pemberitahu pertanyaan dewan rakyat pertanyaan vb … · adat resam tempatan. mereka juga akan...

6
NO SOALAN : 52 PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN DARIPADA TARIKH SOALAN: LIS AN VB DATO' HAJIIRMOHIZAM BIN HAJIIBRAHIM (KUALA SELANGOR) 08.10.2014 (RABU) Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :- (a) apakah usaha-usaha Kerajaan untuk mengelakkan masalah salah laku dan disiplin dalam kalangan anggota dan pegawai yang berkhidmat di luar negeri; dan (b) sejauh manakah tindakan lanjut Kerajaan terhadap mereka yang gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab termasuk melanggar peraturan ditetapkan. OR/Masy Ketigai[Salah laku dan dlsiplin anggota dan peg dan tindakan lanjut]· 25.9.14 1

Upload: others

Post on 18-Oct-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN VB … · adat resam tempatan. Mereka juga akan ditumpangkan kepada Direktorat atau Jabatan berkaitan semasa di dalam negara untuk tujuan

NO SOALAN : 52

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN

DARIPADA

TARIKH

SO ALAN:

LIS AN

VB DATO' HAJIIRMOHIZAM BIN HAJIIBRAHIM (KUALA SELANGOR)

08.10.2014 (RABU)

Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-

(a) apakah usaha-usaha Kerajaan untuk mengelakkan

masalah salah laku dan disiplin dalam kalangan anggota

dan pegawai yang berkhidmat di luar negeri; dan

(b) sejauh manakah tindakan lanjut Kerajaan terhadap

mereka yang gagal melaksanakan tugas dan

tanggungjawab termasuk melanggar peraturan

ditetapkan.

OR/Masy Ketigai[Salah laku dan dlsiplin anggota dan peg dan tindakan lanjut]· 25.9.14

1

Page 2: PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN VB … · adat resam tempatan. Mereka juga akan ditumpangkan kepada Direktorat atau Jabatan berkaitan semasa di dalam negara untuk tujuan

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Pelbagai langkah diambil oleh pihak Kerajaan

khususnya Angkatan Tentera Malaysia {ATM} dalam

memastikan tiada kes salah laku dan pelanggaran disiplin

yang melibatkan pegawai dan anggota ATM yang berkhidmat

di luar negara. Di antara langkah-langkah sedia ada

merangkumi:

(1) Tapis an Keselamatan. Ia bertujuan supaya pegawai

atau anggota bebas dari kes jenayah, tuntutan saman

sivil atau dalam siasatan oleh mana-mana agensi

penyiasat Kerajaan.

(2) Kursus Kelayakan. Semua pegawai dan anggota

yang dipilih dikehendaki menghadiri Kursus Penasihat

Pertahanan bagi peringkat Pegawai dan Kursus Staf

Pembantu Pertahanan bagi anggota Lain-lain Pangkat

sebagai pendedahan awal perkara berkaitan

pentadbiran, kewangan, protokol, logisitik, budaya dan

adat resam tempatan. Mereka juga akan ditumpangkan

kepada Direktorat atau Jabatan berkaitan semasa di

dalam negara untuk tujuan familiarization sebelum

melapor ke tempat yang baru.

DR/Masy Ketiga/[Salah laku dan disiplin anggota dan peg dan tlndakan lanjut]· 25.9.14

2

Page 3: PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN VB … · adat resam tempatan. Mereka juga akan ditumpangkan kepada Direktorat atau Jabatan berkaitan semasa di dalam negara untuk tujuan

(3) Panel Pemilihan. Proses pemilihan bagi jawatan

sebagai Penasihat Pertahanan akan ditetapkan melalui

Majlis Angkatan Tentera (MAT) manakala proses

pemilihan Staf Pembantu Pertahanan, dibuat melalui

Lem baga yang dipengerusikan oleh Pegawai Kanan

berpangkat Kolonel dari ATM sebelum disyorkan untuk

persetujuan pihak atasan ATM.

Sekiranya terdapat mana-mana pegawai ataupun

anggota tentera yang melanggar peraturan yang ditetapkan,

langkah dan tindakan yang akan diambil adalah berdasarkan

kepada peruntukan didalam Konvensyen Vienna 1961.

Kesemua pegawai dan anggota ATM yang terlibat dengan kes

di negara penerima, dalam apa jua keadaan masih boleh

disiasat dan dibicarakan di bawah Akta Angkatan Tentera

1972.

DR/Maay Ketlga/[Salah laku dan dlslplin anggota dan peg dan tindakan lanjut]· 25.9.14

3

Page 4: PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN VB … · adat resam tempatan. Mereka juga akan ditumpangkan kepada Direktorat atau Jabatan berkaitan semasa di dalam negara untuk tujuan

NO. SO ALAN: 53

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LIS AN

DARIPADA TUAN HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ]

TARIKH 8 OKTOBER 2014

RUJUKAN 7354

SOALAN:

Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan kenapa Kerajaan begitu lambat mengambil

tindakan terhadap pertubuhan-pertubuhan haram seperti Pasukan

Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang dan nyatakan apakah

jenis-jenis kesalahan yang telah dilakukan oleh PPS.

Page 5: PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN VB … · adat resam tempatan. Mereka juga akan ditumpangkan kepada Direktorat atau Jabatan berkaitan semasa di dalam negara untuk tujuan

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] memperuntukkan mana-mana

pertubuhan yang ingin bergerak secara sah perlulah berdaftar

dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Kegagalan mana-mana pertubuhan untuk berbuat demikian akan

berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 6

(3) iaitu, "Sesiapa yang melakukan perlanggaran terhadap

Seksyen 6 (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila

disabitkan, bolehlah dikenakan denda tidak lebih daripada lima

ribu ringgit, dan jika perlanggaran itu adalah suatu perlanggaran

yang berlanjutan, maka orang itu bolehlah dikenakan denda

tidak lebih daripada lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari

perlanggaran itu dilanjutkan selepas hari yang pertama".

Peruntukan di bawah Seksyen 2 Akta yang sama pula ada

menyebut bahawa sekumpulan tujuh (7) orang atau lebih adalah

memenuhi tafsiran sebagai sebuah pertubuhan tidak kira apa jua

jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal dan

sewajarnya mengambil tindakan untuk membuat permohonan

pendaftaran pertubuhan.

Berhubung dengan status Pasukan Peronda Sukarela (PPS)

Pulau Pinang pula, rekod Kementerian menunjukkan bahawa

PPS Pulau Pinang tidak pernah momohon untuk didaftarkan di

2

Page 6: PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN VB … · adat resam tempatan. Mereka juga akan ditumpangkan kepada Direktorat atau Jabatan berkaitan semasa di dalam negara untuk tujuan

bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]. Sehubungan dengan

itu, bagi perkara-perkara berkaitan PPS Pulau Pinang,

Kementerian ini tidak bercadang untuk mendedahkan secara

terperinci perkara tersebut kerana dikhuatiri akan mengganggu

siasatan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan JPPM yang

sedang berjalan.

3