pemberitahu pertanyaan dewan rakyat pertanyaan … · 2. menyentuh tentang beban tugas guru ini,...

25

Upload: ngoque

Post on 13-May-2019

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN … · 2. Menyentuh tentang beban tugas guru ini, ianya telah lama diperkatakan. Malahan kajian-kajian yang dijalankan oleh Kementerian

1

Soalan No : 1

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : Y.B. TUAN HAJI MOHD FASIAH BIN

HAJI MOHD FAKEH [ SABAK BERNAM ]

TARIKH : 26.10.2015

SOALAN :

Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta

MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah Kerajaan bagi mengurangkan bebanan kerja luar hakiki bagi lebih 500,000 guru supaya tugasan hakiki sebagai pendidik tidak terjejas.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Terdapat empat (4) pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat menyentuh tentang beban tugas guru. Pertanyaan tersebut

daripada:

1. YB Sabak Bernam 26 Oktober 2015 (Hari Ini)

2. YB Bachok 27 Oktober 2015

3. YB Lipis 27 Oktober 2015

4. YB Tanah Merah 3 Disember 2015

Oleh kerana isu yang dibangkitkan ini adalah saling berkaitan, izinkan

saya menjawab ke semua pertanyaan tersebut secara serentak.

Page 2: PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN … · 2. Menyentuh tentang beban tugas guru ini, ianya telah lama diperkatakan. Malahan kajian-kajian yang dijalankan oleh Kementerian

2

Tuan Yang di-Pertua,

2. Menyentuh tentang beban tugas guru ini, ianya telah lama

diperkatakan. Malahan kajian-kajian yang dijalankan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2006, 2010, 2012, 2015, Inisiatif

dalam NBOS ke-8 serta Laporan Kebangsaan Pemeriksaan Sekolah

2015, telah menemukan pelbagai perkara yang dirumuskan sebagai

punca wujudnya beban tugas guru. Justeru, kenyataan saya pada

31 Julai 2015, iaitu sebaik sahaja menerajui kementerian ini, langkah

pertama saya adalah untuk meneruskan usaha bagi menangani beban

tugas guru ini.

3. Dapatan beberapa kajian oleh KPM menyatakan, BEBAN TUGAS

GURU ini membawa maksud PELBAGAI TUGAS RENCAM yang

dilakukan oleh guru, sehingga menjejaskan masa berkualiti bagi

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, serta amalan

profesionalisme keguruan. Iaitu, selain melaksanakan tugas mereka

di bilik darjah, guru juga perlu melaksanakan pelbagai tugas khas

seperti urusan data, perpustakaan, warden, guru kelas, guru disiplin,

guru SPBT, Setiausaha PIBG, Setiausaha Peperiksaan, Setiausaha

Kokurikulum, penyelaras ICT dan kerja-kerja perkeranian. Guru juga

terlibat dalam pelbagai aktiviti anjuran agensi lain, yang sebahagiannya

tidak berkaitan langsung dengan tugas utama dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kesemua tugas ini telah menyumbang kepada

kerencaman tugas guru di sekolah.

Page 3: PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN … · 2. Menyentuh tentang beban tugas guru ini, ianya telah lama diperkatakan. Malahan kajian-kajian yang dijalankan oleh Kementerian

3

Tuan Yang di-Pertua, 4. Berdasarkan pekeliling perkhidmatan yang berkuatkuasa, tugas

guru merangkumi tujuh (7) aspek utama iaitu Kurikulum (pengajaran

dan pembelajaran termasuk pentaksiran); Kokurikulum (sukan dan

permainan, kelab dan Persatuan serta Badan Beruniform); Pengurusan

Hal Ehwal Murid (keselamatan, kebajikan, kesihatan, bina insan,

sistem maklumat murid, koperasi dan lawatan); Pengurusan Pejabat

dan Pentadbiran serta kewangan; Pembangunan fizikal,

Pembangunan staf; dan Hubungan komuniti.

5. Ingin saya jelaskan, berdasarkan tugas-tugas yang dinyatakan

tadi, masa yang digunakan oleh seorang guru dalam aspek kurikulum

sahaja adalah purata 48 jam seminggu. Jumlah masa tersebut tidak

mengambil kira masa untuk aktiviti kokurikulum (purata 2 hingga 6

jam seminggu), pengurusan hal ehwal murid (purata 6 jam seminggu)

dan tugasan lain.

6. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kajian KPM tahun 2015

berkaitan beban tugas guru mendapati purata masa tugas guru dalam

seminggu adalah konsisten iaitu antara 56 jam hingga 66 jam

seminggu.

7. Sehubungan dengan itu, saya akan pastikan langkah-langkah

yang telah, sedang dan akan dilakukan bagi menangani beban

tugas guru ini, dipantau dan dilaksanakan sepenuhnya. Antaranya:

Page 4: PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN … · 2. Menyentuh tentang beban tugas guru ini, ianya telah lama diperkatakan. Malahan kajian-kajian yang dijalankan oleh Kementerian

4

i. Memastikan pengurusan di peringkat Kementerian, negeri, daerah

dan sekolah memahami dan mematuhi semua pekeliling serta

surat siaran berkaitan yang sedang berkuatkuasa;

ii. Mengurangkan amalan penyediaan sambutan yang berlebih-

lebihan khususnya di peringkat sekolah sehingga menjejaskan

masa pengajaran dan pembelajaran murid;

iii. Kepimpinan sekolah yang berkesan diperkasakan melalui program

National Professional Qualification For Educational Leaders

(NPQEL);

iv. Memastikan pemantauan amalan melindungi masa instruksional

(MMI) dilaksanakan sewajarnya; dan

v. Pemerkasaan pengintergrasian data melalui inisiatif single sign on

(SSO). Langkah ini akan memastikan guru-guru tidak perlu

menggunakan pelbagai sistem untuk merekod data.

8. Di samping itu, Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ke-8

yang memberi fokus untuk menangani isu beban tugas guru (Teachers’

Administrative Workload) melalui inisiatif Repositioning of Teachers’

Core Duties yang dirintis pada masa ini di Melaka dan Kedah akan

diperluaskan. Seperti yang dibangkitkan oleh YB Bachok, langkah

kerajaan menempatkan pembantu guru ini sangat membantu

meringankan beban guru. Secara keseluruhannya, pelaksanaan rintis ini

telah berjaya mengurangkan beban tugas guru dalam skop kerja

perkeranian dan teknikal ICT daripada purata 3 jam hingga 7.4 jam

seminggu bergantung kepada jenis tugas khas yang dipegang oleh

Page 5: PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN … · 2. Menyentuh tentang beban tugas guru ini, ianya telah lama diperkatakan. Malahan kajian-kajian yang dijalankan oleh Kementerian

5

guru. Pengurangan beban tugas yang tiada kaitan dengan tugas hakiki

guru ini telah dapat mengembalikan kefungsian dan profesionalisme

guru. Sehubungan itu, adalah wajar program ini dapat diperluaskan ke

seluruh negara. Namun, pelaksanaan ini bergantung kepada

kemampuan kewangan kerajaan.

RJM15