pantang larang

4
Orang Asli SEBELUM AMBIL TUMBUHAN ATAU HERBA Elakkan pertelingkahan di rumah sebelum keluar ke hutan Mestilah dikalangan orang yang arif mengenai fungsi serta yakin dengan khasiat herba yang diambil. (Sering dilakukan mereka dari keturunan bomoh atau bidan) Tidak boleh bercakap sembarangan semasa mencabut pokok herba seperti mengeji, mengata dan bercakap kasar. Kenal pasti kedudukan di mana tumbuhnya pokok herba. Jika bertindih dengan pokok lain, ia tidak boleh dicabut. Dilarang juga mengambil herba yang tumbuh berdekatan atau di atas busut Elakkan mencabut herba pada waktu senja. Sebaik-baiknya jam 9 pagi hingga 5 petang. (Selain sebab keselamatan, mereka percaya senja adalah waktu syaitan berkeliaran). Dilarang melangkah pokok herba bagi mengelak khasiatnya jadi ‘tawar’. Jika terjumpa ulat gonggok, semut atau binatang lain, jangan diusik atau diejek, bimbang berlaku malapetaka. Jika terjumpa batu atau pokok ganjil, jangan ditegur. PERKAHWINAN Dilarang melangkah pokok herba bagi mengelak khasiatnya jadi ‘tawar’. Jika terjumpa ulat gonggok, semut atau binatang lain, jangan diusik atau diejek, bimbang berlaku malapetaka. Jika terjumpa batu atau pokok ganjil, jangan ditegur. KETIKA MENGANDUNG

Upload: lau-yong-king

Post on 23-Dec-2015

248 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Orang Asli

SEBELUM AMBIL TUMBUHAN ATAU HERBA

Elakkan pertelingkahan di rumah sebelum keluar ke hutan

Mestilah dikalangan orang yang arif mengenai fungsi serta yakin dengan khasiat

herba yang diambil. (Sering dilakukan mereka dari keturunan bomoh atau bidan)

Tidak boleh bercakap sembarangan semasa mencabut pokok herba seperti

mengeji, mengata dan bercakap kasar.

Kenal pasti kedudukan di mana tumbuhnya pokok herba. Jika bertindih dengan

pokok lain, ia tidak boleh dicabut. Dilarang juga mengambil herba yang tumbuh

berdekatan atau di atas busut

Elakkan mencabut herba pada waktu senja. Sebaik-baiknya jam 9 pagi hingga 5

petang. (Selain sebab keselamatan, mereka percaya senja adalah waktu syaitan

berkeliaran).

Dilarang melangkah pokok herba bagi mengelak khasiatnya jadi ‘tawar’. Jika

terjumpa ulat gonggok, semut atau binatang lain, jangan diusik atau diejek,

bimbang berlaku malapetaka. Jika terjumpa batu atau pokok ganjil, jangan

ditegur.

PERKAHWINAN

Dilarang melangkah pokok herba bagi mengelak khasiatnya jadi ‘tawar’. Jika

terjumpa ulat gonggok, semut atau binatang lain, jangan diusik atau diejek,

bimbang berlaku malapetaka. Jika terjumpa batu atau pokok ganjil, jangan

ditegur.

KETIKA MENGANDUNG

Wanita mengandung tidak boleh mentertawakan binatang seperti monyet kerana

dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan menyamai haiwan berkenaan.

Mereka dilarang memakan ikan yang bewarna merah kerana dikhuatiri

berlakunya tumpah darah ketika melahirkan bayi.

Wanita mengandung juga dilarang bekerja pada waktu subuh dan maghrib

kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan kelihatan tidak bermaya kerana

semangatnya telah terganggu.

Mereka dilarang mengetuk paku pada kayu di sebelah petang kerana dikhuatiri

bayi atau ibu akan sakit atau mati

Orang Kadazan

KELAHIRAN

Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu

Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu

Suami tidak boleh memotong rambut- nanti rambut anak panjang

Tidak boleh makan buah mengandungi air

Tidak boleh mencucuk hidung kerbau/lembu-bibir anak sumbing

Tidak boleh siat telinga binatang- telinga anak tidak sempurna

PANTANG LARANG SEWAKTU BERSALIN

Semasa isteri berpantang:

Suami tidak boleh berada jauh dari rumah – ditakuti gangguan jin/ syaitan

Tidak boleh makan ikan bertulang keras,ikan berduri, nasi sejuk, dan nasi

bercampur air

Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang terdedah seperti halaman rumah-

ditakuti diganggu oleh roh jahat seperti Rogon Gaiyah

Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi sebelum upacara memberi nama.

Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama

sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan

mendahului memberi nama dan berhak menuntut bayi tersebut.

PANTANG-LARANG HUBUNGAN LELAKI PEREMPUAN

Berkehendak -perlakuan buruk dan hina seperti berkhalwat. Sekiranya ditangkap

atau diketahui pihak lelaki dikehendaki membayar denda atau kemalun kepada

pihak gadis

Mengandung- dipaksa berkahwin dengan gadis tersebut

Madhagau- bersekedudukan

Pasangan bayar ‘kepanasan’ kepada masyarakat

Lelaki bayar ‘kemalun’ kepada perempuan

Orang Murut

Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dijauhi ketika rombongan

pengantin berangkat ke rumah pengantin lelaki.

Jika cuaca mendung, keberangkatan ke rumah pengantin lelaki perlu

ditangguhkan sehingga cuaca cerah. Mereka percaya, pengantin yang terkena

air hujan pada hari perkahwinannya akan mudah dihinggapi penyakit.

Jika berlaku kematian secara tiba-tiba dalam kampung itu pada hari

perkahwinan, keberangkatan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga esok.

Jika diteruskan juga, mereka percaya salah seorang daripada pasangan itu akan

mati.

Sewaktu kedua-dua mempelai menuruni tangga dan meninggalkan rumah,

mereka dilarang menoleh ke belakang. Kalau adat ini dilanggar, dipercayai salah

seorang keluarga pihak perempuan akan dikahwini oleh keluarga pengantin

lelaki. Amalan ini tidak digalakkan oleh kaum Murut.

Jika melalui jalan sungai, pengantin mestilah diangkat. Jikalau terkena air,

dipercayai anak sulung pasangan itu akan mati.

Setelah genap seminggu berada di rumah suaminya, si isteri akan kembali ke

rumah ibu bapanya untuk mengambil barang-barang kepunyaannya yang masih

belum dibawa. . Kedua-dua pasangan itu dikehendaki pulang pada hari itu juga.

Orang Punjabi