parti politik

4
Negara Malaysia unik dari segi penduduknya yang berbilang kaum. Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya yang tersendiri. Dalam konteks kepelbagaian ini, perpaduan rakyat Malaysia sememangnya penting. Parti politik merupakan institusipolitik demokrasi yang menghubungkan masyarakat dan negara.Peranan parti politik amat penting dan mempunyai hubungkait rapatdalam pembentukkan sesebuah negara. Di Malaysia, parti-parti politik dapat dibahagikankepada dua yang utama iaitu parti pemerintah (Barisan Nasional sepertiUMNO, MCA, MIC, PPP, GERAKAN), yang menyokong penuh kerajaandan juga parti pembangkang (Barisan Alternatif atau dikenali denganPakatan Rakyat yang terdiri daripada parti PAS, DAP dan keADILan) Masyarakat pluralistik di Alam Melayu terbentuk selepas kedatangan penjajah khususnya Inggeris. -British membawa masuk imigran Cina dan India untuk bekerja di lombong dan diladang getah. Parti-parti politik dan NGO di tanahair kita ini telah memainkan satu peranan yang penting dan positif untuk mengekalkan kestabilan politik sejak kemerdekaan negara Malaysia. Politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka adalah berteraskan etnik. UMNO mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC orang India. >Walau bagaimana pun wujud kerjasama antara parti UMNO, MCA dan MIC yang dikenali sebagai Perikatan. Permuafakatan ini telah diperkemaskan lagi dengan penyertaan beberapa buah parti yang lain dan diubah namanya kepada Barisan Nasional >Kejayaan BN adalah bertitik tolak dari formula tolak ansur antara etnik. Ia telah berjaya mewujudkan keharmonian etnik dan ini telah memberi peluang kepada kerajaan untuk memberi fokus kepada soal pembangunan negara. -British telah berjaya mengubah struktural politik Tanah Melayu daripada politik tradisional kepada sistem politik moden iaitu dengan memperkenalkan sistem pembahagian kuasa. -Sistem politik moden telah melahirkan pelbagai parti politik. Di Malaysia, ianya adalah bersifat keetnikan.

Upload: yean-yap

Post on 15-Jul-2016

44 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

politik

TRANSCRIPT

Page 1: Parti Politik

Negara Malaysia unik dari segi penduduknya yang berbilang kaum. Masyarakat majmuk

ialah masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan

dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara

berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya yang tersendiri. Dalam konteks

kepelbagaian ini, perpaduan rakyat Malaysia sememangnya penting.

Parti politik merupakan institusipolitik demokrasi yang menghubungkan masyarakat dan

negara.Peranan parti politik amat penting dan mempunyai hubungkait rapatdalam

pembentukkan sesebuah negara. Di Malaysia, parti-parti politik dapat dibahagikankepada

dua yang utama iaitu parti pemerintah (Barisan Nasional sepertiUMNO, MCA, MIC, PPP,

GERAKAN), yang menyokong penuh kerajaandan juga parti pembangkang (Barisan

Alternatif atau dikenali denganPakatan Rakyat yang terdiri daripada parti PAS, DAP dan

keADILan)

Masyarakat pluralistik di Alam Melayu terbentuk selepas kedatangan penjajah khususnya

Inggeris.

-British membawa masuk imigran Cina dan India untuk bekerja di lombong dan diladang

getah. Parti-parti politik dan NGO di tanahair kita ini telah memainkan satu peranan yang

penting dan positif untuk mengekalkan kestabilan politik sejak kemerdekaan negara

Malaysia.

Politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka adalah berteraskan etnik. UMNO mewakili

orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC orang India.

>Walau bagaimana pun wujud kerjasama antara parti UMNO, MCA dan MIC yang dikenali

sebagai Perikatan. Permuafakatan ini telah diperkemaskan lagi dengan penyertaan

beberapa buah parti yang lain dan diubah namanya kepada Barisan Nasional

>Kejayaan BN adalah bertitik tolak dari formula tolak ansur antara etnik. Ia telah berjaya

mewujudkan keharmonian etnik dan ini telah memberi peluang kepada kerajaan untuk

memberi fokus kepada soal pembangunan negara.

-British telah berjaya mengubah struktural politik Tanah Melayu daripada politik tradisional

kepada sistem politik moden iaitu dengan memperkenalkan sistem pembahagian kuasa.

Page 2: Parti Politik

-Sistem politik moden telah melahirkan pelbagai parti politik. Di Malaysia, ianya adalah

bersifat keetnikan.

-Namun ia tidak menghalang wujudnya kerjasama antara parti politik. Usaha untuk

mengadakan kerjasama politik yang berteraskan etnik ini telah dimulakan dengan

pembentukan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1952.

-Perikatan telah menyertai Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang dan Pilihanraya

Perbandaran Kuala Lumpur. Mereka memenangi 9 daripada 12 kerusi Pilihan raya

Perbandaran Kuala Lumpur yang di adakan pada Februari 1952.

-Kerjasama tersebut diperkukuhkan lagi dengan penyertaan MIC pada tahun 1954 dan

seterusnya membentuk parti Perikatan. Perikatan dan telah berjaya menawan 51 daripada

52 kerusi dalam pilihanraya 1955.

-Percubaan untuk menghindarkan parti berbentuk etnik dan menubuhkan parti multi etnik

telah dilakukan oleh Dato’ Onn Jaafar dgn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

tetapi ditolak oleh parti-parti politik di Malaya ketika itu.

-Pada 1972, Perikatan telah ditukar nama kepada Barisan Nasional bagi membolehkan lebih

banyak parti politik menyertai kerjasama tersebut.

-Penubuhan BN disambut baik oleh rakyat negara ini. Ini dibuktikan dengan penguasaannya

terhadap kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri di kebanyakan negeri dan

kemampuannya memerintah Malaysia sehingga kini.

Pembentukan BN (sebelumnya dikenali sebagai Parti Perikatan)

menerusi gabungan parti-parti politik yang mewakili kaum di Malaysia

Sistem politik di Malaysia tidak dapat mengenepikan sentimen kaum. Peringkat awal

kemerdekaan negara dahulu digerakkan oleh beberapa parti politik berteraskan kaum-

Melayu, Cina dan India yang bergabung di bawah bendera Perikatan. Seterusnya

melebarkan pengaruh dengan menjemput lebih banyak parti politik dari Sabah dan Sarawak

untuk bergabung di bawah Barisan Nasional (BN). Kini BN mempunyai 15 parti iaitu United

Malays National Organisation (UMNO), Malaysian Chinese Association (MCA), Parti

Gerakan Rakyat (Gerakan), Malaysian Indian Congress (MIC), People’s Progressive Party

(PPP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak United People’s Party (SUPP),

Parti Bersatu Sabah (PBS), Liberal Democratic Party (LDP), Parti Bersatu Rakyat Sabah

Page 3: Parti Politik

(PBRS), United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO) , Sarawak

Progressive Democratic Party (SPDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Cinta Malaysia,

Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan Parti Semangat Rakyat Malaysia.

Kesediaan parti-parti politik ini berkongsi aspirasi menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi

untuk melihat perpaduan kaum wujud dan mekar di Malaysia. Sebagai sebuah komponen

parti yang memerintah, banyak dasar yang dibentuk telah memberi kesan dan pengaruh

besar ke atas pemikiran dan budaya hidup rakyat Malaysia. Dasar Ekonomi Baru (DEB)

yang begitu berpengaruh dalam tempoh 30 tahun yang lalu telah menjadi pemangkin

kepada penyusunan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Implikasi pelaksanaan

dasar ini masih ketara dalam semua sektor biarpun sering kali menjadi kecaman pihak

pembangkang, Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat (PR) adalah gabungan parti politik yang telah dibentuk selepas pilihan raya

umum lalu. PR terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP)

dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Setiap parti dalam PR mempunyai ideologi masing-

masing di mana PKR mempromosi konsep keadilan sosial dan anti rasuah, DAP

memperjuangkan ideologi sekular, pelbagai etnik dan demokratik sosial manakala PAS

memiliki hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara Islam. Walaupun berbeza ideologi,

ketiga-tiga parti ini mempunyai satu tujuan iaitu menumbangkan BN dan pada masa yang

sama mendidik rakyat untuk mengenepikan elemen perkauman.

Selain daripada BN dan PR, terdapat banyak lagi parti politik yang kebanyakannya

memperjuangkan hak dan kepentingan kaum masing-masing seperti Parti Rakyat Malaysia

(PRM), Malaysian Workers’ Party (PPM), Malaysia Dayak Congress (MDC), Pan-Malaysian

Islamic Front (BERJASA), Malaysian Indian Muslim Congress (KIMMA), United Pasok

Nunukragang National Organisation (PASOK), Community Coalition Congress (CCC),

Federated Sabah People’s Front (BERSEKUTU), United Democratic Sabah People’s Power

Party (SETIA), State Reform Party (STAR), Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM),

Malaysian Democratic Party (MDP), All Malaysian Indian Progressive Front (AMIPF),

Punjabi Party of Malaysia (PPM), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Bangsa Dayak

Sarawak (PBDS), Sabah Progressive Party (SAPP) dan Sarawak National Party (SNAP).

Page 4: Parti Politik

Sekali-sekala masyarakat awam melihat gelagat pemimpin-pemimpin politik ini bertelagah

berkaitan hak dan keistimewaan kaum, namun rakyat tidak terikut-ikut rentak mereka kerana

tahap kematangan yang wujud dalam pemikiran rakyat berbilang kaum mampu menjadi

benteng kepada perbalahan dan persengketaan kaum. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, tidak

ada lagi peristiwa besar yang melibatkan pergaduhan kaum secara besar-besaran

melainkan dua kes terpencil iaitu di Kampung Medan dan Kampung Rawa. Kedua-dua

kejadian ini dapat dikawal oleh pihak berkuasa di samping peranan pemimpin-pemimpin

parti politik yang dapat menenteramkan situasi tegang berkenaan.

Peranan parti politik dalam mengukuhkan perpaduan rakyat di negara ini semakin penting

kerana keupayaan pemimpin-pemimpin politik untuk membina pengaruh khususnya dalam

kalangan kaum masing-masing. Biarpun masih ada segelintir ahli politik yang begitu taksub

dengan ideologi dan perjuangan masing-masing, mereka tetap meletakkan kepentingan

negara sebagai keutamaan.

PENUTUP

Secara tuntasnya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam menjayakan aspirasi

1Malaysia umpama “bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat”.

Aspirasi 1Malaysia membawa dasar bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian

diutamakan untuk keharmonian dan kemakmuran Negara. Semua bangsa Malaysia akan

hidup bersama secara aman, damai dan sejahtera.

Masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum memerlukan kesefahaman dan

toleransi yang jitu di antara kaum. Bagi mengelakkan peristiwa seperti 13 Mei daripada

berulang lagi, setiap pihak terutamanya pihak berkuasa memainkan peranan yang amat

penting bagi memastikan keharmonian kaum di Malaysia dapat dikekalkan.