pe r h i m p u n a n a g u n g u m n o ( pau ) : m e l u a ... · pdf filememuji­muji...

3
12/26/2016 Perhimpunan Agung UMNO (PAU): Meluangkan retorik atau tangani isu Bumiputera | SarawakVoice.com http://sarawakvoice.com/2016/11/28/perhimpunanagungumnopaumeluangkanretorikatautanganiisubumiputera/ 1/3 Perhimpunan Agung UMNO (PAU): Meluangkan retorik atau tangani isu Bumiputera Oleh Dr Muhammad Asri Mohd Ali - November 28, 2016 Kolumnis: Dr Muhammad Asri Mohd Ali Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan diadakan pada 30 November hingga 2 Disember ini agak istimewa kerana sekurangkurangnya dua sebab. Pertama, berbanding dengan PAU 2015, musuh dalam selimut kepada parti seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Muhkriz Mahathir dan Datuk Seri Haznihadzlah tidak lagi bersama UMNO. Kedua, terdapat banyak tandatanda yang menunjukkan PRU 14 mungkin diadakan pada tahun 2017 dan bukannya 2018. Jika perkara ini betul, maka PAU merupakan senjata utama UMNO untuk memperteguh dan memperkuatkan barisan. PRU 14 pastinya merupakan ujian getir buat UMNO dan BN kerana bala tentera pihak lawan kelihatannya akan dipimpin oleh mantan guru besar sekolah politik BN, iaitu Tun Mahathir.

Upload: trinhcong

Post on 06-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

12/26/2016 Perhimpunan Agung UMNO (PAU): Meluangkan retorik atau tangani isu Bumiputera | SarawakVoice.com

http://sarawakvoice.com/2016/11/28/perhimpunan­agung­umno­pau­meluangkan­retorik­atau­tangani­isu­bumiputera/ 1/3

Perhimpunan Agung UMNO (PAU): Meluangkanretorik atau tangani isu BumiputeraOleh Dr Muhammad Asri Mohd Ali - November 28, 2016

Kolumnis: Dr Muhammad Asri MohdAli

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan diadakan pada 30

November hingga 2 Disember  ini agak istimewa kerana

sekurang­kurangnya dua sebab. Pertama, berbanding dengan

PAU 2015, musuh dalam selimut kepada parti seperti Tan Sri

Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Muhkriz

Mahathir dan Datuk Seri Haznihadzlah tidak lagi bersama

UMNO.

Kedua, terdapat banyak tanda­tanda yang menunjukkan PRU

14 mungkin diadakan pada tahun 2017 dan bukannya 2018.

Jika perkara ini betul, maka PAU merupakan senjata utama

UMNO untuk memperteguh dan memperkuatkan barisan.

PRU 14 pastinya merupakan ujian getir buat UMNO dan BN kerana bala tentera pihak lawan

kelihatannya akan dipimpin oleh mantan guru besar sekolah politik BN, iaitu Tun Mahathir.

12/26/2016 Perhimpunan Agung UMNO (PAU): Meluangkan retorik atau tangani isu Bumiputera | SarawakVoice.com

http://sarawakvoice.com/2016/11/28/perhimpunan­agung­umno­pau­meluangkan­retorik­atau­tangani­isu­bumiputera/ 2/3

Katalah apa sahaja terhadap Tun M, rakyat tetap menganggap beliau sebagai hero. Tun M telah

mencapai darjat seperti P Ramlee dalam dunia hiburan, legenda rakyat. Orang yang

mengatakan mengenai Tun M pula sebaliknya akan dimaki hamun oleh rakyat. Adalah amat rugi

sekiranya ucapan­ucapan PAU pada kali ini digunakan untuk membelasah Tun M dan para

pengikutnya.

PAU pada kali ini seharusnya diolah dan digarapkan untuk mencari jalan keluar kepada

permasalahan Melayu dan Bumiputera.  

Kegagalan UMNO di negeri Selangor (semenjak PRU 12 dan 13) dan Kelantan (PRU 8 hingga

PRU 13) sebenarnya memberi pengalaman terbaik kepada UMNO untuk mengetahui kenapa

mereka ditolak oleh rakyat.

Antaranya kerana masalah perpecahan dalaman, pemimpin yang tidak bermoral tinggi, gagal

memberi tempat kepada golongan professional Melayu dan gagal membezakan antara parti dan

kerajaan (menjadikan parti tidak ada ‘ownership’).

Sehingga kini, tiada tanda­tanda yang menunjukkan undi masyarakat Cina akan kembali kepada

BN. Tanpa sokongan bukan Melayu, negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor kelihatannya akan

terus kekal di tangan pembangkang.

PRN Sarawak dan dua PRK (Sungai Besar dan Kuala Kangsar) tidak seharusnya mengembirakan

UMNO secara berlebihan kerana itu adalah kawasan tradisi mereka. BN semata­mata berharap

kepada undi Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja untuk kekal bertahan.

Pengundi  Melayu dan Bumiputera di luar bandar tidak terlepas daripada beberapa isu getir yang

mencengkam mereka. Antaranya ialah kenaikan kos sara hidup, jurang kemiskinan yang makin

melebar, kemudahan asas dan masalah jenayah.

Adakah para jurucakap di PAU pada kali ini mempunyai keberanian untuk melontarkan idea­idea

membina untuk merungkaikan masalah Bumiputera seperti di atas atau sekadar beretorik,

memuji­muji pemimpin dan memecahkan hilai ketawa dengan cerita­cerita lawak basi?

Sudahkah ahli Majlis Tertinggi bersedia dengan fakta dan hujah­hujah yang menyakinkan untuk

menangani masalah ekonomi, pendidikan, agama, wanita, generasi muda, jatidiri Melayu dan

pembangunan negara secara umumnya?

12/26/2016 Perhimpunan Agung UMNO (PAU): Meluangkan retorik atau tangani isu Bumiputera | SarawakVoice.com

http://sarawakvoice.com/2016/11/28/perhimpunan­agung­umno­pau­meluangkan­retorik­atau­tangani­isu­bumiputera/ 3/3

Penghujahan di PAU sudah seharusnya mampu menunjukkan suatu penanda aras bahawa UMNO

tahu bagaimana untuk memenangi hati dan minda segmen­segmen masyarakat Melayu dan

Bumiputera yang semakin pelbagai, dimana variasinya yang paling bawah ialah petani dan

nelayan sehinggalah kepada kelas menengah dan pengurus dana bernilai ratusan juta ringgit!

     

Dr Muhammad Asri Mohd Ali

Dr Muhammad Asri Mohd Ali, penganalisis politik, ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Pengajian

Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya.

41

 

0

 

0

 

0

Share