panitia bahasa inggeris 1

4
MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS 2013 Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tunku 98000 Miri, Sarawak. MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI PERTAMA 2013 Tarikh : 7 JANUARI 2013 HARI : ISNIN MASA : 1.45 Petang TEMPAT : Bilik Am SMK Taman Tunku Kehadiran: i. Pn Juliana Liew (Ketua Bidang Bahasa) ii. Pn Maimunah Bt Haji Rambli (Ketua Panitia Bahasa Inggeris) iii. Cik Josephine Ak Banggan iv. Cik Helena Bulan Apoi v. Pn Rositah Ak Sebastian Rumpang vi. Pn Nadia Bt Abdul Wahid vii. Cik Chin Ka Phin viii. Puan Anita Awing Sigau ix. En Muhammad Azmeer B Basir BIL PERKARA 1. Kata-kata Aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah berusaha keras sepanjang tahun 2012 terutamanya kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dengan kelas PMR dan SPM. 1.2 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan Pn Anita Awing Sigau sebagai ahli baru dalam Panitia Bahasa Inggeris.

Upload: ametbasir

Post on 27-Oct-2015

29 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panitia Bahasa Inggeris 1

MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS 2013

Panitia Bahasa InggerisSekolah Menengah Kebangsaan Taman Tunku98000 Miri, Sarawak.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI PERTAMA 2013

Tarikh : 7 JANUARI 2013HARI : ISNINMASA : 1.45 PetangTEMPAT : Bilik Am SMK Taman Tunku

Kehadiran:i. Pn Juliana Liew (Ketua Bidang Bahasa)

ii. Pn Maimunah Bt Haji Rambli (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)iii. Cik Josephine Ak Bangganiv. Cik Helena Bulan Apoiv. Pn Rositah Ak Sebastian Rumpang

vi. Pn Nadia Bt Abdul Wahidvii. Cik Chin Ka Phin

viii. Puan Anita Awing Sigauix. En Muhammad Azmeer B Basir

BIL PERKARA

1. Kata-kata Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah berusaha keras sepanjang tahun 2012 terutamanya kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dengan kelas PMR dan SPM.

1.2 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan Pn Anita Awing Sigau sebagai ahli baru dalam Panitia Bahasa Inggeris.

1.3 Pengerusi mengingatkan guru-guru PMR untuk melakukan post mortem keputusan PMR bahasa inggeris.

2 Agenda

2.1 Semua adalah diingatkan supaya menyediakan rancangan pengajaran harian masing-masing sebelum 23 Januari 2013 untuk pemeriksaan kali pertama bagi tahun 2013.

2.2 Penyediaan kertas soalan perlu diberi perhatian kerana jadual telah dikeluarkan. Guru yang menyediakan soalan hendaklah menyerahkan kertas soalan 3 minggu sebelum kepada KP dan KB untuk proses semakan peperiksaan.

Page 2: Panitia Bahasa Inggeris 1

MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS 2013

2.3 Post mortem/analisa perlu dibuat selepas setiap peperiksaan.2.4 Bengkel penyelarasan semakan akan dilakukan secara konsisten bagi

memastikan markah yang tidak terlalu ketara perbezaannya bagi setiap kelas.2.5 Peringatan kepada semua supaya menggunakan sepenuhnya buku kerja dan

latihan untuk mengelakkan aduan dari ibu bapa pelajar. Selain itu buku latihan karangan dan rumusan bahasa inggeris hendaklah dibuat dalam satu buku latihan yang sama.

2.6 Hasil maklumbalas pencerapan tahun lepas telah mengenal pasti bahawa terdapat satu aspek yang ketara iaitu pelajar tidak membuat pembetulan. Hal ini perlu diberi perhatian kerana dengan maklumat pembetulan pelajar akan dapat belajar dari kesalahan mereka sendiri.

2.7 Perlaksanaan PBS akan melibatkan pelajar Tingkatan 1 dan 2 pada tahun ini. Semua guru dan pelajar telah didedahkan dengan sistem pentaksiran ini dari tahun lepas.

2.8 Guru-guru subjek Bahasa Inggeris juga diminta untuk mencungkil bakat yang dapat diketengahkan dalam pertandingan peringkat sekolah bagi tahun ini. Komitmen yang tinggi diperlukan bagi melaksanakan hasrat ini.

2.9 Makmal Bahasa hendaklah digunakan dengan lebih proaktif dan maksimum.2.10 4 LDP peringkat panitia telah dirancang untuk sepanjang tahun ini.2.11 Sambutan APC yang akan diadakan pada 23 September 2013 akan dikelolakan

oleh Jabatan Bahasa. Semua guru bidang bahasa akan menjadi ketua JK kecil yang akan memainkan peranan penting masing-masing bagi memastikan kelancaran dan memeriahkan majlis.

2.12 Bulan bahasa akan diadakan pada bulan April 2013, semua guru perlu bekerjasama dalam menjayakan bulan ini melalui aktiviti yang menarik untuk pelajar.

Makluman: Semua ahli mesyuarat

3 Hal-hal lain

3.1 Penggunaan peruntukkan panitia hendaklah dirancang awal sebahagian peruntukkan akan digunakan untuk menceriakan makmal bahasa.

3.2 Ujian Diagnostik Tingkatan 1 telah dijalankan bagi menapis penempatan pelajar ke dalam kelas Bahasa Inggeris mengikut kriteria sistem set.

3.3 Kelas Pemulihan PPA Fasa 1 akan dimulakan pada 18 Februari 2013. Guru-guru yang terlibat diminta menyediakan bahan ulangkaji

3.4 Tahun ini, waktu sit-in akan diganti dengan waktu guru ganti. Guru dalam panitia yang sama akan mengambil alih waktu rakan guru yang tidak hadir bagi menjalankan P&P yang telah dirancang.

Makluman: KP dan semua ahli mesyuarat

Page 3: Panitia Bahasa Inggeris 1

MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS 2013

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………….. …………………………………En Muhammad Azmeer B. Basir Pn Maimunah Bt Haji RambliPencatat Minit mesyuarat Ketua Panitia Bahasa Inggeris