pembangunan majalah web - universiti teknologi malaysia · month and each edition contains the main...

26
PEMBANGUNAN MAJALAH WEB : KERJAYA DAN TOKOH MATEMATIK MARLIA BINTI MAT ISA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

PEMBANGUNAN MAJALAH WEB : KERJAYA DAN TOKOH MATEMATIK

MARLIA BINTI MAT ISA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,
Page 3: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,
Page 4: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

PEMBANGUNAN MAJALAH WEB : KERJAYA DAN

TOKOH MATEMATIK

MARLIA BINTI MAT ISA

Tesis ini telah dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 5: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,
Page 6: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

iii

Teristimewa untuk insan – insan tersayang ........

Untuk suami tercinta Che Azman Che Zan

Yang banyak memahami, berkorban dan memberikan semangat

serta mengiringkan doa buatku agar tercapai kejayaan ini.

Untuk almarhum ayahanda tercinta

Mat Isa bin Darus. Al Fatihah

Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh ayahanda Amin

Untuk bondaku Maimunah binti Md Rejab

serta kekanda-kekanda dan adinda-adindaku,

Maisandora, Maisarah, Masrina, Muslihah, Mustaqim dan Muntasir

Untuk teman – teman seperjuangan,

Terima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan daripada kalian

Ya Allah, Tuhan yang menetapkan segala sesuatu.

Hanya Engkaulah yang memberikan segala kekuatan padaku

Golongkanlah kami ke dalam golongan orang – orang bersyukur

Amin

Page 7: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Illahi dengan limpah dan kurnianya

mengizinkan saya menyempurnakan projek ini dengan jayanya. Semoga dengan usaha saya

ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang berkenaan serta mampu memberikan

maklumat yang berguna kepada sesiapa jua.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan khas buat pensyarah pembimbing yang

dihormati PM Dr. Zaleha binti Ismail dan En. Mohd Khalid bin Kasmin yang telah banyak

memberi tunjuk ajar, teguran yang positif, cadangan dan bimbingan dalam menyiapkan

projek ini. Terima kasih juga kepada para pensyarah dan staf UTM yang terlibat secara

lansung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa juga kepada

rakan-rakan seperjuangan, terima kasih diucapkan. Tanpa bantuan dan sokongan kalian,

tidak mampu rasanya untuk saya menyempurnakan projek ini.

Kepada suami, ibu serta seluruh ahli keluarga yang tersayang, terima kasih yang

tidak terhingga saya ucapkan. Sokongan, tiupan semangat serta iringan doa kalian amat

beerti buat saya. Tanpa kalian, adalah mustahil untuk saya berpeluang belajar di UTM

serta menyiapkan projek ini.

Sekian, terima kasih.

.

Page 8: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

v

ABSTRAK

Majalah elektronik (e-majalah) ialah majalah atas talian berkonsepkan

pembelajaran terbuka di mana bahan yang disediakan dapat dikongsi bersama di

kalangan pembaca tanpa mengira tempat dan masa. E-majalah juga membenarkan

medianya berkongsi dan bekerjasama dengan ciri-ciri media yang lain seperti audio,

video dan hiperlink. Majalah web ‘Dunia Matematik’ dibangunkan bertujuan

menyediakan bahan pengetahuan matematik yang komprehensif menjangkau matematik

di sekolah supaya pelajar dapat mendalami bidang matematik yang luas tanpa sempadan.

Dunia Matematik ini dibangunkan menggunakan perisian Joomla! 1.5 sebagai perisian

utama dan proses pembangunannya berteraskan model ADDIE dan menggunakan

pendekatan Sosial Konstruktivisme yang menekankan pengetahuan yang terbina semasa

aktiviti sosial seperti pebincangan dan pertukaran pendapat antara ahli kumpulan serta

interaksi antara rakan. Dunia Matematik diterbitkan sekali pada setiap bulan dan

mengandungi ruang utama iaitu Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian,

Statistik, Isu Semasa, Permaianan, Kuiz dan Pelajari matematik. Namun begitu, fokus

projek ini membincangkan dua ruang utama Dunia Matematik iaitu Kerjaya dalam

Matematik dan Tokoh Matematik. Dalam lima isu yang telah diterbitkan, ruangan

kerjaya berkisar tentang kejuteraan aeroangkasa, arkitek, perguruan dan aktuari serta

kelayakan yang diperlukan untuk menceburi bidang ini. Selain itu, tokoh – tokoh

matematik yang banyak memberi sumbangan dipilih dan diketengahkan untuk menjadi

sumber inspirasi kepada pembaca. Kedua-dua ruangan ini mempunyai ruangan komen

yang memberi peluang kepada pengguna untuk berinteraksi sesama rakan, guru dan

pembangun. Terdapat pelbagai elemen multimedia seperti grafik, animasi dan video

diterapkan di dalam majalah web ini supaya ia menjadi lebih menarik. Diharapkan

dengan wujudnya majalah web matematik ini ia dapat memupuk semangat menghargai

matematik dan memberi pelbagai maklumat yang berguna kepada pelajar.

Page 9: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

vi

ABSTRACT

The electronic magazine, (e-magazine) is an online magazine that holds the

concepts of open learning in which the materials provided can be shared with readers

without the limits of time and place. The e-magazine also allows its media to be shared

and collaborated with other media such as audio, video and hyperlink. The web

magazine, Dunia Matematik is created with the aim of providing students with

mathematical knowledge that is both comprehensive and beyond school mathematics so

that students can explore mathematics without borders. Dunia Matematik is constructed

using the 1.5 Joomla! as its main software and its foundation model is the ADDIE model

using the Social Constructivism approach which emphasizes that knowledge is built

during social activities such as discussions and exchange of opinions with group

members as well as interaction with friends. Dunia Matematik is published once a

month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah,

Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa, Permainan, Kuiz and Pelajari Matematik.

However, this writing is focused on two major sections in Dunia Matematik which are

Kerjaya dalam Matematik and Tokoh Matematik. In the five issues of Dunia Matematik

published, the Kerjaya section centres upon aerospace engineering, architecture,

educators, and actuary as well as the prerequisites in entering this field. Other than that,

mathematicians that have given many contributions are focused on to become an

inspiration to all readers. Both sections have a comment segment that gives oppurtunities

to readers to interact with other readers, teachers and the web magazine crew. There are

many multimedia elements such as graphics, animation and videos incoporated into this

web magazine so it is more appealing.to readers It is hoped that with the presence of this

web magazine, it will instill an appreciation to mathematics and will benefit students all

around.

Page 10: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xiii 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 9

1.4 Objektif Projek 10

1.5 Kepentingan Projek 10

1.5.1 Pelajar 10

1.5.2 Guru 11

1.5.3 Sekolah 11

1.5.4 Ibu Bapa Dan Masyarakat 11

1.6 Skop Dan Batasan Projek 12

Page 11: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

viii

1.7 Kerangka Konsep 13

1.8 Definisi Istilah 15

1.8.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 15

1.8.2 Internet 15

1.8.3 E-Pembelajaran 15

1.8.4 Laman Web 15

1.8.5 Pelajar 16

1.8.6 Pengajaran 16

1.9 Penutup 16

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 E-Pembelajaran 18

2.2.1 E-Buku 19

2.2.2 E-Majalah 21

2.2.3 Kebaikan E-Pembelajaran 22

2.2.4 Keberkesanan Pembelajaran Matematik Melalui

E-Pembelajaran 24

2.2.5 Pendekatan Konstruktivisme Sosial dalam

E-Pembelajaran 25

2.3 Kerjaya dalam Matematik 27

2.4 Tokoh Matematik 28

2.5 Perisian Sumber Terbuka 29

2.5.1 Perisian Sumber Terbuka di Malaysia 32

2.5.2 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 33

2.5.3 Sistem Pengurusan Kandungan Joomla! 35

2.6 Penutup 36 3 PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 37

3.2 Kaedah Pelaksanaan 38

Page 12: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

ix

3.2.1 Analisis 39

3.2.2 Rekabentuk 42

3.2.3 Pembangunan 44

3.2.4 Pelaksanaan 53

3.2.5 Penilaian 54

3.3 Penutup 55

4 HASIL PEMBANGUNAN MAJALAH WEB

4.1 Pengenalan 56

4.2 Carta Alir Majalah Web yang Matematik Dibangunkan 57

4.3 Bahan Pembelajaran 58

4.4 Paparan Hasil Majalah Web Dunia Matematik 59

4.4.1 Paparan login 59

4.4.2 Paparan Home 61

4.4.3 Paparan Bahan Pembelajaran 63

4.4.3.1 Kerjaya dalam Matematik 63

4.4.3.2 Tokoh matematik 67

4.4.4 Paparan video 70

4.4.5 Paparan Komen 70

4.4.6 Paparan Keluaran Lepas 72

4.4.7 Paparan Dunia Matematik 73

4.4.8 Paparan e-Forum 74

4.4.9 Paparan Komuniti 75

4.4.10 Paparan Logout 76

4.5 Ciri – ciri Majalah Web Matematik 78

4.5.1 Interaktif 78

4.5.2 Mesra pengguna 78

4.5.3 Grafik 79

4.5.4 Teks 79

4.5.5 Animasi 80

4.5.6 Video 80

Page 13: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

x

4.6 Penutup 80

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 82

5.2 Perbincangan 82

5.2.1 Pembinaan Majalah Web Dunia Matematik

Berasaskan Objektif 83

5.2.2 Pembinaan perisian Berasaskan Model ADDIE 83

5.2.3 Pembinaan Berasaskan Teori Sosial

Konstruktivisme 84

5.3 Kelebihan Majalah Web Dunia Matematik 84

5.4 Kelemahan Majalah Web Dunia Matematik 85

5.5 Masalah – masalah yang Dihadapi 85

5.5.1 Kekurangan kepakaran dan pengalaman 86

5.5.2 Kekangan masa 86

5.5.3 Bahan dan Sumber Rujukan 87

5.5.4 Capaian Internet 87

5.5 Cadangan 87

5.7 Penutup 89

RUJUKAN 90

LAMPIRAN 95

Page 14: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Kerangka Teori Projek 13

2.1 Laman Utama JOOMLA! 35

3.1 Aliran fasa berdasarkan Model ADDIE 39

3.2 Carta Alir Penulisan Artikel 45

3.3 Paparan untuk memasuki ruangan penyedian artikel 46

3.4 Paparan pautan ‘article manager’ 46

3.5 Paparan pautan butang ‘new’ 47

3.6 Paparan ruangan untuk memasukkan artikel 47

3.7 Carta Alir memasukkan Grafik/Video 48

3.8 Paparan pautan butang ‘media manager’ 49

3.9 Paparan pautan ‘folder stories’ 49

3.10 Paparan pautan ‘folder pembangun’ 50

3.11 Paparan pautan butang ‘browse’ dan ‘start upload’ 50

3.12 Carta Alir memasukkan Grafik/Video ke dalam

Artikel 51

3.13 Paparan ruangan untuk memilih artikel 52

3.14 Paparan pautan butang ‘image’ 52

3.15 Paparan pautan butang ‘insert’

4.1 Carta alir majalah web ‘Dunia Matematik’ yang

dibangunkan 57

4.2 Paparan Login 60

4.3 Paparan Pendaftaran Pengguna Baru 60

4.4 Paparan Home 62

Page 15: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

xii

4.5 Paparan Pautan Read More 62

4.6 Paparan Artikel Kerjaya Keluaran Pertama 65

4.7 Paparan Artikel Kerjaya Keluaran Kedua 65

4.8 Paparan Artikel Kerjaya Keluaran Ketiga 66

4.9 Paparan Artikel Kerjaya Keluaran Keempat 66

4.10 Paparan Artikel Tokoh Matematik

Keluaran Pertama 68

4.11 Paparan Artikel Tokoh Matematik

Keluaran Kedua 68

4.12 Paparan Artikel Tokoh Matematik

Keluaran Ketiga 69

4.13 Paparan Artikel Tokoh Matematik

Keluaran Keempat 69

4.14 Paparan Video 70

4.15 Paparan Ruangan Komen 71

4.16 Paparan Contoh – contoh Komen oleh Pengguna 72

4.17 Paparan Keluaran Lepas 73

4.18 Paparan Dunia Matematik 74

4.19 Paparan e-Forum 75

4.20 Paparan Komuniti 76

4.21 Paparan Butang logout 77

4.22 Paparan Laman logout 77

Page 16: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Artikel Kerjaya dalam Matematik

Keluaran Pertama 95

B Artikel Kerjaya dalam Matematik

Keluaran Kedua 97

C Artikel Kerjaya dalam Matematik

Keluaran Ketiga 101

D Artikel Kerjaya dalam Matematik

Keluaran Keempat 104

E Artikel Tokoh Matematik Keluaran Pertama 109

F Artikel Tokoh Matematik Keluaran Kedua 114

G Artikel Tokoh Matematik Keluaran Ketiga 119

H Artikel Tokoh Matematik Keluaran Keempat 123

I Tahap Pandangan Pelajar Sekolah Menengah

Tentang Penggunaan E-Majalah Matematik

Dalam Aspek Sosial 128

J Tahap Pandangan Pelajar Sekolah Menengah

Tentang Penggunaan E-Majalah Matematik

Dalam Aspek Pembelajaran 130

Page 17: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Era pembangunan teknologi masa kini telah banyak mempengaruhi manusia

dalam aspek kehidupan termasuklah gaya hidup dan cara manusia berinteraksi antara

satu sama lain. Ledakan teknologi maklumat dewasa ini amat pantas berlaku di seluruh

pelusuk dunia. Sama ada sedar atau tidak, manusia kini hidup dalam era yang penuh

dengan penggunaan teknologi maklumat, telekomunikasi dan multimedia. Teknologi ini

telah merubah cara kita belajar, bersosial, bergaul dan sebagainya. Pendidikan

merupakan salah satu bidang di mana teknologi multimedia mampu memberi kesan yang

amat besar.

Perkembangan sistem pendidikan pada zaman kini telah menjurus kepada

kecanggihan teknologi maklumat. Kemunculan ICT merupakan faktor utama yang

mempengaruhi pendidikan sejak beberapa dekad yang lalu (Chan, 1998). Teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) telah menyediakan peluang dan perubahan cara pelajar

belajar dan cara guru mengajar. Selaras dengan itu, penggunaan komputer dalam

pendidikan merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi

selaras dengan wawasan 2020 serta perkembangan ICT. Komputer dalam pendidikan

membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya

mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk pembelajaran dan persediaan

Page 18: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

2

menghadapi cabaran masayarakat yang berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat

(ICT) (Utusan Malaysia, 3 Mei 2003).

Ekoran daripada perkembangan teknologi maklumat yang pesat ini, Sekolah

Bestari telah ditubuhkan pada tahun 1999. Sekolah Bestari merujuk kepada sekolah

yang memberikan peluang teknologi maklumat interaktif untuk memainkan peranan

penting dalam pengajaran dan pembelajaran serta proses pengurusan sekolah (Abd.

Aziz, Azlida, 2000). Sekolah ini diwujudkan bagi meningkatkan mutu pendidikan di

sekolah – sekolah sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini

(Hamidah, 2000).

Guru di Sekolah Bestari diberikan latihan intensif terhadap penggunaan

teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem pendidikan

dalam Sekolah Bestari memerlukan perisian atau penggunaan multimedia dalam

pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan menggantikan kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang tradisional. Sekolah Bestari mengutamakan perkembangan individu

secara menyeluruh dari segi intelektual dan afektif. Teknologi terkini seperti internet

akan digunakan untuk mengembangkan peranan pengajaran melampui bilik darjah biasa

bagi meningkatkan kualiti pengajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan

mengikut kadar pembelajaran individu (Mohamad, 2001).

Selain itu, seiring dengan perkembangan ICT dunia yang semakin pesat juga,

Kementerian Pendidikan Malaysia berpendapat bahawa satu saluran maklumat yang

terkini melalui Internet dan menepati keperluan komuniti pendidikan di Malaysia perlu

diwujudkan. Lanjutan daripada idea berkenaan, satu portal pendidikan iaitu

MySchoolNet telah dibangunkan. Portal MySchoolNet atau Malaysian School Network

merupakan satu projek yang berkonsepkan “Pendidikan Melalui Internet” yang

menggunakan teknologi internet sebagai medium dalam aktiviti pendidikan. Portal ini

menyediakan pelbagai maklumat berkaitan pendidikan, ICT dan pengetahuan am.

Fokus portal ini kepada pembangunan aktiviti pendidikan berasaskan web. Bahan yang

Page 19: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

3

disediakan merangkumi bahan yang bersifat interaktif dan juga tidak interaktif seperti

tutoran, maklumat pendidikan, maklumat ICT, perkongsian pintar, berita, ruangan

sembang – sembang, forum dan lain – lain lagi.

Kesedaran yang timbul akan kemajuan teknologi maklumat, menyebabkan pihak

kerajaan mengambil langkah untuk menggabungkan aspek – aspek teknologi ke dalam

kurikulum sekolah dianggap sebagai satu usaha yang komited ke arah menyemai dan

memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi maklumat di

sekolah di samping mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang mana

lebih bersifat efektif dan global.

Justeru itu, dalam konteks pendidikan matematik, proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif dapat diwujudkan dengan menerapkan

penggunaan internet dan komputer. Cockroft (1982) dalam Mohamad Khatim (2003)

juga menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

matematik bukan sahaja dapat memperbaiki kualiti pengajaran matematik, malah

penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu dalam silibus

matematik.

Melalui penggunaan elemen seperti e-pembelajaran, konsep kelas matematik

sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dapat diwujudkan

malahan proses pengajaran dan pembelajaran bukan lagi berpusat kepada guru tetapi

lebih berpusatkan kepada pelajar. Secara umumnya, e-pembelajaran adalah proses

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN

atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcara ( Jaya

Kumar, 2003). Penggunaan e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran

matematik membolehkan pelajar yang pelbagai mengambil bahagian dalam tugas

pembelajaran yang secara langsung akan meningkatkan interaksi sosial, berkongsi

pengalaman dan sumber – sumber pembelajaran dengan cara yang selesa. Justeru itu,

Page 20: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

4

pembangunan majalah web ‘Dunia Matematik’ ini akan menggalakkan interaksi antara

murid, guru dan ibu bapa serta masyarakat secara terus.

1.2 Latar Belakang Masalah

Seperti yang kita sedia maklum, matematik seringkali dikatakan matapelajaran

yang sukar difahami oleh pelajar. Pelajar menghadapi pelbagai masalah dengan

matematik sehingga mereka menganggap matematik adalah satu matapelajaran yang

sukar. Hal ini menyebabkan pelajar gagal untuk mendapat keputusan yang baik

terutamanya pelajar di kawasan luar bandar. Sehubungan dengan itu, pelbagai kaedah

pengajaran dan pembelajaran dan usaha dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini.

Kemudahan pendidikan yang serba kekurangan di peringkat awal pendidikan (sekolah

rendah dan menengah) mungkin menyebabkan pelajar fobia dan sukar menguasai

matematik di institusi pengajian tinggi.

Menurut Mohammad Khatim, (2003) masalah – masalah dalam pendidikan

matematik di Malaysia yang telah dikenalpasti ialah :

• Pendekatan latih tubi tanpa pendedahan konsep yang mencukupi

• Kaedah pembelajaran agak membosankan

• Kekurangan kemudahan pembelajaran terkini

Pada masa kini, kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran matematik

lebih menumpukan kepada isi kandungan dan peperiksaan. Pelajar mempelajari

matematik hanya sekadar untuk lulus peperiksaan. Ini bercanggah dengan hasrat

falsafah pendidikan negara yang bertujuan membantu pelajar memperkembangkan

potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan

bersepadu. Seharusnya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat

membantu pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian dan

Page 21: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

5

menyelesaikan masalah di samping menjayakan pembentukan insan yang mempunyai

sahsiah yang baik dan seimbang.

Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah juga kerap dilakukan

secara tradisional dimana prosesnya berpusatkan guru. Guru bertindak sebagai

pembawa dan penyampai maklumat tanpa melibatkan pelajar secara aktif. Ini

mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan kebanyakan

pelajar tidak menunjukkan minat dalam sesi pembelajaran. Justeru itu, untuk mengatasi

masalah ini, pelajar – pelajar seharusnya didedahkan dengan teknik yang lebih menarik

dan berkesan. Seharusnya, guru bukan sekadar berperanan menyampaikan maklumat

yang terdapat dalam buku teks kepada pelajar, tetapi mereka berperanan untuk

mewujudkan komunikasi pelajar (Nik Aziz Nik Pa, 1995). Oleh yang demikian,

penggunaan elemen seperti e-pembelajaran boleh mewujudkan komunikasi diantara

guru dengan pelajar dan pelajar dengan bahan pengajaran melalui ruangan forum,

komen, latihan dan sebagainya.

Majalah web ‘Dunia Matematik’ merupakan satu daripada bahan e-

pembelajaran. Oleh itu, pembangunan majalah web ‘Dunia Matematik’ ini dapat

meningkatkan penggunaan komputer di peringkat sekolah menengah mahupun sekolah

rendah. Penghasilan bahan e-pembelajaran di negara kita yang digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah didapati agak berkurangan. Walaupun terdapat

pelbagai bahan e-pembelajaran, namun jumlahnya agak terhad dan kebanyakannya tidak

memenuhi kurikulum pendidikan negara. Oleh yang demikian, pembangunan bahan e-

pembelajaran matematik oleh golongan pendidik sendiri adalah perlu kerana ianya

bersesuaian dengan kurikulum pendidikan negara.

Perkembangan teknologi memberi satu cabaran kepada kita untuk memikirkan

tentang perubahan pendekatan pembelajaran. Perubahan perlu dari pendekatan yang

konvensional yang lebih tertumpu kepada guru kepada pendekatan pembelajaran yang

lebih berpusatkan pelajar. E-pembelajaran adalah satu inovasi pendidikan yang perlu

Page 22: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

6

diberi perhatian. Melalui penggunaan e-pembelajaran ini, pelajar perlu berdikari pada

masa – masa tertentu dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Suasana

pembelajaran menggunakan e-pembelajaran ini akan memaksa pelajar memainkan

peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan

mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha, inisiatif sendiri. Penggunaan e-

pembelajaran ini membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih

berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta halatuju pembelajaran mereka.

Pelajar juga berpeluang mempelajari topik yang susah berulang kali sehingga

pemahaman di capai. Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk bebas meneroka dan

seterusnya membina konsep, makna dan kefahaman sendiri.

Dengan menggunakan majalah web ‘Dunia Matematik’ ini sebagai sumber

rujukan dan bahan pendidikan, para pelajar boleh belajar mengikut rentak mereka

sendiri. Dengan menggunakan laman web, pelajar bebas daripada konkongan masa dan

tempat. Pelajar boleh belajar bila – bila masa, di mana – mana dan mengikut kadar

masing – masing ( Faisal, 2002 ). Selain itu, penggunaan majalah web ‘Dunia

Matematik’ ini juga dapat meningkatkan cara belajar dan menyediakan bentuk

pembelajaran yang berkesan melalui pendekatan seperti pembelajaran aktif,

pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan

sumber dan sebagainya. Pembelajaran menggunakan majalah web ‘Dunia Matematik’

ini boleh berlaku di luar waktu kelas dan ianya kaya dengan maklumat dan media.

Pembangunan majalah web ‘Dunia Matematik’ ini adalah berpusatkan pelajar

dan proses pembelajarannya menggunakan pendekatan teori konstruktivisme. Menurut

Faisal (2002) konstruktivisme adalah satu pendekatan teori pembelajaran yang

mempunyai hubungan dengan psikologi kognitif. Fokusnya adalah kepada keupayaan

pelajar untuk membina makna dan membentuk pembelajaran mereka. Prinsip

konstruktivisme ini sesuai untuk majalah web ‘Dunia Matematik’ kerana ia berkait

dengan pembelajaran berpusatkan pelajar. Pendapat konstruktivisme menyatakan proses

pembelajaran boleh ditingkatkan jika disediakan peralatan dan persekitaran yang sebenar

dan pelajar dilibatkan secara aktif (Yusof, 1999).

Page 23: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

7

Melalui penggunaan laman web ini, pelajar akan terlibat secara interaktif. Dr

Papayah Guruvadoo (icool, 2003) mengatakan bahawa :

“Students work interactively on the web. They can email their difficulties or

queries about their work to their teachers, classmates or anybody, and get replies within

a short time; they can chat or engage in group discussions; they can access digital

libraries and other resources and carry on their research; they can submit their

assignments online and in time because they are time-stamped. They can access anytime

and from anywhere their grades in confidentiality.”

Walaubagaimanapun, selain pelajar guru juga perlu bersedia untuk mengharungi

cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini

adalah kerana interaksi antara guru dan pelajar masih diperlukan sama ada dalam situasi

bersemuka atau pun virtual. Menurut Faisal (2002), guru memainkan empat peranan

dalam pembelajaran berasakan web iaitu :

• Peranan sebagai fasilitator

• Peranan sebagai penurus

• Peranan sosial, dan

• Peranan sebagai penasihat teknikal.

Melalui penggunaan teknologi yang sesuai, mutu pengajaran seseorang guru

akan menjadi lebih baik. Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang

menggunakan kombinasi diantara bahan, audio, video dan grafik. Jika media ini

digunakan dengan perancangan yang teliti, ia akan dapat membantu guru menyampaikan

sesuatu maklumat pelajaran dengan lebih berkesan lagi (Abdullah, 2004). Selain itu,

penggunaan teknologi seperti e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dapat meringankan beban guru di samping menjimatkan masa. Ini kerana

kebanyakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahan e-

Page 24: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

8

pembelajaran mengambil masa yang lebih singkat untuk menjelaskan sesuatu konsep

dengan bantuan teknologi yang digunakan. Selain itu, dengan adanya e-pembelajaran,

proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik.

Oleh yang demikian, fokus utama majalah web ‘Dunia Matematik’ ini adalah

untuk membantu para pelajar memahami konsep matematik di samping memberi

gambaran kepada para pelajar tentang pelbagai bidang yang melibatkan matematik serta

kepentingan matematik. Ini kerana matematik merupakan suatu alat yang penting dalam

ativiti pengurusan maklumat dan kehidupan harian seperti perniagaan, perubatan,

perusahaan, pengangkutan dan pentadbiran (Nik Aziz Nik Pa, 1995). Malahan,

matematik banyak bertanggungjawab kepada kebanyakan kemajuan dalam bidang sains

dan teknologi. Di samping itu juga, majalah web ‘Dunia Matematik’ ini bertujuan untuk

memastikan para pelajar dapat melihat matematik sebagai sesuatu yang menyeronokkan,

menarik dan berkesan seterusnya membantu para pelajar untuk menguasai matapelajaran

matematik ini dengan baik.

Selain itu, majalah web ‘Dunia Matematik’ ini juga bertujuan memberi

pendedahan kepada para pelajar tentang peluang kerjaya yang meluas dalam bidang

matematik. Menurut Lim Chap Sam, (2003) matematik penting dan berguna untuk

kehidupan seharian dan kerjaya pada masa depan pelajar. Walaupun di negara kita,

kebanyakan graduan – graduan matematik memilih bidang pendidikan sebagai kerjaya,

namun masih terdapat peluang kerjaya yang meluas dalam bidang lain seperti sains

komputer, perubatan, geologi dan sebagainya. Justeru itu, peluang kerjaya dalam bidang

matematik sangat meluas dan tidak terhad kepada bidang pendidikan sahaja.

Majalah web ‘Dunia Matematik’ ini juga berperanan mengetengahkan tokoh –

tokoh matematik di negara ini bagi memberi ruang kepada para pelajar untuk melihat

dengan lebih dekat kejayaan – kejayaan yang dikecapi oleh tokoh – tokoh ini

berdasarkan usaha mereka. Secara tidak langsung ianya dapat memberi galakan dan

semangat kepada para pelajar supaya berusaha dengan gigih untuk berjaya seperti tokoh

Page 25: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

9

– tokoh ini. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyatakan bahawa kita patut bersyukur

kerana mempunyai tokoh – tokoh yang hebat, berjiwa besar dan berpandangan jauh di

negara kita untuk menjadi contoh kepada kita untuk mencapai kejayaan (Mingguan

Malaysia, 11 November 2007).

1.3 Penyataan Masalah

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam matematik tidak hanya

melibatkan proses permindahan fakta dari guru kepada murid semata – mata. Pelajar

mestilah dilibatkan secara aktif di dalam membina konsep dan pengetahuan berhubung

dengan setiap isi pelajaran yang dipelajari (Zawawi, 2000). Kementerian Pendidikan

Malaysia melalui KBSM telah menegaskan bahawa guru – guru perlu mengembangkan

kurikulum matematik di mana para pelajar digalakkan membina secara aktif kefahaman

matematik mereka. Dengan ini suatu corak pembelajaran interaktif dengan

menggunakan e-pembelajaran perlu dibina bagi mengurangkan masalah yang

ditimbulkan oleh sistem pengajaran tradisional ke tahap yang paling minimun. Ini

kerana proses pembelajaran menggunakan e-pembelajaran mempunyai banyak kelebihan

seperti pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila – bila masa dan dimana

jua. Selain itu, bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan dari sumber tambahan

di seluruh dunia. Menurut Jamaludin dan Zaidatun (2003), pembelajaran menerusi

laman web juga menyediakan suasana pembelajaran yang kompleks serta tidak

berstruktur menyerupai keadaan kehidupan yang sebenar. Oleh yang demikian, dengan

wujudnya majalah web ‘Dunia Matematik’ ini, diharap ianya dapat menyediakan bahan

pengetahuan matematik yang komprehensif menjangkau matematik di sekolah supaya

pelajar dapat mendalami bidang matematik yang pelbagai termasuk bidang kerjaya dan

tokoh matematik.

Page 26: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB - Universiti Teknologi Malaysia · month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa,

10

1.4 Objektif Projek

Objektif bagi projek Majalah Web Matematik ini ialah :-

i. Membangunkan majalah web matematik menggunakan sistem pengurusan

kursus topik ‘kerjaya dalam matematik’.

ii. Membangunkan majalah web matematik menggunakan sistem pengurusan

kursus topik ‘tokoh matematik’.

1.5 Kepentingan Projek

1.5.1 Pelajar

Para pelajar dapat menggunakan majalah web ‘Dunia Matematik’ ini sebagai

bahan rujukan tambahan bagi membantu menambahkan ilmu pengetahuan dan

memanfaatkan sumber rujukan. Dalam konteks pengajaran pula, ICT akan digunakan

untuk mengembangkan peranan pengajaran melampui bilik darjah bagi meningkatkan

kualiti pengajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan mengikut kadar

pembelajaran individu (Mohamad 2001). Oleh yang demikian, para pelajar boleh

menggunakan majalah web ‘Dunia Matematik’ ini sebagai sumber rujukan dan bahan

ulangkaji pelajaran di rumah kerana ia boleh dicapai pada bila – bila masa dan di mana

jua.

Selain itu, para pelajar juga dapat meneroka (eksploratori) bahan atau maklumat

yang disediakan dengan lebih mendalam lagi di samping dapat berkomunikasi sesama

mereka dan dengan guru di dalam forum yang disediakan. Segala latihan-latihan, ujian-

ujian serta aktiviti-aktiviti seperti forum, ruangan komen dan sebagainya yang