panduan jenama usim -...

27
PANDUAN JENAMA USIM

Upload: tranthu

Post on 24-May-2019

238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

PA N D U A NJENAMA USIM

Page 2: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

2

Walaupun masih muda, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menunjukkan perkembangan

yang pesat serta kepelbagaian dari aspek akademik, penyelidikan dan pentadbiran melalui 8 fakulti, 6 pusat kecemerlangan dan lebih 40 jabatan. USIM menawarkan perkhidmatan pendidikan yang dinamik selaras dengan falsafah, misi dan visi penubuhannya yang berpaksikan integrasi ilmu Naqli (wahyu) dan Aqli (rasional).

Kepesatannya terserlah apabila jumlah pelajarnya meningkat lebih 10 kali ganda berbanding di awal penubuhan, dengan pelajar antarabangsa datang daripada hampir 40 buah negara di seluruh dunia.

Kepelbagaian yang dinamik ini bermakna USIM komited dan konsisten dalam berkomunikasi dengan masyarakat bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Walaupun dalam persekitaran global yang pesat berubah dan semakin kompetitif, USIM perlu konsisten dalam menerangkan kepada khalayak mengenai aspirasi, rasional serta identiti penjenamaan universiti.

Justeru identiti visual yang mantap dan konsisten adalah sangat perlu bagi memastikan reputasi USIM terus dirasai dan dihayati, sekali gus meningkatkan keupayaan Universiti untuk mendapatkan dan menghasilkan pelajar dan kakitangan yang cemerlang.

Garis panduan ini diharap dapat memperkukuhkan lagi identiti penjenamaan USIM   dan memastikan kekuatan, kepelbagaian dan keunikan modal insan serta

perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan di Universiti merangkumi program peringkat Sarjana Muda dan Siswazah diterjemahkan dengan efektif dan berkesan.

Setiap warga USIM diharap dapat memainkan peranan masing-masing dalam mengekalkan integriti jenama USIM dengan memastikan ia diaplikasikan secara konsisten dalam semua aspek komunikasi universiti, termasuk dalam medium percetakan, penyiaran serta paparan di web dan elektronik, merangkumi media konvensional dan media baharu.

PENJENAMAAN USIM

USIM menawarkan

perkhidmatan

pendidikan yang

dinamik selaras dengan

falsafah, misi dan visi

penubuhannya yang

berpaksikan integrasi

ilmu Naqli (wahyu) dan

Aqli (rasional).

,,

,,

Page 3: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

3

RASIONAL LOGO

Rehal | Tulisan `USIM’ diringkaskan dan dibentuk menjadi sebuah rehal yang membawa maksud landasan atau pelantar

Arabes | Kelima-lima motif Arabes yang terletak di bawah kubah, setiap satunya membawa maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang membawa bersama dasar-dasar Islam dalam menyampaikan ilmu kepada penuntut-penuntutnya.

Kubah | Kubah yang terletak di tengah-tengah logo melambangkan sebuah institusi Islam yang berdaulat dalam menyampaikan ilmu-ilmu Islam.

Litar | Litar yang terletak bersebelahan tulis USIM pula bermaksud sains dan teknologi yang dibawa bersama dalam menyampaikan ilmunya.

Secara keseluruhan logo ini menunjukkan Universiti Sains Islam Malaysia sebagai institusi pengajian tinggi Islam yang membawa bersama dasar-dasar Islam dalam menyampaikan ilmu kepada warganya.

Page 4: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

4

Hanya nama Universiti Sains Islam Malaysia atau singkatannya USIM [oo-sim/ ˈü-sɪm] digunakan bagi semua urusan penjenamaan, penerbitan dan urusan rasmi universiti samaada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Terjemahan Bahasa Inggeris “Islamic Science University of Malaysia” hanya digunakan jika perlu khusus bagi tujuan penerangan.

PENGGUNAAN NAMA

Page 5: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

5

Kombinasi vertikal antara imej grafik (graphic mark) dan teks nama UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA mengikut susunan bahasa Melayu, Arab dan Inggeris adalah versi utama bagi tanda jenama USIM.

Logo vertikal ini sesuai digunakan untuk cetakan buku, brochure, bunting, banner dan backdrop.

VARIASI LOGO

LOGO VERTIKAL

Page 6: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

6

UKURAN LOGO VERTIKAL

Page 7: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

7

Kombinasi horizontal dimana nama UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA mengikut susunan bahasa Melayu, Arab dan Inggeris diletakkan di sebelah kanan imej grafik (graphic mark) adalah versi kedua bagi tanda jenama USIM.

Logo horizontal sesuai digunakan untuk urusan rasmi termasuk di kepala surat, kad nama, sampul surat dan laman web rasmi USIM.

Selain itu, logo ini juga sesuai untuk digunakan bagi cetakan iklan, bunting, banner, backdrop majlis rasmi USIM.

LOGO HORIZONTAL

VARIASI LOGO

Page 8: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

8

UKURAN LOGO HORIZONTAL

Page 9: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

9

Penggunaan kombinasi imej grafik (graphic mark) dan akronim USIM di bawah kubah digunakan bagi cetakan ruang yang terhad.

Contoh: Cenderamata, baju korporat, slaid pembentangan, dan lain-lain berkaitan.

Dinasihatkan agar logo ini tidak digunakan bagi cetakan di bunting, banner atau billboard, kecuali bagi program peringkat dalaman di USIM, atau bagi rekabentuk dimana nama UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA dinyatakan dengan jelas.

Berikut adalah penggunaan logo Akronim yang tidak tepat kerana nama UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA tidak dinyatakan dimana-mana bahagian poster atau banner.

LOGO AKRONIM

VARIASI LOGO

Page 10: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

10

VARIASI LOGO

Dibawah adalah contoh penggunaan logo Akronim yang tidak tepat kerana nama UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA tidak dinyatakan dimana-mana bahagian poster atau banner.

Page 11: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

11

UKURAN LOGO AKRONIM

Page 12: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

12

Muka taip ini hendaklah digunakan bagi urusan penjenamaan utama termasuk percetakan (papan tanda) nama jabatan.

FONT LOGO

Jenis Font : Albertus Medium

Page 13: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

13

CADANGANTambahan warna sekunder lain – Warna Jubah Fakulti

Warna utama bagi penjenamaan USIM adalah biru dan kelabu, seperti yang digunakan pada logo USIM.

Dinasihatkan agar kombinasi warna biru gelap dan kelabu ini menjadi sebahagian daripada elemen dalam rekabentuk penjenamaan bagi setiap jabatan di USIM.

Bagaimanapun, warna sekunder yang lebih kontemporari, seperti warna emas di sebelah, yang dilihat bersesuaian dan menjadikan sesuatu bahan penerbitan lebih menarik boleh digunakan bersama kombinasi warna utama.

BIRU & KELABU

PENGGUNAAN WARNA

Warna Utama

Biru

Kelabu

Putih

Warna Sekunder

Emas

Page 14: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

14

KOD WARNA

Cetakan Digital/Screen

Warna Utama c M Y K R G B

100 90 42 43 19 35 71

0 0 0 20 217 218 219

0 0 0 0 255 255 255

Warna Sekunder c M Y K R G B

18 28 94.5 0.4 218 179 52

Page 15: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

15

Bagi latar belakang yang lebih gelap atau lebih cerah, versi reversal logo USIM hendaklah digunakan. Ia akan melibatkan perubahan warna kelabu dan biru bagi nama universiti serta outline di imej separa bulatan mengikut kesesuaian warna.

Latar Gelap Latar Cerah

PENGGUNAAN WARNA (VERSI REVERSAL)

Outline Kelabu Outline Biru

Page 16: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

16

Bagi penerbitan dalam bentuk hitam dan putih seperti percetakan akhbar, borang atau kertas soalan, tanda jenama USIM boleh menggunakan warna hitam.

Adalah penting bahawa versi tanda jenama berwarna hitam dan putih digunakan untuk cetakan hitam dan putih bagi memastikan tona warna yang tepat dan tidak pudar.

PENGGUNAAN WARNA HITAM PUTIH

Page 17: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

17

Logo USIM hendaklah dicetak melalui hasil seni (artwork) yang dimuat turun daripada portal web rasmi USIM (http://www.usim.edu.my/info/profil-korporat/logo) atau yang diterima melalui Unit Multimedia dan Info Digital, Pusat Komunikasi Strategik (StraComm).

Tanda jenama USIM tidak boleh sama sekali dilukis semula dalam apa-apa cara sekalipun. Manipulasi pada mana-mana bahagian jenama USIM adalah tidak dibenarkan sama sekali.

PENGGUNAAN LOGO

Page 18: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

18

KESALAHAN PENGGUNAAN LOGO

Page 19: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

19

KESALAHAN PENGGUNAAN LOGO

Page 20: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

20

KATEGORI PENJENAMAAN USIM

Bagi memastikan identiti penjenamaan USIM yang konsisten

dan strategik dicadangkan empat kategori

penjenamaan USIM iaitu

Penjenamaan utama universiti Penjenamaan fakulti

Penjenamaan jabatanPenjenamaan bebas (independent)

2

3

1

4

Page 21: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

21

Penjenamaan utama universiti

Penjenamaan utama universiti iaitu logo USIM merupakan penjenamaan peringkat teratas. Ia merupakan visual identiti utama USIM. Ia boleh digunakan di mana-mana acara atau produk di peringkat universiti seperti laman web, Laporan Tahunan, atau Laporan Pelan Strategik.

KATEGORI PENJENAMAAN USIM

1

Page 22: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

22

Penjenamaan Fakulti

Penjenamaan fakulti adalah lanjutan daripada penjenamaan utama universiti. Ia adalah entiti penting yang membawa misi dan visi USIM sebagai universiti yang memertabatkan integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Di USIM, penggunaan nama fakulti hendaklah digunakan bersama logo USIM.

Di sebelah adalah contoh, dimana logo AKRONIM USIM diletakkan di sebelah kanan dan nama fakulti dalam turutan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di sebelah kiri.

2

KATEGORI PENJENAMAAN USIM

Page 23: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

23

Penjenamaan Jabatan

Penjenamaan jabatan turut berkait rapat dengan penjenamaan utama universiti. Di USIM penjenamaan jabatan termasuk nama jabatan, pusat atau bahagian yang menyokong misi keseluruhan universiti. Penggunaan nama Jabatan, Pusat atau Bahagian hendaklah digunakan bersama tanda jenama utama universiti.

Disebelah adalah contoh, dimana logo AKRONIM USIM diletakkan di sebelah kanan dan nama jabatan dalam turutan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di sebelah kiri.

3

KATEGORI PENJENAMAAN USIM

Page 24: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

24

Penjenamaan bebas (Independent)

Penjenamaan bebas adalah entiti yang menjadi sambungan kepada penjenamaan USIM sebagai institusi yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli. Entiti ini mempunyai identiti atau logo tersendiri yang membawa kepada objektif penubuhannya yang selaras dengan hala tuju universiti. Entiti penjenamaan ini boleh diwujudkan sama ada melalui kerjasama akademik atau strategik (seperti I-IQRA), melibatkan aktiviti pelajar (i-Reka), atau entiti penjenamaan yang membantu memperkukuhkan penjenamaan Universiti (StraComm dan ‘Alamiyyah).

Setiap penggunaan tanda jenama bagi entiti penjenamaan bebas hendaklah diposisikan bersama-sama tanda jenama utama USIM. Disebelah adalah contoh, dimana logo AKRONIM USIM diletakkan di sebelah kanan dan dan logo sesuatu penjenamaan bebas tersebut di sebelah kiri.

Cadangan penubuhan entiti penjenamaan bebas termasuk logo hendaklah mendapat persetujuan Jawatankuasa Pengurusan Universiti.

4

contoh penggunaan logo penjenamaan bebas

KATEGORI PENJENAMAAN USIM

Page 25: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

25

CONTOH LOGO (PENJENAMAAN BEBAS) USIM

Page 26: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

26

Sekiranya USIM merupakan rakan strategik utama dalam sesuatu projek, logo USIM hendaklah diposisikan di sebelah kanan sekali di ikuti dengan logo rakan strategik yang lain seperti contoh disebelah. Hanya logo USIM versi vertikal atau horizontal digunakan bagi tujuan tersebut.

Ukuran dan kedudukan logo USIM dan logo-logo yang lain adalah tertakluk kepada rundingan bersama rakan strategik.

LOGO USIM DAN LOGO RAKAN STRATEGIK

Page 27: PANDUAN JENAMA USIM - stracomm.usim.edu.mystracomm.usim.edu.my/wp-content/uploads/2018/10/USIM-Branding.pdf · maksud satu Rukun Islam. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan USIM

27

Bagi usaha sama atau perkongsian di mana USIM adalah rakan strategik bersama dan tidak menjadi peneraju, saiz dan kedudukan logo USIM hendaklah seimbang dan seiring dengan logo lain seperti contoh di sebelah. Hanya logo USIM versi vertikal atau horizontal digunakan bagi tujuan tersebut.

Ukuran dan kedudukan logo USIM dan logo-logo yang lain adalah tertakluk kepada rundingan bersama rakan strategik.

KATEGORI PENJENAMAAN USIM