panduan pengguna bagi esc online

17
Disediakan Oleh: Gracie Soo Siow Wei, Peg. Teknologi Maklumat, Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Alam Sekitar Malaysia DOE PANDUAN PENGGUNA BAGI ESC ONLINE

Upload: dangdieu

Post on 14-Jan-2017

259 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Pengguna bagi ESC Online

Disediakan Oleh: Gracie Soo Siow Wei, Peg. Teknologi Maklumat, Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Alam Sekitar Malaysia

DOE

PANDUAN PENGGUNA BAGI ESC ONLINE

Page 2: Panduan Pengguna bagi ESC Online

2 | P a g e

A) PENDAHULUAN

‘Erosion and Sediment Control Online Reporting’ (ESC Online) merupakan aplikasi pelaporan atas talian yang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi memudahkan penggerak projek mengemukakan Laporan Bulanan Kawalan Hakisan dan Pemeriksaan Best Management Practices (BMPs).

Tujuan aplikasi ini dibangunkan adalah bagi memastikan pelaporan pemeriksaan BMPs dibuat secara sistematik sekali gus menghasilkan kawalan hakisan dan sedimen yang efektif.

Pengguna aplikasi ini termasuklah Penggerak projek, kontraktor, dan jururunding yang terlibat dalam pemeriksaan BMPs.

B) PANDUAN PENGGUNAAN APLIKASI ‘EROSION & SEDIMENT CONTROL ONLINE REPORTING’ (ESC ONLINE) a) Daftar Login ID

• Untuk mengakses ke aplikasi ‘Erosion & Sediment Control Online Reporting, taip

‘http://eia.doe.gov.my/esc’

• Klik pada pautan ‘Pendaftaran Baru’ yang terletak di halaman utama untuk mendaftar sebagai pengguna aplikasi ini.

Page 3: Panduan Pengguna bagi ESC Online

3 | P a g e

b) Borang Pendaftaran

1. Setiap medan yang bertanda ‘*’ pada borang pendaftaran wajib diisi oleh premis. 2. Pengguna dikehendaki untuk mengisi maklumat seperti berikut dengan lengkap:

2.1 Butiran projek EIA yang terlibat

2.2 Butiran individu yang mendaftar

Page 4: Panduan Pengguna bagi ESC Online

4 | P a g e

2.3 Butiran Login

3. Selepas mengisi semua butiran yang diwajibkan, pengguna perlu memasukkan kod validasi (

gabungan huruf dan angka bergambar) yang terpapar dibawah borang untuk membolehkan maklumat pendaftaran dihantar.

4. Klik pada butang ‘Register’ untuk menghantar pendaftaran.

5. Selepas maklumat pendaftaran berjaya dihantar, mesej ‘Succesfully Registered. You will need

to activate your account via your email.’ akan dipaparkan.

6. Setiap pendaftaran perlu diaktifkan terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi ini. Untuk mengaktifkan ID anda, sila buka email akaun dan klik pada pautan seperti arahan di dalam email yang anda terima.

7. Mesej ‘Your Account has been activated. Please login using User name and password given’ akan dipaparkan.

8. Anda boleh mula menggunakan aplikasi ini sejurus selesai mengaktifkan ID anda.

c) Log Masuk Ke Dalam Aplikasi ESC Online 1. Masukkan Nama Pengguna dan Katalaluan yang telah didaftarkan bagi mengakses

aplikasi ini dan kemudian tekan butang Login.

Page 5: Panduan Pengguna bagi ESC Online

5 | P a g e

d) Kemaskini Maklumat Pendaftaran

1. Pada halaman pertama selepas login, pengguna akan mendapat skrin maklumat paparan

butiran pendaftaran pengguna.

2. Untuk tujuan mengemaskini butiran profil tersebut, klik pada icon untuk membuka borang pengemaskinian maklumat pendaftaran. 2.1 Setiap medan yang bertanda ‘*’ pada borang pendaftaran wajib diisi oleh premis.

Page 6: Panduan Pengguna bagi ESC Online

6 | P a g e

2.2 Ubah maklumat pada medan yang perlu diubah kemudian klik pada butang ‘Kemaskini

Rekod’ untuk menyimpan perubahan yang telah dibuat.

Page 7: Panduan Pengguna bagi ESC Online

7 | P a g e

2.3 Mesej ‘update succeeded’ akan dipaparkan di skrin setelah maklumat tersebut berjaya disimpan.

e) Tukar Katalaluan Pengguna

1. Daripada menu melintang pada kedudukan atas skrin, klik pada menu ‘Tukar Kata Laluan’.

2. Sistem akan memaparkan skrin untuk tukar kata laluan pengguna seperti di bawah.

2.1 Masukkan kata laluan yang lama. 2.2 Masukkan kata laluan baru yang hendak ditukar diikuti dengan pengesahan kata laluan

yang baru. 2.3 Tekan butang ‘Tukar Kata Laluan’ untuk menyimpan perubahan yang telah dibuat.

f) Laporan Pemeriksaan BMPs

1. Daripada menu melintang yang terletak pada kedudukan atas skrin pilih menu ‘Laporan’ dan klik pada sub menu ‘Laporan Pemeriksaan BMPs’.

Page 8: Panduan Pengguna bagi ESC Online

8 | P a g e

2. Sistem akan memaparkan skrin ‘Laporan Pemeriksaan BMPs’ seperti di bawah:

g) Tambah Laporan Pemeriksaan BMPs - Untuk menghantar maklumat Laporan Pemeriksaan BMPs yang baru, klik butang ‘Laporan

Pemeriksaan BMPs Baru’. Sistem akan memaparkan skrin bagi borang kemasukan Laporan Pemeriksaan BMPs seperti berikut.

Page 9: Panduan Pengguna bagi ESC Online

9 | P a g e

1. Setiap medan yang bertanda ‘*’ mestilah diisi oleh pihak penggerak projek.

2. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki di dalam borang laporan. Pihak Pembangun projek dikehendaki untuk mengisi seksyen 1: Identifikasi, seksyen 2: Jadual Pemeriksaan BMPs dan seksyen 3: Pengesahan dengan lengkap.

3. Maklumat butiran projek akan diisi sedia oleh sistem mengikut butiran pendaftaran pengguna

aplikasi ini.

Page 10: Panduan Pengguna bagi ESC Online

10 | P a g e

4. Klik butang ‘Simpan Sebagai Draf’ untuk menyimpan maklumat laporan sekiranya laporan masih belum siap diisi sepenuhnya . Laporan bulanan yang berstatus ‘Draf’ boleh dikemaskini semula oleh pengguna dan tidak akan muncul dalam paparan senarai pemantau sistem.

5. Setelah maklumat laporan siap diisi, pengguna boleh klik pada butang ‘Hantar Laporan ini’ untuk menghantar laporan tersebut. Laporan bulanan yang berstatus ‘dihantar’ akan terpapar dalam senarai pemantau sistem dan tidak boleh dikemaskini semula oleh pihak pembangun projek.

6. Mesej ‘update succeeded’ akan dipaparkan di skrin setelah maklumat laporan berjaya dihantar.

7. Laporan yang berjaya dihantar akan disahkan status penerimaannya oleh Pegawai JAS.

Page 11: Panduan Pengguna bagi ESC Online

11 | P a g e

h) Papar Maklumat Laporan Pemeriksaan BMPs 1. Klik pada icon untuk melihat paparan maklumat “Laporan Pemeriksaan BMPs”.

Page 12: Panduan Pengguna bagi ESC Online

12 | P a g e

2. Klik pada gambar ‘thumbnail’ jadual pemeriksaan BMPS untuk membesarkan saiz gambar.

3. Klik pada icon untuk membuka skrin pengemaskinian laporan bulanan pemeriksaan BMPs

4. Klik pada icon untuk menghapus rekod laporan bulanan pemeriksaan BMPs.

Page 13: Panduan Pengguna bagi ESC Online

13 | P a g e

i) Laporan Tindakan Pembaikan BMPs

1. Daripada menu melintang yang terletak pada kedudukan atas skrin pilih menu ‘Laporan’

dan klik pada sub menu “Laporan Tindakan Pembaikan BMPs”. 2. Sistem akan memaparkan skrin “Laporan Tindakan Pembaikan BMPs” seperti di bawah:

Page 14: Panduan Pengguna bagi ESC Online

14 | P a g e

j) Tambah Laporan Tindakan Pembaikan BMPs

- Untuk hantar maklumat laporan bulanan Tindakan Pembaikan BMPs yang baru, klik pada

butang ‘Laporan Tindakan Pembaikan BMPs’, sistem akan memaparkan skrin bagi borang kemasukan Laporan Tindakan Pembaikan BMPs seperti berikut.

1. Setiap medan yang bertanda ‘*’ mestilah diisi oleh pihak pembangun projek.

2. Masukkan maklumat seperti yang dikehendaki di dalam borang Laporan Tindakan Pembaikan BMPs. Pihak Penggerak projek dikehendaki untuk mengisi seksyen 1: Identifikasi,

Page 15: Panduan Pengguna bagi ESC Online

15 | P a g e

seksyen 2: Jadual Tindakan Pembaikan BMPs dan seksyen 3: Pengesahan dengan lengkap.

3. Maklumat butiran projek akan diisi sedia oleh sistem mengikut butiran pendaftaran pengguna aplikasi ini.

4. klik butang ‘Simpan Sebagai Draf’ untuk menyimpan maklumat laporan sekiranya laporan masih belum siap diisi sepenuhnya . Laporan bulanan yang berstatus ‘Draf’ boleh dikemaskini semula oleh pihak pengguna dan tidak akan muncul dalam paparan senarai pemantau sistem.

5. Setelah maklumat laporan siap diisi, pengguna boleh klik pada butang ‘Hantar Laporan Ini’ untuk menghantar laporan tersebut. Laporan bulanan yang berstatus ‘dihantar’ akan terpapar dalam senarai pemantau sistem dan tidak boleh dikemaskini semula oleh pihak pembangun projek.

6. Mesej ‘Update succeeded’ akan dipaparkan di skrin setelah maklumat laporan berjaya dihantar.

7. Laporan yang berjaya dihantar akan disahkan status penerimaannya oleh Pegawai JAS.

Page 16: Panduan Pengguna bagi ESC Online

16 | P a g e

h) Papar Maklumat Laporan Tindakan Pembaikan BMPs

1. Klik pada icon untuk melihat paparan maklumat laporan bulanan Tindakan Pembaikan BMPs.

Page 17: Panduan Pengguna bagi ESC Online

17 | P a g e

2. Klik pada gambar ‘thumbnail’ Jadual Tindakan Pembaikan BMPS untuk membesarkan saiz gambar.

3. Klik pada icon untuk membuka skrin pengemaskinian laporan bulanan Tindakan Pembaikan BMPs.

4. Klik pada icon untuk menghapus rekod laporan bulanan Tindakan Pembaikan BMPs.