pantang larang orang asli

8
PANTANG LARANG ORANG ASLI BY: LAVINA NAIR A/P MADAWAN NAIR FIFI SYAZWA SYAFREIN BT NORAINI AHMAD ZHAFRAN B MD NOOR

Upload: fifi9118

Post on 16-Jun-2015

2.374 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pantang Larang Orang Asli

PANTANG LARANG ORANG ASLI

BY:LAVINA NAIR A/P MADAWAN NAIR

FIFI SYAZWA SYAFREIN BT NORAINIAHMAD ZHAFRAN B MD NOOR

Page 2: Pantang Larang Orang Asli

Elakkan pertelingkahan di rumah sebelum keluar ke hutan

Mestilah dikalangan orang yang arif mengenai fungsi serta yakin dengan khasiat herba yang diambil. (Sering dilakukan mereka dari keturunan bomoh atau bidan)

Tidak boleh bercakap sembarangan semasa mencabut pokok herba seperti mengeji, mengata dan bercakap kasar.

SEBELUM AMBIL TUMBUHAN ATAU HERBA

Page 3: Pantang Larang Orang Asli

Kenal pasti kedudukan di mana tumbuhnya pokok herba. Jika bertindih dengan pokok lain, ia tidak boleh dicabut. Dilarang juga mengambil herba yang tumbuh berdekatan atau di atas busut

Elakkan mencabut herba pada waktu senja. Sebaik-baiknya jam 9 pagi hingga 5 petang. (Selain sebab keselamatan, mereka percaya senja adalah waktu syaitan berkeliaran).

Page 4: Pantang Larang Orang Asli

Dilarang melangkah pokok herba bagi mengelak khasiatnya jadi ‘tawar’. Jika terjumpa ulat gonggok, semut atau binatang lain, jangan diusik atau diejek, bimbang berlaku malapetaka. Jika terjumpa batu atau pokok ganjil, jangan ditegur.

Page 5: Pantang Larang Orang Asli

Mandi limau - kedua-dua pengantin di arak dan dimandikan limau (berjampi) untuk mengelakkan malapetaka

Dalam tempoh 3 hari tidak dibenarkan keluar daripada kawasan kampung kerana takut diganggu segala hantu dan syaitan.

PERKAHWINAN

Page 6: Pantang Larang Orang Asli

Wanita mengandung tidak boleh mentertawakan binatang seperti monyet kerana dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan menyamai haiwan berkenaan.

Mereka dilarang memakan ikan yang bewarna merah kerana dikhuatiri berlakunya tumpah darah ketika melahirkan bayi.

KETIKA MENGANDUNG

Page 7: Pantang Larang Orang Asli

Wanita mengandung juga dilarang bekerja pada waktu subuh dan maghrib kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan kelihatan tidak bermaya kerana semangatnya telah terganggu.

Mereka dilarang mengetuk paku pada kayu di sebelah petang kerana dikhuatiri bayi atau ibu akan sakit atau mati

Page 8: Pantang Larang Orang Asli