pek selamat datangsila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan...

32
Pek Selamat Datang Kemudahan pengasingan untuk individu yang baru pulang ke New Zealand. VERSI 5.3 | DIKEMASKINI 21 SEPTEMBER 2020

Upload: others

Post on 18-Nov-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Pek Selamat DatangKemudahan pengasingan untuk individu yang baru pulang ke New Zealand.VERSI 5.3 | DIKEMASKINI 21 SEPTEMBER 2020

Page 2: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Kami mengucapkan terima kasih kepada anda kerana bergabung dengan ribuan orang ramai demi menjaga keselamatan komuniti kami. Usaha anda akan menolong kami mencegah COVID-19 daripada merebak di New Zealand.

Page 3: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Kandungan2 Nau mai, haere mai: Selamat Datang

2 Kenalan

3 Kenapa anda perlu memasuki kemudahan pengasingan

3 Apakah kemudahan pengasingan?

6 Mengawasi kesihatan anda secara kerap

9 Perkhidmatan di kemudahan pengasingan anda

10 Kekal selamat dan sihat

11 Sekatan dikenakan

13 Menjaga kesihatan mental dan kesejahteraan anda

16 Kadar kos kemudahan pengasingan

19 Meninggalkan kemudahan pengasingan selepas 14 hari

22 Lampiran 1: Maklumat ujianCOVID-19

24 Lampiran 2: Temu-ramah Rancangan Perjalanan

25 Lampiran 3: Hak Undang-undang

27 Lampiran 4: Cara memakai dan menanggalkan pelitup muka dengan selamat

1

Page 4: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Nau mai, haere mai: selamat datangKia ora, selamat pulang ke New Zealand, betapa baiknya anda pulang ke tanah air.

Sementara pandemik COVID-19 terus berkembang di seluruh dunia, di Aotearoa New Zealand kami telah berusaha keras dan bertindak awal untuk membatasi kesan COVID-19 dalam komuniti kita. Ini termasuk kawalan pergerakan yang ketat di seluruh negara dan bekerja melalui sistem Amaran COVID-19 4-tahap.

New Zealand pada masa ini mempunyai sangat sedikit kes-kes COVID-19 dan kami berusaha untuk mengekalkannya seperti itu. Untuk membantu kami terus menjaga keamanan negara, kami telah menerapkan sistem Pengasingan dan Kuarantin (MIQ) di sempadan kami untuk mencegah kes-kes baru COVID-19 daripada memasuki komuniti kami.

Kepulangan anda dari destinasi antarabangsa baru-baru ini bermakna anda berisiko membawa virus tersebut dan berpotensi membawanya kembali ke New Zealand. Ini bermakna anda perlu memasuki kemudahan pengasingan untuk sekurang-kurangnya 14 hari.

Sekiranya ada sebarang sebab atau tanda bahawa anda telah terdedah kepada COVID-19, anda akan ditempatkan di kemudahan kuarantin untuk sekurang-kurangnya 10 hari selepas bermulanya gejala COVID-19 atau sejak tarikh ujian anda. Anda mesti tidak mempamerkan gejala-gejala COVID-19 untuk sekurang-kurangnya 72 jam sebelum anda boleh meninggalkan kemudahan kuarantin.

Penginapan dalam kemudahan pengasingan adalah syarat undang-undang di bawah Perintah 'COVID-19 Public Health Response (Air Border) Order 2020' yang berkuat kuasa pada 11.59 malam 22 Jun 2020

Kemudahan ini adalah hotel-hotel di mana anda akan diberi sokongan yang luas sepanjang penginapan anda. Kami akan melakukan semua yang termampu supaya penginapan anda menyenangkan. Semasa anda berada di sini, sila hormati kakitangan hotel, kesihatan dan kakitangan lain, dan ikuti nasihat, panduan atau arahan mereka.

Dokumen ini mengandungi maklumat yang anda perlukan sepanjang penginapan anda termasuk cara-cara untuk mengekalkan keselamatan, dan apa yang perlu berlaku sebelum anda meninggalkan kemudahan. Ia dikemas kini secara berkala dan perubahan mungkin dilakukan semasa penginapan anda.

Kakitangan yang ditugaskan di lokasi anda sedia membantu anda. Sila berbincang dengan mereka jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai aspek penginapan anda.

Kia kaha dan terima kasih atas kerjasama anda.

KenalanAnda harus menghubungi pasukan kakitangan di lokasi anda terlebih dahulu dengan sebarang pertanyaan atau kebimbangan. Anda boleh kunjungi tempat-tempat lain untuk mendapatkan maklumat dan butiran lanjut:

ȓ laman web perkhidmatan pengasingan dan kuarantin: www.miq.govt.nz

ȓ pusat perkhidmatan pengasingan:

– Jika anda berada di New Zealand hubungi 0800 476 647 (panggilan percuma)

– Jika anda berada di luar negara hubungi +64 4 931 5720 (harga akan dikenakan)

ȓ Laman web COVID-19: www.covid19.govt.nz

ȓ Maklumat kesihatan COVID-19: www.health.govt.nz 2

Page 5: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Untuk maklumat mengenai perkara yang berkaitan dengan imigresen, termasuk proses pengecualian sempadan dan kes-kes imigrasi individu, sila lawati laman web Imigresen New Zealand yang sentiasa dikemas kini: www.immigration.govt.nz/about-us/covid-19

Sekiranya anda mendapati seseorang tidak mematuhi peraturan atau berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebarkan COVID-19, sila laporkan kepada pasukan di lokasi anda - anda juga boleh melaporkan sebarang masalah di www.covid19.govt.nz/compliance

Anda berhak berjumpa dengan peguam dan kos peguam adalah ditanggung oleh anda sendiri (lihat maklumat mengenai hak anda di Lampiran tiga).

Kenapa anda perlu memasuki kemudahan pengasinganCOVID-19 boleh disebarkan dari orang ke orang. Kepulangan anda dari destinasi antarabangsa baru-baru ini bermakna anda berisiko membawa virus tersebut. Anda mungkin tidak jatuh sakit dengan segera dan gejala-gejala memerlukan masa untuk berkembang.

Menginap di kemudahan pengasingan untuk tempoh minimum 14 hari membolehkan kami mengasingkan anda sekiranya anda menginkubasi penyakit ini. Ini membantu kami mengawal potensi penyebaran ke komuniti New Zealand dengan lebih baik dan memastikan anda dan orang yang tersayang selamat.

Dalam tempoh ini anda tidak dibenarkan meninggalkan kemudahan.

Ingati:

ȓ Mengasingkan diri adalah langkah pencegahan jangka pendek untuk melindungi anda, orang-orang di sekitar anda dan komuniti kami dari COVID-19.

ȓ Anda diwajibkan dibawah undang-undang untuk menginap di kemudahan pengasingan untuk sekurang-kurangnya 14 hari, lengkapkan penilaian kesihatan dan mesti disahkan berisiko rendah mempunyai atau menyebarkan COVID-19 sebelum anda dapat memasuki komuniti.

Mereka yang mempunyai gejala-gejala yang konsisten dengan COVID-19 akan memasuki ke kemudahan kuarantin yang berasingan.

Apakah kemudahan pengasingan?Sejumlah kemudahan di New Zealand telah di tubuh oleh kerajaan untuk menguruskan pengasingan orang yang pulang dari luar negara. Ini adalah langkah-langkah di sempadan kita untuk memastikan orang yang memasuki New Zealand pada masa ini tidak membawa COVID-19 dari luar negara ke dalam komuniti.

Kemudahan pengasingan dan kuarantin adalah selamat dan terdapat banyak sokongan untuk anda dan keluarga anda. Kemudahan-kemudahan ini menyediakan tempat penginapan untuk orang yang kembali yang dinilai berisiko rendah mempunyai COVID-19 semasa tiba di New Zealand, misalnya yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan atau tidak mempunyai gejala COVID-19. Kemudahan pengasingan adalah hotel-hotel, ditugaskan oleh pasukan profesional kesihatan, hotel dan pegawai kerajaan.

Kebanyakan orang akan menginap di dalam kemudahan pengasingan selama 14 hari.

Sehingga kini lebih daripada 50,000 orang sudah melalui kemudahan pengasingan dan kuarantin dan memasuki komuniti dengan selamat.

3

Page 6: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Bila anda boleh daftar keluar?Anda diwajibkan menginap di kemudahan pengasingan untuk sekurang-kurangnya 14 hari. Tempoh ini bermula dari saat anda mendarat di New Zealand, atau bila anda tiba di kemudahan pengasingan jika anda tidak mematuhi syarat untuk memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.

Sekiranya ahli keluarga atau orang sokongan telah diberi pengecualian untuk menyertai anda di bilik anda, atau anda bersentuhan dengan sesiapa sahaja yang mempunyai COVID-19, pengasingan 14 hari anda akan bermula lagi.

Di hampir semua kes, ujian COVID-19 negatif dan pengesahan dari pegawai kesihatan bahawa anda berisiko rendah mempunyai atau menyebarkan COVID-19 diperlukan sebelum anda boleh meninggalkan kemudahan ini.

Risiko rendah mempunyai atau menyebarkan COVID-19 termasuk pengesahan bahawa anda:

ȓ Telah diasingkan selama 14 hari.

ȓ Tidak mempunyai suhu 38°C atau lebih tinggi.

ȓ Di hampir semua kes, diuji negatif untuk COVID-19.

Anda mungkin perlu menginap di kemudahan sehingga 28 hari jika anda menolak ujian COVID-19 atau tidak dianggap berisiko rendah oleh pegawai kesihatan.

Anda mesti memenuhi syarat-syarat ini untuk meninggalkan kemudahan dan menerima surat yang mengesahkan bahawa anda telah menyelesaikan pengasingan. Anda juga perlu mengisi Borang Keluar Kemudahan Pengasingan. Jururawat akan membantu anda dengan ini dan menandatanganinya.

4

Page 7: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

BIgGeSt thanks for being kIND Mō te ringa atawhai, kāore he painga!

For ideas on looking after yourself and others, visit allright.org.nz

Page 8: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Mengawasi kesihatan anda dengan kerapSemasa anda berada dalam kemudahan pengasingan, anda akan kerap menerima pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan dan ujian sangat penting untuk kesejahteraan anda dan orang lain di sekitar anda. Ini juga membantu kami memberi anda rawatan perubatan jika anda terdedah kepada virus.

Kami memohon kerjasama anda sepenuhnya dengan kakitangan. Mereka berada di sana untuk menjaga anda dan memastikan pemeriksaan kesihatan anda berkesan.

Anda akan diuji dua kali untuk COVID-19

Hari ke-3: Ujian COVID-19 pertama adalah sekitar hari ke-3 kerana kebanyakan orang biasanya mengalami jangkitan selepas pendedahan selama 5 hari, dan kami mengambil kira masa perjalanan selama 2 hari.

Hari ke-12 Kami akan menguji lagi sekitar hari ke-12 kerana sesetengah orang mungkin mengambil lebih masa untuk jangkitan untuk berkembang. Ujian kedua ini juga merupakan salah satu pemeriksaan yang kami gunakan untuk menentukan jika seseorang berisiko rendah dan boleh meninggalkan kemudahan pengasingan selepas 14 hari.

Ujian melibatkan sampel swab (kapas kesat) yang diambil dari bahagian belakang hidung anda. Prosedur ini boleh tidak menyenangkan tetapi tidak akan menyebabkan sebarang bahaya. Ia mengambil masa kurang daripada satu minit untuk mengumpulkan sampel.

Lihat Lampiran satu untuk maklumat lebih lanjut mengenai ujian dan keputusan.

Sekiranya anda menolak ujian COVID-19 atau tidak dianggap berisiko rendah, jumlah masa penginapan anda boleh mengambil masa sampai 28 hari.

Anda harus mengikuti arahan dari pegawai perubatan kesihatan atau pegawai perlindungan kesihatan dalam tempoh penginapan anda. Serta ujian COVID-19, anda juga perlu menjalani penilaian perubatan. Sekiranya diminta memakai alat perlindungan diri (PPE) seperti pelitup muka pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda, anda mesti memakainya.

Lihat Lampiran satu untuk

maklumat mengenai pengujian

(halaman 22)

6

Page 9: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Bantuan sentiasa boleh didapati Ia adalah penting anda jujur tentang kesihatan anda semasa anda berada dalam kemudahan pengasingan. Ini adalah cara terbaik untuk menguruskan keperluan kesihatan dan kesejahteraan anda. Sekumpulan profesional kesihatan sentiasa ada di kemudahan anda.

ȓ Sekiranya anda berasa tidak sihat, sila tinggal di bilik anda dan hubungi pasukan di lokasi anda. Mereka akan menasihati apa yang perlu dilakukan.

ȓ Sekiranya pada bila-bila semasa penginapan anda, anda mengalami gejala-gejala COVID-19 seperti demam, batuk, sesak nafas atau sakit tengkak, jangan tinggalkan bilik anda dan maklumkan kakitangan di lokasi anda dengan segera melalui telefon. Mereka akan mengaturkan profesional kesihatan di lokasi anda untuk memeriksa anda.

Walaupun pengasingan diri boleh menjadi sukar, ini adalah langkah penting untuk memastikan New Zealand selamat dan COVID-19 dibasmi. Dengan mengasingkan diri dan mengawasi kesihatan anda sendiri, anda memainkan peranan paling penting untuk mencapai kedua-dua objektif ini.

Kes-kes COVID-19 yang disyaki Sekiranya sesiapa di kemudahan anda disyaki menjangkiti COVID-19, anda akan diminta untuk tetap tinggal di bilik anda sehingga diberitahu sebaliknya. Kami faham ini mungkin kurang menyenangkan untuk anda tetapi keselamatan anda adalah keutamaan kami.

Apabila kes COVID-19 di kemudahan tersebut disahkan, orang yang terlibat akan diasingkan sebelum dipindahkan ke kemudahan kuarantin dengan selamat. Pembersihan tambahan di kemudahan akan dilakukan.

Pastikan jarak fizikal 2 meter dari orang lain sepanjang penginapan anda agar tidak berhubungan rapat dengan orang lain di luar 'gelembung' (bubble) anda.

7

Page 10: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

8

Page 11: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Perkhidmatan di kemudahan pengasingan anda

APABILA KECEMASANSemua kemudahan akan menyediakan rancangan kecemasan khusus yang harus anda ikuti semasa kecemasan. Biasakan diri anda dengan rancangan kecemasan dan lakukan seperti yang diminta oleh kakitangan di lokasi.

Adalah suatu kesalahan jika sengaja menyebabkan penggera kebakaran secara palsu, dan melakukannya akan mengakibatkan pendakwaan. Pastikan jarak fizikal 2 meter dari orang lain dan pakai pelitup muka yang diberikan kepada anda.

RAWATAN PERUBATANSekumpulan profesional kesihatan sentiasa ada di kemudahan anda. Hubungi kaunter penerimaan tetamu hotel dan minta jururawat untuk membantu dengan masalah kesihatan anda. Kakitangan kesihatan juga boleh membantu dengan sebarang keperluan ubat dan preskripsi.

MAKANANSarapan, makan tengah hari dan makan malam anda akan disediakan. Sebarang makanan tambahan perlu dibayar.

Beritahu pasukan di lokasi jika anda mempunyai alahan makanan atau keadaan perubatan yang memerlukan diet khas, seperti penyakit Crohn.

Anda mungkin mempunyai pilihan dalam talian untuk memesan makanan yang dihantar kepada anda. Tanya pasukan di lokasi anda mengenai pilihan penghantaran tempatan.

PERKHIDMATAN TELEFON DALAM BILIK (TALIAN TETAP) DAN WI-FI Panggilan dalaman, antara bilik dan untuk perkhidmatan hotel, adalah percuma.

Panggilan luaran akan dikenakan pada harga yang ditetap oleh hotel (per minit). Hubungi kakitangan hotel untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

Wi-Fi adalah percuma. Hubungi kakitangan hotel untuk perkhidmatan ini. Kami mencadangkan anda untuk menggunakan aplikasi panggilan berasaskan internet seperti FaceTime, Messenger dan WhatsApp jika anda ingin mengelakkan caj telefon di dalam bilik.

TALIAN TELEFON PERCUMA AHLI FARMASI MĀORI Ngā Kaitiaki o Te Puna Rongoā o Aotearoa – Persatuan Ahli Farmasi Māori (MPA) mempunyai talian telefon percuma untuk menjawab soalan kaumātua atau whānau mengenai ubat-ubatan mereka.

Hubungi 0800 664 688 dan berikan maklumat hubungan anda. Seseorang ahli farmasi Māori akan menghubungi anda untuk kōrero dalam masa 24 jam.

Hubungi kakitangan kesihatan di lokasi anda jika anda memerlukan nasihat perubatan dengan segera.

DOBIPerkhidmatan dobi disediakan sepanjang penginapan anda. Hubungan kakitangan hotel atau pasukan di lokasi anda untuk mendapatkan perkhidmatan yang khusus untuk kemudahan anda.

Sekiranya anda atau mana-mana orang dalam 'gelembung' anda memerlukan bantuan, sila berbincang dengan pasukan di lokasi anda atau hubungi kakitangan penerimaan tetamu hotel.

9

Page 12: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Kekal selamat dan sihatBila anda menginap dalam kemudahan pengasingan, anda menyertai perjuangan menentang, menghentikan penyebaran, memutuskan rantai COVID-19 dan menyelamatkan nyawa.

Semasa anda berada dalam kemudahan pengasingan, adalah penting untuk mengikuti beberapa peraturan asas untuk membantu anda tetap selamat dan sihat. Pergerakan di luar bilik anda hanya dibenarkan dengan kawalan yang ketat. Sila hormati dan ikuti protokol, panduan dan arahan kakitangan di kemudahan anda.

Basuh tangan anda dengan sabun dan air dengan kerap (sekurang-kurangnya 20 saat) dan keringkan dengan bersih atau membersihkan tangan dengan kerap.

Batuk atau bersin ke siku anda atau tutup mulut dan hidung anda dengan tisu. Buangkan ke dalam tong sampah dengan segera.

Elakkan menyentuh muka anda, termasuk mata, hidung, dan mulut jika tangan anda tidak bersih. Permukaan mungkin mempunyai titisan berjangkit.

Jangan memasuki bilik hotel sesiapa yang tidak berada dalam ‘gelembung’ anda.

Hanya berinteraksi dengan orang dalam ‘gelembung’ anda.

Sentiasa menjaga jarak 2 meter dari orang lain kecuali mereka yang berada di ‘gelembung’ anda (keluarga / pasangan anda).

COVID-19 disebarkan melalui titisan, oleh itu jauhkan diri dari orang lain dan menjaga kebersihan diri dengan baik boleh melindungi anda dan orang lain dari penyebaran COVID-19.

Sentiasa memakai pelitup muka yang diberikan semasa berada di luar bilik anda, atau jika seseorang perlu memasuki bilik anda untuk penyelenggaraan atau pembersihan.

Maklumat lebih lanjut mengenai pengendalian pelitup muka dengan selamat boleh didapati di halaman 27 dan 28 dalam dokumen.

Bersenam di dalam bilik anda jika boleh.

Sesi berjalan-jalan atau senaman ringan diatur dan diawasi oleh kakitangan di lokasi anda.

Sekiranya anda tidak sihat, anda mesti menghubungi pasukan kesihatan di lokasi anda untuk membincangkan pilihan untuk bersenam.

Jika bersenam di luar, pastikan jarak fizikal 2 meter dari orang lain dan pakai pelitup muka yang diberikan kepada anda.

Penggera asap boleh diaktifkan oleh habuk, wap, asap dan wap-wap lain.

Dilarang merokok atau vape di dalam bilik anda atau di dalam bangunan kemudahan pada bila-bila masa.

Dilarang memasak di dalam bilik.

Dilarang palam berlebihan.

Dilarang meletakkan tuala atau bahan mudah terbakar pada pemanas untuk dikeringkan.

Sekiranya penggera kebakaran diaktifkan, ikuti prosedur pemindahan dan patuhi arahan kakitangan hotel dan pihak pengurusan.

10

Page 13: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Sekatan dikekalkan Menginap di kemudahan pengasingan adalah langkah penting untuk memastikan New Zealand selamat dan dilindungi daripada lebih penyebaran COVID-19. Terdapat beberapa peraturan dan panduan tentang apa yang anda tidak boleh lakukan semasa menginap di kemudahan.

TINGGAL DI BILIK ANDAAnda digalakkan untuk tinggal di bilik anda kecuali anda mempunyai keperluan untuk keluar. Ini memastikan anda selamat dari sebarang pendedahan dan mencegah penyebaran COVID-19.

Sekiranya anda perlu keluar, pastikan anda memakai pelitup muka yang telah diberikan kepada anda. Penggunaan pelitup muka yang boleh diguna semula dan pelitup muka yang lain tidak dibenarkan ketika anda berada di perkhidmatan pengasingan atau kuarantin.

PELAWAT TIDAK DIBENARKAN DI KE-MUDAHAN PENGASINGAN Keluarga atau rakan tidak boleh melawati anda sebagai langkah mengelakkan penyebaran COVID-19.

Wi-Fi percuma disediakan oleh hotel Berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan anda melalui kaedah komunikasi lain seperti membuat panggilan telefon atau menggunakan aplikasi seperti Zoom, SKYPE, dan lain-lain.

DILARANG MENGAMBIL GAMBAR DAN VIDEOAnda tidak dibenarkan mengambil gambar, filem atau rakaman audio di kawasan peribadi di kemudahan ini.

Ini termasuk bilik ujian dan kesihatan jururawat, dan ruang operasi dan keselamatan.

Sekiranya kakitangan perlu memasuki bilik anda, hormati privasi mereka dan matikan rakaman filem atau audio dan jangan mengambil gambar.

PASAR RAYA DAN MEMBELI-BELAH DALAM TALIAN Anda tidak boleh meninggalkan kemudahan ini, tetapi anda boleh memesan barang secara dalam talian dan menghantarnya ke kemudahan anda. Terdapat banyak pilihan pasar raya dalam talian, atau kedai tempatan lain yang boleh anda akses.

Kami menghargai anda mungkin mempunyai rakan atau keluarga yang ingin menghantar barangan semasa anda tinggal di sini.

Bincang dengan kaunter penerimaan tetamu hotel atau pasukan di lokasi anda untuk mengetahui apakah proses untuk menerima barang-barang keperluan yang dihantar.

BERINTERAKSI DENGAN MEDIA Masyarakat mempunyai minat yang tinggi terhadap kemudahan pengasingan dan kuarantin. Media mungkin menghubungi anda dan ia terserah kepada anda sama ada anda mahu bercakap dengan mereka.

Sila ambil perhatian bahawa wartawan tidak dibenarkan memasuki hotel.

Sekiranya anda bersetuju untuk diwawancara, pertimbangkan pilihan jauh seperti panggilan telefon atau video.

INGAT: Kami berusaha bersama-sama dan kami mahu penginapan anda selesa.

Pelbagai cara untuk anda memberitahu kami jika anda mempunyai masalah atau kebimbangan semasa anda menginap. Berbincang dengan pasukan di lokasi anda terlebih dahulu. Mereka sedia membantu.

Anda juga boleh melaporkan orang yang anda rasai tidak mematuhi peraturan, atau berkelakuan dengan cara yang boleh menyebarkan COVID-19. Lawati: www.covid19.govt.nz/compliance

11

Page 14: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

TaKingIt DAy bYDaY? aLL GOoD Ao noa, pō noa, whāia te pae tata

For ideas on looking after yourself and others, visit allright.org.nz

Page 15: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Menjaga kesihatan mental dan kesejahteraan anda Ini adalah masa yang sukar dan mencabar.

Sekiranya anda atau orang-orang di sekitar anda bimbang tentang perasaan atau kesejahteraan anda, ada maklumat yang tersedia untuk membantu anda berasa sihat dari segi mental hingga ke akhir proses pengasingan.

Sekiranya anda rasa tidak berupaya, adalah penting untuk berbincang dengan profesional kesihatan. Hubungan bantuan pertama anda adalah jururawat atau kakitangan kesihatan di lokasi anda.

Hubungi atau hantar teks 1737 untuk sokongan menghadapi kesedihan, kegelisahan, kesusahan atau kesejahteraan mental. Perkhidmatan ini adalah percuma, dan anda boleh menghubungi bila-bila masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

BIgGeSt thanks for being kIND Mō te ringa atawhai, kāore he painga!

For ideas on looking after yourself and others, visit allright.org.nz

‘Getting through Together’ mempunyai petua praktikal untuk menjaga diri dan whānau anda sewaktu wabak COVID-19. www.allright.org.nz

‘Sparklers at Home’ adalah kit informasi dalam talian untuk ibu bapa, penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan dan menyokong kesejahteraan pelajar sekolah rendah dan menengah. www.sparklers.org.nz

‘Mentemia’ adalah aplikasi untuk mengawas, mengurus dan meningkatkan kesejahteraan mental anda dengan menetapkan tujuan harian dan mengesan kemajuan anda. www.mentemia.com

‘Melon' menawarkan sumber kesihatan dan kit informasi kesedaran diri untuk membantu anda menguruskan kesejahteraan emosi anda. Mereka juga menyokong orang muda, dengan video, petua, lembaran kerja, ilustrasi media sosial yang boleh dikongsi dan kursus mini untuk menguruskan kegelisahan. www.melonhealth.com

‘Staying on Track’ adalah kursus e-terapi yang mengajar anda kemahiran dan strategi untuk menguruskan kebimbangan, tekanan dan menjaga kesejahteraan anda dan keluarga anda. www.justathought.co.nz/covid19

Laman web Kementerian Kesihatan mempunyai lebih banyak maklumat dan sumber untuk menyokong kesejahteraan mental anda, serta maklumat mengenai organisasi yang boleh membantu jika anda memerlukan sokongan tambahan. www.health.govt.nz/covid-19-mental- wellbeing

TaKingIt DAy bYDaY? aLL GOoD Ao noa, pō noa, whāia te pae tata

For ideas on looking after yourself and others, visit allright.org.nz

13

Page 16: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Sokongan untuk berasa selamat dari keganasan New Zealand memandang keganasan keluarga dan keganasan seksual dengan serius. Tiada sesiapa yang harus berasa takut atau dicederakan oleh orang lain. Bantuan boleh didapati untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Panggil 111 Sekiranya anda berada dalam bahaya segera hubungi Polis 111. Sekiranya anda tidak boleh bercakap, dengarkan pilihan untuk tekan 55 - ini akan terus menghubungi anda dengan Polis.

'It's not OK' talian bantuan keganasan keluarga Talian maklumat keganasan keluarga 0800 456 450 memberikan maklumat dan tersedia tujuh hari seminggu, dari jam 9 pagi hingga 11 malam.

Sokongan kebajikan Terdapat bantuan yang tersedia jika anda memerlukan maklumat penting atau perkhidmatan sokongan, termasuk memohon bantuan kewangan (dan sokongan lain yang mungkin anda perlukan).

Kementerian Pembangunan Sosial dapat membantu dengan pelbagai cara dan situasi. Anda juga boleh meminta kakitangan di lokasi untuk merujuk anda. Sebaiknya anda pertimbangkan pilihan anda terlebih dahulu di tahap awal penginapan supaya bantuan tersedia sekiranya anda memerlukannya semasa anda meninggalkan kemudahan tersebut.

Pekerjaan Sekiranya anda memerlukan pekerjaan bila meninggalkan kemudahan ini, terdapat sumber dalam talian yang menghubungkan majikan dengan orang yang mencari pekerjaan.

Apabila anda menjumpai pekerjaan yang anda minati, terdapat bantuan untuk anda memohon atau bercakap dengan majikan. Terdapat juga bantuan yang tersedia untuk latihan dan pengalaman kerja, dengan CV, surat mohon atau mengisi aplikasi anda.

Untuk informasi lanjut, lawati: www.jobs.govt.nz atau www.workandincome.govt.nz/work

Kewangan Sekiranya anda tidak mempunyai pekerjaan atau tidak dapat bekerja dalam masa dekat, anda mungkin boleh mendapat sokongan atau bantuan kewangan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai sokongan kewangan yang mungkin anda dapat, lawati check.msd.govt.nz

Kos Perjalanan Mungkin ada bantuan yang tersedia jika anda memerlukan bantuan untuk kos perjalanan untuk pulang. Anda tidak perlu sudah mendapat sokongan kewangan. E-mel kami di [email protected]

Selamat untuk bercakap Talian bantuan nasional untuk tingkah laku seksual yang tidak sesuai boleh diakses melalui telefon dan internet. Hubungi 0800 044 334

14

Page 17: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Perumahan Semua orang berhak mendiami di tempat yang sihat dan selamat.

Jika anda tidak mempunyai tempat untuk pergi bila anda meninggalkan kemudahan pengasingan, mungkin terdapat bantuan yang tersedia untuk membantu anda mencari tempat tinggal. Hubungi Kementerian Pembangunan Sosial [email protected]

Untuk maklumat lanjut sila lamani: www.workandincome.govt.nz

Bawah umur 18 tahunSekiranya anda berumur di bawah 18 tahun, kami akan membantu anda dan ibu bapa/penjaga anda untuk memastikan penginapan anda selesa dan selamat. Mungkin terdapat peruntukan khas yang tersedia, misalnya untuk membuat kerja sekolah.

Anda boleh mengakses Home Learning TV di tvnz.co.nz on-demand Terdapat lebih daripada 300 episod yang mempunyai pelajaran yang dirancang untuk semua pembelajaran tadika dan sekolah. Terdapat juga pelbagai sumber pembelajaran dan kesejahteraan di learningfromhome.govt.nz untuk menyokong anda dan keluarga anda semasa melalui pengasingan.

Anda juga boleh memohon agar ibu bapa atau penjaga menyertai anda dalam pengasingan yang dikendalikan melalui proses pengecualian. Maklumat mengenai pengecualian terdapat di halaman 20 dalam pek ini.

15

Page 18: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Kadar kos kemudahan pengasinganKerajaan mengambil pulih beberapa kos pengasingan yang dikendalikan untuk berkongsi beban kewangan dengan cara yang adil dan bermanfaat kepada masyarakat New Zealand yang mempunyai sistem yang kukuh, dan mereka yang meninggal dan memasuki negara ini.

Kadar kos ini bermula pada 12.01 pagi pada 11 Ogos 2020.

Berapa harganya? $3,100 untuk orang pertama atau hanya satu orang di dalam bilik (sama ada orang dewasa atau kanak-kanak) dengan $950 untuk setiap orang dewasa tambahan dan $475 untuk setiap kanak-kanak tambahan (3-17 tahun) yang berkongsi bilik itu, semua harga termasuk GST.

Tiada bayaran untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun jika mereka tinggal di bilik dengan orang lain.

Sekiranya anda dikenakan bayaran, anda akan dikenakan bayaran bagi setiap bilik. Sila lihat www.miq.govt.nz/charges untuk maklumat lanjut.

Siapa yang bertanggungjawab membayar? ȓ Warga New Zealand yang melawati New Zealand untuk tempoh kurang daripada 90 hari, kecuali mereka

memenuhi syarat untuk pengabaian atau pengecualian. Warganegara New Zealand didefinisikan sebagai warganegara New Zealand (termasuk mereka di Kepulauan Cook, Niue dan Tokelau) dan pemegang visa kelas kediaman, dan warganegara Australia dan penduduk tetap yang biasanya tinggal di New Zealand.

ȓ Warga New Zealand, seperti yang dinyatakan di atas, yang meninggalkan New Zealand pada atau selepas 12.01 pagi 11 Ogos 2020.

ȓ Pemegang visa sementara, kecuali mereka biasanya tinggal di New Zealand pada 19 Mac 2020 dan meninggalkan New Zealand pada atau sebelum 19 Mac 2020.

ȓ Setiap orang yang memasuki sempadan pengecualian sebagai pekerja kritikal atau pekerja kesihatan kritikal perlu membayar. Sekiranya anda tidak pasti siapa yang akan membayar caj tersebut, sila hubungi majikan anda.

Sekiranya anda perlu membayar, anda perlu memuat turun dan mengisi borang digital 'Fee and Waiver Form' di www.miq.govt.nz/charges. Setelah anda mengisi borang, sila e-mel kepada [email protected]

Apakah pengecualian dan pengabaian? Pengecualian adalah untuk orang yang tidak perlu membayar kos kemudahan pengasingan dan kuarantin yang dikendalikan.

Pengabaian adalah untuk orang yang dikenakan bayaran kos kemudahan pengasingan dan kuarantin yang dikendalikan, tetapi boleh memohon untuk menghapus sebahagian atau semua kos tersebut.

Siapa yang dikecualikan daripada caj tersebut? ȓ Warga New Zealand yang akan menetap di New Zealand lebih daripada 90 hari, dengan syarat

mereka tidak meninggalkan New Zealand pada atau selepas 12.01 pagi 11 Ogos 2020.

ȓ Pasangan, kanak-kanak dan penjaga sah yang perlu diasingkan bersama atau melancong dengan seseorang yang dikecualikan daripada membayar caj (melainkan mereka yang memasuki dibawah pengecualian pekerja kritikal).

ȓ Seseorang di New Zealand yang perlu masuk kemudahan pengasingan untuk menjaga seseorang yang dikecualikan daripada caj.

ȓ Pelarian, termasuk pihak yang menuntut, orang yang dilindungi dan pemohon di bawah kategori imigresen khas untuk mangsa keganasan rumah tangga, bila mereka memasuki New Zealand untuk pertama kalinya.

16

Page 19: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

ȓ Sesiapa yang memasuki New Zealand selepas pemindahan udara perubatan atau penyelamatan di laut.

ȓ Pesakit yang melakukan perjalanan sebagai sebahagian daripada Kolam Rawatan Kos Tinggi Kementerian Kesihatan atau Skim Rawatan Perubatan New Zealand Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan.

ȓ Warganegara New Zealand yang biasanya tinggal di Kepulauan Cook, Niue atau Tokelau yang melakukan perjalanan ke New Zealand untuk mendapatkan rawatan perubatan.

ȓ Warganegara New Zealand yang biasanya tinggal di Kepulauan Cook, Niue atau Tokelau, melakukan perjalanan dari negara ketiga melalui New Zealand (tinggal kurang dari 90 hari) untuk kembali ke Kepulauan Cook, Niue atau Tokelau (tinggal sekurang-kurangnya 90 hari).

ȓ Orang yang dihantar pulang ke New Zealand, didefinisikan sebagai "pesalah yang kembali" di bawah Akta Pengendalian Kembali (Pengurusan dan Maklumat) 2015 dan mana-mana warganegara New Zealand yang dihantar pulang dari Australia.

ȓ Diplomat dan kakitangan konsular, termasuk keluarga mereka, dan wakil kerajaan asing rasmi.

Sekiranya anda rasa anda perlu dikecualikan daripada caj, lengkapkan borang 'Fee and Waiver Form' di www.miq.govt.nz/charges dan nyatakan mengapa anda dikecualikan. Setelah anda mengisi borang, sila e-mel kepada [email protected]

Siapa yang boleh memohon pengabaian? Sesiapa dalam perkhidmatan pengasingan boleh memohon pengabaian caj. Setiap permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan kes demi kes.

Pengabaian akan tersedia sekiranya mempunyai kesulitan kewangan yang tidak wajar dan keadaan khas lain termasuk:

ȓ Seseorang warga New Zealand memasuki perkhidmatan pengasingan kerana mereka meninggalkan New Zealand untuk menemani seseorang yang kurang upaya atau yang tidak boleh melakukan perjalanan sendiri untuk kembali ke New Zealand.

ȓ Seseorang yang perlu melakukan perjalanan ke atau dari New Zealand untuk mendapatkan rawatan perubatan.

ȓ Alasan belas kasihan yang lain, termasuk jika seseorang telah melakukan perjalanan untuk mengunjungi saudara terdekat yang sakit atau mati atau menghadiri upacara pengebumian atau tangihanga (sama ada di New Zealand atau di luar negara).

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai siapa yang boleh memohon pengabaian dan apa dokumen sokongan yang diperlukan untuk menyokong permohonan tersebut, sila kunjungi www.micq.govt.nz/charges

Cara memohon pengabaian Untuk memohon pengabaian, anda perlu memuat turun dan mengisi borang digital 'Fee and Waiver Form' di www.miq.govt.nz/charges. Setelah anda mengisi borang, sila e-mel kepada [email protected] Pastikan anda melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan untuk menyokong permohonan anda.

Membuat bayaran Orang yang diminta membayar caj kemudahan pengasingan akan menerima invois setelah mereka meninggalkan kemudahan pengasingan dan biasanya diberi 90 hari untuk membayar. Invois akan menerangkan cara pembayaran. Anda tidak perlu membayar di kemudahan pengasingan.

Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut mengenai caj kemudahan pengasingan

Sila semak www.micq.govt.nz/charges

17

Page 20: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

18

Page 21: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Meninggalkan kemudahan pengasingan selepas 14 hariAnda diwajibkan menginap di kemudahan pengasingan untuk sekurang-kurangnya 14 hari.

Buat rancangan perjalanan Adalah penting anda tahu ke mana anda akan pergi setelah selesai menginap di kemudahan pengasingan. Kakitangan di lokasi akan meminta rancangan perjalanan anda sebelum anda pergi.

ȓ Jelaskan rancangan perjalanan anda dan bagaimana anda akan sampai ke tempat yang dirancangkan Ini membantu kami memahami masa yang anda akan meninggalkan kemudahan, supaya kami boleh mengatur daftar keluar dan menyokong anda dengan lebih baik untuk kelepasan anda.

ȓ Pengangkutan ke lapangan terbang boleh disediakan Kami boleh menghantar anda kembali ke lapangan terbang yang anda sampai, jika anda mahu, kecuali anda menyatakan sebaliknya.

ȓ Anda perlu mengatur pengangkutan anda sendiri dari kemudahan ini ke tempat penginapan anda yang seterusnya Sekiranya anda tidak boleh mengatur perjalanan anda, sila hubungi kakitangan di lokasi untuk mendapatkan nasihat.

ȓ Sila berbincang dengan kami jika anda tidak pasti destinasi selanjut anda Jika anda tidak mempunyai tempat tujuan yang sesuai untuk dikunjungi, sila berbincang dengan kakitangan di lokasi anda yang mungkin boleh membantu atau merujuk anda ke agensi Kerajaan yang boleh membantu.

Sila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2 untuk maklumat lanjut.

Pendaftaran keluar dari kemudahan Di hampir semua kes, ujian COVID-19 negatif dan pengesahan dari pegawai kesihatan bahawa anda berisiko rendah mempunyai atau menyebarkan COVID-19 diperlukan sebelum anda boleh meninggalkan kemudahan ini.

Anda mungkin perlu menginap di kemudahan sehingga 28 hari jika anda menolak ujian COVID-19 atau tidak dianggap berisiko rendah oleh pegawai kesihatan.

Risiko rendah mempunyai atau menyebarkan COVID-19 termasuk pengesahan bahawa anda:

Telah diasingkan selama 14 hari

Tiada gejala COVID-19, yang merangkumi sakit tekak, batuk, atau kesukaran bernafas/sesak nafas

Anda tidak mempunyai suhu 38°C atau lebih tinggi

Di hampir semua kes, diuji negatif untuk COVID-19

Anda mesti memenuhi syarat-syarat ini untuk meninggalkan kemudahan dan menerima surat yang mengesahkan bahawa anda telah menyelesaikan pengasingan. Anda juga perlu mengisi Borang Keluar Kemudahan Pengasingan. Jururawat akan membantu anda dengan ini dan menandatanganinya.

Anda akan melakukan perjalanan ke destinasi seterusnya seperti yang anda telah rancangkan.

Terus awasi tahap amaran COVID-19 New Zealand dan patuhi setiap syarat mengenai jarak fizikal, kebersihan tangan dan penggunaan PPE, selepas anda meninggalkan kemudahan ini.

Maklumat lanjut mengenai tahap amaran boleh didapati di sini: www.covid19.govt.nz/alert-system

19

Page 22: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Rasa tidak sihat setelah anda meninggalkan kemudahan pengasingan Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau pertanyaan susulan mengenai kesihatan anda atau mengalami gejala COVID-19, sila hubungi ‘Healthline’ di talian 0800 358 5453 atau Doktor (GP) anda.

Untuk sebarang kecemasan hubungi 111.

INGATLAH gejala COVID-19 adalah:

ȓ Batuk ȓ Hidung berair ȓ Sesak nafasȓ Sakit tekak ȓ Kehilangan deria bau ȓ Demam

Sekiranya anda rasa tidak berupaya, adalah penting untuk berbincang dengan profesional kesihatan. Jika anda memerlukan maklumat lanjut, lawati www.health.govt.nz/covid-19

Pengecualian daripada pengasingan yang diuruskan Kerajaan New Zealand mempunyai sistem pengecualian yang kuat dan mantap untuk melindungi New Zealand dari COVID-19. Tugas kita adalah untuk menjauhkan COVID daripada masyarakat kita, dan kita tidak boleh membenarkan risiko kesihatan yang tidak wajar.

Kebenaran untuk meninggalkan kemudahan pengasingan hanya boleh dibenarkan dalam keadaan yang sangat terhad dan alasan yang luar biasa dan di mana risiko kesihatan awam dinilai sangat rendah dan dapat dikendalikan. Secara amnya, ujian negatif COVID-19 untuk hari 3 dan hari 12 bersama penilaian kesihatan sepenuhnya diperlukan untuk pertimbangan permohonan pengecualian. Mungkin lebih sukar untuk mendapatkan pengecualian jika anda baru meninggalkan, atau baru-baru ini pergi ke, negara di mana risiko kesihatan COVID-19 adalah tinggi.

Kini terdapat empat jenis aplikasi pengecualian yang tersedia melalui proses permohonan dalam talian: Penumpang Transit; Pengecualian Perubatan; Bergabung dengan Seseorang dalam Pengasingan; dan Keadaan Luar Biasa. Permohonan dipertimbangkan berdasarkan kes demi kes dan ambang kelulusan adalah sangat tinggi.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai proses pengecualian dan untuk memohon pengecualian, sila lawati www.miq.govt.nz/exemptions.

Sekiranya anda diberi pengecualian untuk meninggalkan kemudahan pengasingan, anda masih perlu menyelesaikan pengasingan minimum 14 hari dari waktu anda tiba di New Zealand.

Pengecualian tidak akan dibenarkan jika anda mengalami gejala COVID-19 semasa anda berada dalam kemudahan pengasingan dan telah dipindahkan ke hotel kuarantin.

20

Page 23: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Warnakan saya

21

Page 24: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Lampiran 1: COVID-19 maklumat ujian Adalah penting anda membaca atau dijelaskan kepada anda maklumat ujian COVID-19 seperti di bawah. Berbincang dengan ahli kesihatan profesional di lokasi anda jika mempunyai sebarang pertanyaan.

Apa yang berlaku semasa saya diuji untuk COVID-19? ȓ Anda akan diminta untuk mengisi borang atau menjawab soalan termasuk maklumat hubungan anda.

ȓ Sampel swab (kapas kesat) akan diambil dari bahagian belakang hidung; ini boleh menjadi agak tidak selesa tetapi tidak diketahui menyebabkan kemudaratan. Ia mengambil masa kurang daripada satu minit untuk mengumpulkan sampel.

ȓ Anda harus memberitahu orang yang mengambil sampel swab jika anda mempunyai keadaan yang mengurangkan kekuatan kulit anda, ada pengaruh kemampuan darah anda untuk membentuk gumpalan, atau jika anda sedang menggunakan ubat penipis darah. Sekiranya anda mempunyai keadaan kesihatan seperti berikut, mereka mungkin tidak akan meneruskan ujian kerana kesihatan anda adalah terutama.

ȓ Keputusan ujian mungkin mengambil masa beberapa hari.

ȓ Ujian ini adalah percuma.

ȓ Anda akan terus menyambungkan pengasingan diri sementara menunggu keputusan ujian anda.

Apa yang berlaku sekiranya keputusan saya negatif? ȓ Sekiranya keputusan ujian anda negatif, anda akan diberitahu melalui pesanan teks atau panggilan

telefon, atau oleh pasukan jururawat di lokasi anda.

ȓ Sekiranya ujian itu dibuat sekitar hari 3, anda perlu meneruskan pengasingan diri di kemudahan ini.

ȓ Sekiranya ujian itu dibuat sekitar hari 12, anda akan diuji untuk mengesahkan sama ada anda berisiko rendah memiliki atau menyebarkan COVID-19 dan boleh meninggalkan kemudahan ini setelah tempoh 14 hari anda selesai.

ȓ Mempunyai keputusan negatif bermaksud COVID-19 tidak dikesan pada masa anda diuji. Namun begitu, ia mungkin masih muncul kemudian di tempat penginapan anda, oleh itu adalah penting untuk meneruskan langkah-langkah kebersihan dan pengasingan yang baik sepanjang masa anda di kemudahan pengasingan.

Apa yang berlaku sekiranya keputusan saya positif? ȓ Jika keputusan anda positif anda akan dihubungi secara peribadi.

ȓ Anda mungkin dipindahkan ke kemudahan atau kawasan lain dan perlu di kuarantinkan. Orang lain atau ahli keluarga yang telah berhubung dengan anda semasa penginapan anda juga perlu dipindahkan untuk pengawasan yang lebih teliti.

ȓ Anda perlu tinggal di kemudahan atau kawasan kuarantin untuk sekurang-kurangnya 10 hari selepas bermulanya gejala COVID-19 atau sejak tarikh ujian anda (yang mana lebih lama) dan anda mesti tidak memaparkan gejala COVID-19 untuk sekurang-kurangnya 72 jam sebelum anda boleh meninggalkan kemudahan kuarantin.

ȓ Jumlah minimum penginapan anda di kemudahan pengasingan adalah masih 14 hari.

ȓ Adalah penting untuk anda memberitahu kakitangan di lokasi anda mengenai sesiapa yang anda telah berhubungan rapat. Kakitangan kesihatan awam juga akan bertanya siapakah anda menghubungi baru-baru ini. Orang-orang tersebut mungkin diminta untuk tinggal di kuarantin sekiranya mereka juga tidak sihat. Orang yang pernah anda hubungi perlu dikuarantin selama 14 hari dari hari terakhir anda berjumpa dengan mereka.

22

Page 25: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Apakah berlaku jika saya mula berasa tidak sihat semasa berada di kemudahan pengasingan? Sekiranya anda mempamerkan gejala COVID-19 (batuk, sakit tekak, sesak nafas, hidung berair, kehilangan deria bau, atau demam) semasa pengasingan atau penyakit lain, anda mesti memberitahu kakitangan kesihatan di kemudahan anda. Sila lakukan ini melalui telefon dari bilik anda. Mereka akan menilai keadaan anda dan membincangkan dengan anda langkah-langkah seterusnya yang sesuai.

Apa yang berlaku dengan maklumat yang dikumpulkan mengenai saya? Maklumat peribadi dan ujian anda hanya dikongsi dengan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan COVID-19. Kami hanya akan menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi anda jika ia dibenarkan oleh undang-undang peribadi kami.

Semasa tindak balas nasional terhadap COVID-19 maklumat akan digunakan oleh agensi kesihatan untuk tujuan pengurusan pandemik COVID-19 dan data statistik tanpa nama mungkin diterbitkan secara terbuka. Anda mempunyai hak untuk mengakses dan membetulkan maklumat yang ada mengenai anda.

Di mana boleh saya mendapatkan nasihat lebih lanjut? Untuk mendapatkan nasihat perubatan, hubungi kakitangan kesihatan di kemudahan anda menginap. Anda juga boleh menghubungi ‘Healthline’ secara percuma 0800 358 5453. Perhatian, ‘Healthline’ TIDAK boleh mengakses keputusan ujian anda.

Untuk maklumat umum mengenai situasi COVID-19 di New Zealand, anda boleh melayari www.covid19.govt.nz atau laman web Kementerian Kesihatan www.health.govt.nz

23

Page 26: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Lampiran 2: Temu Bual Rancangan PerjalananAnda diwajibkan menginap di kemudahan pengasingan untuk sekurang-kurangnya 14 hari.

Anda akan ditanya mengenai rancangan perjalanan anda apabila anda meninggalkan kemudahan pengasingan selepas 14 hari semasa Temu Bual Rancangan Perjalanan. Temu ramah ini akan dilangsungkan di kemudahan tersebut dalam masa 4 hari sejak ketibaan anda dan akan diatur oleh kakitangan di lokasi anda.

Anda perlu sediakan maklumat berikut untuk temu ramah Rancangan Perjalanan anda:

Sama ada anda mempunyai rumah atau kediaman untuk kunjungi selepas tempoh pengasingan selama 14 hari:

ȓ Alamat kediaman yang lengkap.

ȓ Terangkan secara terperinci bagaimana anda akan pergi dari kemudahan pengasingan ke rumah / kediaman anda. Contohnya adakah anda akan mengambil penerbangan domestik atau adakah ahli keluarga akan membawa anda pulang.

ȓ Jika anda tidak mempunyai rancangan pengangkutan, beritahu pasukan di lokasi anda bantuan yang mungkin anda perlukan untuk sampai ke rumah atau kediaman anda.

ȓ Sebarang syarat khusus untuk perjalanan darat atau penerbangan yang perlu kita ketahui.

Jika anda tidak mempunyai rumah atau kediaman untuk dikunjungi selepas tempoh pengasingan selama 14 hari, anda perlu menjelaskan keadaan anda. Ini akan membantu kami mendapatkan agensi yang sesuai seperti agensi perumahan atau kebajikan untuk membantu anda.

24

Page 27: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Lampiran 3: Hak undang-undang Maklumat di bawah menyatakan hak undang-undang anda semasa anda berada di kemudahan pengasingan Anda diwajibkan di bawah undang-undang untuk menginap di kemudahan pengasingan mengikut Perintah COVID-19 Respon Kesihatan Awam (Perbatasan Udara) 2020 (atau penggantinya). Ini adalah untuk melindungi warga New Zealand dari penyebaran COVID-19.

Salinan perintah undang-undang boleh didapati di: www.pco.govt.nz/covid-19-legislation

Anda berhak berunding dan mengarahkan peguam yang dibiayai sendiri dengan serta merta. Anda berhak berbincang dengan peguam anda dalam suasana yang sulit.

Anda boleh menghubungi peguam pilihan anda melalui telefon dan anda berhak untuk berkomunikasi dengan peguam pilihan anda. Telefon yang disediakan di bilik anda boleh digunakan untuk menghubungi peguam.

Kami sedia membantu sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau kebimbanganKemudahan Pengasingan dan Kuarantin (MIQ) mengambil sebarang aduan dengan serius. Kami percaya bahawa setiap orang berhak membuat aduan dan setiap orang yang terlibat dilayan dengan sopan dan penuh hormat, dan diberikan pembicaraan yang penuh dan adil.

Kami komited untuk menyelesaikan aduan secara adil, mudah, cepat dan cekap.

Kami menyedari bahawa sebarang siasatan adalah sulit dan dilakukan dengan suci hati.

Kami akan menggunakan keputusan dari aduan yang diterima sebagai peluang untuk belajar dan memperbaik proses kami.

Cara memberi maklum balasSekiranya anda berada di kemudahan MIQ dan jangkaan anda tidak dipenuhi, anda harus terlebih dahulu mengemukakan masalah dengan Pengurus Kemudahan atau Penyelaras Kesejahteraan.

Terdapat sebilangan pakar di lokasi anda yang boleh membantu dengan pelbagai masalah termasuk keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan, dan sokongan kebajikan. Anda harus menghubungi pasukan kakitangan di lokasi anda terlebih dahulu dengan sebarang pertanyaan atau masalah.

Sekiranya masalah anda tidak dapat diselesaikan, anda boleh membangkitkan masalah anda dengan menggunakan Borang Aduan di laman web MIQ. Borang aduan boleh didapati di sini: www.miq.govt.nz/about/contact-us

Tatacara AduanAnda boleh membuat aduan dengan:

Bercakap dengan Pengurus Fasiliti atau Penyelaras Kesejahteraan di lokasi kemudahan pengasingan dan kuarantin.

Melengkapkan borang aduan di laman web MIQ - www.miq.govt.nz/about/contact-us

Hubungi kami di +64 4 931 5720 jika anda berada di luar negara (harga akan dikenakan) atau 0800 476 647 jika anda berada di New Zealand (panggilan percuma).

25

Page 28: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

APA YANG BERLAKU SETERUSNYA? Semua aduan akan menerima e-mel pengakuan dalam dua hari bekerja setelah aduan diterima.

Proses penyiasatan kami akan diselesaikan secepat mungkin dan dalam masa lima hari bekerja setelah e-mel pengakuan dihantar, kecuali aduan itu diselesaikan dengan memuaskan sementara waktu. Sekiranya penyiasatan memerlukan jangka masa yang lebih lama, kami akan memberitahu garis masa baru dan sebabnya.

Pasukan Penyelesaian akan menulis kepada anda untuk memberi tahu keputusan aduan, menyatakan bukti yang dipertimbangkan dan rasionalnya, dan tindakan yang diambil dari aduan diterima.

Sekiranya aduan anda berkaitan dengan organisasi lain yang terlibat dalam MIQ, aduan anda mungkin dirujuk kepada organisasi yang berkenan. Ini termasuk aduan yang lebih sesuai dikendalikan oleh Pasukan Pertahanan New Zealand, Kementerian Kesihatan, Lembaga Kesihatan Daerah, Polis NZ atau kerajaan atau agensi lain yang terlibat dalam pengurusan kemudahan kami.

Sekiranya anda tidak puas hati dengan penyelesaian aduan andaPasukan Penyelesaian juga akan menasihati anda bahawa anda boleh meningkatkan aduan tersebut ke Pejabat Ombudsman atau Pejabat Pesuruhjaya Sulit (di mana yang sesuai) sekiranya anda tidak berpuas hati dengan proses tersebut. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai prosesnya di bawah:

www.ombudsman.parliament.nz

www.privacy.org.nz/

26

Page 29: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Lampiran 4: Cara memakai dan menanggal pelitup muka (face mask) dengan selamatSentiasa memakai pelitup muka yang diberikan semasa berada di luar bilik anda, atau jika seseorang perlu memasuki bilik anda untuk penyelenggaraan atau pembersihan. Anda boleh memakai pelitup muka ini sekali sahaja - anda perlu memakai pelitup muka baru setiap kali anda meninggalkan bilik anda. Sekiranya anda kehabisan pelitup muka sekali pakai, hubungi kakitangan MIQF dan mereka akan memberi anda lebih banyak lagi. Jangan kongsi pelitup muka anda. Penggunaan pelitup muka yang boleh digunakan semula dan pelitup muka yang lain tidak dibenarkan ketika anda berada di tempat pengasingan atau kuarantin.

BILA MEMAKAI PELITUP MUKA ANDA HARUS MENGELAKKAN DARI:

Basuh tangan.Sebelum memakai pelitup muka, basuh dan keringkan tangan anda atau gunakan bahan pencuci tangan (hand sanitiser).

Basuh tangan.Basuh dan keringkan tangan anda atau gunakan pembersih tangan.

Pakai pelitup muka anda.Letakkan pelitup muka di atas hidung, mulut dan dagu, dan letakkan gelung di atas telinga anda untuk memegang pelitup muka di tempatnya.

Menyentuh hadapan pelitup muka anda. Menyentuh muka anda. Menggerakkan pelitup muka anda.

Periksa pelitup muka anda.Pastikan ia bersih, kering dan tidak rosak.

Gunakan pelitup muka baru setiap empat jam atau lebih awal jika topeng menjadi lembap, rosak atau kotor.Buangkan pelitup muka ke dalam tong sampah.

CARA MEMAKAI PELITUP MUKA:

Ini adalah panduan khusus untuk penggunaan pelitup muka di Kemudahan Pengasingan dan Kuarantin (MIQF). Anda hanya boleh memakai pelitup muka sekali pakai yang disediakan oleh MIQF. Anda boleh memakai pelitup muka ini sekali sahaja - anda perlu memakai pelitup muka baru setiap kali anda meninggalkan bilik anda. Sekiranya anda kehabisan pelitup muka sekali pakai, hubungi kakitangan MIQF dan mereka akan memberi anda lebih pelitup muka.

27

Page 30: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

Ini adalah panduan khusus untuk penggunaan pelitup muka di Kemudahan Pengasingan dan Kuarantin (MIQF). Anda hanya boleh memakai pelitup muka sekali pakai yang disediakan oleh MIQF. Anda boleh memakai pelitup muka ini sekali sahaja - anda perlu memakai pelitup muka baru setiap kali anda meninggalkan bilik anda. Sekiranya anda kehabisan pelitup muka sekali pakai, hubungi kakitangan MIQF dan mereka akan memberi anda lebih pelitup muka.

Basuh tangan.Sebelum menanggalkan pelitup muka, basuh dan keringkan tangan anda atau gunakan bahan pencuci tangan (hand sanitiser).

Tanggalkan pelitup muka anda.Tanggalkan pelitup muka anda dengan menanggalkan gelung-gelung telinga.

Basuh tangan.Selepas menanggalkan pelitup muka, basuh dan keringkan tangan anda atau gunakan pembersih tangan.

Buangkan pelitup muka ke dalam tong sampah.Jangan gunakan semula atau cuba membasmi kuman pelitup muka sekali pakai.

CARA MENANGGALKAN PELITUP MUKA:

28

Page 31: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2
Page 32: Pek Selamat DatangSila maklumkan pasukan di lokasi anda jika rancangan penginapan atau perjalanan anda berubah pada bila-bila masa sepanjang penginapan anda. Sila rujuk Lampiran 2

MIQ 5952

Kia ora dan selamat pulang!Berikut adalah beberapa peraturan mudah yang kami minta anda ikuti semasa anda berada dalam kemudahan pengasingan.

Peraturan ini adalah untuk memastikan anda dan orang ramai selamat dan membantu menghentikan penyebaran COVID-19.

Tinggal di bilik andaAnda digalakkan untuk tinggal di bilik anda kecuali anda mempunyai keperluan untuk keluar. Ini akan memastikan anda selamat dari sebarang pendedahan dan mencegah penyebaran COVID-19.

Sekiranya anda berasa tidak sihat, sila tinggal di bilik anda dan hubungi pasukan di lokasi anda. Mereka akan menasihati apa yang perlu dilakukan.

Pakai pelitup mukaSentiasa memakai pelitup muka yang diberikan semasa berada di luar bilik anda, atau jika seseorang perlu memasuki bilik anda untuk penyelenggaraan atau pembersihan.

Berjarak 2 meter Sentiasa menjaga jarak 2 meter dari orang lain kecuali mereka yang berada di ‘gelembung’ anda (keluarga / pasangan anda).

Dilarang masuk Dilarang memasuki bilik hotel sesiapa yang bukan dalam 'gelembung' anda.