panduan pengguna › documents › tools...harga pasangan matawang utama produk analisis teknikal...

32
Panduan Pengguna

Upload: others

Post on 01-Jul-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Panduan Pengguna

PENGENALAN Bab 1

Autochartist menawarkan pedagang alatan pengimbasan pasaran automatik

yang dapat menyerlahkan peluang dagangan berdasarkan tahap sokongan dan

rintangan. Produk Autochartist termasuk:

Pembentukan corak carta seperti Tiga Segi, Baji, Kepala dan Bahu serta Saluran;

Penarikan Fibonacci, Lanjutan, ABCD, Gartley dan corak Butterfly

Tahap Utama - analisis teknikal terhadap tahap sokongan dan rintangan Analisis

Ketidakstabilan memberikan anda penilaian keseluruhan terharap risiko dan

ketidakstabilan

Kegemaran Kami - Autochartist membekalkan senarai peluang dagangan aktif dengan kemungkinan kejayaan yang tinggi selama

sepanjang 6 bulan yang lalu. (Penafian: kemungkinan prestasi lalu tidak menjadi penanda untuk prestasi akan

datang).

Statistik Prestasi membekalkan maklumat dalaman tentang corak yang telah mencapai tahap yang diramalkan sepanjang 6 bulan

yang lalu.

Langganan e-mel membekalkan anda dengan ramalan pasaran untuk 24 - 28 jam berikutnya.

Analisis Impak Peristiwa membekalkan anda dengan gambaran tentang kesan pengumuman berita utama terhadap pergerakan

harga pasangan matawang utama

Produk analisis teknikal Autochartist: Corak carta; corak Fibonacci dan Tahap Utama dikenal pasti secara automatik oleh enjin pengenalpastian corak

yang memantau instrumen kewangan secara berterusan.

Corak berkembang membekalkan salah satu daripada petunjuk awal tentang peluang dagangan yang berkembang, apabila harga

menghampiri tahap sokongan atau rintangan. Hal ini amat berguna kepada pedagang yang sedang mencari julat dagangan yang bersesuaian.

Alat Analisis Ketidakstabilan membekalkan maklumat statistik tentang ketidakstabilan harga untuk instrumen yang ditambah. Analisis Ketidakstabilan

membekalkan penilaian risiko dalam penetapan tahap ambil untung dan henti rugi.

Manfaat:

• Autochartist merangkumi kebanyakan pasaran kewangan seperti Forex, Indeks, Komoditi, Saham, CFD dan Dagangan Masa Hadapan.

• Autochartist menjimatkan masa dengan mengimbas pasaran secara berterusan untuk mencari peluang dagangan.

PENGENALAN Bab 1

• Setiap corak Carta, corak Fibonacci dan Tahap Utama didatangkan dengan set penanda kualiti maya yang memberi pedagang

baru keupayaan untuk mengenal pasti corak, sambil membolehkan pedagang berpengalaman untuk melakukan carian lanjutan.

• Autochartist membekalkan pelbagai bahan pendidikan seperti panduan dalam talian ini, panduan mula pantas, video, eBook dan

webinar percuma.

ANTARA MUKA WEB AUTOCHARTIST

Bab 2

Pada pertama kali anda mendaftar masuk ke aplikasi web Autochartist,

antara muka ini akan memaparkan maklumat yang telah dimuatkan

secara lalai

ANTARA MUKA WEB AUTOCHARTIST

Bab 2

Kegemaran Kami

Peluang Dagangan

- Mengandungi keputusan carian untuk Carta dan Corak Fibonacci, serta Tahap Utama

Analisis Impak Peristiwa

Statistik Prestasi

Mesej & Peringatan

Komuniti Dagangan

Anak Tetingkap Carian

Paparan Corak: klik pada paparan untuk memperbesarkan keputusan corak

Anak Tetingkap

Pergerakan Harga:

Suis Bunyi

dengan Penanda Kualiti dan Analisis Ketidakstabilan

Penapis Keputusan:

Corak Carta: [Berkembang / Lengkap]

Corak Fibonacci: [Berkembang / Lengkap]

Tahap Utama: [Pecah Keluar / Menghampiri]

Peluang Dagangan Aktif

Peluang Dagangan Luput

A

D

B

G

H

I

J

K

E

F

C

L

M

ANTARA MUKA Bab 2

Kegemaran Kami

A

“Kegemaran Kami” merupakan senarai peluang dagangan yang aktif dengan kemungkinan kejayaan yang tinggi

berdasarkan peluang dagangan yang dikenal pasti sepanjang 6 bulan yang lalu (Penafian: Prestasi lalu tidak menjadi

penanda untuk prestasi akan datang). Semua peluang Autochartist dinilai berdasarkan prestasi lalu mengikut jenis corak,

instrumen dan waktu ia dikenal pasti.

ANTARA MUKA Bab 2

Peluang Dagangan

B

Cari Corak Carta, Corak Fibonacci, serta peluang dagangan Tahap Utama daripada Tab Peluang Dagangan. Penapis Keputusan

memperincikan keutamaan anda dengan menyertakan atau mengecualikan sesetengah atau semua peluang dagangan yang ada.

Analisis Impak Peristiwa

Alat ini memberikan gambaran visual tepat mengenai impak peristiwa ekonomi yang terdahulu terhadap pasangan matawang tertentu.

Pilih negara dan peristiwa berita daripada menu di sebelah kiri, dan kesannya pada matawang yang dipilih akan dipaparkan pada sebelah

kanan.

C

ANTARA MUKA Bab 2

Statistik Prestasi

D

Tab ini membekalkan statistik terperinci terhadap ketepatan keseluruhan Autochartist bagi tempoh 6 bulan sebelumnya, serta statistik

khusus tentang kesan Autochartist terharap simbol, masa, corak dan arah tertentu. Penafian: Statistik ini bukan ukuran

keuntungan, tetapi sekadar menjadi kiraan kuantiti peluang yang dikenal pasti yang mencapai tahap

ramalan untuk tempoh masa yang telah dipratetapkan.

Tab Mesej & Peringatan (Laporan Pasaran)

Langganan e-mel membekalkan anda dengan ramalan teknikal pasaran untuk tempoh beberapa hari berikutnya. Langgan untuk menerima

e-mel sehingga tiga kali setiap hari untuk pasaran seperti Forex dan Komoditi, atau sekali setiap hari untuk pasaran saham seperti Pasaran

Saham Tokyo, Pasaran Saham London dan Pasaran Saham New York.

Untuk melanggan, anda hanya perlu log masuk ke platform Autochartist, klik pada ‘Mesej & Peringatan’, pilih pasaran pilihan,

kemudian pilih bahasa pilihan dan masa pilihan anda. Seterusnya, untuk menerima e-mel, anda perlu memasukkan alamat e-mel

dan klik hantar. Perhatian: untuk memastikan anda menerima peringatan e-mel harian Autochartist, sila tambahkan

[email protected] ke buku telefon atau senarai kenalan anda.

Komuniti Dagangan

Bahagian ini memberikan akses kepada dokumen sokongan pendidikan dan produk, serta muat turun dan arahan pemasangan tambahan

MT4, MT5 dan JForex Autochartist. Tambahan pula, anda boleh mengikuti dagangan intrahari langsung menggunakan Autochartist.

Langgan untuk menerima peringatan e-mel bagi dagangan baru yang ditempatkan.

E

F

ANTARA MUKA Bab 2

Anak Tetingkap Carian

G

Apabila log masuk buat kali pertama, anak tetingkap carian menunjukkan senarai lalai bagi carian yang ditemui. Setiap carian

mengandungi set kriteria yang ditentukan oleh setiap individu, yang menentukan simbol untuk disertakan dalam carian. Simbol ini

boleh disertakan dengan:

1. Memilih kelompok yang telah dipratetap seperti jenis pasaran atau instrumen; atau

2. Dengan memilih simbol individu.

Carian Lanjutan membolehkan anda untuk memilih kriteria tertentu apabila menetapkan tapisan carian, dan memperhalusi

keputusan carian dengan lebih lanjut.

Apabila peluang dagangan baru dikenal pasti, ikon ini muncul bersebelahan nama carian. Dengan mengklik pada ikon

anda akan dibawa ke keputusan carian yang relevan.

Maklumat yang dipaparkan dalam bahagian Peluang Dagangan Aktif dan Peluang Dagangan Luput (L dan M)

merupakan maklumat daripada carian yang diserlahkan (nama carian akan ditandakan dalam warna hijau).

Carian sedia ada boleh disunting dengan mengklik pada ikon pensel ( ), atau dihapuskan dengan mengklik pada ikon 'tutup' ( ).

(Sila rujuk Bab 3 "Mencipta dan Mengedit Carian" untuk butiran lanjut mengenai pengeditan carian.)

ANTARA MUKA Bab 2

Paparan Corak

H

Graf harga dalam anak tetingkap ini menunjukkan keputusan yang dipilih dalam Peluang Dagangan Aktif. (L)

Maklumat berikut boleh ditemui pada ruangan Paparan Corak (H):

- Masa dan tarikh corak ini dikenal pasti diserlahkan dalam warna kelabu pada carta.

• Corak yang selesai dipaparkan dengan garisan mendatar yang mewakili tahap ramalan. Warna garisan ini merupakan perwakilan

arah ramalan corak (hijau=naik dan merah=turun) dan dipaparkan dengan anak panah arah daripada titik pecah keluar pada

garisan ramalan.

• Lajur di sebelah kanan graf harga mengandungi maklumat tambahan tentang corak, seperti arah, jenis corak, masa kenal pasti, kualiti

(pelbagai penanda) dan harga ramalan (corak lengkap). Untuk maklumat lanjut rujuk Anak Tetingkap Peluang Dagangan

Aktif L.

ANTARA MUKA Bab 2

Anak Tetingkap Pergerakan Harga; Penanda Kualiti dan Analisis Ketidakstabilan I

Alat Analisis Ketidakstabilan membekalkan maklumat dalaman tentang pergerakan instrumen. Alat ini boleh digunakan untuk menilai risiko dagangan

yang berkaitan dengan instrumen berbeza, khususnya masa ia didagangkan. Untuk mengakses ciri Analisis

Ketidakstabilan klik pada butang 'Analisis Ketidakstabilan'.

Skrin baru akan muncul dengan 3 tab:

Ramalan Julat Harga

Bahagian Ramalan Julat Harga digunakan untuk melihat

gambaran julat yang berkemungkinan akan beralih dalam

tempoh/selang masa yang berlainan. Hal ini membolehkan

anda untuk menilai risiko tahap ambil untung dan henti rugi

berdasarkan data peralihan harga sepanjang enam

bulan yang lalu untuk instrumen tertentu pada hari dan

masa itu.

Untuk pedagang lanjutan, julat ini dikira sebagai satu

sisihan piawai di sekitar min peralihan harga.

ANTARA MUKA Bab 2

Anak Tetingkap Pergerakan Harga; Penanda Kualiti dan Analisis Ketidakstabilan I

Peralihan Setiap Jam

Paparan Peralihan Setiap Jam memberikan anda gambaran

keseluruhan waktu yang menunjukkan lebih banyak

ketidakstabilan dalam peralihan harga bagi instrumen

yang dipilih.

Seseorang boleh menilai risiko yang berkaitan dengan

instrumen dagangan tertentu pada waktu yang berbeza

setiap hari.

Peralihan Setiap Jam

Sama dengan paparan Peralihan Setiap Jam, paparan

Peralihan Setiap Hari menandakan hari minggu yang lebih

tidak stabil yang dijangkakan. Paparan ini bertujuan untuk

membekalkan maklumat apabila aspek struktur tertentu

pada pasaran tertentu menjadikan dagangan pada hari

tertentu lebih berisiko.

ANTARA MUKA Bab 2

Suis Bunyi

J

Apabila keputusan baru dikenal pasti, bunyi yang jelas akan dimainkan. Bunyi peringatan ini boleh Dihidupkan atau Dimatikan.

Komponen yang digunakan Autochartist untuk memainkan pemberitahuan bunyi melakukan pemilihan audio HTML 5, audio pelayar asli

dan Flash (jika dipasang) secara automatik untuk memainkan bunyi tersebut. Flash adalah yang paling lazim digunakan. Untuk mengemas

kini Flash, klik pada pautan berikut: http://get.adobe.com/flashplayer/

Bunyi komputer serta aplikasi perlu dihidupkan untuk menerima peringatan audio.

Penapis Keputusan

Sekiranya penapis keputusan tidak dipaparkan antara Paparan Corak dan Anak Tetingkap Peluang Dagangan, klik pada pautan

.

Pilih jenis peluang dagangan menggunakan Penapis Keputusan. Tandakan dan/atau nyahtandakan kotak semak bersebelahan setiap jenis

peluang dagangan untuk melihat keputusan dalam Anak Tetingkap Peluang Dagangan. Keputusan akan muncul atau hilang daripada Anak

Tetingkap Peluang Dagangan dalam masa nyata apabila kotak semak ditandakan atau dinyahtandakan.

K

ANTARA MUKA Bab 2

Peluang Dagangan AKTIF L

L

Bahagian Peluang Dagangan Aktif ini sentiasa dikemas kini dengan keputusan terkini daripada carian yang diserlahkan

dalam Anak Tetingkap Carian (G), yang tergolong dalam kategori yang dipilih dalam Penapis Keputusan (K).

Peluang dagangan aktif merupakan merujuk kepada corak dagangan yang masih boleh didagangkan. Hal ini bermakna bahawa harga

tidak akan beralih daripada arah yang dijangka dan disasarkan, manakala corak dagangan masih belum lengkap atau belum mencapai

sasarannya. Sebaik sahaja perkara ini berubah, keputusan akan dialihkan kepada tab 'Peluang Dagangan Luput' (lihat di bawah)

Secara lalai, keputusan pertama dipilih dan diserlahkan dalam warna hijau.

Bagi memastikan kejelasan dan mudah untuk digunakan, keputusan ini diserlahkan dalam warna kuning apabila kursor tetikus dilayangkan

di atasnya. Sebaik sahaja diklik, corak keputusan yang dipilih akan dipaparkan dalam ruangan Paparan Corak dan keputusan akan

diserlahkan dalam warna hijau.

Maklumat yang dibekalkan dalam Anak Tetingkap Keputusan untuk Peluang Dagangan Aktif termasuk:

• Pasaran,

• Simbol,

• Arah pergerakan corak,

• Selang masa pada carta bar,

• Nama corak,

• Masa corak dikenal pasti,

• Kualiti visual keseluruhan yang diserahkan kepada corak tersebut (purata aritmetik bagi pelbagai penanda kualiti visual),

• Jenis corak, yang menandakan sama ada ia berkembang atau lengkap, mahupun pecah keluar atau menghampiri, (lihat Bab 4:

“Keputusan Berkembang lwn.Lengkap” untuk penjelasan terperinci tentang perbezaan antara corak yang lengkap dan berkembang.)

• Panjang corak dalam bar/lilin,

• Usia lilin sejak corak dikenal pasti.

Senarai ini diisih mengikut Usia, iaitu bilangan lilin/bar yang terbentuk selepas corak dikenal pasti. Kaedah isihan ini bermakna corak

dengan jangka yang lebih lama seperti corak 1 hari atau 4 jam akan dialihkan ke bahagian bawah senarai pada kadar yang lebih perlahan

berbanding corak jangka pendek (15 minit, 30 minit). Selain itu, corak terkini akan didahulukan dalam senarai.

ANTARA MUKA Bab 2

Peluang Dagangan LUPUT M

Untuk melihat anak tetingkap ini, klik pada tab 'Peluang Dagangan Aktif' yang akan diserlahkan dalam warna kelabu gelap. Anak tetingkap ini menyenaraikan semua

keputusan luput bagi carian yang diserlahkan dalam Anak Tetingkap Carian (K).

Sesuatu keputusan akan luput sebaik sahaja sesuatu peristiwa berlaku, yang menjadikan hasil yang diharapkan sama ada tidak diingini

atau mustahil, atau sekiranya jangkaan tersebut telah dipenuhi dan sasaran dicapai. Beberapa contoh peluang luput apabila harga mula

beralih secara konsisten daripada tahap sasaran corak yang lengkap, atau apabila corak yang berkembang menjadi lengkap

(dalam hal ini yang melibatkan corak berkembang yang luput, peluang bagi corak yang lengkap akan muncul). Lihat contoh di bawah.

Maklumat yang dipaparkan dalam bahagian ini adalah sama dengan maklumat dalam tab Peluang Dagangan Aktif. Untuk maklumat lanjut

tentang cara keputusan dipaparkan, sila lihat bahagian terdahulu (L).

MENCIPTA DAN MENGEDIT CARIAN

Bab 3

Carian terdiri daripada sebilangan simbol, sama ada secara pratetap atau pilihan

anda dalam mencari peluang dagangan. Setiap carian menggabungkan penapis

kepada pilihan simbol yang menapis keputusan berdasarkan set kriteria lanjutan.

Maklumat ini dibincangkan di bahagian Penapis Carian Lanjutan di bawah.

Untuk memulakan carian baru, klik pada butang ‘Carian Baru’ di bahagian atas Anak Tetingkap Carian (berhampiran sudut kiri skrin).

Langkap pertama dalam memulakan carian adalah untuk menentukan simbol yang akan digunakan dalam imbasan.

MENCIPTA DAN MENGEDIT CARIAN

Bab 3

Carian Asas (Memilih simbol/instrumen)

Fungsi Carian Asas juga dikenali sebagai "Pengelompokan". Carian asas membolehkan anda untuk memilih antara kelompok yang dipratetapkan

(biasanya terdiri daripada simbol pada pasaran tertentu atau simbol daripada perincian masa tertentu) dan memilih simbol secara individu

untuk membentukkan sebuah portfolio yang unik.

MENCIPTA DAN MENGEDIT CARIAN

Bab 3

Apabila sesebuah kelompok dipilih, nama carian akan ditetapkan kepada nama kelompok lalai secara automatik. Nama carian boleh diedit atau

dibesarkan pada bila-bila masa.

Untuk mencari simbol yang khusus, pilih pilihan "Simbol@ pada butang radio, tambahkan simbol pilihan anda dengan menaip nama pasangan Forex

atau simbol lain dan senarai yang diselesaikan secara automatik akan muncul dan dikemas kini sebaik sahaja anda menaip.

Seterusnya, pilih perincian masa bagi setiap simbol dan klik butang "Tambah" untuk menambah simbol pada senarai tersuai.

Perhatian: Nama carian akan ditukarkan secara automatik kepada simbol yang paling baru ditambah setiap kali tambahan dilakukan terhadap

senarai simbol.

Nama Carian

Bahagian bawah tetingkap carian menyediakan medan teks untuk anda memasukkan nama carian. Ia akan ditukar secara automatik kepada nama

kelompok terakhir yang dipilih, atau simbol terakhir yang ditambah kepada sesuatu senarai tersuai. Nama carian akan dipaparkan dalam Anak Tetingkap

Carian.

Langkah terakhir dalam proses memulakan carian asas adalah dengan mengklik butang radio "Cipta Carian" pada bahagian bawah tetingkap pop muncul.

MENCIPTA DAN MENGEDIT CARIAN

Bab 3

Penapis Carian Lanjutan

Untuk mencipta penapis "Carian Lanjutan" pada carian baru atau lama, pilih pautan "Carian Lanjutan" pada bahagian bawah pilihan carian asas.

Skrin Carian Lanjutan akan dikembangkan dengan senarai kriteria tambahan untuk carian yang lebih terperinci. Perhatikan tiga tab yang berbeza untuk

Corak Carta, Corak Fibonacci dan Tahap Utama. Setiap tab memaparkan kriteria khusus yang akan memperhalusi carian bagi kategori corak atau Tahap

Utama yang dipilih.

Tab yang dipilih dipaparkan dalam warna kelabu cerah, manakala semua kriteria penapis yang relevan untuk jenis analisis tersebut boleh ditukar di bawah.

PERHATIAN: Berhati-hati untuk tidak menetapkan kriteria carian yang terlalu terhad. Perkara ini boleh terjadi dengan mudah apabila dua atau tiga

kriteria ditetapkan dengan terlalu ketat dan menyebabkan carian membawa kepada keputusan yang kosong serta mesej "Tiada Corak Ditemui" dalam

Anak Tetingkap Keputusan.

Setiap set kriteria carian akan dibincangkan dalam bahagian yang berasingan di bawah.

MENCIPTA DAN MENGEDIT CARIAN

Bab 3

Penapis Lanjutan: Corak Carta

Julat Harga

Fungsi ini berguna dalam imbasan Ekuiti dan CFD. Anda boleh menentukan julat harga minimum dan maksimum dalam kotak teks yang disediakan,

contohnya untuk mengehadkan saham sen atau ekuiti yang terlalu mahal.

Arah

Keputusan carian boleh ditapis mengikut arah keputusan peralihan harga selepas corak dikenal pasti. Pilih arah pasaran pilihan anda dengan mengklik

pada butang radio yang berkenaan.

MENCIPTA DAN MENGEDIT CARIAN

Bab 3

Perubahan Trend

Peralihan harga yang diramalkan selepas corak carta ditemui akan sama ada berada dalam arah yang sama dengan Trend Awalan, atau pada arah yang

bertentangan. Sekiranya peralihan harga yang diramalkan selepas corak mengikuti arah yang sama seperti Trend Awalan, ia dikenali sebagai corak

berterusan. Sekiranya ia beralih pada arah yang bertentangan daripada Trend Awalan, perkara itu dikenali sebagai corak berbalik.

Panjang Corak Minimum

Panjang corak ditentukan oleh bilangan lilin (bar) pada carta harga yang terdapat di dalam corak tersebut. Contohnya, sebuah corak dengan

kepanjangan 30 pada graf dengan bar 60 minit membawa maksud bahawa corak tersebut telah terbentuk sejak 30 jam yang lalu.

MENCIPTA DAN MENGEDIT CARIAN

Bab 3

Penanda Kualiti Corak Carta

Autochartist memberi penilaian automatik terhadap 5 penanda objektif untuk mengukur kualiti visual corak Carta: Kejelasan; Trend Awalan; Volum;

Keseragaman dan kekuatan Pecah Keluar. (Penafian: Kualiti Visual tidak menjadi ukuran kecekapan sesebuah Corak Carta,

mahupun meramal keuntungan atau kerugian seseorang daripada peluang dagangan tertentu)

Penanda kualiti menggambarkan tarikan visual sesuatu corak. Corak berkualiti tinggi akan kelihatan lebih menarik, lebih kemas dan simetri. Kualiti

keseluruhan yang diukur merupakan nilai purata aritmetik bagi semua penanda lain.

Kualiti ini diungkapkan dalam bentuk nombor dalam julat 0 hingga 10, dengan 10 mewakili kualiti yang terbaik dan 0 sebagai yang terburuk. Gunakan

penggelongsor untuk menetapkan tahap kualiti corak yang diperlukan untuk sesuatu carian (lihat imej di bawah).

Adalah penting untuk diingati bahawa tetapan dalam bahagian ini menentukan keperluan minimum untuk kualiti. Ambang yang lebih rendah akan

membolehkan lebih banyak corak untuk melepasi kriteria carian. Sekiranya keperluan yang ditetapkan terlalu tinggi, maka hasil carian yang diperoleh

mungkin menjadi terlalu terhad, ataupun tiada hasil yang ditemui langsung. Sekiranya semua penapis penanda kualiti ditetapkan kepada sifar, tiada

keputusan akan ditapis keluar terhadap kualiti dan semua keputusan akan dikembalikan.

MENCIPTA DAN MENGEDIT CARIAN

Bab 3

Gambaran keseluruhan Penanda Kualiti Corak Carta:

Kejelasan: Menandakan tahap "bising" dalam graf harga. Sekiranya terdapat banyak peningkatan mendadak dalam peralihan harga, kejelasan akan

menjadi rendah.

Trend Awalan: Kekuatan trend pada awal corak. Trend Awalan yang panjang dan konsisten akan mempunyai penilaian yang lebih tinggi bagi

penanda ini.

Volum: Penanda penting yang mengukur peningkatan volum sepanjang pecah keluar harga menerusi sokongan/rintangan. Volum hanya terpakai

untuk instrumen dagangan pasaran (ekuiti, ETF).

Keseragaman: Sekiranya titik-titik yang menyentuh garisan sokongan dan rintangan mempunyai jarak yang lebih seragam pada jangka masa

tertentu, corak berkenaan akan mempunyai penilaian Keseragaman yang lebih baik.

Kekuatan Pecah Keluar: Saiz lilin apabila harga pecah keluar menerusi tahap sokongan atau rintangan

MENCIPTA DAN MENGEDIT CARIAN

Bab 3

Jenis Corak Carta

Autochartist mengenal pasti 16 Corak Carta yang berbeza. Mana-mana corak carta ini boleh ditapis keluar dalam bahagian Penapis Lanjutan carian.

Untuk keterangan bagi setiap corak carta, klik pada ikon di sebelah corak tersebut.

MENCIPTA DAN MENGEDIT CARIAN

Bab 3

Penapis Lanjutan: Corak Fibonacci

Julat Harga

Fungsi ini berguna dalam imbasan Ekuiti dan CFD. Pedagang boleh menentukan julat harga minimum dan maksimum dalam kotak teks yang disediakan,

contohnya untuk mengehadkan saham sen atau ekuiti yang terlalu mahal.

Arah

Keputusan carian boleh ditapis mengikut arah keputusan peralihan harga selepas corak dikenal pasti. Setiap corak mempunyai sama ada gambaran

kelembuan atau keberuangan. Sekiranya anda hanya berminat dalam arah pasaran tertentu, anda boleh memilihnya di sini dengan mengklik pada

butang radio yang berkenaan.

MENCIPTA DAN MENGEDIT CARIAN

Bab 3

Panjang Corak Minimum

Panjang corak ditentukan oleh bilangan lilin (bar) pada carta harga yang terdapat di dalam corak tersebut. Contohnya, sebuah corak dengan

kepanjangan 30 pada graf dengan bar 60 minit membawa maksud bahawa corak tersebut telah terbentuk sejak 30 jam yang lalu.

Penanda Kualiti Corak Fibonacci:

Tiga penanda mengukur kualiti corak Fibonacci. Setiap penanda dibincangkan di bawah. Penanda kualiti menggambarkan tarikan visual sesuatu corak.

Corak berkualiti tinggi akan kelihatan lebih menarik, lebih kemas dan simetri. Kualiti keseluruhan yang diukur merupakan nilai purata aritmetik bagi

semua penanda lain.

Kualiti ini diungkapkan dalam bentuk nombor dalam julat 0 hingga 10, dengan 10 mewakili kualiti yang terbaik dan 0 sebagai yang terburuk. Gunakan

penggelongsor untuk menetapkan tahap kualiti corak yang diperlukan untuk sesuatu carian (lihat imej di bawah).

MENCIPTA DAN MENGEDIT CARIAN

Bab 3

Kejelasan

Menandakan tahap "bising" dalam graf harga. Sekiranya terdapat banyak peningkatan mendadak dalam peralihan harga, kejelasan akan menjadi rendah.

Simetri Masa

Tahap perbezaan masa antara titik peralihan mengikuti nisbah Fibonacci yang sama seperti dalam tahap harga.

Simetri Harga

Simetri Harga merupakan tahap nisbah yang dikenal pasti yang sepadan dengan nisbah Fibonacci, dalam margin ralat tertentu. Lebih kecil margin

ralat, lebih tinggi Simetri Harga.

Jenis Corak Fibonacci

Autochartist mengenal pasti enam corak Fibonacci yang berbeza. Mana-mana corak carta ini boleh ditapis keluar dalam bahagian Penapis Lanjutan

carian. Untuk keterangan bagi setiap corak carta, klik pada ikon di sebelah corak tersebut.

MENCIPTA DAN MENGEDIT CARIAN

Bab 3

Penapis Lanjutan: Tahap Utama

Corak Carta, Corak Fibonacci dan Tahap Utama diiringi oleh kriteria carian unik masing-masing. Setiap bahagian diterangkan seperti berikut.

Julat Harga

Fungsi ini amat berguna dalam imbasan Ekuiti dan CFD. Pedagang boleh menentukan julat harga minimum dan maksimum dalam kotak teks yang

disediakan, contohnya untuk mengehadkan saham sen atau ekuiti yang terlalu mahal.

Panjang Corak Minimum

Panjang corak ditentukan oleh bilangan lilin (bar) pada carta harga yang terdapat di dalam corak tersebut. Contohnya, sebuah corak dengan

kepanjangan 30 pada graf dengan bar 60 minit membawa maksud bahawa corak tersebut telah terbentuk sejak 30 jam yang lalu.

MENCIPTA DAN MENGEDIT CARIAN

Bab 3

Penanda Kualiti

Tahap Utama mempunyai satu penilaian terhadap kemungkinan kepentingan bagi tahap yang dikenal pasti - ini bertujuan untuk mengukur bilangan titik

apabila graf harga menyentuh tahap sokongan atau rintangan, sekali gus mengesahkannya.

Secara lalai, sebarang Tahap Utama akan mempunyai sekurang-kurangnya 3 titik bersentuhan, tetapi set butang radio ini membolehkan pedagang untuk

memilih bilangan minimum bagi titik bersentuhan untuk ditapis. Sila ambil maklum bahawa lebih tinggi nilai tapisan ini, lebih kurang keputusan yang

akan dipaparkan.

Jenis Corak Tahap Utama

Hanya terdapat dua jenis Tahap Utama – Sokongan dan Rintangan. Sokongan Melintang merupakan tahap harga rendah yang diuji dan disentuh dari

atas, manakala Rintangan Melintang merupakan tahap harga siling yang disentuh dari bawah dan dipecahkan dalam arah kelembuan.

KEPUTUSAN BERKEMBANG LWN. SELESAI

Bab 4

Ini merupakan gambaran ringkas tentang corak berkembang, maksudnya, serta

cara ia menjadi corak lengkap.

Corak Carta Berkembang:

Corak carta berkembang membekalkan pemberitahuan awal tentang peluang dagangan yang berpotensi. Ia mewakili corak yang terbentuk sepenuhnya

yang hanya memerlukan harga untuk memecah menerusi tahap sokongan atau rintangan untuk menjadi lengkap.

Sebaik sahaja harga pecah menerusi tahap sokongan atau rintangan yang dijangka, corak berkembang menjadi luput dan corak yang lengkap

dipersembahkan sebagai peluang dagangan.

Kebanyakan corak berkembang tidak menjadi lengkap, namun perkara ini biasanya membawa maksud bahawa harga tidak terus untuk

beralih ke arah sokongan atau rintangan, di mana pecah keluar bagi pelengkapan tersebut dijangka. Sekiranya titik peralihan terbentuk antara tahap

sokongan dan rintangan sebelum pecah keluar, corak yang berkembang akan luput.

KEPUTUSAN BERKEMBANG LWN. SELESAI

Bab 4

Corak Fibonacci Berkembang:

Corak Fibonacci berkembang adalah lebih rumit, kerana terdapat lebih daripada satu syarat hipotetikal yang perlu berlaku untuk corak

menjadi lengkap.

Persediaan corak Fibonacci mempunyai titik peralihan teori yang ditetapkan pada tahap harga tertentu, yang ditandakan melalui titik merah jambu pada

graf. Untuk corak menjadi lengkap, harga bukan sahaja perlu mencapai tahap tersebut, tetapi ia perlu menemui sokongan/rintangan pada tahap

tersebut dan bergerak balik ke arah lawan.

Sekiranya harga tidak mencapai tahap sasaran, atau ia tidak beralih di sekitar tahap tersebut, corak ini akan luput.

PENAFIAN

Perkhidmatan Autochartist termasuk pengenalpastian corak carta dari segi matawang asing, komoditi, ekuiti dan saham. Terdapat risiko yang tinggi

dalam pelaburan dan dagangan. Anda perlu menyedari akan risiko berkenaan dan membiasakan diri anda dengan risiko sedemikian dan dapatkan

nasihat bebas tentangnya jika perlu. Anda tidak sepatutnya mendagangkan wang yang anda tidak mampu untuk rugi. Perkhidmatan Autochartist dan

kandungannya perlu dianggap sebagai pujukan untuk melabur dan/atau berdagang. Anda perlu mendapatkan nasihat bebas berhubung perkara ini.

Prestasi terdahulu tidak menjadi penanda untuk prestasi akan datang. Tiada perwakilan dibuat terhadap sebarang keputusan yang dibincangkan dalam

perkhidmatan ini serta kandungan medianya yang berkaitan. Sebarang pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain dibekalkan sebagai

komentar pasaran umum, dan tidak boleh digunakan sebagai nasihat pelaburan. Autochartist, MDIO Software, ahli mereka, pemegang saham, pekerja,

ejen, wakil dan penjual tidak memberikan jaminan akan kesempurnaan, ketepatan atau pemasaan yang tepat bagi maklumat yang

dibekalkan dan mereka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan, yang diakibatkan atau sebaliknya, oleh

penggunaan atau kebergantungan terhadap perkhidmatan Autochartist dan kandungannya.