pembentukkan parti sebelum merdeka

12
Pembentukkan Parti-Parti Politik Sebelum Merdeka Pengenalan Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga 1945 telah menyuntik semangat nasionalisme kepada orang Melayu bahawa Tanah Melayu yang dijajah sebenar milik mereka. Pada tahun 1945, Inggeris telah kembali memerintah selepas Jepun menyerah kalah. Kedatangan Inggeris pada kali ini telah membawa perubahan kepada Tanah Melayu dengan mengatur kehidupan penduduk dan kaum di Tanah Melayu sehingga wujudnya jurang pendidikan , ekonomi, politik dan sebagainya. Semasa era pemerintahan British bermulalah kebangkitan golongan ulama, cendekiawan serta intelektual untuk membela nasib penduduk khususnya orang Melayu. Pada era inilah, banyak sekolah dalam Bahasa Inggeris dibina. Terdapat juga pendidikan aliran Melayu seperti Maktab Penguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim di Perak. Disinilah lahirnya tokoh-tokoh nasionalis seperti Ibrahim Yaakob, Isa Mahmud dan Harun Aminurrashid. Tokoh - tokoh nasionalis yang mendapat pendidikan Inggeris adalah seperti Dato’ Onn Jaafar dan Raja Chulan. Tokoh-tokoh inilah yang meniupkan semangat nasionalisme melaui surat khabar, majalah atau ceramah-ceramah. Akhbar-akbar seperti Utusan Melayu, Warta Melayu, Pengasuh dan juga Sin Chew Jit Poh, Nan Yang Siang Pau, Tamil Murasu oleh kaum-kaum lain membawa isu-isu berkaitan politik, sosial, pendidikan dan ekonomi agar dapat menyedarkan rakyat-rakyat tentang hal mereka.

Upload: bryan-albert

Post on 01-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Establishing Malaysia's parties before the independences.

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentukkan Parti Sebelum Merdeka

Pembentukkan Parti-Parti Politik Sebelum Merdeka

Pengenalan

Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga 1945 telah menyuntik

semangat nasionalisme kepada orang Melayu bahawa Tanah Melayu yang dijajah sebenar

milik mereka. Pada tahun 1945, Inggeris telah kembali memerintah selepas Jepun menyerah

kalah.

Kedatangan Inggeris pada kali ini telah membawa perubahan kepada Tanah Melayu

dengan mengatur kehidupan penduduk dan kaum di Tanah Melayu sehingga wujudnya jurang

pendidikan , ekonomi, politik dan sebagainya. Semasa era pemerintahan British bermulalah

kebangkitan golongan ulama, cendekiawan serta intelektual untuk membela nasib penduduk

khususnya orang Melayu. Pada era inilah, banyak sekolah dalam Bahasa Inggeris dibina.

Terdapat juga pendidikan aliran Melayu seperti Maktab Penguruan Sultan Idris (MPSI),

Tanjung Malim di Perak. Disinilah lahirnya tokoh-tokoh nasionalis seperti Ibrahim Yaakob,

Isa Mahmud dan Harun Aminurrashid. Tokoh - tokoh nasionalis yang mendapat pendidikan

Inggeris adalah seperti Dato’ Onn Jaafar dan Raja Chulan. Tokoh-tokoh inilah yang

meniupkan semangat nasionalisme melaui surat khabar, majalah atau ceramah-ceramah.

Akhbar-akbar seperti Utusan Melayu, Warta Melayu, Pengasuh dan juga Sin Chew Jit Poh,

Nan Yang Siang Pau, Tamil Murasu oleh kaum-kaum lain membawa isu-isu berkaitan

politik, sosial, pendidikan dan ekonomi agar dapat menyedarkan rakyat-rakyat tentang hal

mereka.

Kedatangan kembali British ke Tanah Melayu pada tahun 1945, membawa satu

formula politik atau satu bentuk pemerintahan yang dikenali sebagai Malayan Union. Pada

dasarnya, Malayan Union akan mentadbir Tanah Melayu dibawah pemerintahan seorang

Gabenor. Ini akan meletakkan kuasa Raja-Raja sebagai penasihat Gabenor sahaja.

Pengumuman Pentadbiran Malayan Union telah diadakan pada 1 April 1946 di King’s

House. Namun, Sir Harold MacMicheal telah memaksa semua Sultan di Tanah Melayu

menandatangani penyerahan kuasa dengan ugutan lucutan kuasa sekiranya ingkar. Salah satu

ciri penting Malayan Union ialah pemberian hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu,

iaitu ‘Jus Soli’ dimana mereka yang dilahir di Tanah Melayu selepas Malayan Union akan

dianggap sebagai warganegara.

Bertitik tolak dari inilah menyaksikan pertubuhan-pertubuhan yang ditubuh dengan

tujuan memelihara kedudukan dan kedaulatan Melayu di Tanah Melayu.

Page 2: Pembentukkan Parti Sebelum Merdeka

Pembentukan UMNO

Malayan Union telah mencabar orang Melayu kerana dasar ini secara tidak langsung

telah mengenepikan kedudukan kaum Melayu sebagai kaum asal di Tanah Melayu. Golongan

intelektual bimbang jika Malayan Union diteruskan, nasib orang Melayu akan terpinggir dan

warisan kesultanan Melayu akan pupus buat selama lamanya. Di bawah pentadbiran Malayan

Union, satu system pemerintahan berpusat akan menggabungkan pemerintahan Negeri Negeri

Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak,

Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang bersatu pada tahun 1896) dan juga Negeri-

negeri Melayu tidak Bersekutu (Johor,Kedah,Perlis, Terengganu dan Kelantan).

Maka pada tahun 1946, Dato’ Onn Jaafar telah menggabungkan pelbagai pertubuhan

Melayu yang bersifat politik, mahupun social, sastera, budaya dan ekonomi. Penggabungan

yang dikenali sebagai Kongres Melayu SeMalaya ini ditubuhkan bagi membantah upacara

pengisytiharan Malayan Union yang diadakan di Kuala Lumpur. Kongres tersebut telah

meminta semua golongan Melayu termasuk raja raja Melayu untuk memulau perlantikan

tersebut. Golongan Melayu telah diminta untuk berkabung selama tujuh hari bermula 1 April

1946. Daripada Kongres inilah terbentuknya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

(PERKEMBAR) atau lebih dikenali sebagai United Malayan National Organization (UMNO)

pada 11 Mei 1946, sebagai lambing penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.

Akhbar-akhbar tempatan sepert Majlis (1931-1941) dan Warta Negara (1930-1941)

berperanan penting juga dalam penubuhan UMNO dengan menyuntik kesedaran di dalam diri

orang Melayu agar bersatu menentang Malayan Union.

Walaupun semangat untuk menentang Malayan Union semakin memuncak dalam diri

orang Melayu, bagi pendudukan Tanah Melayu yang bukan Melayu, tentangan agak hambar.

Pada awal penubuhan UMNO iaitu dalam tahun 1946-1948, UMNO telah berjaya

memperhebatkan gerakan mementang Malayan Union serta mendesak British agar

membebaskan Tanah Melayu. Apabila mula merasakan Malayan Union gagal untuk

mendapat sokongan orang Melayu, British telah mengadakan satu rundingan dengan

pemimpin UMNO dan raja raja Melayu dan gabungan tiga pihak ini telah berjaya merangka

satu draf perlembagaan yang dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan 1948.

Page 3: Pembentukkan Parti Sebelum Merdeka

Perlembagaan Persekutuan 1948

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 atau Perlembagaan Persekutuan 1948

merupakan titik bermulanya ‘Ketuanan Melayu’. Dato’ Onn Jaafar bukan saja telah

menyemarakkan semangat nasionalisme antara orang Melayu, malah telah berjaya

menyedarkan golongan pemerintah Melayu agar lebih peka kepada keperluan orang Melayu.

Oleh itu beliau telah digelar ‘Bapa Gerakan Nasionalis Tanah Melayu’.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu,

dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British di King’s House pada 21 Januari 1948

dan pada hari tersebut juga Malayan Union telah dengan rasminya dibubarkan. Persekutuan

Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948. Tanah Melayu akan

merangkumi 11 buah negeri, iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Melaka, Kedah,

Pulau Pinang, Perak, Johor dan Negeri Sembilan. Singapura pula akan terus ditadbir di bawah

pemerintahan British.

Di bawah Perlembagaan ini, Kerajaan Persekutuan akan diwakili oleh seorang

Pesuruhjaya Tinggi British, dimana kuasa Kerajaan Persekutuan tertakluk hal ehwal

kehakiman, perdagangan, pertahanan serta hal ehwal luar negeri. Beliau akan dibantu oleh

Majlis Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, rasmi dan tidak rasmi.

Berbeza dengan di bawah pemerintahan Malayan Union, kali ini Majlis Mesyuarat

Perundangan Persekutuan memiliki lebih ramai wakil Melayu. Di setiap negeri pula

diwujudkan jawatan Menteri Besar sebagai pegawai tertinggi dan dibantu oleh Setiausaha

Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri berkuasa ke atas pentadbiran tanah, agama, pertanian,

pendidikan dan sebagainya. Raja Perlembagaan diperkenalkan di mana Raja Melayu

dikekalkan hak mereka sebagai pemerintah di negeri masing masing tetapi tetap tertakluk di

bawah perlembagaan Negara. Sultan pula akan menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat

Melayu. Majlis Raja Raja Melayu akan menasihati Pesuruhjaya Tinggi British dalam hal hal

seperti imigresen. Residen British di dalam negeri masing masing digantikan dengan Menteri

Besar.

Hak kerakyatan pula semakin diperketatkan. Jus Soli telah dibubarkan. Hanya orang

Melayu yang dilahirkan di negeri negeri Tanah Melayu diberi hak kerakyatan secara

automatik. Pelbagai syarat diletakkan untuk pemohon bukan Melayu di Tanah Melayu.

Antaranya, pemohon hendaklan berusia 21 tahun, tidak mempunyai rekod jenayah dan

bersetuju untuk taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Pemohon yang mencapai 21

Page 4: Pembentukkan Parti Sebelum Merdeka

tahun dan telah menetap di Tanah Melayu selama 8 daripada 12 tahun sebelum tahun 1948,

boleh bertutur dalam Balasa Melayu dan Inggeris turut diterima sebagai warganegara.

Kemunculan Politik Persaingan Berparti

Walaupun hak kerakyatan untuk golongan bukan Melayu semakin sukar untuk

diperoleh dibawah Perlembagaan Persekutuan 1948, namun pada era ini jugalah kita dapat

lihat kesanggupan pemimpin Melayu untuk memberi hak kerakyatan kepada golongan bukan

Melayu. Ini merupakan satu anjakan yang besar ke arah wujudnya nasionalis pelbagai etnik.

Menurut seorang saintis political K.R. Ratnam, ‘Walaupun bilangan golongan bukan Melayu

ini tidak ramai, namun harus diingat bahawa sebelum Perang Jepun, orang Melayu tidak akan

sama sekali membenarkan perkara ini berlaku.’

Usaha untuk menerima golongan bukan Melayu juga terbukti di dalam terbentuknya

sebuah gabungan yang dikenali sebagai Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang mewakili

orang Melayu dan juga All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) yang mewakili kaum

bukan Melayu. PUTERA diketuai oleh Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Helmy manakala

AMCJA pula diketuai oleh Tan Cheng Lock. Gabungan ini terbentuk pada tahun 22 Februari

1947 dimana parti kiri Melayu yang terdiri daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya

(PKMM) yang diketuai oleh Dr Burhanuddin, Angkatan Pemuda Insaf (API) yang diketuai

oleh Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diketuai oleh Shamsiah

Fakeh , Gerakan Angkatan Muda (GERAM) yang diketuai oleh Aziz Ishak dan Abdul Samad

Ismail, Barisan Tani SeMalaya (BATAS) yang diketuai oleh Musa Ahmad dan Majlis Agama

Tertinggi SeMalaya (MATA) atau kemudiannya dikenali sebagai Hizbul Muslimin telah

berkerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan Melayu seperti Malayan Democratic Union

(MDU), New Democratic Youth League (NDYL) dan Malayan Indian Congress (MIC).

Pakatan PUTERA-AMCJA ini telah membentuk Perlembagaan Rakyat di mana

mereka menggesa taraf warga Negara diberi samarata kepada semua penduduk yang setia.

Pakatan ini juga mencadangkan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dipilih oleh rakyat.

Pakatan ini juga telah memperkenalkan kewarganegaraan ‘Melayu’, di mana setiap rakyat

Tanah Melayu akan digelar Melayu, tidak kira bangsa asal mereka.

Namun begitu, Perlembagaan Rakyat ini telah ditolak oleh Inggeris, sebaliknya

Inggeris terus melaksanakan Perlembagaan Persekutuan 1948. Pada tahun 1948 juga,

Page 5: Pembentukkan Parti Sebelum Merdeka

ancaman gerakan komunis semakin meluas. Akibat daripada ini, darurat telah diisytiharkan.

Kerajaan mula mengambil langkah keselamatan dan antaranya ialah menyekat pergerakan

yang disyaki mempunyai kaitan dengan gerakan komunis. Pertubuhan sayap kiri seperti Parti

Komunis Malaya (PKM) dan juga pakatan PUTERA-AMCJA turut diharamkan. Tindakan ini

telah melumpuhkan golongan sayap kiri manakala pada masa yang sama, menguatkan

golongan kanan, khususnya UMNO selama 12 tahun tempoh darurat. Dato’ Onn yang pada

masa itu masih lagi mengetuai UMNO merasakan kemerdakaan hanya akan dikecapi jika satu

parti pelbagai kaum dapat dibentuk. Beliau telah membuka keahlian UMNO kepada kaum

lain pada tahun 1950, dan telah menukar nama UMNO daripada United Malays kepada

United Malayan National Organization. Bagaimanapun, tindakan ini telah ditentang hebat

oleh orang Melayu dan kebanyakan pemimpin Melayu yang lain. Kecewa dengan tentangan

ini, Dato’ Onn telah meninggalkan UMNO pada tahun 1951 dan menubuhkan parti baru yang

dinamakan Parti Kemerdekaan Malaya atau Indepence of Malayan party (IMP) pada 16

September 1951. Kepimpinan UMNO diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman.

Pembentukan Parti Malayan Chinese Association (MCA)

Pada tahun 1940, Malaya merupakan sebuah koloni di bawah pemerintahan British.

Pengumanan kerajan kecemasan dan pelaksaan undang-undang tentera oleh pihak british

pada tahun 1948 disebabkan oleh aktiviti-aktiviti komunis yang dikuasai oleh Kumpulan

Parti Komunis Malaya (PKM). Disebabkan pelaksaan undang-undang tersebut, penduduk

cina di Malayan turut berada dalam keadaan sengsara kerana kebanyakan ahli komunis pada

ketika itu adalah berketurunan cina. Ada yang ditahan dan dihantar pulang ke Tanah Besar

China dan ada juga ditembak mati oleh askar British. Untuk mengehadkan Penduduk Cina

dari bergaul dengan ahli komunis, beratus-ratus penduduk Cina dipindahkan ke kawasan

kediaman yang diuruskan oleh pihak British.

Pada 27 Febuari 1949, Tan Cheng Lock bertanggungjawab dalam penubuhan MCA

bagi menghentikan aktiviti menghantar pulang penduduk Cina ke Tanah Besar China. Beliau

juga seorang yang amat berpengaruh di kalangan masyarakat Cina. Dengan penubuhan MCA,

perancangan british untuk menghantar pulang penduduk masyarakat Cina ke negara asal

mereka terus dihentikan. MCA juga menolong penduduk Cina dengan memberi makanan,

ubat-ubatan, sumber kewangan, kemudahan elektrik dan air dan juga membina sekolah

Page 6: Pembentukkan Parti Sebelum Merdeka

rendah dan perpustakaan awan. Bantuan sebegini, MCA dapat menarik minat kaum Cina

untuk mendekati parti itu.

Tujuan penubuhan MCA:

a) Bagi mewakili dan memelihara kepentingan seluruh penduduk masyarakat Cina di Tanah

Melayu, lebih-lebih lagi masyarakat Cina yang datang dari negara asal. Dengan itu, mereka

perlu bernaung dalam oarti nagi memperkukuhkan perjuangan politik kaum Cina.

b) Parti MCA menyedarinbahawa terdapat usah sesetengah pihak terutamanya parti komunis

untuk menarik kaum cina di kawasan luar bandar untuk berjuang bersama-sama mereka

dengan paksaan.

Dengan menangani pergerakan komunis, MCA berkerjasama dengan kerajaan British

untuk membantu dan menempatkan kumpulan setinggan Cina yang tinggal di kawasan hutan

ke kawasan kampung-kampung baru. Cara ini memudahkan pihak British untuk membuat

pemantauan pengerakan ornag Cina dari pengaruhan komunis.

Pada tahun 1950, MCA mula bergiat untuk melibatkan diri dalam bidang politik

sepenuhnya kerana terdapat banyak perkara mendesak yang perlu diperjuangkan oleh parti

tersebut. Dalam perjuangan MCA, MCA berjaya mendesak kerajaan British  agar

melonggorkan syarat-syarat kewarganegaraan untuk kaum bukan Melayu untuk menjadi

warga tetap di negara ini.

Tan Cheng Lock ialah Penaung dan Presiden MCA yang pertama. Beliau adalah anak

kelahiran Melaka lahir pada 5 April 1883. Semasa memegang jawatan Presiden MCA, Tan

Cheng Lock gigih berusaha membela kepentingan masyarakat Cina. Perjuangan besar Tan

Cheng Lock ialah untuk mendapatkan hak sama rata bagi orang bukan Melayu dengan Orang

Melayu dalam pertadbiran dan politik Tanah Melayu. Beliau mahu taraf kerakyatan Tanah

Melayu bagi orang bukan Melayu berdasarkan prinsip 'Jus Soli'.

Selain daripada itu, Tan Cheng Lock juga memberi sokongan penuh terhadap

pentadbiran Malayan Union walaupun ditentang oleh orang Melayu. Ini disebabkan

perlembangan Malayan Union mengandungi perkara -perkara yang diperjuang oleh beliau

selama ini. Tan Cheng Lock juga berkerjasama dengan PUTERA untuk menentang

pembubaran Malayan Union untuk digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 20

Oktober 1947, Tan Cheng Lock mengetuai Tindakan Bersama Majlis Cina Tanah Melayu

Page 7: Pembentukkan Parti Sebelum Merdeka

dan PUTERA melakukan hartal tanda bantahan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

tetapi pihak British tetap munubuhkannya bagi mengantikan Malayan Union. Pada 10 Januari

1949, Tan Cheng Lock menyertai Jawatankuasa Perhubungan Kaum (JPK) yang ditubuhkan

oleh British sebagai wakil masyarakat Cina.

Pembentukan MALAYAN INDIAN CONGRESS (MIC)

Seperti mana kaum lain yang telah membentuk parti untuk menegakkan hak kaum masing -

masing, kaum India di Tanah Melayu pada masa itu turut mempunyai kesedaran untuk

memperjuangkan hak hak kaum India. Orang India pada masa itu kebanyakannya di bawa

masuk dari Negara India oleh British untuk menggerakkan perusahaan getah secara besar-

besaran. Kongres India Malaya atau Malayan Indian Congress (MIC) telah ditubuhkan pada

tahun 1946 oleh John Thivy, dan juga merupakan antara parti tertua di Malaysia.

Parti MIC pernah diketuai oleh barisan pemimpin dari pelbagai latar belakang

termasuklah peguam, kerani, ahli perniagaan,guru dan arkitek. Antaranya ialah Sardar Budh

Singh dan juga Sri Kundan Lal Devaser. Setiap pemimpin telah mencorak MIC mengikut

keperluan persekitaran semasa. Jika pada mulanya MIC ditubuhkan untuk menjaga kebajikan

masyarakat India yang datang dari Negara India, selepas beberapa waktu, MIC mula

memperjuang untuk menaik tarafkan kehidupan masyarakat di India, termasuk

mengurangkan kadar kemiskinan serta memperjuangkan hak pendidikan anak anak

masyarakat India.

MIC telah menyertai parti Perikatan dan sekaligus menjadi parti pemerintah yang

ketiga terbesar selepas UMNO dan MCA pada tahun 1954.

Pembentukan Parti Perikatan dan Pilihan Umum Pertama

Pada Januari tahun 1952, UMNO yang dipimpini oleh Tunku Abdul Rahman telah

membentuk Parti Perikatan setelah Malayan Union berjaga dibubarkan. Parti Perikatan ini

adalah gabungan daripada tiga parti politik tetbesar di Tanah Melayu iaitu Parti Kebangsaan

Tanah Melayu (UMNO), Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan Kongres India Tanah

Melayu (MIC). Tujuan penubuhan Parti Perikatan adalah untuk menhadapi Pilihan Raya

Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 dan bagi memilih wakil-wakil bagi kawasan-

Page 8: Pembentukkan Parti Sebelum Merdeka

kawasan bandar luar bandar. Selepas kejayaan pilihan raya ini, Parti Perikatan akan terus

berjuang untuk menamatkan darurat dan mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu serta

memenangi Pilihan Raya Umum 1955.

Dalam Pilihan Raya Umum 1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi daripada

52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan memenangi pilihan raya inilah rakyat mendesak

agar tidak lagi berada di bawah pemerintahan penjajah British.

References? hehe

Mohd. Yusof Kasim & Azlan Ahmad, Politik Baru dalam Pilihan Raya Umum, 1st ed, Bangi:

Penerbit UKM, pp 30- 31, 2002.

Noor Azilawati Mohd Sabda, Parti Politik Di Malaysia, Selangor: Penerbitan PCT Sdn. Bhd.,

2007.

Muhamad Ridzuan Amin, Perjalanan Menuju Kemerdekaan, Selangor: Mika Cemerlang Sdn.

Bhd., 2009.

Cheah Boon Kheng, Malaysia-The making of a nation, Singapore: Institute of Southeast

Asian Studies, 2002.

Joseph M. Fernando, The Alliance Road to Independence, Kuala Lumpur: University of

Malaya Press, 2009