panduan perkembangan pembelajaran murid bahasa melayu...

6
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

Upload: lylien

Post on 06-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU ...files.zaharudin78.webnode.com/200000537-49d684bcac/... · Matlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU

TINGKATAN 2

Page 2: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU ...files.zaharudin78.webnode.com/200000537-49d684bcac/... · Matlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah

BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

2

MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYU

Matlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.

OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MELAYU Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah, murid dapat:

i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

ii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh

ilmu dan maklumat; iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat

dalam bentuk lisan dan tulisan; iv. mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera; v. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.

Page 3: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU ...files.zaharudin78.webnode.com/200000537-49d684bcac/... · Matlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah

BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

3

BAND PERNYATAAN STANDARD

6 Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

5 Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

4 Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

3 Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis

2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis

1 Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

Page 4: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU ...files.zaharudin78.webnode.com/200000537-49d684bcac/... · Matlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah

BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

4

KEMAHIRAN

BAND

DESKRIPTOR

LISAN

1

Berbual tentang isu semasa dengan ayat mudah yang dapat difahami.

2

Mendengar dan memberikan respons yang sesuai / relevan tentang sesuatu isu / perkara secara spontan.

3

Mengemukakan pendapat yang relevan dan bersoal jawab dengan betul tentang sesuatu tajuk yang telah ditetapkan.

4

Berbincang dengan memberikan pandangan yang rasional menggunakan gaya pengucapan (kata, ungkapan dan ayat) yang sesuai.

5

Menyatakan pendirian yang jelas berserta alasan yang munasabah atau dengan mengemukakan maklumat yang relevan menggunakan gaya pengucapan yang bertatasusila.

6

Mempertimbangkan dan menilai pelbagai pendapat yang dikemukakan secara rasional untuk menyelesaikan masalah.

Page 5: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU ...files.zaharudin78.webnode.com/200000537-49d684bcac/... · Matlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah

BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

5

KEMAHIRAN

BAND

DESKRIPTOR

MEMBACA

1

Membaca ayat dalam perenggan daripada sesuatu sumber dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.

2

Membaca, memahami dan memberikan maksud rangkai kata yang sesuai mengikut konteks.

3

Membaca dan menyatakan maksud tersurat dan tersirat yang betul daripada sesuatu bahan.

4

Membaca dan memindahkan maklumat yang tersurat kepada bentuk grafik atau sebaliknya dengan lengkap.

5

Membaca, menyatakan maklumat yang tersirat dengan betul dan menghubungkaitkan maklumat tersebut dengan pelbagai bahan bacaan lain secara relevan.

6

Membaca, merumuskan dan menilai maklumat dengan memberikan alasan yang relevan.

Page 6: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU ...files.zaharudin78.webnode.com/200000537-49d684bcac/... · Matlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah

BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

6

KEMAHIRAN

BAND

DESKRIPTOR

MENULIS

1

Menulis ayat yang lengkap (subjek dan predikat)

2

Mengenal pasti dan menulis pelbagai jenis ayat (ayat penyata, ayat tanya, ayat seru, ayat perintah) dengan betul.

3

Menulis ayat topik dan ayat huraian yang sesuai untuk menghasilkan perenggan yang lengkap.

4

Menulis perenggan yang koheren dan kohesi menggunakan penanda wacana yang sesuai.

5

Menghasilkan pelbagai penulisan kreatif dan bukan kreatif yang lengkap dengan gaya penulisan yang menarik.

6

Menyunting kesalahan kata dan ayat serta memurnikan sesebuah karya yang telah dihasilkan sehingga boleh dijadikan contoh.