pemikiran visual 2

5
Sword L.K. (2005), ‘…mendefinisikan pemikiran visual menggunakan gambar, warna, unsur-unsr abstrak, gambarajah dan sebagainya. Maklumat yang saling berkaitan akan diperolehi daripada pemerhatian ke atas sesuatu gambar atau visual.’ Pemikiran visual merupakan satu corak pemikiran yang dirangsang melalui pemerhatian ke atas sesuatu visual. Pelajar akan membuat tafsiran masing-masing terhadap gambaran yang diberikan kepada mereka berdasarkan apa yang mereka ketahui dan lalui. Mesej-mesej yang disampaikan oleh visual tersebut akan cuba ditafsirkan oleh pelajar dan lazimnya mesej-mesej yang disampaikan tidak sama dengan apa yang pelajar fahami. Pemikiran visual membenarkan pelajar untuk meneroka maklumat atau mesej yang ingin disampaikan mengikut perspektif pemikiran masing-masing. Pengajar mampu meningkatkan daya kreativiti pelajar dengan memupuk pemikiran visual dengan menggalakkan dan membiasakan pelajar dengan paparan-paparan grafikal yang bersesuaian. Pemikiran visual merupakan satu corak pemikiran yang dirangsang melalui pemerhatian ke atas sesuatu visual. Murid- murid akan membuat apresiasi (tafsiran) masing-masing terhadap gambaran yang diberikan kepada mereka berdasarkan apa yang mereka ketahui dan lalui. Pemikiran visual membenarkan pelajar untuk meneroka maklumat atau mesej yang ingin disampaikan mengikut perspektif pemikiran masing-masing. Semasa proses apresiasi, peranan guru sangat penting dalam mencorak pemikiran murid. Guru perlu berusaha untuk meningkatkan daya

Upload: kamal-zaimi

Post on 05-Sep-2015

12 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pemikiran visual bahagian 2

TRANSCRIPT

Sword L.K. (2005), mendefinisikan pemikiran visual menggunakan gambar, warna, unsur-unsr abstrak, gambarajah dan sebagainya. Maklumat yang saling berkaitan akan diperolehi daripada pemerhatian ke atas sesuatu gambar atau visual.

Pemikiran visual merupakan satu corak pemikiran yang dirangsang melalui pemerhatian ke atas sesuatu visual. Pelajar akan membuat tafsiran masing-masing terhadap gambaran yang diberikan kepada mereka berdasarkan apa yang mereka ketahui dan lalui. Mesej-mesej yang disampaikan oleh visual tersebut akan cuba ditafsirkan oleh pelajar dan lazimnya mesej-mesej yang disampaikan tidak sama dengan apa yang pelajar fahami. Pemikiran visual membenarkan pelajar untuk meneroka maklumat atau mesej yang ingin disampaikan mengikut perspektif pemikiran masing-masing. Pengajar mampu meningkatkan daya kreativiti pelajar dengan memupuk pemikiran visual dengan menggalakkan dan membiasakan pelajar dengan paparan-paparan grafikal yang bersesuaian. Pemikiran visual merupakan satu corak pemikiran yang dirangsang melalui pemerhatian ke atas sesuatu visual. Murid-murid akan membuat apresiasi (tafsiran) masing-masing terhadap gambaran yang diberikan kepada mereka berdasarkan apa yang mereka ketahui dan lalui. Pemikiran visual membenarkan pelajar untuk meneroka maklumat atau mesej yang ingin disampaikan mengikut perspektif pemikiran masing-masing. Semasa proses apresiasi, peranan guru sangat penting dalam mencorak pemikiran murid. Guru perlu berusaha untuk meningkatkan daya kreativiti murid dengan memupuk pemikiran visual menerusi galakkan dan melazimkan murid dengan apresiasi terhadap karya-karya lain yang bersesuaian. Guru tidak boleh sama sekali memberi kritikan negatif kepada murid. Kritikan negatif akan menurunkan motivasi dan melemahkan emosi murid. Pengaplikasian seni dalam pengajaran dapat mengelakkan pelajar daripada lesu dan bosan terhadap pelajaran dalam kelas. Seni sangat penting diaplikasikan dalam pengajaran kerana berupaya melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif, berpengetahuan,dan memberi pengalaman yang bererti kepada pelajar. Dalam proses mengaplikasikan seni dalam pengajaran kebiasaannya menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan guru dan pelajar. Pelbagai teknik yang digunakan oleh seorang guru dalam memberi kefahaman kepada pelajarnya. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu menggunakan media pengajaran yang bersesuaian dengan isi pembelajaran dan teknik mengajar yang diguna pakai. Media pengajaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu media bukan cetak dan media cetak. Antara media pengajaran yang digunakan dalam mengaplikasikan seni ialah filem, video, cakera video interaktif, lukisan, carta, kartun, poster, graf, model, boneka, alat paparan,pita audio dan lain-lain. Media pengajaran amat membantu guru. Aplikasi seni dalam pengajaran penting kerana dapat memupuk penghayatan estetika. Dengan mengaplikasikan seni dalam pengajaran seperti pengunaan visual ruang, pelajar akan berkebolehan untuk berfikir dalam tiga dimensi iaitu mengubahsuai imej serta melayari ruang dan menghasilkan maklumat grafik. Pelajar akan melihat dan memerhatikan melalui objek, bentuk warna atau pemandangan yang dipamerkan seperti peta minda, carta, lukisan, warna atau ukiran. Ini akan membantu pelajar untuk lebih mudah mengingat. Contohnya, sebelum pelajar memulakan sesuatu projek perisian komputer, pengajar akan menunjukkan contoh-contoh projek yang berjaya kepada para pelajar. Pengajar akan membuat demontrasi bagaimana menggunakan setiap satu contoh-contoh projek tersebut secara rambang. Melalui demontrasi contoh-contoh projek ini akan membantu pelajar untuk menyiapkn projek masing-masing. Pelajar secara tidak sedar diajak untuk mengembangkan kreativiti yang ada di samping pengetahuan dan pengalaman yang mereka miliki. Pelajar akan memikirkan cara-cara yang sesuai untuk membangunkan projek tersebut, antara muka, membayangkan interaksi dan tindakan pengguna, reka bentuk dan sebagainya. Semua ini berlaku secara aktif dalam pemikiran setiap pelajar.Kesimpulannya, penggunaan pemikran visual merupakan salah satu teknik berkesan bagi mengetengahkan mesej atau maklumat yang ingin disampaikan dalam ribuan patah perkataan dalam sesebuah penulisan. Penggunaan gambar merupakan nilai tambah terbaik dalam sesebuah karya penulisan. Malah, bukan sahaja melalui penulisan, bahkan efektif dalam menyampaikan mesej ringkas seperti yang digunakan secara global. Antaranya yang tertera pada papan-papan tanda, iklan, dan juga poster mampu membawa makna atau mesej yang cuba disampaikan dan dapat ditafsirkan sendiri oleh segenap lapisan masyarakat. Malah, bukan itu sahaja, ia menjadi daya tarikan melalui gambar dan warna. Namun, harus diingat, setiap manusia mempunyai titik buta (blindspot) tersendiri, disebabkan itu, terkadang sesuatu yang dilihat jelas oleh seseorang mungkin kabur dilihat oleh orang lain. Sekalipun pemikiran visual mempercepat kefahaman input dalam sesebuah penulisan itu, tidak bermakna perkataan itu tidak membantu. Sekalipun sudah ada rotan, itu tidak bermakna akar tidak berguna. Penggunaan gambar dan aspek visual lain dapat dijadikan teknik berkesan dalam menyampaikan maklumat dan mempercepatkan proses kefahaman setiap pembaca. Teknik visual mampu menjadi sumbu yang menyalakan api kefahaman kepelbagaian maklumat dalam sesebuah penulisan.

(715 patah perkataan)

Rujukan Sharifah Alwiah Alsagof. (1987). Psikologi Pendidikan II.Selangor: Longman Malaysia. Sdn. Bhd.Noor Azean Atan & Zaidatun Tasir. Visualization Application Through Computer Network Learning System (V-Conels) In Authentic Learning Environments For Teachers Programme. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.http://myais.fsktm.um.edu.my/4995/1/16.pdfSiew Heng Loke et.al. (2005). Pedagogi Merentas Kurikulum.Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.