panduan tesis

13
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PENGAJIAN JARAK JAUH (SEKOLAH RENDAH) PANDUAN UMUM KRL3043 LATIHAN ILMIAH

Upload: anthony-farmer

Post on 03-Feb-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

u

TRANSCRIPT

Page 1: panduan tesis

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

PENGAJIAN JARAK JAUH (SEKOLAH

RENDAH)

PANDUAN UMUM KRL3043 LATIHAN ILMIAH

Page 2: panduan tesis

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 2

2.0 Hasil Pembelajaran Kursus 2

3.0 Penilaian Kursus:

3.1 Pemberatan penilaian kursus 2

3.2 Agihan pemberatan kerja kursus 2

4.0 Bentuk Kerja Kursus:

4.1 Penulisan Akhir Penyelidikan

4.2 Forum atas talian

3

5.0 Rubrik Penilaian 6

6.0 Format Penulisan Laporan Akhir 8

1

Page 3: panduan tesis

1.0 PENGENALAN

Kursus ini adalah kursus lanjutan daripada kaedah penyelidikan dalam pendidikan

sekolah rendah. Dalam kursus ini pelajar perlu menulis laporan lengkap hasil penye-

lidikan di lapangan berpandukan format penulisan latihan ilmiah.

2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

1. Menghasilkan laporan penulisan ilmiah.

2. Menggunakan kaedah penyelidikan dalam bidang keilmuan pendidikan sekolah

rendah.

3. Menunjukkan kerjasama yang baik dengan penyelia.

4. Membincangkan isu-isu yang terkini dan relevan dalam pendidikan sekolah

rendah sebagai bahan kajian.

3.0 PENILAIAN KURSUS

3.1. Pemberatan

Kategori Pemberatan

Kerja kursus 100%

JUMLAH 100%

3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus

Bentuk Kerja Kursus Jenis

Tugasan

Jumlah (%)

Tugasan 1 Penulisan ilmiah 80%

Tugasan 2 Forum atas talian 20%

JUMLAH 100%

2

Page 4: panduan tesis

4.0 BENTUK KERJA KURSUS

4.1 Tugasan 1 (Penulisan Akhir Penyelidikan 80 %)

Semua penulisan laporan akhir samada kajian tinjauan, kajian kes, kajian berasaskan

projek, kajian tindakan, kajian berasaskan produk dan bentuk-bentuk kajian lain yang

dipilih perlu mengikut format panduan umum yang dinyatakan seperti berikut:

Tugasan Arahan Tarikh Akhir %

Penulisan

Peringkat

pertama

Deraf - Bab 1 + Bab 2 + Bab 3

Bab 1 – Pengenalan (minimum 2000 patah

perkataan)

Pendahuluan

Latar belakang kajian

Pernyataan masalah

Objektif kajian – maksimum 3

Soalan kajian – antara 3 – 5

Kepentingan kajian

Batasan kajian

Definisi pembolehubah/operasional

Rumusan

Bab 2 – Tinjauan literatur (minimum 2000

patah perkataan)

Pendahuluan

Teori dan konsep

Kajian-kajian lepas berkaitan

Rumusan

Bab 3 – Metodologi (minimum 1000 patah

perkataan)

Pendahuluan

Rekabentuk kajian

Persampelan

Instrumen kajian

rosedur analisis data

Minggu ke 4

Hantar tugasan

di tapak tugasan

yang telah

disediakan.

20%

3

Page 5: panduan tesis

Rumusan

Penulisan

peringkat

kedua

Deraf - Bab 4 + Bab 5

Bab 4 – Dapatan kajian (minimum 2000 patah

perkataan)

Pendahuluan

Analisis Dapatan kajian

Rumusan

Bab 5 – Perbincangan dan kesimpulan

(minimum 1000 patah perkataan)

Pendahuluan

Perbincangan berdasarkan soalan ka-

jian

Cadangan kajian lanjutan

Kesimpulan

Minggu ke 8

Hantar tugasan

di tapak tugasan

yang telah

disediakan.

20%

Penulisan

peringkat

ketiga

Laporan Akhir

Penulisan laporan akhir yang lengkap dan

mengandungi

i. Penghargaan

ii. Abstrak BM

iii. Abstrak BI

iv. Isi kandungan (5%)

v. Senarai jadual

vi. Rujukan

vii. Lampiran

viii. Bahasa/persembahan

1. Bab 1 (7%)

2. Bab 2 (7%)

3. Bab 3 (7%)

4. Bab 4 (7%)

5. Bab 5 (7%)

*** PENTING

Pelajar wajib menghantar laporan akhir.

Pelajar yang tidak menghantar laporan akhir

Minggu ke 12

Hantar tugasan

di tapak tugasan

yang telah

disediakan.

40%

4

Page 6: panduan tesis

dikira gagal walaupun komponen lain

dilengkapkan.

4.2 Tugasan 2 (Forum atas talian 20%)

Pensyarah E-Learning akan menyediakan sekurang-kurangnya 5 soalan forum. Panduan

pelaksanaan forum seperti berikut:

FORUM MINGGU SOALAN FORUM

FORUM 1 Minggu 1- 2

Soalan forum 1 : 4% (jawapan + 3 respon)

Soalan forum adalah berkaitan dengan penulisan tesis

dan soalan forum ini perlu disediakan oleh pensyarah

masing-masing.

Contoh soalan forum

Sebagai seorang penyelidik bagaimanakah cara untuk

menyampaikan mesej permasalahan kajian supaya

permasalahan yang ditulis itu dapat dilihat sebagai

satu isu yang sangat penting dan penting untuk

dijalankan penyelidikan bagi mencari jawapanya

kepada persoalan yang dibina.

FORUM 2 Minggu 3-4

Soalan forum 2 : 4% (jawapan + 3 respon)

Soalan forum adalah berkaitan dengan penulisan tesis

dan soalan forum ini perlu disediakan oleh pensyarah

masing-masing

Contoh soalan forum

Tuliskan 2 persoalan kajian anda dan jelaskan apakah

ujian yang akan digunakan untuk menganalis bagi

menjawab persoalan tersebut. Pelajar yang lain sila beri

komen sama ada betul atau salah antara persoalan

kajian dengan analisis yang digunakan.

FORUM 3 Minggu 5-6 Soalan forum 3 : 4% (jawapan + 3 respon)

Soalan forum adalah berkaitan dengan penulisan tesis

dan soalan forum ini perlu disediakan oleh pensyarah

masing-masing

5

Page 7: panduan tesis

Contoh soalan forum

Bagaimana anda memastikan bahawa instrument yang

anda gunakan dalam penyelidikan ini mempunyai

kesahan dan kebolehpercayaan.

FORUM 4 Minggu 7-8

Soalan forum 4 : 4% (jawapan + 3 respon)

Soalan forum adalah berkaitan dengan penulisan tesis

dan soalan forum ini perlu disediakan oleh pensyarah

masing-masing

Contoh soalan forum

Apakah perbezaan analisis deskriptif dan analisis

inferensi?

FORUM 5 Minggu 9-10

Soalan forum 5 : 4% (jawapan + 3 respon)

Soalan forum adalah berkaitan dengan penulisan tesis

dan soalan forum ini perlu disediakan oleh pensyarah

masing-masing

Contoh soalan forum

Jelaskan mengapa anda perlu menulis implikasi kajian

dan sumbangan kajian anda kepada pihak berkaitan

dalam penulisan tesis anda.

5. RUBRIK PENILAIAN

Bil. Komponen Lemah

(Markah 1 – 6)

Sederhana

(Markah 7 – 13)

Cemerlang

(Markah 14 – 20)

1. Bab 1 + Bab 2 + Bab 3

Tajuk yang sesuai

Masalah kajian yang je-

las

Objektif dan soalan ka-

jian yang sesuai

Ulasan teori dan kajian

lampau

Tajuk dan

masalah ka-

jian tidak

sesuai, tidak

jelas dan tidak

terkini dengan

bidang pen-

didikan seko-

Tajuk dan

masalah kajian

sesuai dan je-

las dengan

bidang pen-

didikan sekolah

rendah

Objektif dan

Tajuk dan

masalah ka-

jian sangat

sesuai, jelas

dan terkini

dengan

bidang pen-

didikan seko-

6

Page 8: panduan tesis

Kesesuaian rekabentuk

metodologi

Kaedah analisis data

Kesinambungan antara

elemen di atas

lah rendah

Objektif dan

soalan kajian

mengukur

dengan tidak

tepat.

Teori dan ka-

jian lampau

tidak men-

cakupi isu ka-

jian

Metodologi

dan analisis

data tidak

sesuai dan

tidak tepat

soalan kajian

mengukur den-

gan tepat.

Teori dan ka-

jian lampau ku-

rang men-

cakupi isu ka-

jian

Metodologi dan

analisis data

kurang sesuai

dan kurang

tepat

lah rendah

Objektif dan

soalan kajian

mengukur

dengan tepat.

Teori dan ka-

jian lampau

mencakupi isu

kajian

Metodologi

dan analisis

data sesuai

dan tepat

2. Bab 4 + Bab 5

Analisis dapatan kajian

Perbincangan

berdasarkan soalan ka-

jian

Analisis tidak

lengkap dan

tidak jelas

berdasarkan

soalan kajian

Perbincangan

tidak lengkap

dan tidak jelas

Analisis kurang

lengkap dan ku-

rang jelas

berdasarkan

soalan kajian

Perbincangan

kurang lengkap

dan kurang je-

las

Analisis san-

gat lengkap

dan jelas

berdasarkan

soalan kajian

Perbincangan

sangat

lengkap dan

jelas

Bil. Komponen Lemah

(Markah 1 – 12)

Sederhana

(Markah1 3 – 28)

Cemerlang

(Markah 29 – 40)

3 Laporan akhir Penulisan tidak

lengkap dan

tidak mengikut

format yang telah

ditetapkan

Penulisan kurang

lengkap dan tidak

mengikut format

yang telah

ditetapkan

Penulisan

lengkap mengikut

format yang telah

ditetapkan

7

Page 9: panduan tesis

6 FORMAT PENULISAN LAPORAN AKHIR

i. Bilangan rujukan (minimum 15 ; tahun rujukan 2000 ke atas)

ii. Bilangan patah perkataan minimum 8,000 tidak termasuk rujukan dan lampiran.

iii. Format penulisan:

jenis font (times new roman, size 12)

jarak 1.5 ( 1.5 line)

margin

o Top : 3 cm

o Bottom : 2.5 cm

o Left : 2.5 cm

o Right : 2.5 cm

Format penulisan bahagian rujukan : APA edisi ke 6

iv. Penulisan dalam format MS Word

v. Penghantaran laporan akhir ke tapak tugasan dalam format PDF

vi. Contoh kulit hadapan laporan akhir adalah seperti berikut:

PENGGUNAAN INTERNET DALAM

KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU

ABD AZIZ BIN ABD SHUKOR

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2014

8

Page 10: panduan tesis

9