pedoman ejaan jawi bersama abdul jalil haji anuar · pdf filehalaman empat berita harian rabu,...

1
Halaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 19 Julai 2006 PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim S oal ejaan Rumi Bahasa Melayu sentiasa menarik perhatian para pengguna. Antara per- soalan ejaan yang kerap timbul adalah tentang penggunaan huruf e. Mereka bertanya, mengapa tidak digunakan e tanda (e) sep- erti yang terdapat dalam Sistem Ejaan Za’ba dahulu? Bagi mereka, ketiadaan tanda atas huruf ‘e’ ini menimbulkan kerumitan untuk menyebut beberapa perkataan. Sebagai contoh ialah kata homo- nim, iaitu kata yang mempunyai ejaan yang sama tetapi berlainan makna seperti perang, sepak dan semak. Pada akhir tahun 60-an, dalam rangka kerjasama dalam bidang bahasa, Malaysia dan Indonesia melalui Majlis Bahasa Melayu Indonesia dan Malaysia (MBIM) telah bersetuju untuk menggubal satu sistem ejaan Rumi yang dapat digunakan bersama. Sebelum ini kedua-dua negara ini mempunyai sistem ejaan masing-masing, iaitu ejaan bahasa Melayu dipengaruhi oleh sistem ejaan bahasa Inggeris, manakala bahasa Indonesia dipe- ngaruhi oleh sistem ejaan bahasa Belanda. Dalam menggubal sistem ejaan baharu ini, beberapa perubahan dibuat agar sistemnya menjadi lebih sempurna dan kemas. Salah satu perubahan adalah dengan meniadakan lambang e bertanda. Huruf e tanda (e), ialah huruf yang bunyinya seperti yang ter- dapat dalam perkataan ‘emak’ dan ‘emas’. Dalam ilmu bahasa, (e) begini disebut ‘e pepet’ dan lambangnya dalam ejaan baharu ialah ‘e’ . Selain e pepet terdapat satu lagi bunyi yang dilambang- kan juga oleh huruf ‘e’ , iaitu e taling (è) seperti yang terdapat dalam perkataan ‘elok’ dan ‘belok’. Dalam Sistem Ejaan Za’ba, e pepet diberi tanda, sedangkan jumlah perkataan dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada e pepet amat banyak. Maka penuh- lah tulisan kita dengan huruf ‘e’ yang bertanda. Sebagai contoh, perhatikan ayat ini: Perkara itu telah disetujui olèh semua pela- jar yang menyertai pertandingan tersebut. Dalam ayat ini terdapat 11 huruf e. Sepuluh daripada e itu ialah e pepet (e); kecuali satu e taling (è) iaitu dalam perkataan ‘oleh’. Kesimpulannya, peng- guna bahasa Melayu lazimnya sedar tentang penggunaan huruf e pepet. Oleh itu, dalam sistem ejaan baharu, diputuskan supaya ditiadakan lambang e tanda atau e pepet. Setelah mengamalkan sistem ejaan ini selama lebih daripada 30 tahun, pada amnya tidak ramai orang yang terkeliru dengan haki- kat ini. Tetapi sudah tentu terdapat juga sebilangan kecil yang kurang senang dan ingin akan penjelasan lanjut. Bagaimana dengan huruf e taling? Pihak penggubal sistem ejaan berpandangan bahawa oleh sebab tidak banyak perkataan menggunakan huruf ini, peng- guna akan tahu secara sendiri. Perkataan ‘elak’, ‘belok’, ‘meja’, ‘pendek’ dan ‘esok’ , adalah antara beberapa contoh. Tambahan pula, dalam kamus yang disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (Kamus Dewan), per- kataan dengan huruf e taling diberi tanda di atasnya, iaitu (è). Dengan demikian, sesiapa yang kurang pasti dengan cara menye- but sesuatu perkataan yang me- ngandungi huruf ‘e’ boleh meru- juk kamus dan melihat sama ada wujud tanda di atas huruf tersebut atau tidak. Dengan kata lain, jikalau ki- ta kurang pasti, kita hendaklah berusaha menyemaknya di dalam kamus. Demikianlah juga dengan pasangan perkataan yang ejaannya serupa kecuali pada huruf e, iaitu e pepet dan e taling (è), misalnya perkataan; 'semak'/'sèmak’, ‘selak’/ 'sèlak’ dan ‘perang’/‘pèrang’. Selain kamus, kita dapat memahami makna dan cara sebutannya dari segi penggunaannya dalam ayat. Misalnya, jika kita bertemu de- ngan ayat “kedua-dua pihak mula berperang” sudah tentu sebutan huruf e dalam ‘perang’ , ialah e pepet. Lain pula jika ayat itu ber- bentuk: “Seperti ayahnya, anak itu mempunyai rambut perang”, dalam hal ini sebutan ‘e’ dalam ‘perang’ ialah bunyi e taling (è). Pada amnya, Sistem Ejaan Rumi Baharu disediakan untuk menye- nangkan penggunaan ejaan bahasa Melayu di samping menghasilkan satu sistem yang sempurna dan kemas. Jika kita memahaminya dengan jelas, penggunaannya ti- daklah sukar. Huruf ‘e’ dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu KATA KLASIK Oleh Wahyunah Abd. Gani BAHASA SUKUAN BANTUGAN B antugan ialah kosa kata bahasa suku kaum Bajau Sama yang bermaksud ‘orang yang dikagumi atau disan- jungi kerana kebijaksanaan atau ketokohannya’. Contoh penggu- naannya: Dia ialah anak hartawan yang bantugan di pekan itu (yo anak hartawan yang bantugan tak pekan a) . Oleh Noorzanani Kata KOSA KATA BAHARU UMUM Oleh Zaiton Nasir PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Abdul Jalil Haji Anuar Menakai - mengenal pasti dan memi- lih binatang dalam sesuatu kawanan yang berpenyakit, lemah dsb. untuk dibunuh, disingkirkan; sebagai lang- kah mencegah daripada merebaknya wabak atau penyakit. Menali - menangkap lembu (kuda dsb.) dengan menggunakan tali. Mentahkikkan - membuktikan kebe- narannya, membenarkan, mengesa- hkan; menyunting sesuatu karya. Menyasarkan - menghalakan, men- ujukan; menetapkan sasaran (hasil, perolehan dsb. yang ingin dicapai). Menyerentakkan - menyebabkan berlaku atau berjalan serentak. Merakyatkan - menyebarluaskan ilmu, amalan dsb. kepada rakyat. BETARA T akrif: gelaran untuk raja. Contoh ayat: Adapun Betara Majapahit memberi titah kepada Patih Aria Gajah Mada menyuruh orang berjaga-jaga empat puluh hari empat puluh malam. BH PILIH L4 19 emel M enurut Kamus Dewan diftong bermakna “gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata aki- bat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au dan oi.” Istilah diftong ini diperkenalkan kepada masyarakat melalui buku Tatabahasa Dewan dan juga buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain. Dalam Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu, istilah ini membawa maksud yang sama. Diftong boleh terletak pada awal kata, tengah kata dan akhir kata. Dalam Sistem Ejaan Rumi atau Sistem Ejaan Jawi yang disu- sun oleh Pendeta Za‘ba juga terdapat diftong, tetapi dalam Sistem Ejaan Jawi yang disusun beliau, kata yang mengandungi diftong tidak dibezakan ejaannya. Untuk tujuan itu, Siri Pedoman Jawi pada kali ini hanya akan menyentuh bunyi diftong [ai] [ ] dan [au] [ ] pada posisi akhir kata yang akan disenaraikan. Hal ini dapat dilihat pada contoh di bawah. Sistem Ejaan Jawi yang disusun oleh Pendeta Za‘ba * Tersenarai dalam Daftar Ejaan Melayu Za‘ba Dapat dilihat daripada contoh di atas bahawa kata yang ber- akhir dengan huruf i [i] dan kata yang berakhir dengan diftong ai [ ai ] kedua-duanya dieja dengan menggunakan huruf ya [ ] dalam ejaan Jawi Za'ba. Demikian juga dengan kata yang berakhir dengan huruf u [u] dengan kata yang berakhir dengan diftong au [ au ] kedua-duanya dieja dengan menggunakan huruf wau [ ] dalam ejaan Jawi Za'ba. Dalam Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu, kata yang berakhir dengan huruf i [i] dieja dengan menggunakan huruf ya [ ]. Bagi kata yang berakhir dengan diftong ai [ ai ] dilambang- kan dengan gabungan huruf alif [ ]dan huruf ya [ ] menjadi alif ya [ ]. Caranya dengan menyisipkan huruf alif [ ] sebelum huruf ya [ ]. Demikian juga dengan kata yang berakhir dengan huruf u [u] yang dilambangkan dengan huruf wau [ ] dengan kata yang berakhir dengan diftong au [ au ] yang dilambangkan dengan gabungan huruf alif [ ] dan huruf wau [ ] menjadi alif wau [ ]. Caranya adalah dengan menyisipkan huruf alif [ ] sebelum huruf wau [ ]. GLOSARI SUKAN Oleh Azizul Ismail Pukul tedas (Clear) - badminton Pukulan yang menggerakkan bulu tangkis pantas,sama ada rendah atau tinggi supaya berada jauh di belakang lawan. Servis kilas (Backhand service) - bad- minton Servis yang dilakukan dengan kedudukan raket dan bulu tangkis di hadapan pemain. Kuis (Flick) - badminton Pukulan laju yang menggunakan kekuatan pada pergelangan tangan. Ujian salah guna dadah (Doping test) - olahraga Ujian yang dilakukan terhadap atlet seperti ujian air kencing bagi menge- san penyalahgunaan dadah atau bahan larangan. Strok penalti (Penalty stroke) - hoki Hukuman yang dikenakan atas ke- salahan yang sengaja dilakukan oleh pihak bertahan dalam kawasan ja- ringan. Rempuh lawan (Running into an opponent) - hoki Perbuatan merempuh pemain lawan seolah-olah pemain lawan itulah yang menghalangnya. Pusing (Spin) - boling Pukulan laju yang menggunakan kekuatan pada pergelangan tangan. Sudut kawasan luar (Outside angle) - boling Sudut yang terbentuk di antara garis faul dan arah laluan bola yang hampir sama dengan alur atau hampir pada mata panah pertama. Diftong: Perbezaan Ejaan Jawi Kini dan Ejaan Jawi Za‘ba Ejaan Rumi Ejaan Jawi Za’ba Ejaan Jawi Baharu Topi Tupai *Risu Risau *Sungi Sungai Guli Gulai Peti Petai Sebutan [to.pi] [tu.pai] [ri.su] [ri.sau] [su.ngi] [su.ngai] [gu.li] [gu.lai] [pe.ti] [pe.tai]

Upload: doanh

Post on 12-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Abdul Jalil Haji Anuar · PDF fileHalaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 19 Julai 2006 PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim S oal

Halaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 19 Julai 2006

PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Soal ejaan Rumi Bahasa Melayu sentiasa menarik perhatian para pengguna. Antara per-

soalan ejaan yang kerap timbul adalah tentang penggunaan huruf e. Mereka bertanya, mengapa tidak digunakan e tanda (e) sep-erti yang terdapat dalam Sistem Ejaan Za’ba dahulu? Bagi mereka, ketiadaan tanda atas huruf ‘e’ ini menimbulkan kerumitan untuk menyebut beberapa perkataan. Sebagai contoh ialah kata homo-nim, iaitu kata yang mempunyai ejaan yang sama tetapi berlainan makna seperti perang, sepak dan semak.

Pada akhir tahun 60-an, dalam rangka kerjasama dalam bidang bahasa, Malaysia dan Indonesia melalui Majlis Bahasa Melayu Indonesia dan Malaysia (MBIM) telah bersetuju untuk menggubal satu sistem ejaan Rumi yang dapat digunakan bersama. Sebelum ini kedua-dua negara ini mempunyai sistem ejaan masing-masing, iaitu ejaan bahasa Melayu dipengaruhi oleh sistem ejaan bahasa Inggeris, manakala bahasa Indonesia dipe-ngaruhi oleh sistem ejaan bahasa Belanda.

Dalam menggubal sistem ejaan baharu ini, beberapa perubahan dibuat agar sistemnya menjadi lebih sempurna dan kemas. Salah satu perubahan adalah dengan meniadakan lambang e bertanda.Huruf e tanda (e), ialah huruf yang bunyinya seperti yang ter-dapat dalam perkataan ‘emak’ dan ‘emas’. Dalam ilmu bahasa, (e) begini disebut ‘e pepet’ dan lambangnya dalam ejaan baharu ialah ‘e’. Selain e pepet terdapat satu lagi bunyi yang dilambang-kan juga oleh huruf ‘e’, iaitu e taling (è) seperti yang terdapat

dalam perkataan ‘elok’ dan ‘belok’.Dalam Sistem Ejaan Za’ba, e

pepet diberi tanda, sedangkan jumlah perkataan dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada e pepet amat banyak. Maka penuh-lah tulisan kita dengan huruf ‘e’ yang bertanda. Sebagai contoh, perhatikan ayat ini: Perkara itu telah disetujui olèh semua pela-jar yang menyertai pertandingan tersebut. Dalam ayat ini terdapat 11 huruf e. Sepuluh daripada e itu ialah e pepet (e); kecuali satu e taling (è) iaitu dalam perkataan ‘oleh’. Kesimpulannya, peng-guna bahasa Melayu lazimnya sedar tentang penggunaan huruf e pepet. Oleh itu, dalam sistem ejaan baharu, diputuskan supaya ditiadakan lambang e tanda atau e pepet.

Setelah mengamalkan sistem ejaan ini selama lebih daripada 30 tahun, pada amnya tidak ramai orang yang terkeliru dengan haki-kat ini. Tetapi sudah tentu terdapat juga sebilangan kecil yang kurang senang dan ingin akan penjelasan lanjut.

Bagaimana dengan huruf e taling? Pihak penggubal sistem ejaan berpandangan bahawa oleh sebab tidak banyak perkataan menggunakan huruf ini, peng-guna akan tahu secara sendiri. Perkataan ‘elak’, ‘belok’, ‘meja’, ‘pendek’ dan ‘esok’, adalah antara beberapa contoh.

Tambahan pula, dalam kamus yang disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (Kamus Dewan), per-kataan dengan huruf e taling diberi tanda di atasnya, iaitu (è). Dengan demikian, sesiapa yang kurang pasti dengan cara menye-but sesuatu perkataan yang me-ngandungi huruf ‘e’ boleh meru-

juk kamus dan melihat sama ada wujud tanda di atas huruf tersebut atau tidak.

Dengan kata lain, jikalau ki-ta kurang pasti, kita hendaklah berusaha menyemaknya di dalam kamus. Demikianlah juga dengan pasangan perkataan yang ejaannya serupa kecuali pada huruf e, iaitu e pepet dan e taling (è), misalnya perkataan; 'semak'/'sèmak’, ‘selak’/ 'sèlak’ dan ‘perang’/‘pèrang’. Selain kamus, kita dapat memahami makna dan cara sebutannya dari segi penggunaannya dalam ayat. Misalnya, jika kita bertemu de-ngan ayat “kedua-dua pihak mula berperang” sudah tentu sebutan huruf e dalam ‘perang’, ialah e pepet. Lain pula jika ayat itu ber-bentuk: “Seperti ayahnya, anak itu mempunyai rambut perang”, dalam hal ini sebutan ‘e’ dalam ‘perang’ ialah bunyi e taling (è).

Pada amnya, Sistem Ejaan Rumi Baharu disediakan untuk menye-nangkan penggunaan ejaan bahasa Melayu di samping menghasilkan satu sistem yang sempurna dan kemas. Jika kita memahaminya dengan jelas, penggunaannya ti-daklah sukar.

Huruf ‘e’ dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu

KATA KLASIK

Oleh Wahyunah Abd. Gani

BAHASA SUKUAN

Bantugan

Bantugan ialah kosa kata bahasa suku kaum Bajau Sama yang bermaksud

‘orang yang dikagumi atau disan-jungi kerana kebijaksanaan atau ketokohannya’. Contoh penggu-naannya: Dia ialah anak hartawan yang bantugan di pekan itu (yo anak hartawan yang bantugan tak pekan a).

Oleh Noorzanani Kata

KOSA KATA BAHARU UMUM

Oleh Zaiton Nasir

PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Abdul Jalil Haji Anuar

Menakai - mengenal pasti dan memi-lih binatang dalam sesuatu kawanan yang berpenyakit, lemah dsb. untuk dibunuh, disingkirkan; sebagai lang-kah mencegah daripada merebaknya wabak atau penyakit.

Menali - menangkap lembu (kuda dsb.) dengan menggunakan tali.

Mentahkikkan - membuktikan kebe-narannya, membenarkan, mengesa-

hkan; menyunting sesuatu karya.

Menyasarkan - menghalakan, men-ujukan; menetapkan sasaran (hasil, perolehan dsb. yang ingin dicapai).

Menyerentakkan - menyebabkan berlaku atau berjalan serentak.

Merakyatkan - menyebarluaskan ilmu, amalan dsb. kepada rakyat.

Betara

takrif: gelaran untuk raja. Contoh ayat: Adapun Betara Majapahit memberi titah

kepada Patih Aria Gajah Mada menyuruh orang berjaga-jaga empat puluh hari empat puluh malam.

BH PILIH L4 19 emel

Menurut Kamus Dewan diftong bermakna “gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata aki-bat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au dan oi.”

Istilah diftong ini diperkenalkan kepada masyarakat melalui buku Tatabahasa Dewan dan juga buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain. Dalam Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu, istilah ini membawa maksud yang sama. Diftong boleh terletak pada awal kata, tengah kata dan akhir kata.

Dalam Sistem Ejaan Rumi atau Sistem Ejaan Jawi yang disu-sun oleh Pendeta Za‘ba juga terdapat diftong, tetapi dalam Sistem Ejaan Jawi yang disusun beliau, kata yang mengandungi diftong tidak dibezakan ejaannya.

Untuk tujuan itu, Siri Pedoman Jawi pada kali ini hanya akan menyentuh bunyi diftong [ai] [ ] dan [au] [ ] pada posisi akhir kata yang akan disenaraikan. Hal ini dapat dilihat pada contoh di bawah.

Sistem Ejaan Jawi yang disusun oleh Pendeta Za‘ba

*Tersenarai dalam Daftar Ejaan Melayu Za‘ba

Dapat dilihat daripada contoh di atas bahawa kata yang ber-akhir dengan huruf i [i] dan kata yang berakhir dengan diftong ai [ ai ] kedua-duanya dieja dengan menggunakan huruf ya [ ] dalam ejaan Jawi Za'ba. Demikian juga dengan kata yang berakhir dengan huruf u [u] dengan kata yang berakhir dengan diftong au [ au ] kedua-duanya dieja dengan menggunakan huruf wau [ ] dalam ejaan Jawi Za'ba.

Dalam Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu, kata yang berakhir dengan huruf i [i] dieja dengan menggunakan huruf ya[ ]. Bagi kata yang berakhir dengan diftong ai [ ai ] dilambang-kan dengan gabungan huruf alif [ ]dan huruf ya [ ] menjadi alif ya [ ]. Caranya dengan menyisipkan huruf alif [ ] sebelum huruf ya [ ].

Demikian juga dengan kata yang berakhir dengan huruf u [u] yang dilambangkan dengan huruf wau [ ] dengan kata yang berakhir dengan diftong au [ au ] yang dilambangkan dengan gabungan huruf alif [ ] dan huruf wau [ ] menjadi alif wau [ ]. Caranya adalah dengan menyisipkan huruf alif [ ] sebelum huruf wau [ ].

GLOSARI SUKAN

Oleh Azizul Ismail

Pukul tedas (Clear) - badmintonPukulan yang menggerakkan bulu tangkis pantas,sama ada rendah atau tinggi supaya berada jauh di belakang lawan.

Servis kilas (Backhand service) - bad-minton Servis yang dilakukan dengan kedudukan raket dan bulu tangkis di hadapan pemain.

Kuis (Flick) - badmintonPukulan laju yang menggunakan kekuatan pada pergelangan tangan.

ujian salah guna dadah (Doping test) - olahragaUjian yang dilakukan terhadap atlet seperti ujian air kencing bagi menge-san penyalahgunaan dadah atau bahan larangan.

Strok penalti (Penalty stroke) - hokiHukuman yang dikenakan atas ke-salahan yang sengaja dilakukan oleh pihak bertahan dalam kawasan ja-ringan.

rempuh lawan (Running into an opponent) - hokiPerbuatan merempuh pemain lawan seolah-olah pemain lawan itulah yang menghalangnya.

Pusing (Spin) - bolingPukulan laju yang menggunakan kekuatan pada pergelangan tangan.

Sudut kawasan luar (Outside angle) - bolingSudut yang terbentuk di antara garis faul dan arah laluan bola yang hampir sama dengan alur atau hampir pada mata panah pertama.

Diftong: Perbezaan Ejaan Jawi Kini dan

Ejaan Jawi Za‘ba

Ejaan Rumi Ejaan Jawi Za’ba

Ejaan Jawi Baharu

TopiTupai*RisuRisau*SungiSungaiGuliGulaiPetiPetai

Sebutan

[to.pi][tu.pai][ri.su][ri.sau][su.ngi][su.ngai][gu.li][gu.lai][pe.ti][pe.tai]