taman pertanian universiti universiti … panduan (pdf...yang terdiri daripada duan atau tiga kuntum...

13
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 1 drp 13 TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/STA/06 BUKU PANDUAN TANAMAN JAMBU BATU

Upload: dinhkiet

Post on 16-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI … PANDUAN (pdf...yang terdiri daripada duan atau tiga kuntum bunga.Bunga jambu batu mempunyai 4 – 6 salut bunga yang berbulu dan kukuh (persistent)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 1 drp 13

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/STA/06

BUKU PANDUAN TANAMAN JAMBU BATU

Page 2: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI … PANDUAN (pdf...yang terdiri daripada duan atau tiga kuntum bunga.Bunga jambu batu mempunyai 4 – 6 salut bunga yang berbulu dan kukuh (persistent)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 2 drp 13

KANDUNGAN

Tajuk Mukasurat

1. Pendahuluan .................................................................. 3

2. Penanaman ...................................................................... 6 - 7

3. Penyelengaraan

i. Pengurusan Air………………………………………………7

ii. Pembajaan ...................................................................... 7

iii. Kawalan Rumpai ............................................................. 8

iv. Pemangkasan ................................................................. 8 -9

v. Kawalan Penyakit dan Perosak ...................................... 9 - 11

4. Kemantangan Dan Mengutip Hasil. ............................... 11

5. Pengendalian Lepas Tuai Dan Penyimpanan…………..12

6. Rujukan ………………………………………………………..13

Page 3: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI … PANDUAN (pdf...yang terdiri daripada duan atau tiga kuntum bunga.Bunga jambu batu mempunyai 4 – 6 salut bunga yang berbulu dan kukuh (persistent)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 3 drp 13

1. PENDAHULUAN

Nama biasa : Jambu batu

Nama saintifik : Psidium guajava,Linn

Keluarga: : Myrtaceae

i. Asal usul

Jambu batu berasal dari kawasan tropika Amerika Selatan,berkemungkinan besar dari kawasan

di antara Peru hingga Mexico. Nama botani jambu batu iaitu Psidium guajava berpunca

daripada perkataan Greek psidion bermakna buah pomegranate dan perkataan Sepanyol

guayabe bermakna pokok jambu. Saudagar- saudagar Sepanyol memainkan peranan dalam

penyebaran jambu batu ke merata Negara di dunia.Pada tahun 1526, jambu batu dibawa

masuk ke negara Filipina dan dari situ diperkembangkan ke negara-negara lain di Asia

Tenggara,Asia Timur dan India.

ii. Sifat Botani Tanaman

Pokok

- pokok bersaiz kecil hingga sederhana besar dan rendang. Ia mempunyai dahan-dahan yang

melempai dan tingginya tidak melebihi lapan meter.Kulit batangnya berwarna pucat serta licin

dan apabila pokok membesar,kulitnya akan menggelupas.

Daun

- daun berbentuk bujur dengan hujungnya bertumpul dan bulat di pangkalnya.Lapisan atas

daun berwarna hijau tua dan tidak berbulu, manakala lapisan bawah daun didapati berbulu,

berwarna hijau cerah dan mempunyai urat daun yang timbul.

Bunga

- bunga berwarna putih dan keluar dari ketiak-ketiak daun.Pada kebiasaanya didapati hanya

sekuntum bunga pada setiap ketiak daun, akan tetapi kadang kala terdapat sejambak bunga

yang terdiri daripada duan atau tiga kuntum bunga.Bunga jambu batu mempunyai 4 – 6 salut

bunga yang berbulu dan kukuh (persistent) sepanjang 1 – 1.5 cm/ 4 – 5 kelopak bunga yang

berwarna putih sepanjang 1 – 2 cm dan banyak stigma tersusun di atas piring dengan filament

Page 4: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI … PANDUAN (pdf...yang terdiri daripada duan atau tiga kuntum bunga.Bunga jambu batu mempunyai 4 – 6 salut bunga yang berbulu dan kukuh (persistent)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 4 drp 13

yang berwarna putih dan kepalanya berwarna kuning.Stigmanya berwarna kuning kehijauan,1.5

– 2.0 cm panjang dan didapati lebih tinggi daripada stamen.

Buah

- buah berjenis berry dan berbentuk bujur hingga bulat. Saiz buah didapati berbeza-beza dan

dipengaruhi oleh beberapa factor seperti jenis baka,system pengurusan ,cuaca,jenis tanah dan

kesuburan pokok.Buah muda berwarna hijau tua dan beransur-ansur bertukar kepada warna

hijau muda dan kuning apabila masak.Mesokarpa buah berwarna putih,merah muda atau

kuning keputihan.Rasanya manis,masam atau berasid dengan aroma yang lemah hingga ke

pekat.

Biji

i- biji – biji didapati terbenam di dalam palpa di tengah- tengah buah.Ia berbentuk seperti buah

pinggan dengan lapisan kulit yang keras.Biji jambu batu boleh disimpan selama setahun.Pada

kebiasaanya,biji jambu batu akan bercambah dalam tempoh dua atau tiga minggu selepas

disemai.

iii. Keperluan Agroklimatik

a) Iklim

kawasan dipersekitaran Khatulistiwa di dapati amat sesuai untuk penanaman jambu batu di

mana suhunya adalah tinggi (27 – 28 C) dengan taburan hujan yang tinggi dan sergam sebanyak

2,500 mm setahun.Taburan hujan yang mencukupi akan memberi kesan yang baik kepada

tumbesaran vegetative pokok, manakala hujan yang lebat dan berpanjangan akan menjejaskan

pengeluaran bunga dan pembentukan buah.Secara amnya,pokok jambu batu memerlukan

tekanan kekurangan air yang singkat untuk merangsangkan berbunga.

b) Tanah

factor-faktor tanah yang sesai untuk tanaman jambu batu adalah seperti yang dijelaskan dalam

jadual dibawah:

SIFAT SESUAI SEDERHANA SESUAI

Kecerunan 0 – 12 darjah 12 – 20 darjah

Saliran Tak sempurna Agak sangat salir

Kedalaman tanah yang berkesan

75 cm 50 – 75 cm

Tekstur dan struktur Berstruktur lom berpasir atau halus & berstruktur halus ke

sederhana

Berstruktur kasar dan lemah

Page 5: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI … PANDUAN (pdf...yang terdiri daripada duan atau tiga kuntum bunga.Bunga jambu batu mempunyai 4 – 6 salut bunga yang berbulu dan kukuh (persistent)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 5 drp 13

Kemasinan 1 mmhos 1 – 2 mmhos

Kedalaman lapisan asid sulfat 75 cm 50 – 75 cm

Ketebalan gambut Tiada gambut < 25 – 75%

Keberbatuan < 25% tersebar sama rata atau terdapat di bawah kedalaman

75 cm

25 – 75%

Ketidak seimbangan nutrien Tiada kandungan nutrient mikro yang berlebihan atau CEC

sederhana rendah

CEC sederhana rendah

iv. Jenis Klon Varieti

Sehingga tahun 1994. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia telah mendaftarkan lima belas

klon jambu batu di bawah Kod “GU” iaitu GU 1 – GU 15. Jabatan Pertanian buat masa ini hanya

mengesyorkan tiga klon sahaja untuk penanaman secara komersial iaitu GU 8 (Kampucea), GU 9

(Klom Toon Kloa) dan GU 10 (Klom Sali). Kultivar –kultivar jambu batu yang disyorkan untuk

penanaman komersil seelok-eloknya merangkumi semua ciri seperti berikut :

a) Saiz buah melebihi 7 cm garis pusat

b) Penghasilan yang tinggi dan konsisten.

c) Aroma dan perasa yang baik.

d) Isi yang manis hingga sedikit berasid.

e) Tekstur buah yang rapuh.

f) Isi yang tebal.

g) Sedikit atau tanpa biji.

h) Isi berwarna merah jambu.

i) Pokok rintang kepada musuh dan penyakit.

Ciri Kultivar Yang Diklonkan

GU 8 (Kampucea)

Kultivar yang sesuai dimakan segar,ia diperkenalkan pada tahun 1978 oleh penanam-penanam

di Bidor,Perak.Ia didaftarkan pada 30 Jun 1984 dan merupakan jenis yang paling banyak

ditanam kerana penghasilan yang tinggi.Pokok mempunyai ketinggian yang sederhana,daun

berbentuk bujur dengan ukuran 12.0 cm x 6.5 cm dan mempunyai 24 – 27 pasang urat

sisi.Pokok mula berbuah dalam masa enam ke lapam bulan selepas ditanam dengan hasil

diantara 45 – 50 tan buah sehektar setahun pada peringkat umur empat ke lima tahun.Ia

mempunyai dua ke tiga musim buah setahun. Buah berbentuk bulat panjang dengan purata

berat di antara 450 – 750 g sebiji.Warna buah hijau kekuningan,isinya rapuh dan sederhana

tebal.Rasanya masam manis dan mengandungi banyak biji.Buah boleh dipetik pada 14 – 16

Page 6: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI … PANDUAN (pdf...yang terdiri daripada duan atau tiga kuntum bunga.Bunga jambu batu mempunyai 4 – 6 salut bunga yang berbulu dan kukuh (persistent)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 6 drp 13

minggu selepas berputik apabila warna kulit buah bertukar daripada hijau kepada hijau

kekuningan.

GU 9 (Klom Toon Klao)

Kultivar ini diperkenalkan dari Thailand dan sesuai dimakan segar.Ia didaftarkan pada 30 Ogos

1985.Pokok mula berbuah dalam masa lapan ke sepuluh bulan selepas ditanam dengan

penghasilan yang sederhana tinggi di antara 25 – 30 tan sehektar setahun pada peringkat

umur empat ke lima tahun.Ia mempunyai dua ke tiga musim buah setahun.Buah bersaiz

sederhana besar dengan berat antara 330 – 350 g sebiji.Berbentuk hamper bulat dengan

permukaan yang menggerutu sedikit.Kulit buah nipis ,berwarna hijau, isinya putih, rasanya

manis sedikit dan rapuh.Kandungan biji sedikit iaitu lebih kurang satu peratus daripada berat

buah.

GU 10 (Klom Sali)

Kultivar ini sesuai dimakan segar dan diperkenalkan dari Thailand. Ia didaftarkan pada 30

Ogos 1985 dan merupakan di antara jenis buah-buahan yang disyorkan oleh Majlis

Pengeksport Buah-buahan Thailand (Thailand Fruit Export CounciI). Pokoknya rendah hingga

sederhana tinggi.Ia merupakan jenis yang cepat berbuah iaitu 8 – 12 bulan selepas ditanam

dengan penghasilan diantara 25 – 40 tan sehektar setahun.Daunya berwarna hijau,berbentuk

bujur dengan ukuran 12.0 cm x 6.5 cm dan mempunyai 15- 18 urat sisi daun.Buah bersaiz

sederhana besar dengan purata 250 – 350 g sebiji dan berbentuk hamper bulat, sederhana

tebal dan rapuh.Rasanya manis dengan kandungan asid yang rendah.Kandungan biji

sederhana.

2.PENANAMAN

i. Bahan tanaman:

Pembiakan boleh dijalankan sama ada melalui biji atau secara tampang.Kaedah pembiakan

melalui biji tidak disyorkan kerana menimbulkan masalah ketulenan baka.Pembiakan secara

tampang boleh dilakukan melalui kaedah keratan,tut atau cantuman.Kaedah tut dan

cantuman lebih diutamakan kerana tumbesaran yang cepat, kejayaan cantuman yang tinggi,

tidak memerlukan kemahiran dan mudah dilaksanakan dengan peralatan yang murah.

ii.Penanaman di Ladang

Page 7: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI … PANDUAN (pdf...yang terdiri daripada duan atau tiga kuntum bunga.Bunga jambu batu mempunyai 4 – 6 salut bunga yang berbulu dan kukuh (persistent)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 7 drp 13

Penanaman dilakukan pada awal musim hujan dan hanya pokok benih yang sihat dan segar

sahaja digunakan.Sebanyak 5 kg baja organic,100 gm baja fosfat dan 250 gm kapur

dicampurkan ke dalam lubang,ditimbus dengan tanah dan kemudian dipadatkan sehingga

menjadi busut kecil.Setiap anak pokok hendaklah diikat pada kayu sokongan berukuran satu

meter tinggi dan diberi sungkupan.Penyiraman dilakukan setiap hari sekiranya tidak

hujan.Jarak tanaman yang disyorkan ialah 4m x 4m dan jarak ini memberikan kepadatan

sebnyak 625 pokok sehaektar.

3.PENYELENGGARAAN

i. Pengurusan air

Air merupakan satu daripada keperluan asas untuk tanaman jambu batu selain daripada udara

dan tanah.Keperluan air adalah faktor utama untuk meningkatkan pengeluaran hasil jambu

batu dan tumbesaran pokok.Sistem pengairan yang boleh digunakan untuk tanaman jambu

batu ialah sistem pengairan titis dan sistem pengairan penyemburan.Pemilihan jenis sistem

pengairan bergantung kepada kepadatan sumber air,kualiti air,bentuk muka

bumi,topografi,perbezaan aras tertinggi dan terendah serta modal kos pembangunan.

ii. Pembajaan

Untuk menjamin tumbesaran pokok dan penghasilan yang optimum,pembajaan hendaklah

dilakukan dengan cara yang berkesan pada kadar dan masa yang tepat berasaskan peringkat

dan corak tumbesaran pokok.Jenis dan kadar pembajaan yang disyorkan adalah seperti

dibawah:

Umur pokok (tahun)

Jenis baja Kadar baja (kg/pokok/tahun)

Kekerapan

Semasa menanam

Triple Superphosphate Ground Magnesium Limestone

Baja Organik

0.1 0.25. 5.0

- - -

1 NPK 15 : 15 : 15 Organik

0.5 5.0

2 bulan sekali 6 bulan sekali

2 NPK 15 : 15 : 15 Organik

1.0 10.0

2 bulan sekali 6 bulan sekali

3 NPK 12 : 12 : 17 : 2 Organik

1.5 15.0

2 bulan sekali 6 bulan sekali

4 & ke atas NPK 12 : 12 : 17 : 2 Organik

2.0 20.0

2 bulan sekali 6 bulan sekali

Page 8: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI … PANDUAN (pdf...yang terdiri daripada duan atau tiga kuntum bunga.Bunga jambu batu mempunyai 4 – 6 salut bunga yang berbulu dan kukuh (persistent)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 8 drp 13

iii. Kawalan rumpai

Rumpai di kawal secara manual dan menggunakan racun rumpai.Pengurusan rumpai secara

manual dilakukan dengan menggunakan tajak dan biasanya disyorkan untuk kawasan yang

tidak berapa luas dan peringkat pokok muda.Pengurusan rumpai dengan racun diutamakan

untuk kawasan yang luas dan peringkat pokok di mana umur melebihi dua tahun

diladang.Semasa semburan dilakukan, tindakan berhati –hati perlu diambil supaya tidak

terkena pada pokok jambu dan memberi kesan pada fitoksik.Jenis-jenis racun yang berkesan

dalam pengurusan rumpai dikawasan jambu batu adalah seperti dibawah:

Jenis rumpai Jenis racun Kadar (ml/4.5 liter air)

Rumpai daun lebar Ageratum convoides Asystasia intrusa Mikania micrantha Croton hirtus Borreria latifolia

Glufosinate – ammonium (13.5%)

30

Rumput Axonopus compressus Eleusine indica

Glufosinate – ammonium (13.5%)

30

Paspalum conjugatum Paraquat (25.3%) 30

Rusiga Cyperus kyllingia Cyperus zollingeri

Bentazone (39.6%) 150

Lalang Imperata cylindrica

Glyphhosate (41.0%) 25

iv. Pemangkasan

Pemangkasan merupakan satu operasi pengurusan yang penting.Ia dilakukan dengan beberapa

tujuan seperti berikut :

a) Membentuk dan mengawal tumbesaran pokok

b) Mengawal pengeluaran bunga

c) Memperbaiki sistem pengudaraan pokok

d) Menambah kemasukan sinaran matahari

e) Memudahkan kerja-kerja pengurusan

f) Mengawal serangan musuh dan penyakit

Page 9: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI … PANDUAN (pdf...yang terdiri daripada duan atau tiga kuntum bunga.Bunga jambu batu mempunyai 4 – 6 salut bunga yang berbulu dan kukuh (persistent)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 9 drp 13

Terdapat 3 jenis pemangkasan yang digunakan untuk pokok jambu batu :

1.PemangkasanPembentukan

- Biasanya dilakukan pada peringkat awal tumbesaran pokok untuk mewujudkan satu rangka

pokok yang baik .Anak pokok tut yang mempunyai dua ke tiga dahan primer dicantas pada

paras 0.5 meter panjang untuk menggalakkan pertumbuhan dahan-dahan sekunder.Pada setiap

dahan primer, tiga atau empat dahan sekunder yang seimbang dikekalkan untuk memberi

rangka pokok.

2.PemangkasanPengurusan

-Pemangkasan pengurusan dilakukan secara berterusan dengan tujuan menjaga kesuburan

pokok.Dahan dan ranting-ranting yang bersilang, berpenyakit, mati, lemah dan yang tidak

diperlukan hendaklah dicantas.Pemangkasan ini juga dilakukan untuk mengawal pertumbuhan

vegetative pokok dan secara tidak langsung mempengaruhi musim pembungaan.

3.PemangkasanPemulihan

- Pemangkasan ini dilakukan apabila pokok-pokok telah tua dan tidak lagi produktif.Ianya

dilaksanakan dengan mencantas dahan-dahan tertier supaya digantikan dengan pucuk-pucuk

yang baru.

v. KAWALAN PENYAKIT dan PEROSAK

a)Penyakit

Penyakit – penyakit utama bagi tanaman jambu batu adalah seperti berikut :

Penyakit Tanda- tanda Kawalan

Penyakit Keruping Buah – Scab (Pestalotiopsis psidii)

-Bermula sebagai bintik kecil berwarna hitam akibat serangan serangga seperti kepinding nyamuk. -Bintik-bintik ini akan membesar dan menjadi tompok nekrotik sebesar 1-3 mm, berbentuk perang hitam. -Apabila buah membesar, bahagian epidermis buah di sekeliling keruping akan terkoyak dan timbul,

- Kulat penyakit ini merupakan jenis yang lemah dan perlukan luka untuk menjangkiti buah. -Kawalan yang diamalkan hendaklah merangkumi kawalan serangga yang melukakan buah dan kulat itu sendiri. -Serangga kepinding nyamuk boleh dikawal dengan semburan racun serangga seperti cypermethrin atau deltamethrin,

Page 10: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI … PANDUAN (pdf...yang terdiri daripada duan atau tiga kuntum bunga.Bunga jambu batu mempunyai 4 – 6 salut bunga yang berbulu dan kukuh (persistent)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 10 drp 13

maka di bahagian tengahnya pula menjadi lekuk.

manakala kulat dikawal dengan racun kulat yang mengandungi kuprum dan zink.

Penyakit Stylar – End Ring Rot (Phomopsis psidii Ng Raj & Ponnapa)

- Bermula dengan bintik-bintik nekrotik disebelah bawah buah. - Biasanya sebelah bawah buah dijangkiti kerana spora-spora dibawa oleh air hujan. - Bintik-bintik menjadi hitam, membesar dan bercantum dengan melingkari buah. - Bahagian nekrotik boleh merebak ke dalam buah hingga kebahagian biji.

-Buah-buah yang tidak dibungkus didapati mengalami jangkitan yang lebih tinggi berbanding dengan buah yang dibungkus. -Untuk memperolehi kawalan yang berkesan, semburan dilakukan sebelum pembungkusan buah dijalankan. -Racun-racun kulat seperti carbendazim, benomyl, carbendazim-mancozeb, chlorothalonil dan fentinacetate member kawalan yang berkesan. -Amalkan pembersihan ladang untuk mengurangkan sumber penyakit dan kelembapan yang tinggi.

b) Perosak

Perosak utama tanaman jambu batu adalah seperti berikut :

Perosak Tanda-tanda Kawalan

Nematod (Meloidogyne incognita)

-Pokok-pokok yang diserang kelihatan tidak segar dan terbantut. -Kanopi pokok menjadi jarang dan dain-dain menjadi kuning. -Buah menjadi kecil, mencapai kematangan dalam masa yang singkat dan warnya kelihatan pudar. -Kulit batang tidak mengelupas. -Pemeriksaan system akar menunjukkan akar menjadi bengkak dan berubah warna. -Serangan yang teruk, menjadikan akar tunjang dan akar sisi akan kelihatan bengkak dan pecah-pecah.

-Tabur racun seperti carbofuran atau fenamiphos -Guna bahan tanaman yang bebas daripada nematode, khasnya dalam penyediaan anak benih dan tanah yang digunakan dalam beg politena perlu di steril.

Lalat Buah (Bactrocera dorsalis)

-Lalat buah betina bertelur pada buah hijau yang bersaiz muda kematangan. -Telur ini akan menetas dan larva yang keluar akan mengorek ke dalam isi buah dan menyebabkan kerosakan.

-Cara sanitasi, di mana buah- buah yang diserang dikutip dan ditanam dalam tanah. -Membalut buah-buah muda dengan beg kertas. -Semburan setempat dengan

Page 11: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI … PANDUAN (pdf...yang terdiri daripada duan atau tiga kuntum bunga.Bunga jambu batu mempunyai 4 – 6 salut bunga yang berbulu dan kukuh (persistent)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 11 drp 13

umpan protein seperti promar yang dicampur dengan malathion.Sembur 40ml campuran promar pada tiap-tiap pokok dan ulangi semburan lima hari sekali dari peringkat berputik hingga buah dipetik. -Mengumpan dengan pemikat methyl eugenol.Cara ini memerangkap lalat buah jantan dan seterusnya mengurangkan populasi lalat buah.

Kutu Terip (Selenothrips rubrocintus,Scirtothrips dorsalis)

-Kutu terip menyerang putik, bunga dan buah. -Perosak ini biasanya merosakkan lapisan permukaan buah dan meninggalkan kesan calar dan bersinar. -Serangan menjadi serius pada musim kemarau dan di kawasan yang baru ditanam.

-Untuk mendapatkan kawalan yang baik, semburan liputan secara menyeluruh perlu dilakukan apabila terdapat kesan serangan. -Racun-racun seperti bendiocarb dan biomopropylate adalah berkesan.

Koya-koya (Ferisiana virgata,Psedococcus citriculus & Planacoccus paciffus)

-Serangga pada peringkat dewasa dan peringkat nimfa menghisap sap pokok dan jika populasinya tinggi, pertumbuhan kulapok hitam akan berlaku dan seterusnya mengurangkan mutu buah.

-Sembur campuran minyak dan racun serangga sistemik seperti acephate atau carbaryl apabila terdapat kesan serangan. -Kawal semut yang memakan manisan dengan menyembur cypermethrin pada batang dan bahagian pangkal pokok.

Bena Putih (Aleurotuberculatus canangae)

-Bena putih bertelur di bawah permukaan daun secara berasingan. -Nimfa serangga tidak bergerak dan kelihatan seperti sisik dan kadang kala berduri. -Bena putih dewasa dan nimfa menghisap cairan pokok,khasnya dibawah permukaan daun dan mengeluarkan manisan yang mengakibatkan kulapok hitam.

-Sembur racun dilakukan apabila serangan menjadi serius. -Racun-racun seperti deltamethrin dan permethrin adalah disyorkan.

4. KEMATANGAN DAN PENGUTIPAN HASIL

i. Kematangan

Buah jambu berwarna hijau tua.Apabila matang,warna buah beransur-ansur berubah kepada

hijau muda dan kemudian menjadi kuning apabila masak.Buah jambu batu dipetik pada

kematangan yang berasakan kegunaanya.Untuk kegunaan makan segar,buah dipetik apabila

Page 12: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI … PANDUAN (pdf...yang terdiri daripada duan atau tiga kuntum bunga.Bunga jambu batu mempunyai 4 – 6 salut bunga yang berbulu dan kukuh (persistent)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 12 drp 13

berwarna hijau muda dan peringkat ini buah didapati masih keras dan rangup.Untuk kegunaan

jus,buah dipetik apabila betul-betul masak iaitu berwarna kuning.

ii. Hasil

Pada kebiasaanya pokok jambu batu mula mengeluarkan hasil apabila memasuki tahun kedua

penanaman.Penghasilannya akan terus meningkat,mencapai maksimum pada umur empat

hingga lima tahun dan seterusnya hasil akan merosot.Penanaman semula dilaksanakan apabila

pokok mencapai umur di antara lapan hingga sepuluh tahun.

iii. Musim

Secara amnya,musim berbuah bagi tanaman jambu batu dipengaruhi oleh cuaca setempat.Di

Malaysia terdapat dua musim kering setahun,iaitu pada bulan Januari hingga Mac dan Jun

hingga Julai.Kedua-dua musim kering akan memperangsang pokok jambu batu berbunga.Pokok

jambu batu GU8, GU9 dan GU 10 didapati mempunyai dua hingga tiga musim setahun.

iv. Indeks Penuaian

Indek kematangan buah dipastikan dengan perkiraan masa dari mula berputik.Perkiraan masa

dimulakan apabila putik buah mempunyai garis pusat di antara 8 – 10cm.Berasaskan kaedah

ini,indeks kematangan buah jambu batu klon GU 8 ialah 16 minggu selepas berputik untuk

tujuan kegunaan makan segar.

v. Pengutipan Hasil

Pemetikan buah jambu batu dijalankan dengan menggunakan gunting secateurs.Tangkai buah

digunting dan buah bersama kertas pembalutnya dimasukkan ke dalam baldi plastik.Apabila

penuh, buah-buahan daripada baldi dimasukkan dalam bakul plastik yang besar .Bakul raga

tidak disyorkan kerana berkemungkinan melukakan permukaan buah.

5.PENGENDALIAN LEPAS TUAI DAN PENYIMPANAN

i. Pengendalian di Ladang

Buah-buah yang telah dipetik harus dipelihara dari segi kesegaranya.Suhu yang tinggi diladang

akan menyebabkan buah menjadi kecut kerana kehilangan air.Buah-buah yang dipetik perlu

disejukan.Ini dapat dilakukan dengan beberapa kaedah,iaitu membasahkan kertas pembalut

buah,memetik buah pada waktu yang kurang panas,meletakkan buah di tempat yang

redup,mewujudkan sistem penghantaran buah yang cekap dan member lindungan kepada buah

semasa pembungkusan untuk operasi seterusnya.

Page 13: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI … PANDUAN (pdf...yang terdiri daripada duan atau tiga kuntum bunga.Bunga jambu batu mempunyai 4 – 6 salut bunga yang berbulu dan kukuh (persistent)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 13 drp 13

ii. Pengendalian di Pusat Pembungkusan

Pusat pembungkusan merupakan tempat khas di mana buah-buah dari ladang disediakan

sebelum dipasarkan.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah memilih,membasuh,merawat

buah dengan racun kulat,mengeringkan,membungkus dan penyimpanan.Pengendalian buah

yang sebenar bergantung kepada tujuan pasaran,iaitu sama ada disediakan untuk pasaran

tempatan atau pasaran eksport melalui udara atau kapal.

iii. Penyimpanan

Buah jambu batu boleh disimpan dalam suhu bilik atau di bawah bilik sejuk mengikut

keperluannya.Untuk pasaran tempatan,buah jbatu boleh disimpan selama seminggu di bawah

suhu bilik (26 c) tanpa menjejaskan kualitinya.Untuk penyimpanan yang lebih lama,bilik sejuk

perlu digunakan.Di bawah suhu 20 c,buah jambu batu boleh disimpan selama Sembilan ke

sepuluh hari.Di bawah suhu pada 5 c,jambu batu klon GU8 dapat disimpan selama dua ke tiga

minggu,manakala jenis yang tidak berbiji dapat disimpan selama lima minggu.

6. RUJUKAN

i. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (2001) – Pakej Teknologi Jambu Batu