panduan permohonan jawatan melalui...

Download PANDUAN PERMOHONAN JAWATAN MELALUI …imej.spa.gov.my/borangspa/ManualOnlineSPA8i/Berkhidmat@KPSL.pdf · Rajah 2.0-1 atau contoh seperti berikut: 1. Nombor Kad Pengenalan (Baru) 540603-03-5550

If you can't read please download the document

Upload: phungcong

Post on 06-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 1

    PANDUAN MENGISI BORANG

    ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 CARA MENCAPAI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN....2 2.0 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN....6

    A. Maklumat Peribadi Pemohon..6 B. Maklumat Akademik Pemohon.....10 C. Maklumat Ko-Kurikulum.23 D. Maklumat Tambahan...25 E. Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL.27 F. Semakan Maklumat Peribadi Pemohon.....33 G. Pengakuan Pemohon..34 H. Pemberitahuan..35

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 2

    PANDUAN MENGISI BORANG

    1.0 CARA MENCAPAI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8i)

    Ikuti langkah-langkah berikut untuk mencapai laman Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i):

    1. Pada ruang Address di Internet Explorer taipkan alamat web berikut:

    http://www.spa.gov.my

    2. Tekan kekunci Enter atau klik Go (Internet Explorer 6.0).

    3. Anda akan melihat Portal Rasmi SPA seperti di Rajah 1.0-1.

    Rajah 1.0-1 : Skrin Portal Rasmi SPA

    4. Klik pautan Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i)

    http://www.spa.gov.my/http://imej.spa.gov.my/borangspa/index.php

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 3

    PANDUAN MENGISI BORANG

    5. Skrin seperti yang tertera di Rajah 1.0-2 dipaparkan.

    Rajah 1.0-2 : Pautan Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i)

    6. Pilih butang Berkhidmat/KPSL (anda mestilah sedang berkhidmat ATAU Kenaikan Pangkat Secara

    Lantikan KPSL di sektor awam jika ingin memohon menggunakan borang ini). Butang pilihan ini

    akan menentukan jawatan-jawatan yang anda layak memohon.

    7. Skrin seperti yang tertera di Rajah 1.0-3 dipaparkan.

    http://imej.spa.gov.my/borangspa/borang6.php

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 4

    PANDUAN MENGISI BORANG

    Rajah 1.0-3 : Maklumat borang pendaftaran (SPA8i) Berkhidmat/KPSL

    8. Sila baca maklumat yang dipaparkan termasuk Maklumat Jawatan, Maklumat Pengiktirafan

    dan

    Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan bagi mengelakkan anda memohon jawatan

    yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.

    9. Klik pada butang BORANG PENDAFTARAN (SPA8i).

    10. Skrin seperti yang tertera di Rajah 1.0-4 dipaparkan.

    http://putra3.spa.gov.my/online/BorangPemohonServlet?jenis_pohon=berkhidmatKpsl&NextPage=/daftar_manual/borang/maklumat_peribadi_pemohon_v2.jsp&reset=y

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 5

    PANDUAN MENGISI BORANG

    Rajah 1.0-4 : Borang pendaftaran (SPA8i) Berkhidmat/KPSL

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 6

    PANDUAN MENGISI BORANG

    2.0 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8i)

    A. Maklumat Peribadi Pemohon

    Rajah 2.0-1 : Maklumat Peribadi Pemohon

    Sila isikan Nombor Kad Pengenalan anda (sama seperti dalam MyKad). Bagi pemohon yang tidak

    mempunyai Nombor Kad Pengenalan (Baru), wajib mengisi kad pengenalan (Lama/Tentera/Polis). Rujuk

    Rajah 2.0-1 atau contoh seperti berikut:

    1. Nombor Kad Pengenalan (Baru)

    540603-03-5550 isikan: 540603035550

    2. Nombor Kad Pengenalan (Lama/Tentera/Polis)

    a. 4824163 isikan: 4824163

    b. H 0432516 isikan: H0432516

    c. RF 1234 isikan: RF1234

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 7

    PANDUAN MENGISI BORANG

    3. Sila pilih jawatan-jawatan yang layak dipohon pada ruangan Jawatan 1. Anda juga dibolehkan untuk

    memenuhi ruangan Jawatan 2 hingga 5 dan jawatan yang anda pilih hendaklah tidak berulang

    (Jawatan- jawatan yang layak adalah mengikut pilihan borang).

    Sila baca Maklumat Jawatan di Portal SPA sebelum memohon bagi mengelakkan anda

    memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki. Rujuk

    5. Sila isikan Alamat e-mel anda yang aktif. Contoh :

    Rajah 1.0-3.

    4. Sila pilih Pusat Temuduga/Ujian Khas Yang Dipilih mengikut kesesuaian.

    [email protected]

    6. Sila isikan Nama Penuh anda (sama seperti dalam MyKad).

    Contoh :

    Nama Penuh : SYARIFAH ROSNIYATI BINTI HAJI SYED KAMARUL MANSOR

    Rajah 2.0-2 : Samb. Maklumat Peribadi Pemohon

    mailto:[email protected]

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 8

    PANDUAN MENGISI BORANG

    7. Sila isikan Alamat Surat-Menyurat seperti nombor peti surat / nombor rumah, nama jalan, nama

    taman/kampung. Sekiranya ruangan tidak mencukupi, sila ringkaskan ejaan dan singkatan yang

    digunakan mestilah mudah difahami.

    8. Sila isikan Poskod alamat surat-menyurat anda dengan jelas.

    9. Sila isikan Bandar alamat surat-menyurat anda dengan jelas.

    10. Sila pilih Negeri alamat surat-menyurat anda dengan betul.

    11. Sila isikan Nombor Telefon anda yang boleh dihubungi (jika ada). Sila pilih kod nombor telefon anda

    dengan betul dan isikan nombor berikutnya pada ruang kosong.

    Contoh :

    Nombor Telefon : 03-89451010

    Kod nombor telefon yang dipilih adalah 03 dan nombor berikutnya yang dimasukkan adalah 89451010

    12. Sila isikan Tarikh Lahir anda mengikut format dd/mm/yyyy. Tarikh lahir juga boleh dipilih dari

    kalendar yang dipaparkan. Sekiranya anda mengisi no.kad pengenalan (baru) pada maklumat peribadi

    pemohon no.1 (Rujuk No.1), sila abaikan langkah ini. Tetapi anda digalakkan menyemak Tarikh Lahir

    anda.

    Contoh :

    Tarikh Lahir : 31 Disember 1980 Isikan : 31/12/1980

    13. Sila pilih Negeri Tempat Lahir seperti berikut :

    a. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Pemohon. Sekiranya anda mengisi no.kad pengenalan (baru)

    pada maklumat peribadi pemohon no.1 (Rujuk No.1), sila abaikan langkah ini. b. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Ibu Pemohon.

    c. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Bapa Pemohon.

    14. Sila pilih Jantina anda sama ada Lelaki atau Perempuan.

    15. Sila pilih Taraf Perkahwinan anda.

    16. Sila pilih Keturunan anda.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 9

    PANDUAN MENGISI BORANG

    Rajah 2.0-3 : Samb. Maklumat Peribadi Pemohon

    17. Sila pilih Agama yang dianuti oleh anda.

    18. Sila pilih Warganegara anda.

    19. Sila pilih Pemegang Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya pemohon adalah

    pemegang biasiswa tersebut di Peringkat Diploma dan ke atas sahaja.

    20. Sila pilih Penerima Bantuan sekiranya ibu/bapa/pemohon menerima bantuan Program Kesejahteraan

    Rakyat (PKR) / Bantuan Kebajikan Masyarakat / Program Perumahan Rakyat (PPR).

    a. Sekiranya berkaitan, sila isikan No. Pendaftaran/Rujukan.

    21. Sila isikan kelas Lesen Kenderaan anda sekiranya berkaitan. Klik pada kelas yang berkaitan dan tanda akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Lesen Kenderaan ini penting bagi jawatan

    tertentu seperti Juruaudio Visual. Oleh itu, anda dikehendaki mengisi ruangan ini sekiranya meminta

    jawatan yang berkaitan.

    Setelah selesai, sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke

    muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 10

    PANDUAN MENGISI BORANG

    B. Maklumat Akademik Pemohon

    Rajah 2.0-4 : Maklumat Akademik Pemohon Keputusan Peperiksaan PMR/SRP/LCE atau Setaraf

    1. Sila isikan Keputusan Peperiksaan PMR/SRP/LCE atau Setaraf. Rujuk contoh seperti Rajah

    2.0-4.

    1.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. 1.2. Sila pilih Jenis sijil menduduki peperiksaan.

    1.3. Sila pilih Pangkat yang diperolehi dan kosongkan bagi pemegang Sijil PMR.

    1.4. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan

    Bahasa Inggeris dalam ruangan Gred kerana subjek tersebut adalah wajib diisi. 1.5. Sila pilih matapelajaran selain Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

    mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap

    matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan

    maksimum 10 matapelajaran sahaja.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 11

    PANDUAN MENGISI BORANG

    Rajah 2.0-5 : Maklumat Akademik Pemohon Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia

    (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -- Peperiksaan kali pertama

    Makluman: Sekiranya anda mengambil SPM mengikut sistem terbuka (tahun 2000 ke atas) lebih dari sekali

    untuk tiga tahun berturut-turut (cth: tahun 2000, 2001, 2002), anda boleh mengisi dua keputusan terbaik di

    ruangan Peperiksaan kali pertama dan Peperiksaan kali kedua mengikut tahun peperiksaan yang diambil.

    2. Sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem

    Terbuka atau Setaraf) -- Peperiksaan kali pertama. Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-5.

    2.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.

    2.2. Sila pilih Jenis sijil menduduki peperiksaan.

    2.3. Sila pilih Pangkat yang diperolehi dan kosongkan bagi keputusan SPM yang mengikut sistem

    terbuka.

    2.4. Sila pilih LULUS atau GAGAL bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia

    yang diperolehi dan kosongkan bagi keputusan SPM yang mengikut sistem terbuka.

    2.5. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan

    Bahasa Inggeris dalam ruangan Gred kerana subjek tersebut adalah wajib diisi.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 12

    PANDUAN MENGISI BORANG

    2.6. Sila pilih matapelajaran selain Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

    mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap

    matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan

    maksimum 10 matapelajaran sahaja.

    Rajah 2.0-6 : Maklumat Akademik Pemohon Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia

    (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -- Peperiksaan kali kedua

    (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki SPM mengikut sistem terbuka Sahaja)

    3. Seterusnya sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -- Peperiksaan kali kedua (Untuk diisi oleh Pemohon

    Yang Memiliki SPM mengikut sistem terbuka Sahaja). Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-6.

    3.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. 3.2. Sila pilih matapelajaran mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred

    yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Pemohon hanya boleh

    mengisi keputusan maksimum 10 matapelajaran sahaja.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 13

    PANDUAN MENGISI BORANG

    Rajah 2.0-7 : Maklumat Akademik Pemohon Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Julai /

    SAP / SPM/ STPM / Universiti atau Setaraf

    4. Seterusnya sila isikan keputusan Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Julai / SAP / SPM/ STPM /

    Universiti atau Setaraf sekiranya berkaitan. Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-7.

    4.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. 4.2. Sila pilih Jenis peperiksaan Bahasa Melayu yang diduduki.

    4.3. Sila pilih Gred peperiksaan Bahasa Melayu yang diperolehi.

    4.4. Sila pilih LULUS atau GAGAL bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu yang diperolehi.

    Rajah 2.0-8 : Maklumat Akademik Pemohon Peperiksaan Matematik Kertas Julai

    5. Seterusnya sila isikan keputusan Peperiksaan Matematik Kertas Julai sekiranya berkaitan. Rujuk

    contoh seperti Rajah 2.0-8.

    5.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.

    5.2. Sila pilih Gred peperiksaan Matematik Kertas Julai yang diperolehi.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 14

    PANDUAN MENGISI BORANG

    Rajah 2.0-9 : Maklumat Akademik Pemohon Keputusan Peperiksaan STPM/STP/HSC

    -- Peperiksaan kali pertama

    6. Sila isikan Keputusan Peperiksaan STPM/STP/HSC -- Peperiksaan kali pertama (sekiranya

    berkaitan). Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-9.

    6.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.

    6.2. Sila pilih Jenis sijil menduduki peperiksaan.

    6.3. Sila pilih Pangkat yang diperolehi dan kosongkan bagi pemegang Sijil STPM.

    6.4. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Pengajian Am dalam ruangan Gred kerana

    subjek tersebut adalah wajib diisi.

    6.5. Sila pilih matapelajaran selain Pengajian Am mengikut keputusan sijil dalam ruangan

    Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan

    Gred. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan maksimum 5 matapelajaran sahaja.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 15

    PANDUAN MENGISI BORANG

    Rajah 2.0-10 : Maklumat Akademik Pemohon Peperiksaan kali kedua

    (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki STPM Sahaja)

    7. Sila isikan Peperiksaan kali kedua (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki STPM Sahaja).

    Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-10.

    7.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.

    7.2. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Pengajian Am dalam ruangan Gred kerana

    subjek tersebut adalah wajib diisi.

    7.3. Sila pilih matapelajaran selain Pengajian Am mengikut keputusan sijil dalam ruangan

    Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan

    Gred. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan maksimum 5 matapelajaran sahaja.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 16

    PANDUAN MENGISI BORANG

    Rajah 2.0-11 : Maklumat Akademik Pemohon Keputusan Peperiksaan STAM -- Peperiksaan kali pertama

    8. Sila isikan Keputusan Peperiksaan STAM -- Peperiksaan kali pertama (sekiranya berkaitan).

    Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-11.

    8.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. 8.2. Sila pilih Jenis sijil menduduki peperiksaan.

    8.3. Sila pilih Pangkat yang diperolehi.

    8.4. Sila pilih matapelajaran dan Gred mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan

    pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Pemohon

    hanya boleh mengisi keputusan maksimum 10 matapelajaran sahaja. Adalah diingatkan mata

    pelajaran tersebut hendaklah tidak berulang.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 17

    PANDUAN MENGISI BORANG

    Rajah 2.0-12 : Maklumat Akademik Pemohon Keputusan Peperiksaan STAM

    -- Peperiksaan kali kedua (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki STAM Sahaja)

    9. Sila isikan Keputusan Peperiksaan STAM -- Peperiksaan kali kedua (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki STAM Sahaja). Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-12.

    9.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. 9.2. Sila pilih Pangkat yang diperolehi.

    9.3. Sila pilih matapelajaran dan gred mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan

    pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Pemohon

    hanya boleh mengisi keputusan maksimum 10 matapelajaran sahaja. Adalah diingatkan mata

    pelajaran tersebut hendaklah tidak berulang.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 18

    PANDUAN MENGISI BORANG

    Rajah 2.0-13 : Maklumat Akademik Pemohon Kelayakan Daripada Badan-Badan Profesional dan Ikhtisas

    10. Seterusnya sila isikan maklumat Kelayakan Daripada Badan-Badan Profesional dan Ikhtisas.

    Ruangan ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang memiliki sijil daripada badan-badan profesional dan

    ikhtisas yang diiktiraf oleh kerajaan selain daripada butiran Kelulusan Pengajian Tinggi ATAU salah

    satu daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke jawatan berkenaan. Rujuk contoh seperti Rajah

    2.0-13.

    10.1. Sila pilih Sijil Pendaftaran daripada Badan Profesional dan Ikhtisas. Kelulusan Profesional/Ikhtisas Dan Sijil-Sijil Lain boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan

    skrin seperti Rajah 2.0-14 di bawah akan dipaparkan.

    Rajah 2.0-14 : Maklumat Akademik Pemohon Kelulusan Profesional/Ikhtisas Dan Sijil-Sijil Lain

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 19

    PANDUAN MENGISI BORANG

    10.2. Klik butang Cari untuk memaparkan semua sijil kelulusan atau sila isikan Sijil berkaitan dan klik

    butang Cari untuk memaparkan sijil kelulusan yang dikehendaki.

    10.3. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 2.0-13 akan dipaparkan semula. 10.4 Sila isikan Tarikh Menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan mengikut format dd/mm/yyyy. Tarikh anda

    menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan.

    Contoh :

    Tarikh menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan: 19 Januari 2010 Isikan : 19/01/2010

    Rajah 2.0-15 : Maklumat Akademik Pemohon Kelulusan Pengajian Tinggi

    (PhD/Sarjana/Ijazah/Diploma/Sijil/Pelajar Tahun Akhir)

    11. Seterusnya sila baca arahan yang tertera sebelum mengisi maklumat Kelulusan Pengajian Tinggi

    (PhD/Sarjana/Ijazah/Diploma/Sijil/Pelajar Tahun Akhir). Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-15.

    (a) Sila pilih Tahun Graduasi diperolehi.

    (b) Sila pilih PNGK/CGPA yang diperolehi.

    Contoh :

    3.75: Sila pilih 3 dan isikan 75 pada ruang kosong di sebelah. 3.50: Sila pilih 3 dan isikan 50 pada ruang kosong di sebelah.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 20

    PANDUAN MENGISI BORANG

    (c) Sila pilih Peringkat Kelulusan yang diperolehi.

    (d) Sila pilih Institusi yang mengeluarkan sijil yang diperolehi. Institusi tersebut boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Carian dan skrin seperti Rajah 2.0-16 di bawah akan

    dipaparkan.

    Rajah 2.0-16 : Maklumat Akademik Pemohon Institusi Pengajian Tinggi

    11.1. Klik butang Cari untuk memaparkan semua Institusi atau sila pilih Institusi Luar/Dalam Negara dan Negara (sekiranya institusi luar negara) klik butang Cari untuk memaparkan maklumat

    Institusi.

    11.2. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 2.0-15 akan dipaparkan semula.

    (e) Sila pilih sama ada YA atau TIDAK Institusi tersebut Institusi Francais Luar Negara.

    (f) Sila isikan nama Institusi sekiranya Institusi tersebut tiada dalam senarai. (g) Sila pilih Pengkhususan (Bidang) Pengajian anda. Pengkhususan tersebut boleh

    diperolehi dengan klik pada butang ::Carian dan skrin seperti Rajah 2.0-17 di bawah akan

    dipaparkan.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 21

    PANDUAN MENGISI BORANG

    Rajah 2.0-17 : Maklumat Akademik Pemohon Pengkhususan

    11.3. Klik butang Cari untuk memaparkan semua Pengkhususan atau sila pilih Bidang Pengkhususan

    dan klik butang Cari untuk memaparkan maklumat Pengkhususan.

    11.4. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 2.0-15 akan dipaparkan semula.

    (h) Seterusnya sila isikan Pengkhususan sekiranya Pengkhususan tersebut tiada dalam

    senarai.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 22

    PANDUAN MENGISI BORANG

    Rajah 2.0-18 : Maklumat Akademik Pemohon Samb. Kelulusan Pengajian Tinggi

    (PhD/Sarjana/Ijazah/Diploma/Sijil/Pelajar Tahun Akhir)

    12. Langkah 11 perlu diulang bagi no. 2 dan no.3 (rujuk Rajah 2.0-18) sekiranya berkaitan.

    Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke

    muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.

    Untuk kembali ke muka surat borang, sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas

    borang. Rujuk Rajah 2.0-19 seperti di bawah.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 23

    PANDUAN MENGISI BORANG

    Rajah 2.0-19 : Maklumat Akademik Pemohon Samb. Kelulusan Pengajian Tinggi

    (PhD/Sarjana/Ijazah/Diploma/Sijil/Pelajar Tahun Akhir)

    C. Maklumat Ko-Kurikulum

    Rajah 2.0-20 : Maklumat Ko-Kurikulum Sukan/Persatuan/Kepimpinan

    Pautan kembali ke borang

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 24

    PANDUAN MENGISI BORANG

    1. Sila pilih Sukan yang disertai di ruangan Sukan dan Peringkat penyertaan di ruangan Peringkat.

    Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-20.

    2. Sila isikan Nama Persatuan yang disertai di ruangan Nama Persatuan dan pilih Jawatan yang

    disandang dan Peringkat penyertaan di ruangan Jawatan dan Peringkat.

    Rajah 2.0-21 : Maklumat Ko-Kurikulum Rekacipta dan Inovasi/Pencapaian Khas/Pekerjaan Sekarang

    3. Sila isikan Jenis Rekacipta dan inovasi, pilih Sumbangan yang anda berikan dan peringkat

    penyertaan.

    4. Sila isikan Pencapaian Khas / Istimewa (sekiranya ada). Rujuk contoh yang diberi.

    5. Sila pilih Status Pekerjaan anda sekarang.

    Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke

    muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.

    Untuk kembali ke muka surat borang, sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas

    borang. Rujuk Rajah 2.0-21 seperti di atas.

    Pautan kembali ke borang

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 25

    PANDUAN MENGISI BORANG

    D. Maklumat Tambahan

    Rajah 2.0-22 : Maklumat Tambahan Kurang Upaya

    1. Sila pilih Jenis Kurang Upaya sekiranya anda adalah Orang Kurang Upaya (OKU) dan sila abaikan

    sekiranya tidak berkaitan. Kategori ketidakupayaan boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti Rajah 2.0-23 di bawah akan dipaparkan. Sekiranya berkaitan, sila masukkan No.

    Pendaftaran.

    Rajah 2.0-23 : Maklumat Tambahan Kategori Ketidakupayaan

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 26

    PANDUAN MENGISI BORANG

    1.1. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 2.0-24 di bawah akan dipaparkan.

    Rajah 2.0-24 : Maklumat Tambahan Bakat/Kebolehan Bahasa/BekasTentera/Polis

    2. Sila pilih Bakat yang dimiliki sekiranya anda memohon jawatan di bawah Klasifikasi Perkhidmatan

    Bakat dan Seni. Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-24.

    3. Sila pilih kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu dan Tahap Penguasaan anda bagi setiap

    Bahasa/Dialek tersebut.

    4. Sekiranya anda Bekas Tentera / Bekas Polis, sila pilih kategori anda sebagai bekas tentera / bekas polis dan sila abaikan sekiranya tidak berkaitan. Selepas pilih kategori, pangkat dalam kategori akan

    dipaparkan.

    Contoh:

    Kategori : Bekas Polis

    Pangkat dalam polis : Sila pilih maklumat daripada senarai yang disediakan

    4.1. Seterusnya sila pilih sama ada anda bekas tentera / bekas polis yang menerima Pencen / Ganjaran sahaja.

    Pautan kembali ke borang

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 27

    PANDUAN MENGISI BORANG

    Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali

    ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan

    penghantaran. Untuk kembali ke muka surat borang, sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang. Rujuk Rajah 2.0-24 seperti di atas.

    E. Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL

    Rajah 2.0-25 : Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL

    1. Sila baca Peringatan Penting. Skrin ini hanya boleh diisi oleh Pegawai Sedang Berkhidmat dan Pemohon KPSL. Sekiranya tidak berkaitan, sila abaikan skrin ini dan sila klik butang Seterusnya.

    2. Sila klik pada Pengesahan Ketua Jabatan (Lampiran A) atau Lampiran A dan Lampiran D untuk

    muat turun borang PENGESAHAN KETUA JABATAN dan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan. Rujuk

    contoh seperti Rajah 2.0-25.

    Borang Pengesahan Ketua Jabatan

    http://www.spa.gov.my/pls/portal/docs/PAGE/SPA_CONTENT/PANDUAN/PANDUAN_KPSL/BM_PANDUAN_KPSL_SURAT_PENGESAHAN/LAMPIRAN_SU2.PDFhttp://www.spa.gov.my/pls/portal/docs/PAGE/SPA_CONTENT/PANDUAN/PANDUAN_KPSL/BM_PANDUAN_KPSL_SURAT_PENGESAHAN/LAMPIRAN_SU2.PDFhttp://imej.spa.gov.my/pdf/LAMPIRAN%20D%20CALL%20CIRCULAR%20BIL%201%202010.pdf

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 28

    PANDUAN MENGISI BORANG

    3. Sila pilih Jenis Perkhidmatan sekarang.

    4. Sila pilih Taraf Jawatan sekarang.

    5. Sila isikan Tarikh Lantikan Pertama ke Perkhidmatan Awam mengikut format dd/mm/yyyy. Tarikh

    Lantikan Pertama ini bermaksud tarikh pertama kali melaporkan diri di sektor awam. Tarikh lantikan

    pertama ke Perkhidmatan Awam juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan.

    Contoh :

    Tarikh Lantikan Pertama ke Perkhidmatan Awam: 04 Jun 2003

    Isikan : 04/06/2003

    Rajah 2.0-26 : Samb. Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL

    6. Sila pilih Skim Perkhidmatan Sekarang (Hakiki). Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-26. Skim

    Perkhidmatan Sekarang (Hakiki) boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti

    Rajah 2.0-27 di bawah akan dipaparkan.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 29

    PANDUAN MENGISI BORANG

    Rajah 2.0-27 : Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL Skim / Jawatan

    6.1. Klik butang Cari untuk memaparkan semua Skim / Jawatan atau sila pilih Kategori Skim dan

    klik butang Cari untuk memaparkan maklumat Skim / Jawatan.

    6.2. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 2.0-26 di atas akan dipaparkan semula.

    7. Sila isikan pada ruang kosong Skim Perkhidmatan Sekarang sekiranya tiada dalam senarai yang

    dipilih.

    8. Sila isikan Tarikh Lantikan ke Skim Perkhidmatan Sekarang (Hakiki) mengikut format

    dd/mm/yyyy. Tarikh Lantikan ke Skim Perkhidmatan Sekarang bermakna tarikh anda dilantik ke

    jawatan yang semasa. Ianya mungkin sama sekiranya anda tidak pernah menukar jawatan dan

    berbeza sekiranya terdapat perubahan jawatan. Tarikh lantikan ke skim perkhidmatan sekarang

    (hakiki) juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan.

    Contoh :

    Tarikh Lantikan ke Skim Perkhidmatan Sekarang (Hakiki): 04 Jun 2003

    Isikan : 04/06/2003

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 30

    PANDUAN MENGISI BORANG

    9. Sila isikan Tarikh Pengesahan Skim Perkhidmatan Sekarang (Jika Berkenaan) mengikut format

    dd/mm/yyyy. Tarikh pengesahan skim perkhidmatan sekarang (jika berkenaan) juga boleh dipilih dari

    kalendar yang dipaparkan.

    Contoh :

    Tarikh Pengesahan Skim Perkhidmatan Sekarang: 04 Jun 2003

    Isikan : 04/06/2003

    10. Sila pilih Gred Jawatan Sekarang

    (Hakiki) anda.

    11. Sila pilih Kementerian/Jabatan Tempat Bertugas anda. Kementerian/Jabatan Tempat Bertugas

    boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti Rajah 2.0-28 di bawah akan

    dipaparkan.

    Rajah 2.0-28 : Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL Kementerian / Jabatan

    11.1. Klik butang Cari untuk memaparkan semua Kementerian / Jabatan atau sila isi Kementerian /

    Jabatan dan klik butang Cari untuk memaparkan maklumat Kementerian / Jabatan.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 31

    PANDUAN MENGISI BORANG

    11.2. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 2.0-29 di bawah akan dipaparkan

    semula.

    Rajah 2.0-29 : Samb. Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL

    12. Sila isikan pada ruang kosong Kementerian / Jabatan sekiranya tiada dalam senarai yang dipilih.

    13. Sila pilih Negeri Tempat Bertugas anda.

    13. Bagi pemohon yang telah lulus semua peperiksaan yang disyarat untuk KPSL, sila isikan maklumat

    Peperiksaan Khas Yang Melayakkan KPSL.

    14. Sila isikan Tarikh Lulus Peperiksaan KPSL Yang Terakhir mengikut format dd/mm/yyyy. Tarikh

    Lulus Peperiksaan KPSL Yang Terakhir juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan.

    Contoh :

    Tarikh Lulus Peperiksaan KPSL Yang Terakhir : 04 Jun 2003

    Isikan : 04/06/2003

    15. Sila pilih Jenis Peperiksaan yang telah diduduki. Kelulusan boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti Rajah 2.0-30 di bawah akan dipaparkan.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 32

    PANDUAN MENGISI BORANG

    Rajah 2.0-30 : Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL - Kelulusan

    15.1. Klik butang Cari untuk memaparkan semua Kelulusan atau sila pilih Jenis Kelulusan dan klik

    butang Cari untuk memaparkan maklumat Kelulusan.

    15.2. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 2.0-31 di bawah akan dipaparkan

    semula.

    Rajah 2.0-31 : Samb. Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL

    Pautan kembali ke borang

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 33

    PANDUAN MENGISI BORANG

    16. Sila isikan pada ruang kosong Jenis Peperiksaan sekiranya tiada dalam senarai yang dipilih.

    Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke

    muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.

    Untuk kembali ke muka surat borang, sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas

    borang. Rujuk Rajah 2.0-31 seperti di atas.

    F. Semakan Maklumat Peribadi Pemohon

    Rajah 2.0-32 : Maklumat Peribadi Pemohon

    1. Sila pastikan Maklumat Peribadi Pemohon yang diisi adalah tepat.

    1.1. Sila pastikan No. Kad Pengenalan, Nama Penuh dan Alamat yang diisi adalah tepat.

    1.2. Pada peringkat ini, anda digalakkan menyemak kembali semua maklumat yang telah dimasukkan

    dengan menekan pautan Maklumat Peribadi Pemohon, Maklumat Akademik Pemohon, Maklumat

    Ko-Kurikulum, Maklumat Tambahan ataupun Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat dan

    Pemohon KPSL. Sila buat pembetulan sekiranya perlu. Untuk kembali ke muka surat borang, sila

    klik pautan di bahagian atas borang. Rujuk Rajah 2.0-32 seperti di atas.

    Pautan kembali ke borang

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 34

    PANDUAN MENGISI BORANG

    G. Pengakuan Pemohon

    Rajah 2.0-33 : Pengakuan Pemohon

    1. Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Adalah

    diingatkan bahawa anda telah membuat pengakuan bahawa anda memahami Akta Suruhajaya

    Perkhidmatan 1957 boleh dihukum penjara 2 tahun atau didenda RM2,000.00 atau kedua-duanya

    sekali jika maklumat yang dimasukkan adalah palsu. Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-33.

    2. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang

    HANTAR. Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan

    permohonan anda tidak akan diproses.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 35

    PANDUAN MENGISI BORANG

    H. Pemberitahuan

    Rajah 2.0-34 : Skrin Pemberitahuan

    1. Skrin Pemberitahuan seperti Rajah 2.0-34 dipaparkan sekiranya maklumat anda tiada kesilapan.

    Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat

    tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.

    2. Sila Cetak Pemberitahuan untuk rujukan anda. Hasil cetakan adalah seperti skrin Rajah 2.0-35 di

    bawah.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 36

    PANDUAN MENGISI BORANG

    Rajah 2.0-35 : Cetakan Skrin Pemberitahuan

    3. Permohonan anda telah pun selesai jika mendapat Skrin Pemberitahuan ini. Selamat mengisi borang!

    1.0 CARA MENCAPAI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8i)2.0 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8i)A. Maklumat Peribadi PemohonB. Maklumat Akademik PemohonC. Maklumat Ko-KurikulumD. Maklumat TambahanE. Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSLF. Semakan Maklumat Peribadi PemohonG. Pengakuan PemohonH. Pemberitahuan