayu di Singapura mampu berbahasa Inggeris dengan baik. Ini merupakan satu sikap positif dan terpuji. Bahasa Melayu tetap digunakan dengan beberapa pengubahsuaian bagi memudahkan perbualan. Namun demikian manipulasi bahasa seumpama ini jika tidak dibendung mampu memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu sendiri. 5.0 Definisi Ejaan

Ejaan terdiri daripada penyusunan huruf-huruf untuk menghasilkan perkataan yang mempunyai maksud tertentu kemudian disebut serta difahami. Terdapat tujuh jenis sistem ejaan yang pernah wujud di Malaysia. Daftar ejaan Za'ba telah pun dikeluarkan pada tahun 1937 manakala daftar ejaan baru Bahasa Melayu dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1980. Ejaan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada dua aspek iaitu aspek sistem ejaan rumi lama dan ejaan rumi baru. Pada tahun 1972 sistem ejaan rumi baru Bahasa Melayu telah dipersetujui bersama Malaysia dan Indonesia untuk mencapai tujuan standardisasi atau pembakuan bahasa antara Malaysia dan Indonesia. Namun masih terdapat tiada kesepakatan dalam beberapa keadaan tentang ejaan seperti berikut:MalaysiaIndonesia

mahuubat muziumkeranamau

obat

museum

karena

Berikut ialah kesalahan ejaan yang biasa dilakukan dalam penulisan. Ditunjukkan juga ejaan yang betul bagi kesalahan tersebut. Kesalahan ini berlaku mungkin disebabkan kekeliruan.Jenis kesalahanContoh kesalahanPembetulan

1. keselarasan vokal

akibat pengaruh dialekkata tiga suku kata tertutupakibat kekecualian bagi kata pinjam serantausibar, hibuh, sebok, sinarai

kelumpok, celotih, kelungsungcalun, pelancung, awit, bunglunsebar, heboh, sibuk, senarai

kelompok, celoteh, kelongsongcalon, pelancong, awet, bunglon

2. Ejaan kata pinjaman:

akibat pengaruh ejaan bahasa sumber bagi kata yang sudah mantapkekeliruan antara bunyi sebutan dengan sistem visual ejaanejaan kata khusus yang mengunakan nomborplan, gran, klas

teknoloji, otomotik, karban, oksijen,abad ke20tahun 60anpelan, geran, kelas

teknologi, automatik, karbon, oksigenabad ke-20tahun 60-an

3. Ejaan kata terbitan:

awalan meN-, peN-, beR-akhiran -kan, -imengaru, mensenaraikanmenggaru, menyenaraikan

4. Ejaan Kata Majmuk

kata majmuk yang dieja sebagai stau perkataankata majmuk yang dieja sebagai dua perkataankata majmuk yang mendapat apitanjawatan kuasa, antara bangsa, bagai mana

ambilalih, ibubapa, kuatkuasamenguat kuasakan, menganak tirikan, menemu dugaijawatankuasa, antarabangsa, bagaimana

ambil alih, ibu bapa, kuat kuasamenguatkuasakan, menganaktirikan, menemuduga

6.0 PENCEMARAN BAHASA DI DALAM BAHASA MELAYU6.1 Pencemaran Bahasa Melayu melalui penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS) telefon mudah alih Menurut kajian Ng Kwan-Hoong dalam kajiannya bertajuk Radiasi, Telefon Mudah Alih, Stesen Pengkalan Data dan Kesihatan Anda (Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia), industri telekomunikasi mengalami pertumbuhan teguh pada skala global. Telefon mudah alih, kadangkala dikenali sebagai telefon selular atau telefon bimbit, merupakan alat penting dalam telekomunikasi moden dan kini pantas menjadi satu gaya hidup sosial. Di sesetengah tempat di dunia, ia adalah telefon yang paling boleh dipercayai atau satu-satunya telefon yang boleh didapati. Di tempat-tempat lain pula, telefon mudah alih amat digemari kerana ia membolehkan memudahkan komunikasi yang tetap dan berterusan tanpa menyekat kebebasan bergerak penggunanya.

Terdapat ramai pengguna telefon mudah alih pelbagai jenama di Malaysia pada hari ini. Antara jenama terkenal ialah Nokia, Samsung, Sony Ericson, Alcatel dan sebagainya. Penggunaan telefon mudah alih kini dianggap sebagai satu keperluan kepada setiap individu kerana fungsi dan peranannya yang amat efektif, pantas, murah, mampu bertahan dalam apa jua keadaan cuaca dan mampu memberi capaian rangkaian walau di mana pengguna berada.

Kebanyakan pengguna telefon mudah alih gemar menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas. Ini disebabkan kadar cajnya yang lebih murah berbanding pelan berbual. Penggunaan khidmat ini hanya melibatkan proses menaip perkataan atau teks sebagai satu kaedah menyampaikan maklumat. Untuk menjimatkan ruang teks, masa dan jumlah penghantaran pesanan, segelintir pengguna akan menggunakan perkataan-perkataan yang ringkas atau terlalu ringkas dan berkemungkinan mencampur-adukkan perkataan Bahasa Melayu dengan bahasa yang lain. Misalnya, bahasa Inggeris. Contoh di bawah menunjukkan pencemaran bahasa melalui khidmat sistem pesanan ringkas telefon mudah alih.Kesalahan dan pencemaran Bahasa Melayu

Individu A

Askum Mat, ptg nanti jgn lupa dtg umah aku. Kt p sama2 naik keta. Pas 2 kita p umah Midon mkn nsi minyk. Aku tggu ko. Individu B

Wkslm Din. Aku p sn.Perkataan atau ayat Bahasa Melayu piawai

Berdasarkan contoh komunikasi dua hala dengan menggunakan telefon bimbit melalui khidmat sistem pesanan ringkas di atas, perbandingan boleh dibuat berdasarkan jumlah huruf, jumlah perkataan dan ruang yang digunakan. Malahan, adalah sukar bagi kita untuk menyebut atau membunyikan perkataan seperti jgn, dtg, dan wkslm. Ini menunjukkan berlakunya pencemaran bahasa Melayu yang ketara dan wajar dielakkan.

6.2 Pencemaran Bahasa Melayu dalam internet dan ruangan sembang- sembang

Terdapat contoh lain yang sama erti dengan penggunaan khidmat pesanan ringkas yang jelas mencemarkan bahasa. Ruangan sembang-sembang ( chatting ) secara atas talian ( online ) dengan penggunaan komputer dan internet pada masa kini, turut menunjukkan gejala dan amalan oleh penggunanya yang gemar menggunakan perkataan yang amat ringkas dalam komunikasi atas talian secara dua hala atau lebih. Pengguna mampu berkomunikasi dengan lebih ramai kenalan atau penerima mesej dalam masa yang sama. Pengguna ruangan sembang-sembang ini tidak akan menaip perkataan atau bahasa yang piawai kerana ingin menjimatkan masa, tenaga dan mudah asalkan mereka dapat memahami maksud perkataan, bahasa atau maklumat yang hendak disampaikan. Budaya internet kini menerobos setiap kewujudan. Masyarakat Melayu juga tidak ketinggalan dalam perkembangan positif ini. Kini terdapat banyak lelaman di internet mengenai pengajian Melayu. Dunia Melayu di internet semakin meluas. Tidak kurang juga jumlah penggelungsur berbahasa Melayu di internet. Perkembangan positif ini terus mengisi ruang siber melalui 'email' dan 'chat' sebagai wahananya. Penggunaan kedua-dua unsur wahana ini dalam bahasa Melayu secara tidak lansung membantu melestarikan bahasa Melayu.

Jika kita singkap lelaman-lelaman tersebut, perasaan takjub akan timbul tatkala terlihat betapa ramainya pengguna-pengguna bahasa Melayu mengeksploitasi kemudahan unsur komunikasi tersebut. Kesan penggunaan yang serba mudah dan serbaluas ini, banyak istilah baru terhasil bagi kemudahan ekspresi. Misalnya perkataan-perkataan seperti kang (nanti), a'kum (assalamualaikum), w'lam (wa'alaikumsalam), dowang (mereka), wokay (baiklah), tipon (telefon) dan persal (mengapa).

Perbuatan memendekkan kata-kata ataupun ayat sering melahirkan makna yang berbeza jika dinilai oleh "seorang bukan siber" yakni mereka yang baru saja berjinak-jinak dengan alam internet. Bagi "orang-orang siber" pula, bahasa yang diubahsuaikan itu akan menjadi satu kebiasaan sehinggakan terbawa-bawa kepada perbualan ataupun penulisan di luar alam siber iaitu di alam realiti. Misalnya terdapat kata gantinama yang telah diubahsuaikan menjadi dowrang (mereka), sayer (saya), dier (dia), korang (kamu), nko (engkau) dan nyer (nya), nie (ini). Begitu juga dengan kata tanya yang diubahsuaikan menjadi asal (mengapa), biler (bila), camner (bagaimana), maner ( mana) dan naper (kenapa). Amat menyedihkan pula istilah-istilah agama seperti dipermainkan misalnya alah (Allah), A'kum (Assalamualaikum) dan w'lam (Wa'alaikumsalam).

Keadaan ini selanjutnya membawa kepada terhasilnya ayat-ayat tidak gramatis kerana menyeleweng daripada hukum-hukum tatabahasa. Misalnya ayat-ayat - "Leh sayer kenal2 dengan awak?" (Bolehkah saya berkenalan dengan awak), "A'kum semuer. Kat maner nie? " (Assalamualaikum semua. Awak berada di mana?, "Skang nie pon dah ader benda tuu." (Sekarang ini pun sudah ada alat itu).

Situasi itu menjadi genting apabila pengguna-pengguna internet gagal membezakan penggunaan bahasa di internet dan di luar internet. Ini berlaku apabila mereka menggunakan istilah, pemendekan dan ayat-ayat di ruang siber dalam perbualan sesama teman dan guru. Masalah pemahaman akan timbul kerana komunikasi menjadi kurang jelas. Namun kesan yang amat ditakuti adalah penyelewengan bahasa semakin berleluasa dari alam maya ke alam realiti.

Pada pragmatiknya, kita dapat melihat satu percubaan menarik dalam penggunaan bahasa Melayu. Namun demikian kesan sikap berlebihan mengakibatkan penyelewengan bahasa menjadi di luar kawalan. Pada tahap permulaan berlaku pemendekan istilah yang masih mudah difahami seperti tak (tidak), saja (sahaja), duk (duduk), gini (begini), gitu (begitu), mau (mahu) dan reti (mengerti). Pada tahap pertengahan pula berlaku penyerapan kata-kata kepada bahasa lisan seperti digunakan dalam perbualan biasa misalnya amik (ambil), antar (hantar), bace (baca), mane (mana), same (sama), kecik (kecil), ape (apa) dan hotak (otak.).

Perkembangan selanjutnya memaparkan pemelatan kata-kata mungkin dengan tujuan meriahkan suasana perbualan atau sekadar manambahkan kemesraan misalnya caye (percaya), camni (macam ini), camtu (macam itu), teypon (telefon), keng-kawan (kawan-kawan), cedap (sedap), amik atti (ambil hati), pompan(perempuan) dan mepek (merepek).

Kemudian lahir kata-kata bersifat irama seperti seryuz (serius), lepaz (lepas), wajibz (wajib), sayer (saya), biler (bila), kiter (kita), jumper (jumpa), luper (lupa) dan nyer (nya). Proses pelahiran istlah internet bahasa Melayu mencapai kematangan apabila istilah spesifik berputik seperti om (orang), ngan (dengan), je (sahaja), ur (awak), lak (pula), kerker (ketawa kecil), hmmm (sedang berfikir) dan ha x 9999999 (ketawa terbahak-bahak). Akhir sekali lahir penggunaan simbol-simbol seperti atau _ (mimik muka senyuman), atau _ (mimik muka sedih / masam), (mimik muka yang mengejek), )) (mimik muka sedang ketawa), :O (mimik muka terkejut) dan n (menandakan berakhirnya perbualan).

Demikian proses evolusi bahasa Melayu internet. Sejarah menonjolkan betapa bahasa Melayu telah berkembang daripada status kuno kepada moden setelah melalui beberapa proses penyerapan daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Arab, Cina dan Inggeris. Proses peristilahan telah berjaya memartabatkan bahasa Melayu agar tidak beku, sebaliknya terus dinamis. Alaf baru ini meneruskan proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat maya. Bahasa Melayu Internet tidak perlu melalui proses peristilahan ataupun konstruksi kata dan ayat oleh pakar bahasa. Kini istilah-istilah baru dapat dihasilkan oleh orang persaorangan. Pengikirafan diberikan atas dasar musyawarah iaitu difahami dan digunakan secara konvensi oleh pengguna-pengguna internet.

Ini merupakan satu perkembangan menarik dan sihat. Namun demikian, kesan jangka panjang terhadap bahasa Melayu tidak seindah perkembangan ini. Jika dibiarkan sahaja, pencemaran bahasa akan menjadi satu kebiasaan. Sekiranya konvensi menerima kebiasaan ini bagi pengunaan di alam realiti maka akan lenyap bahasa Melayu yang gramatis dan murni. Sebaliknya pengguna-pengguna internet seharusnya mencari jalan untuk memastikan bahasa Melayu tetap terpelihara. Laras internet sebaiknya disimpan sahaja di dalam internet agar kemurnian dan kedinamikan bahasa Melayu lebih terselah dan kekal relevan. Biarlah ia berkembang mengikut tempat dan penggunaannya.

Pengamalan menggunakan perkataan ringkas sedemikian secara berterusan juga bukan sahaja merosakkan bahasa malahan proses untuk memartabatkan bahasa Melayu akan menjadi bertambah sukar. Misalnya, usaha memartabatkan bahasa Melayu yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), para cendiakawan dan sasterawan negara. Segala usaha murni yang mereka laksanakan ini ibarat mencurah air di atas daun keladi.

7.0 KESIMPULAN

BAHASA Melayu telah diangkat menjadi bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan negara kita. Bagaimanapun, adakah taraf dan kedudukannya itu benar-benar dihormati apatah lagi setelah 48 tahun negara kita mencapai kemerdekaan? Perkara ini masih menarik untuk terus diperkatakan. Ini kerana sikap sambil lewa menggunakan bahasa kebangsaan terus menjadi masalah yang seperti tiada penghujungnya. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan nasib bahasa kebangsaan masih malang sama ada dari segi pertuturan mahupun penulisan.

Dalam aspek pertuturan, bahasa kebangsaan kelihatan seperti menjadi milik satu bangsa saja, iaitu Melayu. Pun begitu, agak dikesali juga kerana masih ada sesama Melayu sendiri, khususnya golongan bawahan, menggunakan bahasa kebangsaan yang tidak tersusun. Pertuturan atau perbualan yang menggunakan bahasa kebangsaan yang boleh dianggap baik biasanya berlangsung di antara golongan pertengahan, terpelajar dan atasan atau elit.

Pelbagai tahap, polisi, dasar dan tindakan telah dilakukan untuk membantu perkembangan Bahasa Melayu (Malaysia) di negara ini, namun apa yang mustahak ialah perkembangan bahasa dan kejayaanya adalah memerlukan latihan dan penyertaan daripada segenap lapisan masyarakat di negara ini kerana tanpa ada pengucap atau penutur bahasa itu akan lambat laun akan hilang.

Kita wajar memberi sokongan kepada usaha dan tindakan pihak berwajib khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). DBP akan diberikan kuasa untuk mengenakan denda kepada mana-mana pihak atau sesiapa yang mencemarkan bahasa kebangsaan. Denda itu akan dikuatkuasakan sebaik sahaja Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda oleh pejabat Peguam Negara dan diluluskan Parlimen. Justeru, rakyat negara ini perlu menjadi seorang warganegara yang prihatin terhadap kemurnian dan keindahan Bahasa Melayu. Walau apapun ras dan bahasa ibundanya, Bahasa Melayu jangan sesekali dipermainkan malahan orang Melayu itu sendiri haruslah menjadi contoh dan memainkan peranan memartabatkan Bahasa Melayu. BIBLIOGRAFI

Abdul Hamid (1993), Betulkan Kesalahan Bahasa Anda.Kuala Lumpur: Ensimal (M) Sdn. Bhd.Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim & Mashudi Kader (1989), Kesalahan

Bahasa Dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Safiah Karim (1986), Bahasa Melayu: persoalan dan pergolakan.

Kuala Lumpur: Gateway Publishing House Sdn. Bhd.http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Gunakan_bahasa_Melayu_piawaihttp://pmr.penerangan.gov.my/index.cfm?action=cemar.htmhttp://www.who.int/pehemf/project/mapnatreps/malaysia_mobphone_basestations_and_health_malayversion.pdf.

http://uthayasb.tripod.com/kavyan/http://www.malaysia-today.net/guest-columnists/2005/07/malay-today.html

Individu A

Assalammualaikum Mat, petang nanti jangan lupa datang ke rumah aku. Kita pergi sama-sama dengan menaiki kereta. Selepas itu, kita pergi ke rumah Midon untuk makan nasi minyak. Aku tunggu engkau.

Individu B

Waalaikummussalam Din. Aku akan pergi ke sana.

INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM

KEDAH

MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU

TAJUK TUGASAN : PENCEMARAN BAHASA MELAYU

NAMA PENSYARAH : EN. MOHD. NOOR AHMAD

KUMPULAN : KPLI-KDC-SKM 1A (AMBILAN NOVEMBER 2007)

NAMA PELATIH :

NURUL FAZLI BIN SHABUDIN ( 830315-08-6287 )

NIZAWAN BIN AWANG ( 760819-08-6749 )

LIEW BOON CHUN ( 820803-08-5647 )

TARIKH SERAHAN : 12.12.2007