pembelajaran berdasarkan projek bukan sahaja mampu menjadikan alam pendidikan menjadi lebih berkesan...

8
Pembelajaran berdasarkan projek bukan sahaja mampu menjadikan alam pendidikan menjadi lebih berkesan tetapi juga lebih selesa, menarik dan berkualiti. Dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek, murid-murid diberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap kebolehan mereka. Murid-murid kemudiannya perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyiapkan projek yang diberi oleh guru. Laman web guru mata pelajaran atau laman web panitia mata pelajaran boleh digunakan untuk membantu para murid-murid mendapatkan bahan-bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Semasa proses menyiapkan tugasan, murid-murid digalakkan sentiasa berhubung dengan guru. Guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses penyediaan projek oleh murid-murid secara berterusan. Guru hendaklah mempastikan diri mereka mudah diakses oleh murid-murid pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut, penggunaan e-mel boleh dimaksimumkan. Langkah terakhir dalam teknik ini ialah pembentangan hasil tugasan. Komputer boleh digunakan sebagai salah satu alat untuk pembentangan. Semasa pembentangan, rakan-rakan sebaya digalakkan memberi pendapat, pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis dalam kalangan murid-murid. Tajuk projek yang boleh diberi oleh guru untuk mata pelajaran Bahasa Melayu ialah menjalankan kajian teks tentang ciri-ciri dan asal usul pantun, syair, gurindam, seloka dan sajak. Projek yang diberi juga boleh berupa kajian kes misalnya tentang faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid lemah dalam aspek penulisan Bahasa Melayu atau

Upload: harris

Post on 14-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

projek

TRANSCRIPT

Page 1: Pembelajaran Berdasarkan Projek Bukan Sahaja Mampu Menjadikan Alam Pendidikan Menjadi Lebih Berkesan Tetapi Juga Lebih Selesa

Pembelajaran berdasarkan projek bukan sahaja mampu menjadikan alam pendidikan menjadi lebih berkesan tetapi juga lebih selesa, menarik dan berkualiti. Dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek, murid-murid diberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap kebolehan mereka.

Murid-murid kemudiannya perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyiapkan projek yang diberi oleh guru. Laman web guru mata pelajaran atau laman web panitia mata pelajaran boleh digunakan untuk membantu para murid-murid mendapatkan bahan-bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Semasa proses menyiapkan tugasan, murid-murid digalakkan sentiasa berhubung dengan guru.

Guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses penyediaan projek oleh murid-murid secara berterusan. Guru hendaklah mempastikan diri mereka mudah diakses oleh murid-murid pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut, penggunaan e-mel boleh dimaksimumkan. Langkah terakhir dalam teknik ini ialah pembentangan hasil tugasan. Komputer boleh digunakan sebagai salah satu alat untuk pembentangan. Semasa pembentangan, rakan-rakan sebaya digalakkan memberi pendapat, pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis dalam kalangan murid-murid.

Tajuk projek yang boleh diberi oleh guru untuk mata pelajaran Bahasa Melayu ialah menjalankan kajian teks tentang ciri-ciri dan asal usul pantun, syair, gurindam, seloka dan sajak. Projek yang diberi juga boleh berupa kajian kes misalnya tentang faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid lemah dalam aspek penulisan Bahasa Melayu atau kajian tentang teknik pengajaran yang paling berkesan untuk kemahiran membaca. Projek yang diberi sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah, memerlukan murid-murid menyediakan folio atau buku skrap berdasarkan topik yang diberi oleh guru.

Page 2: Pembelajaran Berdasarkan Projek Bukan Sahaja Mampu Menjadikan Alam Pendidikan Menjadi Lebih Berkesan Tetapi Juga Lebih Selesa

Tajuk 6.2 : Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa

Tajuk 6

6.2 Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa

· Berpusatkan Murid

· Berdasarkan Bahan

· Pemebelajaran Berasaskan Projek

· Pembelajaran Berasaskan Masalah

Sinopsis

Pendekatan pembelajaran bahasa harus sesuai dengan gaya pembelajaran murid yang berbeza.Pendekatan yang dikemukakan dalam tajuk ini meliputi:

· Pendekatan Berpusatkan Murid

· Pendekatan Berpusatkan Bahan

· Pembelajaran Berasaskan Projek

· Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pendekatan berpusatkan murid memastikan murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Guru menjadi pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

Pendekatan berpusatkan bahan pula mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks ini, guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada bahan pelajaran.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Pembelajaran berasaskan masalah sering digunakan bagi membentuk kecekapan berbahasa di kalangan murid. Kebolehan berbahasa ini juga membantu dalam pembentukan daya pemikiran murid dalam menyelesaikan masalah.

Page 3: Pembelajaran Berdasarkan Projek Bukan Sahaja Mampu Menjadikan Alam Pendidikan Menjadi Lebih Berkesan Tetapi Juga Lebih Selesa

Hasil Pembelajaran

1.1 Menghuraikan berserta contoh pendekatan eklektik dan komunikatif

3.4 Mengaplikasi kemahiran pelbagai rangsangan dalam aktiviti pengajaran mikro

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa:

· Nahu Tradisional

· Struktural

· Transformasi Generatif

· Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Pemerolehan Bahasa:

· Behaviorisme

· Kognitif

· Mentalis

· Fungsional

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

Pengajaran dan Pembelajaran

BAHASA MELAYU

Page 4: Pembelajaran Berdasarkan Projek Bukan Sahaja Mampu Menjadikan Alam Pendidikan Menjadi Lebih Berkesan Tetapi Juga Lebih Selesa

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa

Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

Nota Ringkas:

6.2.1 Pendekatan berpusatkan murid

· Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.

· Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri.Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

· Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.

· Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.

6.2.2 Pendekatan berpusatkan bahan

· Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting. Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.

· Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.

· Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.

6.2.3 Pendekatan berasaskan projek

· Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.

· Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.

Page 5: Pembelajaran Berdasarkan Projek Bukan Sahaja Mampu Menjadikan Alam Pendidikan Menjadi Lebih Berkesan Tetapi Juga Lebih Selesa

Arahan:

· Anda dikehendaki menjalankan pembelajaran berasaskan projek kepada murid anda.

· Anda dikehendaki memberi satu projek ( tajuk yang dicadangkan).

· Bahagikan murid anda kepada kumpulan kecil terdiri daripada 5-6 orang satu kumpulan.

· Setiap kumpulan bebas menghasilkan pelbagai bahan produk yang sesuai untuk tajuk yang diberi.Contoh produk yang akan dihasilkan oleh murid dalam bentuk brosur,gambar, risalah,papan tanda,iklan dan lain-lain.

· Anda dikehendaki mengumpul bahan hasilan murid dan menyimpan ke dalam folio anda.

6.2.4 Pendekatan berasaskan masalah

· Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk menyelesaikan masalah.

· Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah.

a. Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Encik Kamal?

b. Apakah puncanya?

c. Apakah kesan masalah itu kepada:

· Encik Kamal?

· Tugasnya?

· Keluarga?

d. Bagaimanakah masalah itu dapat diatasi?

Dewey (1933: 105) mencadangkan lima langkah berikut bagi tujuan melaksanakan pendekatan pengajaran berasaskan masalah:

i. Kenal pasti masalah

Page 6: Pembelajaran Berdasarkan Projek Bukan Sahaja Mampu Menjadikan Alam Pendidikan Menjadi Lebih Berkesan Tetapi Juga Lebih Selesa

Murid-murid diarah untuk mengenal pasti sesuatu masalah. Guru perlu menyediakan situasi, soalan rangsangan dan dorongan yang sesuai supaya murid-murid benar-benar mengenal masalah yang hendak diselesaikan.

ii. Penentuan masalah

Biasanya murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti masalah. Sehubungan dengannya apa yang dikatakan masalah itu mesti terlebih dahulu diuji, diteliti dan ditetukan arah penyelesaiannya. Guru perlu bijak mengarah dan mendorong pemikiran murid-murid ke arah menyelesaikan masalah. Guru membantu murid-murid memperoleh maklumat untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

iii. Cadangan penyelesaian

Murid-murid berdasarkan data, fakta dan maklumat yang diperoleh serta dengan bantuan guru perlu menyediakan rancangan penyelesaian masalah. Pelbagai rancangan alternatif penyelesaian masalah perlu, tetapi kesudahannya kelak hanya ada satu cadangan penyelesaian masalah.

iv. Penelitian penyelesaian

Penyelesaian sesuatu masalah perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. Penyelesaian masalah yang kurang tepat perlu diketepikan. Guru seharusnya bersedia untuk membantu murid-murid melaksanakan tugas menyelesaikan masalah, menilai proses dan jawapan akhir penyelesaian sesuatu masalah.

v. Pemeriksaan kesimpulan

Setelah sesuatu masalah diselesaikan, murid-murid mesti diberi peluang menguji sesuatu keputusan penyelesaian masalah yang diperoleh. Penyelesaian masalah tersebut boleh sama ada diterima atau ditolak. Jika sesuatu penyelesaian masalah ditolak, maka usaha untuk memperoleh penyesaian masalah yangbariu hendaklah diusahakn.

Tugasan:

1. Anda diminta memberi satu kerja projek kepada murid anda mengenai penggunaan kata panggilan yang betul dalam kalangan warga sekolah.

2. Murid dikehendaki menghasilkan pelbagai jenis bahan sebagai produk untuk projek tersebut. Murid diminta membentang hasilan dan guru menilai keberkesanannya.