pencapaian memberangsangkan - totalweb! lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran •...

32
1

Upload: others

Post on 06-Sep-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

1

Page 2: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

Kerajaan Negeri telah berusaha dengan penuh gigih untuk anda sejak 2004, dan Negeri Pulau Pinang telah mencatatkan pencapaian seperti berikut:

• Disenaraikan sebagai antara 10 Bandaraya Paling Selesa didiami di Asia (Top 10 Most Liveable Cities in Asia);

• Mendapat pengiktirafan sebagai negeri pertama menerima status Bandar Siber MSC (MSC Cyber City) di luar kawasan Koridor Raya Multimedia (Multimeda Super Corridor); dan

• Dikenalpasti sebagai Hab bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Tambahan lagi, kita masih dikenali sebagai ‘Pulau Silikon di Timur’ bagi sektor pembuatan berteknologi tinggi; dan dipilih sebagai ‘Pusat Kecemerlangan bagi sektor Mikroelektronik’ di dalam Rangka Tindakan NCER.

Hari ini, Jambatan Pulau Pinang sedang diperlebarkan. Kita telah menerima kelulusan untuk memperbesarkan lagi lapangan terbang dan pelabuhan. Pembinaan Jambatan Kedua sedang dilaksanakan dan dijadualkan siap dalam tahun 2011.

Marilah terus bekerja bersama-sama kami. Bersama, kita mampu ‘menuju masa depan yang gemilang’ untuk Negeri Pulau Pinang... demi anda dan generasi-generasi seterus-nya.

Dr. Koh Tsu Koon,Ketua Menteri Pulau Pinang,

Februari 2008

Pencapaian Memberangsangkan untuk RakyatMajlis pelancaran perkhidmatan bas RapidPenang

Kualiti hidup yang lebih baik untuk semua di Pulau Pinang

Page 3: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

3

• 0.4%kadar kelahiran

• 76.3tahun jangka hayat purata bagi wanita71.8tahun jangka hayat bagi lelaki

• 93.8%kadar celik huruf

• 0.3%kadar kemiskinan

• 97.9%kadar pekerjaan

• RM14,000pendapatan per kapita KDNK (peningkatan 14 kali sejak 1970)

• >99%liputan bekalan air dan elektrik

• 81%isi rumah dengan talian telefon tetap

• 5.3% kadar penembusan Internet jalurlebar - yang kedua tertinggi dalam negara

• 96%isi rumah dengan sekurang-kurangnya satu kenderaan

Kualiti Hidup10 petunjuk yang menggambarkan kemajuan positif kita di dekad pertama dalam kurun ke 21:

Kualiti hidup yang lebih baik untuk semua di Pulau Pinang

Page 4: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

• Pertumbuhanpurata6.6%(2001-2005) Keluaran Dalam Negeri Kasar bagi Negeri Pulau Pinang (KDNK) berkembang dengan

berterusan, walaupun menghadapi cabaran-cabaran global. Ini telah menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi, pekerjaan yang lebih baik dan peluang perniagaan yang luas.

• PelaburanbernilaiRM16.76B(2004-2007) Dalam tempoh 2004-2007, MIDA telah meluluskan pelaburan bernilai RM16.76 bilion bagi

sektor pembuatan di Negeri Pulau Pinang. Walaupun dengan kemunculan negara China dan India, kita terus ‘bersinar’ sebagai pusat pembuatan antarabangsa berteknologi tinggi.

Pertumbuhan KDNK 2001 - 2005 (SERI)

Projek-projek pembuatan bernilai RM bilion yang diluluskan oleh MIDA, 2004 - 2007)

Ekonomi & Pekerjaan

Page 5: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

5

• Hanya2.1%kadarpengangguran Kadar pengangguran di Negeri Pulau Pinang adalah sangat rendah, iaitu 2.1%. Ini

bermakna setiap orang yang berupaya bekerja, boleh bekerja sekiranya beliau mahu bekerja. Malahan, ramai orang dari luar negeri dan negara datang ke sini untuk bekerja.

• 35.3%bekerjadisektorpembuatanyangdinamik Kira-kira 200,000 orang bekerja di taman-taman perindustrian PDC. Peluang pekerjaan

di sektor pembuatan kita dipandang tinggi kerana gaji yang tinggi, faedah perubatan yang baik, peluang untuk merantau, peluang latihan sambil bekerja dan pilihan program melanjutkan pengajian secara tajaan.

Negeri Pulau Pinang: Pekerjaan mengikut sektor ekonomi 2006 (SERI)

Pertumbuhan KDNK per kapita dalam RM, 1970 - 2005 • Peningkatan‘14x’didalam

pendapatanperkapita(1970-2005)

KDNK per kapita di Negeri Pulau Pinang telah meningkat daripada RM1,000 kepada RM14,000 dalam tempoh 35 tahun. Ini membuktikan bahawa polisi dan program ekonomi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuahkan hasil kepada rakyatnya. Kini semakin ramai orang yang menikmati gaya hidup yang lebih baik dan memiliki rumah serta kereta.

Sektor pertanian, pemburuan, perhutanan, perikanan, perlombongan & kuariSektor pembuatanSektor pembinaan & utilitiSektor pemborongan, perniagaan, perhotelan & restoranSektor pengangkutan, penstoran, komunikasi, kewangan, hartanah, sewaan & aktiviti-aktiviti bisnesSektor pentadbiran awam & pertahananSektor pelajaran, kesihatan, kerja-kerja sosial & perkhidmatan-perkhidmatan lain (termasuk pekerjaan isi rumah)

Page 6: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

Sektor Pembuatan• Lebihdaripada200syarikatmultinasionaldiNegeriPulauPinang Negeri Pulau Pinang masih merupakan ‘tempat tinggal’ kepada banyak syarikat-syarikat

multinasional (MNC) yang terkenal seperti: Agilent dan Avago (dahulunya Hewlett-Packard), Altera, Ambu, ASE, BenQ, B. Braun, Clarion, Fairchild, IOI Oleochemical, Kobe, Mini Circuits, Motorola, Osram, Philips, Renesas (dahulunya Hitachi), Robert Bosch, Seagate, Sony dan Toray.

• Menghasilkan50%mikrocipInteldanAMDkeseluruhdunia Intel dan AMD mengeluarkan 50% daripada mikrocip mereka ke seluruh dunia di sini.

• Membekalkan95%komputerribaDellkepasaranAmerikaUtara Hampir kesemua komputer riba Dell untuk pasaran Amerika Utara, dikeluarkan di sini,

bersama-sama dengan komputer peribadi (PC) untuk pasaran ASEAN, Australia dan New Zealand.

• 6syarikatEMSyangterungguldiduniaberadadisini 6 syarikat perkhidmatan pengeluaran elektronik (EMS) yang terunggul di dunia - Bench-

mark Electronics, Flextronics, Jabil, Plexus, Sanmina-SCI dan Venture Corporation - juga telah menjadi warga korporat di sini.

Taman Perindustrian Bayan Lepas: masih merupakan pusat sektor pembuatan global

Page 7: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

7

• ‘Kestabilanpolitik’, ‘sokongankerajaan’&‘tenagakerjayangberkebolehan’

Ini merupakan tiga faktor utama mengapa lapan syarikat perintis MNC terus beroperasi di sini selama 36 tahun, menurut kata eksekutif-eksekutif kanan mereka.

• Memperolehiyanglebihbaikdenganmenaikirantaiannilai

Disebabkan keyakinan terhadap kestabilan, sokongan kerajaan dan tenaga kerja yang berkebolehan di Negeri Pulau Pinang, banyak MNC telah menceburi bidang R&D, rekabentuk produk, pengurusan rantaian perbekalan (supply chain management), pemasaran dan e-dagang. Aktiviti-aktiviti perdagangan ‘pasaran tinggi’ ini telah menghasilkan lebih banyak pekerjaan, meningkatkan prospek kerjaya dan jaminan pekerjaan bagi ribuan pekerja di Negeri Pulau Pinang.

•IKS:Syarikat-syarikatPulauPinangyangbertarafdunia Banyak daripada syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) telah berkembang

menjadi syarikat-syarikat multinasional dan senaraian awam yang menjalankan bisnes di pasaran antarabangsa. Syarikat-syarikat IKS ini juga menyediakan pekerjaan kepada rakyat, dan pada masa yang sama menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sektor perindustrian.

Teknologi termaju Tenaga kerja yang berkebolehan

Persekitaran kerja berteknologi tinggi

Pengeluaran semikonduktor “Precision fabrication”

Page 8: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

Pelancongan

Aliran penumpang 2003 - 2007 (Lapangan Terbang Pulau Pinang)

• Peningkatan36%aliranpenumpangpesawatudara

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mencatatkan 3.168 juta pergerakan penumpang pada tahun 2007. Ini mewakili peningkatan 36% dalam tempoh hanya 4 tahun.

• 7syarikatpenerbangantelahmemperkenalkanperkhidmatanpenerbanganterusyangbarusejaktahun2004

• Dikenaliantarabangsamelaluiperahunaga,tanglungdanmuzik Bagi menarik lebih ramai pelancong dan hasil pelancongan, Negeri Pulau Pinang akan

menjadi tuan rumah kepada lima acara antarabangsa pada tahun 2008 - International Dragon Boat Federation’s Club Crew World Championships 2008, Asia Dragon Boat Championship 2008, ‘Garden of Lights’ (Penang International Lantern Festival), Penang World Music Festival dan Penang Island Jazz Festival.

Subang

PekanBaru(Riau)

Medan

KualaTerengganuKotaBaru

Taipei

Jepun

Seoul

Guangzhou,Xian

HongKong

LangkawiAmerikaSyarikat

Eropah

BangkokKohSamui

Phuket

Kuantan

Singapura

KotaKinabalu

Kuching

KualaLumpur

Pulau Pinang: hab bagi perjalanan penerbangan terus

Page 9: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

9

• Akandatang:6hotelbarudan5projekpembesaran

Sehingga tahun 2007, Negeri Pulau Pinang mempunyai 156 hotel yang menawarkan sejumlah 12,879 bilik. Hotel terbaru adalah G Hotel, di Pesiaran Gurney, yang dibuka pada tahun 2007 dan mempunyai 304 bilik. Negeri Pulau Pinang akan berupaya menawarkan tambahan 3,000 bi l ik dalam tempoh empat tahun akan datang dengan beroperasinya 6 hotel baru dan pembesaran 5 hotel yang sedia ada.

Sejak tahun 2005, penjenamaan sektor pelancongan adalah :“Penang...has it all” - “rich legacy”, “back to nature”, “culinary adventure”, “meeting avenue” dan “myriad celebrations.”

Taman Negara, Pulau Pinang

World Music Festival

Sambutan Tahun Baru 2008

Persidangan & ekspo antarabangsa

Sambutan mesra dan penuh warna-warni

G Hotel

Page 10: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

Perkhidmatan & Perdagangan

Dengan sokongan dan promosi kuat kerajaan, kawasan Juru Autocity telah menjadi pusat bagi perniagaan automotif, perdagangan dan lokasi makan dan minum yang popular di Seberang Perai.

• Menyokongpertumbuhanpurata5.4%dalamsektorperkidmatan(2001-2005) Sektor perkhidmatan, yang meliputi perkhidmatan, perdagangan, komunikasi, makanan &

minuman, perkhidmatan kesihatan, perniagaan dan pengangkutan, adalah penyumbang utama kepada KDNK negeri Pulau Pinang. Pada tahun 2005, nilai sumbangan KDNK sektor ini (53%) dianggarkan bernilai RM6.2 bilion dan Kerajaan Negeri menggalakkan sektor ini untuk terus mempelbagaikan perkhidmatannya secara dinamik, bagi menawarkan lebih banyak pekerjaan dan peningkatan pendapatan setiap tahun.

• PelancaranQueensbayMall-pasarayaterbesardiNegeriPulauPinang Ia merupakan projek terbengkalai, yang telah ‘dihidupkan semula’ oleh kerajaan negeri

dan PDC dengan penuh bergaya. Pembukaan Queensbay Mall yang mempunyai ruang lantai seluas 1 juta kaki persegi pada Disember 2006, telah mewujudkan banyak pekerjaan, peluang dan gaya hidup kepada kawasan Bayan Lepas / Bayan Baru. Manakala, di kawasan George Town yang sektor perniagaannya masih kukuh, Gurney Plaza sedang membina bangunan baru bernilai RM83 juta yang akan menawarkan tambahan 150,000 kaki persegi ruang lantai untuk disewa, menjelang hujung tahun 2008.

Juru Autocity

Queensbay Mall

Page 11: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

11

• Pertumbuhansihatdalamsektorpelanconganperubatan

Perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia, pada kadar yang kompetitif yang ditawarkan oleh 15 hospital swasta di Negeri Pulau Pinang, lima pusat perubatan jantung dan sebuah pusat perubatan kanser yang terkenal di dunia, terus menarik kemasukan para pesakit dari luar negara untuk menerima rawatan dan juga berjuta-juta tukaran wang asing setiap tahun.

• Sempadanbarudalame-dagang Syarikat-syarikat antarabangsa telah

mewujudkan operasi e-dagang yang berkaitan proses perniagaan melalui penyumberan luar (B.P.O.) di Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2004. Perintis sektor ini termasuklah Agilent (perkhidmatan komersil), Citibank (pemprosesan bil pe rn iagaan an ta rabangsa) , De l l (perkhidmatan jualan, I.T. dan perniagaan) dan Intel (perkhidmatan sumber manusia, kewangan dan perkongsian). Jumlah kakitangan B.P.O. di keempat-empat syarikat ini sahaja mencecah 4,400 orang.

• Pusat-pusat penjajabaru ‘New World Park’, ‘Red Garden’ dan ‘Medan Little Shanghai’ telah dibuka bagi menawarkan lokasi makan dan minum yang bersih dan selesa untuk orang ramai.

New World Park

Red Garden

Perkhidmatan Perubatan

e-Dagang

Page 12: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

Pertanian & Perikanan

• Padi:10tanmetriksehektar Dengan tanah yang terhad, Negeri Pulau Pinang

memberi fokus terhadap pengeluaran 10 tan metrik padi sehektar dengan menggalakkan sistem pengairan, pembajaan dan automasi yang berkesan, serta penanaman benih berkualiti dan pengawalan serangga perosak secara bersepadu.

• Buah-buahan&sayur-sayuran: tempohpenghasilantanamanyangcepat

Strategi-strategi utama termasuklah menggunakan teknologi terkini bagi mempertingkatkan kuantiti dan kualiti hasil tuaian, dan penanaman tanaman cepat berhasil seperti jagung, betik, tembikai, nenas dan pisang.

• Pendaratan dan pemprosesan ikantuna:10,000tanmetriksetahun

Pelabuhan Tuna Antarabangsa Malaysia (MITP) meletakkan kembali status Negeri Pulau Pinang sebagai pusat utama pendaratan ikan tuna dan hab eksport di Asia. Terletak di Batu Maung, ia dilengkapi kemudahan bilik dingin beku yang bertaraf dunia dan berada berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa.

• Ternakan:manfaatdaripadapendekatanberteknologitinggi

Teknologi baru dan s is tem pengurusan yang profesional telah merubah industri penternakan. Ternakan ayam, itik, kambing dan lembu kini dilakukan di dalam kandang-kandang yang diurus dan dijaga dengan baik bagi memastikan hasil yang sihat serta pembuangan sisa kekotoran yang minima.

Penanaman jagungMenuai padi

Penternakan kambing

Pelabuhan Tuna Antarabangsa Malaysia

Page 13: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

13

Pengangkutan Awam & Barangan

• Memperbesarkanlagilapanganterbang Selain mencatatkan trafik penumpang yang lebih tinggi, Lapangan Terbang Antarabangsa

Pulau Pinang juga merekodkan peningkatan 38.8% di dalam pengendalian kargo udara dalam tempoh 2000 - 2006. Kini, lapangan terbang kita akan diperbesarkan lagi bagi membolehkan Negeri Pulau Pinang berfungsi dengan lebih baik sebagai hab logistik bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Selain itu, Air Asia juga telah bersetuju memilih dan menjalankan operasi habwilayahutaraLCCT di Negeri Pulau Pinang.

• Menjadikanpelabuhanlebihbesardanbaik Di Pelabuhan Pulau Pinang, jumlah pengendalian kontena yang direkodkan adalah

847,721 TEU, atau unit-unit kontena bersamaan dua puluh kaki, bagi tempoh Januari - November 2007 jika dibandingkan dengan 688,171 TEU pada tahun 2003. Sehubungan itu, kemudahan kontena ini akan terus diperbesarkan dan dipertingkatkan, sejajar dengan rangka tindakan NCER.

Pengendalian kargo udara

Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT))

Page 14: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

• TanjungCityMarina-siapdibina Siap dibina pada Oktober 2005, marina ini merupakan sebahagian daripada projek untuk

membangunkan semula kawasan pesisiran laut Weld Quay, agar menjadi destinasi kapal pesiaran dan kapal layar antarabangsa. Berdekatannya adalah PelabuhanSwettenhamyang juga sedang dibangunkan semula menjadi pusatkapalpesiaranantarabangsa agar berupaya mengendalikan kapal-kapal pesiaran penumpang mewah antarabangsa sehingga kapasiti 70,000 tan.

• BORR-siapdibina Butterworth Outer Ring Road (BORR) sepanjang 14 kilometer ini telah dibuka kepada

lalulintas sejak Januari 2007. Ia dapat melegakan kesesakan lalulintas di kawasan-kawasan metropolitan seperti Butterworth dan Bukit Mertajam.

• JelutongExpressway-siapdibina Fasa 2 Jelutong Expressway sepanjang 4.8 kilometer, yang menghubungkan Jalan

Sungai Pinang ke Weld Quay telah siap dibina mengikut jadual pada tahun 2006. Ribuan pengguna jalanraya dapat menjimatkan masa dengan menggunakan lebuhraya ini setiap hari dari Weld Quay ke persimpangan Jambatan Pulau Pinang.

• LebuhrayaBertingkatBayanBaru-siapdibina Lebuhraya Bertingkat Bayan Baru telah dibuka pada Julai 2005. Lebuhraya bertingkat

sepanjang 3.3 kilometer ini menyediakan laluan alternatif yang dapat melegakan kesesakan lalulintas jalan menuju ke lapangan terbang dan juga kawasan-kawasan yang berhampiran.

• RapidPenang-dilancarkandanberoperasi Pada Julai 2007, YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah

melancarkan perkhidmatan bas RapidPenang, yang selama ini begitu dinanti-nantikan. RapidPenang memberikan perkhidmatan kepada kira-kira 60,000 penumpang di seluruh Negeri Pulau Pinang (pulau dan Seberang Perai) setiap hari. Sebanyak 135 buah bas yang baru dan bersih ini memberikan perkhidmatan di 33 laluan di seluruh negeri.

• Sistemmonorel-sedangdalamperancangan Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam rangka tindakan NCER, pengangkutan awam

di Negeri Pulau Pinang akan diperkemaskan lagi dengan pelaksanaan sistem monorel dalam tempoh yang terdekat ini.

• TerminalBasEkspresSungaiNibong-siapdibina Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong telah siap dibina pada April 2005. Terminal ini

berjaya melegakan kesesakan lalulintas di George Town dengan membawa keluar aliran bas-bas ekspres daripada pusat bandar.

Pengangkutan Awam & Barangan

Page 15: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

15

BORR

Lebuhraya Bertingkat Bayan Baru

Perkhidmatan bas RapidPenang

Lebuhraya Jelutong

Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong Sistem monorel yang dicadangkan

•MengurangkanKesesakanJalanraya

Page 16: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

Dua Jambatan

• JambatanPulauPinang:siapdiperlebarkanpadatahun2009 Kerja-kerja pelebaran Jambatan Pulau Pinang dijangka siap pada Ogos 2009. Lorong

ketiga bagi kereta dan juga laluan motorsikal sedang dibina di kedua-dua hala jambatan ini.

• JambatanKedua:dijadualkansiappadatahun2011 Kerja-kerja pembinaan Jambatan Kedua yang akan menghubungkan Batu Maung di

bahagian pulau dan Batu Kawan di Seberang Perai bermula pada Disember 2006. Jambatan ini dijangka siap dibina pada tahun 2011.

Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Kedua (Lakaran Artis)

Page 17: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

17

• PCC1-telahdilancarkan Bandar Siber Pulau Pinang 1 (PCC1) telah

dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada Januari 2005 (kanan). Ianya kini memacu pertumbuhan yang lebih meluas dan pantas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di dalam sektor perindustrian, bagi memastikan kejayaan Negeri Pulau Pinang sebagai ‘i-Land’(intelligent island)yang‘pintar’dandijalinkan(rangkaianInternet).

PCC1 merupakan bandar siber pertama di luar Koridor Raya Multimedia (MSC) ini meliputi kawasan Taman Perindustrian Bayan Lepas; zon selatan pesisir pantai Jambatan Pulau Pinang, Bayan Baru dan Universiti Sains Malaysia (USM). PCC1 menawarkan infrastruktur fizikal dan maklumat yang bertaraf dunia; dasar terbuka terhadap pengambilan tenaga kerja bermaklumat; insentif pelaburan yang menarik; tiada penapisan Internet; dan kadar-kadar telekomunikasi global yang kompetitif.

Kiniterdapat140syarikatberstatusMSCsedang beroperasi di Negeri Pulau Pinang. Selain itu, dua lagi bandar siber akan dilancarkan di Negeri Pulau Pinang menjelang tahun 2010, iaitu di Bandar Cassia (Batu Kawan) dan Bertam.

Bandar Siber Pertama

Taman Perindustrian Bayan Lepas terletak di dalam kawasan PCC1

Pelancaran PCCI

Page 18: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

Persekitaran Kehidupan• Tebatanbanjir-S10danS18siapdibina

Kerja kerja menaik taraf projek tebatan banjir S10 dan S18 di kawasan Jalan Macallum telah siap pada tahun 2006. Projek-projek utama tebatan banjir lain yang sedang dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang, termasuklah projek Sungai Muda (20% siap), projek Bertam (40% siap), Sungai Perai (30% siap) dan Fasa 1, Sungai Junjung (30% siap).

• LojiRawatanAirKumbahanBerpusat Jelutong(JSTP) -merawat air kumbahanmentah secaramesraalam

JSTP yang kini sedang menjalani ujian terakhir dan pentauliahan, akan memastikan bawah air kumbahan mentah tidak lagi dibuang terus ke laut.

Bila telah beroperasi sepenuhnya, ia dapat menampung keperluan George Town dan kawasan-kawasan persekitarannya di daerah timur laut. Dengan kapasiti 800,000 bersamaan seorang (P.E.), hasil terakhir pemprosesan JSTP adalah air yang terawat ‘Piawaian A’ (yang boleh disalirkan ke sungai berhampiran), enap cemar kering untuk dibuang ke tapak pelupusan dan ‘bio-gas’ yang boleh dikitar semula.

•TamanMetropolitanRelau(Fasa1)-telahdibuka Fasa 1 taman ini yang berada di atas tanah seluas

44.5 hektar, di antara Jalan Paya Terubong dan Jalan Tun Sardon, telah pun siap. Fasa 2 kini sedang dibangunkan.

•TamanNegara,PulauPinang-telahdirasmikan Taman Negara, Pulau Pinang boleh dimasuki

melalui Teluk Bahang dan Balik Pulau. Taman seluas 2,560 hektar yang menghadap laut ini merupakan alam rekreasi untuk orang ramai dan para pelancong, termasuk pusat bagi penyelidikan.

Projek tebatan banjir S18

Taman Perbandaran

Loji Rawatan Air Kumbahan Berpusat Jelutong

Page 19: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

19

• ‘Laluankanopi’diBukitBendera-telahdibuka

‘Laluan kanopi’ atau ‘canopy walk’ di Bukit Bendera telah ‘dihidupkan semula’ dengan pembukaan laluan yang mesra alam ini pada Julai 2007. Banglo Edgecliff telah ditukar menjadi galeri seni lukis dan sistem perkhidmatan keretapi bukit ini juga akan dinaiktaraf tidak lama lagi bagi mengelakkan perkhidmatan daripada tergendala.

• TamanKebunBungayanglebih‘besar’

Taman Kebun Bunga Pulau Pinang akan terus diperbesarkan sebanyak 8 hektar bagi menempatkan taman buluh, kawasan lapang yang baru dan laluan anak sungai. Selain itu, sebuah taman rekreasi yang baru di Taman Kuari telah dibuka kepada orang awam sejak Julai 2007.

• Lebih‘keriangan’diTamanPerbandaran

Kerja-kerja telah dimulakan sejak Januari 2008 untuk menambah ciri-ciri baru di Taman Perbandaran. Antara pembaharuan yang sedang dilaksanakan adalah padang serbaguna, lebih banyak kemudahan-kemudahan rekreasi, satu lagi taman permainan kanak-kanak, tapak-tapak perkhemahan dan sebuah kolam yang baru.

Laluan kanopi di hutan Bukit Bendera

Taman Kebun Bunga

Taman Perbandaran

Page 20: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

Air, Tenaga & Jalur Lebar

•RM350jutauntukmengekalkanbekalanairyangbaik Negeri Pulau Pinang terus menikmati bekalan air yang baik pada kadar tarif yang rendah.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) telah melabur sebanyak RM350 juta untuk mempertingkatkan perkhidmatan dan mengekalkan liputan bekalan sebanyak 99%, bagi tempoh 2004 - 2007. PBAPP juga telah menerima pensijilan ISO14001:2004 bagi operasinya yang mesra alam di Loji Rawatan Air Batu Ferringhi dan Empangan Teluk Bahang pada tahun 2005.

•10sub-stesenbarudalamtempoh2tahun Pada tahun 2006 dan 2007, Tenaga Nasional Berhad telah melabur lebih daripada

RM42 juta untuk membina 10 sub-stesen tenaga elektrik yang baru, bagi memastikan bekalan tenaga yang mencukupi.

• PenembusanInternetJalurLebaryangke-2tertinggi

Data oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menunjukkan bahawa kadar penembusan Internet Jalur Lebar di Negeri Pulau Pinang adalah 5.3 bagi setiap 100 penghuni. Ini merupakan kadar yang kedua tertinggi di dalam negara (Suku 4, Tahun 2006). Negeri Pulau Pinang juga mencatatkan tempat ketiga tertinggi bagi bilangan ’hotspotwi-fi’(94). Dengan lebih banyak penyambungan ‘connectivity’, lebih ramai rakyat akan menggunakan ICT, sejajar dengan konsep ‘i-Land’ (intelligent island) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Gaya hidup Internet

Empangan Teluk Bahang

Page 21: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

21

• 1,712unitPPRtelahdibinadandidiami Sejak tahun 2004, sebanyak 1,712 unit di 4 projek Program Perumahan Rakyat (PPR)

baru telah disewa kepada rakyat yang belum berupaya memiliki rumah mampu milik; para setinggan yang terjejas akibat projek pembangunan; dan rakyat yang terjejas akibat projek-projek terbengkalai. Projek-projek PPR ini berada di Ampang Jajar (Seberang Perai Tengah), Lorong Selamat / Jalan Zainul Abidin (George Town), Jalan Thamby Kechil (Butterworth) dan Ampang Jajar (Seberang Perai Utara).

Perumahan Untuk Rakyat• 15,761rumahmampumiliktelahdibinasejaktahun2004 Program perumahan mesra rakyat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah

menghasilkan 9,697 rumah kos rendah yang dijual pada harga di bawah RM42,000 dan 6,064 rumah kos sederhana rendah yang dijual pada harga di bawah RM80,000. Kesemua rumah ini dibina oleh pihak swasta dan kerajaan. Selain itu, pembinaan sebanyak 33,514 rumah mampu milik (kos rendah dan sederhana rendah) juga telah diluluskan.

• PerumahanbantuanTsunami Kerajaan juga telah membina

un i t -uni t perumahan untuk keluarga yang terjejas akibat bencana Tsunami pada tahun 2004. Terletak berhampiran ‘Masjid Terapung’ yang baru di Tanjung Bungah, projek ini mempunyai 100 unit rumah dan menempatkan kira-kira 500 penghuni.

Majlis penyerahan kunci PPR Projek PPR Ampang Jajar (SPU)

Projek perumahan Tsunami

Page 22: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

Keselamatan Awam

• Mataelektronikbagi‘BandarSelamat’ Melalui kerjasama dengan pihak polis, kerajaan negeri (melalui majlis

perbandaran) telah memasang sistem CCTV yang canggih bagi memerhatikan dan memantau kawasan-kawasan yang strategik di Air Itam, George Town, Sungai Nibong dan Bukit Jambul. Fokus ‘mata elektronik’ ini adalah di kawasan-kawasan yang cenderung berlaku jenayah dan kemalangan. Ini adalah program ‘Bandar Selamat’ yang mana bilik-bilik kawalannya berada di KOMTAR dan ibupejabat-ibupejabat polis memantau semua yang berlaku supaya dapat bertindak balas dengan pantas.

• Baru-3balaipolis,3balaibomba,4menara‘baywatch’

Balai-balai polis baru sedang dibina di Batu Ferringhi, Bayan Baru dan Kuala Muda. Balai-balai bomba baru pula sedang dibina di Bandar Baru Perda (Bukit Mertajam), Kuala Muda and Paya Terubong. Selain itu menara-menara ‘baywatch’ juga telah didirikan bagi mengawal dan memberi amaran awal di Batu Ferringhi (2), Balik Pulau and Pantai Miami.

• SkimRondaanSukarela(SRS)bagimemerangijenayah

Bagi mencegah dan juga mengurangkan kadar jenayah, kerajaan negeri telah memperkenalkan semula SRS di 98 kawasan Rukun Tetangga di kesemua lima daerah di seluruh Negeri Pulau Pinang. Sejumlah 1,960 sukarelawan melakukan rondaan di kawasan mereka untuk: - mencegah dan mengawal kejadian jenayah;

- menguatkuasakan undang-undang bila sahaja diminta oleh pihak berkuasa; dan

- menjaga nyawa dan harta benda.

Bilik kawalan CCTV

CCTV

Page 23: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

23

Penjagaan Kesihatan

• ‘Pusatpenjagaanharian’HospitalPulauPinang-dibuka

Ambulatory Care Centre (ACC) baru yang bernilai RM55 juta dan berada di Hospital Pulau Pinang ini telah dibuka pada November 2006. Ia merupakan sebuah pusat ‘penjagaan harian’ yang moden untuk para pesakit yang tidak perlu bermalam bagi menerima rawatan.

Bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatan kesihatan awam, Jabatan Kesihatan Negeri telah mencadangkan pembinaan:

a Wad-wadbaru,‘komplekskecemasan’barudantempatletakkeretabertingkatdiHospitalPulauPinang

b Sebuahblokbaruuntukmenempatkan satuACC,wad-waddanbilik-bilikpembedahandiHospitalSeberangJaya

c Kemudahan-kemudahanpsikiatridanpesakitdidalamwaddiHospitalBukitMertajam

d 8klinikkesihatanbarudiseluruhnegeri

• UnitPerubatanTradisional&Komplementari(T&CM)yangpertamadiHospitalKepalaBatas

Unit T&CM yang pertama di dalam negara telah dibuka di Hospital Kepala Batas. Ia menawarkan rawatan akupuntur, urut tradisional dan rawatan herbal sejak Oktober 2007.

• InstitutPerubatandanPergigianTermaju(IPPT)USM-pusatpenyelidikandanrujukanyangbarudiNegeriPulauPinang

Dengan sokongan daripada panel penasihat antarabangsa, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) di Kepala Batas mempunyai matlamat untuk menjadi pusat kecemerlangan untuk perkhidmatan klinikal, penyelidikan usaha sama di dalam bidang perubatan, pergigian dan pengajian klinikal.

Hospital Pulau Pinang

Akupuntur di Hospital Kepala Batas

Page 24: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

Pelajaran & Latihan•Institusi-institusipengajiantinggibaru Institusi-institusi pengajian tinggi baru

yang telah dibina di Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2004 termasuklah: Kolej Teknologi Pulau dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA di Balik Pulau; dan Insti-tut Latihan Perindustrian Pulau Pinang serta Kolej Pergigian Antarabangsa Pulau Pinang di Kepala Batas.

•372sekolah Menurut data tahun 2007 daripada

Kementerian Pelajaran, terdapat 372 sekolah kerajaan di Negeri Pulau Pinang. Kita merupakan di antara negeri yang mempunyai kadar nisbah bilangan sekolah bagi satu kilometer persegi yang tertinggi (1 : 2.8 km persegi) di Malaysia. Kita juga mempunyai kadar celik huruf antara yang tertinggi di Asia, iaitu 93.8%.

•WOU - e-pembelajaran bertaraf duniauntukorangdewasayangbekerja

Universiti Terbuka Wawasan (WOU), iaitu ‘universiti terbuka’ Pulau Pinang pertama yang bertaraf dunia, telah diras-mikan oleh Perdana Menteri pada Janu-ari 2008. ‘Fleksibel, di dalam kemampuan dan terbuka’ ini merupakan universiti di Malaysia yang pertama khusus untuk orang dewasa yang bekerja melanjutkan pengajian di peringkat ijazah tanpa perlu berhenti kerja.

•PSDC-45,000orangdilatihdalamtempohtahun2004-2007 Selain daripada melatih para pekerja di dalam sektor perindustrian, Pusat Pembangu-

nan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) juga aktif di dalam menyediakan lepasan sekolah untuk bekerja di dalam sektor tersebut, melalui program-program tajaan kerajaan. Pada Disember 2007, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) dan PSDC telah bersama-sama melancarkan Akademi Perkhidmatan Air Pulau Pinang (PWSA) - akademi pertama yang memberi fokus terhadap mengembangkan bakat di dalam indus-tri bekalan air di Malaysia.

Universiti Terbuka Wawasan

Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang Kolej Kemahiran Tinggi MARA

Page 25: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

25

Kebudayaan & Keharmonian

Kerajaan Negeri Pulau Pinang senentiasa menggalakkan rakyatnya untuk bersama- sama menjalani kehidupan, pekerjaan, berkongsi kemakmuran dan meraikan per-ayaan di dalam semangat penuh ‘muhibbah’ dan ‘satu hati’.

Sejak tahun 1990an, para pemimpin negeri telah bekerja bersama-sama dengan semua komuniti di dalam menganjurkan sambutan perayaan di peringkat negeri seperti: ‘Pasar Ramadhan’, Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri, Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, Rumah Terbuka Deepavali, Rumah Terbuka Krismas, Chap Goh Mei dan Malam Tahun Baru setiap tahun.

Program-program ini begitu berjaya dan telah menjadi sebahagian daripada acara tahunan di dalam kalendar Negeri Pulau Pinang dan juga merupakan program yang penuh warna-warni bagi promosi pelancon-gan negeri.

Namun, apa yang lebih penting adalah sambutan perayaan-perayaan ini telah memberi ilham kepada penganjuran acara-acara yang serupa di peringkat nasional, yang kini dianjurkan secara bergilir-gilir oleh setiap negeri. Pulau Pinang mengan-jurkan acara Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat nasional pada tahun 2001 dan Rumah Terbuka Deepavali peringkat nasional yang pertama pada tahun 2003.

Tahun Baru Cina Hari Raya Aidil Fitri Deepavali

Semangat Muhibbah dan ‘Satu Hati’

Page 26: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

Wanita, Belia & Sukan

Pembangunan Luar Bandar

Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus membawa pembangunan kepada kawasan luar bandar di kesemua lima daerah di dalam negeri. Objektif utama adalah untuk memper-tingkatkan masyarakat di kawasan-kawasan tersebut menjadi komuniti yang maju dan berdaya saing, melalui pelaksanaan pembinaan rumah-rumah mampu milik, kemudahan prasarana dan utiliti. Malahan, beberapa kawasan luar bandar seperti Balik Pulau, Batu Kawan dan Bertam, kini telah menjadi kawasan pertumbuhan yang pesat membangun di dalam dekad ini.

Lee Chong Wei

Sumbangan utama Kerajaan Negeri yang menyokong ‘Agenda Wanita untuk Pembangunan’ adalah pem-bangunan berterusan berbagai-bagai peluang kerjaya untuk wanita di dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan di negeri ini.

‘Rumah Nur’ yang dibiayai oleh kerajaan juga telah didirikan di setiap daerah di Negeri Pulau Pinang bagi menjalankan program-program untuk pembangunan wanita dan keluarga.

Kerajaan Negeri juga terus memberikan sokongan padu terhadap pembangunan belia dan sukan, ini dibuktikan dengan kejayaan Pulau Pinang melahirkan juara-juara seperti Nicol David (skuasy) dan Lee Chong Wei (badminton).

Sokongan kepada Nicol David dan generasi juara-juara skuasy Pulau Pinang masa depan

Perumahan luar bandar Kandang ternakan moden

Page 27: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

27

Masyarakat Penyayang

Pentadbiran Melalui Perundingan

Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2000 termasuklah:

- www.penangcares.net, sebuah e-portal yang menggalakkan sokongan dan penglibatan di dalam perjuangan sosial utama dan aktiviti-aktiviti;

- Kemudahan untuk orang istimewa di kawasan-kawasan utama, diskaun dan tempat duduk khas untuk golongan kurang upaya (OKU) di dalam perkhidmatan bas RapidPenang;

- Program-program kaunseling dan nasihat melalui Jawatankuasa Kebajikan Juvana Daerah dan Kawasan, untuk golongan remaja yang bermasalah; dan

- Pasukan Perlindungan Kanak-kanak di kesemua lima daerah di dalam negeri.

Negeri Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang melaksanakan ‘Forum Perundin-gan Kerajaan Tempatan’, yang mana NGO dan para pemimpin masyarakat dijemput untuk memberikan maklumbalas berkenaan polisi dan program kerajaan tempatan.

Kerajaan juga telah mewujudkan jawatankuasa-jawatankuasa perundingan berkaitan pembangunan ekonomi, sektor pembuatan, pelancongan, perdagangan dan pelajaran bagi menggalakkan penyertaan aktif rakyat, menggalakkan ketelusan yang lebih tinggi dan memastikan pelaksanaan program dengan lebih berkesan serta projek-projek untuk manfaat rakyat.

Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (2004 - 2008)

Sentiasa memahami kehendak golongan istimewa

Page 28: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

Strategi-Strategi Perindustrian Baru• MemastikankejayaanNegeriPulauPinangdiabadke21 Strategi-strategi Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah untuk memastikan kejayaan

berterusan sektor perindustrian negeri ini adalah:

1. Berkembang di atas asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan industri-industri yang berkaitan, menaiki dengan lebih tinggi rantaian nilai di dalam ICT, dan menggalakkan lebih aktiviti penyelidikan, pembangunan dan rekabentuk (RDD);

2. Membangunkan Bandar-Bandar Siber MSC di Pulau Pinang;

3. Menceburi bidang bioteknologi, peralatan perubatan, pengeluaran secara kontrak dan penyelidikan secara kontrak;

4. Membangunkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke dalam bioteknologi marin dan industri-industri asas tani;

5. Menggalakkan e-dagang dan e-logistik;

6. Mengukuhkan industri-industri lain - makanan, fiber dan pakaian, makanan haiwan, besi dan keluli, produk-produk berasaskan kayu dan lain-lain lagi;

7. Mempertingkatkan pembangunan sumber manusia dan kemahiran;

8. Menggalakkan usahasama di antara pihak universiti dengan sektor perindustrian di dalam aktiviti-aktiviti R&D;

9. Membina perkongsian pintar dengan syarikat-syarikat di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU), Negara China, India dan ASEAN; dan

10. Memantapkan jentera kerajaan bagi promosi pelaburan.

Industri-industri lain seperti besi & keluli dan fiber & pakaian akan diperkukuhkan lagi

Page 29: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

29

Menggunakan ICT, sebuah syarikat di Pulau Pinang telah membangunkan teknologi ‘Visi Mesin’ yang membolehkan komputer ‘melihat’.

Pulau Pinang akan terus mempromosikan dirinya sebagai pusat bagi e-Dagang.

Bidang-bidang pengkhususan yang disasarkan oleh Pulau Pinang termasuklah

bioteknologi, automasi termaju, agroteknologi dan peralatan perubatan.

Agroteknologi

Automasi termaju

Bioteknologi

Peralatan perubatan

Inovasi di dalam ICT

e-Dagang

Page 30: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

NCER

MenjadiwilayahekonomibertarafduniamenjelangTahun2025.

• Peranan-perananutamaNegeriPulauPinangsebagaihabdalamNCER:

1 Logistik Pusat import - eksport utama bagi barangan dan juga kemasukan pelancong

2 Pembuatan Pusat kecemerlangan bagi industri elektrikal & elektronik, dan mempromosikan industri-industri berkaitan multimedia dan bioteknologi, serta akuatik, automotif dan produk-produk mampan

3 Pertanian Pusat bagi pengumpulan dan pemprosesan keluaran hasil tani, dan pengumpulan / pengagihan kelapa sawit

4 Pelancongan Destinasi mewah bagi pelancongan spa dan program melancong jangkapanjang, pusat bagi pelancongan perubatan dan pusat bagi pameran, persidangan dan hiburan

• 3.23jutahektar,5.6jutaorang Pada 31 Julai 2007, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah,

melancarkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Pulau Pinang. Kini, Pulau Pinang telah bersedia untuk menjadi hab logistik dan kemajuan di koridor utara yang merangkumi 21 daerah di dalam 4 negeri - Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara.

NCER meliputi kawasan seluas 3.23 juta hektar, dengan penduduk seramai 5.6 juta orang - mewakili pasaran yang lebih besar dan sumber yang lebih besar.

Disokongoleh Disokongolehyang dipromosikan

ModalInsan

• Pendidikan• Penyelidikan&Pembangunan

(R&D)

PERTANIAN

•Makanan•IndustriAsasTani•Biotek

PERKHIDMATAN

•PelanconganLogistik

PEMBUATAN

•PusatKecemerlanganuntukE&EMultimedia

InfraFizikal

•Pengangkutan•Logistik•Perumahan&Hartanah

•Nilaitambahyangtinggi•Pekerjaanyanglebihlumayan•Piawaianbertarafantarabangsa

•MasyarakatPenyayang•PembasmianKemiskinan•PerlindunganAlamSekitar

3SEKTORUTAMA

Page 31: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •

31

Infrastruktur Utama NCER

Landasan KeretapiLandasan MonorelLebuhraya

Landasan KeretapiLandasan MonorelLebuhraya

GEORGETOWNPusatKapalPersiaranAntarabangsa(ICC)(DTL)

PembesaranTerminalKontena(NBCT)(SPU)

PelebaranJambatanPulauPinang(DTL,SPT)

JambatanKedua(DBD,SPS)

PembesaranLapanganTerbang(DBD)

Monorel(DTL,DBD) PenangSentral(SPU)

JalanrayaLingkaranLuarPulauPinang(PORR)(DTL)

NaiktarafPerkhidmatanFeri(DTL,SPU)

JalanrayaLingkaranLuarButterworth(BORR)(SPU,SPT)

BasRapidPenang(SeluruhNegeri)

BUTTERWORTH

BAYAN BARU

JAMBATANKEDUA

GEORGETOWNBUTTERWORTH

BAYAN BARU

Page 32: Pencapaian Memberangsangkan - TotalWEB! Lite · 2008. 2. 28. · 3 • 0.4% kadar kelahiran • 76.3 tahun jangka hayat purata bagi wanita 71.8 tahun jangka hayat bagi lelaki •