pemimpin dan pengurus yg baik

2
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Selain menjalankan tugas sebagai seorang pendidik, guru juga mempunyai peranan sebagai pemimpin dan pengurus kepada murid. Di sekolah, guru merupakan ibu bapa kedua kepada murid-murid kerana di sekolah guru merupakan pihak yang bertanggungjawab terhadap murid-murid. Seperti mana yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi. (Zainal Abidin Mohamad, 1998). Guru sebagai pemimpin kepada murid- murid untuk menuju ke arah kecemerlangan dalam akademik dan dalam bidang kokurikulum. Maka, guru harus memiliki kemahiran- kemahiran yang diperlukan untuk memimpin murid untuk menjadi modal insan yang menyeluruh selaras dengan FPK. Sebagai seorang pengurus yang baik, guru mampu untuk mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Upload: nurmiftahhuljannahnorlee

Post on 07-Feb-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pndangan

TRANSCRIPT

Page 1: pemimpin dan pengurus yg baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selain menjalankan tugas sebagai seorang pendidik, guru juga mempunyai peranan

sebagai pemimpin dan pengurus kepada murid. Di sekolah, guru merupakan ibu bapa kedua

kepada murid-murid kerana di sekolah guru merupakan pihak yang bertanggungjawab

terhadap murid-murid. Seperti mana yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi

bergantung kepada prestasi pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang

pemimpin yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan

peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk

mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi. (Zainal Abidin Mohamad,

1998). Guru sebagai pemimpin kepada murid-murid untuk menuju ke arah kecemerlangan

dalam akademik dan dalam bidang kokurikulum. Maka, guru harus memiliki kemahiran-

kemahiran yang diperlukan untuk memimpin murid untuk menjadi modal insan yang

menyeluruh selaras dengan FPK.

Sebagai seorang pengurus yang baik, guru mampu untuk mengurus murid-murid

supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya

menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan

pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan

supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai

pengurus akan mewujudkan suasana yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik

darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran.