pekeliling spp.doc

11
Ruj. Kami : SPP.10/1/88 Jld.VII/(17) Tarikh : 12 Disember 2006 Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Sumber Manusia Aras 1-5, Blok E12, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Bahagian Sumber Manusia Aras 1-6, Blok E14, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Y. Bhg. Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING PENGAMBILAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BIL. 1 TAHUN 2007 ------------------------------------------------------------ ----------- PELANTIKAN TETAP KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH/ LEPASAN DIPLOMA/BUKAN SISWAZAH ------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------------ ------- TUJUAN 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk mempelawa calon di bawah pentadbiran Y. Bhg. Tan Sri/ Dato'/ tuan/ puan mengemukakan permohonan

Upload: -wan-

Post on 22-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEKELILING SPP.doc

Ruj. Kami : SPP.10/1/88 Jld.VII/(17) Tarikh : 12 Disember 2006

 

     Ketua Setiausaha     Kementerian Pelajaran Malaysia      Bahagian Sumber Manusia      Aras 1-5, Blok E12, Parcel E      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan      62604 PUTRAJAYA  

     Ketua Setiausaha      Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia      Bahagian Sumber Manusia      Aras 1-6, Blok E14, Parcel E      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan      62604 PUTRAJAYA

     Y. Bhg. Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING PENGAMBILANSURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

BIL. 1 TAHUN 2007 -----------------------------------------------------------------------

PELANTIKAN TETAP KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH/

LEPASAN DIPLOMA/BUKAN SISWAZAH ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------

     TUJUAN

     1.      Surat pekeliling ini  bertujuan untuk mempelawa calon  di bawah pentadbiran  Y. Bhg. Tan Sri/ Dato'/ tuan/ puan mengemukakan permohonan

              untuk dilantik ke jawatan tetap sebagai  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi kategori berikut:

             1.1      PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi calon yang telah tamat pengajian akademik di peringkat ijazah danmemiliki kelayakan

                        ikhtisas di dalam bidang Pendidikan serta telah ditawarkan sebagai Guru Sandaran Terlatih Siswazah yang ditempatkan

                        mengajar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dalam tahun 2007 atau

                        sebelumnya yang masih belum mengemukakan permohonan;

Page 2: PEKELILING SPP.doc

             1.2      PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat sebagai PPP Bukan Siswazah (PPPBS)/PPP

                        Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 tetap yang telah memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan

                        PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41 dan mendapat kebenaran/kelulusan cuti belajar secara separuh masa daripada KPM/KPTM

                        dan telah dibuat penempatan semula secara pentadbiran sebagai PPPS Gred DG41.

             1.3      PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang memiliki kelulusan ijazah dan telah tamat

                        serta lulus Kursus Dalam Cuti (KDC) anjuran KPM/KPTM dan telah ditawarkan sebagai Guru Sandaran Terlatih Siswazah;

             1.4      PPP Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 bagi calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas di dalam bidang Pendidikan serta

                        telah ditawarkan sebagai Guru Sandaran Terlatih Lepasan Diploma yang ditempatkan mengajar oleh KPM/KPTM dalam tahun 2007

                        atau sebelumnya yang masih belum mengemukakan permohonan;

             1.5      PPP Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang tidak memiliki ijazah dan telah

                        tamat serta lulus Kursus Dalam Cuti (KDC) anjuran KPM/KPTM dan telah ditawarkan sebagai Guru Sandaran Terlatih Lepasan

                        Diploma;

             1.6      PPPBS Gred DG6 bagi Guru Sandaran Terlatih di bawah Skim SSB dan sebelumnya yang telah memenuhi syarat skim dan                        belum mengemukakan permohonan;

             1.7      PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat sebagai PPP Bukan Siswazah (PPPBS) / PPP

                        Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 tetap yang telah memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan

                        PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41 dengan mendapat kebenaran / kelulusan bagi mengikuti kursus Pengajian Jarak Jauh / Sambilan

                        dari KPM / KPTM;

             1.8      PPP Siswazah Gred (PPPS) DG41, PPP Bukan Siswazah (PPPBS) dan PPP Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 bagi

                        Guru Sandaran Terlatih kategori calon yang telah meletak jawatan dan diberi penempatan semula untuk berkhidmat di bawah

                        KPM / KPTM;

             1.9      PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41, PPP Bukan Siswazah (PPPBS) dan PPP Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DG29 bagi

Page 3: PEKELILING SPP.doc

                        Guru Sandaran Terlatih kategori calon agensi lain yang telah diberikan penempatan untuk berkhidmat di bawah KPM / KPTM;

             1.10    PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41, PPP Bukan Siswazah (PPPBS) dan PPP Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DG29 bagi

                        Guru Sandaran Terlatih kategori calon bekas tentera yang telah diberi penempatan untuk berkhidmat di bawah KPM / KPTM;

             1.11    PPPBS Gred DG8 bagi Guru Sandaran Terlatih di bawah Skim SSB dan sebelumnya yang telah memenuhi syarat skim dan belum

                        mengemukakan permohonan; dan

             1.12    lain-lain calon PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41 / PPP Lepasan Diploma (PPPLD) dan PPP Bukan Siswazah (PPPBS) Gred

                        DGA29 bagi Guru Sandaran Terlatih yang dipersetujui oleh KPM / KPTM termasuk Calon Sekolah Agama Rakyat (SAR), Calon

                        Sekolah Agama Negeri (SAN) termasuk Calon Program Pensiswazahan Guru Besar (PPGB).

     KELAYAKAN

     2.      Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan yang disyaratkan dalam Skim PPP seperti berikut:

              2.1      PPP Siswazah Gred DG41 di LAMPIRAN A ;              2.2      PPP Lepasan Diploma Gred DGA29 di LAMPIRAN B ;              2.3      PPP Bukan Siswazah Gred DG6 di LAMPIRAN C ; atau

              2.4      PPP Bukan Siswazah Gred DG8 (B1 dan B2) di LAMPIRAN D1 dan D2 .

     TARAF JAWATAN

     3.      Taraf jawatan adalah tetap .

     PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

     4.      Calon-calon yang memasuki perkhidmatan PPPS, PPPLD dan PPPBS adalah tertakluk kepada syarat-syarat di dalam Skim Perkhidmatan PPP

              berkenaan yang sedang berkuat kuasa pada masa ini serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

     CARA MEMOHON

     5.      Permohonan hendaklah dikemukakan seperti berikut:

Page 4: PEKELILING SPP.doc

              5.1      calon-calon di para 1.1 hingga 1.6 adalah DIWAJIBKAN membuat permohonan melalui internet (SPP e - Permohonan) seperti

                         panduan di  LAMPIRAN E . Sila ambil perhatian  kepada kenyataan di LAMPIRAN E butiran B1 dan B2 yang menjelaskan

                         antara lain bahawa salinan sijil, salinan dokumen dan gambar perlu dikemukakan semasa sesi temu duga.

              5.2      bagi calon-calon di para 1.7 hingga 1.12 dikehendaki mengisi borang permohonan lengkap berserta dengan salinan-salinan dokumen

                         dan sekeping gambar berukuran pasport, dan dihantar melalui Kementerian Pelajaran Malaysia .

              5.3      bagi calon-calon yang mengemukakan permohonan dengan borang, borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman web

                         SPP di alamat: http://www.spp.jpm.my .

     TINDAKAN KETUA JABATAN

     6.      Pihak  KPM, KPTM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Bahagian / Daerah  dan  Pengetua Institut / Maktab Perguruan/Politeknik/

              Kolej/Sekolah Menengah serta Guru Besar Sekolah Rendah adalah diminta:

              6.1      untuk menghebahkan pelawaan ini dan memberi kerjasama kepada calon untuk membuat permohonan, sama ada melalui SPP e-Permohonan

                         atau pengisian borang permohonan masing-masing; dan

              6.2      menyediakan borang permohonan yang boleh dicetak daripada Laman Web SPP.

     TINDAKAN OLEH CALON

     7.      Calon-calon  yang memohon melalui SPP  e - Permohonan  adalah diminta membaca panduan di  LAMPIRAN E terlebih dahulu untuk memahami

              tindakan yang perlu diambil. Calon di para 1.7 hingga 1.12 yang menggunakan borang, dikehendaki mengambil tindakan berikut:

              7.1      melekatkan sekeping gambar berukuran 3.2sm x 3sm (ukuran gambar untuk Kad Pengenalan) di ruangan kosong muka hadapan

                         penjuru kanan bahagian atas borang permohonan dan mencatatkan di sebelah kanan borang berkenaan dengan perkataan berikut

                         (mengikut yang mana berkaitan):

                          i.      DG41 (PJJ) bagi permohonan kategori seperti di para 1.7.

                         ii.      DG41 / DGA29 bagi permohonan calon yang pernah letak jawatan seperti di para 1.8.

Page 5: PEKELILING SPP.doc

                         iii.     DG41 / DGA29 bagi permohonan kategori calon Agensi Lain seperti di para 1.9.

                         iv.     DG41 / DGA29 bagi permohonan kategori calon Bekas Tentera seperti di para 1.10.

                         v.      DG8 (SSB) bagi permohonan calon kategori seperti di para 1.11.

              7.2      melampirkan salinan dokumen yang diakui sah oleh Ketua Jabatan/ Pengetua/ Guru Besar bersama dengan borang permohonan, iaitu:

                          i.      Kad Pengenalan;

                          ii.     Sijil Kelahiran atau Sijil Warganegara (bagi calon yang lahir di luar Negara, borang W atau surat pengesahan kewarganegaraan oleh                                  Jabatan Pendaftaran Negara diperlukan);

                          iii.     Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

                          iv.     Kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Am Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (jika berkenaan);

                          v.     Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/Sijil Tinggi Persekolahan/ Sijil Politeknik atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

                                  (jika berkenaan);

                          vi.     Diploma dalam bidang berkenaan dari institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

                                  (jika berkenaan);

                          vii.    Ijazah dari universiti-universiti tempatan/luar negeri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan [termasuklah

                                  surat kelulusan nilai taraf ijazah (jika berkenaan) dan terjemahan dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris bagi ijazah luar negeri

                                  yang diperolehi selain daripada Bahasa Malaysia/BahasaInggeris];

                          viii.   surat-surat lain yang berikut seperti:

                                  a)    Calon yang mengikuti kursus PJJ perlu mengemukakan surat kelulusan/kebenaran mengikuti kursus PJJ / sambilan dari JPN /

                                         KPM; atau

                                  b)    Calon Bekas Tentera/Polis, Calon Agensi Lain/Calon Sedang Berkhidmat, Calon Letak Jawatan, Calon Agama Rakyat (SAR),

                                         Calon Sekolah Agama Negeri ( SAN ) dan Calon Program

Page 6: PEKELILING SPP.doc

Pensiswazahan Guru Besar ( PPGB ) hendaklah mengemukakan                                         lain-lain dokumen berkaitan seperti yang disyaratkan oleh

KPM; dan

                          ix.    Kenyataan Perkhidmatan terkini yang kemas kini bagi calon yang sedang berkhidmat.

              7.3      Borang permohonan lengkap dan salinan hendaklah dikemukakan kepada:

                         Ketua Setiausaha                         Kementerian Pelajaran Malaysia

                         Bahagian Sumber Manusia                         Aras 1-5 Blok E12

                         Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E                         Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

                         62604 PUTRAJAYA.

              7.4      salinan tambahan juga hendaklah dikemukakan kepada Pengetua/Guru Besar/Ketua Jabatan masing-masing untuk tujuan rekod.

     TAMBAHAN

     8.      Calon KPLI Lepasan Institut Perguruan dan Diploma Pendidikan boleh menggunakan keputusan akhir peperiksaan bagi urusan temu duga bagi

              lantikan tetap tanpa menunggu sijil dikeluarkan oleh pihak institut seperti Pekeliling Pengambilan SPP bil. 2/2006.

     9.      Calon yang tidak diperaku dalam urusan temu duga adalah tertakluk dibawah prinsip calon gagal temu duga seperti Pekeliling Pengambilan

              SPP bil. 4/2006.

     10.    Calon mempunyai nilai taraf yang tertakluk dengan syarat latihan mengajar sepenggal, hanya boleh mengemukakan permohonan setelah

              memenuhi syarat tersebut.

     PERINGATAN

     11.    Hanya calon yang permohonannya telah didaftarkan secara e- Permohonan dan calon yang mengemukakan borang permohonan lengkap

              dan layak sahaja akan dipanggil temu duga . Borang permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan dan perlu dilengkapkan terlebih

              dahulu oleh calon berasaskan Surat Akuan Terima di LAMPIRAN F serta mengemukakannya semula sebelum tarikh tutup permohonan .

Page 7: PEKELILING SPP.doc

     12.    Calon yang belum ditawarkan penempatan mengajar dan pelantikan sebagai GST seperti yang dimaksudkan di para 7.2(vii) tidak layak

              mengemukakan permohonan.

     13.    Calon seperti di para 1.1 dan 1.4 adalah perlu mengemukakan permohonan dalam tempoh satu tahun dari tarikh sepatutnya dilantik

              berdasarkan prinsip pelantikan tahun 2000 yang diguna pakai seperti peraturan surat Pekeliling Pengambilan SPP bil. 5/2006.

     14.    Calon yang sedang bercuti adalah tidak boleh menghadiri temu duga.

     15.    Calon yang mengemukakan maklumat palsu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Suruhanjaya Tahun 1950.

     TARIKH TUTUP PERMOHONAN

     16.    Tarikh tutup permohonan bagi semua calon ialah pada 31 Disember 2007.

     URUSAN TEMUDUGA

     17.    Calon adalah dimaklumkan bahawa mereka akan ditemu duga selewat-lewatnya dalam tempoh enam bulan daripada tarikh permohonan lengkap

              diterima oleh Suruhanjaya ini.

      Sekian, terima kasih.

      “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

      (DATO' NOORAISHAH BINTI AHMAD TAJUDIN)       Setiausaha

      Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran      Malaysia .

      s.k :

     Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam     Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

     Bahagian Perkhidmatan     Aras 6-7, Blok C2, Parcel C

     Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan     62510 W.P PUTRAJAYA

    Ketua Setiausaha,    Kementerian Pelajaran Malaysia ,

    Jabatan Pendidikan Teknikal,     Aras 6, Blok E14, Parcel E

Page 8: PEKELILING SPP.doc

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan    62604 W.P PUTRAJAYA.

    Ketua Setiausaha    Kementerian Pelajaran Malaysia

    Bahagian Pendidikan Guru     Aras 2-6, Blok E13, Parcel E

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan    62604 W.P PUTRAJAYA

    Ketua Setiausaha    Kementerian Pelajaran Malaysia

    Bahagian Sekolah     Aras 3-4, Blok E2, Parcel E

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan    62604 W.P PUTRAJAYA