panduan makdis

17
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS) Garis Panduan Pengurusan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) 1. Pendahuluan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) adalah sebuah organisasi yang terletak di bawah fungsi Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia. Fungsi MAKDIS adalah sebagai penyelaras kepada semua kegiatan kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan yang dilaksanakan di seluruh Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Konsep 2.1 MAKDIS berfungsi merancang dan menyelaras kegiatan dakwah Islamiah yang merangkumi aktiviti dakwah dan kokurikulum pendidikan islam peringkat sekolah. 2.2 kegiatan dakwah menjadi 3. Latar Belakang 2.1 Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) atau dikenali sebagai Majlis Kegiatan Agama Sekolah-Sekolah (MAKUS) telah ditubuhkan pada tahun 1979 OLEH Bahagian Pelajaran dan Agama Kementerian Pendidikan dengan Pekeliling Bil,KP.5206/133 (44) bertarikh 21 mac 1979 yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Pelajaran Agama Ustaz Haji Nik Mohyideen Musa. 2.2 Mengikut penyusunan semula struktur organisasi JAPIM pada bulan Oktober 1995, antara fungsi Bahagian Dakwah dan Kepimpinan JAPIM ialah merancang dan menyelaras Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) seluruh Negara. Mulai tahun tersebut organisasi ini dengan rasminya telah menggunakan nama Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS). 1

Upload: yoi85

Post on 23-Jun-2015

738 views

Category:

Documents


59 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

Garis Panduan PengurusanMajlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah

(MAKDIS)

1. Pendahuluan

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) adalah sebuah organisasi yang terletak di bawah fungsi Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia. Fungsi MAKDIS adalah sebagai penyelaras kepada semua kegiatan kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan yang dilaksanakan di seluruh Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Konsep

2.1 MAKDIS berfungsi merancang dan menyelaras kegiatan dakwah Islamiah yang merangkumi aktiviti dakwah dan kokurikulum pendidikan islam peringkat sekolah.

2.2 kegiatan dakwah menjadi

3. Latar Belakang

2.1 Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) atau dikenali sebagai Majlis Kegiatan Agama Sekolah-Sekolah (MAKUS) telah ditubuhkan pada tahun 1979 OLEH Bahagian Pelajaran dan Agama Kementerian Pendidikan dengan Pekeliling Bil,KP.5206/133 (44) bertarikh 21 mac 1979 yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Pelajaran Agama Ustaz Haji Nik Mohyideen Musa.

2.2 Mengikut penyusunan semula struktur organisasi JAPIM pada bulan Oktober 1995, antara fungsi Bahagian Dakwah dan Kepimpinan JAPIM ialah merancang dan menyelaras Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) seluruh Negara. Mulai tahun tersebut organisasi ini dengan rasminya telah menggunakan nama Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS).

2.3 Perbezaan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS) dan Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah- Sekolah Malaysia (PEKDIS).

MAKDIS

MAKDIS - Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah yang ditubuhkan pada tahun 1979 oleh Pengarah Bahagian Pelajaran Agama, Tuan Haji Nik Mohyideen Musa.

1

Page 2: PANDUAN MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

Keahlian - Semua murid yang sedang belajar di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Peruntukan - Menggunakan peruntukan yang disediakan Kewangan oleh Sektor Dakwah dan Kepimpinan Bahagian

Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

PEKDIS

PEKDIS- Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia adalah sebuah pertubuhan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia diluluskan di peringkat pusat pada 13 September 2004 dengan nombor pendaftaran1764-04-5 no PPM WKL 000108/04 No PPP WKL 000024/04 dan pendaftaran cawangan pula pada 8/12/2004.

Keahlian- Semua guru Pendidikan Islam (Bahasa Arab dan j-QAF) Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada yang sedang bertugas ataupun yang telah bersara.

Sumber - Kutipan yuran ahli.Kewangan- Aset-aset sendiri yang diuruskan oleh PEKDIS.

3.0 Objektif MAKDIS

3.1 Merancang semua aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan di semua peringkat.

3.2 Menyelaras dan melaksanakan semua aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan di Sekolah Rendah dan Menengah seluruh Negara.

3.3 Memastikan aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

2

Page 3: PANDUAN MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

4.0 Struktur Organisasi

Ahli Jawatankuasa Pusat MAKDIS

Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengerusi : Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,Kementerian Pelajaran Malaysia.

Timbalan : Timbalan Pengarah,Pengerusi Operasi Dakwah

Bahagian Pendidikan Islam.

Naib : Timbalan Pengarah,Pengerusi 1 Pengurusan Pendidikan Islam

Bahagian Pendidikan Islam.

Naib : Timbalan Pengarah,Pengerusi II Pengurusan Institusi Pendidikan Agama

Bahagian Pendidikan Islam.

Setiausaha : Ketua SektorSektor Operasi Dakwah dan Kepimpinan.

Penolong : Penolong PengarahSetiausaha Operasi Dakwah

Bahagian Pendidikan Islam.

Ahli Jawatankuasa : Semua Penolong Pengarah,i) Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam.ii) Wakil-wakil di semua Bahagian Pendidikan Islam.iii) Semua Ketua Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Negeri iaitu:

a. Negeri Perlis.b. Negeri Kedah.c. Negeri Pulau Pinang.

3

Page 4: PANDUAN MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

d. Negeri Perak.e. Negeri Selangor.f. Negeri Sembilan.g. Negeri Melaka.h. Negeri Kelantan.i. Negeri Terengganu.j. Negeri Pahang.k. Negeri Johor.l. Negeri Sabah.m. Negeri Sarawak.n. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.o. Wilayah Persekutuan Labuan.

Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Negeri Johor

Penasihat : Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

Pengerusi : Pengarah Pelajaran Johor

Timb. Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran Johor.

Setiausaha : Ketua Sektor, Sektor Pendidikan IslamJabatan Pelajaran Johor

Pen. Setiausaha : Ketua Unit Operasi Dakwah,Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor

AJK : - Semua Ketua Sektor, JPN Johor.- Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Johor.- KPP BTPNJ- KPP dan Ketua-ketua Unit SPI, JPNJ

Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Daerah

Penasihat : Pengarah Pelajaran Johor

Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah

Timb. Pengerusi : Timbalan Pegawai Pelajaran

Setiausaha : Penolong PPD Pendidikan/Penyelia Kanan Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah.

Pen. Setiausaha : Penyelia Pendidikan Islam,Pejabat Pelajaran Daerah.

4

Page 5: PANDUAN MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

AJK : Pengetua yang dilantik Guru Besar yang dilantik Ikut keperluan PPDGuru Pendidikan Islam yang dilantik

Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Sekolah

Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah.

Pengerusi : Pengetua/ Guru Besar beragama Islam.

Timb. Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM).

Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Pentadbiran (GPI 1).

Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Koko)

Setiausaha : Ketua Panitia Guru Pendidikan Islam (GPI).

Penyelaras Dakwah : Guru Pendidikan Islam (GPI).

Penyelaras Kewangan : Guru Pendidikan Islam (GPI)

AJK : Guru Pendidikan Islam.Guru-guru yang beragama Islam.(bilangan ajk seramai 10 orang)

*Bagi sekolah-sekolah di mana pihak pentadbirnya terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam, jawatan Pengerusi, Timb. Pengerusi, Naib Pengerusi I dan Naib Pengerusi II hendaklah dipegang oleh mana-mana pentadbir yang paling kanan (disesuaikan mengikut kekananan) di sekolah tersebut.

Panduan Tugas Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Negeri

1. Penasihat:a. Bertanggungjawab untuk memberi nasihat terhadap pengurusan MAKDIS

2. Pengerusi:a. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS.b. Memantau aktiviti MAKDISc. Menerima waran peruntukan daripada Bahagian Pendidikan Islam dan akaun

amanah negeri.

5

Page 6: PANDUAN MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

d. Mengagihkan peruntukan ke daerah.e. Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS.f. Menghantar laporan pemantauan dan pelaksanaan MAKDIS kepada Bahagian

Pendidikan Islam, KPM.

3. Setiausaha:a. Merekod dan menyimpan surat-surat pekeliling berkaitan dengan MAKDIS.b. Menyediakan agenda-agenda untuk semua mesyuarat MAKDIS.c. Mencatat minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS.d. Membentang minit-minit dalam mesyuarat MAKDISe. Menerima laporan dan dokumentasi setiap setiap program MAKDIS daripada

daerah.f. Mengumpul dan merumus laporan dan dokumentasi setiap program MAKDISg. Menjalankan arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

4. Ahli Jawatankuasa kecila. Melaksanakan tugas-tugas mengikut bidang-bidang yang ditentukan

Panduan Tugas Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Daerah

1. Penasihat:a. Bertanggungjawab untuk memberi nasihat terhadap pengurusan MAKDIS

2. Pengerusi:a. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS.b. Memantau aktiviti MAKDISc. Memantau perjalanan kewangan MAKDIS.d. Mempengerusi dan mengendalikan mesyuaratMAKDIS.e. Melantik AJK MAKDIS.

3. Setiausaha:a. Merekod dan menyimpan surat-surat pekeliling berkaitan dengan MAKDIS.b. Menyediakan agenda-agenda untuk semua mesyuarat MAKDIS.c. Mencatat minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS.d. Membentang minit-minit dalam mesyuarat MAKDISe. Mengurus semua surat keluar masuk MAKDIS.f. Menyediakan laporan dan dokumentasi setiap program MAKDISg. Menjalankan arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

6

Page 7: PANDUAN MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

4. Ahli Jawtankuasa kecila. Melaksanakan tugas-tugas mengikut bidang-bidang yang ditentukan

PANDUAN TUGAS AHLI JAWATANKUASA MAKDIS PERINGKAT SEKOLAH

1. Penasihat:

- Bertanggungjawab untuk member nasihat terhadap pengurusan MAKDIS.

2. Pengerusi:

- Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS.- Memantau aktiviti MAKDIS.- Menerima dan melaksana perjalanan kewangan MAKDIS.- Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS.- Melantik AJK MAKDIS.

3. Timbalan Pengerusi:

- Membantu bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS.- Membantu memantau aktiviti MAKDIS.- Mempengerusikan dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS ketika ketiadaan

Pengerusi.

4. Naib Pengerusi:

- Membantu bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS.- Membantu memantau aktiviti MAKDIS.- Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS ketika ketiadaan

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

5. Setiausaha:

- Merekod dan menyimpan surat-surat pekeliling berkaitan dengan MAKDIS.- Menyediakan segala agenda-agenda untuk semua mesyuarat MAKDIS.- Mencatat minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS.- Membentang minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS.- Mengurus semua surat keluar masuk MAKDIS.- Menyediakan laporan dan dokumentasi setiap program MAKDIS.- Menjalankan arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

7

Page 8: PANDUAN MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

6. Penyelaras Kewangan:

- Mengurus dan merekod perbelanjaan yang diperuntukan oleh pihak kementerian.

- Menyediakan laporan perbelanjaan.

7. Penyelaras Dakwah:

- Menyusun Ahli Jawatankuasa Kecil (AJK) pelaksana mengikut kesesuaian aktiviti program.

- Menyediakan jadual aktiviti program- Memastikan semua peralatan yang diperlukan untuk aktiviti berada dalam

keadaan yang baik.- Menyelaras perjalanan aktiviti lancar.

8. Ahli Jawatankuasa Kecil

- Melaksanakan tugas-tugas mengikut bidang-bidang yang ditentukan.

5.0 Bidang Penyelarasan

Fungsi MAKDIS adalah untuk menyelaras aktiviti ko-kurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah. Bidang penyelarasan aktiviti ini adalah seperti berikut:

1. Sambutan Hari Kebesaran Islam.2. Usrah atau majlis ilmu.3. Majlis Tadarus al-quran/Ihtifal.4. Festival Nasyid.5. Kompang Selawat6 Berzanji Marhaban7 Kem Bestari Solat j-QAF8. Kempen nilai-nilai murni.9. Kem pengukuhan kerohanian.10. Aktiviti ko-kurikulum merentas kurikulum (AKMK).11. Pengukuhan Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA).12. Kegiatan kebajikan.13. Pengurusan Solat Murid di sekolah14. Lain-lain yang berkaitan dengan pembentukan sahsiah murid Islam.

8

Page 9: PANDUAN MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

5.1 Senarai Contoh Aktiviti Kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan.

1. Hari Kebesaran Islam:

o Maal Hijrah.o Maulidur al-Rasul.o Israk Mikraj.o Ihya’ Ramadhan.o Nuzul al-Quran.o Aidil Fitri.o Aidil Adha.

2. Majlis ilmu atau usrah:

o Usrah murid.o Usrah pelajar.

3. Majlis Tadarus al-Quran/Ihtifal SMKA/KKQ:

Sekolah Menengah SMKA/KKQ:

o Tilawah al-Quran.o Hafazan.o Syarahan.o Ikhtifal Bahasa Arab.

Sekolah Menengah:

o Tilawah al-Quran.o Hafazan.o Syarahan.

Sekolah Rendah:

9

Page 10: PANDUAN MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

o Tilawah al-Quran.o Hafazan.o Bercerita kisah al-Quran.

Sekolah Rendah (j-QAF):

o Tilawah al-Quran.o Hafazan.o Bercerita kisah al-Quran.o Kem Bestari Solat.o Mahrajan Bahasa Arab.o Kelab seni khat tulisan jawi.o Iktifal Khatam al-Quran.

4. Festival Nasyid:

o Peringkat sekolah.o Kursus penggunaan peralatan nasyid (gendrang).o Latihan nasyid/vocal.

5. Kempen nilai murni:

o Kempen menutup aurat.o Kempen member salam.o Kempen berbudi bahasa.o Kempen tepati waktu.

6. Kem Pengukuhan kerohanian:

o Kem pengukuhan akidah.o Kem pemantapan solat.o Kem kepimpinan Islam.o Kem pemantapan akhlak.o Kursus pengurusan jenazah.o Kem Bestari Solat.

7. Aktiviti ko-kurikulum merentas kurikulum (AKMK):

o Khat.o Menjawikan teks rumi.o Selawat kompang.o Hafazan doa harian.o Terjemahan surah.o Azan dan iqamah.o Khutbah.

10

Page 11: PANDUAN MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

8. Pengukuhan fardu ain (PAFA):

o Kem PAFA.o Amali wudhuk.o Amali solat.o Aktiviti lain (rujuk buku panduan PAFA).

9. Kegiatan kebajikan:

o Gotong royong.o Derma.o Ziarah.o Skim wakaf.

10. Kem Kepimpinan:

o Nadwah kepimpinan pelajar sekolah rendah.o Nadwah kepimpinan pelajar sekolah menengaho Nadwah kepimpinan pelajar SMKA/SABK/SBP/SMTo Imam Pelapis SK/SM.

5.2 CONTOH PANDUAN PENGURUSAN AKTIVITI TAHUNAN MAKDIS SEKOLAH RENDAH / MENENGAH* Mengikut kesesuaian bulan dan sekolah berkenaan.

BULAN PERKARA AKTIVITI CATATAN

Januari

1. Hari Kebesaran Islam 2. Majlis Tadarus al-Quran.3. Kegiatan kebajikan.4. Kem Pengukuhan Kerohanian.

- Sambutan hari kebesaran Islam mengikut kesesuaian masa.- Melantik AJK, menyelaras dan menyusun aktiviti.- Melaksanakan aktiviti Majlis Tadarus al-Quran: Tilawah al-Quran, hafazan, syarahan dan bercerita kisah al-Quran.- Gotong Royong.- Kem Bestari Solat.

Febuari1. Hari Kebesaran Islam.2. Usrah / majlis ilmu.3. Kempen kesedaran.

- Sambutan hari kebesaran Islam mengikut kesesuaian masa.

11

Page 12: PANDUAN MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

4. Kegiatan kebajikan. - Tema : Profesion sebagai ibadah.- Kempen salam.- Program wakaf buku.

Mac

1. Hari Kebesaran Islam.2. Pengukuhan Penilaian Asas Fardhu Ain.3. Festival Nasyid.4. Kegiatan Kebajikan.5. Kem pengukuhan Kerohanian.

- Sambutan hari kebesaran Islam mengikut kesesuaian masa.- Halaqah bacaan dalam solat/wirid.- Pertandingan nasyid antara kelas.- Gotong-royong.- Kem Bestari Solat.

April

1. Kem pengukuhan rohani2. Majlis ilmu/Usrah.3. Aktiviti kokurikulum merentas kurikulum.(AKMK)

- Program pemantapan Aqidah.- Tema : Budaya ilmu.- Aktiviti menjawikan teks rumi.

Mei1. Hari Kebesaran Islam.2. Kem Pengukuhan Kerohanian.

- Sambutan hari kebesaran Islam mengikut kesesuaian masa.- Kem pemantapan akhlak.

Jun

1. Pengukuhan Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA).2. Hari Kebesaran Islam3. Kegiatan kebajikan.4. Kempen kesedaran.5. Kem Pengukuhan Kerohanian.

- Amali wuduk.- Sambutan hari kebesaran Islam mengikut kesesuaian masa.- Kutipan derma anak yatim.- Kempen menutup aurat.- Kem Bestari Solat.

Julai

1. Kem Pengukuhan rohani.2. Majlis ilmu/Usrah.3. Pengukuhan Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA).

- Kursus pengurusan jenazah.- Tema: Mengurus tekanan.- Amali Solat.

Ogos1. Aktiviti kokurikulum merentas kokurikulum (AKMK).2. Kempen kesedaran.3. Hari Kebesaran Islam.

- Pertandingan kompang selawat.- Kempen menepati masa.- Sambutan Hari Kebesaran Islam mengikut kesesuaian

12

Page 13: PANDUAN MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

masa.

September

1. Kem Pengukuhan Kerohanian.2. Hari Kebesaran Islam.3. Kempen Kesedaran.4. Aktiviti Kebajikan.5. Kem Pengukuhan Kerohanian.

- Majlis bacaan surah yassin dan solat hajat.- Sambutan hari kebesaran Islam mengikut masa.- Kutipan derma.- Kem Bestari Solat.

Oktober

1. Hari Kebesaran Islam.2. Kem Pengukuhan Kerohanian.3. Majlis ilmu/Usrah.

- Sambutan hari kebesaran islam mengikut kesesuaian masa.- Majlis bacaan surah yassin dan solat hajat.- Tema: Muhasabah.

6.0 Penutup

Adalah diharapkan panduan ini dapat membantu menyelaras dan menyusun aktiviti MAKDIS selaras dengan hasrat Sektor Dakwah dan Kepimpinan, Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia.

13