kata hampir sama maksud bil perkataan maksud contoh ayat€¦ · kita perlu menyangai kacang tanah...

36
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 1 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 1. Mengangkat atau memegang sesuatu sambil bergerak ke tempat lain Pak Ali ke tebing sungai sambil membawa sebatang joran 2. Membawa sesuatu di atas kepala Mak Limah berjaja dari rumah ke rumah sambil menjunjung barang jualannya. 3. Menyandang sesuatu pada bahu Budak lelaki itu menggalas pelampung getah menuju ke pinggir laut. 4. Membawa dengan meletakkan di atas bahu Pak Harun memikul padi yang diisi di dalam guni itu ke rumahnya. 5. Membawa dengan mengepit di bawah ketiak Encik Rosman mengelek fail ketika menunggu bas tiba. 6. Meletak di atas riba Did memangku anak kecil itu dengan penuh kasih sayang. 7. Membawa sesuatu di atas tapak tangan/ menating Puan Atikah sedang menatang dulang berisi medal untuk dihadiahkan kepada pemenang pertandingan itu.

Upload: others

Post on 31-Oct-2020

166 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

1 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

1.

Mengangkat atau memegang sesuatu sambil bergerak ke tempat lain

Pak Ali ke tebing sungai sambil membawa sebatang joran

2.

Membawa sesuatu di atas kepala

Mak Limah berjaja dari rumah ke rumah sambil menjunjung barang jualannya.

3.

Menyandang sesuatu pada bahu

Budak lelaki itu menggalas pelampung getah menuju ke pinggir laut.

4.

Membawa dengan meletakkan di atas bahu

Pak Harun memikul padi yang diisi di dalam guni itu ke rumahnya.

5.

Membawa dengan mengepit di bawah ketiak

Encik Rosman mengelek fail ketika menunggu bas tiba.

6.

Meletak di atas riba

Did memangku anak kecil itu dengan penuh kasih sayang.

7.

Membawa sesuatu di atas tapak tangan/ menating

Puan Atikah sedang menatang dulang berisi medal untuk dihadiahkan kepada pemenang pertandingan itu.

Page 2: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

2 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

8.

Mengangkat ke atas Pak Samad menjulang anaknya ketika meredah sungai itu.

9.

Menjinjing/ membawa sesuatu dengan tangan ke bawah

Suriati keluar dari kedai itu sambil menjinjit beg plastik.

10.

Membawa sesuatu dengan pengandar (batang kayu, besi, atau buluh)

Wak Satiman mengandar sayuran untuk dijual di pasar tani.

11.

Menolak ke hadapan

Salim membantu menyorong kerusi roda yang dinaiki pesakit itu.

12.

Memimpin

Kamil menuntun basikal di kawasan sekolah.

13.

Menarik sesuatu dengan bergeser pada sesuatu permukaan/ dengan paksa

Pak Abu menyeret lembu yang mati itu untuk ditanam.

14.

Menggerakkan ke atas / menaikkan

Kamil mengangkat kerusi itu untuk diletakkan di atas meja.

Page 3: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

3 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

15.

Mengangkat dari tempat asal

Ibu mengangkit periuk besrisi kari itu dengan menggunakan pengalas.

16.

Mengangkat dan membawa ke suatu tempat

Lori itu digunakan untuk mengangkut barangan ke rumah baharunya di taman perumahan.

17.

Mengangkat dan meletakkan di tempa Idin yang hampir/ memindahkan/ mengubah

Kakak mengalihkan anak pokok bunga itu ke dalam pasu.

18.

Mengambil sesuatu daripada tangkai/ pokoknya

Puan Seha sedang memetik buah jambu di belakang rumahnya.

19.

Memetik/ menarik sesuatu dengan galah bercangkuk

Did menggunakan galah bercangkuk untuk mengait buah rambutan itu.

20.

Menusuk sesuatu dengan galah supaya jatuh

Mamat menjolok buah mempelam di hujung dahan itu.

21.

Memetik atau menggali tanah dengan menggunakan cop

Jika pelepahnya dibuang, mudahlah kita mengecop tandan buah kelapa sawit itu.

22.

Memusing/ memutar/ memilin

Beruk Pak Seman sedang memulas buah kelapa di atas pokok.

Page 4: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

4 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

23.

Memutuskan sesuatu dengan alat (gergaji, gunting, pisau)

Encik Adrian menggunakan gergaji tangan untuk memotong papan itu.

24.

Tetakan yang agak dalam tetapi tidak memutuskan pokok

Pak Utih menakik batang kelapa bagi memudahkannya memanjat pokok itu.

25.

Mencantas supaya sama rata

Safari merepang pokok hiasan itu dengan gergaji mesin.

26.

Memangkas dahan/ ranting pokok

Pak Uda mencantas ranting pokok yang merintangi laluannya.

27.

Menumbangkan pokok dengan alat (gergaji, kapak, parang)

Dia menebang pokok itu dengan berhati-hati kerana boleh mengundang kecelakaan.

28.

Menggores sesuatu permukaan dengan agak dalam

Pagi-pagi lagi, Pak Seman sudah berada di kebunnya untuk menoreh pokok getah.

29.

Memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian dengan menggunakan alat (pisau, kapak, gergaji)

Sebilah kapak digunakan untuk membelah kayu api itiu.

Page 5: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

5 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

30.

Meratakan atau membersihkan dengan pisau dan sebagainya

Pak Mat menarah rumput pada keliling pokok itu dengan menggunakan cangkul.

31.

Menghaluskan dan melicinkan dengan pisau dan sebagainya

Tok Seman meraut buluh itu untuk dibuat bingkai layang-layang.

32.

Membersihkan ikan /membersihkan rumput

Ibu menyiang ikan yang baru sahaja dipancing oleh ayah.

33.

Menghiris tidak sampai putus

Rozina mengelar ikan itu sebelum dilumuri garam dan kunyit.

34.

Memenggal /tetakan kuat untuk memutuskan kepala

Dengan pantas, dia memancung kepala ular yang melulur ayamnya itu.

35.

Menetak sesuatu berulang kali supaya menjadi kecil

Peniaga itu mencincang tulang lembu yang hendak dibeli oleh pelanggannya.

36.

Membuang / mengopak / mengopek kulit

Masliza duduk di kerusi sambil mengupas buah mempelam.

Page 6: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

6 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

37.

Memotong nipis-nipis

Salmah menghiris bawang besar sebagai bahan tumisan sayurnya.

38.

Menghiris nipis-nipis

Biasanya, kakaklah yang ditugaskan merincih bawang untuk dibuat bahan tumisan.

39.

Memotong untuk memisahkan daging dengan kulitnya

Mereka melapah lembu yang telah disembelih itu di bawah pokok.

40.

Mencarik halus-halus dengan tangan, gigi, atau paruh

Nurul menyiat daging yang telah direbus untuk dibuat serunding.

41.

Membelah bahagian tubuh

Doktor terpaksa membedahh budak yang diserang apendiks itu.

42.

Mengeruk/ mengikis isi kelapa dengan sejenis alat pengukur

Nenek duduk di atas pengukur sambil mengukur kelapa.

43.

Menyagat/ mengukur kelapa dengan parut

Aliha memarut ubi kayu untuk dibuat penganan.

Page 7: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

7 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

44.

Mengolah makanan mentah supaya masak

Ibu saya sedang memasak makanan di dapur.

45.

Memasak nasi/ memasak santan untuk dijadikan minyak

Kakak Haslina menanak nasi dengan menggunakan dapur elektrik.

46.

Memasak air dengan menggunakan api/ elektrik

Abang Yusuff menjerang air yang diisi di dalam cerek itu.

47.

Mendidihkan bahan yang dimasukkan ke dalam air dengan api yang kecil

Puan Safiah mereneh ramuan ubat itu untuk beberapa ketika sebelum boleh diminum.

48.

Memasak sesuatu dengan menggunakan wap air yang mendidih

Puan Hazani mengukus pulut untuk sarapan keluarganya.

49.

Memasak dengan minyak yang panas

Mamak itu sedang menggoreng mi yang dipesan oleh pelanggannya.

50.

Menggoreng tanpa minyak

Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya mudah dibuang kulitnya.

Page 8: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

8 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

51.

Mengeringkan dengan cara mengasapi sesuatu

Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara.

52.

Memasak makanan dengan cara meletakkannya di atas bara api

Ibu memanggang ikan di atas bara api.

53.

Membalik-balikkan sesuatu di atas api agak pantas supaya tidak hangus

Ibu melayur daun pisang yang hendak dijadikan pembungkus lepat pisang itu.

54.

Menyalakan/ memasak sesuatu dengan api

Rahim baru sahaja membakar sampah yang disapunya tadi.

55.

Mencalarkan/ membuat garisan

Fatha menggoreskan anak mancis untuk menyalakan lilin.

56.

Memanaskan dengan meletakkan sesuatu berdekatan api

Lantaran kesejukan, dia mendiangkan tangannya pada unggun api itu.

57.

Menusuk/ meradak/ mencucuk senjata untuk melukai

Dia menikam perut perompak itu dengan sebilah pisau.

Page 9: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

9 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

58.

mengoyakkan

Ikmal merobek perut harimc itu dengan sebilah jembia.

59.

Memarang/ mengayun senjata dengan kuat untuk melukai

Cikgu Adnan menetak ular yang melulur anak kambingnya.

60.

Menyelit/ memasukkan di celah

Pengantin lelaki itu menyisipkan sebilah keris di pinggangnya.

61.

Mencabut dan menarik keluar senjata daripada sarungnya

Pendekar itu membuka langkah sambil menghunuskan senjatanya.

62.

Menikam atau meradak dengan senjata atau benda tajam

Hang Nadim berjaya menusukkan kerisnya ke perut lanun yang mengamuk di pekan itu.

63.

Melempar/ melontar/ membuang sesuatu dengan gerakan tangan yang kuat

Peserta itu membuat pusingan sebelum membaling tukul besi yang dipegangnya.

64.

Melempari dengan batu atau sesuatu

Dia berlari sambil merejam lembing itu sekuat hati

Page 10: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

10 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

65.

Membuang ke suatu arah

Did sengaja mencampak begnya ke lantai kena dibayangi rasa marah

66.

Melontar jauh-jauh

Penggusti itu menghumban lawannya ke luar gelanggang.

67.

Menepis atau mengelak pukulan/ serangan musuh

Pendekar Samad menangkis serangan padu pencabarnya dengan bersahaja.

68.

Menggerakkan nyiru turun naik untuk membersihkan beras/ kekacang

Puan Rasmah menampi beras untuk membuang antahnya.

69.

Menapis dengan menggerakkan ayak ke kiri dan ke kanan

Kerja-kerja mengayak tepung itu dilakukan oleh orang perempuan.

70.

Menghamburkan supaya berselerak/ menyebar/ memencar/ menyerak

Pak Uda menabur baja organik di kebun sayurnya.

71.

Menggerakkan kuali turun naik ke kiri dan ke kanan

Puan Hanita melenggang kuali berisi tepung cair untuk membuat sarung popia.

Page 11: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

11 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

72.

Mengibas-ngibaskan dengan keras/ mengirap

Wanita itu mengirai kain batiknya setelah melalui kawasan yang berdebu itu.

73.

Mencampakkan/ memusing supaya kembang/ terbentang

Pemuda itu menebar jalanya pada permukaan sungai berarus tenang itu.

74.

Menghancurkan dengan cara menekan dengan sudu atau senduk

Nenek melenyek ubi rebus dengan senduk untuk dibuat penganan.

75.

Menggelek untuk menghancurkan sesuatu dengan penggiling

Tukang masak itu sedang menggiling cili dengan menggunakan batu penggiling.

76.

Meramas dan menekan dengan tangan untuk menyebatikannya

Setiap malam, dia menguli tepung untuk dibuat roti canai pada keesokan harinya

77.

Membulat-bulatkan sesuatu pada tapak tangan dengan hujung jari

Kakak menggentel tepung berintikan gula kabung untuk dibuat onde-onde.

78.

Menggentel dengan tapak tangan

Mak Bidan mengupar daun sirih yang telah dilayur itu supaya keluar minyaknya.

Page 12: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

12 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

79.

Melakukan gerakan urut/ menekan supaya keluar

Samad sedang memicit bisa sengatan lebah pada lengannya.

80.

Menghentak dengan tangan, alu, atau batu supaya hancur

Pak Malim menggunakan alu untuk menumbuk padi di dalam lesung tangan itu.

81.

Menepuk atau memukul sesuatu berulang kali

Ibu menimbuk telur hingga naik sebelum adunan itu dicampurkan tepung dan gula pasir.

82.

Menjalin silang-menyilang untuk membuat tikar dan sebagainya

Nenek Jah mengambil upah menganyam tikar untuk menambah pendapatannya.

83.

Menyambung sesuatu dengan menggunakan jarum dan benang/ tali

Kakak menjahit baju yang telah dipotong oleh ibu.

84.

Membuat barang tenun daripada benang dan sutera

"Bukan mudah hendak menenun songket itu; perlu ada kesabaran dan ketekunan," kata Mak Itam.

85.

Menjahit bahan bermotif tertentu pada kain dengan benang emas atau perak

Kakak menyulam motif pada kipas itu dengan benang emas.

Page 13: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

13 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

86.

Memasukkan benda tajam dengan gerakan yang agak pantas

Rizal mencucuk ketulan daging sate dengan sebilah lidi daripada buluh.

87.

Melukis corak batik pada kain dengan sejenis alat khas daripada tembaga

Ida mencanting kain itu dengan lilin cair untuk membuat lakaran sebelum mewarnainya.

88.

Merapatkan tubuh hingga tersepit

Budak nakal itu sengaja menghimpit saya ke tepi dinding.

89.

Menghempap/ menekan sesuatu dari atas

Ahli gusti itu menindih lawannya untuk memenangi perlawanan.

90.

Menempatkan di antara dua benda

Ana dan Badrul ditugaskan mengapit pasangan pengantin itu.

91.

Memberi tekanan kepada sesuatu pihak secara fizikal/ mental

Pasukan kami mengasak pasukan lawan bagi memudahkan penyerang kami melakukan jaringan.

92.

Melakukan aksi untuk mematikan pergerakan lawan

Peserta judo itu menang kerana berjaya mengunci pergerakan lawannya.

93.

Memperaga/ mempertunjukkan

Penggusti itu sengaja mempamerkan tubuh sasanya sebelum berlawan.

Page 14: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

14 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

94.

Memperlihatkan sesuatu kepada seseorang

Pak Mat menunjukkan kehandalannya dengan mengangkat batu yang besar itu.

95.

Melilit dan menyimpulkan tali pada sesuatu

Pak Kasim mengikat mulut guni berisi padi itu dengan seutas tali.

96.

Membelit atau melingkarkan pada sesuatu benda

Tok Seman melilit semutar di kepalanya sebelum turun ke sawah.

97.

Mengikat sesuatu erat-erat

Samad menjerut leher ular itu dengan tali yang diikatkan pada sebatang kayu.

98.

Membubuh gelang-gelang pada sesuatu

Pak Hasan menyimpai lidi penyapu itu dengan rotan.

99.

Mengikat supaya tidak terurai/ mematikan ikatan/ menambat

Pak Mat menyimpul tali penyidai itu pada batang pokok kelapa.

100.

Makan dengan gelojoh

Harimau itu terus sahaja membaham mangsanya sehingga kenyang.

Page 15: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

15 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

101.

Memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui kerongkong

Setelah dipujuk, barulah Kamal hendak menelan ubat itu.

102.

Menelan tanpa mengunyah

Ularsawa itu sedang melulur anak kambing Pak Hasan.

103.

Mengemam/ menahan atau membiarkan sesuatu berada di dalam mulut

Adik mengulum tablet demam itu kerana rasanya seperti gula-gula.

104.

Menarik dengan paksa atau dengan kekuatan

Anak lembu itu sedang meragut rumput di padang.

105.

Menyerang/ melakukan gerakan makan dengan menggunakan mulut

Tanpa diduga, ular itu terus memagut kakinya.

106.

Menyerang/ melakukan gerakan makan dengan menggunakan paruh

Ayam itu sedang mematuk makanan yang ditabur di halaman rumah.

107.

Mengerip/ menggigit berdikit-dikit dengan menggeserkan gigi

Fasya mendapati tikus sedang mengerit pakaian yang disimpannya di tepi katilnya.

108.

Memalu/ mengenakan sesuatu yang keras dengan kuat

Asyik benar pemuda itu memukul gendang bagi mengiringi persersembahan tarian singa.

Page 16: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

16 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

109.

Menghempas/ menghempuk sesuatu dengan kuat

Petani itu sedang membanting padi di sawahnya.

110.

Menimpakan sesuatu dengan kuat

Pokok kelapa itu tumbang lalu menghempap bumbung rumahnya.

111.

Menghempuk/ menjatuhkan sesuatu dengan kuat

Budak nakal itu menghempas pinggan yang dipegangnya ke lantai.

112.

Meleperkan dengan menekan atau menindih sesuatu

Pembuat roti canai itu sedang memenyek adunan tepung sebelum menebarnya.

113.

Meletakkan kaki pada sesuatu

Budak itu sengaja memijak rumput yang baru ditanam oleh pekerja sekolah.

114.

Mencecah/ menginjak kaki

Inilah kali pertama dia menjejakkan kakinya di bangunan KLCC.

115.

Menyepak/ merembat/ memukul dengan kaki

Mokhtar mengerahkan seluruh tenaganya lantas menendang bola itu ke pintu gol lawannya.

Page 17: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

17 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

116.

Menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan ketika membawa bola dengan kaki untuk mengelirukan lawan

Penyerang itu menggelecek beberapa orang pemain pertahanan sebelum merembat bola ke pintu gol.

117.

Menyepak atau menepis ke tepi

Penjaga gol itu menguis bola sepakan penyerang lawan keluar daripada gawangnya.

118.

Membungkus/ melilit bahagian tertentu dengan kain/ kertas

Aman membalut luka di jari adiknya dengan secebis kain.

119.

Membedung/ membalut perut atau tubuh

Ibu membarut tubuh adik selepas mandi.

120.

Mematahkan supaya bertangkup

Adik sedang melipat kain yang diambil dari ampaian.

121.

Melekatkan benda dengan sesuatu

Pandai besi itu menyalut sarung keris dengan perak.

122.

Menyalut logam yang nipis pada logam yang lain

Tukang emas itu menyadur cincin tembaga dengan emas sembilan.

123.

Mengasah alat/ menggelek adunan supaya nipis dan rata

Pak Tua sedang mencanai mata parang sebelum turun ke kebun pisangnya.

Page 18: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

18 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

124.

Menitik/ mengetuk logam untuk dijadikan senjata

Pandai besi itu sedang menempa spring kereta untuk dijadikan parang.

125.

Menegah / tidak membenarkan melakukan sesuatu

Anggota polis segera menghalang penunjuk perasaan itu daripda bertindak liar.

126.

Menghalang dengan cara mendepangkan tangan

Pemeras ugut itu sengaja menghadang kami untuk mendapatkan wang.

127.

Menyokong/ menunjang dengan sesuatu

Kayu jati itu digunakan untuk menggalang landasan kereta api.

128.

Merentang kedua-dua belah tangan lurus-lurus kiri dan kanan

Pelari itu mendepangkan tangannya apabila sampai di garisan penamat.

129.

Menghalang dengan meletakkan sesuatu sebagai pemisah

Pagar keselamatan itu dibina bagi menyekat kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita.

130.

Sesuatu yang diletakkan melintang

Sebatang pokok kelapa tumbang merintangi sungai itu.

131.

Melepasi sesuatu tempat/ lalu di.../ merentasi

Dia berjaya melintasi garisan penamat tepat pada masa yang ditentukan.

Page 19: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

19 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

132.

Menempuh kesukaran untuk melepasi kawasan atau keadaan tertentu

Aku terpaksa meredah hutan yang dipenuhi onak dan duri itu.

133.

Melintasi kawasan berair dengan cara berenang.

Kamal merenangi sungai itu walaupun airnya sangat dalam dan berarus deras.

134.

Bergerak di sepanjang laluan/ mengikut tepi

Pengakap itu berjalan menyusuri denai yang dirintis oleh rakannya yang terdahulu.

135.

Menyampaikan sesuatu kepada seseorang

Ketua pasukan kami memberi cenderamata kepada ketua pasukan lawan.

136.

Menggolekkan sesuatu

Penjaga gol itu meleretkan bola kepada pemain pertahanannya.

137.

Membuang ke atas

Pengadil itu melambung bola untuk memulakan perlawanan.

138.

Menerima dengan tangan

Ana menyambut bola yang dilontarkan oleh rakannya.

Page 20: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

20 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

139.

Gerakan seperti menyebat sama ada dengan tangan atau dengan kaki

Pemain itu melibas bola takraw yang diumpan kepadanya.

140.

Menarik dengan kuat dan cepat

Wak Jamil menyentap jerat tali untuk menumbangkan lembu itu.

141.

Memusingkan tangan ke belakang

Pihak polis segera mengilas tangan perompak itu lalu menggarinya.

142.

Menyiku / menghentak dengan siku

Milah menyigung muka pemuda yang nakal itu.

143.

Menyentuhkan anggota badan mengenai sesuatu

Pak Mat menggeselkan badannya di bucu tiang untuk menghilangkan rasa gatal.

144.

Memandang/ menggunakan mata untuk mengetahui sesuatu

Saya sempat melihat orang memetik daun teh di tanah tinggi itu.

145.

Berpaling/ memusing muka untuk melihat

Did menoleh ke belakang kerana terdengar bunyi dentuman yang kuat

Page 21: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

21 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

146.

Mengerling/ melihat dengan ekor mata

Nani menjeling ke arah pemuda yang tidak dikenalinya itu.

147.

Mengintip/ melihat dengan sembunyi-sembunyi

Tina mengintai di sebalik tirai untuk melihat tetamu yang datang ke rumahnya.

148.

Menjengah/ melihat dengan menghulurkan kepala

Kamil menjenguk melalui tingkap rumahnya kerana terdengar suara orang memanggilnya.

149.

Memandang dengan teliti/ lama-lama

Nenek Kiah menatap gambar cucunya sambil menitiskan air mata kerinduan.

150.

Memerhatikan sesuatu dari tempat yang tinggi/ jauh

Pegawai tentera itu meninjau keadaan di sempadan dengan menggunakan teropong.

151.

Memandang ke atas

Samad mendongak untuk melihat peserta payung terjun itu terjun dari sebuah kapal terbang.

152.

Melihat dengan ekor mata/ mengerling/ menjeling

Did melirik ke arah adikny kerana tidak berpuas hati dengan sikapnya yang kurang sopan itu.

Page 22: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

22 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

153.

Mengelipkan sebelah mata untuk memberi isyarat

Dia tersenyum sambil mengenyitkan matanya kepadaku.

154.

Membuka mata luas-luas

Puan Ratna menjegilkan matanya kerana memarahi anaknya yang degil itu.

155.

Mencuci/ membersihkan sesuatu dengan

Ibu sedang membasuh pakaiam di bilik air.

156.

Mencuci untuk kali kedua dan seterusnya sehingga bersih

Kini, giliran adik membilas kain-kain yang baru dicuci oleh ibu.

157.

Mengalirkan turun/ ke bawah

Ibu mencucurkan air ke atas sayuran yang sudah dibasuh itu.

158.

Memegang-megang dan memicit

Nek Leha meramas kelapa untuk mendapatkan santannya.

159.

Memeras/ memicit untuk mengeluarkan air/ santan

Ibu memerah santan itu ke dalam penapis plastik.

Page 23: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

23 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

160.

Mengesat, melumas, melumur, membersihkan dengan alat

Tina menyapu minyak wangi ke pergelangan tangannya.

161.

Membersihkan denggan cara menggeserkan sesuatu/ menyeterika pakaian

Ibu menggosok lantai bilik air dengan berus.

162.

Menggosok supaya berkilat

Abang menggilap kasut yang hendak dipakai ke majlis temu duga nanti.

163.

Menggosok supaya hilang gatal atau pedih

Salman menggenyeh matanya beberapa kali kerana berasa gatal.

164.

Menggosok dengan kuat

Mak Limah menyental periuk yang dipenuhi jelaga itu.

165.

Menyapu atau mengeringkan dengan kain dan sebagainya

Kakak menggunakan mop untuk mengelap lantai itu.

166.

Menjirus/ mencurahkan air pada sesuatu

Setiap pagi, abang akan menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah

Page 24: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

24 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

167.

Menyimbur/ mencurahkan air dengan gerakan yang kuat

Pak Long menyimbah kotoran pada badan lembu itu dengan sebaldi air.

168.

Memercikkan sedikit air

Tetamu itu merenjiskan air mawar kepada pasangan pengantin itu.

169.

Keluar dengan memancut

Air menyembur daripada batang paip besar yang bocor itu.

170.

Mengambil/ mendapat sesuatu yang diberikan

Kanak-kanak istimewa itu menerima hadiah daripada seorang dermawan.

171.

Menerima/ menggondol hadiah/ memeluk

Olahragawan itu merangkul lima pingat emas dalam acara balapan.

172.

Membawa dalam pelukan tangan

Kakak merangkum pakaian kotor itu untuk dibasuh di bilik basuhan.

173.

Menyangkutkan sesuatu pada leher

Tetamu itu mengalungkan pingat kepada juara acara larian itu.

174.

Melekatkan/ mencantum sesuatu dengan penyemat

Marina menyematkan rozet kepada tetamu kehormat itu.

Page 25: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

25 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

175.

Mengurniai/ memberi sesuatu sebagai anugerah

DYMM Sultan Pahang telah berkenan menganugerahkan pingat kebesaran kepada pegawai itu.

176.

Membuka dengan cara merosakkan

Orang itu terpaksa mengopak pintu kerana kunci rumahnya hilang.

177.

Menuil/ mengungkil/ menggerakkan sesuatu dengan menggunakan tuas

Pak Abu mengumpil batu yang besar itu dengan sebatang kayu.

178.

Menghancurkan/ menyebabkan sesuatu menjadi berkecai

Adik tidak sengaja memecahkan pinggan nasi yang dibawanya.

179.

Rosak sama sekali/ membinasakan/

Banjir telah memusnahkan beberapa buah rumah.

180.

Merobohkan/ merosakkan dan menjatuhkan

Sebuah jentolak digunakan untuk meruntuhkan bangunan usang itu

181.

Mengunyah serta menelan makanan

Abang makan nasi berlaukkan ikan sungai dan sambal petai.

182.

Meneguk/ menyedut dan menelan benda cair

Salman menghirup air kopi panas untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Page 26: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

26 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

183.

Merasa atau mengambil makanan dengan lidah

Asyik benar budak kecil itu menjilat aiskrim yang dibeli bapanya.

184.

Makan lauk sahaja/ menundukkan lawan

Adik meratah lauk sahaja tanpa menyentuh nasi yang dihidangkan.

185.

Menyedut/memasukkan sesuatu ke dalam mulut atau hidung dengan tarikan udara

An menghisap air di dalam botol itu dengan straw.

186.

Melumatkan makanan dalam mulut dengan gigi

Payah benar datuk mengunyah daging kerana datuk tidak bergigi.

187.

Mencapai atau memaut dengan tangan

lbu memegang tangan adik erat-erat ketika melintas jalan.

188.

Mengusap/ menyentuh dengan perasaan kasih sayang

Nek Bedah membelai rambut cucunya dengan penuh kemesraan.

189.

Menggerakkan tangan turun naik untuk mengucapkan selamat jalan/ selamat tinggal

Rafiq memandu keretanya perlahan-lahan sambil melambai mesra.

190.

Menyentuh dengan hujung jari

Rina mencuit belakang rakannya untuk bertanyakan sesuatu.

Page 27: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

27 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

191.

Memberi isyarat memanggil dengan menggerakkan keempat-empat jari tangan

Sudah beberapa kali saya menggamit budak itu namin dia tidak melihatnya

192.

Menembusi barisan dengan menolak atau menarik ke kiri dan ke kanan

AN terpaksa menguak sampah yang merintanginya pada permukaan sungai itu.

193.

Memimpin kanak-kanak untuk berlatih berjalan

Kakak menatih adik dengan berhati-hati di ruang tamu.

194.

Bergerak dengan menggeserkan punggung

Adik saya sudah pandai mengesot untuk mengambil barang mainannya.

195.

Pergerakan badan kanak-kanak sebelum boleh merangkak

Bayi itu menjulur untuk mendapatkan ibunya.

196.

Berjalan dengan menggunakan tangan dan lutut

Bayi itu sudah boleh merangkak dengan pantas.

197.

Berbaring dengan dada dan perut ke bawah

Anggota tentera itu meniarap untuk memulakan serangan terhadap pihak musuh

198.

Berbaring dengan dada dan perut ke atas

Mayat itu ditemui dalam keadaan melentang dengan matanya ditutup.

Page 28: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

28 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

199.

Terlepas ke bawah/ gugur/ luruh

Pencari petai itu terjatuh kerana terpijak dahan yang rapuh.

200.

Bergerak dengan kepala dahulu mengarah ke bawah

Kereta itu terbabas lalu terjunam ke dalam gaung.

201.

Tersungkur/ tertiarap/ terlungkup/ jatuh dengan muka dan dada menghempap sesuatu

Budak yang mengigau itu jatuh tersembam di atas lantai.

202.

Terjelepok/jatuh dengan punggung dahulu mengenai sesuatu

Budak itu jatuh terduduk daripada basikal yang ditungganginya.

203.

Tergolek/ berpusing pusing ke hadapan

Pemuda itu jatuh terguiing di laluan yang sempit itu ke tebing sungai.

204.

Meletakkan punggung di atas sesuatu

Nenek duduk di kerusi itu sambil meraut lidi kelapa.

205.

Duduk dengan melipat dan menyilangkan kaki

Pengantin lelaki duduk bersila sementara menunggu majlis pernikahan berlangsung.

Page 29: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

29 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

206.

Duduk dengan melipatkan kaki ke arah yang sama (kiri/ kanan) dengan sebelah tangan menupang tubuh

Pengantin perempuan duduk bersimpuh menanti majlis berlangsung.

207.

Duduk dengan menghulurkan kaki

Tidak elok duduk berlunjur di hadapan orang tua-tua.

208.

Bertinggung/ duduk dengan kaki melipat tetapi punggung tidak mencecah sesuat

Pak Tua mencangkung sambil memegang ayam jalak kesayangannya.

209.

Duduk dengan meletakkan belakang badan pada sesuatu

Bapa bersandar pada dinding rumah sambil mengipas tubuhnya.

210.

Bertelut/ berdiri di atas lutut

Hang Tuah melutut di hadapan sultan lalu berdatang sembah.

211.

Bau yang tidak sedap (seperti bangkai)

Bangkai ayam di tepi jalan itu berbau busuk dan dihurungi lalat

212.

Haring/ bau busuk air kencing

Bilik air itu berbau hancing kerana tidak dibersihkan.

Page 30: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

30 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

213.

Perat/ pering/ bau minyak yang sudah lama disimpan

Minyak yang sudah tengik itu tidak elok digunakan untuk menumis lagi.

214.

Bau tidak enak pada ikan basah (terutamanya ikan sungai)

Basuhlah ikan sungai dengan asam jawa untuk menghilangkan hanyirnya.

215.

Bau tidak sedap kerana sudah usang/ lapuk

Ini beras tahun lepas; patutlah berbau hapak.

216.

Makanan yang menjadi busuk kerana disimpan lama/ tidak diperhangat

Kari semalam itu tidakboleh dimakan lagi kerana sudah basi.

217.

Tanya jawab untuk mendapatkan berita atau maklumat

Pihak wartawan mengadakan temu ramah itu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penemuan makhluk ganjil itu.

218.

Perjumpaan yang telah ditetapkan masa dan

tempatnya

Mereka mengadakan temu janji itu di sebuah restoran terkenal.

219.

Tanya jawab antara majikan dengan pemohon kerja

Temu duga itu diadakan untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus di syarikat itu.

220.

Bersemuka/ berjumpa dengan seseorang

Tidak ada apa-apa yang saya bincangkan dengan tokoh korporat itu; sekadar temu muka sahaja.

Page 31: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

31 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

221.

Lanjut usia/ sudah lama hidup

Pak Karim memang sudah tua; jalan pun bertongkat.

222.

Panjang masanya/ tidak moden

Kukur kelapa merupakan barangan lama yang sukar ditemukan sekarang.

223.

Sudah terlalu lama/ tidak berseri

Halaman rumah usang itu dipenuhi sarang labah-labah.

224.

Benda lama/ purba yang sangat tinggi nilainya

Harga pasu antik buatan China itu mencecah puluhan ribu ringgit.

225.

Dahulu/ masa lampau/ yang telah berlalu

Masyarakat zaman silam menggunakan kulit haiwan sebagai pakaian.

226.

Sangat menarik apabila dipandang (perempuan/ bangunan

Bunga yang berkembangan di taman itu memang cantik.

227.

Benda kecil yang cantik (budak/ gadis/ haiwan)

Wah, comelnya budak yang sedang didukung oleh kakak itu!

228.

Kacak/ segak/ rupa yang menawan (lelaki)

Did peragawan; kenalah tampan dan bergaya.

Page 32: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

32 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

229.

Rupawan (wanita)

Wajah anak Pak Haji Rahman sungguh jelita.

230.

Membujur/ lurus dari atas ke bawah

Kamil berdiri tegak ketika lagu Negaraku dimainkan.

231.

Menyimpang dari arah yang lurus

Kaki baju itu sengaja dipotong serong bagi menambah kecantikannya

232.

Membengkok atau melengkung/ tidak tegang

Tali ampaian daripada dawai memang melentur ketika cuaca panas.

233.

Senget/ miring

Tiang bendera itu senget kerana tapaknya tidak kukuh.

234.

Mendatar/ lurus dari kiri ke kanan

Kekisi pagar itu dipasang melintang dan rapat-rapat

235.

Terletak memanjang ke hadapan

Penampan simen itu dipasang membujur bagi memudahkan air mengalir.

236.

Kain alas tilam

Ibu sedang membuka kain cadar untuk dibasuh.

Page 33: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

33 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

237.

Kain penutup tingkap atau pintu

Rumah itu kelihatan ceria setelah tingkapnya dipasang dengan kain langsir.

238.

Kain selimut

Ibu menyelimut anaknya dengan kain gebar kerana cuaca pada malam itu agak dingin.

239.

Kain tabir/ kain yang dipasang labuh bagi menyekat ruang

Tok Bilal sedang menarik tirai yang memisahkan jemaah lelaki denganjemaah perempuan.

240.

Tirai yang diperbuat daripada bilah rotan, buluh, dan sebagainya

Pekedai itu memasang tepi kedainya.

241.

Anyaman mengkuang/ buluh/ daun nipah digunakan untuk atap atau pelindung daripada panas

Dinding rumah tradisional itu diperbuat daripada kajang.

242.

Binaan kecil merintangi sungai untuk menyeberangi sungai

Titi itu dibuat daripada batang kelapa sahaja.

243.

. Binaan titi yang besar untuk menyeberangi sungai

Pembinaan jambatan itu menelan belanja yang besar.

244.

Jambatan di atas jalan raya untuk pejalan kaki melintas jalan

Melintaslah dengan menggunakan jejantas supaya selamat.

Page 34: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

34 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

245.

Jalan raya yang dibina melintasi jalan lain seperti jambatan

Kereta bapa saya melalui jejambat untuk sampai ke lebuh raya utama.

246.

Kain penutup kepala perempuan ketika ke sawah/ ke kebun

Nenek Kiah memakai sigar ketika turun ke sawah.

247.

Kain pelilit kepala oleh orang lelaki

Pak Senik melilit semutar sebelum turun ke laut.

248.

Kain yang dililit di kepala (seperti yang dipakai oleh haji dan sebagainya)

Serban yang dipakai oleh Tuan Haji Bakhir itu dibeli di Madinah.

249.

Kain panjang untuk menutup kepala/ leher/ disandang pada bahu

Nyonya Tan memakai kebaya dan mengenakan selendang pada bahunya.

250.

Kain pelilit kepala yang dipakai oleh orang Sikh

Kuldip Singh kelihatan segak dengan turban berwarna hitam.

251.

Kain penutup muka yang dipakai oleh orang perempuan

Gadis Arab itu memang sentiasa berpurdah jika keluar dari rumahnya.

252.

Tidak keras

Kek yang dijual oleh Puan Hamimah memang lembut.

Page 35: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

35 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

253.

Benyek/ benyai/ terlalu lembut

Nasi yang ditanak oleh adik lembik kerana terlebih air.

254.

Tidak rangup/ seakan-akan liat kerana sudah dimasuki angin

Jika dibiarkan terdedah lama, kerepek ubi itu akan lemau dan tidak sedap untuk dimakan lagi.

255.

Masih basah/ belum kering

Kain di jemuran itu belum boleh diangkat kerana masih lembap.

256.

Lembut/ gebu/ tidak keras kerana sudah masak

Ubi kayu yang direbus itu sudah empuk dan boleh dimatikan apinya.

257.

Cukup masak (buah-buahan)

Kecur air liur saya melihat buah rambutan yang masak ranum itu.

258.

Belum masak benar/ setengah masak

Buah yang mengkal itu perlu diperam supaya cepat masak.

259.

Terbakar menjadi hitam

Ubi yang dibakar itu hangus; sukar hendak dimakan lagi.

260.

Keluar dari tempat yang terlindung

Matahari terbit menyebabkan persekitaran menjdi cerah.

Page 36: Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat€¦ · Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya ... Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

36 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

261.

Mulai terbit/ mulai terang (fajar)/ hilang/ lenyap (kabus/awan)

Fajar menyingsing menandakan telah masuk waktu Subuh.

262.

Keluar/ naik ke permukaan air

Buaya yang dicari-cari itu timbul di permukaan air.

263.

Bergerak ke hadapan

Nazmi tampil ke pentas untuk membaca ikrar murid sempena Majlis Penyerahan Ilmu itu.

264.

Keluar dengan tiba-tiba

Tiba-tiba, wajah yang menakutkan itu muncul di hadapan kami.

265.

Syak wasangka/ perasaan tidak elok akibat kurang percaya terhadap suami atau isteri

Pasangan suami isteri itu bergaduh akibat cemburu yang keterlaluan.

266.

Berniat jahat didorong oleh perasaan iri hati atau cemburu

Timbul perasaan dengki di hatinya apabila melihat rakannya berjaya.

267.

Perbuatan jahat untuk menganiaya/ mendatangkan kecelakaan kepada orang lain

Memfitnah merupakan perbuatan khianat yang amat dimurkai Allah.