panduan industri penerbangan -...

Download PANDUAN INDUSTRI PENERBANGAN - …gst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/Panduan... · Panduan industri ini disediakan untuk membantu perniagaan dalam memahami

If you can't read please download the document

Upload: lamtuyen

Post on 09-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • PANDUAN INDUSTRI

    PENERBANGAN

    KASTAM DIRAJA MALAYSIA

    CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN

  • PANDUAN INDUSTRI PENERBANGAN Draf pada 31 Julai 2013

    i Hak Cipta Terpelihara 2013 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

    KANDUNGAN

    PENGENALAN ......................................................................................................... 1

    CBP secara umum ................................................................................................ 1

    INDUSTRI SECARA AM ........................................................................................... 1

    LAYANAN CBP KE ATAS INDUSTRI ...................................................................... 2

    Pembekalan Pesawat Udara ................................................................................. 2

    Perkhidmatan Pengemudian Pesawat Udara ........................................................ 4

    Perkhidmatan Pengendalian Pesawat Udara ........................................................ 4

    Perkhidmatan Pengurusan Pesawat Udara ........................................................... 5

    Broker Pesawat Udara........................................................................................... 5

    Perkhidmatan Lain yang berkaitan dengan Pesawat Udara .................................. 5

    Perkhidmatan Baik Pulih, Penyenggaraan dan Pemasangan Alat-Alat Ganti ....... 6

    Pengendalian Kargo .............................................................................................. 6

    Perkhidmatan Lain ................................................................................................. 8

    SOALAN LAZIM ..................................................................................................... 10

    MAKLUM BALAS ATAU KOMEN .......................................................................... 11

    MAKLUMAT LANJUT ............................................................................................ 11

  • PANDUAN INDUSTRI PENERBANGAN Draf pada 31 Julai 2013

    1 Hak Cipta Terpelihara 2013 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

    PENGENALAN

    1. Panduan industri ini disediakan untuk membantu perniagaan dalam

    memahami perkara berkaitan dengan layanan CBP ke atas industri penerbangan.

    CBP Secara Umum

    2. Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) adalah cukai berperingkat yang

    dikenakan ke atas kepenggunaan domestik. CBP dikenakan ke atas semua

    pembekalan barang dan perkhidmatan bercukai di Malaysia selain yang dikecualikan

    secara khusus. CBP juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan

    perkhidmatan ke Malaysia.

    3. Pembayaran cukai dibuat secara berperingkat oleh perantara dalam proses

    pengeluaran dan pengagihan. Walaupun cukai akan dibayar sepanjang rantaian

    pengeluaran dan pengedaran, hanya nilai ditambah pada setiap peringkat akan

    dikenakan cukai dan ini dapat mengelakkan cukai dua kali.

    4. Di Malaysia, seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Cukai Barang dan

    Perkhidmatan 20XX dikenali sebagai orang yang berdaftar. Orang yang berdaftar

    dikehendaki untuk mengenakan CBP (cukai output) ke atas pembekalan bercukai

    yang dibuat kepada pelanggan. Beliau juga dibenarkan untuk menuntut kembali

    apa-apa CBP yang dilakukan ke atas pembelian (cukai input) yang mana merupakan

    input kepada perniagaannya. Oleh itu, cukai itu sendiri tidak merupakan satu kos

    kepada perantara dan tidak merupakan sebagai suatu item perbelanjaan dalam

    penyata kewangan mereka.

    INDUSTRI PENERBANGAN SECARA AM

    5. Panduan ini menerangkan layanan CBP berkaitan dengan industri

    penerbangan dan pembekalan yang dibuat kepada kapal terbang serta

    perkhidmatan yang disediakan di kawasan lapangan terbang termasuk lapangan

    terbang kecil.

  • PANDUAN INDUSTRI PENERBANGAN Draf pada 31 Julai 2013

    2 Hak Cipta Terpelihara 2013 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

    6. Sesuatu sistem penerbangan bermaksud sesuatu perusahaan yang

    membekalkan perkhidmatan pengangkutan udara penumpang atau kargo.

    Perusahaan tersebut boleh terdiri daripada peniaga tunggal, perkongsian, badan

    korporat atau mana-mana entiti lain, tetapi tidak terhad kepada satu entity. Sesuatu

    perusahaan penerbangan perlu mengendalikan sekurang-kurangnya satu kapal

    terbang yang dimiliki sendiri, dipajak atau disewa.

    7. Selain dari di atas terdapat beberapa entiti lain yang terlibat dalam industri

    penerbangan termasuk badan kerajaan.

    LAYANAN CBP KE ATAS INDUSTRI

    Pembekalan Pesawat Udara

    8. Bagi tujuan panduan ini, pesawat udara adalah mana-mana pesawat udara

    yang tidak digunakan atau tidak bertujuan digunakan untuk rekreasi atau

    keseronokan.

    9. Pesawat udara termasuk

    (a) kapal terbang (awam atau tentera), dan

    (b) helikopter

    tetapi tidak termasuk

    (a) peluncur udara,

    (b) simulator,

    (c) belon udara panas, dan

    (d) satelit.

    10. Pembekalan pesawat udara termasuk jualan, pengimportan atau perolehan

    dan carter termasuk penyewaan atau pajakan pesawat udara tersebut.

    11. Pembekalan pesawat udara adalah pada kadar standard.

  • PANDUAN INDUSTRI PENERBANGAN Draf pada 31 Julai 2013

    3 Hak Cipta Terpelihara 2013 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

    12. Pengimport pesawat udara layak memohon Skim Pedagang Diluluskan

    (SPD). Sila rujuk kepada panduan SPD untuk maklumat lanjut.

    13. Carter meliputi :

    (a) pajakan pesawat udara iaitu penyewaan dengan juruterbang atau anak

    kapal atau penyewaan tanpa juruterbang atau anak kapal,

    (b) perkhidmatan pengangkutan barang,

    (c) perkhidmatan pengangkutan penumpang, atau

    (d) perkhidmatan yang lain.

    14. Carter atau penyewaan pesawat udara tanpa juruterbang atau anak kapal

    kebiasaannya dirujuk sebagai dry charter di mana pelanggan mengambilalih dan

    mengguna pesawat udara tersebut serta secara eksklusif. Layanan CBP tetap

    sama samada terdapat satu carter atau kontrak penyewaan yang rasmi atau tidak

    dan ia dianggap sebagai satu kaedah pengangkutan. Carter atau penyewaan

    pesawat udara adalah tertakluk kepada GST pada kadar standard.

    15. Carter atau penyewaan pesawat udara dengan juruterbang atau anak kapal

    kebiasaannya dirujuk sebagai wet charter, charter party or time charter yang mana

    pelanggan yang akan menentukan pengendalian dan pergerakan pesawat tersebut

    walaupun tuan punya pesawat tersebut membekalkan anak kapal. Akhirnya carter

    atau penyewaan sedemikian akan menjadi perkhidmatan pengangkutan barang atau

    perkhidmatan pengangkutan penumpang atau pengangkutan lain.. Sila rujuk

    kepada Panduan yang berkaitan untuk maklumat lanjut.

    Contoh 1:

    Apabila sebuah kapal terbang dipajak dari orang berdaftar, maka pembayaran

    pajakan tersebut adalah tertakluk kepada CBP pada kadar standard.

    Contoh 2:

    Sebaliknya, jika kapal terbang tersebut dipajak dari luar negara, maka CBP

    akan dikenakan semasa kapal terbang yang dipajak itu diimport ke Malaysia.

  • PANDUAN INDUSTRI PENERBANGAN Draf pada 31 Julai 2013

    4 Hak Cipta Terpelihara 2013 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

    Contoh 3:

    Sebuah kapal terbang dicarter bersama juruterbang dan anak kapal oleh

    sebuah persatuan bolasepak untuk membawa pemain ke perlawanan di luar

    negara. Carter sedemikian dianggap sebagai satu pembekalan perkhidmatan

    pengangkutan penumpang antarabangsa, dan dengan demikian tertakluk

    kepada CBP pada kadar sifar.

    Perkhidmatan Pengemudian Pesawat Udara

    16. Perkhidmatan pengemudian pesawat udara termasuk penyediaan maklumat

    penerbangan, kawalan trafik udara dan maklumat penerbangan berkaitan dengan

    pergerakan pesawat udara ke, dari dan di dalam Malaysia.

    17. Perkhidmatan pengemudian pesawat udara dibekalkan oleh Jabatan

    Penerbangan Awam (JPA) manakala Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

    membekalkan perkhidmatan pengemudian pesawat udara bagi pesawat tentera di

    pengkalan tentera.

    18. Perkhidmatan yang dibekalkan oleh agensi kerajaan seperti JPA dan TUDM

    kepada mana-mana pesawat udara, samada pesawat tempatan atau luar negara

    adalah di luar skop CBP dan CBP tidak dikenakan.

    Perkhidmatan Pengendalian Pesawat Udara

    19. Perkhidmatan pengendalian pesawat udara termasuk:

    (a) pendaratan,

    (b) parkir,

    (c) perkhidmatan hangar,

    (d) perkhidmatan apron, dan

    (e) perkhidmatan keselamatan dan bomba

    20. Perkhidmatan pengendalian pesawat udara adalah dikenakan pada kadar

    sifar.

  • PANDUAN INDUSTRI PENERBANGAN Draf pada 31 Julai 2013

    5 Hak Cipta Terpelihara 2013 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

    Perkhidmatan Pengurusan Pesawat Udara

    21. Perkhidmatan pengurusan pesawat udara adalah merupakan satu perjanjian

    di antara tuanpunya pesawat udara dengan operator pesawat. Perkhidmatan

    pengurus pesawat adalah termasuk penyeliaan penyenggaraan, pemeriksaan dan

    pembaikan pesawat udara, pengaturan insuran berkaitan dengan pesawat udara,

    pengurusan tuntutan insuran, pengambilan dan penyediaan anak kapal dan lain-lain.

    22. Perkhidmatan pengurusan pesawat udara adalah berkadar sifar dengan

    syarat ianya dibekalkan berkaitan dengan pengendalian pesawat udara itu.

    Broker Pesawat Udara

    23. Broker pesawat udara mengaturkan pembekalan tempat di dalam pesawat

    udara. Pembekalan perkhidmatan broker dan agensi berkaitan kepada pesawat

    udara adalah berkadar sifar.

    Perkhidmatan lain berkaitan dengan Pesawat Udara

    24. Perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pesawat udara adalah seperti

    berikut:

    (a) pensijilan pendaftaran oleh JPA,

    (b) pensijilan kelayakan terbang oleh JPA,

    (c) perkhidmatan klasifikasi dan pemeriksaan, dan

    (d) perkhidmatan pembaikan, penyenggaraan dan pemasangan.

    25. Pensijilan pendaftaran dan kelayakan terbang yang dibekalkan oleh JPA

    kepada pesawat udara merupakan pembekalan di luar skop CBP, oleh yang

    demikian tiada cukai CBP dikenakan.

    26. Perkhidmatan klasifikasi yang berkaitan dengan tujuan pendaftaran dan

    perkhidmatan pemeriksaan yang berkaitan dengan pensijilan kelayakan terbang

    adalah tertakluk kepada kadar sifar. Walaubagaimanapun, jika perkhidmatan ini

    dibekalkan oleh JPA maka ianya merupakan pembekalan di luar skop CBP.

  • PANDUAN INDUSTRI PENERBANGAN Draf pada 31 Julai 2013

    6 Hak Cipta Terpelihara 2013 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

    Perkhidmatan Pembaikan, Penyenggaraan dan Pemasangan Alat-Alat Ganti

    27. Perkhidmatan pembaikan dan penyenggaraan termasuk:

    (a) membaiki pesawat udara atau alat-alat ganti pesawat udara supaya

    boleh diguna semula,

    (b) kerja-kerja mengubah suai, membaik pulih, menambahbaik dan menaik

    taraf bagi memperbaiki keupayaan pesawat udara atau alat-alat ganti

    tanpa mengubah fungsi dan bentuk asal pesawat udara atau alat-alat

    gantinya,

    (c) penilaian dan pensijilan semula untuk memastikan samada alat-alat

    ganti pesawat udara tersebut boleh dibaiki semula atau layak terbang,

    dan

    (d) ujian alat-alat ganti dan komponen, pembersihan dan pewasapan.

    28. Pembekalan perkhidmatan pembaikan dan penyenggaraan pesawat udara

    adalah pada kadar sifar.

    29. Pembekalan alat ganti pesawat udara termasuk pembekalan perkhidmatan

    pemasangan adalah pada kadar sifar tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

    (a) alat-alat ganti atau komponen yang dipasang atau digabungkan dalam

    pendorongan, sistem pengemudian atau sistem telekomunikasi, atau

    struktur am pesawat udara (alat-alat ini mesti unik dan tidak boleh

    digunakan selain daripada digunakan di dalam pesawat udara), dan

    (b) alat-alat ganti hendaklah baru atau layak digunakan suntuk

    penerbangan.

    Pengendalian Kargo

    30. Pengendalian kargo termasuk pemuatan, pemunggahan, pengendalian dan

    penstoran kargo pesawat udara. Perkhidmatan ini kebiasaanya disediakan oleh

    ejen penghantaran and tertakluk kepada CBP pada kadar standard. Bagaimanapun,

    sekiranya perkhidmatan tersebut disediakan oleh seorang operator lapangan

  • PANDUAN INDUSTRI PENERBANGAN Draf pada 31 Julai 2013

    7 Hak Cipta Terpelihara 2013 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

    terbang dalam sesuatu lapangan terbang, maka ia tertakluk kepada CBP pada kadar

    sifar.

    31. Penstoran kargo pesawat udara di lapangan terbang adalah pada kadar sifar

    apabila pembekalan tersebut ada berkaitan dengan pergerakan kargo yang telah

    atau akan dimuatkan ke dalam pesawat udara, contohnya penstoran kargo

    semalaman sebelum dimuatkan atau selepas dipunggah dari pesawat udara. Ini

    termasuk perkhidmatan penstoran sejuk.

    32. Contoh perkhidmatan pengendalian kargo adalah seperti berikut:

    (a) perkhidmatan keselamatan kargo,

    (b) pengendalian kontena,

    (c) pemuatan dan pemunggahan,

    (d) pengendalian pemindahan,

    (e) penyediaan atau pemindaan nota penghantaran udara,

    (f) penyediaaan atau pemindaan pengiystiharan kastam,

    (g) menyediakan barangan bagi pemeriksaan kastam,

    (h) mengisih, membuka untuk pemeriksaan, membaiki, menimbang dan

    menurap, melekat dan merekatkan, memadam dan menanda semula,

    melabel dan menombor semula, mencatat, menyemak, mengambil

    contoh atau mengukur barang,

    (i) pemeriksaan kargo (termasuk kargo yang rosak),

    (j) pengendalian kargo istimewa, atau

    (k) perkhidmatan pengendalian haiwan hidup.

    33. Perkhidmatan pengendalian kargo yang berkaitan dengan pergerakan kargo

    antarabangsa (kargo import dan eksport termasuk pindahkapal) adalah tertakluk

    kepada kadar sifar.

  • PANDUAN INDUSTRI PENERBANGAN Draf pada 31 Julai 2013

    8 Hak Cipta Terpelihara 2013 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

    34. Sebaliknya, perkhidmatan pengendalian kargo adalah pada kadar standard

    sekiranya ianya berkaitan dengan pergerakan kargo domestik.

    Contoh 1:

    Pemuatan, pemunggahan dan pengendalian kargo dari KLIA ke Kota

    Kinabalu adalah pada kadar standard. Pembekal perkhidmatan ini (berdaftar

    di bawah CBP) perlu mengenakan CBP kepada tuan punya atau pemberi

    konsainkargo.

    Contoh 2:

    Syarikat Pengangkutan ABC telah diberi kontrak oleh sebuah pengilang

    tempatan untuk mengangkut barang dari kilangnya di Shah Alam ke London

    melalui KLIA. Syarikat pengangkutan ini membekalkan kesemua

    perkhidmatan pengendalian kargo yang perlu bagi kedua-dua peringkat

    penghantaran barang itu iaitu domestik serta juga antarabangsa.

    Perkhidmatan sedemikian yang dibekalkan oleh pembekal yang sama adalah

    layak mendapat layanan CBP pada kadar sifar.

    Perkhidmatan Lain

    35. Terdapat perkhidmatan lain yang berkaitan dengan industri penerbangan

    seperti:

    (a) pembekalan barang bekalan pesawat udara,

    (b) perkhidmatan katering,

    (c) penyewaan lot komersil,

    (d) perkhidmatan latihan penerbangan,

    (e) keselamatan lapangan terbang,

    (f) parkir lapangan terbang, dan

    (g) pengiklanan.

    36. Barang bekalan pesawat udara adalah barang-barang bebas cukai untuk

    dijual kepada penumpang di dalam penerbangan antarabangsa. Penjualan barang

  • PANDUAN INDUSTRI PENERBANGAN Draf pada 31 Julai 2013

    9 Hak Cipta Terpelihara 2013 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

    tersebut adalah tertakluk pada kadar sifar di bawah CBP. Barang-barang bebas

    cukai ini tidak dibekalkan kepada penerbangan domestik.

    37. Barang-barang yang diklasifikasikan sebagai barang bekalan pesawat adalah

    seperti berikut:

    (a) Barang habis guna, contoh:

    (i) perkhidmatan katering dalam kapal terbang (makanan dan

    minuman termasuk minuman keras seperti spirit, wain dan bir),

    (ii) produk tembakau,

    (iii) ubat di bawah kawalan dalam kuantiti yang munasabah sebagai

    perubatan yang dibekal untuk kegunaan dalam penerbangan,

    dan

    (iv) minyak, minyak pelincir dan bahan-bahan pencuci.

    (b) Barang tidak habis guna, contoh:

    (i) bekalan kabin, dan

    (ii) alat-alat ganti dan komponen untuk dipasang ke dalam pesawat

    (termasuk peralatan seperti perakam video, khusus untuk

    manfaat penumpang di pesawat)

    38. Perkhidmatan katering bagi penerbangan domestik adalah tertakluk kepada

    CBP pada kadar standard, dan kadar sifar bagi penerbangan antarabangsa.

    39. Penyewaan lot komersil di terminal lapangan terbang tertakluk kepada CBP

    pada kadar standard.

    Contoh:

    XYZ Telekomunikasi telah menyewa satu lot komersil di terminal lapangan

    terbang bagi memasarkan produknya. Operator terminal (berdaftar di bawah

    CBP) perlu mengenakan cukai CBP ke atas penyewaan tersebut.

    40. Perkhidmatan latihan penerbangan yang dibekalkan oleh JPA adalah di luar

    skop CBP, oleh yang demikian cukai CBP tidak dikenakan.

  • PANDUAN INDUSTRI PENERBANGAN Draf pada 31 Julai 2013

    10 Hak Cipta Terpelihara 2013 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

    41. Perkhidmatan keselamatan di lapangan terbang tertakluk kepada CBP pada

    kadar standard.

    42. Caj parkir kereta, teksi dan bas di sekitar kawasan lapangan terbang adalah

    pada kadar standard.

    43. Penyewaan ruang pengiklanan di terminal lapangan terbang oleh operator

    lapangan terbang adalah pada kadar standard.

    44. Layanan CBP ke atas minyak yang dibekalkan kepada penerbangan domestik

    adalah pada kadar standard. Sekiranya minyak itu dibekalkan untuk penerbangan

    antarabangsa, maka ianya berkelayakan mendapat layanan CBP pada kadar sifar.

    SOALAN LAZIM

    S1: Apakah layanan CBP ke atas pembekalan kontena udara?

    J1: Layanan CBP ke atas pembekalan kontena udara adalah pada kadar sifar.

    S2: Apakah layanan CBP ke atas pembekalan kontena udara yang dipajak?

    J2: Layanan CBP masih pada kadar sifar.

    S3: Adakah perkhidmatan pembaikan dan penyenggaraan kontena udara

    layak mendapat layanan CBP pada kadar sifar?

    J3: Tidak. Ianya tertakluk pada kadar standard.

    S4: Apakah layanan CBP ke atas caj perkhidmatan penumpang?

    J4: Caj perkhidmatan penumpang yang dikenakan oleh operator lapangan

    terbang adalah tertakluk kepada CBP pada kadar standard sama ada untuk

    perjalanan domestik ataupun antarabangsa.

    S5: Adakah perkhidmatan pengendalian kargo termasuk pelepasan barang

    dari kawalan kastam?

  • PANDUAN INDUSTRI PENERBANGAN Draf pada 31 Julai 2013

    11 Hak Cipta Terpelihara 2013 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

    J5: Ya. Ejen penghantaran yang berdaftar di bawah CBP akan mengenakan

    CBP pada kadar standard kepada tuan punya barang bagi perkhidmatan

    pelepasan barang dari kawalan kastam.

    S6: Bagaimana sekiranya pelepasan barangan tersebut diuruskan oleh

    operator lapangan terbang?

    J6: Operator lapangan terbang biasanya tidak menguruskan pelepasan barang

    dari kawalan kastam. Bagaimanapun, sekiranya operator tersebut membuat

    pelepasan barang bagi pihak tuan punya barang/ penerima konsain, maka

    perkhidmatan pengendalian tersebut layak untuk CBP pada kadar sifar.

    S7: Pewasapan adalah satu proses yang perlu dilakukan ke atas

    kebanyakan kargo sebelum dieksport atau selepas diimport. Apakah

    layanan CBP ke atas fumigasi ini?

    J7: Perkhidmatan pewasapan ini adalah tertakluk pada kadar sifar kerana ia

    dilakukan ke atas pergerakan kargo antarabangsa.

    S8: Apakah layanan CBP ke atas perkhidmatan latihan penerbangan yang

    dibekalkan oleh badan selain dari JPA?

    J8: Perkhidmatan latihan penerbangan yang dibekalkan oleh badan selain dari

    JPA adalah tertakluk pada kadar standard.

    MAKLUM BALAS ATAU KOMEN

    45. Sebarang maklum balas atau komen amatlah dihargai. Sila e-mel maklum

    balas atau komen anda kepada Mohd Hisham B. Mohd Nor

    ([email protected]) atau Aminul Izmeer B. Mohd Sohaimi

    ([email protected]).

    MAKLUMAT LANJUT

    46. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada:

  • PANDUAN INDUSTRI PENERBANGAN Draf pada 31 Julai 2013

    12 Hak Cipta Terpelihara 2013 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

    (a) Laman Web CBP : www.gst.customs.gov.my

    (b) Pusat Panggilan Kastam :

    Tel : 03- 7806 7200/ 1-300-888-500

    Faks : 03- 7806 7599

    E-mel : [email protected]