pelaksanaan system residen mendatangkan pelbagai kesan ke atas negeri

Upload: azlan-azmi

Post on 02-Jun-2018

1.343 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Pelaksanaan System Residen Mendatangkan Pelbagai Kesan Ke Atas Negeri

    1/3

    Pelaksanaan system residen mendatangkan pelbagai kesan keatas negeri-negeri melayu dari tahun 1873 hingga 1888.Bincangkan.

    Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 yang ditandatangani di pulau Pangkor

    Perak telah melambangkan titik permulaan campur tangan British secara rasmidi tanah Melayu. Selepas peristiwa tersebut, negeri-negeri Melayu lain turut jatuhdalam tangan penjajah. Dalam proses ini, system residen telah diperkenalkandalam beberapa negeri Melayu iaitu Perak (1874), Selangor (1874), Pahang(1888) dan Negeri Sembilan (1896). Sistem residen ini telah mendatangkanpelbagai kesan terhadap negeri-negeri Melayu yang berkenaan.

    Antara kesan pelaksanaan sistem residen ialah kehilangan kuasasultan dan golongan pembesar tempatan. Pada asalnya, residen hanya

    ditugaskan untuk menasihati sultan dalam urusan pentadbiran,

    pemulihan keamanan, memajukan ekonomi dan sistem cukai tetapisedikit demi sedikit, residen telah mengambil alih kuasa sultan sebagai

    pemerintah negara. Akhirnya, sultan hanya diberi kuasa dalam adatresam dan agama. Pembesar-pembesar tempatan pula telah

    kehilangan kuasa mengutip cukai dan mereka hanya diberi jawatandalam peringkat bawahan pentadbiran British. Keadaan ini telah

    menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam golongan pembesartempatan dan golongan raja terhadap penjajah British yang mencapai

    kemuncaknya apabila residen Perak iaitu JWW Birch dibunuh di PasirSalak.

    Kesan seterusnya ialah ketidakseragaman pentadbiran yang wujud

    antara negeri-negeri melayu yang melaksanakan sistem residen.Antara masalah yang muncul akibat keadaan ini ialah pembangunannegeri-negeri melayu yang tidak seimbang. Akibat ketiadaan garis

    panduan yang jelas untuk diikuti oleh residen demi menjalankan

    tugasnya, mereka terpaksa bertugas mengikut budi bicara sendiri.Dengan ini, setiap negeri melayu di bawah sistem residen telah

    dikembangkan menurut cara yang berbeza dan terdapat negeir-negeriyang menikmati perkembangan ekonomi yang pesat seperti negeri

    Sembilan dan Selangor serta negeri seperti Pahang yang sentiasadilanda masalah kewangan. Pembangunan yang tidak seimbang juga

    membawa kepada masalah keseragaman infrasturktur sepertilandasan kereta api yang berbeza-beza serta jalan raya yang tidak

    dihubungkan antara negeri. Ketidakseragaman pentadbran ini jugamembawa kepada perbezaan undang-undang antara negeri. Di Perak,

    residen pertama, iaitu JWW Birch telah mencampuri adat resammelayu dengan mengharamkan penghambaan. Walaupun tindakan

    beliau tidak diikuti oleh negeri-negeri melayu lain, penentangan yangdicetuskan di negeri Perak akan merebak ke negeri-negeri lain.

  • 8/11/2019 Pelaksanaan System Residen Mendatangkan Pelbagai Kesan Ke Atas Negeri

    2/3

    Selain daripada itu, kedatangan sistem residen juga menyebabkan

    campur tangan dalam adat resam tempatan. Pada peringkat asal,kuasa memungut cukai terletak dibawa pembesar melayu. Namun,

    setelah kedatangan sistem residen, maka kuasa memungut cukai telahdirampas daripada pembesar Melayu. Amalan hamba abdi pun telah

    dihapuskan oleh seorang residen di negeri Perak dan tindakan iniditentang hebat oleh pembesar-pembesar tempatan. Residen juga

    campur tangan dalam sistem kehakiman dengan memiliki kuasa untukmelantik majistret. Dengan ini, sistem kehakiman tradisional yanterdiri daripada golongan pembesar dan ketua kampung sebagaihakim telah terjejas. Kedatangan sistem residen telah mencemari adat

    resam tempatan dengan pengaruh barat dan unsur-unsur residen-

    residen yang berbeza.Pelaksanaan sistem residen juga menimbulkan pelbagai kesanterhadap ekonomi tempatan terutamanya terhadap jurang ekonomi

    antara kaum. Tumpuan British terhadap tanah Melayu ialah

    perlombongan bijih timah dan mereka telah bertindak untukmembawa masuk buruh asing, khursusnya buruh Cina untuk

    mengusahakan lombong-lombong bijih timah. Apabila tanamankomersil seperti getah diperkenalkan, mereka turut membawa buruh

    asing untuk mengusahakannya iaitu buruh India. Dengan ini, telahmewujudkan masyarakat majmuk dan dalam masa yang sama

    masyarakat tempatan iaitu orang Melayu telah diketepikan daripadakegiatan ekonomi moden. Mereka kekal dalam kegiatan ekonomi

    tradisional seperti pertanian padi dan perikanan. Dengan pelaksanaansistem residen juga menyebabkan pertambahan penduduk di tanah

    melayu serta pembukaan Bandar-bandar baru. Antara tugas seorangresiden ialah untuk membangunkan ekonomi. Demi mencapai tujuan

    ini mereka telah membawa masuk buruh asing dari China dan India.Bilangan pemodal cina juga bertambah akibat usaha-usaha residen

    mengembangkan ekonomi tanah melayu. Dalam usaha-usaha mereka

    mengeksploitasi bijih timah dan penanaman getah di tanah melayu,beberapa Bandar baru telah dibuka seperti kuala Kangsar, Taiping,Kamunting dan Kuala Lumpur.Dengan pembukaan Bandar-bandarbaru, pelbagai usaha telah dilaksanakan demi membangunkan

    infrastruktur seperti jalan raya dan landasan kereta api antara Bandar-

    bandar tersebut. Pertambahan penduduk serta perkembanganinfrastruktur yang berlaku di bawah sistem residen telah membawakepada pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang

    kaum.Sebagai yang ditugaskan kepada residen, mereka telah berjaya

    mewujudkan keamanan dalam negeri-negeri mereka. Di Perak,pelantikan seorang residen telah berjaya menamatkan perebutan

    takhta. Perang-perang kongsi gelap di negeri Sembilan juga

  • 8/11/2019 Pelaksanaan System Residen Mendatangkan Pelbagai Kesan Ke Atas Negeri

    3/3

    diselesaikan oleh sistem residen. Pasukan polis telah dibawa masuk

    dari India demi menjamin keamanan dan tentera laut Britain telahbertanggungjawab mengawasi ancaman lanun di selat Melaka. Kapten

    Speedy, telah menambahkan pasukan polis di daerah Larut kepada2500 orang on mengekalkan keamanan dan mencegah peperangan

    antara kongsi gelap cina. Perlaksanaan sistem residen di negeri-negerimelayu telah berjaya menjamin keamanan serta kestabilan politik atau

    sekurang-kurangnya memperbaiki situasi yang sedia ada.Perlaksanaan sistem residen di negeri Perak, Pahang, Selangor danNegeri Sembilan mendatangkan pelbagai kesan yang baik dan burukterhadap tanah melayu. Namun begitu, pelbagai kelemahan dalam

    sistem ini telah menyebabkan pihak British memperkenalkan system

    pentadbiran baru bagi memperbaiki kelemahan system residen denganpengenalan kepada pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutupada tahun 1896.