panduan membaca (bahasa melayu)

14
KARYA SEPANJANG ZAMAN PANDUAN MEMBACA CEKAL-TEKAL-MEKAR 5 Langkah Menubuhkan Kelab Membaca Permulaan Selalunya diperlukan 8 – 12 ahli untuk mengekalkan sebuah kelab membaca yang berjaya. Mulakan dengan mengumpulkan 3 – 4 rakan atau kenalan, dan kemudian dapatkan lebih ramai ahli melalui kenalan mereka, atau rakan-rakan sekerja dll. Jenis-jenis Kelab Membaca Lazimnya ahli-ahli sebuah kelab membaca akan memilih buku atau cerpen untuk dibaca terlebih dahulu, sebelum berjumpa untuk berbincang. Ahli-ahli kelab boleh membeli atau meminjam buku atau karya yang ditetapkan dari perpustakaan. Salah satu pilihan ialah menggunakan antologi Baca! Singapura, dan membincangkan satu cerpen pada setiap sesi. Persediaan Keperluan Asas Bila? Pilih masa dan hari yang bersesuaian dengan jadual masing-masing. Dari segi kekerapan, sekali dalam sebulan sesuai bagi kebanyakan kelab. Di mana? Sesi kelab membaca boleh diadakan di perpustakaan berdekatan, kelab masyarakat, kafe mahupun di rumah ahli-ahli mengikut giliran. Bagaimana? Dapatkan maklumat tentang keperluan yang disediakan, atau apa-apa sekatan yang ada pada lokasi pilihan anda. Pertimbangkan untuk menyediakan minuman dan cemil-cemilan bagi sesi-sesi. Pemilihan Karya Bincangkan kriteria bagi pemilhan karya yang akan dibaca dan dibincangkan, sama ada anda ingin membaca karya-karya klasik, kontemporari mahupun genre-genre tertentu. Anda boleh pertimbangkan untuk melakarkan senarai membaca bagi beberapa bulan serentak jika kelab anda membaca satu buku pada satu masa. Perbincangan Karya Lantik seorang pengendali di kalangan ahli-ahli kelab anda untuk mengendalikan perbincangan karya. Semua ahli-ahli kelab boleh bergilir-gilir memainkan peranan ini. Gunakan soalan-soalan untuk memulakan perbincangan, or pilih petikan-petikan yang memberi kesanan untuk memulakan perbincangan. Sumber: Panduan Kelab Membaca Baca! Singapura (Untuk mendapatkan panduan ini, hubungi kami di [email protected])

Upload: buidang

Post on 09-Dec-2016

259 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Membaca (Bahasa Melayu)

KARYA SEPANJANGZAMAN

PANDUAN MEMBACA

CEKAL-TEKAL-MEKAR5 Langkah Menubuhkan Kelab MembacaPermulaan Selalunya diperlukan 8 – 12 ahli untuk mengekalkan sebuah kelab membaca yang berjaya. Mulakan dengan mengumpulkan 3 – 4 rakan atau kenalan, dan kemudian dapatkan lebih ramai ahli melalui kenalan mereka, atau rakan-rakan sekerja dll.

Jenis-jenis Kelab Membaca Lazimnya ahli-ahli sebuah kelab membaca akan memilih buku atau cerpen untuk dibaca terlebih dahulu, sebelum berjumpa untuk berbincang. Ahli-ahli kelab boleh membeli atau meminjam buku atau karya yang ditetapkan dari perpustakaan. Salah satu pilihan ialah menggunakan antologi Baca! Singapura, dan membincangkan satu cerpen pada setiap sesi.

Persediaan Keperluan Asas Bila? Pilih masa dan hari yang bersesuaian dengan jadual masing-masing. Dari segi kekerapan, sekali dalam sebulan sesuai bagi kebanyakan kelab.

Di mana? Sesi kelab membaca boleh diadakan di perpustakaan berdekatan, kelab masyarakat, kafe mahupun di rumah ahli-ahli mengikut giliran.

Bagaimana? Dapatkan maklumat tentang keperluan yang disediakan, atau apa-apa sekatan yang ada pada lokasi pilihan anda. Pertimbangkan untuk menyediakan minuman dan cemil-cemilan bagi sesi-sesi.

Pemilihan Karya Bincangkan kriteria bagi pemilhan karya yang akan dibaca dan dibincangkan, sama ada anda ingin membaca karya-karya klasik, kontemporari mahupun genre-genre tertentu. Anda boleh pertimbangkan untuk melakarkan senarai membaca bagi beberapa bulan serentak jika kelab anda membaca satu buku pada satu masa.

Perbincangan Karya Lantik seorang pengendali di kalangan ahli-ahli kelab anda untuk mengendalikan perbincangan karya. Semua ahli-ahli kelab boleh bergilir-gilir memainkan peranan ini. Gunakan soalan-soalan untuk memulakan perbincangan, or pilih petikan-petikan yang memberi kesanan untuk memulakan perbincangan.

Sumber:

Panduan Kelab Membaca Baca! Singapura

(Untuk mendapatkan panduan ini, hubungi kami di [email protected])

Page 2: Panduan Membaca (Bahasa Melayu)

Soalan-soalan Perbincangan

Karya-karya Bahasa Melayu Sebatang Pohon Tua oleh A. Wahab Haji Hamzah • 4

Ini Cengkerang Kita oleh Noor Hasnah Adam • 5

Wali oleh Patimah Jaludin • 5

Perempuan Kerudung Hitam oleh Suratman Markasan • 6

Gajah Putih oleh Zakaria Ali • 7

Diterjemahkan dari Bahasa Inggeris Lee oleh Claire Tham • 9

Buat Selama-lamanya oleh Nurfa’izah Tubi • 10

Belalang oleh O Thiam Chin • 11

Usah Pandang Belakang oleh Robert Shearman • 12

Sepupuku Tim oleh Simon Tay • 13

Diterjemahkan dari Bahasa Mandarin Perkahwinan Yang Direstui oleh Colin Lee • 15

Pelayaran oleh Liau Hung Chi • 16

Pita Kaset oleh Stephanie Sun • 17

Oh, Xiang Xue oleh Tie Ning • 18

Dua Buah Peti Kayu oleh Zhou Can • 19

Diterjemahkan dari Bahasa Tamil Jurugambar oleh Indrajit • 21

Rumahku, Nyawaku oleh Kanagalatha • 21

Embun Pagi oleh Ma Ilangkannan • 22

Samseng oleh Puthumaidasan • 23

Orang Dagang oleh Rama Kannabiran • 24

KANDUNGAN

Page 3: Panduan Membaca (Bahasa Melayu)

Sebatang Pohon Tua

A. Wahab Haji Hamzah

Hubungan di antara seorang lelaki tua dan sebatang pohon tua terancam apabila pemaju tanah dan keluarganya sendiri memujuknya untuk menjual rumahnya, dan melepaskan kenangan masa lalu.

1. “Kalau pohon yang sudah tua itu mahu dipotong, bermakna yang sudah tua ini juga harus mati” Mengapakah Haji Bakri mempunyai ikatan yang kuat dengan pohon tua itu dan sering menyamakan pohon itu dengan dirinya?

2. Pohon tua itu rebah/tumbang setelah disambar petir. Apakah erti kejadian tersebut dalam cerpen ini?

3. Haji Bakri enggan menjual rumahnya kepada para pemaju. Beliau enggan mengikut arus kemodenan dan melalui caranya tersendiri, dia cuba untuk memelihara sejarah dan warisan. Jika anda Haji Bakri, adakah ada akan menjual rumah anda?

–***–

Karya-karya Bahasa Melayu

Soalan-soalan Perbincangan

4

Page 4: Panduan Membaca (Bahasa Melayu)

Ini Cengkerang Kita

Noor Hasnah Adam

Siput-siput dalam bahaya diserang oleh umang-umang dan cengkerang mereka dirampas. Separuh dari mereka tidak tahan lagi dengan serangan umang-umang dan ingin menentang. Dalam mereka masih teragak-agak, umang-umang mengambil peluang untuk menyerang.

1. Apakah pendapat anda tentang kepimpinan Tok Rapot? Adakah anda setuju dengan keputusan dan tindakannya?

2. Siput-siput dalam keadaan merugikan kerana mereka lemah dan tidak mempunyai senjata untuk memperkasakan daya ketahanan mereka. Mungkinkah mereka berpeluang untuk melawan umang-umang jika mereka bersatu dan umang-umang patuh pada perjanjian gencatan senjata? Mengapa?

3. Cerpen ini merupakan sebuah metafora bagi perjuangan manusia demi kebebasan dan kemerdekaan. Apakah antara kes-kes benar yang sama seperti cerpen ini?

–***–

Wali

Patimah Jaludin

Seorang lelaki yang warak terpaksa berhadapan dengan suatu rahsia apabila anak perempuannya yang pertama memutuskan untuk berkahwin. Isterinya bingung akan desakannya untuk menghentikan perkahwinan itu, sehinggalah dia mengingatkan isterinya akan rahsia hitam yang dikongsi bersama.

1. Kedua-dua Bang Seman dan Kak Tipah berkongsi suatu rahsia hitam. Bagaimanakah boleh Kak Tipah tidak ingat akan rahsia yang Bang Seman risaukan?

2. Bagaimanakah anda rasa reaksi Siti Azura, dan selepas itu tunangnya dan keluarga serta masyarakat apabila mereka mengetahui rahsia yang terpendam selama ini?

3. Bayangkan jika anda Bang Seman – bagaimanakah anda akan menangani situasi sedemikian, lebih-lebih kerana reputasi serta imej anda sebagai seorang yang warak dan keluarga yang berjaya boleh tercemar?

4. Adakah anda menyesali apa-apa kejadian dalam hidup anda, dan adakah ia masih menghantui diri anda?

–***–

Perempuan Kerudung Hitam

Suratman Markasan

Seorang lelaki menangkap tangan seorang pencopet semasa dia berjalan keluar dari Masjidilharam. Apabila menyedari si pencopet adalah seorang gadis rupawan, lelaki itu berbelah bagi, antara menyerahkannya ke pihak berkuasa atau melepaskannya.

1. Mengapakah si penulis mengalami dilema semasa berhadapan dengan si pencopet dan berasa serba salah untuk melaporkannya kepada pihak polis, lebih-lebih lagi setelah melihat wajah si pencopet yang rupawan?

2. Hukum hudud merupakan sebuah kategori hukuman bagi jenayah-jenayah seperti kejadian mencuri dan berzina. Memotong tangan atau kaki merupakan hukuman bagi mereka yang mencuri. Pada pendapat anda, adakah hukuman berikut berkesan dalam membasmi jenayah?

65

Page 5: Panduan Membaca (Bahasa Melayu)

3. Adakah anda bersetuju bahawa mereka yang lebih kacak atau rupawan selalunya mendapat layanan yang lebih baik?

–***–

Gajah Putih

Zakaria Ali

Penduduk Kampung Taman Tiga Warna tergempar melihat kehadiran seekor gajah putih di tengah perkarangan masjid. Tanpa mengetahui bagaimana gajah putih itu menjelma, semua penduduk kampung cuba menentukan nasib gajah yang penuh misteri.

1. Jelaskan pandangan tiap-tiap watak yang terlibat tentang gajah putih itu. Mengapakah pandangan panglima tentera udara lebih dihormati oleh penduduk kampung itu berbanding pandangan pelajar tingkatan dua?

2. Apakah pendapat anda tentang reaksi orang kampung terhadap kemunculan gajah putih di Kampung Taman Tiga Warna? Adakah anda setuju bahawa manusia takut terhadap perkara yang tidak mereka ketahui? Pernahkah anda berada di dalam situasi yang sama, dan bagaimanakah anda menanganinya?

3. Adakah anda setuju bahawa kerja-kerja pembangunan telah mengancam kehidupan haiwan dan alam semula jadi?

4. Bincangkan kesimpulan cerpen ini. Mengapa tidak diketemui sisa-sisa gajah yang dihapuskan?

Diterjemahkan dari Bahasa Inggeris

Soalan-soalan Perbincangan

7

Page 6: Panduan Membaca (Bahasa Melayu)

Lee

Claire Tham

Lee tidak mempunyai sebarang pilihan selain kembali ke pangkuan ayahnya di Singapura setelah ibunya meninggal dunia. Lee, seorang remaja yang membesar di Amerika Syarikat, dan ayahnya, yang sudah tidak bertemu dengannya sejak dia berusia lapan tahun, sama-sama berusaha untuk menyesuaikan diri dan hidup sebagai sebuah keluarga.

1. Lee perlu menjadi seorang anak kepada seorang bapa yang membesar dalam budaya Asia, dan bapanya pula perlu menjadi seorang ayah kepada seorang anak perempuan remaja. Bagaimanakah perasaan mereka apabila berada dalam situasi sedemikian? Pernahkah anda berada dalam situasi yang sama dan bagaimanakah anda menanganinya?

2. Lee mempunyai kritikan pedas terhadap beberapa tanggapan dan stereotaip orang-orang Asia/Singapura. Adakah anda bersetuju dengan pandangannya, dan kenapa?

3. Apakah yang dilambangkan dengan pemberian gambar “Blind” kepada bapanya?

4. Bincangkan bagaimana Lee dan bapanya cuba untuk menyesuaikan diri masing-masing sebagai sebuah keluarga. Pada pendapat anda, adakah mereka mampu untuk mengenepikan perbezaan budaya dan cara hidup masing-masing?

–***–

Buat Selama-lamanya

Nurfa’izah Tubi

Seorang gadis remaja hidup dalam keluarga tiga orang yang penuh kasih sayang. Dalam usahanya untuk memahami kehidupan ibu bapanya, dia mula menyedari perkara-perkara yang mendedahkan kenyataan yang mengejutkan tentang keluarganya.

1. Pada pendapat anda, mengapakah cerpen ini diberikan judul “Buat Selama-lamanya” seperti dalam cerita-cerita dongeng? Apakah yang penulis cuba sampaikan sewaktu merujuk kepada cerita-cerita dongeng?

2. “Biarkan makanan menjadi bahasa cinta bagi mereka yang kurang berbicara.” Bincangkan kepentingan makanan dan waktu-waktu makan dalam cerpen ini.

3. “Ayah mula melakukan lawatan niaga kira-kira sama waktunya ibu memakai tudung...” Pada pendapat anda, adakah kejadian ini berkait rapat dan apa maksud yang ingin disampaikan?

4. Soal poligami disentuh di bahagian akhir cerpen ini secara tidak langsung. Pada pendapat anda, bagaimanakah reaksi Nora Eliza apabila beliau mendapat tahu tentang perkara ini?

–***–

109

Page 7: Panduan Membaca (Bahasa Melayu)

Belalang

O Thiam Chin

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua belas tahun tinggal bersama ibunya, seorang ibu tunggal yang tempang dan mencari rezeki menjaja popiah. Dia langsung tidak mengingati bapanya, tetapi dia mula mengenali bapanya melalui perbualannya dengan Makcik Siew Bee dan Pakcik Ben, serta sebab mengapa ibunya berjalan tempang.

1. Bagaimanakah hubungan pencerita ini dengan Makcik Siew Bee dan Pakcik Ben? Pada pendapat kamu, adakah mereka merupakan tokoh-tokoh ibu bapa kepada pencerita?

2. Hubungan antara pencerita dan ibunya agak rapat, walaupun ibunya tidak meluangkan banyak masa dengannya. Bincangkan bagaimana ia dilakukan.

3. Pada pendapat kamu, adakah kematangan pencerita (dibiarkan seorang diri di rumah, pergi ke sekolah tanpa dihantar dan mempunyai simpanan wang sendiri) sesuatu yang terbiasa di kalangan anak-anak zaman kini?

4. Bincangkan metafora ‘belalang’ yang digunakan dalam cerpen ini.

–***–

Usah Pandang Belakang

Robert Shearman

Dalam versi moden legenda Yunani mengenai Orpheus dan isterinya Eurydice, Orpheus meneliti pilihannya untuk menuntut semula jiwa isterinya apabila dia meninggal dunia. Dalam perjuangannya untuk membawa isterinya kembali hidup semula, Orpheus mula meragui keputusannya.

1. Si suami teringin sangat untuk mencari saat dimana dia betul-betul percaya bahawa dia mencintai isterinya. Pada pendapat anda, mengapakah dia mahu sangat menguji cintanya terhadap si isteri?

2. Bincangkan interaksi antara si suami dan si isteri semasa berada di Alam Barzakh. Apakah pendapat anda tentang hubungan mereka?

3. Mengapakah si suami membela seekor ular di rumah? Apakah anda rasa yang dilambangkan oleh seekor ular itu?

4. Adakah anda merasa simpati atau benci terhadap si suami, dan mengapa?

–***–

1211

Page 8: Panduan Membaca (Bahasa Melayu)

Sepupuku Tim

Simon Tay

Eddie dan Tim sepasang sepupu yang rapat dan membesar bersama. Apabila Tim berpindah ke England dan Eddie terus menetap di Singapura, mereka mengambil haluan hidup yang berbeza – Eddie seorang anak, suami dan bapa yang bertanggungjawab manakala Tim pula meninggalkan universiti dan mengecewakan ibu bapanya.

1. Bincangkan hubungan penulis dengan sepupunya Tim. Mengapakah mereka tidak berhubung setelah Tim berhenti pengajiannya di universiti, memandangkan mereka amat rapat?

2. Pakcik Keong Tim telah mengatur perjalanan hidup Tim – menghantarnya ke London untuk melanjutkan pelajaran sebagai seorang peguam atau jurutera. Namun begitu, Tim mempunyai rancangannya tersendiri dan mengambil keputusan untuk mengejar impiannya. Jika anda Pakcik Keong Tim, bagaimanakah agaknya reaksi anda terhadap keputusan Tim?

3. Walaupun Tim tidak menyambung pengajiannya di universiti dan tidak menurut kehendak ibu bapanya untuk menjadi seorang peguam atau jurutera, dia akhirnya menjadi seorang ejen hartanah yang berjaya. Bagaimanakah anda dapat menentukan bahawa seseorang itu seorang individu yang berjaya? Diterjemahkan dari Bahasa Mandarin

Soalan-soalan Perbincangan

13

Page 9: Panduan Membaca (Bahasa Melayu)

Perkahwinan Yang Direstui

Colin Lee

Sewaktu era sebelum kemerdekaan Singapura, Su Fen menentang tradisi apabila dia menyampaikan hasrat untuk mengadakan perkahwinan moden lengkap dengan gaun pengantin berwarna putih dan majlis yang dirasmikan oleh Paderi Michael. Desakan beliau menimbulkan kekecohan pada masa negara ini di ambang perubahan.

1. Dalam perancangan majlis perkahwinannya, Su Fen tidak mempertimbangkan perkahwinan yang mengikut adat tradisional budaya Cina. Patutkah pasangan yang ingin berumahtangga diberi kebebasan untuk merancang majlis perkahwinan mereka, dan perlukah mereka mengikut adat istiadat budaya mereka sewaktu menjalankan majlis?

2. Bincangkan kepentingan Paderi Michael sebagai seorang lelaki Inggeris dalam sebuah cerpen yang berlatarbelakangkan negara Singapura sebelum kemerdekaan.

3. Ibu bapa kepada pasangan itu tidak mahu air muka mereka jatuh. Adakah anda rasa bahawa ia lebih penting untuk mengadakan sebuah majlis yang besar-besaran, atau sebuah majlis yang barakah?

4. Bayangkan jika anda ibu atau bapa kepada Su Fen pada waktu itu. Bagaimanakah reaksi anda apabila mendapat tahu bahawa anak anda mahukan sebuah majlis perkahwinan di gereja, dan enggan memakai warna merah yang dianggap membawa tuah dalam budaya kaum Cina? Adakah anda akan menurut kehendak Su Fen atau membantah, dan mengapa?

–***–

16

Pelayaran

Liau Hong Chi

Seorang bapa yang bekerja sebagai nelayan sangat teruja apabila anak gadisnya akhirnya bersetuju untuk mengikuti ekspedisi kapal bersamanya. Namun, kegembiraannya bertukar menjadi kesedihan apabila dia menyedari anaknya tidak berniat untuk meluangkan masa bersamanya.

1. Bincangkan hubungan antara si ayah dan anak perempuannya. Bagaimanakah cara untuk mereka memperbaiki hubungan mereka dan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan?

2. Pada pendapat anda, mengapakah si ayah teringin sangat untuk membawa anak perempuannya ke laut?

3. Kata anak perempuannya: “Sekalipun saya tidak bertemu jodoh, saya tidak akan berkahwin dengan seorang pelaut,” Mengapakah anak perempuannya berkata sedemikian?

4. “Sepanjang hidup di pelayaran, tidak pernah aku merasakan sepi sebegini.” Mengapakah si ayah berasa begitu kesepian?

–***–

15

Page 10: Panduan Membaca (Bahasa Melayu)

Pita Kaset

Stephanie Sun

Seorang penyanyi menceritakan bagaimana perjalanannya menjadi seorang penyanyi pujaan ramai bermula dengan perakam dan pita kaset, sedang dia berseronok mendengar dan menyanyikan lagu-lagu kegemaran bersama rakan-rakannya.

1. Pengalaman sewaktu zaman kanak-kanak tentunya memberi kesan kepada pembangunan peribadi seseorang individu. Pengalaman manakah yang meninggalkan kesan yang ketara pada diri anda?

2. Adakah anda mempunyai hobi atau aktiviti sewaktu kecil yang berkembang menjadi sesuatu yang ketara dalam kehidupan anda apabila anda membesar?

3. Bincangkan lagu-lagu manakah yang meninggalkan kesan ke atas diri anda. Adakah anda masih mendengarnya, dan mungkin memperkenalkan lagu-lagu ini kepada anak-anak anda?

4. Cerpen ini menyentuh kepentingan pemikiran kreatif, serta memberi kanak-kanak ruang untuk meneroka dan mencipta sambil beriadah. Adakah anda setuju dan mengapa?

–***–

Oh, Xiang Xue

Tie Ning

Seorang gadis kampung melalui suatu pengembaraan yang tidak dijangkakan apabila dia menaiki sebuah kereta api moden menuju ke sebuah bandar yang terletak 50 kilometer dari kawasan perkampungannya.

1. Mengapakah ia amat penting bagi Xiang Xue untuk memiliki sebuah kotak pensel automatik?

2. Apakah pendapat anda tentang rakan-rakan sekelas Xiang Xue, dan mengapakah mereka berkelakuan sedemikian rupa terhadap Xiang Xue?

3. Mengapakah perjalanan menaiki kereta api keluar dari kampungnya sesuatu kejadian yang penting bagi Xiang Xue, dan bagaimanakah kejadian ini memberi kesan terhadap kehidupannya?

4. Cerpen ini menyentuh isu kemiskinan serta jurang pendapatan yang ketara perbezaannya. Apakah pandangan anda tentang kejadian-kejadian yang disebut dalam cerpen (seperti mengembara ke bandar-bandar lain dengan menaiki kereta api, makan tiga kali dalam sehari dll)? Adakah anda rasa bahasa Xiang Xue amat menitikberatkan pelajaran kerana dia sendiri mahu keluar dari lingkaran kemiskinan?

–***–

1817

Page 11: Panduan Membaca (Bahasa Melayu)

Dua Buah Peti Kayu

Zhou Can

Penulis terfikirkan masa silam yang diharungi nenek moyang dan ibu bapanya, sedang dia terjumpa dua buah peti kayu yang diwarisi dari nenek moyangnya.

1. Adakah anda mempunyai barang yang menjadi harta pusaka turun-temurun? Apakah yang ingin anda tinggalkan untuk generasi keluarga anda yang akan datang?

2. “Malangnya, memang benar bahawa kita biasanya akan mengetahui nilai sesuatu perkara hanya selepas kita kehilangannya.” Jika anda boleh putar balik masa, apa yang ingin anda ubah?

3. Masihkah anda menyimpan barang-barang yang mengingatkan anda tentang masa lampau? Pada pendapat anda, apakah nilai sentimental yang ada pada barangan ini? Akankah anda terfikir untuk membuangnya?

4. Manakah lebih penting – isu-isu praktikal atau nilai nostalgia? Adakah anda lebih cenderung menyimpan barang bagi nilai sentimental atau praktikal?

Diterjemahkan dari Bahasa Tamil

Soalan-soalan Perbincangan

19

Page 12: Panduan Membaca (Bahasa Melayu)

Jurugambar

Indrajit

Apabila rakan sekerjanya yang bertugas sebagai jurugambar meninggal dunia, seorang wartawan teringat kembali kenangan beliau tentang minat si jurugambar terhadap kerjanya dan bagaimana beliau bekerja keras demi minatnya yang mendalam dalam industri penerbitan pada tahun 1960-an hingga 1980-an.

1. “Pertengkaran di kalangan pasangan berkurangan jika mereka berkomunikasi dalam bahasa yang mereka kurang fasih.” Setujukah anda dengan ayat ini, atau adakah anda rasa ini hanya menunjukkan kurangnya komunikasi dalam sesebuah perkahwinan? Mengapa?

2. Penulis berkawan rapat dengan Govindan, tetapi mengapakah dia pura-pura tidak perasan akan adanya Govindan semasa bertembung dengannya dalam kuil?

3. Cerpen ini memberi sedikit gambaran mengenai industri bidang kewartawanan dan penerbitan pada zaman itu. Bagaimanakah anda rasa ia berlainan dengan masa kini?

–***–

Rumahku, Nyawaku

Kanagalatha

Setelah dipaksa keluar dari flatnya, seorang wanita mengimbas kembali kenangan indah di rumah tersebut, dan teringat akan perjalanan peribadinya yang dilalui semasa dia berhijrah dari Pulau Pinang ke Singapura.

1. Mengapakah penulis mempunyai perasaan sayang yang amat mendalam terhadap tempat kediamannya?

2. Apakah tanggapan anda tentang anak-anak si penulis? Mengapakah mereka menentang kehendak ibu mereka dan menjual rumah itu?

3. Ada segolongan orang yang suka menyimpan harta benda kerana ia mengingatkan mereka akan kenangan-kenangan tertentu. Adakah anda fikir ia lebih baik untuk mempunyai perasaan nostalgia ini, atau patutkah seseorang itu bersifat praktikal?

–***–

Embun Pagi

Ma Ilangkannan

Seorang tukang kebun menjalinkan hubungan baik dengan majikannya, yang telah menawarkan untuk menanggung pendidikan universiti anak lelakinya. Apabila anak si tukang kebun itu menemui kemalangan, si tukang kebun dirundung kesedihan, tetapi ditenangkan oleh majikannya.

1. Adakah anda setuju dengan ayat ini – “Yang terbaik yang boleh dilakukan untuk sesorang anak ialah menempatkannya bersama-sama dengan mereka yang berilmu”.

2. “Pendidikan adalah harta yang terbaik yang boleh kita tinggalkan buat anak cucu kita.” Apa yang ingin anda tinggalkan untuk keturunan anda?

3. Apakah maksud perlambangan ‘embun pagi’ dalam cerpen ini?

–***–

2221

Page 13: Panduan Membaca (Bahasa Melayu)

Samseng

Puthumaithasan

Saminathan bergaduh dengan sekumpulan samseng remaja di sebuah acara budaya dan memarahi mereka. Walaupun pergaduhan disuraikan, samseng-samseng remaja itu tidak senang melupakan kelakuan Saminathan yang memalukan mereka di khalayak ramai begitu sahaja.

1. Apakah tanggapan anda tentang Saminathan?

2. Adakah anda rasa bahawa Saminathan sengaja mencari masalah apabila dia berhadapan dengan kumpulan samseng lelaki itu dan menghina mereka? Mengapakah dia berkelakuan sedemikian?

3. Bagaimanakah anda rasa peristiwa anak perempuannya mengambil nyawanya sendiri memberi kesan terhadap Saminathan?

–***–

Orang Dagang

Rama Kannabiran

Dhanapal dan Parthiban berkawan rapat sejak mereka kanak-kanak lagi dan berkongsi persahabatan akrab walaupun mereka dari latar belakang berbeza dan mempunyai aspirasi berbeza. Apabila Dhanapal berpindah ke Australia untuk memulakan hidup baru, Parthiban tidak mendengar sebarang berita daripadanya sehinggalah dia menerima surat daripada Dhanapal.

1. Bincangkan persahabatan antara Dhanapal dan Parthiban. Bagaimanakah anda rasa mereka boleh menjadi kawan rapat memandangkan gaya hidup mereka terlalu berbeza?

2. “Hidup di negara Singapura yang begitu moden, dengan kehidupan yang cukup sempurna, orang Tamil kelas atasan ini masih juga berura-ura untuk meninggalkan tanah air dan lari ke negara lain” Adakah anda rasa perkara ini masih benar? Adakah perkara yang sama berlaku kepada masyarakat lain di Singapura?

3. Pada pendapat anda, mengapakah Dhanapal bertukar kepada bahasa Tamil pada bahagian akhir suratnya kepada Parthiban?

2423

Page 14: Panduan Membaca (Bahasa Melayu)

www.nlb.gov.sg/readsingapore

[email protected]

www.facebook.com/readsingapore

www.youtube.com/ReadSingapore

Dianjurkan oleh

Ditaja oleh

Untuk keterangan lanjut mengenai kempen, karya-karya terpilih serta program-program yang bakal diadakan, sila lungsuri lelaman sesawang berikut:

Perihal Baca! Singapura

Dianjurkan oleh Lembaga Perpustakaan Nasional Singapura, inisiatif Baca! Singapura dilancarkan pada tahun 2005, dan diadaptasikan dari program-program membaca yang amat berkesan seperti “One Book, One City” yang mula bertapak di Amerika Syarikat serta Australia. Baca! Singapura memupuk budaya membaca fiksyen, menggalakkan keseronokan membaca sebagai sebuah aktiviti riadah, serta mengeratkan ikatan kemasyarakatan. Inisiatif ini dipersembahkan dalam keempat-empat bahasa rasmi di Singapura, dan merangkumi para pembaca dari umur seawal tujuh tahun keatas. Pilihan karya-karya bagi Baca! Singapura 2014 memaparkan 4 buah novel, 20 buah cerpen, serta 10 puisi yang dikomisi bagi meraikan ulangtahun Baca! Singapura yang kesepuluh.