pembangunan kapasiti

4
Pembangunan kapasiti, keupayaan, kebolehan dan kredibiliti guru melalui rasa kepercayaan yang tinggi terhadap guru. Selaras denga n usaha pe nambahbaikan pengaja ran dan pe mbe laj ar an di sekolah, cabaran lain y ang dihadapi oleh pemimpin di sesebuah sekolah adalah usaha kekal bag i melakukan pen ambahbaikan pres tasi akademik secara berteru san di sekolahnya. Penambahbaikan secara berterusan bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar memerlukan faktor dalaman yang kukuh terutamanya usaha bagi mendapatkan komitmen ting gi daripada para g uru bagi menent ukan sama ada sesebu ah sekolah itu berstatus sekolah berkesan atau sekolah yang lemah. Untuk menjayakan prinsip ini, kualiti guru merupakan salah satu kunci utama dalam menentukan pencapaian pelajar dan ini merupakan salah satu aspek utama dalam penambahbaikan kualiti pendidikan di sekolah (Peter Trabert Goff et al, 2!2". Usaha ini akan dapat dicapai melalui meningka tkan moti#asi dan daya semangat guru$ gu ru dalam usaha meny ed iakan gu ru $guru berkualiti deng an pe lbag ai cara termasu klah progr am$p rogr am pembang unan kap asit i sup aya mereka mampu menerima dan mengamalkan pelbagai ino#asi terkini dalam bidang pendidikan. Peng amal an kep impin an tran sfor masi onal yang berk esa n meme rluk an kolab ora si guru bes ar de ngan gur u$g ur uny a, selai n dar ipa da men guk uhk an tanggun gja%ab mereka se rta tidak banyak menyeka t tugas$tu gas merek a proses ini me%ujudkan satu suasana kemesraan diantara kepimpinan sekolah dan juga guru. &antas perkara ini akan me%ujudkan satu hubungan kepercayaan diantara mereka. Peng ukuh an hub ungan ini memb ole hkan ses uatu proses pela ksan aan tuga s berjalan tanpa pemantauan secara menyeluruh oleh kepimpinan sekolah. Selain itu, kaj ian yan g dila kuk an men dapa ti bah a%a kep impi nan tran sfor masi ona l di seko lah mampu mema ink an perana nny a seb aga i pemacu peru bah an (driver for change) di sesebua h sekola h. Guru y ang bermoti# asi tingg i akan mamp u memberi sumbang an

Upload: ardent-hatred

Post on 16-Oct-2015

153 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bahan assignment

TRANSCRIPT

Pembangunan kapasiti, keupayaan, kebolehan dan kredibiliti guru melalui rasa kepercayaan yang tinggi terhadap guru.

Selaras dengan usaha penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, cabaran lain yang dihadapi oleh pemimpin di sesebuah sekolah adalah usaha kekal bagi melakukan penambahbaikan prestasi akademik secara berterusan di sekolahnya. Penambahbaikan secara berterusan bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar memerlukan faktor dalaman yang kukuh terutamanya usaha bagi mendapatkan komitmen tinggi daripada para guru bagi menentukan sama ada sesebuah sekolah itu berstatus sekolah berkesan atau sekolah yang lemah.

Untuk menjayakan prinsip ini, kualiti guru merupakan salah satu kunci utama dalam menentukan pencapaian pelajar dan ini merupakan salah satu aspek utama dalam penambahbaikan kualiti pendidikan di sekolah (Peter Trabert Goff et al, 2012). Usaha ini akan dapat dicapai melalui meningkatkan motivasi dan daya semangat guru-guru dalam usaha menyediakan guru-guru berkualiti dengan pelbagai cara termasuklah program-program pembangunan kapasiti supaya mereka mampu menerima dan mengamalkan pelbagai inovasi terkini dalam bidang pendidikan.Pengamalan kepimpinan transformasional yang berkesan memerlukan kolaborasi guru besar dengan guru-gurunya, selain daripada mengukuhkan tanggungjawab mereka serta tidak banyak menyekat tugas-tugas mereka proses ini mewujudkan satu suasana kemesraan diantara kepimpinan sekolah dan juga guru. Lantas perkara ini akan mewujudkan satu hubungan kepercayaan diantara mereka. Pengukuhan hubungan ini membolehkan sesuatu proses pelaksanaan tugas berjalan tanpa pemantauan secara menyeluruh oleh kepimpinan sekolah. Selain itu, kajian yang dilakukan mendapati bahawa kepimpinan transformasional di sekolah mampu memainkan peranannya sebagai pemacu perubahan (driver for change) di sesebuah sekolah. Guru yang bermotivasi tinggi akan mampu memberi sumbangan terhadap kejayaan sesebuah sekolah dalam memberi nilai tambah terhadap kecemerlangan pelajarnya. Selain itu, melalui pemupukan keyakinan dan motivasi oleh kepimpinan sekolah, guru-guru juga secara tidak langsung akan merasa terpangil untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan kerja mereka tanpa disuruh atau dipaksa. Perkara ini sering kali dilihat di dalam persekitaran kerja yang kurang kondusif dan motivasi, guru sukar memberikan kerjasama dan memerlukan paksaan untuk mengikuti sebarang kursus peningkatan diri. Malah situasi berdolak dalik dan membuat alasan juga turut terjadi. Sekaligus, hal ini menyebabkan guru-guru sekolah tersebut ketinggalan dari sudut kemahiran-kemahiran baru.Struktur sistem sekolah yang berbentuk organik dan mempunyai lapisan kepemimpinan bagi setiap unit di sekolah.Mustafa Celikten (2001) pula menyatakan bahawa kepimpinan instruksional perlu dikongsi oleh guru besar dengan pihak-pihak lain sama ada di luar atau di dalam sekolah. Dalam hal ini, komitmen guru-guru bagi pencapaian matlamat sekolah mengehendaki guru-guru percaya bahawa matlamat adalah sesuatu yang penting dan mereka berkemampuan untuk mencapainya (Locke & Latham, 1990).

Sehubungan itu, guru besar hendaklah berkemampuan menyelaras dan memotivasikan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolahnya dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi serta mewujudkan sekolah berkesan (Inandu & Ozkan, 2006). Selain itu, dalam usaha bagi menambah keberkesanan kepimpinan ini, guru besar memerlukan bantuan daripada orang lain bagi membaiki kelemahan kepimpinannya, gaya dan keadaannya. Disinilah kepentingan pengorganisasian dan penstrukturan memainkan peranan dalam memastikan kelancaran proses pentadbiran.

Cheng- Yong Tan (2012) pula berpendapat bahawa dalam usaha untuk menurunkan kuasa kepada guru yang dianggap sebagai guru yang berkemahiran dan profesional dalam abad ke -21, adalah tidak mencukupi bagi pemimpin sekolah dan guru-guru mempelajari tentang pedagogi dan mengaplikasikannya dengan penuh kesabaran di bilik darjah. Guru besar hendaklah juga sentiasa bekerjasama dengan guru-gurunya bagi menyokong pencapaian tinggi semua pelajar dan sentiasa kelihatan di mana-mana sahaja di kawasan sekolah, pada semua peristiwa di sekolah dan kerap melakukan lawatan singkat ke bilik-bilik darjah. Perkara ini bertujuan untuk memastikan setiap lapisan struktur sekolah menjalankan tanggungjawab dan tugas secara konsisten.

Untuk memastikan perkara ini suatu amalan yang releven dan tidak menyekat perkembangan kemajuan sekolah, seorang pemimpin yang bijak perlu memahami bahawa setiap komuniti sekolah mempunyai konteksnya sendiri yang unik di keadaan kerja yang berbeza berlaku. Para guru besar hendaklah berusaha supaya mereka perlu menjadi lebih fleksibel dan sentiasa boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran tempat kerja bagi menyokong pembelajaran pelajar-pelajar dan guru-guru. Selain itu, para guru besar dan guru hendaklah memahami prasyarat-prasyarat yang menyumbang kepada kesejahteraan kakitangan di tempat kerja.

Hanya setelah perkara ini difahami dan diamalkan oleh guru besar, barulah konsep lapisan kepimpinan boleh dijalankan tanpa berlakunya percangahan dan perselisihan. Situasi percangahan yang berlaku akibat pertindahan dalam bidang kuasa dan senioriti perlulah dititikberatkan dalam proses perancangan organisasi sekolah. Kadang kala, akibat ketidakpekaan guru besar yang memandang remeh aspek ini dalam pengorganisasian membuatkan sesuatu situasi seperti pertelagahan dalam kalangan guru yang sepatutnya dapat dielakan berlaku.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk guru besar sebagai pemimpin pentadbiran mewujudkan suasana yang merangsang perkembangan amalan organisasi. Antara peranan yang boleh dilaksanakan ialah dengan mewujudkan sikap keterbukaan dan memotivasikan guru-guru lain untuk turut sama terlibat dalam aktiviti yang dijalankan. Guru sebagai orang bawahan sudah semestinya merasa adalah satu keperluan untuk dirinya mengikuti teladan dan sikap positif yang ditunjukan oleh guru besar. Akhir sekali, guru besar hendaklah sedar tentang pentingnya hubungan baik antara pemimpin sekolah dengan guru-guru. Hubungan baik adalah sangat penting dan merupakan salah satu prasyarat dalam usaha mewujudkan persekitaran sekolah produktif dan hubungan manusia yang positif di sekolah.