panduan solat sunat taubat

Upload: nur-nazihah-hanin

Post on 14-Apr-2018

288 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Panduan Solat Sunat Taubat

    1/16

    PANDUAN SOLAT SUNAT TAUBAT

    InsyaAllah, semua orang Islam yang mukmin akan memerlukan taubat dirinya bagi

    penjernihan jiwa.

    ALLAH SWT sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya

    sebagaimana di dalam Al-Quraanulkarim:

    (Surah At-Tahrim: Ayat 8)

    Maksudnya:

    "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'Taubat

    Nasuha' (taubat yang sebenar), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan

    kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di

    bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-

    orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka,

    bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka

    berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita):

    "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah

    keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

    Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya dengan firmanNya:

    http://2.bp.blogspot.com/-FnlrF_Z5jsQ/UOytQE9p_aI/AAAAAAAABR4/yn-9grvZsk8/s1600/66_8.png
  • 7/29/2019 Panduan Solat Sunat Taubat

    2/16

    (Surah Az-Zumar: Ayat 53)

    Maksudnya:

    Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas

    terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu

    berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;

    sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    Selanjutnya Allah Ta'ala berfirman:

    (Surah Az-Zumar: Ayat 54)

    Maksudnya:

    "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat

    kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan

    pertolongan".

    Syarat-syarat taubat :

    http://4.bp.blogspot.com/-50wywpweh4s/UOyvAD5msuI/AAAAAAAABS0/EvNOOqAxbXY/s1600/39_54.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-4sm87-KE9gE/UOyu4-UI5SI/AAAAAAAABSs/hoM3T_QYxqk/s1600/39_53.png
  • 7/29/2019 Panduan Solat Sunat Taubat

    3/16

    1. Ikhlas ingin bertaubat;

    2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi;

    3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan;

    4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-

    lamanya; dan

    5. Dikerjakan sebelum ajal tiba.

    Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa

    berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat

    membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta,

    harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan.

    Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

    Masa (waktu) Melaksanakan Taubat :

    Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya

    bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh

    dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari

    cahaya kebenaran. Oleh itu adalah menjadi kewajipan kepada setiap mukmin untuk segera

    bertaubat pada bila-bila masa sahaja.

    Mengambil satu contoh kepada kes anak-anak yang susah hendak belajar. Sebab-musabab

    anak susah untuk menerima pelajaran itu berkemungkinan bukan sahaja kesilapan telah

    dilakukan oleh anak itu sendiri bahkan mungkin ada kesalahan yang dilakukan oleh kita

    sebagai ibu atau ayah. Ibu ayah bertanggungjawab dan pemikul amanah Allah SWT terhadap

    anak-anaknya. Suami pula bertanggungjawab terhadap isterinya. Oleh sebab itu marilah kita

    segera bertaubat supaya kesilapan yang tidak disangka-sangka atau tidak diketahui yang

    menjadi penyebab kepada susahnya ilmu yang ingin difahami oleh anak-anak. Selepas

    bersolat taubat marilah kita bermunajat ke hadrat Allah SWT agar kesilapan kita (sebagai ibu

    atau ayah) tidak menjadi punca atau berterusan kepada kesusahan dan kepayahan untuk anak

    menimba ilmu dan mohonlah kepada Allah SWT banyak-banyak mudah-mudahan segala

    kesalahan diampunkan. Semoga anak-anak diberi hidayah dan mudah memahami atau

    menghafal perkara-perkara yang dipelajari. Begitulah hal-hal dengan perkara-perkara yang

    lain di dalam kehidupan berkeluarga.

  • 7/29/2019 Panduan Solat Sunat Taubat

    4/16

    Amat paling penting ialah kita perlu membangkitkan jiwa untuk segera bertaubat tanpa

    berlengah-lengah lagi dengan sentiasa mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di

    dalam kubur yang merupakan perkara yang amat pasti tanpa mengira umur, sama ada muda

    atau sudah tua. Bila? Tak usahlah dibicarakan, yang pastinya kita perlu berusaha bersungguh-

    sungguh mengerjakan amalan yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang dilarang-

    Nya. Mungkin kita telah banyak kali melakukan pelbagai perkara yang salah seperti tidak

    menutupAurat dan sebagai-sabagainya. Persoalan dan perkataan mengenai "mati" adalah

    sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati bererti berpisah dengan segala

    yang disayangi atau dicintai bermula terputusnya segala nikmat dunia. Sedangkan berpisah

    sebentar sahaja dengan anak-anak atau isteri atau suami, sempat juga kita mengalirkan air

    mata kesedihan, apatah lagi berpisah untuk selamanya. Tetapi perkataan 'mati' itulah nasihat

    yang terbaik bagi kita ummat muslimin (ummat Rasulullah SAW).

    Begitu jugalah kepada muslimin dan muslimat serta sahabat-sahabat yang akan mengerjakan

    ibadah Haji atau Umrah yang amat Mengharapkan Haji Yang Mabrur,maka selalu-

    selalulah bersolat taubat tanpa mengira waktu untuk menyesali kesalahan atau kesilapan yang

    telah dilakukan mudah-mudahan akan dipermudahkan pekerjaan Haji dan Umrah yang akan

    dilakukan, Insyaallah.

    Lihatlah dan bacalah Firman Allah SWT:

    (Surah Az-Zumar: Ayat 30)

    Maksudnya:

    "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga

    akan mati".

    Ingatlah dan ketahuilah mengenai azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang

    yang berdosa akibat daripada kufur dan ingkar akan amaran Allah SWT sebagaimana

    http://mukimsrimenanti.blogspot.com/2011/04/marilah-fahami-sebenar-benarnya-maksud.htmlhttp://mukimsrimenanti.blogspot.com/2011/04/marilah-fahami-sebenar-benarnya-maksud.htmlhttp://mukimsrimenanti.blogspot.com/2011/04/marilah-fahami-sebenar-benarnya-maksud.htmlhttp://mukmin20.blogspot.com/2012/10/haji-yang-mabrur-allah-swt-telah.htmlhttp://mukmin20.blogspot.com/2012/10/haji-yang-mabrur-allah-swt-telah.htmlhttp://1.bp.blogspot.com/-nwbjVTx5XkE/UOywjFdDh1I/AAAAAAAABTo/BNieMoyURAE/s1600/39_30.pnghttp://mukmin20.blogspot.com/2012/10/haji-yang-mabrur-allah-swt-telah.htmlhttp://mukmin20.blogspot.com/2012/10/haji-yang-mabrur-allah-swt-telah.htmlhttp://mukimsrimenanti.blogspot.com/2011/04/marilah-fahami-sebenar-benarnya-maksud.html
  • 7/29/2019 Panduan Solat Sunat Taubat

    5/16

    Firman-Nya:

    (Surah Az-Zumar: Ayat 16)

    Maksudnya

    "Bagi mereka (yang kufur dan ingkar - kafir, disediakan lapisan-lapisan dari apimenyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab)

    yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu

    wahai hamba-hambaKu!"

    Dengan mengingati syurga yang akan menjadi tempat tinggal yang kekal bagi orang-orang

    yang soleh, maka marilah kita membangkitkan keinginan jiwa kita untuk melakukan taubat

    dengan segera. Firman Allah SWT:

    (Surah Az-Zumar: Ayat 73)

    Maksudnya:

    Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan

    berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia

    terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam

    http://4.bp.blogspot.com/-JEvTDhpoAso/UOyxj2yKtNI/AAAAAAAABT8/Y5EUjUwsNnA/s1600/39_73.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-Ttw-oeSqj4Y/UOywqqM8hlI/AAAAAAAABTw/AwNRxAYzQGs/s1600/39_16.png
  • 7/29/2019 Panduan Solat Sunat Taubat

    6/16

    sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini

    dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) .

    Oleh itu bersegeralah kita melakukan Solat Sunnat Taubat tanpa melengah-lengahkan masa.

    Cara melaksanakan solat taubat :

    Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan

    sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci dengan menghadap kiblat;

    Waktu melakukan Solat Taubat Pada bila-bila masa sahaja jika kita merasakan telah

    berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim untuk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya

    ialah pada 2/3 malam (kira-kira jam 2.00 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.

    Lafaz NIAT

    Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

    Rakaat PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian

    Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun: .

    : atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

    http://4.bp.blogspot.com/-73eeOD51XW8/UOyzzROct0I/AAAAAAAABVY/SJcIdjpemdQ/s1600/109_6.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-or7dRD0BXx0/UOyztiEG4oI/AAAAAAAABVQ/0E2XU67ezII/s1600/109_5.pnghttp://3.bp.blogspot.com/-slrCB2beRSM/UOyzpEvBDUI/AAAAAAAABVI/5-imovJsLgM/s1600/109_4.pnghttp://3.bp.blogspot.com/-yS02zl5q8Dw/UOyzhdj42uI/AAAAAAAABVA/1P2L2484Cow/s1600/109_3.pnghttp://3.bp.blogspot.com/-yhrNgJZBnpw/UOyzZ6XkNNI/AAAAAAAABU4/sxuI2JYiTaI/s1600/109_2.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-agLMZDvLy9k/UOyzSjmVUgI/AAAAAAAABUw/5HUIqGCj1JI/s1600/109_1.png
  • 7/29/2019 Panduan Solat Sunat Taubat

    7/16

    Rakaat KEDUA- Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Ikhlas

    sebanyak 3 kali:

    : atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

    Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali

    (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Taala):

    Ertinya:

    Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha

    Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku

    adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri

    Selepas salam, perbanyakkan Istighfar sebanyak100 kali atau yang semampunya,

    Ertinya:

    Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup

    Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.

    Selepas itu bacalah tasbih memuji Allah SWT 100 kali atau yang semampunya,

    Ertinya:

    Maha Suci Allah Yang Maha Agong.

    http://1.bp.blogspot.com/-Urfwma8l21E/UOy1aZohcII/AAAAAAAABWo/tbpClLXcQFA/s1600/112_4.pnghttp://2.bp.blogspot.com/-kAFycCRE7kQ/UOy1VtmEgYI/AAAAAAAABWg/uAWZ8ttB9HM/s1600/112_3.pnghttp://1.bp.blogspot.com/-m_iTnaKn_Ns/UOy1O27nbMI/AAAAAAAABWY/zEiWdlreBSY/s1600/112_2.pnghttp://2.bp.blogspot.com/-q-q_Jrt4ZP8/UOy1JdiUNiI/AAAAAAAABWQ/P5R70kibN_A/s1600/112_1.png
  • 7/29/2019 Panduan Solat Sunat Taubat

    8/16

    Selepas itu bacalah:

    Ertinya:

    Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa,

    tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja.

    Dialah yang menghidupkan

    (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan)

    dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

    - Atau Istighfar sebagaimana berikut (Tiada had);

    Ertinya:

    "Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi

    laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Agong".

  • 7/29/2019 Panduan Solat Sunat Taubat

    9/16

    - Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini:

    Ertinya:

    "Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku"

    Akhir sekali berdoalah dengan cara yang mudah mengikut kemampuan atau

    dengan Penghulu Istighfar sebagaimana berikut:

    Ertinya:

    Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang

    menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan didalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung

    kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang

    telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku.

    Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

  • 7/29/2019 Panduan Solat Sunat Taubat

    10/16

    SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

    Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan

    memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.

    Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu

    perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa,

    keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan

    keburukannya.

    Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya.

    Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

    Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika

    keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah

    dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut.

    Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana

    arah hati lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah

    bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

    Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan

    yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak

    dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan

    datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

    Khaifiat Solat Istikharah

    Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang

    berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun

    tidur.

  • 7/29/2019 Panduan Solat Sunat Taubat

    11/16

    Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk

    dalam mengemukakan permohonan kepada Allah.

    Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak

    memakai azan atau iqomah.

    Lafaz niat:-

    Ushalli Sunnatal Istikharaati Rakataini Lillahi Taaala

    Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Taala

    Rakaat pertama-

    Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

    Rakaat kedua-

    Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

    Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

    Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah

    s.w.t. misalnya:

    Ya Allah, jika hal ini.( sebutkan namanya )

    Doa istikharah

    Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

    http://hafizamri.com/wp-content/uploads/2012/04/Niat-solat-sunat-Istikharah.jpg?25a3a7
  • 7/29/2019 Panduan Solat Sunat Taubat

    12/16

    Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan

    penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab

    sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa.

    Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu

    bahawa urusan saya ini..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat

    urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah

    kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk

    untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu

    daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-

    baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.

    Antara fadhilat Solat Istikharah

    Apabila kita sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan

    ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untukmemilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan.

    Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal

    istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

    Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak

    diberikan peringatan dalam soal ini.

    http://hafizamri.com/wp-content/uploads/2012/04/Doa-Istikharah.jpg?25a3a7
  • 7/29/2019 Panduan Solat Sunat Taubat

    13/16

    Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah

    sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

    Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah

    dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang

    dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

    Tempah Percutian Murah Anda Sekarang !!

    Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan

    Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang

    sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau

    amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat

    mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini

    adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah

    pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia

    untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini

    membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku

    dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah

    kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

    Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-

    Quran.

    Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang

    berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam

    kisah ini bukan nama sebenar.

    Kisah 1

    Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim

    untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan

    tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi

    tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan

    memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan

    rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu

    http://www.hztours.com.my/344-0-3-1.htmlhttp://www.hztours.com.my/344-0-3-1.html
  • 7/29/2019 Panduan Solat Sunat Taubat

    14/16

    telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan

    hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

    Kisah 2

    Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang

    cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan.

    Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari

    Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua

    Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus

    membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih

    tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank keranapampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki

    hutang dengan pihak bank.

    Kisah 3

    Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam

    satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk

    pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

    Kisah 4

    Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil

    pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih

    seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu

    rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan

    berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

    Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada

    mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat

    keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

    Kisah 5

  • 7/29/2019 Panduan Solat Sunat Taubat

    15/16

    Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia

    mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa

    kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak

    menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung

    sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana

    sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung

    hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi

    tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam

    berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk

    menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit

    pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga.

    Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan

    kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap

    Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada

    orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

    Kisah 6

    Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila

    menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan

    pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke

    Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian

    kepadanya. Dia berdoa Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan

    agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan

    sempurna. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran

    dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak

    kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang

    terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-

    Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

    Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan

    pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan

    Solat Istikharah ini.

  • 7/29/2019 Panduan Solat Sunat Taubat

    16/16

    Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000.

    Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut

    macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum

    membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat

    dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang

    melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi

    mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

    Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman

    yang ada unsur-unsur riba seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam

    semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh

    pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan

    membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh

    menghalangnya

    Source: http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahajjud/