pemahaman 1 · web viewkemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. persatuan sejarah, sekolah...

3
PEMAHAMAN 1 Baca petikan surat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Persatuan Sejarah, Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad, 71000 Port Dickson. Ketua Pengarah, Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 KUALA LUMPUR. 6 OKTOBER 2010. Tuan, Memohon Kebenaran Melawat ke Arkib Negara Merujuk kepada perkara di atas, saya, bagi pihak ahli Persatuan Sejarah Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad, ingin memohon kebenaran untuk melawat ke Arkib Negara. 2. Butir-butir lawatan tersebut adalah seperti yang berikut: Masa : 2.00 petang Tarikh : 21 November 2010 Ahli rombongan : 42 orang murid dan 2 orang guru 3. Tujuan lawatan kami adalah seperti yang berikut: (a) Meluaskan pengetahuan pelajar (b) Melihat sendiri cara bahan-bahan sejarah disimpan dan direkodkan (c) Mengetahui kepentingan bahan sejarah dan peranan Arkib Negara (d) Memahami perkhidmatan yang dapat diperoleh orang ramai daripada Arkib Negara 4. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan taklimat menyeluruh tentang fungsi Arkib Negara dan kerja-kerja yang dilakukan di jabatan tersebut. Mudah-mudahan permohonan kami diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Yang menjalankan tugas, Hayati (HAYATI KARIM) Setiausaha Persatuan Sejarah, Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad.

Upload: truongcong

Post on 16-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMAHAMAN 1 · Web viewKemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Persatuan Sejarah, Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad, 71000 Port Dickson. Ketua Pengarah, Arkib Negara Malaysia,

PEMAHAMAN 1

Baca petikan surat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Persatuan Sejarah,Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad,71000 Port Dickson.

Ketua Pengarah,Arkib Negara Malaysia,Jalan Duta,50568 KUALA LUMPUR. 6 OKTOBER 2010.

Tuan,

Memohon Kebenaran Melawat ke Arkib Negara

Merujuk kepada perkara di atas, saya, bagi pihak ahli Persatuan Sejarah Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad, ingin memohon kebenaran untuk melawat ke Arkib Negara.

2. Butir-butir lawatan tersebut adalah seperti yang berikut:Masa : 2.00 petangTarikh : 21 November 2010Ahli rombongan : 42 orang murid dan 2 orang guru

3. Tujuan lawatan kami adalah seperti yang berikut:(a) Meluaskan pengetahuan pelajar(b) Melihat sendiri cara bahan-bahan sejarah disimpan dan direkodkan(c) Mengetahui kepentingan bahan sejarah dan peranan Arkib Negara(d) Memahami perkhidmatan yang dapat diperoleh orang ramai daripada Arkib Negara

4. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan taklimat menyeluruh tentang fungsi Arkib Negara dan kerja-kerja yang dilakukan di jabatan tersebut.

Mudah-mudahan permohonan kami diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang menjalankan tugas, Hayati

(HAYATI KARIM)Setiausaha Persatuan Sejarah,Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad.

Page 2: PEMAHAMAN 1 · Web viewKemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Persatuan Sejarah, Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad, 71000 Port Dickson. Ketua Pengarah, Arkib Negara Malaysia,

1 Siapakah pengirim surat itu?A Ketua Pengarah Arkib NegaraB Setiausaha Persatuan SejarahC Guru Besar Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul SamadD Guru Penasihat Persatuan Sejarah

2 Apakah yang dimintanya daripada Ketua Pengarah Arkib Negara?A Kebenaran mendapatkan bahan sejarahB Kebenaran menggunakan kemudahan di Arkib NegaraC Kebenaran meminjam rekod-rekod di Arkib NegaraD Kebenaran melawat Arkib Negara

3 Rombongan yang akan melawat ke Arkib Negara terdiri daripada A 21 orang.B 40 orang.C 42 orangD 44 orang.

4 Apakah peranan yang dimainkan oleh Arkib Negara?A Menulis buku tentang sejarah MalaysiaB Memberikan perkhidmatan mencari bahan sejarahC Menyimpan dan merekod bahan-bahan sejarahD Menerangkan kepentingan sejarah kepada orang ramai

5 Rangkai kata meluaskan pengetahuan dalam petikan bermaksudA memberi pendidikan.B sentiasa cemerlang.C rajin menimba ilmu.D menambahkan ilmu lagi

Jawaban:

1 B 2 D 3 D 4 C 5 D

Page 3: PEMAHAMAN 1 · Web viewKemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Persatuan Sejarah, Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad, 71000 Port Dickson. Ketua Pengarah, Arkib Negara Malaysia,