pemerdagangan manusia

4
Pemerdagangan Manusia Aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran merupakan kegiatan jenayah terancang rentas sempadan. Kegiatan ini berlaku hampir di seluruh dunia dan banyak melibatkan negara maju. Kajian pada tahun 2006 yang dibiayai Kerajaan Amerika Syarikat menunjukkan, kira-kira 800,000 orang dibawa melepasi sempadan negara setiap tahun. Jutaan orang yang diperdagangkan dalam negara sendiri tidak direkodkan. Kira-kira 80 peratus mangsa kajian ini terdiri daripada wanita dan gadis muda, dan 50 peratus adalah di bawah umur. Majoriti mangsa adalah wanita yang diperdagangkan bagi tujuan eksploitasi seks komersil. Jumlah ini tidak termasuk jutaan mangsa lelaki dan wanita di seluruh dunia yang diperdagangkan dalam lingkungan sempadan negara sendiri dan kebanyakannya bagi tujuan buruh paksa atau buruh tebus hutang. Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) yang menganggarkan, kegiatan pemerdagangan orang di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3.5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun. Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang dengan sekitar 14,500 hingga 17,500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun. Angka yang tercatat menunjukkan keuntungan berlipat kali ganda antara sebab utama individu terlibat dengan jenayah ini. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 150,000 orang, majoriti daripadanya adalah kanak-kanak, diseludup dari kawasan Asia Selatan setiap tahun, tetapi penyelidik membuat jangkaan angka ini mungkin tiga kali ganda berikutan keuntungan yang dijana industri itu kira-kira RM110.5 bilion (US$32 bilion) setahun. Pada tahun 2004, Amnesty International melaporkan dianggarkan seramai 700,000 orang diperdagangkan setiap tahun bagi tujuan seks manakala Jabatan Negara Amerika Syarikat pula melaporkan setiap tahun antara 600,000 hingga 800,000 orang yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak- kanak diperdagangkan merentasi sempadan negara. Di Bangladesh, UNICEF melaporkan bahawa lebih kurang 400 wanita dan kanak-kanak telah menjadi mangsa pemerdagangan tersebut setiap bulan. Kebanyakan dari mereka berusia antara 12 hingga 16 tahun dan dipaksa bekerja di dalam industri seks komersial.

Upload: applepe

Post on 05-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: Pemerdagangan Manusia

Pemerdagangan Manusia

Aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran merupakan kegiatan jenayah terancang rentas sempadan. Kegiatan ini berlaku hampir di seluruh dunia dan banyak melibatkan negara maju. Kajian pada tahun 2006 yang dibiayai Kerajaan Amerika Syarikat menunjukkan, kira-kira 800,000 orang dibawa melepasi sempadan negara setiap tahun. Jutaan orang yang diperdagangkan dalam negara sendiri tidak direkodkan. Kira-kira 80 peratus mangsa kajian ini terdiri daripada wanita dan gadis muda, dan 50 peratus adalah di bawah umur. Majoriti mangsa adalah wanita yang diperdagangkan bagi tujuan eksploitasi seks komersil. Jumlah ini tidak termasuk jutaan mangsa lelaki dan wanita di seluruh dunia yang diperdagangkan dalam lingkungan sempadan negara sendiri dan kebanyakannya bagi tujuan buruh paksa atau buruh tebus hutang.

Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) yang menganggarkan, kegiatan pemerdagangan orang di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3.5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun. Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang dengan sekitar 14,500 hingga 17,500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun. Angka yang tercatat menunjukkan keuntungan berlipat kali ganda antara sebab utama individu terlibat dengan jenayah ini. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 150,000 orang, majoriti daripadanya adalah kanak-kanak, diseludup dari kawasan Asia Selatan setiap tahun, tetapi penyelidik membuat jangkaan angka ini mungkin tiga kali ganda berikutan keuntungan yang dijana industri itu kira-kira RM110.5 bilion (US$32 bilion) setahun. Pada tahun 2004, Amnesty International melaporkan dianggarkan seramai 700,000 orang diperdagangkan setiap tahun bagi tujuan seks manakala Jabatan Negara Amerika Syarikat pula melaporkan setiap tahun antara 600,000 hingga 800,000 orang yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak diperdagangkan merentasi sempadan negara. Di Bangladesh, UNICEF melaporkan bahawa lebih kurang 400 wanita dan kanak-kanak telah menjadi mangsa pemerdagangan tersebut setiap bulan. Kebanyakan dari mereka berusia antara 12 hingga 16 tahun dan dipaksa bekerja di dalam industri seks komersial.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa, iaitu agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas untuk menangani piawai buruh, penggajian dan perlindungan masyarakat, menganggarkan bahawa terdapat seramai 12.3 juta orang yang bekerja sebagai buruh paksa, buruh tebus hutang, buruh paksa kanak-kanak dan abdi seks pada sesuatu masa. Julat anggaran lain adalah antara 4 juta hingga 27 juta orang. Kegiatan pemerdagangan orang dianggap sebagai suatu industri universal dan tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi. Malaysia juga tidak terkecuali daripada aktiviti yang diaplikasikan sebagai perbuatan ‘perhambaan alaf baru’. Keunikan negara ini yang terletak di tengah-tengah Asia Tenggara menjadikan penyeludup memilih negara ini sebagai negara transit bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak dari Afghanistan, Pakistan, Myanmar dan lain-lain negara berhijrah ke beberapa buah negara Eropah. Jenayah universal ini memberi implikasi yang besar kepada negara. Kerajaan telah mewujudkan satu Akta yang memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mendakwa dan mengenakan hukuman dengan peruntukan penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM1,000,000. Sejajar dengan pengenalan Akta tersebut, kerajaan turut menubuhkan Majlis Anti-pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang berfungsi untuk menyelaraskan dasar dan melaksanakan Akta tersebut. Walaupun Laporan Pemerdagangan Orang 2007 (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat meletakkan Malaysia sebagai antara 16 negara berprestasi buruk dalam menangani isu ini, kewujudan Akta yang khusus dan MAPO membuktikan komitmen negara

Page 2: Pemerdagangan Manusia

dalam usaha membanteras fenomena ini. Selain daripada itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia pada Tahap Dua Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) 2010 kerana ketelusan Kerajaan mematuhi Akta Perlindungan Pemerdagangan dan Keganasan (TVPA). Walaupun Kerajaan melaksanakan pelbagai mekanisme bagi membendung jenayah itu, kelembapan ekonomi dan kelemahan negara asal mangsa untuk mencegah dan mendidik menyebabkan mangsa mudah diperdaya oleh sindiket. Kerjasama maksimum daripada orang awam dan agensi penguatkuasa juga perlu dipertingkatkan.

Pemerdagangan Manusia : Kesan Dan Langkah Mengatasi

Salah satu kesan aktiviti pemerdagangan manusia adalah mencemarkan imej negara di mata dunia. Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan masalah tersebut.

Aktiviti pemerdagangan manusia bermaksud segala bentuk eksploitasi sama ada untuk tujuan seks, kerja paksa, perhambaan bahkan turut melibatkan pemindahan organ manusia. Aktiviti ini mendatangkan pelbagai kesan negatif dan pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan aktiviti ini.

Kesan1. Mencemarkan imej negara di mata duniaKedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia.Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.Negara dianggaap sebagai sarang jenayah.

2. Mengancam keselamatan dan keamanan negaraJenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran , pusat hiburan dan rumah urut dan sebagainya.Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan kekayaan.

3. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negaraPenyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara.Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat

4. Peningkatan masalah sosialMasalah sosial bertambah merebak dalam masyarakatseperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.Penularan penyakit berjangkitPenyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat

Page 3: Pemerdagangan Manusia

Langkah-langkah1. Penguatkuasaan undang-undangAkta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000Akta Antipermerdagangan Orang 2007

2. Memperketat kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan dengan lebih telitiKawalan kemasukan pelancong asing . Menutup peluang penyeludupan manusia berlakuKawalan menggunakan Akta Imigresen untuk mengesan kemasukan secara haram.

3. Koordinasi antara kementerianPenguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu mengurangkan aktiviti ini. Contohnya koordinasi antara Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri bagi membersihkan imej Negara.

Aktiviti ini perlu dibanteras untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan negara.