pembangunan bandar mapan (lmcp 1532) tenaga yang boleh diperbaharui

7
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN (LMCP 1532) -TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI- Disediakan oleh: Kuzaifah Hafazzilah binti Ador (A151759)

Upload: kuzaifah-hafazzilah

Post on 07-Jan-2017

227 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembangunan bandar mapan (lmcp 1532) tenaga yang boleh diperbaharui

PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN (LMCP 1532)

-TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI-

Disediakan oleh: Kuzaifah Hafazzilah binti Ador (A151759)

Page 2: Pembangunan bandar mapan (lmcp 1532) tenaga yang boleh diperbaharui

SOALAN:• Sebuah bandar kecil yang terpencil amat memerlukan bekalan tenaga

untuk memajukan agro-industrinya. Penduduk bandar itu hanya 5000 orang dan kedudukannya di kawasan pegunungan. Terdapat banyak sungai-sungai kecil yang deras arusnya dan juga mata air panas yang mengeluarkan wap panas. Berikan cadangan ringkas dengan gambar-gambar yang sesuai. Muat nak jawapan anda

Page 3: Pembangunan bandar mapan (lmcp 1532) tenaga yang boleh diperbaharui

JAWAPAN:• Terdapat beberapa cara yang dapat membantu dan memajukan agro-

industri kampung tersebut. Antaranya ialah dengan menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui iaitu tenaga solar, tenaga hidroelektrik, tenaga angin

Page 4: Pembangunan bandar mapan (lmcp 1532) tenaga yang boleh diperbaharui

TENAGA SOLAR • Tenaga solar diperolehi melalui pancaran cahaya

matahari. Tenaga ini telah digunakan sejak berkurun lamanya.

• Bandar ini berpotensi untuk menjana tenaga solar kerana menerima pancaran cahaya matahari dan tenaga ini adalah percuma serta menyeluruh.

• Kini, terdapat empat teknologi tenaga solar iaitu pemanasan udara untuk proses pengeringan, pemanasan air untuk menghasilkan air panas, pencahayaan melalui sinaran nampak yang tiba di muka bumi dan penukaran tenaga solar gelombang elektromagnet kepada tenaga elektrik iaitu sistem fotovoltaik.

• Tenaga solar banyak digunakan di kawasan pedalaman, sesuai untuk mendapatkan bekalan elektrik dengan menggunakan panel sel fotovoltaik.

Page 5: Pembangunan bandar mapan (lmcp 1532) tenaga yang boleh diperbaharui

TENAGA HIDRO

• Tenaga hidroelektrik merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di negara-negara membangun. Tenaga ini dapat dijalankan di bandar tersebut walaupun ianya terpencil kerana adanya sungai yang mempunyai aliran deras. Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan, Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik.

• Bukan itu sahaja, isipadu air yang tetap dan banyak juga penting untuk penjanaan tenaga hidroelektrik. Isipadu air sungai yang sedikit menyukarkan turbin digerakkan dan secara tidak langsung menyebabkan tenaga elektrik yang terhasil adalah sedikit. Selain itu, tenaga hidroelektrik merupakan tenaga komersial yang keempat terbesar di peringkat global selepas minyak, arang batu dan gas. Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini telah menjadi penting kepada penduduk dunia untuk membekalkan sumber elektrik.

• Tenaga hidroelektrik juga menjadi komersial kerana tenaga ini bersih dan tidak mencemarkan udara. Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang mampu mencemarkan kandungan udara danbahan radio aktif atau bahan kimia lainyang boleh mencemarkan sungai. Hal ini berbeza dengan tenaga konvensional seperti petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara sekeliling ketika penghasilan minyak. Tenaga hidroelektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat efisien kepada pengguna.

Page 6: Pembangunan bandar mapan (lmcp 1532) tenaga yang boleh diperbaharui

TENAGA ANGIN-Memandangkan kawasan Bandar kecil tersebut berkedudukan kawasan pergunungan, kekuatan angin yang bertiup sangat sesuai menggunakan tenaga angin untuk menghasilkan tenaga. -Angin adalah tenaga yang boleh diperbaharui sama seperti tenaga suria kerana ia sentiasa bertiup. Angin juga digunakan untuk menghasilkan elektrik. Angin yang bertiup (tenaga kinetik) akan memusing bilah kipas pada turbin angin. Bilah kipas akan menggerakkan gandar yang disambungkan pada generator yang akan menghasilkan tenaga elektrik. -Setelah elektrik dihasilkan oleh turbin, elektrik dari seluruh ladang angin akan dikumpulkan dan dihantar ke transformer. Voltan akan ditambahkan untuk dihantar melalui kabel berkemampuan tinggi. -Secara asasnya, kelajuan angin bertambah apabila ketinggian kawasan bertambah dan di kawasan terbuka yang tidak berlaku gangguan angin. -Kawasan yang paling baik untuk kawasan memperoleh tenaga angin ialah seperti kawasan tinggi yang gondol tiada pokok, dikelilingi bukit – bukau, kawasan lapang atau tepi laut yang terbuka dan juga ruang antara gunung – ganang yang membentuk terusan angin. -Oleh itu, tenaga angin sesuai digunakan di Bandar tersebut.

Page 7: Pembangunan bandar mapan (lmcp 1532) tenaga yang boleh diperbaharui

TENAGA ANGIN