pbs maksud perkataan

Upload: donut

Post on 08-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Pbs Maksud Perkataan

    1/1

    PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAHASA MELAYU TINGKATAN SATU

    NAMA: ______________________________ TINGKATAN: _______________

    B2 DB1 E1 - Memberikan maksud perkataan yang terdapat dalam petikan.

    Pertemuan Misteri

    Tolong! Jangan apa-apakan saya, rayu Syahida.

    Satu makhluk yang bermuka lonjong bak telur ayam, matanya bulat tersembul keluar seperti bola

    pingpong, berhidung kembang dan berbadan robot berwarna hijau berada di dalam biliknya. Makhluk itu

    terus memegang tangan kanan Syahida dengan kuat lalu mengeluarkan cahaya kebiru-biruan pada bahagian

    yang dipegang. Rakan makhluk itu memegang tangan kirinya. Mereka tidak berkata-kata apa-apa seperti

    orang bisu.

    Apakah yang kamu mahu?tanya Syahida.

    Syahida amat hairan kerana makhluk itu boleh berada di dalam biliknya sedangkan semua pintu dan

    tingkap tertutup.

    Mereka berdua tidak menghiraukan rayuan Syahida. Mereka terus memegang tangan Syahida. Syahida tidakmampu berbuat apa-apa kerana walaupun badan makhluk itu sebesar badannya tetapi tenaga makhluk itu

    amat kuat seperti Badang untuk ditentang oleh Syahida.

    Tolong! Tolong! jerit Syahida sambil meronta-ronta.

    Tiada sesiapa yang mendengar jeritannya. Mungkin pada malam itu semua penghuni rumah sedang

    nyenyak dibuai mimpi.

    Tiba-tiba cahaya kekuningan menerjah masuk ke dalam bilik melalui tingkap kaca. Cahaya itu

    membelit mereka. Selepas itu, Syahida tidak mengetahui apa-apa lagi.

    Tiba-tiba cahaya kekuningan menerjah masuk ke dalam bilik melalui tingkap kaca. Cahaya itu membelit

    mereka. Selepas itu, Syahida tidak mengetahui apa-apa lagi.

    Di manakah saya?tanya Syahida setelah sedar.

    Syahida melihat sekeliling. Satu makhluk yang amat besar sedang duduk di kerusi yang bercahaya dihadapannya.

    Mungkin itu ketua makhluk di sini,fikir Syahida.

    Kami perlukan pertolongan kamu. Tiba-tiba makhluk bertubuh besar itu bersuara.

    Pertolongan? Apakah pertolongan yang boleh saya lakukan?tanya Syahida.

    Sebenarnya, kami telah diserang binatang luar biasa. Hampir seluruh penduduk kami telah pengsan

    akibat serangan itu.

    Itulah jenis serangga yang telah menyerang kami,terang makhluk tersebut sambil menuding jari ke

    bangkai seekor serangga.

    Itu lipas,kata Syahida pantas.

    Ya, kami tahu bangsa kamu mengetahuibinatang ini. Bapa saudara kamu yang bertugas di pusat

    kajian penyakit telah menjumpai vaksin penyembuh penyakit tersebut. Oleh itu, kami mahu kerjasama kamuuntuk mendapatkan vaksin itu.

    BIL PERKATAAN MAKSUD

    1 lonjong Makin ke atas makin runcing, tinggi

    2

    3

    4

    5

    6

    78

    9

    10