pemenang pingat olimpik akui gunakan dadah

3
Pemenang pingat Olimpik akui gunakan dadah AFP | Kemas kini: Mac 19, 2013 (Diterbitkan pada: Mac 19, 2013 08:21 MYT) email comments Pemenang pingat Olimpik akui gunakan dadah COPENHAGEN: Penunggang basikal profesional Denmark Rolf Soerensen semalam mengaku menyalahgunakan dadah terlarang jenis EPO dan kortison sekitar tahun 1990-an. Pengakuan tersebut menamatkan kemarau penafian beliau sejak setahun yang lalu. "Saya pernah menjadi pengguna EPO dari masa ke semasa," kata Soerensen, 47. "Saya telah menggunakan kortison dalam beberapa acara. Tiada alasan lain untuk apa yang saya lakukan selain untuk setanding dengan pelumba lain," katanya. Soerensen pernah memenangi dua peringkat Tour de France pada tahun 1994 dan 1996 dan beliau bagaimanapun enggan untuk

Upload: nor-amani-mohd-zin

Post on 25-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pjm3112

TRANSCRIPT

Page 1: Pemenang Pingat Olimpik Akui Gunakan Dadah

Pemenang pingat Olimpik akui gunakan dadah

AFP | Kemas kini: Mac 19, 2013

(Diterbitkan pada: Mac 19, 2013 08:21 MYT)

email comments

Pemenang pingat Olimpik akui gunakan dadah

COPENHAGEN: Penunggang basikal profesional Denmark Rolf Soerensen

semalam mengaku menyalahgunakan dadah terlarang jenis EPO dan kortison

sekitar tahun 1990-an. Pengakuan tersebut menamatkan kemarau penafian beliau

sejak setahun yang lalu.

"Saya pernah menjadi pengguna EPO dari masa ke semasa," kata Soerensen, 47.

"Saya telah menggunakan kortison dalam beberapa acara. Tiada alasan lain untuk

apa yang saya lakukan selain untuk setanding dengan pelumba lain," katanya.

Soerensen pernah memenangi dua peringkat Tour de France pada tahun 1994 dan

1996 dan beliau bagaimanapun enggan untuk mengenal pasti pelumba lain yang

menggunakan dadah untuk meningkatkan prestasi.

"Saya tak mahu libatkan yang lain dan tiada sebarang tuduhan terhadap mereka. Ini

bukan cara saya," tambah Soerensen.

Page 2: Pemenang Pingat Olimpik Akui Gunakan Dadah

"Satu-satunya perkara yang boleh saya katakan ialah bukan saya seorang sahaja

yang melakukannya."

Soerensen merupakan pelumba profesional dari tahun 1986 hingga 2002 dan

memenangi perlumbaan Liege-Bastogne-Liege pada tahun 1993 dan Tour of

Flanders pada tahun 1997.

Beliau memenangi pingat perak dalam perlumbaan jalan raya pada Sukan Olimpik

tahun 1996, tahun pertamapelumba profesional dibenarkan untuk bersaing.

Beliau juga hampir memenangi gelaran juara keseluruhan Piala Dunia dua kali

dengan berkedudukan kedua keseluruhan pada tahun 1997 dan ketiga dalam

kedua-dua acara pada 1989 dan 1991.

Pada bulan Januari, pelumba Amerika Syarikat Lance Armstrong, 41, mengaku

bahawa dia menggunakan dadah peningkat prestasi semasa kemenangan di Tour

de France 1999-2005.

Skandal yang menggemparkan dunia lumba basikal.

Read more at: http://www.astroawani.com/berita-sukan/pemenang-pingat-olimpik-

akui-gunakan-dadah-10260?cp