pantang larang angin

Upload: mat-tandop

Post on 20-Jul-2015

149 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kepada sesiapa yang ada penyakit angin di dalam badan, anda mestilah mengelak dari makan makanan seperti berikut : Sayur :- kundur - kubis - kangkong ( sejuk ) - keladi ( sejuk ) - petola ( sejuk ) - pucuk ubi - terong - kuchai - pucuk sendi - kesum - pucuk jagung - pucuk keti @ geti Kekacang :- bendi - kacang panjang - kacang hijau - soya

Ubi :- ubi kayu - ubi keledek

Buah :- tembikai - sukun - tembikai susu - nangka - betik - labu

Makanan :- laksa - pulut ( semua makanan berasaskan pulut) - buah melaka - teh - nescafe - mee kuning - jagung - bihun

Makanan yang boleh di makan :- sawi - bunga kubis - lobak merah - kailan - ubi kentang - peria - daun cekur ( buang angin ) - pucuk pegaga ( buang angin ) - halia muda ( buang angin ) Amalkan meminum air rebusan halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, halba untuk membuang angin.

Bagi Ibu-Ibu lepas bersalin elakkan memakan makanan tajam, sejuk dan berangin.

Makanan Tajam @ bisa :- rebung - langsat / dokong ( bisa - lepas pembedahan, ada kudis, penat ) - nenas

Makanan Sejuk :- soo`un - jantong pisang - bayam - keladi ( sakit urat ) - cendawan Bagi penghidap kencing manis elakkan makananan dan buah yang tinggi kandungan gula seperti :- pisang emas ( bisa ) - durian - rambutan ( elakkan makan semasa DEMAM - mengakibatkan demam makin panas dan batuk) tetapi daunnya boleh digunakan untuk menjelum kepala. Bagi penghidap ASMA atau lelah adalah dilarang. - delima ( elakkan makan semasa DEMAM ) - ciku @ buah sawa ( lelah @ penat ) Dalam perubatan melayu, ada beberapa jenis makanan yang dikategorikan sangat `bisa` iaitu tidak boleh dimakan semasa proses pembaikan: - pisang emas - daging dan telur burung puyuh - tembikai iaitu bahagian kulit putih atau hijau. Sekiranya hendak mengetahui kita terkena perbuatan orang yakni santau, cuba makan makanan `tajam` berikut untuk kepastian. sekiranya `banda` tersebut ada didalam badan, dengan serta merta kita akan muntah darah, gatal2 atau sakit2 badan. - air limau nipis

- nenas Bagi penghidap kudis - kudis api dan kudis sawan, cuba bakar sampai hangus kulit rambutan. kemudian tumbuk dan sapu bersama minyak nyior ditempat kudis tersebut. insyaallah kulit2 dan nanah akan kering dan luruh selepas 2-3 hari.