pembangunan sistem keputusan peperiksaan … · teknologi ict. pada zaman kini, ... 3.7 carta alir...

22
PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE DI SEKOLAH UNTUK AKSES IBU BAPA ATAU PENJAGA MAHADI BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vanmien

Post on 14-May-2018

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE DI SEKOLAH

UNTUK AKSES IBU BAPA ATAU PENJAGA

MAHADI BIN ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60
Page 3: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60
Page 4: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE DI SEKOLAH

UNTUK AKSES IBU BAPA ATAU PENJAGA

MAHADI BIN ISMAIL

Tesis ini dikemukakan sebagai

Memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 5: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

ii

Page 6: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

iii

DEDIKASI

Untuk Yang Tersayang……..

Isteriku ( Rosniza Binti Saari ), anakku ( Muhammmad Rasydan Rabbani ) ,

Doakan Abah berjaya……

Page 7: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

iv

PENGHARGAAN

Syukur kepada Allah s.w.t. yang Mahakuasa kerana dengan limpah kurnianya

dan izinNya, laporan ini dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Penulis

ingin merakamkan penghargaan ikhlas yang setinggi-tingginya kepada pensyarah

pembimbing projek sarjana muda , Encik Megat Aman Zahiri Bin Megat Zakaria atas

bimbingan dan dorongan yang telah diberikan sepanjang tempoh pembangunan Sistem

Keputusan Peperiksaan Online ini. Tanpa bimbingan yang jitu daripada beliau, sukar

untuk penulis menyempurnakan projek ini. Sekali lagi penulis merakamkan ucapan

jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Encik Megat Aman Zahiri Bin

Megat Zakaria. Penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan dan

mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu usaha

menyiapkan projek sarjana muda ini. Teristimewa kepada Rosniza Binti Saari, iaitu

isteri saya sendiri kerana banyak memberi buah fikiran dan perangsang untuk saya

meneruskan pembangunan sistem ini.

Page 8: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

v

ABSTRAK

Pembangunan Sistem Keputusan Peperiksaan Online untuk akses ibu bapa atau

penjaga ini memberi banyak manfaat selari dengan era globalisasi dan kemajuan

teknologi ICT. Pada zaman kini, kebanyakkan ibu bapa atau penjaga, terutamanya di

bandar-bandar terlalu sibuk dengan tugasan masing-masing. Tidak mempunyai masa

hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak-anak pada ‘Hari

Terbuka Sekolah’. Dengan terhasilnya pembangunan sistem ini, ibu bapa atau penjaga

tidak perlu bersusah payah untuk ke sekolah semata-mata bagi mendapatkan keputusan

peperiksaan anak-anak. Ibu bapa atau penjaga sekadar hanya perlu menekan kekunci

komputer yang mempunyai akses internet untuk mendapatkan keputusan peperiksaan

tersebut. Justeru itu, masa dan tenaga telah dapat dijimatkan. Secara tidak langsung,

pembangunan sistem ini juga boleh membantu pihak sekolah mengumpul cadangan atau

komen daripada ibu bapa atau penjaga untuk mempertingkatkan tahap prestasi

akademik para pelajar ke arah sekolah cemerlang. Walaupun ibu bapa atau penjaga

tidak dapat hadir ke sekolah, pembinaan sistem ini juga telah dapat membantu

melibatkan mereka dengan sekolah.

Page 9: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

vi

ABSTRACT

The development of the Online Examination Result System for parents’

or guardians’ access gives various benefits parallel with the globalisation era and the

ICT technology advancement. Nowadays most parents or guardians, especially in the

urban areas, are too busy with their careers and do not have time to go to their

children’s school to get the examination results on the schools’ “Open Day”. With the

development of this system, parents or guardians do not have to face any difficulties to

go to their children’s school for the sole purpose of getting the examination results.

Parents or guardians only need to press the computer keyboard with the internet access

to get the required result. Thus, time and energy are saved. Indirectly, the development

of this system will help the schools’ authority collect suggestions or comments from

parents or guardians to improve the students’ academic level towards excellent schools.

Even though the parents or guardians are unable to go to their childrens school, this

system has helped them to be involved indirectly.

Page 10: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB PERTAMA

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Rasional 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif 7

1.5 Skop dan Batasan 7

1.6 Kepentingan Pembangunan Perisian 8

1.7 Terminologi 8

Page 11: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

viii

1.71 Microsoft Access 8

1.72 Pangkalan Data 9

1.73 Online 9

1.74 Internet 9

1.75 Laman Web 10

1.76 Homepage 10

1.77 Login 10

1.78 ASP 11

BAB KEDUA

BAB II SOROTAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Sistem Pangkalan Data 12

2.3 Evolusi Sistem Pangkalan Data 15

2.4 Pendidikan Internet 16

BAB KETIGA

BAB III METODOLOGI 20

3.1 Pengenalan 20

3.2 Kerangka dan Prosedur 20

3.3 Pemilihan Tajuk Projek dan Isi Kandungan 21

3.4 Pemilihan Perisian Komputer 21

3.5 Pemilihan Bahasa Pengantar dan Arahan 21

3.6 Rekabentuk Perisian 22

Page 12: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

ix

BAB KEEMPAT

BAB IV PEMBANGUNAN SISTEM

4.1 Pengenalan 30

4.2 Struktur Asas dan Kandungan Program 30

4.2.1 Skrin Index Laman Web Sekolah 32

4.2.2 Skrin Log In 33

4.2.3 Skrin Salah Log In 34

4.2.4 Skrin Menu Utama 35

4.2.4.1 Skrin Senarai Anak 36

4.2.4.1.1 Skrin Keputusan Ujian Bulanan & Peperiksaan

2003 37

4.2.4.2 Cadangan / Komen 38

4.2.4.2.1 Skrin Info Cadangan / Komen 39

4.2.4.3 Analisis PMR 41

4.2.4.4 Analisis SPM 41

4.2.4.5 AJK Kurikulum Sekolah 42

4.3 Ciri-Ciri Sistem 43

4.3.1 Kepadatan Informasi 43

4.3.2 Mesej Sistem 44

4.3.3 Kata Laluan dan Kata Kunci 44

4.3.4 Ciri Interaktif 44

4.3.5 Penggunaan Sistem 45

4.3.6. Penampilan yang Menarik dan Seragam 45

4.3.7 Minimumkan Kerja Pengguna 45

BAB KE LIMA

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

Page 13: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

x

5.1 Pengenalan 46

5.2 Perbincangan dan Rumusan 46

5.2.1 Kekuatan 47

5.2.1.1 Antaramuka yang Ringkas dan Menarik 48

5.2.1.2 Format yang Interaktif 48

5.2.1.3 Memperolehi Semua Keputusan

Peperiksaan atau Ujian Bulanan 48

5.2.1.4 Menjimatkan Masa 49

5.2.1.5 Membantu Meningkatkan Prestasi

Sekolah 49

5.2.1.6 Mampu Bertindak Segera 49

5.2.1.7 Keputusan Peperiksaan Dijamin

Tulen dan Selamat 50

5.2.2 Kelemahan 50

5.2.2.1 Faktor Masa 50

5.2.2.2 Kekurangan Kepakaran Dalam Sistem 51

5.2.2.3 Paparan Keputusan Peperiksaan yang

Ringkas 51

5.3 Cadangan 51

5.3.1 Kepakaran 52

5.3.2 Faktor Masa 53

5.3.3 Pengujian Sistem 53

5.4 Kesimpulan 54

RUJUKAN 55

LAMPIRAN 57

Page 14: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta Organisasi Perisian Keputusan Peperiksaan

Online 22

3.2 Carta Alir Menu Utama 23

3.3 Carta Alir Menu Utama 24

3.4 Carta Alir Sub Menu Ujian Bulanan & Peperiksaan

2003 25

3.5 Carta Alir Sub Menu Memberi Ulasan @ Komen 26

3.6 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan PMR 27

3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 3.8 Carta Alir Sub Menu AJK Kurikulum Sekolah 29

4.1 Carta Organisasi Sistem Keputusan Peperiksaan

Online 31

4.2 Skrin Index Laman Web Sekolah 32

4.3 Skrin Log In 33

4.4 Skrin Salah Log In 34

4.5 Skrin Menu Utama 35

4.6 Senarai Anak 36

4.7 Skrin Keputusan Ujian Bulanan & Peperiksaan 2003 37

4.8 Skrin Cadangan / Komen 38

4.9 Skrin Info Cadangan / Komen 39

4.10 Cadangan / Komen dipaparkan oleh Microsoft

Access 40

4.11 Analisis PMR 41

Page 15: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

xii

4.12 Analisis SPM 41

4.13 Senarai AJK Kurikulum Sekolah 42

4.14 Kepadatan Informasi Dalam Pangkalan Data 43

Page 16: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Data Ibu bapa 57

B Data Kod Peperiksaan 58

C Data Kod Mata Pelajaran 59

D Data Markah Pelajar 60

E Data Pelajar 61

Page 17: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Manusia adalah makhluk berakal yang tidak hidup statik. Manusia sentiasa

berusaha untuk mencipta sesuatu yang dapat membantu mereka hidup selesa,

memudahkan kerja-kerja seharian dan dapat memenuhi kehendak mereka, tanpa

melibatkan banyak tenaga, masa dan wang ringgit. Segala usaha yang dilakukan

mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk kesejahteraan manusia. Hasilnya

manusia telah berjaya memajukan bidang sains dan teknologi hingga mencapai tahap

yang cukup membanggakan. Kemajuan yang dicapai telah banyak melahirkan

penemuan dan ciptaan yang dapat membantu manusia dalam kehidupan mereka dan

menyelesaikan tugas-tugas seharian dengan lebih cekap, mudah dan segera.

Komitmen untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah bestari

menjelang tahun 2010 memberikan satu gambaran tentang arus perubahan besar yang

berlaku di dalam sistem pendidikan negara khususnya berhubung dengan penggunaan

teknologi maklumat dalam pendidikan. Perkembangan ini sejajar dengan aspirasi negara

untuk muncul sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dengan memberikan

penekanan kepada penguasaan teknologi maklumat di kalangan rakyat Malaysia.

Koridor Raya Multimedia, sebagai satu langkah strategik ke arah mencapai matlamat

tersebut.

Page 18: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

2

Penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan di Malaysia telah bermula

dengan pengenalan program kelab komputer melalui kegiatan kokurikulum di sekolah-

sekolah pada tahun-tahun 1980an (Zoraini, 1991). Mulai tahun 1995, Kementerian

Pendidikan telah memperkenalkan program Komputer Dalam Pendidikan dengan

memberi penekanan kepada empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Sains dan Matematik. Kementerian Pendidikan juga telah mengumumkan

pada tahun 1996 untuk menjadikan mata pelajaran Literasi Komputer sebagai salah satu

mata pelajaran dalam pengajian di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Penggunaan teknologi maklumat bukanlah bertujuan untuk mengambilalih peranan guru

sebagai pendidik, malah ia akan dijadikan sebagai media utama pengajaran dan

pembelajaran dengan guru sebagai pemudahcara dalam proses tersebut (Mohd. Yusof,

1997).

Walaupun ramai yang memikirkan komputer hanya sebagai mesin yang boleh

membuat kiraan yang kompleks dengan kadar yang cepat, kebolehannya untuk

menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah sama pentingnya. Ciri inilah yang

membawa kepada kegunaan terpenting mengenai komputer dalam masyarakat moden,

sebagai pengkalan data. Apa yang dapat dilihat daripada ledakan ‘teknologi maklumat

baru’ yang pada ketika ini mengubah bentuk masyarakat industri ialah penubuhan

gedung maklumat berkomputer seperti ERIC di Amerika Syarikat dan sistem videoteks

interaktif PRESTEL di Britain. Pangkalan data jenis ini berbeza daripada perpustakaan

rujukan konvensional dan bank data dari segi maklumat disimpan secara elektronik dan

boleh diambil maklumat tanpa mengira jarak. Perkembangan pangkalan data yang

berkomputer bukan sahaja telah mengubah sistem perpustakaan di dunia, tetapi juga

mempunyai kesan yang besar terhadap sistem pendidikan. Pelajar yang ingin mencari

maklumat bahan bertulis dalam sesuatu bidang misalnya, tidak perlu mengambil masa

yang lama, tetapi akan dapat memperoleh maklumat dengan cepat dengan

mengaitkannya dengan pangkalan data bibliografi yang sesuai.

Pada awal kehidupan di bumi ini, manusia berkomunikasi antara satu sama lain

menerusi bahasa isyarat seperti menggerakkan anggota badan yang tertentu sebelum

Page 19: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

3

mereka pandai bersuara setelah meniru bunyi haiwan. Mereka kemudiannya mencipta

bahasa percakapan yang seterusnya dijelmakan kepada lukisan dan tulisan. Setelah

media bertulis digunakan, manusia memindahkannya pula ke media elektronik seperti

telefon, radio dan televisyen. Pada masa kini, semua media komunikasi itu terus

digunakan dan yang terbaru, manusia berjaya mengembangkan lagi cabang teknologi

dengan menghasilkan internet. Dengan internet, mencari maklumat, berkomunikasi atau

sekadar menghiburkan hati sudah menjadi lumrah hidup yang normal. Ia berfungsi

untuk menjadi gedung maklumat, ilmu pengetahuan, saluran komunikasi, pendidikan,

latihan, hiburan dan sebagainya. Justeru itu, seseorang itu sewajarnya bersedia dengan

ilmu pengetahuan yang secukupnya dalam bidang telekomunikasi dan juga internet.

1.2 Rasional

Kini perkembangan pendidikan semakin maju dan Bahagian Teknologi

Pendidikan telah menyediakan seberapa banyak kemudahan yang diperlukan bukan

sahaja tenaga pengajar yang terlatih namun juga peralatan yang canggih, di antaranya

ialah menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media iaitu

cetak, audio ( radio ), video ( TV ) dan perisian multimedia serta menguruskan

penyebaran bahan yang dihasilkan melalui media cetak, siaran radio, siaran TV, CD-

ROM dan rangkaian komputer.

Sehubungan dengan itu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah

mengambil inisiatif melalui penubuhan Unit E-Learning pada tahun 2002 yang mana

unit ini memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan pembelajaran

menggunakan teknologi iaitu memperkenalkan pembelajaran secara online kepada

semua ahli akademiknya.

Fungsi Unit E-Learning ialah untuk menyokong semua pembangunan akademik

serta mendedahkan kepada semua ahli akademik dan para pelajar UNIMAS kelebihan

Page 20: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

4

yang diperolehi melalui pembelajaran tersebut. Dalam satu kajian yang telah dijalankan

oleh En. Saree @ Sariee Minan, salah seorang graduan UNIMAS, beliau telah

mendapati bahawa pembelajaran dalam talian akan memudahkan pendidik di samping

dapat menarik minat dan tumpuan pelajar kepada matapelajaran yang diajar.

Jika kita meninjau sistem pendidikan di luar negara seperti Amerika Syarikat,

mereka telah menubuhkan satu universiti online sepenuhnya seperti Universiti Capella

yang terletak di Minneapolis, Amerika Syarikat. Di universiti ini semua permohonan

kemasukan pelajar dan sistem pembelajaran adalah dilakukan sepenuhnya melalui

online. Seperti universiti yang lain, Universiti Capella juga menyediakan kemudahan

perpustakaan yang mempunyai rangkaian perhubungan dengan Universiti Alabama

serta Universiti Illinois. Sebagai contoh, sekiranya penuntut hendak meminjam buku di

Universiti Alabama dan buku berkenaan tidak terdapat di sana, maka secara automatik

pencarian tersebut akan disalurkan terus ke Universiti Illinois.

Selain daripada itu, keputusan sesuatu ujian atau peperiksaan juga boleh

diperolehi secara dalam talian atau online. Ia akan memudahkan penghantaran

maklumat secara cepat, mudah dan lebih efisyen berbanding dengan cara-cara yang

lain. Penggunaannya adalah lebih anjal dimana kita boleh menggunakannya pada bila-

bila masa dan di mana jua. Dengan adanya sumber online, semua orang akan

memperolehi data terutamanya penjaga atau ibu kepada murid atau pelajar.

Dewasa ini, kebanyakan penjaga atau ibu bapa bekerja dan tidak mempunyai

masa yang cukup untuk memantau atau mengikuti perkembangan pembelajaran anak-

anaknya. Jemputan dari sekolah untuk mengambil kad laporan peperiksaan sering

diabaikan. Jika hadir sekalipun, hanya wakil yang dihantar. Kad laporan peperiksaan

kadangkala tidak pulangkan kepada pihak sekolah atau hilang. Keadaan ini akan

mengganggu pengurusan sekolah untuk mengemaskinikan data murid atau pelajar

terbabit.

Page 21: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

5

Justeru itu, satu cara untuk mengatasi ketidakhadiran penjaga atau ibu bapa ke

sekolah dan mengelakkan kad laporan tidak dipulangkan atau hilang ialah melalui

keputusan peperiksaan secara dalam talian atau online.

1.3 Pernyataan Masalah

Keluarga yang bahagia menjadi idaman setiap orang yang akan berkeluarga dan

yang sudah berkeluarga. Mereka mengidamkan agar hubungan kekeluargaan antara

anak-anak dan ibu bapa menjadi sangat rapat dan erat. Segala masalah keluarga akan

cuba dihadapi bersama. Mereka menginginkan supaya kehidupan keluarga mereka

sentiasa dipenuhi dengan gelak ketawa dan suasana yang ceria. Bagi anak-anak, mereka

mengharapkan agar ibu bapa mereka akan sentiasa mempunyai masa untuk bersama

dengan mereka, supaya mereka dapat bermain, bermesra dan bersukaria bersama.

Tetapi masa telah mengubah segalanya. Hubungan antara ibu bapa dengan anak-

anak mereka semakin hari semakin pudar. Terutama bagi ibu bapa yang bekerja,

kesibukan ini menghalang mereka untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka

di rumah. Dalam masyarakat tradisional, suami isteri mempunyai peranan khusus iaitu

suami bekerja dan isteri menjadi suri rumah. Apabila masyarakat bertambah maju dan

tenaga kerja wanita diperlukan, ramai isteri dan ibu-ibu yang keluar bekerja. Kehidupan

pada zaman moden yang semakin canggih ini menuntut kos hidup yang semakin mahal.

Oleh itu, ramai ibu bapa yang bekerja bagi menambah pendapatan keluarga. Tanpa

pendapatan yang mencukupi, kehidupan keluarga akan menjadi lebih sukar, terutama

bagi keluarga yang mempunyai ramai anak.

Kesibukan ibu bapa terutamanya di kawasan bandar untuk mencari rezeki bagi

mempertingkatkan taraf hidup tanpa disedari telah merenggangkan hubungan

kekeluargaan. Masa untuk bersama anak-anak semakin singkat. Kekadang anak-anak

Page 22: PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN … · teknologi ICT. Pada zaman kini, ... 3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 ... D Data Markah Pelajar 60

6

terpaksa membuat temujanji untuk berbicara dengan ibu bapa mereka. Apatah lagi

untuk mengikuti kemajuan pelajaran anak-anak.

Hubungan ibu bapa dengan sekolah juga semakin terbatas. Ibu bapa sekadar

menjadi ahli biasa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru tanpa memberi sebarang

sumbangan yang bermakna untuk kemajuan sekolah dan anak mereka. Undangan untuk

menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah sukar untuk dipenuhi, walaupun sekadar untuk

mengambil laporan prestasi peperiksaan. Pelajar akan berasa kecewa dan malu dengan

sikap ibu bapa mereka, terutamanya pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.

Situasi ini memberi kesan yang tidak baik untuk perkembangan pembelajaran pelajar

terbabit. Ia boleh membantutkan pelajar untuk terus maju dan berjaya dalam

pelajarannya.

Ibu bapa yang datang untuk mengambil kad laporan peperiksaan kadangkala

sukar untuk berjumpa dengan guru berkenaan jika datang pada waktu tidak sepatutnya.

Kesibukan ibu bapa menyebabkan mereka tidak dapat hadir pada masa yang ditetapkan.

Keadaan ini akan menganggu guru yang mungkin sedang mengajar pada ketika itu.

Kad laporan peperiksaan tersebut perlu ditandatangani dan dipulangkan kembali kepada

pihak sekolah dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kegagalan penjaga atau ibu

bapa memulangkan kad tersebut pada masanya akan menyulitkan pihak sekolah untuk

mengemaskinikan data pelajar terbabit.

Pelbagai masalah telah timbul dan untuk menyelesaikan masalah ini, keputusan

peperiksaan atau ujian secara dalam talian atau online akan digunakan. Keputusan

peperiksaan atau ujian secara online ini adalah untuk kegunaan penjaga atau ibu bapa.

Dengan memasukkan kata laluan dan kata kunci, keputusan peperiksaan anaknya akan

dipaparkan dan boleh dicetak.