julai - intanbk.intan.my · dan boleh dijadikan manual kepada pemimpin, pengurus dan sesiapa sahaja...

4
Aktiviti Bulanan LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN) KE NEGERI KEDAH & INTURA S elamat datang diucapkan kepada YBhg Datuk Seri Dr Ismail Bin Hj Bakar, Ketua Setiausaha (KSN) ke INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) sempena lawatan kerja ke negeri Kedah pada 27- 28 Julai 2019. Program bermula pada 28 Julai 2019 di INTURA iaitu Y.Bhg Datuk Seri Dr Ismail Bin Hj Bakar solat subuh berjemaah bersama warga INTURA dan peserta iLead Exploration, seterusnya walkabout bersama warga INTU- RA, menyempurnakan Flag off peserta iLead Exploration dan seterusnya merasmikan INTAN Challenge Cube (InCube) INTURA. . Mutiara Kata JULAI

Upload: others

Post on 19-Jan-2020

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Aktiviti Bulanan

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN) KE NEGERI KEDAH & INTURA

S elamat datang diucapkan kepada YBhg Datuk Seri Dr Ismail Bin Hj Bakar, Ketua Setiausaha (KSN) ke INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) sempena lawatan kerja ke negeri Kedah pada 27-

28 Julai 2019. Program bermula pada 28 Julai 2019 di INTURA iaitu Y.Bhg Datuk Seri Dr Ismail Bin Hj Bakar solat subuh berjemaah bersama warga INTURA dan peserta iLead Exploration, seterusnya walkabout bersama warga INTU-RA, menyempurnakan Flag off peserta iLead Exploration dan seterusnya merasmikan INTAN Challenge Cube (InCube) INTURA.

.

Mutiara Kata

JULAI

I Lead Exploration Edisi INTAN 60 Tahun telah diada-

kan pada 27-29 Julai 2019. Majlis perasmian telah

disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Seri Dr Ismail Bin

Hj Bakar di INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA)

pada 28 Julai 2019.

Pemenang tempat pertama adalah RTD Perlis dari Jabatan

Pengangkutan Perlis. Tempat ke 2 Jabatan Tenaga Kerja

Perlis & tempat ke 3 Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Syabas diucapkan!.

Muka 2

Bahan Bacaan Pilihan Bulan Julai 2019

Aktiviti Bulanan

Berita@INTURA

Buku ini

memberi

panduan

dan boleh

dijadikan

manual

kepada

pemimpin,

pengurus

dan sesiapa

sahaja yang

akan

menempuh

dunia

pekerjaan yang baharu. Buku ini

mengandungi 220 muka surat, 10

bab, nota, indeks, penghargaan dan

juga mengenai penulis.

Buku ini

mengan-

dungi 10

artikel/bab

daripada

beberapa

orang penu-

lis yang ber-

beza. Ia

mempunyai

sebanyak 166

muka surat

serta

mengan-

dungi maklumat penulis dan juga

indeks. Selain itu ia juga mempu-

nyai jadual dah rajah untuk rujukan

pembaca.

Buku ini

mengandungi

16 bab dan

Epilogue . Ia

mempunyai

260 muka

surat. Selain

itu, mempu-

nyai Acknowl-

edgments,

About the

Author, nota

setiap bab dan

indeks untuk memudahkan pencari-

an maklumat oleh pembaca. Penulis

merupakan seorang doktor peruba-

tan dan telah menulis di dalam be-

berapa penerbitan serta 276 pem-

bentangan saintifik.

iLEAD EXPLORATION SEMPENA INTAN 60 TAHUN

B icara Eksekutif Persatuan Perkhidmatan Tadbir &

Diplomatik (PPTD) Malaysia ’Mengimbangi Ek-

spektasi Kerajaan Pilihan Rakyat: Perkongsian Pen-

galaman telah diadakan 25 Julai 2019 (Khamis) di

Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah.

Majlis diserikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Mu-

hamed Yunus, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan

Luar Bandar Merangkap Presiden PPTD Malaysia & YB Dato’

Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau

Pinang.

BICARA EKSEKUTIF PERSATUAN PERKHIDMATAN TADBIR & DIPLOMATIK (PPTD) MALAYSIA ‘MENGIMBANGIEKSPEKTASI KERAJAAN PILIHAN RAKYAT: PERKONGSIAN PENGALAMAN

Warga Proaktif, INTURA Inovatif Muka 3

Gelagat@INTURA

Untuk pertanyaan kursus hubungi : Setiausaha Kursus

04-4218321 samb. 238 (Pn. Ku Intan Sakinah bt. Ku Ahmad/En. Khairul Asyraf bin Abdul Talib)

samb. 118 (Pn. Zuraida bt. Chin)

Program Sepanjang Ogos 2019

SEMINAR/PROJEK KHAS 1. Pensijilan Outdoor Recreation Tahap I dan II (4-8 Ogos 2019) 2. Kursus Pengukuhan Pasukan Media Bersama Warga INTAN Sempena INTAN 60 Tahun (16-18 Ogos 2019) 3. MS ISO 9001:2015 - Bengkel Audit Dalaman Khas Untuk Jabatan (19-20 Ogos 2019) 4. Kursus Pengurusan Stor Kerajaan (19-20 Ogos 2019) 5. Modul BLC ALMP Siri 63 (24-27 Ogos 2019) 6. IT Skills Assessment and Certification (ISAC) (27 Ogos 2019) 7. INTAN Executive Lecture Series (Integrity): Pemantapan Integriti (29 Ogos 2019)

Artikel Pilihan

http://www.intanbk.intan.my

Diterbitkan oleh : Pusat Sumber Maklumat, INTAN Wilayah Utara

Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.

Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali gan-da.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu penge-tahuan-Nya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 261)

Contohnya, ada orang memberi sumbangan atau infaknya untuk pembinaan sebuah masjid. Walau-pun nilai yang dilaburkan untuk tujuan itu hanya sebiji batu bata, tetapi Allah SWT akan mem-balasnya dengan sebuah istana di dalam syurga pada hari akhirat kelak atas kejujuran serta keikhlasannya.

Apabila seseorang mendapat nikmat sedekah, dia tidak kisah lagi berapa wang yang dikeluarkan. Ibnu Abbas apabila membicarakan mengenai sifat dermawan, beliau tidak sebut nama-nama sa-habat yang mahsyur seperti Uthman bin ‘Affan, Abdul Rahman bin ‘Auf atau Abu Bakar As-Siddiq, sebaliknya menyebut Rasulullah SAW.

Para sahabat Rasulullah SAW menyatakan, baginda adalah individu paling dermawan berbanding sahabat lain. Rasulullah SAW apabila bersedekah baginda akan memberikan apa sahaja termasuk pada tubuh badannya.

Contohnya, apabila Rasulullah SAW memakai ridak baru lalu ada orang yang tegur, maka nabi akan ambil dan meletakkan ridak itu di atas bahu orang yang bertanya berkenaan.

Para sahabat sangat mengerti perihal itu. Apabila nabi memakai apa sekalipun mereka tidak akan bertanya, puji atau tegur di hadapannya kerana pasti baginda akan memberikan barang itu.

Malah, dalam satu hadis Riwayat Abu Hurairah dinyatakan bagi seorang Muslim yang mantap ama-lan sedekahnya akan mendapat sanjungan di bumi serta didoakan para malaikat.

Manakala bagi yang kedekut dan kikir, mereka didoakan malaikat dengan kemusnahan. Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru, setiap Mukmin perlu yakin amalan bersedekah memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa sekiranya ia sentiasa diamalkan dalam hidup mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.” (Surah Saba’, ayat 34)Setiap Mukmin juga perlu sentiasa ingat, sedekah paling besar pahalanya adalah apabila dia berada dalam keadaan sihat dan berasa sayang terhadap hartanya, maka pada waktu itu jangan bertangguh lagi untuk bersedekah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Disember 2018 @ 1:25 PM

Sumber: https://www.hmetro.com.my/addin/2018/12/402581/ganjaran-sedekah-700-kali-ganda

KURSUS BERJADUAL

1. Program Transformasi Minda (18-22 Ogos 2019)

2. Kursus Etika Kerja: Gamifikasi (27-29 Ogos 2019)

3. Kursus Pengurusan Prestasi (27-29 Ogos 2019)