pejabat daerah dan tanah daerah barat daya pulau...

35
1 DOKUMEN SEBUT HARGA NO. SEBUT HARGA : PDTDBD/PD/B/01/2019 TAJUK : MEMBEKAL KHEMAH, KERUSI, KIPAS DINDING, MEJA DAN BANGKU KANTIN, LCD SERTA MEJA BATU KEPADA MADRASAH AL HIDAYAH AD DINIAH JALAN BHARU BALIK PULAU TARIKH TUTUP : 18 OKTOBER 2019 PEJABAT DAERAH DAN TANAH DAERAH BARAT DAYA 11000 BALIK PULAU PULAU PINANG Nama Syarikat : ................................................................................... Alamat : ................................................................................................................... ................................................................................................................... .................................................................................................... No. Daftar Kementerian Kewangan : ................................................. Tempoh Daftar : ................................................. ................................................... Taraf : Bumiputera / Bukan Bumiputera

Upload: others

Post on 15-Nov-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

DOKUMEN SEBUT HARGA

NO. SEBUT HARGA : PDTDBD/PD/B/01/2019

TAJUK :

MEMBEKAL KHEMAH, KERUSI, KIPAS DINDING,

MEJA DAN BANGKU KANTIN, LCD SERTA MEJA BATU KEPADA

MADRASAH AL HIDAYAH AD DINIAH JALAN BHARU BALIK PULAU

TARIKH TUTUP : 18 OKTOBER 2019

PEJABAT DAERAH DAN TANAH DAERAH BARAT DAYA 11000 BALIK PULAU PULAU PINANG

Nama Syarikat : ...................................................................................

Alamat :

...................................................................................................................

...................................................................................................................

....................................................................................................

No. Daftar Kementerian Kewangan : .................................................

Tempoh Daftar : .................................................

...................................................

Taraf : Bumiputera / Bukan Bumiputera

2

SENARAI SEMAKAN

(BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA)

Sila tandakan ✓ bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan.

Bil. Perkara/Dokumen Untuk

ditanda oleh

Syarikat

Untuk ditanda

oleh

Jawatankuasa

Pembuka Sebut

Harga

1. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari

Kementerian Kewangan

2. Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari

Kementerian Kewangan

3. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat Dari

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

4. Borang Sebut Harga (Lampiran Q) Telah

Diisi Dengan Lengkap (termasuk nilai

tawaran dan tempoh siap) dan

ditandatangani

5. Borang Maklumat Penyebut Harga

6. Pematuhan Kepada Spesifikasi

7. Borang Senarai Perkhidmatan Yang

Sedang dan Telah Dilaksanakan

8. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Bagi

Tiga (3) Bulan Terakhir

3

9. Surat Akuan Pembida Berjaya

10. Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai

Jualan Dan Perkhidmatan (SST)

11. Borang Penyerahan Contoh Dan Katalog

(jika berkaitan)

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT

Dengan ini saya mengesahkan bahawa

saya telah membaca dan memahami

semua syarat-syarat dan terma yang

dinyatakan di dalam dokumen sebut

harga. Semua maklumat yang

dikemukakan adalah benar.

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga

mengesahkan penerimaan dokumen

bertanda kecuali bagi perkara bil.

................. (jika ada).

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

4

NO. SEBUTHARGA : PDTDBD/PD/B/01/2019

MEMBEKAL KHEMAH, KERUSI, KIPAS DINDING,

MEJA DAN BANGKU KANTIN, LCD SERTA MEJA BATU KEPADA

MADRASAH AL HIDAYAH AD DINIAH JALAN BHARU BALIK PULAU

KANDUNGAN

1.0 Lampiran A - Notis Sebut Harga

2.0 Lampiran B - Kenyataan Sebut Harga

3.0 Lampiran C - Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebut Harga

4.0 Lampiran D - Spesifikasi

5.0 Lampiran E - Jadual Harga

6.0 Lampiran F - Borang Sebut Harga (Lampiran Q)

7.0 Lampiran G - Borang Keterangan Mengenai Penyebut Harga

8.0 Lampiran H - Kedudukan Kewangan Penyebut Harga

(Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terakhir)

9.0 Lampiran I - Senarai Perkhidmatan yang Sedang dan Telah Dilaksanakan

10.0 Lampiran J - Surat Akuan Pembida dan Surat Akuan Pembida Berjaya

11.0 Lampiran K -Salinan Sijil-sijil Kementerian Kewangan dan Sijil-sijil Berkaitan

12.0 Lampiran L - Profil Syarikat

13.0 Lampiran M - Katalog dan Brosur (jika berkaitan)

PERINGATAN PENTING :

SILA SUSUN DOKUMEN SEBUT HARGA INI MENGIKUT TURUTAN DI ATAS.

SETIAP PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI

KESELURUHAN BUTIRAN YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT

HARGA INI SEBELUM MENYEMPURNAKANNYA. PENYEBUT HARGA YANG

MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA PERUNTUKAN

DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

5

1.0 LAMPIRAN A

NOTIS SEBUT HARGA

6

NOTIS SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-syarikat Tempatan yang berdaftar dengan

Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah

tempohnya serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi perkhidmatan

berikut :-

No. Sebut Harga : PDTDBD/PD/B/01/2019

Tajuk Sebut Harga : MEMBEKAL KHEMAH, KERUSI, KIPAS DINDING,

MEJA DAN BANGKU KANTIN, LCD SERTA MEJA BATU

KEPADA MADRASAH AL HIDAYAH AD DINIAH JALAN

BHARU BALIK PULAU

Syarat Pendaftaran : KOD BIDANG 020101, 020302, 020301 DAN 030401

Tarikh Buka : 15 OKTOBER 2019 (SELASA)

Tarikh Tutup : 18 OKTOBER 2019 (JUMAAT)

Dokumen Sebut Harga hanya boleh didapati dengan memuat turun melalui portal rasmi

Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya Pulau Pinang iaitu dbd.penang.gov.my

sepanjang tempoh iklan sebut harga.

Dokumen Sokongan Tawaran Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah

dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis di sebelah kiri sampul Tajuk

Sebut Harga, No. Sebut Harga dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat

seperti berikut :-

PEJABAT DAERAH DAN TANAH DAERAH BARAT DAYA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH

11000 BALIK PULAU

PULAU PINANG

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada tarikh 18 OKTOBER 2019

(JUMAAT). Sebut Harga yang lewat diterima dari tarikh dan masa ditetapkan TIDAK AKAN

DIPERTIMBANGKAN. Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya tidak terikat untuk

menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang pertanyaan berkenaan

sebut harga boleh hubungi En. Muhamad Hanis bin Abdul Hamid : 048689413.

PEJABAT DAERAH DAN TANAH DAERAH BARAT DAYA 11000 BALIK PULAU PULAU PINANG

7

2.0 LAMPIRAN B

KENYATAAN SEBUT HARGA

8

2.1 Perihal

Penyebut harga adalah dipelawa bagi Membekal Khemah, Kerusi, Kipas

Dinding, Meja Dan Bangku Kantin, LCD Serta Meja Batu Kepada Madrasah

Al Hidayah Ad Diniah Jalan Bharu Balik Pulau

2.2 Pelaksanaan Sebut Harga

Tawaran sebut harga ini dilaksanakan secara manual.

2.3 Dokumen Sebut Harga

Pengambilan dokumen sebut harga hanya boleh diperolehi dengan memuat turun

melalui laman portal rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya Pulau

Pinang iaitu dbd.penang.gov.my sepanjang tempoh iklan sebut harga.

2.4 Kod Bidang

Sebut harga ini terbuka kepada semua pembekal yang berdaftar dengan

Kementerian Kewangan Malaysia sama ada bertaraf Bumiputera atau Bukan

Bumiputera dengan kod bidang berikut : 020101, 020302, 020301 dan 030401.

2.5 Pertanyaan Am dan Pertanyaan Teknikal

Sebarang pertanyaan mengenai urusan sebut harga dan teknikal hendaklah

disalurkan kepada:

PEJABAT DAERAH DAN TANAH DAERAH BARAT DAYA, BAHAGIAN

PEMBANGUNAN DAERAH, 11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG

(u.p. En. Muhamad Hanis bin Abdul Hamid) Tel. : 04-8689400/413

Faks : 04-8661593

2.6 Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam

sampul surat berlakri dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Tajuk Sebut Harga, dan

Nombor Sebut Harga yang disertai. Semua tawaran hendaklah dimasukkan ke

dalam peti sebut harga di:-

PEJABAT DAERAH DAN TANAH DAERAH BARAT DAYA, BAHAGIAN

PEMBANGUNAN DAERAH, 11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG

Penghantaran hendaklah tiba di alamat di atas sebelum atau pada jam 12.00 tengah

hari pada tarikh tutup sebut harga.

9

3.0 LAMPIRAN C

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT

KEPADA PENYEBUT HARGA

10

3.1 Cadangan Sebut Harga

3.1.1 Penyebut Harga hanya dibenarkan menghantar SATU (1) cadangan sahaja

bagi sebut harga yang ditawarkan.

3.1.2 Penyebut harga dilarang sama sekali membuat pindaan ke atas borang

yang telah disediakan.

3.1.3 Cadangan sebut harga (secara manual) yang lengkap dan sempurna diisi

hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga yang disediakan sebelum

tarikh dan waktu tutup sebut harga. Peti sebut harga ditempatkan di alamat

seperti berikut :-

KAUNTER UTAMA, BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH, PEJABAT DAERAH

DAN TANAH DAERAH BARAT DAYA, 11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG

Penghantaran hendaklah tiba di alamat di atas sebelum atau pada jam 12.00

tengah hari pada tarikh tutup sebut harga. Kelewatan menghantar dokumen

tawaran sebut harga tidak akan dilayan.

3.1.4 Pihak Kerajaan berhak menolak mana-mana dokumen yang tidak lengkap

atau lewat diterima.

3.2 Jangka Masa Sah Laku Sebut Harga

Sebut harga mestilah sah laku dalam jangka masa sekurang-kurangnya 90 hari

daripada tarikh tutup sebut harga.

3.3 Keperluan dan Spesifikasi

Keperluan dan spesifikasi bagi skop perkhidmatan ini adalah dinyatakan dalam

spesifikasi seperti di Lampiran D.

3.4 Pindaan Dokumen Sebut Harga

Pihak Kerajaan berhak pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup sebut harga

meminda dokumen sebut harga dengan menyediakan addendum. Kerajaan akan

memberi notis bertulis kepada penyebut harga yang telah membeli dokumen sebut

harga.

11

3.5 Pemberitahuan Tawaran

Kerajaan akan memberi notis bertulis dalam bentuk Surat Setuju Terima Sebut

Harga kepada Penyebut Harga yang berjaya apabila sebut harganya dipersetujui

dalam jangka masa sah laku sebut harga atau jangka masa tambahan yang

terlibat.

3.6 Cadangan Harga

3.6.1 Harga bagi semua perkara dan bidang kerja yang disebut hargakan mestilah

dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan hendaklah termasuk semua kos

perkhidmatan. harga ini mestilah sah laku (valid) dalam tempoh 90 hari

daripada tarikh tutup sebut harga.

3.6.2 Harga-harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos seperti

pengangkutan, perkhidmatan, peralatan, insurans dan lain-lain yang

bersangkutan dengan perkhidmatan ini.

3.6.3 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan tidak

boleh dipinda selepas sebut harga ditutup, dan akan berkuat kuasa selama

tempoh sah laku sebut harga. Syarikat yang berjaya ditawarkan sebut

Harga ini hendaklah mematuhi sepanjang masa kontrak berjalan dan tidak

boleh dibuat sebarang perubahan.

3.7 Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)

3.7.1 Semua tawaran harga oleh syarikat hendaklah dikemukakan tanpa

kenaan SST.

3.7.2 Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan

mengemukakan salinan Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Jualan

dan Perkhidmatan (SST) kepada Jabatan ini.

3.7.3 Sekiranya syarikat yang berjaya adalah berdaftar SST dengan Jabatan

Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Jabatan akan mengeluarkan Surat Setuju

Terima kepada syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan SST.

3.7.4 Bagi syarikat yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai di bawah Akta

SST, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar dengan SST setelah

ditawarkan perolehan tersebut, maka syarikat hendaklah memaklumkan

12

segera kepada Jabatan ini perubahan status pendaftaran syarikat tersebut di

bawah Akta SST.

3.8 Iklan

Tiada maklumat mengenai kontrak boleh disiarkan di dalam akhbar, majalah atau

alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantar dan

diluluskan oleh Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

3.9 Penyerahan Dokumen Sebut Harga

Setiap cadangan sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dan

dilabelkan seperti berikut :-

Sampul ini hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan di sebelah

kiri (atas) dituliskan seperti berikut :-

PDTDBD/PD/B/01/2019

MEMBEKAL KHEMAH, KERUSI, KIPAS DINDING, MEJA DAN BANGKU

KANTIN, LCD SERTA MEJA BATU KEPADA MADRASAH AL HIDAYAH

AD DINIAH JALAN BHARU BALIK PULAU

3.10 Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah

3.10.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,

meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan

daripada, mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu

kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

3.10.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan

kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar

atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang

berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu

kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

13

3.10.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap

anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau

pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan

rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

3.10.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran

berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di

bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi

dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan

berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan

Rasuah 1997.

3.11 Kaedah Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan Melalui Sistem

Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

3.11.1 Penyebut harga adalah tertakluk kepada 1 Pekeliling Perbendaharaan

mengenai pelaksanaan Integrity Pact bagi mengukuhkan usaha ke arah

meningkatkan integriti dan ketelusan dalam perolehan Kerajaan.

3.11.2 Sehubungan itu, penyebut harga DIWAJIBKAN mengisi Surat Akuan

Pembida dan Surat Akuan Pembida Berjaya (jika berjaya ditawarkan

sebut harga ini).

3.12 Kesimpulan

Penyebut harga adalah dinasihat berhati-hati dalam penyediaan semua maklumat

dan memastikan maklumat yang perlu diisi dalam semua jadual adalah dipatuhi.

14

4.0 LAMPIRAN D

SPESIFIKASI

15

SPESIFIKASI

MEMBEKAL KHEMAH, KERUSI, KIPAS DINDING, MEJA DAN BANGKU

KANTIN, LCD SERTA MEJA BATU KEPADA MADRASAH AL HIDAYAH

AD DINIAH JALAN BHARU BALIK PULAU

BIL. PERIHAL SAIZ

KUANTITI

(UNIT)

1. Khemah 20 kaki x 20 kaki 1

2. Kerusi plastik standard 50

3. Kipas Dinding standard 4

4. Meja Kantin 6 kaki x 3 kaki 10

5. Bangku Kantin 6 kaki x 1 kaki 20

6. LCD Projektor standard 1

7. Meja Batu (4 seater) standard 5 set

16

5.0 LAMPIRAN E

JADUAL HARGA

17

JADUAL HARGA

MEMBEKAL KHEMAH, KERUSI, KIPAS DINDING, MEJA DAN BANGKU

KANTIN, LCD SERTA MEJA BATU KEPADA MADRASAH AL HIDAYAH

AD DINIAH JALAN BHARU BALIK PULAU

BIL. PERIHAL KADAR

(per unit)

(RM)

JENAMA JUMLAH

(RM)

1. Khemah

2. Kerusi Plastik

3. Kipas Dinding

4. Meja Kantin

5. Bangku Kantin

6. LCD Projektor

7. Kerusi Batu (4 seater)

Perhatian :

1. Semua bekalan hendaklah tulen, dalam bungkusan atau kotak yang baru dan

belum digunakan.

2. Jaminan mutu selama setahun (1) tahun dari tarikh penghantaran / penerimaan.

Sebarang kerosakan pada bekalan hendaklah diganti oleh syarikat tanpa sebarang

kos.

3. Kos penghantaran dan lain-lain kos terlibat bagi bekalan ini adalah ditanggung oleh

pihak syarikat

Pembekal WAJIB mengemukakan bekalan dalam tempoh 21 hari selepas pesanan

tempatan dikeluarkan.

18

Jumlah keseluruhan bekalan yang perlu dibekalkan adalah seperti di atas. Kuantiti boleh

berubah mengikut keperluan jabatan tetapi tidak akan melebihi jumlah seperti di atas.

Pengesahan daripada penyebut harga :

.....................................................................

Tandatangan Penyebut Harga

Nama : ..................................................................

No. KP : ..................................................................

Alamat : ..................................................................

..................................................................

..................................................................

Tarikh : ..................................................................

19

6.0 LAMPIRAN F

BORANG SEBUT HARGA

20

LAMPIRAN Q

(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170) Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

No. Sebut Harga

PDTDBD/PD/B/01/2019

(Kew. 284-Pin. 5/94)

KERAJAAN MALAYSIA

NEGERI PULAU PINANG

“MEMBEKAL KHEMAH, KERUSI, KIPAS DINDING, MEJA DAN BANGKU KANTIN,

LCD SERTA MEJA BATU KEPADA MADRASAH AL HIDAYAH AD DINIAH

JALAN BHARU BALIK PULAU”

Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai

sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga

Kepada (Nama syarikat) ................................... l Pelawaan sebut harga dikeluarkan ........................................................................... l oleh ........................................................................... l PEJABAT DAERAH DAN TANAH ........................................................................... l DAERAH BARAT DAYA l BALIK PULAU No. Telefon: ...................................................... l 11000 PULAU PINANG l No. Pendaftaran dengan Kementerian l Kewangan : ....................................................... l No. Telefon: 04-8689400 l Kod bidang pendaftaran yang relevan dengan l Tarikh : perkhidmatan ini Kod Bidang 020101, 020302,

020301 dan 030401

21

1. Sila beri sebut harga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah

tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1. Syarat penyerahan/penyempurnaan LAMPIRAN D DAN E

1.2. Arahan pengiriman seperti di LAMPIRAN F

1.3. Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri dan

bertanda nombor sebut harga PDTDBD/PD/B/01/2019

1.4. Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan

di alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari, 18 OKTOBER

2019 (JUMAAT).

1.5. Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: ............................. Tandatangan: ......................................... Nama Pegawai: ...................................... Jawatan: .................................................

.../SILA BIARKAN BAHAGIAN INI KOSONG/...

22

Bil. Perihal

bekalan/perkhidmatan dan

Syarat-syarat Khas

Kuantiti/

Kekerapan

Harga

Seunit

(RM)

Harga Keseluruhan (RM)

Untuk diisi oleh Kementerian/Jabatan Untuk diisi oleh Penyebutharga

1. MEMBEKAL KHEMAH,

KERUSI, KIPAS DINDING,

MEJA DAN BANGKU

KANTIN, LCD SERTA MEJA

BATU KEPADA

MADRASAH AL HIDAYAH

AD DINIAH JALAN BHARU

BALIK PULAU

SEPERTI

DI

LAMPIRAN

F

SEPERTI

DI

LAMPIRAN

F

JUMLAH :

RM...........................

Dengan Perkataan

RINGGIT MALAYSIA

..........................................

........................... sahaja

* Masukkkan Jumlah di

Jadual Harga

i. Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan bekalan/perkhidmatan di atas

dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-

syarat di atas dan di belakang ini.

Tandatangan Penyebut harga

: ………………………...............………..

Nama : ………………………...............………..

Jawatan : ………………………...............………..

No. Kad Pengenalan : ………………………...............………..

Alamat Syarikat : ………………………...............……….. ……………...............………………….. ……………………...............…………..

Cop Rasmi Syarikat : …………………...............……………..

Tarikh : …………………...............……………..

23

7.0 LAMPIRAN G

BORANG KETERANGAN MENGENAI

PENYEBUT HARGA

24

KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA

1. NAMA PENYEBUT HARGA:

(Nama Syarikat)

2. ALAMAT PENYEBUT HARGA:

Ibu Pejabat :

Cawangan :

3. NOMBOR TELEFON PENYEBUT HARGA :

Ibu Pejabat :

Cawangan :

4. PENDAFTARAN DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN :

4.1 Tempoh Pendaftaran : Mulai :

Hingga :

(Sila sertakan salinan sijil Pendaftaran)

4.2 Taraf Penyebutharga : *Bumiputera/Bukan Bumiputera

(Sila sertakan sijil pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Kementerian

Kewangan Malaysia)

5. MODAL PENYEBUT HARGA : (Isi mana yang berkenaan sahaja)

5.1 Perseorangan/Perkongsian : RM

5.2 Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)/Berhad (Bhd) :

5.2.1 Modal Dibenar : RM

5.2.2 Modal Dibayar : RM

25

6. BUTIR-BUTIR PEMILIKAN (OWNERSHIP)

6.1 Perseorangan :

Nama Pemilik :

No. K/P:

6.2 Perkongsian :

Nama Pekongsi No. K/Pengenalan % Kongsian

(Sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi)

6.3 Sendirian Berhad/Berhad

Nama Pemegang Saham No. K/Pengenalan % Bahagian

(Sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi)

6.4 Ahli Lembaga Pengarah

Nama No. K/Pengenalan Keturunan

(Sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi)

26

7. KOMPOSISI PEKERJA

Bil. Kategori Pekerja Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah

8. PENGALAMAN:

(Wajib isi Lampiran I bagi semua pengalaman kerja syarikat bagi tempoh 3 tahun

ke belakang dalam bidang perkhidmatan bekalan. Wajib sertakan sesalinan surat

tawaran atau kontrak berkaitan. Kegagalan mengemukakan dokumen ini akan

menjejaskan penilaian yang akan dilakukan oleh urus setia)

9. PENGAKUAN :

(Ditandatangani oleh pemilik syarikat dan bertanggungjawab dalam urusan sebut

harga ini)

9.1 Saya sebagai pemilik tunggal/Pengarah Syarikat membuat pengakuan

bahawa maklumat yang dinyatakan dalam borang sebut harga adalah

BENAR.

9.2. Jika maklumat yang dinyatakan dalam borang sebut harga didapati tidak

benar atau cuba menyembunyikan maklumat maka saya bersetuju sebut

harga saya DITOLAK atau KONTRAK DITAMATKAN (sekiranya tawaran

diterima dan dilantik).

Pemilik Tunggal/Pengarah Syarikat

………………………………………..

Nama :

No. K/P :

Tarikh :

Cop Syarikat / Penyebutharga:

Saksi

……………………………….

Nama :

No. K/P :

Tarikh :

27

Sila sertakan dokumen berikut:-

Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup

sebut harga.

Sebut harga yang tidak disertakan dengan salah satu dokumen di atas akan DITOLAK.

8.0 LAMPIRAN H

KEDUDUKAN KEWANGAN

PENYEBUT HARGA

28

9.0 LAMPIRAN I

SENARAI PERKHIDMATAN YANG

SEDANG DAN TELAH DILAKSANAKAN

29

SENARAI PERKHIDMATAN YANG SEDANG DAN TELAH DILAKSANAKAN

(Untuk perkhidmatan membekal dan menghantar bekalan sahaja)

Bil. Nama/Jenis Kontrak

Nama dan Alamat

Penuh Jabatan/

Agensi

Harga

Kontrak

(RM)

Tempoh Kontrak

Nama/ No. Telefon

Pegawai Jabatan

yang

Bertanggungjawab Mula Tamat

Perhatian :

a) WAJIB disenaraikan pengalaman yang dilaksanakan bagi tempoh semasa dan tiga

(3) tahun ke belakang sahaja dan WAJIB sertakan surat tawaran kontrak/ bukti

daripada jabatan/ agensi berkenaan.

b) Sila sediakan helaian lampiran untuk tambahan maklumat sekiranya ruangan di

atas tidak mencukupi.

Nama :

No. Kad Pengenalan :

Jawatan :

Tanda Tangan & Cop Rasmi Syarikat

:

30

10.0 LAMPIRAN J

SURAT AKUAN PEMBIDA

SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA

31

SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi

“MEMBEKAL KHEMAH, KERUSI, KIPAS DINDING, MEJA DAN BANGKU KANTIN,

LCD SERTA MEJA BATU KEPADA MADRASAH AL HIDAYAH

AD DINIAH JALAN BHARU BALIK PULAU”

KOD SEBUTHARGA : PDTDBD/PD/B/01/2019

Saya,………………………………......................... Nombor K.P………………………. yang

memiliki syarikat……………………………………………………………………….. nombor

Pendaftaran Syarikat ………………………................dengan ini mengisytiharkan bahawa

saya memiliki syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana

individu dalam Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya atau mana-mana individu

lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati

bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Pejabat

Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya atau mana-mana individu lain sebagai sogokan

untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai pemilik

syarikat bersetuju bahawa Kerajaan Negeri berhak mengambil tindakan-tindakan berikut:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga di atas; atau

2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga yang ditandatangani tanpa

bayaran ganti rugi sekiranya pembida yang berjaya didapati melaku,

memberi atau menawarkan rasuah; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau

mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih

dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera

melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

…………………………...........................

(Nama: )

No. Kad Pengenalan:

Cop Syarikat : Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.

32

SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA

Bagi

“MEMBEKAL KHEMAH, KERUSI, KIPAS DINDING, MEJA DAN BANGKU KANTIN,

LCD SERTA MEJA BATU KEPADA MADRASAH AL HIDAYAH

AD DINIAH JALAN BHARU BALIK PULAU”

KOD SEBUTHARGA : PDTDBD/PD/B/01/2019

Saya,………………………………......................... Nombor K.P………………………. yang

memiliki syarikat……………………………………………………………………….. nombor

Pendaftaran Syarikat ………………………................dengan ini mengisytiharkan bahawa

saya memiliki syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana

individu dalam Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya atau mana-mana individu

lain, sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebut harga* seperti di atas.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati

bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Pejabat

Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran

mendapatkan tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai pemilik syarikat

bersetuju bahawa Kerajaan Negeri berhak mengambil tindakan-tindakan berikut:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebutharga di atas; atau

2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebutharga yang ditandatangani tanpa

bayaran ganti rugi sekiranya pembida yang berjaya didapati melaku,

memberi atau menawarkan rasuah; dan

2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau

mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan

tender/sebutharga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan

perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

…………………………...........................

(Nama: )

No. Kad Pengenalan:

Cop Syarikat : Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.

33

Sila sertakan salinan Sijil Akuan Pendaftaran dan Sijil Akuan Bumiputera yang telah

disahkan.

Sila sertakan salinan resit bayaran pembelian sebut harga daripada Sistem

Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Sila sertakan Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)

(jika berdaftar)

Sila sertakan lain-lain sijil yang berkaitan (jika ada)

34

12.0 LAMPIRAN L

PROFIL SYARIKAT

35

13.0 LAMPIRAN M

KATALOG DAN BROSUR