pekeliling jabatan pendaftar rujukan kami :...

25
PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 ____________________________________________________________ PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012 KADAR BAYARAN SAGUHATI/ HONORORIUM KEPADA PENCERAMAH/ FASILITATOR YANG TERDIRI DARIPADA STAF DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 1.0 TUJUAN 1.1 Pekeliling ini bertujuan memaklumkan akan kadar bayaran saguhati/honorarium kepada penceramah/fasilitator yang terdiri daripada staf UniMAP. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Universiti Malaysia Perlis mempunyai sebilangan besar kumpulan staf yang berpengalaman serta staf yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Selain menggunakan khidmat penceramah/fasilitator luar yang diberikan honorarium mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 2005 kepakaran dan pengalaman staf dalaman juga tidak kurang hebatnya untuk digunakan sebagai penceramah/fasilitator dalam tugas

Upload: duongthien

Post on 12-Jul-2019

318 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR

RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9)

TARIKH : 3 OGOS 2012

____________________________________________________________

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

KADAR BAYARAN SAGUHATI/ HONORORIUM KEPADA PENCERAMAH/

FASILITATOR YANG TERDIRI DARIPADA STAF DI

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

1.0 TUJUAN

1.1 Pekeliling ini bertujuan memaklumkan akan kadar bayaran

saguhati/honorarium kepada penceramah/fasilitator yang terdiri daripada

staf UniMAP.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Universiti Malaysia Perlis mempunyai sebilangan besar kumpulan staf yang

berpengalaman serta staf yang mempunyai kepakaran dalam bidang

masing-masing. Selain menggunakan khidmat penceramah/fasilitator luar

yang diberikan honorarium mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.2

Tahun 2005 kepakaran dan pengalaman staf dalaman juga tidak kurang

hebatnya untuk digunakan sebagai penceramah/fasilitator dalam tugas

Page 2: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus yang memerlukan

khidmat mereka.

2.2 Staf yang dimaksudkan adalah staf UniMAP bukan akademik atau

akademik yang dilantik sebagai penceramah/fasilitator bagi kursus-kursus

yang dianjurkan oleh mana-mana Jabatan di UniMAP berdasarkan kepada

pengalaman, kepakaran dan latar belakang pendidikan serta gred jawatan

terakhir.

2.3 Dengan adanya penghargaan berbentuk saguhati /honorarium kepada

staf akademik/ bukan akademik di UniMAP, ianya di harapkan dapat

menarik minat mereka untuk memberi sumbangan kepakaran dan

perkongsian idea bagi memberi input yang bernilai tinggi kepada staf dan

UniMAP untuk diaplikasikan pada masa kini serta di masa yang akan

datang.

2.4 Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005, kadar bayaran

saguhati atau honorarium kepada penceramah/fasilitator sambilan selain

daripada penceramah/fasilitator sambilan yang bukan terdiri daripada

golongan pakar adalah ditetapkan seperti berikut :

Page 3: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

Jadual 1 : Kadar bayaran saguhati penceramah/ fasilitator sambilan kepada penjawat

awam mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 tahun 2005

2.5 Tinjauan yang dibuat kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain,

beberapa maklumbalas telah diperolehi di mana penceramah/fasilitator

sambilan yang terdiri daripada staf sendiri adalah di bayar mengikut kadar

yang telah ditetapkan oleh Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2005.

2.6 Kelayakan bayaran saguhati ini adalah merujuk kepada penjawat awam

(tetap, kontrak, sambilan dan sangkut) dan tertakluk kepada syarat-syarat

berikut :

Kumpulan Perkhidmatan

Kadar Bayaran saguhati Had Maksimum

sebulan Pensyarah/

Penceramah sambilan Fasilitator sambilan

Kumpulan Pengurusan

Tertinggi

RM300.00 sejam RM100.00 sejam

Tidak melebihi ½

daripada gaji

bulanan pegawai

Kumpulan Pengurusan &

Profesional Gred 53 & 54

RM200.00 sejam RM100.00 sejam

Kumpulan Pengurusan &

Profesional Gred 45 – 52

RM150.00 sejam RM90.00 sejam

Kumpulan Pengurusan &

Profesional Gred 41 – 44

RM120.00 sejam RM80.00 sejam

Kumpulan Sokongan RM80.00 sejam RM60.00 sejam

Page 4: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

2.6.1 Pegawai yang memberi syarahan/ ceramah atau dilantik sebagai

penceramah/fasilitator hendaklah mendapat kelulusan daripada

Ketua Jabatannya;

2.6.2 Memberi syarahan/ ceramah atau menjadi penceramah/fasilitator

bukan merupakan sebahagian daripada tugas rasmi pegawai;

2.6.3 Pegawai dari unit/ institusi latihan/ pengajian, maktab/ institusi

perguruan dan sekolah di mana tugas memberi syarahan/ ceramah

adalah sebahagian daripada tugas mereka, bayaran saguhati boleh

dibayar sekiranya kursus/bengkel/majlis rasmi bukan dianjurkan

dan bukan merupakan program jabatan/ institusi/ maktab/ sekolah

yang sama;

2.6.4 Urusetia yang memberi syarahan/ ceramah atau menjadi

penceramah/fasilitator dalam program yang dianjurkan tidak layak

bayaran saguhati di bawah pekeliling ini;

2.6.5 Bayaran saguhati boleh diberi mengikut kadar setengah jam bagi

setiap setengah jam genap sekiranya waktu syarahan/ ceramah

yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

melebihi satu jam; dan

2.6.6 Penceramah/ fasilitator sambilan yang diberikan cenderamata

adalah tidak layak dibayar saguhati di bawah Pekeliling ini.

Page 5: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

3.0 CADANGAN

3.1 Berdasarkan para 2.6.6 adalah dicadangkan supaya penceramah/fasilitator

sambilan yang diberikan cenderamata juga boleh dibayar saguhati oleh

UniMAP mengikut kadar yang telah ditetapkan.

3.2 Perlantikan penceramah/fasilitator hendaklah mendapat kelulusan dan

perakuan dari jawatankuasa tertinggi penganjur kursus/ ketua jabatan

dan berdasarkan keperluan di pusat pengajian yang berkenaan. Walau

bagaimanapun, penceramah/fasilitator perlulah mendapat kelulusan

pelepasan daripada ketua jabatan masing-masing.

3.3 Kerja-kerja sambilan ini boleh dilakukan di waktu bekerja dan pada hari

cuti hujung minggu serta tidak mengganggu tugas hakiki staf berkenaan.

Kadar bayaran adalah dicadangkan mengikut gred jawatan hakiki staf

berkenaan.

3.4 Cadangan kadar bayaran bagi penceramah/fasilitator sambilan di UniMAP

adalah seperti berikut :

Page 6: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

Jadual 2 : Cadangan kadar bayaran saguhati kepada penceramah dan fasilitator sambilan di

UniMAP

3.5 Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan supaya perkara di para 3.0

hingga 3.5 diterima pakai untuk dilaksanakan di UniMAP.

Kumpulan Perkhidmatan

Kadar Bayaran

saguhati

penceramah

sambilan

Kadar Bayaran

saguhati fasilitator

sambilan

Had Maksimum

sebulan

Kumpulan Pengurusan Tertinggi

atau setaraf/CEO

RM150.00 sejam RM90.00 sejam

Tidak melebihi ½

daripada gaji

bulanan pegawai

Pengurus atau jawatan yang

setara dengan Kumpulan

Pengurusan & Profesional Gred 53

dan 54

RM130.00 sejam RM70.00 sejam

Eksekutif Kanan atau jawatan

yang setara dengan Kumpulan

Pengurusan & Profesional Gred 45

– 52

RM110.00 sejam RM50.00 sejam

Eksekutif atau jawatan yang

setara dengan Kumpulan

Pengurusan & Profesional Gred 41

– 44

RM90.00 sejam RM30.00 sejam

Lain –lain jawatan atau yang

setara dengan Kumpulan

Sokongan

RM50.00 sejam RM10.00 sejam

Page 7: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

4.0 IMPLIKASI KEWANGAN

4.1 Perbezaan implikasi kewangan yang terlibat bagi sesuatu kursus yang

dianjurkan adalah seperti berikut :

Penceramah Dalaman

Contoh pengiraan bayaran kepada seorang pensyarah sambilan

berdasarkan kepada Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 45 – 52.

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM110.00 bagi kadar satu jam.

Contoh :

RM110.00 x 6 jam (slot ceramah sehari bagi 3 slot ) = RM660.00

(1 slot bersamaan 2 jam)

Penceramah Luar

Contoh pengiraan bayaran kepada seorang penceramah luar berdasarkan

kepada bayaran mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 2005

bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 45 – 52. Bayaran yang

dikenakan adalah sebanyak RM150.00 bagi kadar satu jam.

Contoh :

RM150.00 x 6 jam (slot ceramah sehari bagi 3 slot ) = RM900.00

(1 slot bersamaan 2 jam)

Perbezaan bayaran penceramah jemputan mengikut jam iaitu (6 jam bagi

3 slot) seperti contoh di atas adalah RM 660 ( Penceramah adalah staf

UniMAP) dan RM 900 (Penceramah adalah staf luar UniMAP).

Page 8: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

5.0 SYOR

5.1 Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi UniMAP adalah dipohon

menimbang dan meluluskan cadangan pemberian bayaran

saguhati/honorarium kepada penceramah sambilan di UniMAP.

5.2 Bersama dilampirkan lampiran-lampiran bagi keterangan dan

maklumat lanjut berkenaan kertas cadangan seperti di atas.

Page 9: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

LAMPIRAN 1

Page 10: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

JABATAN PENDAFTAR

GARIS PANDUAN KADAR BAYARAN SAGUHATI/

HONORORIUM KEPADA

PENCERAMAH/ FASILITATOR

YANG TERDIRI DARIPADA STAF DI

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Page 11: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

GARIS PANDUAN

KADAR BAYARAN SAGUHATI/ HONORORIUM KEPADA PENCERAMAH/

FASILITATOR YANG TERDIRI DARIPADA STAF

DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Terma Lantikan : Tetap/Kontrak/Sambilan

Tempoh Lantikan : Mengikut surat jemputan daripada penganjur kursus

Kadar Bayaran Saguhati :

Jadual 1 : Kadar bayaran saguhati

Kumpulan Perkhidmatan Kadar Bayaran saguhati

penceramah sambilan

Kadar Bayaran

saguhati

fasilitator

sambilan

Had Maksimum

sebulan

Kumpulan Pengurusan Tertinggi

atau setaraf CEO RM150.00 sejam RM90.00 sejam

Tidak melebihi ½

daripada gaji

bulanan pegawai

Pengurus atau jawatan yang setara

dengan Kumpulan Pengurusan &

Profesional Gred 53 dan 54

RM130.00 sejam RM70.00 sejam

Eksekutif Kanan atau jawatan yang

setara dengan Kumpulan

Pengurusan & Profesional Gred 45 –

52

RM110.00 sejam RM50.00 sejam

Eksekutif atau jawatan yang setara

dengan Kumpulan Pengurusan &

Profesional Gred 41 – 44

RM90.00 sejam RM30.00 sejam

Lain –lain jawatan atau yang setara

dengan Kumpulan Sokongan RM50.00 sejam RM10.00 sejam

Page 12: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

Kriteria Lantikan :

1. Calon mestilah warganegara Malaysia. Bagi calon bukan

warganegara, calon mestilah mempunyai visa atau

permit kerja yang sah dan kos pembayaran untuk visa

atau permit kerja ditanggung sendiri oleh calon.

2. Calon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan

tidak melebihi 65 tahun pada tarikh lantikan.

3. Calon mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada

Ketua Jabatan/ Majikan untuk menjalankan kerja

sambilan di UniMAP (Pekeliling Bilangan 4 Tahun 2012

adalah dirujuk).

4. Calon perlu memiliki kelayakan akademik seperti berikut

:-

4.1 memiliki kelayakan minimum ijazah Sarjana (bagi

jawatan pensyarah) dalam bidang yang berkaitan

yang diiktiraf oleh kerajaan atau yang setara

dengannya; atau

4.2 memiliki kelayakan minimum ijazah Sarjana Muda

(bagi jawatan guru bahasa) dalam bidang yang

berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau yang

setara dengannya;dan

4.3 mendapat kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus

Ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang

diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

(dikecualikan untuk bukan warganegara).

Page 13: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

5. Bagi lantikan ke kumpulan perkhidmatan Sokongan,

calon perlu memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia

yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau yang setara

dengannya dan mendapat kepujian Bahasa Melayu serta

lulus ujian lisan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau

kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Calon mestilah mempunyai pengalaman dalam bidang

yang dipohon (khas untuk jurulatih) atau sijil yang

berkaitan dalam bidang yang dipohon.

6. Penetapan Kumpulan Perkhidmatan dan kadar bayaran

adalah berdasarkan :

6.1 Jika calon merupakan staf UniMAP berstatus (tetap,

kontrak, sambilan, sangkut), penetapan bayaran

adalah mengikut gred terkini semasa memegang

jawatan.

6.2 Jika calon adalah pesara kerajaan dan staf kontrak di

UniMAP, penetapan bayaran adalah mengikut gred

jawatan terkini yang disandang.

7. Pelantikan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut

:

7.1 Pelantikan di buat setelah mendapat kelulusan dan

pengesahan daripada penganjur dan kelulusan

pelepasan penceramah daripada jabatan terlibat.

7.2 Pelantikan sebagai penceramah bagi kursus di

kalangan pensyarah/guru bahasa/ Pegawai/Sokongan

Page 14: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

Bukan akademik/ jurulatih sambilan adalah tidak

menjejaskan tugas hakiki pegawai berkenaan; dan

7.3 Tugas sebagai penceramah adalah merupakan tugas

tambahan selain daripada tugas hakiki jawatannya.

Tuntutan Kewangan : 1. Luar Negeri Perlis

1.1 Tambang kapal terbang (pergi dan balik) mengikut

kelayakan gred ke destinasi yang ditujui.

1.2 Tuntutan setara teksi sekiranya pengangkutan

universiti tidak disediakan dari tempat kursus/lapangan

terbang ke UniMAP.

1.3 Tambang pengangkutan awam atau perbatuan

(Menggunakan Vot Jabatan Penganjur)

1.4 Bayaran penginapan atau elaun lojing (jika tidak

disediakan oleh penganjur adalah ditanggung oleh vot

jabatan penganjur)

2. Dalam Negeri Perlis

2.1 Tambang tiket pengangkutan awam

2.2 Tuntutan elaun perbatuan hanya dibenarkan untuk

satu perjalanan pergi dan balik untuk hari itu sahaja.

Page 15: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

2.3 Tuntutan elaun perjalanan adalah merujuk kepada

Perintah Am Bab B dan Pekeliling Perbendaharaan Bil.

2 2006.

3. Proses tuntutan dibuat melalui PTj yang menganjur

kursus dengan kebenaran dan kelulusan Dekan/ Ketua

Jabatan masing-masing.

Bidang Tugas : 1. Bertanggungjawab kepada penganjur dan menerima

arahan yang diberikan;

2. Mengajar atau memberikan syarahan untuk kursus-kursus

mengikut topik atau program yang telah diberikan

3. Merangka modul bagi kursus yang telah ditetapkan oleh

penganjur;

4. Menyerahkan nota kursus kepada penganjur (jika perlu)

5. Memastikan peserta dapat menerima penyampaian

ceramah dengan baik

6. Membuat laporan kursus (jika diperlukan dan diarahkan)

7. Menjalankan tugas-tugas hakiki yang diarahkan oleh

Ketua Jabatan/ Dekan PTJ dari semasa ke semasa.

Perakuan Pelantikan : 1. Perakuan dan kelulusan dari Ketua Jabatan/

Dekan/ Pegawai tertinggi sekretariat; (Penganjur).

2. Surat pelantikan disediakan oleh Pusat

Tanggungjawab (PTJ) dan ditandatangani oleh

Ketua Jabatan/Dekan /Pegawai Tertinggi.

Page 16: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

Penamatan Perkhidmatan : Penganjur kursus berhak membatalkan jemputan

sebagai penceramah atau fasilitator jika di dapati

penceramah tidak dapat memenuhi kehendak

penganjur.

Page 17: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

LAMPIRAN 2

Page 18: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

PROSES KERJA PELANTIKAN PENCERAMAH SAMBILAN DI DI KALANGAN STAF UNIMAP

BIL PERKARA TINDAKAN /

TANGGUNGJAWAB

1. Surat perlantikan sebagai penceramah di hantar

kepada penceramah yang dilantik

Penganjur Kursus

2. Sokongan dan kelulusan Ketua Jabatan PTj hakiki. Ketua Jabatan

3. Nama penceramah dimasukkan di dalam IUS-

HRM sistem (latihan) bagi rekod kursus dan rekod

data penceramah

Pegawai bertanggungjawab

PTj yang menganjur

4. Menyediakan modul kursus Penceramah yang dilantik

5. Menyediakan nota untuk salinan kepada

penganjur

Penceramah yang dilantik

6. Menjalankan kursus / slot sepenuhnya Penceramah yang dilantik

7. Mengisi borang lantikan sebagai penceramah Penceramah yang dilantik

8. Borang lantikan dan tuntutan yang lengkap

dihantar kepada urusetia penganjur

Penceramah yang dilantik

9. Salinan surat lantikan dan borang tuntutan

perjalanan yang lengkap dihantar kepada

bendahari/ pegawai akaun vot jabatan

Penganjur

10. Laporan kursus yang dijalankan disediakan

kepada penganjur (jika perlu)

Penceramah yang dilantik

11. Rekod dan fail PTj

12. Surat Penghargaan terima kasih diberikan kepada

penceramah

Penganjur

Page 19: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

Selesai

CARTA ALIR : PROSES PERMOHONAN UNTUK MELAKUKAN TUGAS SEBAGAI PENCERAMAH/ FASILITATOR SAMBILAN BAGI STAF BUKAN AKADEMIK/AKADEMIK DI UNIMAP

Surat penghargaan terima kasih kepada

penceramah atau fasilitator dikeluarkan

Penceramah kemukakan kepada Ketua Jabatan untuk

sokongan dan kelulusan

Nama penceramah dimasukkan di

dalam IUS-HRM (latihan) untuk

rekod latihan oleh penganjur

Tidak

Disokong

Sokong

Penceramah menyediakan modul,nota, dan

menjalankan kursus sepanjang program

berlangsung

Penganjur menghantar surat

jemputan sebagai penceramah

Selesai

Penceramah mengisi dan menghantar borang

lantikan dan tuntutan kepada urusetia penganjur

Penceramah menghantar laporan

kursus kepada penganjur

Page 20: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

LAMPIRAN 3

Page 21: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

”UniMAP DIIKTIRAF MS ISO 9001 : 2008”

Rujukan Kami :

Tarikh :

______________________

______________________

Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI PENCERAMAH/FASILITATOR BAGI KURSUS

__________________________________________________________________

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa (nama unit/jabatan/pusat) bercadang

mengadakan kursus tersebut pada (tarikh) bertempat di (tempat kursus).

3. Sehubungan dengan itu, Tuan adalah di jemput sebagai Penceramah/fasilitator

bagi sesi seperti berikut.

Tarikh Tajuk Ceramah Kumpulan Sasaran Masa

(Sila isi)

(Sila isi)

(Sila isi)

(Sila isi)

Perhatian dan kerjasama Tuan/ dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima

kasih.Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

"Sedekad Gemilang, Bertekad Terbilang"

(ZUBER BIN HJ MOHAMAD )

Timbalan Pendaftar

Jabatan Pendaftar, UniMAP

s.k Dekan / Ketua Jabatan

Bendahari

Fail

Page 22: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

”UniMAP DIIKTIRAF MS ISO 9001 : 2008”

Rujukan Kami :

Tarikh :

______________________

______________________

Tuan,

SEKALUNG PENGHARGAAN SEBAGAI PENCERAMAH/FASILITATOR

BAGI KURSUS _______________(Isi nama

kursus)_____________________________________________

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Unit latihan, Bahagian Pembangunan

Modal Insan Jabatan Pendaftar UniMAP ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

dan ucapan terima kepada tuan (nama penceramah/fasilitator) kerana telah memberi

sumbangan sebagai penceramah/ fasilitator bagi kursus tersebut pada (tarikh) bertempat

di (tempat kursus).

3. Sesungguhnya komitmen yang telah diberikan amatlah dihargai dan disanjung

tinggi.Semoga ikatan jalinan kerjasama sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan

datang.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

"Sedekad Gemilang, Bertekad Terbilang"

(ZUBER BIN HJ MOHAMAD )

Timbalan Pendaftar

Jabatan Pendaftar, UniMAP

s.k Dekan / Ketua Jabatan

Bendahari

Fail

Page 23: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

LAMPIRAN 4

Page 24: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

BORANG LANTIKAN PENCERAMAH/FASILITATOR Universiti Malaysia Perlis

A) Butiran Diri :

1) Nama : _____________________________

2) No. Kad Pengenalan : _____________________________

Gre

d :

3) Kewarganegaraan : Malaysia

(Sila nyatakan jika

bukan warganegara)

4) Jawatan Terkini : _________________________________

5) Peringkat : Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Kumpulan Sokongan

Lain-lain (sila nyatakan) ______________________

6) Taraf Perjawatan Tetap

Kontrak

Sementara

Lain-lain (nyatakan) __________________________

No. Akaun Bank : ________________________________________________

Bank : ________________________________________________

PENGANJUR :

____________________________________________________

A) BUTIRAN DIRI

B) RUANGAN INI DI ISI UNTUK MEMUDAHKAN PINDAHAN BAYARAN KEPADA PENCERAMAH

/fasilitator(jikaDAperlu)

Page 25: PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_INFOUNIMAP/[FP] - Info... · yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi

Bil

Tajuk Ceramah / Tugas Tarikh Masa (Ceramah/ Tugas)

Jumlah jam ceramah / tugas : ___________________________________

Pandangan dan perakuan ketua jabatan

i. Saya bersetuju membenarkan Pegawai tersebut menghadiri kursus yang di pohon.

ii. Lain-lain pandangan / kenyataan :

Nama : ______________________________________

Jawatan : ______________________________________

Cop Rasmi :

C) BUTIRAN CERAMAH / TUGAS

_______________

Tarikh

___________________________

(Tandatangan Ketua Jabatan)

D) KENYATAAN KETUA JABATAN