laporan roadshow universiti teknologi … roadshow universiti teknologi malaysia ke pekanbaru,...

9
1 LAPORAN ROADSHOW UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KE PEKANBARU, INDONESIA TARIKH : 13 – 16 MEI 2009 Disediakan oleh: Prof. Madya Dr. Hadi Nur

Upload: duongngoc

Post on 07-Mar-2018

235 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN ROADSHOW UNIVERSITI TEKNOLOGI … roadshow universiti teknologi malaysia ke pekanbaru, indonesia tarikh : ... 5.0 lawatan ke politeknik caltex riau, universitas lancang kuning

1

LAPORAN ROADSHOW UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KE PEKANBARU, INDONESIA

TARIKH : 13 – 16 MEI 2009

Disediakan oleh: Prof. Madya Dr. Hadi Nur

Page 2: LAPORAN ROADSHOW UNIVERSITI TEKNOLOGI … roadshow universiti teknologi malaysia ke pekanbaru, indonesia tarikh : ... 5.0 lawatan ke politeknik caltex riau, universitas lancang kuning

2

1.0 LATAR BELAKANG LAWATAN

Program lawatan ini adalah antara persediaan universiti untuk ke arah menaikkan

status Universiti Teknologi Malaysia ke Universiti Penyelidikan. Di samping itu,

program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan UTM di Pekanbaru.

2.0 TUJUAN LAWATAN

• Mendapatkan calon-calon pelajar sarjana muda dan juga pasca siswazah.

• Mencari rakan-rakan universiti untuk pertukaran pelajar.

• Membina jaringan dan hubungan antarabangsa yang boleh membantu Universiti

mencapai status ‘Research University’.

• Mengenengahkan kecemerlangan Universiti di peringkat global melalui jaringan

hubungan untuk menjadikannya lebih menonjol dalam masyarakat antarabangsa

mahupun tempatan.

• Memperluaskan promosi akademik Universiti ke peringkat antarabangsa untuk

menarik lebih ramai pelajar luar negara.

• Meningkatkan imej Universiti agar setanding dengan universiti-universiti ternama

dunia.

3.0 DELEGASI LAWATAN

• Prof. Madya Dr. Hadi Nur (Ketua Delegasi, Pengurus Hal-Ehwal Antarabangsa

Sektor Indonesia)

• Prof.Madya Dr. Ismail Said (Ketua Jabatan Arkitektur Lanskap)

• Prof. Madya Abdul Razak Ismail (Pengarah Unit Alumni Unit)

• Prof. Madya Dr. Othman Che Puan (Timbalan Dekan, Sekolah Pengajian

Siswazah)

• Prof. Madya Dr. Syed Abdul Rahman Syed Abu Bakar (Ketua Jabatan Pengajian

Siswazah, Fakulti Kejuruteraan Elektrikal)

• Mohd Syazli bin Md. Tahir, (Penolong Pendaftar, Unit Pemasaran)

Page 3: LAPORAN ROADSHOW UNIVERSITI TEKNOLOGI … roadshow universiti teknologi malaysia ke pekanbaru, indonesia tarikh : ... 5.0 lawatan ke politeknik caltex riau, universitas lancang kuning

3

4.0 LAWATAN KE SEKRETARIS DAERAH PROPINSI RIAU

4.1 Delegasi UTM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hadi Nur disambut oleh

Wan Syamsir Yus, Setiausaha Daerah Provinsi Riau di Pejabat Gabernor

Riau di Pekanbaru pada jam 10.00 pagi (14 Mei 2009). Delegasi UTM

seterusnya diberi penerangan oleh Wan Syamsir Yus bahawa Provinsi Riau

sedang mempertingkatkan prestasi pendidikan di Riau dengan menghantar

pelajar-pelajar daripada Riau melanjutkan pelajaran ke luar negara. UTM

boleh mengambil peluang ini untuk menerima pelajar-pelajar terutama dalam

bidang kejuruteraan. Sehingga kini masih belum ada kerjasama di antara

provinsi Riau dengan UTM.

Kunjungan ke Sekretariat Daerah Provinsi Riau, Wan Syamsir Yus, di pejabar Gabernor Riau di

Pekanbaru.

Page 4: LAPORAN ROADSHOW UNIVERSITI TEKNOLOGI … roadshow universiti teknologi malaysia ke pekanbaru, indonesia tarikh : ... 5.0 lawatan ke politeknik caltex riau, universitas lancang kuning

4

5.0 LAWATAN KE POLITEKNIK CALTEX RIAU, UNIVERSITAS LANCANG KUNING ,

UNIVERSITAS RIAU, UNIVERSITAS ISLAM RIAU DAN UNIVERSITAS ISLAM

SULTAN SYARIF KASSIM

5.1 Lawatan ke Politeknik Caltex Riau dan Universitas Lancang Kuning dilakukan

pada sebelah petang (14 Mei 2009). Lawatan ke Universitas Riau, Universitas

Islam Sultan Syarif Kassim dan Universitas Islam Riau dilakukan pada

keesokan harinya (15 Mei 2009). Dua agenda telah dibincangkan di kelima-

lima institusi yang dikunjungi. Agenda-agenda tersebut adalah:

- Mendapatkan calon-calon pelajar sarjana muda dan juga pasca siswazah.

- Mencari rakan-rakan universiti untuk pertukaran pelajar.

5.2 Di setiap institusi yang dikunjungi, delegasi UTM disambut oleh:

- Ir. R. Awan Setyawan (Direktur Politeknik Caltex Riau)

- Dr. Syafrani (Timbalan Rektor – Akademik, Universitas Lancang Kuning)

- Dr. Syaiful Bahri (Dekan Fakultas Teknik, Universitas Riau)

- Prof. Dr. Munzir Hitami (Timbalan Rektor - Akademik, Universitas Islam

Sultan Syarif Kassim)

- Dr. Sugeng Wiyono (Dekan Fakultas Teknik, Universitas Islam Riau)

Pada setiap kunjungan, dekan-dekan, ketua-ketua jabatan dan pensyarah-

pensyarah daripada institusi yang dikunjungi juga turut hadir.

5.3 Pada setiap kunjungan Prof. Madya Dr. Hadi Nur membuka perbincangan

dengan memberikan penerangan bahawa UTM sedang mempertingkatkan

kerjasama di antara universiti-universiti di Indonesia dengan UTM, di

antaranya untuk pertukaran pelajar. Pihak Politeknik Caltex Riau, Universitas

Lancang Kuning, Universitas Riau, Universitas Islam Sultan Syarif Kassim

dan Universitas Islam Riau juga telah diberi penerangan mengenai

transformasi UTM ke universiti penyelidikan.

Page 5: LAPORAN ROADSHOW UNIVERSITI TEKNOLOGI … roadshow universiti teknologi malaysia ke pekanbaru, indonesia tarikh : ... 5.0 lawatan ke politeknik caltex riau, universitas lancang kuning

5

Lawatan ke Politeknik Caltex Riau

Lawatan ke Universitas Lancang Kuning

Lawatan ke Universitas Riau

Page 6: LAPORAN ROADSHOW UNIVERSITI TEKNOLOGI … roadshow universiti teknologi malaysia ke pekanbaru, indonesia tarikh : ... 5.0 lawatan ke politeknik caltex riau, universitas lancang kuning

6

Lawatan ke Universitas Islam Negeri Syarif Kasim

Lawatan ke Universitas Islam Riau

6.0 TEMU BUAL DI RADIO REPUBLIK INDONESIA DAN AKHBAR RIAU POS

6.1 Temu bual interaktif di Radio Republik Indonesia (RRI) disertai oleh Prof.

Madya Dr. Hadi Nur, Prof. Madya Dr. Ismail Said dan En. Dahliyusmanto

pada 16 Mei 2009. Pada temu bual ini pihak UTM telah memberi penerangan

mengenai peluang-peluang yang boleh diambil oleh pelajar-pelajar yang akan

melanjutkan pengajian di peringkat prasiswazah dan pasca siswazah di UTM.

Dalam temu bual interaktif ini, delegasi UTM juga telah menerima pertanyaan-

pertanyaan melalui telefon dari pendengar-pendengar RRI yang siarannya

boleh diterima sehingga ke Melaka.

Page 7: LAPORAN ROADSHOW UNIVERSITI TEKNOLOGI … roadshow universiti teknologi malaysia ke pekanbaru, indonesia tarikh : ... 5.0 lawatan ke politeknik caltex riau, universitas lancang kuning

7

Temu bual interaktif di Radio Republik Indonesia

7.0 PAMERAN PENDIDIKAN

7.1 Pameran pendidikan UTM dilaksanakan di Hotel Pangeran dari 9.00 pagi

sehingga 5.00 petang (16 Mei 2009). Pelawat-pelawat tapak pameran telah

diberi penerangan mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh UTM.

Walaubagaimanapun, jumlah pelawat-pelawat yang datang tidak seperti yang

dijangkakan. Kurangnya pelawat-pelawat yang datang mungkin disebabkan

waktu penghebahan berita mengenai pameran ini terlalu pendek.

Page 8: LAPORAN ROADSHOW UNIVERSITI TEKNOLOGI … roadshow universiti teknologi malaysia ke pekanbaru, indonesia tarikh : ... 5.0 lawatan ke politeknik caltex riau, universitas lancang kuning

8

Kegiatan Pameran dan Diskusi

8.0 PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI UTM DI PEKANBARU

8.1 Persatuan alumni UTM di Pekanbaru telah ditubuhkan memandangkan

alumni UTM di Pekanbaru sudahpun mencukupi. Dr. Sugeng Wiyono telah

dipilih secara sebulat suara sebagai Ketua Persatuan Alumni UTM di

Pekanbaru.

Page 9: LAPORAN ROADSHOW UNIVERSITI TEKNOLOGI … roadshow universiti teknologi malaysia ke pekanbaru, indonesia tarikh : ... 5.0 lawatan ke politeknik caltex riau, universitas lancang kuning

9

Pembentukan Ikatan Alumni UTM Riau dan Dinner Bersama Alumni

9.0 KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada hasil lawatan yang telah diadakan, adalah

hubungan dan kerjasama diantara UTM dengan universiti-universiti di Pekanbaru

dalam bidang pertukaran pelajar, penyelidikan dan pengajaran dapat

dipertingkatkan. Aktiviti promosi UTM ini dapat memberikan maklumat yang lengkap

bagi calon-calon pelajar yang berasal dari Indonesia khususnya mereka yang

berasal dari Pekanbaru. Di samping itu, minat pemohon untuk melanjutkan pengajian

di Universiti Teknologi Malaysia juga dapat ditarik.