part1

Upload: elisabeth-hayes

Post on 04-Mar-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SEJARAH

TRANSCRIPT

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu disokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. Bagi sesebuah negara, kemerdekaan bermaksud segala-galanya dan merupakan umpama sebuah permata yang amat bernilai. Peristiwa 13 Mei telah memberi satu impak yang besar kepada seluruh negara kita. Peristiwa pencerobohan oleh pengganas Sulu dari kalangan Royal Sulu Forces (RSF) telah mengejutkan rakyat Malaysia daripada buaian mimpi empuk yang dinikmati semenjak hujung tahun 1990, apabila elemen terakhir daripada Partai Komunis Kalimantan Utara (PARAKU) meletakkan senjata mereka . Akibat daripada buaian mimpi empuk ini, ramai rakyat Malaysia sebelum kejadian pencerobohan di Lahad Datu ini langsung tidak mengambil peduli akan isu-isu pertahanan negara. Antara kepentingan kemerdekaan ialah negara kita berpeluang untuk berkerajaan sendiri. Selain itu, dengan berkerajaan sendiri kita tidak akan memerlukan persetujuan daripada kuasa asing untuk segala hal pentadbiran. Contohnya, pada zaman penjajahan, raja atau Sultan hanya berkuasa untuk hal ehwal agama sahaja manakala kuasa pemerintahan adalah di tangan penjajah. Dengan ini jelaslah bahawa, penduduk dapat hidup dengan aman dalam pemerintahan yang berpandukan demokrasi.Di samping itu, dengan mendapatkan kemerdekaan, pendapatan negara kita akan terjamin. Pendapatan negara kita mestilah dijaga dengan baik supaya ekonomi negara kita tidak dipelopori atau dirampas oleh penjajah. Oleh sebab, negara kita kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah, emas, rempah ratus dan hasil hutan. Maka, negara asing berebut untuk mendapatkan negara kita untuk memperluaskan pengaruh mereka di Asia Tenggara. Misalnya, Sarawak kaya dengan lada hitam manakala perak kya dengan bijih timah. Kepentingan yang seterusnya adalah untuk menjamin keamanan negara, Kita mestilah bersatu antara satu sama lain dan menentang penjajah bagi mengekalkan kemerdekaan. Lebih-lebih lagi, keseksaan masyarakat juga dapat dielakkan melalui kemerdekaan. Contohnya, pengisytiharaan darurat semasa ancaman komunis yang menyeksa penduduk setempat. Antara faktor tuntutan kemerdekaan Tanah Melayu secara aman adalah secara individu. Penduduk Tanah Melayu telah berusaha sendiri dengan pelbagai cara bagi mendapatkan kemerdekaan. Contohnya, Dato' Onn Jaafar telah menulis surat kepada akhbar Utusan Melayu pada 23 Januari 1946 dengan tujuan menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan U.M.O (United Malays Organisation). Selain itu,