paperwork hari sukan

Download Paperwork Hari Sukan

If you can't read please download the document

Upload: zulhriyatie

Post on 20-Nov-2015

24 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sukan

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.

Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat sekolah- sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh di kalangan pelajarnya. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan Majulah Sukan Untuk Semua. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial pelajar.

Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan pelajar. Pengalaman bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang. Olahraga merupakan teras kepada aktiviti sukan di sekolah yang secara tradisinya akan dianjurkan setiap tahun. Sebagai acara penting yang sepatutnya menjadi tunjang kepada aktiviti sukan di sekolah, maka olahraga perlulah dikelolakan dengan terancang dan sempurna serta pada masa yang sesuai.

Kejohanan olahraga sekolah merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam pembudayaan sukan dalam kalangan murid sekolah. Budaya sukan dalam kalangan semua murid adalah untuk memperlengkap kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia.

Aktiviti sukan telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem pendidikan pada hari ini. Aktiviti sukan juga akan menjadi aktiviti yang wajib dijalankan sepanjang tahun. Pihak yang terlibat dalam pengurusan sukan di sekolah seharusnya merancang, mengurus dan melaksanakan kegiatan ini secara sistematik, cekap dan berkesan berlandaskan keilmuan dan kemanusiaan.

Olahraga merupakan induk kepada semua jenis sukan. Nama olahraga berasal daripada perkataan Greek athlos yang bermaksud bertanding. Olahraga boleh dibahagikan kepada acara balapan dan acara padang. Acara balapan terdiri dari acara pecut (100 meter (m), 200 m, dan 400 m) acara jarak sederhana (800 m, 1500 m, 3,000 m, dan 3,000 m berhalangan), acara jarak jauh (5000 m dan 10000 m), lari berpagar wanita (100 m), lari berpagar lelaki (110 m), lari berpagar lelaki dan perempuan (400 m), dan lari bergantiganti (4 x 100 m, 4 x 200 m, dan 4 x 400 m). Acara padang terdiri daripada acara lompatan (lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah dan lompat kijang) dan acara balingan (melontar peluru, merejam lembing, melempar cakera dan membaling tukul besi). Acaraacara lain pula ialah berjalan kaki (5 kilometer, 10 kilometer, 20 kilometer dan sebagainya), acara separa maraton (21.0975 kilometer), maraton (42.195 kilometer), acara heptatlon (7 acara untuk wanita) dan dekatlon (10 acara untuk lelaki).

Kejohanan olahraga sekolah adalah satu aktiviti sukan yang penting dalam kalendar sekolah dan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Setiap sekolah perlu berusaha membangunkan dan membudayakan aktiviti sukan dalam kalangan warga sekolah agar institusi sekolah dapat berfungsi untuk mengembangkan potensi murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Penglibatan murid dalam sukan dapat memupuk semangat kerjasama, patriotik dan bersatu padu di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1989 (Lampiran 1) menegaskan bahawa penyertaan murid dalam kegiatan sukan diwajibkan. Setiap murid perlu mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu jenis permainan atau olahraga. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu memperkemas perancangan dan pengurusan sukan di sekolah agar minat dan penyertaan murid dalam kegiatan sukan dapat ditingkatkan.

2.0 PENDAHULUAN

Temasya Sukan Tahunan adalah satu program rasmi sekolah yang dirancang dan dilaksanakan pada setiap tahun. Temasya ini dijalankan khusus untuk memberi pendedahan asas tentang teknik serta kemahiran yang perlu dikuasai dalam bidang olahraga bagi setiap murid. Temasya sukan olahraga sekolah telah dimulakan pada tahun pertama pembukaan sekolah iaitu pada tahun 1986. Oleh yang demikian, ini adalah merupakan temasya sukan olahraga tahunan sekolah kali ke-27. Secara amnya sukan tahunan ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda.Kejohanan Temasya Sukan Tahunan sekolah ini kebiasaannya melibatkan penglibatan semua murid iaitu Pra Sekolah, Tahap 1 dan Tahap 2. Acara yang dipertandingkan bagi murid Pra Sekolah adalah sukaneka dan 4 x 50 meter. Acara bagi murid tahun 2 dan tahun 3 pula adalah sukaneka dan lari 75 meter. Acara bagi murid tahun 3 adalah sukaneka dan lari 100 meter. Acara bagi murid tahun 4, 5 dan 6 terbahagi kepada acara padang dan acara balapan. Acara padang untuk murid tahun 4, 5 dan 6 adalah lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Acara trek bagi murid tahun 4, 5 dan 6 pula adalah 100 meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x200 meter. Temasya Sukan Tahunan ini akan menjadi satu platform pencarian bakat baru untuk sekolah melahirkan atlit pelapis bagi negara kita bagi jangka masa akan datang.

3.0 MATLAMAT

Menyahut seruan kerajaan dalam menjalankan dasar 1 Murid 1 Sukan.

ii) Menjana minat dan azam bagi memajukan sukan untuk mengimbangi objektif Falsafah

Pendidikan Negara .

iii) Melahirkan insan yang berketerampilan, berkualiti dan mempunyai nilai-nilai murni selaras

dengan Falsafah Pendidikan Negara.

iv) Mempertingkatkan tahap kesedaran murid-murid dalam usaha menjadikan sukan sebagai

suatu Budaya Hidup Sihat .

Mengeratkan hubungan sesama warga sekolah terutama dalan usaha menjana kesefahaman

antara pihak sekolah dan ibu bapa melalui temasya sukan tahunan.

vi) Mendidik serta melahirkan murid-murid yang kompetitif, aktif serta mempunyai ketahanan

diri yang tinggi baik dari segi mental mahupun fizikal dalam semua bidang khususnya

bidang sukan.

4.0 OBJEKTIF :

Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.Pendedahan peringkat awal dan dasar kepada murid mengenai sukan olahraga.

Persiapan unit Kokurikulum dalam mencari atlit pelapis sekolah bagi menghadapi

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD 2014.

iv. Meningkatkan kerjasama dan semangat kekitaan dikalangan murid dan guru.

Sebagai pendedahan awal murid-murid tentang potensi dan bakat diri mereka

sendiri dari aspek Kokurikulum dan seterusnya menjana industri sukan di

Malaysia ke arah yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

vi. Memenuhi aktiviti Ko-kurikulum di sekolah.

5.0 TEMA :

Kecemerlangan Sukan Menjana Kecemerlangan Sekolah

6.0 HARI / TARIKH / MASA / TEMPAT :

Acara

Hari

Tarikh

Masa

Tempat

Padang

Selasa, Rabu

25, 26, 27 Jun 2015

4.00 pm - 5.00 pm

Tempat mengikut jenis acara

Sukaneka

Jumaat

5 Julai 2015

8.00 am - 12.00 pm

Padang SK Taman

Sri Muda

3.Perasmaian &

Balapan

Ahad

7 Julai 2015

8.00 am - 1.00 pm

Padang SK Taman

Sri Muda

7.0 KUMPULAN SASARAN :

Semua murid SK Taman Sri Muda

8.0 PERBELANJAAN :

Bil.

Perkara

KUANTITI

Jumlah (RM)

Hadiah / Cenderahati

ACARA

JANTINA

Murid Tahun 1 :

- Sukaneka

- 75m

P

P

L

L

114 x RM 3.50

(3 x RM 3.50) x 2

RM 399.00

RM 21.00

2295.00

Murid Tahun 2 :

- Sukaneka

- 75m

117 x RM 3.50

(3 x RM 3.50) x 2

RM 409.50

RM 21.00

Murid Tahun 3 :

- Sukaneka

- 100m

P

P

L

L

147 x RM 3.50

(3 x RM 3.50) x 2

RM 514.50

RM 21.00

Murid Tahun 4 :

- 100m

- 200m

- 4 x 100m

- 4 x 200m

- Acara Padang

P

P

P

P

P

L

L

L

L

L

(3 x RM 3.50) x 2

(3 x RM 3.50) x 2

(12 x RM 3.50) x 2

(12 x RM 3.50) x 2

(9 x RM 3.50) x 2

RM 21

RM 21

RM 84

RM 84

RM 63

Murid Tahun 5 :

- 100m

- 200m

- 4 x 100m

- 4 x 200m

- Acara Padang

P

P

P

P

P

L

L

L

L

L

(3 x RM 3.50) x 2

(3 x RM 3.50) x 2

(12 x RM 3.50) x 2

(12 x RM 3.50) x 2

(9 x RM 3.50) x 2

RM 21

RM 21

RM 84

RM 84

RM 63

Murid Tahun 6 :

- 100m

- 200m

- 4 x 100m

- 4 x 200m

- Acara Padang

P

P

P

P

P

L

L

L

L

L

(3 x RM 3.50) x 2

(3 x RM 3.50) x 2

(12 x RM 3.50) x 2

(12 x RM 3.50) x 2

(9 x RM 3.50) x 2

RM 21

RM 21

RM 84

RM 84

RM 63

Terbuka Murid :- Tarik tali

P L (10 x RM 3.50) x 2

RM 70

Terbuka Ibu Bapa &

Pegawai :

- Tarik Bola Dalam

Gelung

P L (3 x RM 3.50) x 2

RM 21

bIL.

PERKARA

KUANTITI

JUMLAH (RM)

1

Makanan & Air Mineral Murid

963 x RM 1.50

1444.50

2

Banner

1 x RM 60

60.00

3

Pasir Halus (Lompat Jauh)

120.00

4

Khemah

6 x RM 250

1500.00

Jumlah

5419.50

Jumlah perbelanjaan temasya sukan sebanyak RM 5088 akan dipohon melalui peruntukan

kokurikulum sekolah.

Peruntukan sebanyak RM 331.50 bersama unit-unit di bawah akan dipohon melalui sumbangan

PIBG :

BIL.

PERKARA

KUANTITI

JUMLAH (RM)

1

Minyak Hitam

2 tong x RM 50

100.00

2

Cenderamata Pegawai

17 x RM 5

85.00

3

Sewa PA Sistem

2 hari x RM 250

500.00

Jumlah

685.00

Wang peruntukan kokurikulum sekolah yang digunakan : RM 5088.00 Wang sumbangan PIBG yang dipohon : RM 1016.50

Jumlah Besar Perbelanjaan Temasya Sukan 2015 : RM 6104.50

(RINGGIT MALAYSIA ENAM RIBU SERATUS EMPAT DAN LIMA PULUH SEN SAHAJA)

9.0 ACARA : 9.1 Sukaneka

BIL.

ACARA

JANTINA

TAHUN

KATEGORI

NO. ACARA

1

Acara Pra

(Acara Pasukan)

Perempuan

Lelaki

Pra

Pra

(P) PRA

(L) PRA

201

2

Acara Tahun 1

(Acara Pasukan)

Campur

Tahun 1

T1

202

3

Acara Tahun 2

(Acara Pasukan)

Campur

Tahun 2

T2

203

4

Acara Tahun 3

(Acara Pasukan)

Campur

Tahun 3

T3

204

9.2 Acara Balapan

BIL.

ACARA

JANTINA

TAHUN

KATEGORI

NO. ACARA

1

50m

(Acara Individu)

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Pra 5 tahun

Pra 5 tahun

Pra 6 tahun

Pra 6 tahun

P5 PRA

L5 PRA

P6 PRA

L6 PRA

301

2

75m

(Acara Individu)

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Tahun 1

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 2

P1

L1

P2

L2

302

3

100 m

(Acara Individu)

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Tahun 3

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 5

Tahun 6

Tahun 6

P3

P4

P4

L4

P5

L5

P6

L6

303

4

200m

(Acara Individu)

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Tahun 4

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 5

Tahun 6

Tahun 6

P4

L4

P5

L5

P6

L6

304

5

4 x 100 m

(Acara Pasukan)

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Tahun 4

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 5

Tahun 6

Tahun 6

P4

L4

P5

L5

P6

L6

305

4x 200 m (Acara Pasukan)

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Lelaki Perempuan

Lelaki

Tahun 4

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 5

Tahun 6

Tahun 6

P4

L4

P5

L5

P6

L6

306

9.3 Acara Padang

BIL.

ACARA

JANTINA

TAHUN

KATEGORI

NO. ACARA

1

Lompat Tinggi

(Acara Individu)

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Tahun 4

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 5

Tahun 6

Tahun 6

P4

L4

P5

L5

P6

L6

401

2

Lompat Jauh

(Acara Individu)

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Tahun 4

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 5

Tahun 6

Tahun 6

P4

L4

P5

L5

P6

L6

402

3

Lontar Peluru

(Acara Individu)

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Tahun 4

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 5

Tahun 6

Tahun 6

P4

L4

P5

L5

P6

L6

403

9.4 Acara Terbuka

BIL.

ACARA

JANTINA

TAHUN

KATEGORI

NO. ACARA

1

Tarik Tali (10 sebelah)

Lelaki

Terbuka

501

2

Tarik Tali (10 sebelah)

Perempuan

Terbuka

502

9.5 Acara Pegawai dan Ibu Bapa

BIL.

ACARA

JANTINA

TAHUN

KATEGORI

NO. ACARA

1

Tarik Bola Dalam Gelung

Lelaki

Terbuka

601

2

Tarik Bola Dalam Gelung

Perempuan

Terbuka

602

10.0 UNDANG-UNDANG KEJOHANAN

Undang-undang kejohanan adalah berdasarkan peraturan sebenar Buku Peraturan Olahraga Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) 2012-2015 dan juga peraturan Am MSSS dan MSSM yang difikirkan sesuai.

Ketika menyertai acara, semua peserta diberi kelonggaran untuk memakai ataupun tidak memakai sebarang pelapik kaki. Bagi peserta yang berkasut, tidak dibenarkan mengenakan sebarang alatan tambahan kepada kasut yang sehingga boleh menebalkan permukaan kasut seterusnya memberi kelebihan kepada peserta. Kesemua peserta yang menyertai acara DIWAJIBKAN memaparkan nombor bib di bahagian hadapan badan pada paras dada. Setiap rumah sukan hanya DIBENARKAN menghantar 2 orang wakil bagi setiap acara individu bagi setiap kategori. Setiap rumah sukan juga DIBENARKAN menghantar 2 wakil berkumpulan bagi acara berkumpulan bagi setiap kategori. Semua acara HANYA terbuka kepada pelajar-pelajar SK Taman Sri Muda sahaja.Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai secara maksimum 2 acara individu dan 2 acara berpasukan. Jika terdapat peserta yang menyertai lebih daripada itu, penyertaannya akan DIBATALKAN serta-merta. Bagi peserta yang gagal berada di kawasan panggilan 10 minit sebelum acara bermula, penyertaan akan dibatalkan serta-merta. Setiap pertukaran peserta hanya boleh dibuat 2 hari SEBELUM hari kejohanan bermula. Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan melalui borang bantahan dan sebarang bantahan dikenakan bayaran sebanyak RM200.

Acara Balapan

Acara 301 (4 x 50 m)

Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan dengan tangan atau kaki. Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran. Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali melakukan fault start. Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri hingga tamat larian. Pelari yang mengganggu larian pelari lain akan dibatalkan lariannya.

Acara 302 (75 m)

Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan dengan tangan atau kaki. Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran. Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali melakukan fault start. Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri hingga tamat larian. Pelari yang mengganggu larian pelari lain akan dibatalkan lariannya.

Acara 303 (100 m)

Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan dengan tangan atau kaki. Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran. Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali melakukan fault start. Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri hingga tamat larian. Pelari yang mengganggu larian pelari lain akan dibatalkan larianny

Acara 304 (200 m)

Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan dengan tangan atau kaki. Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri hingga tamat larian. Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran. Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali melakukan fault start.

Acara 305 (4 x 100 m)

Berlari dalam lorong masing-masing walaupun selepas membuat pertukaran baton. Membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran baton. Jika baton terjatuh, peserta boleh mengambil baton dengan syarat tidak mengganggu peserta di lorong yang lain. Pelari yang menjatuhkan baton DIWAJIBKAN mengambil baton yang dijatuhkan. Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran. Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali melakukan fault start.

vi) Acara 306 (4 x 200 m)

Pelari pertama dan kedua akan berlari dalam lorong sendiri, manakalapelari ketiga akan memasuki cutting zone iaitu masuk ke dalam lorongpertama apabila tiba selekoh pertama.Membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran baton.Jika baton terjatuh, peserta boleh mengambil baton dengan syarat tidak mengganggu peserta di lorong yang lain.Pelari yang menjatuhkan baton DIWAJIBKAN mengambil baton yangdijatuhkan.Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran.Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan faultstart tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali melakukan fault start.

Acara Padang

Acara 401 (Lompat Tinggi)

Lonjakan hanya dilakukan sebelah kaki sahaja. Ketinggian akan dinaikkan sebanyak 3cm bagi satu kenaikan Lompatan tidak akan diambil kira apabila: palang terjatuh apabila lompatan disempurnakan melalui di kawasan bawah palang sebelum pelompat melepasi palang, semua kawasan sebelah hadapan tiang disentuh gagal melepasi palang tiga kali percubaan berturut-turut. ukuran permulaan lompat tinggi :

Bil

Tahun

Lelaki

Perempuan

1

EMPAT

0.95 meter

0.90 meter

2

LIMA

1.00 meter

0.95 meter

3

ENAM

1.05 meter

1.00 meter

Acara 402 (Lompat Jauh)

Acara 403 (Lontar Peluru)

Peluru dilontar dari aras bahu dengan sebelah tangan sahaja. Peluru juga perlu berada di bawah aras dagu dan melekap pada leher serta sudut lengan dibuka Lontaran akan dikira batal apabila : Peluru yang dilontar mendarat di luar sektor lontaran Pelontar keluar di bahagian hadapan bulatan selepas melakukan lontaran. Mana-mana bahagian tubuh badan menyentuh permukaan bumi di hadapan pengadang sektor selepas melakukan lontaran. Peluru dibaling ataupun dilempar dan bukan di lontar

Bil

Tahun

Lelaki

Perempuan

1

EMPAT

2.72 kg

2.72 kg

2

LIMA

2.72 kg

2.72 kg

3

ENAM

2.72 kg

2.72 kg

10.1 Pungutan Pingat

Semua acara yang dipertandingkan menawarkan pingat EMAS bagi tempat pertama, pingat PERAK bagi tempat kedua dan pingat GANGSA bagi tempat ketiga. Bagi acara berkumpulan, ahli yang mendapat tempat dalam acara tersebut. Semua ahlinya akan

turut menerima pingat.

Jumlah mata yang disumbangkan kepada rumah sukan masing-masing berdasarkan pingat yang dimenangi peserta :

Tempat

Pingat

Jumlah Mata

1

EMAS

10

2

PERAK

7

3

GANGSA

5

4

-

3

5

-

2

6

-

1

7

-

0

8

-

0

0 ACARA LAIN YANG DIPERTANDINGKAN :

Hiasan Khemah Johan Perbarisan Kontinjen Rumah Sukan Johan Johan Keseluruhan Olahragawan dan olahragawati. Acara terbuka pegawai kejohanan dan ibu bapa.

Acara Terbuka Tarik Tali

Lelaki Johan dan Naib Johan Perempuan Johan dan Naib Johan

12.0 JADUAL :

12.1 Latihan Acara Padang & Balapan :

Bil

Acara

Rumah

Hari

Tarikh

Masa

1

Acara Padang

Merah

Biru

Hijau

Kuning

Rabu

Khamis

12 Jun 2015

13 Jun 2015

4.00 pm - 6.00 pm

2

Acara Balapan

Merah

Biru

Hijau

Kuning

Isnin

Selasa

17 Jun 2015

18 Jun 2015

4.00 pm - 6.00 pm

12.2 Sukantara

Bil

Acara

Hari

Tarikh

Masa

1

100 m

Rabu

19 Jun 2015

4.00 pm - 6.00 pm

2

Lompat Jauh

Khamis

20 Jun 2015

4.00 pm - 6.00 pm

12.3 Acara Awal (Acara Padang) :

Bil

Acara

Tahun

Hari

Tarikh

Masa

1

Lompat Jauh Lompat Tinggi Lontar Peluru

Tahun 4 (P), (L) Tahun 5 (P), (L) Tahun 6 (P), (L)

Selasa

25 Jun 2015

4.00 pm - 6.00 pm

2

Lompat Jauh Lompat Tinggi Lontar Peluru

Tahun 6 (P), (L) Tahun 4 (P), (L) Tahun 5 (P), (L)

Rabu

26 Jun 2015

4.00 pm - 6.00 pm

Lompat Jauh Lompat Tinggi Lontar Peluru

Tahun 5 (P), (L) Tahun 6 (P), (L) Tahun 4 (P), (L)

Khamis

27 Jun 2015

4.00 pm - 6.00 pm

12.3 Latihan Sukaneka

Tahun

Acara

Masa

Pra

Acara mengikut kelas

17 Jun 2015 - 28 Jun 2015

Latihan dijalankan waktu kelas Pendidikan Jasmani

1

Acara mengikut kelas

2

Acara mengikut kelas

3

Acara mengikut kelas

12.4 Raptai

Bil

Raptai

Hari

Tarikh

Masa

Raptai Sukaneka

Rabu

3 Julai 2015

3.00 pm - 6.00 pm

Raptai Hari Sukan

Khamis

4 Julai 2015

3.00 pm - 6.00 pm

12.5 Kejohanan

Bil

Raptai

Hari

Tarikh

Masa

Sukaneka

Jumaat

5 Julai 2015

3.00 pm - 6.00 pm

Temasya Hari Sukan

Ahad

7 Julai 2015

3.00 pm - 6.00 pm

13.0 AJK PELAKSANA :

(Rujuk Lampiran 1)

12.0 SENARAI PEGAWAI OLAHRAGA :

(Rujuk Lampiran 2)

13.0 AJK DAN PEGAWAI SUKANEKA :

(Rujuk Lampiran 3)

14.0 AJK DAN PEGAWAI ACARA PADANG :

(Rujuk Lampiran 4)

15.0 ATUR CARA PROGRAM :

(Rujuk Lampiran 5)

16.0 PENUTUP :

Oleh yang demikian, diharapkan agar segala perancangan dan perangkaan yang telah dibuat ini dapat berjalan lancar sepenuhnya pada hari kejohanan kelak. Sokongan padu daripada semua warga SK Taman Sri Muda serta PIBG SK Taman Sri Muda adalah amat ditagih dalam memastikan kelancaran perjalanan Temasya Sukan Tahunan kali ke-27 SK Taman Sri Muda. Selain daripada itu, diharapkan juga agar lebih ramai murid yang menyertai acara yang dipertandingkan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan unit kokurikulum SK Taman Sri Muda sentiasa mempunyai pelapis atlit olahraga untuk masa akan datang selain daripada menyahut seruan kerajaan iaitu meneruskan dasar 1 Murid 1 Sukan. Apabila semakin ramai murid yang menyertai pertandingan, lebih ramai bakat baru yang akan dapat dikenal pasti. Dan juga tidak lupa agar semua ibu bapa dan penjaga hadir pada hari kejohanan untuk memberikan sokongan yang padu terhadap anak-anak mereka. Sokongan dan dorongan yang kuat daripada ibu bapa adalah amat berkesan bagi murid-murid. Selain itu, kehadiran ibu bapa dan penjaga juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bersama semua warga SK Taman Sri Muda.

Lampiran 1

AJK Pelaksana

Temasya Sukan Tahunan SK Taman Sri Muda Kali Ke-27 Tahun 2015

Penasihat

Puan Hajah Fuziah bt. M. Amin

Guru Besar SK Taman Sri Muda )

Pengerusi : En. Mohd Jazid bin Iman ( GPK Kokurikulum )

Naib Pengerusi : Puan Raja Rokiah bt. Raja Ismail ( GPK I )

Puan Jaharah bt. Arsad ( GPK HEM )

Cik Zainab bt. Ahmad Sisman ( GPK Petang )

Pengurus Kejohanan : En. Hanim Azahari bin Tajudin

Setiausaha : En. Mohd Firdaus bin Ibrahim

Bendahari : Pn. Wan Hanipah bt. Wan Deraman

AJK :

Penyambut Tetamu

TUGAS

Pn. Hajah Fuziah bt. M. Amin Pn. Raja Rokiah bt. Raja Ismail Pn. Jaharah bt. Arsad En. Mohd Jazid bin Iman Cik Zainab bt. Ahmad Sisman

Menyambut ketibaan semua tetamu jemputan yang

hadir.

Persiapan Padang

TUGAS

En. Mohd Firdaus bin Ibrahim (K) En. Hanim Azahari bin Tajudin En. Wan Azimi bin Wan Abd. Rahim En. Mohd Fazlee bin Abdul Wahab En. Aizal Arman bin Mohamad En. Norhasrudy bin Ruslan En. Shahril Azrin bin Azizan

Mendapatkan Bekalan Minyak Hitam.

Mengukur Garisan Trek.

Membuat Garisan Trek.

Menghias Padang Dengan Bendera Segi Tiga Dengan

Meminta Bantuan Daripada Pekerja Am Sekolah.

Siaraya & PA Sistem

TUGAS

Membuat tempahan banner.

Penyediaan PA sistem.

Jurugambar & Dokumentasi

TUGAS

Mengambil gambar sepanjang kejohanan dan

membuat dokumentasi.

Keselamatan & Kecemasan

Penyediaan first aid kit.

Melantik murid PBSM sebagai pembantu.

Membantu murid yang mengalami kecederaan.

Pembaca Doa

TUGAS

Mengetuai bacaan doa

Makanan & Minuman

TUGAS

Menempah makanan serta minuman murid dan

pegawai

Juruacara

TUGAS

Mempengerusikan majlis.

Membuat pengumuman berkaitan kejohanan

Buku Program

TUGAS

Hadiah

TUGAS

Membawa murid yang menerima hadiah ke tempat

penyampaian hadiah.

Mengira bilangan hadiah agar mencukupi.

Menyusun hadiah.

Membantu penyampai hadiah.

Disiplin Murid

TUGAS

Menjaga dan mengawal disiplin murid.

Peralatan

TUGAS

Menyediakan alatan yang bersesuaian.

Melantik murid Tunas KRS sebagai pembantu.

Kebersihan

TUGAS

Memastikan padang dalam keadaan bersih dari sampah semasa dan selepas kejohanan. Melantik murid Pengakap sebagai pembantu.

Persembahan / Gimik

TUGAS

Melatih murid acara persembahan.

Menentukan acara gimik perasmian

Ikrar & Lintas Masuk

TUGAS

Menguruskan acara ikrar dan lintas masuk.

Sumbangan (Sponsor)

TUGAS

Menyediakan surat sumbangan (sponsor) untuk disampaikan kepada syarikat yang berkenaan bagi mendapatkan sumbangan wang / hamper.

Juri Rayuan

TUGAS

Menyelesaikan bantahan-bantahan yang dibuat

mengikut Peraturan 146 undang-undang kejohanan

olahraga KOAM.

Teknikal & Borang Kejohanan

TUGAS

Menyediakan borang kejohanan dan borang statistik mengikut acara.

Ketua Kepegawaian

TUGAS

Memberikan taklimat kepada para pegawai mengenai tugas dan peranan masing-masing.

Pelepas

TUGAS

Melepaskan peserta mengikut acara.

Membantu pelepas.

Penyelia Peserta

TUGAS

Memanggil nama peserta untuk berkumpul di tempat yang disediakan.

Mengumpulkan peserta dari setiap rumah sukan untuk dihantar masuk ke tempat permulaan larian.

Menyusun peserta mengikut lorong yang telah diundi.

Pengurus Peserta

TUGAS

Mengumpulkan peserta rumah masing-masing di

tempat yang disediakan sebelum dibawa kepada

hakim balapan.

Pengadil Balapan

TUGAS

Membawa peserta ke garisan permulaan (acara

individu).

Membawa peserta ke garisan permulaan dan tempat

menunggu bagi pelari kedua, ketiga dan keempat

(acara pasukan).

Memastikan tidak berlaku kesalahan waktu sebelum

dan semasa permulaan larian.

Hakim Penamat

TUGAS

Mengenal pasti peserta yang mendapat tempat

pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (peserta mendapat tempat ketujuh dan

kelapan tiada markah untuk rumah).

Penjaga Masa

TUGAS

Merekodkan catatan masa yang dilakukan oleh

peserta yang berlari dalam lorong yang

diperhatikan.

Statistik

TUGAS

Merekodkan semua keputusan akhir yang rasmi.

Menyerahkan keputusan kepada juruacara.

Menyerahkan keputusan kepada jawatankuasa hadiah.

Memaparkan keputusan kejohanan di tempat yang

disediakan.

Mengemas kini jumlah kutipan mata setiap rumah

di papan markah.

Lampiran 3

AJK Acara Sukaneka dan Padang

Tahap 1 dan Pra Sekolah SK Taman Sri Muda Tahun 2015

Pengurus & Penyelia Peserta (Pra Sekolah

TUGAS

Menguruskan peserta

- Membawa peserta ke tempat acara.

- Menyusun peserta.

Pengurus & Penyelia Peserta (Tahun 1)

TUGAS

Mengumpulkan peserta rumah masing-masing di

tempat yang disediakan sebelum dibawa kepada

hakim balapan.

Pengadil Balapan

TUGAS

Membawa peserta ke garisan permulaan (acara

individu).

Membawa peserta ke garisan permulaan dan tempat

menunggu bagi pelari kedua, ketiga dan keempat

(acara pasukan).

Memastikan tidak berlaku kesalahan waktu sebelum

dan semasa permulaan larian.

Hakim Penamat

TUGAS

Mengenal pasti peserta yang mendapat tempat

pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (peserta mendapat tempat ketujuh dan

kelapan tiada markah untuk rumah).

Penjaga Masa

TUGAS

Merekodkan catatan masa yang dilakukan oleh

peserta yang berlari dalam lorong yang

diperhatikan.

Statistik

TUGAS

Merekodkan semua keputusan akhir yang rasmi.

Menyerahkan keputusan kepada juruacara.

Menyerahkan keputusan kepada jawatankuasa hadiah.

Memaparkan keputusan kejohanan di tempat yang

disediakan.

Mengemas kini jumlah kutipan mata setiap rumah

di papan markah.

Lampiran 5

Atur Cara Program Temasya Sukan Tahunan

Kali Ke-27 SK Taman Sri Muda Tahun 2015

Tarikh : 7 Julai 2015 (Ahad)

7.40 pagi

- Pendaftaran.

8.00 pagi

- Ketibaan tetamu kehormat.

8.30 pagi

- Perasmian Temasya Sukan Tahunan SK Taman Sri Muda kali ke-27.

- Ikrar dan lintas masuk kontinjen-kontinjen rumah sukan.

8.45 pagi

- Persembahan senamrobik.

- Markah hiasan khemah rumah-rumah sukan mula diambil.

9.00 pagi

- Acara murid pra sekolah :

50m 5 tahun (P), (L), 50m 6 tahun (P), (L)

- Acara murid tahun 1 :

75 m (P), 75 m (L)

- Acara murid tahun 2 :

75 m (P), 75 m (L)

- Acara murid tahun 3 :

100 m (P), 100 m (L)

1.00 tgh. hari

- Acara murid tahun 4, 5 dan 6 :

100m tahun 4 (P), 100m tahun 4 (L)

100m tahun 5 (P), 100m tahun 5 (L)

100m tahun 6 (P), 100m tahun 6 (L)

200m tahun 4 (P), 200m tahun 4 (L)

200m tahun 5 (P), 200m tahun 5 (L)

200m tahun 6 (P), 200m tahun 6 (L)

4 x 100m tahun 4 (P), 4 x 100m tahun 4 (L)

4 x 100m tahun 5 (P), 4 x 100m tahun 5 (L)

4 x 100m tahun 6 (P), 4 x 100m tahun 6 (L)

4 x 200m tahun 4 (P), 4 x 200m tahun 4 (L)

4 x 200m tahun 5 (P), 4 x 200m tahun 5 (L)

4 x 200m tahun 6 (P), 4 x 200m tahun 6 (L)

Tarik tali murid terbuka (P), Tarik tali murid terbuka (L)

Tarik bola dalam gelung ibu bapa & pegawai terbuka (P), (L)

Penyampaian hadiah kepada pemenang. Anugerah olahragawan dan olahragawati SK Taman Sri Muda 2015. Pengumuman juara keseluruhan rumah sukan SK Taman Sri Muda tahun 2015. Majlis perasmian penutupan Temasya Sukan Tahunan Kali ke-27. 29