panduan beban tugas staf akademikpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/lampiran pekeliling...membina...

20
PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIK

Upload: others

Post on 15-Mar-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

PANDUAN

BEBAN TUGAS

STAF AKADEMIK

Page 2: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

Hakcipta terpelihara, tidak dibenarkan

mengeluar ulang mana-mana bahagian

daripada kandungan buku ini dalam apa-apa

jua bentuk dan dengan cara apa pun sama ada

secara elektronik atau mekanikal, termasuk

fotokopi, rakaman atau sebaliknya, tanpa

keizinan bertulis daripada Naib Canselor

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan

Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut /

Program Baru / Pengambilan Pelajar

Bil. 4/2018/2019

Kelulusan Senat Bil. 8/2018/2019

Page 3: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

KANDUNGAN

PENGENALAN

DEFINISI

OBJEKTIF

NILAIAN KREDIT

KOMPONEN BEBANPengajaran dan Penyeliaan Prasiswazah

Penyelidikan dan Penyeliaan Pascasiswazah

Pentadbiran

Pembangunan Diri

1

2

3

4

5

BAB PERKARA M/S

1

3

5

6

7

11

13

16

Page 4: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

EMPAT KOMPONEN UTAMA BEBAN

TUGAS STAF AKADEMIK

Pengajaran dan Penyeliaan Prasiswazah

merujuk kepada pengajaran dan

pembelajaran melalui kuliah, tutorial dan

amali. Penyeliaan prasiswazah merujuk

kepada penyeliaan projek di peringkat

Diploma dan Sarjana Muda serta Latihan

Industri atau Latihan Mengajar.

Penyelidikan dan Penyeliaan Pascasiswazah

merujuk kepada penyelidikan dan

penyeliaan projek/ disertasi/ tesis di

peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

Pentadbiran

merujuk kepada lantikan jawatan

pengurusan oleh Universiti atau

Fakulti/Pusat secara giliran seperti Dekan,

Timbalan Dekan, Pengarah/Ketua Pusat,

Ketua Program, Ketua Jabatan, Ketua Panel

Bidang, Ketua Makmal dan jawatan-jawatan

lain yang berkaitan

Pembangunan Diri

merujuk kepada tugas yang lazimnya

diamalkan oleh staf akademik kategori

Guru Bahasa dan Pengajar.

Panduan Beban Tugas Staf Akademik ini

bertujuan untuk memberi penerangan

mengenai beban tugas staf akademik

seterusnya membantu perancangan dan

pembahagian tugas staf akademik yang

merangkumi fungsi dan peranan yang

telah ditetapkan oleh Universiti.

Staf akademik diberikan beban tugas

yang bersesuaian bagi membolehkannya

membina dan meningkatkan keupayaan

kendiri dan kepakaran dalam sesuatu

bidang pengajian dan pengkhususan

masing-masing.

Staf akademik adalah diagihkan tugas

sebanyak 40 JAM beban tugas minima

per minggu untuk melaksanakan EMPAT

KOMPONEN UTAMA BEBAN TUGAS STAF

AKADEMIK.

CAD UTHM | 1

1 PENGENALAN

Page 5: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

Untuk tujuan pengagihan beban, staf akademik dikategorikan kepada Pensyarah

Universiti (DS), Pengajar (DV), Guru Bahasa (DG) dan Penyelidik Utama di Pusat-

pusat Kecemerlangan (COE) (mengikut kelulusan mesyuarat Lembaga Pengarah

Universiti Bilangan 2/2012).

Pemantauan beban staf akademik ini dilaksanakan secara sistematik melalui

Sistem Pengiraan Beban Akademik (SPBA) yang dilaksanakan secara dalam talian

di bawah pemantauan pihak Pusat Pembangunan Akademik dan Latihan (CAD) dan

dibantu oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM).

BEBAN TUGAS MINIMA (JAM)

KESELURUHANPENGAJARAN

PENYELIAAN

PENTADBIRAN

PENYELIDIKAN

PENSYARAH

UNIVERSITI/FELO

INDUSTRI

28 12

40Nisbah 70:30

PENYELIDIK DI PUSAT

KECEMERLANGAN

12 2840

Nisbah 30:70

GURU BAHASA DAN

PENGAJAR

PENGAJARAN

PENYELIAAN

PENTADBIRAN

PEMBANGUNAN DIRI

(PENYELIDIKAN /

PERKHIDMATAN

MASYARAKAT) 40

32 8

Nisbah 80:20

…pengenalan

PERUNTUKAN BEBAN TUGAS BAGI STAF AKADEMIK DI UTHM

Jadual 1 : Peruntukan Beban Tugas Berdasarkan Komponen Beban bagi Staf Akademik UTHM

CAD UTHM | 2

Page 6: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

Takrifan yang digunakan dalam panduan ini adalah

seperti berikut:

Universiti

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Fakulti/Pusat

Pusat tanggungjawab yang menjalankan

atau menguruskan sebarang aktiviti

akademik pelajar berdaftar contohnya

pengajaran dan pembelajaran.

Pusat Kecemerlangan (COE)

Pusat untuk menjalankan penyelidikan

bermutu tinggi dan mempunyai kolaborasi

dengan agensi luar termasuk institusi

antarabangsa. Ia adalah sebuah entiti

yang menerajui suatu bidang

penyelidikan/perkhidmatan yang terfokus.

Ketua COE dilantik oleh Naib Canselor.

Pusat Penyelidikan (COR)

Satu kumpulan penyelidikan yang

melaksanakan kajian dalam kumpulan

besar dalam bidang tertentu di bawah

pengurusan Fakulti. Ketua COR dilantik

oleh Naib Canselor.

Kumpulan Fokus (FG)

Suatu kumpulan penyelidikan yang

melaksanakan kajian dalam kumpulan

kecil dalam bidang tertentu di bawah

pengurusan Fakulti. Ketua FG dilantik oleh

Pejabat Pendaftar.Staf Akademik

Pegawai universiti yang dilantik secara

tetap, kontrak, atau sambilan ke jawatan

Profesor, Profesor Madya, Pensyarah

Kanan, Pensyarah, Tutor, Guru Bahasa,

Pengajar, Penolong Pengajar dan Felo

Industri.

Penyelidik Utama

Staf akademik yang dilantik sebagai Ketua

Kluster dalam setiap bidang integrasi

tujahan utama (Integrated Niche Area) di

setiap COE dan COR

Penyelidik Kanan

Staf akademik yang dilantik sebagai

Penyelidik Sokongan dalam setiap bidang

integrasi tujahan utama (Integrated Niche

Area) di setiap COE dan COR bagi tujuan

membantu Penyelidik Utama.

Kredit

Ukuran kuantitatif yang melambangkan

beban pembelajaran untuk mencapai hasil

pembelajaran tertentu.

Beban

Jumlah ukuran kuantitatif yang

melibatkan semua tugas staf akademik

termasuk pengajaran, penyeliaan dan

membimbing pelajar menjalankan latihan

industri/praktikum/mengajar dan projek

ilmiah/tesis sehingga tamat, serta

pentadbiran.

CAD UTHM | 3

2 DEFINISI

Page 7: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

…definisi

Projek Diploma

Kerja-kerja penyelidikan berserta dengan

penulisan ilmiah yang dilakukan oleh

pelajar peringkat diploma.

Projek Sarjana Muda

Kerja-kerja penyelidikan berserta dengan

penulisan ilmiah yang dilakukan oleh

pelajar di peringkat sarjana muda.

Projek Sarjana

Kerja-kerja penyelidikan berserta dengan

penulisan ilmiah, disertasi atau tesis yang

dilakukan oleh pelajar di peringkat pasca

siswazah.

Semester Panjang/Lazim

Satu tempoh pengajian yang dinyatakan

dalam kalendar akademik tahunan

universiti.

Semester Pendek

Satu tempoh pengajian selain daripada

semester panjang yang dinyatakan di

dalam kalendar akademik tahunan

universiti

Perkhidmatan Masyarakat

Aktiviti/kerja-kerja kemasyarakatan yang

dilakukan secara berkumpulan yang

mempunyai matlamat serta tujuan tertentu

CAD UTHM | 4

Page 8: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

Panduan Beban Tugas Staf Akademik ini bertujuan untuk memberi penerangan

mengenai beban tugas staf akademik seterusnya membantu perancangan dan

pembahagian tugas staf akademik yang merangkumi fungsi dan peranan yang

telah ditetapkan oleh Universiti.

Memastikan pengurusan pengagihan beban

tugas dapat dilaksanakan dengan efektif dan

efisien.

Membolehkan pihak pengurusan Universiti

memantau agar staf akademik mendapat

beban tugas yang adil dan saksama.

Memastikan beban tugas staf akademik

tertakluk kepada peraturan yang telah

ditetapkan oleh Universiti

CAD UTHM | 5

3 OBJEKTIF

Page 9: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

Satu (1) kredit bermaksud empat puluh (40) JAM BELAJAR PELAJAR (JBP) dalam

tempoh satu (1) semester.

JAM BELAJAR PELAJAR

Jam belajar pelajar (JBP) ini adalah gabungan pelbagai bentuk aktiviti

pembelajaran seperti kuliah, tutorial, makmal, projek, kerja lapangan, kerja

amali, dan sebagainya.

BENTUK AKTIVITI

BIL. JAM

PERTEMUAN /

MINGGU

NILAI KREDIT

Kuliah 1 jam 1

Tutorial 2 jam 1

Makmal / Bengkel 2 – 3 jam 1

Studio / Projek / Kerja Lapangan 3 – 5 jam 1

Jadual 2 : Nilai Kredit untuk Kuliah / Tutorial / Makmal / Studio / Projek / Kerja Lapangan

(Sumber : Buku Peraturan Akademik UTHM, 2018)

CAD UTHM | 6

4 NILAIAN KREDIT

Page 10: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

Beban staf akademik UTHM dikategorikan kepada empat (4) komponen utama

iaitu: PENGAJARAN DAN PENYELIAAN PRASISWAZAH, PENYELIDIKAN DAN

PENYELIAAN PASCASISWAZAH, PENTADBIRAN dan PEMBANGUNAN DIRI.

PENGAJARAN DAN PENYELIAAN PRASISWAZAH

Pengajaran merangkumi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat

Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

Bilangan pelajar bagi kuliah atau tutorial peringkat Sarjana Muda adalah

ditetapkan seramai minimum 30 orang.

Bilangan pelajar bagi kuliah atau tutorial peringkat Sarjana adalah ditetapkan

seramai 15 orang.

Walau bagaimanapun, kuliah untuk jumlah pelajar yang kurang daripada itu

adalah tertakluk kepada kelulusan pengurusan Fakulti/Pusat.

Bilangan kursus minimum bagi setiap staf akademik ialah satu (1) kursus per

semester.

Nilai beban untuk komponen pengajaran adalah seperti dalam Jadual 3.

Jumlah pengajaran minimum per semester bagi staf akademik dengan

pelantikan jawatan pengurusan (lantikan Naib Canselor dan Pendaftar) adalah

seperti dalam Jadual 4.

CAD UTHM | 7

5 KOMPONEN BEBAN

Page 11: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

PENGAJARAN DAN PENYELIAAN PRASISWAZAH

CAD UTHM | 8

…komponen beban

Aktiviti Deskripsi

Nilai Beban (Jam)

Pra Siswazah

(Diploma/Sarjana

Muda)

Pasca Siswazah

(Sarjana/PhD)

Kuliah

1 jam kuliah

(pertama dan

ulangan dalam

semester yang

sama)

3 jam beban 4 jam beban

Penilaian Kuliah

2 minit seorang

pelajar yang

melebihi 30

orang/kelas

2 minit seorang

pelajar yang

melebihi 15

orang/kelas

Tutorial

1 jam tutorial

(pertama dan

ulangan dalam

semester yang

sama)

1.5 jam beban Tiada berkaitan

Amali

1 jam studio /

bengkel / makmal /

kerja lapangan

2 jam beban 1.5 jam beban

Jadual 3 : Perincian nilai beban untuk komponen pengajaran

Page 12: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

PENGAJARAN DAN PENYELIAAN PRASISWAZAH

CAD UTHM | 9

…komponen beban

Pengajaran

KategoriNilai beban

(jam)

Tidak menjawat sebarang jawatan pengurusan

(lantikan Naib Canselor atau Pendaftar)≥ 26 jam

Penyelaras, Ketua Makmal dan setara ≥ 18 jam

Ketua Panel/ Ketua Program/ Ketua Jabatan dan

setara≥ 9 jam

Dekan, Pengarah, Timbalan Dekan, Timbalan

Pengarah dan setara≥ 6 jam

Penolong Naib Canselor ≥ 3 jam

Jadual 4 : Nilai pengajaran minimum per semester bagi staf akademik

(Sumber: Adaptasi daripada LNPT, 2018 UTHM)

Komponen penyeliaan merangkumi dua sub-komponen iaitu penyeliaan projek

tahun akhir serta penyeliaan Latihan Industri atau Latihan Mengajar.

Nilai beban bagi penyeliaan projek tahun akhir adalah seperti di Jadual 5.

Nilai beban bagi penyeliaan Latihan Industri adalah seperti di Jadual 6.

Page 13: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

PENGAJARAN DAN PENYELIAAN PRASISWAZAH

CAD UTHM | 10

…komponen beban

Jadual 5 : Perincian nilai beban bagi sub-komponen penyeliaan Projek Sarjana Muda/Diploma

Tahap PerananNilai beban

(jam/pelajar)

DiplomaPenyelia Utama 1 jam/pelajar

Penyelia Bersama 0.5 jam/pelajar

Sarjana MudaPenyelia Utama 1 jam/pelajar

Penyelia Bersama 0.5 jam/pelajar

Latihan

Industri /

Latihan

Mengajar

Kategori Nilai beban (jam)

Pelajar UTHM Bilangan hari bertugas × 8 jam / 14 minggu

Pelajar bukan UTHM Bilangan pelajar × 1 jam / minggu

Jadual 6 : Perincian nilai beban bagi sub-komponen penyeliaan Latihan Industri / Latihan Mengajar

Page 14: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

PENYELIDIKAN DAN PENYELIAAN PASCASISWAZAH

CAD UTHM | 11

…komponen beban

Nilai beban bagi komponen penyelidikan ini adalah diambilkira berdasarkan

kepada penyertaan geran penyelidikan di peringkat Universiti, Kebangsaan

atau Antarabangsa dan peranan staf akademik tersebut serta penyeliaan

pelajar di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

Sekiranya staf akademik mempunyai geran dari luar Universiti (peringkat

Kebangsaan atau Antarabangsa), hendaklah menghantar bukti lantikan geran

kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) untuk direkodkan dalam sistem.

Nilai beban untuk sub-komponen penyertaan geran adalah seperti dalam

Jadual 7.

PerananNilai Beban (jam/geran)

Universiti Kebangsaan Antarabangsa

Ketua Geran Penyelidikan 1.0 2.0 3.0

Ahli Geran Penyelidikan 0.5 1.0 1.5

Jadual 7 : Perincian nilai beban untuk sub-komponen penyertaan geran

Page 15: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

PENYELIDIKAN DAN PENYELIAAN PASCASISWAZAH

CAD UTHM | 12

…komponen beban

Bagi sub-komponen penyeliaan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah, nilai

beban mengambilkira mod pengajian pelajar dan juga peranan staf akademik

tersebut.

Nilai beban bagi sub-komponen penyeliaan peringkat Sarjana dan Doktor

Falsafah diberikan dalam Jadual 8 dan Jadual 9.

Peranan

Nilai Beban (jam/pelajar)

Sepenuh masa Separuh masa

Mod

Penyelidikan

Mod

Campuran

Mod

Kerja Kursus

Mod

Penyelidikan

Mod

Campuran

Mod

Kerja Kursus

Penyelia

Utama2.0 1.5 1.0 1.0 0.75 0.5

Penyelia

Bersama1.0 1.0 0.5 0.5 0.5 0.25

Jadual 8 : Perincian nilai beban untuk sub-komponen penyeliaan peringkat Sarjana

Page 16: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

PENYELIDIKAN DAN PENYELIAAN PASCASISWAZAH

CAD UTHM | 13

…komponen beban

Jadual 9 : Perincian nilai beban untuk sub-komponen penyeliaan peringkat Doktor Falsafah

Peranan

Nilai Beban (jam/pelajar)

Sepenuh masa Separuh masa

Mod Penyelidikan Mod Penyelidikan

Penyelia Utama 3.00 1.50

Penyelia Bersama 1.50 0.75

PENTADBIRAN

Komponen pentadbiran adalah merujuk kepada lantikan jawatan

pengurusan oleh Universiti (Naib Canselor dan Pendaftar) atau Fakulti/Pusat.

Senarai jawatan pengurusan dan nilai beban bagi setiap kategori adalah

seperti dalam Jadual 10.

Nilai beban maksimum bagi sub-komponen pentadbiran yang boleh

diberikan berdasarkan lantikan adalah seperti dalam Jadual 11.

Page 17: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

PENTADBIRAN

CAD UTHM | 14

…komponen beban

Jawatan Nilai Beban (jam)

Penolong Naib Canselor

Dekan

Pengarah

Pengetua Kolej Kediaman

dan yang SETARA

24

Timbalan Dekan

Timbalan Pengarah

Ketua Center of Excellence (COE)

Ketua Penerbit

Ketua Pusat

dan yang SETARA

20

Ketua Jabatan,

Pengurus Makmal

Ketua Center of Research (COR)

dan yang SETARA

15

Ketua Panel

Ketua Program

Ketua Writing Unit

Ketua Galeri Ilmu

Ketua Editor

Penyelia Makmal

Pengarah Muzik

Felo TRANSFORM

dan yang SETARA

12

Penyelaras Jadual Waktu

Penyelaras Outcome Based Education (OBE)/Akreditasi

Penyelaras ISO 9001 : 2015/Penyelaras Kualiti

Penyelaras Projek Diploma/Sarjana Muda/Sarjana

Penyelaras Latihan Industri/Latihan Mengajar

10

Jadual 10 : Perincian nilai beban untuk komponen pentadbiran mengikut jawatan pengurusan

Page 18: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

PENTADBIRAN

CAD UTHM | 15

…komponen beban

Jawatan Nilai Beban (jam)

Penyelaras Kursus/Makmal

Penyelaras Program Pasca Siswazah

Penyelaras Program Mod Campuran

Penyelaras Program Luar dan Pesisir

Penyelaras Jadual Waktu Makmal

Penyelaras Jawatankuasa Projek Pelajar dan Program Kemahiran

Penyelaras Program Mobiliti

Penyelaras Jawatankuasa Latihan Industri dan Hubungan Industri

Penyelaras Jawatankuasa Penasihatan Akademik dan Pengecualian

Kredit

Penyelaras Program Pembangunan Pelajar

Penyelidik Bersekutu

Penyelaras MOU

Penyelaras Promosi

Penyelaras Kebajikan Pelajar

Penyelaras Kelab Pelajar

Ketua Focus Group

Penyelidik Utama COE

dan yang SETARA

5

Ahli COE (Penyelidik Kanan)

Penyelidik utama COR

dan yang SETARA

3

Ahli COR

dan yang SETARA2

Keanggotaan dalam jawatankuasa

(selain daripada pemegang

jawatan pentadbiran)

Universiti

AJK Tetap Universiti

AJK Ad-Hoc Universiti

Aktiviti Pasukan Beruniform

Fakulti

Ahli FG

dan yang SETARA

1

Penasihat Akademik Tiada had minima pelajar 0.15/pelajar

samb. Jadual 10 : Perincian nilai beban untuk komponen pentadbiran mengikut jawatan pengurusan

Page 19: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

PENTADBIRAN

CAD UTHM | 16

…komponen beban

Jadual 11 : Nilai beban maksimum bagi komponen pentadbiran berdasarkan lantikan

Jawatan Nilai Beban Maksimum (Jam)

Lantikan Universiti (Naib Canselor) 24

Lantikan Universiti (Pendaftar) 15

Lantikan Fakulti 10

PEMBANGUNAN DIRI

Staf akademik kategori Guru Bahasa (DG) dan Pengajar (DV) mengguna pakai

8 jam/minggu untuk komponen pembangunan diri.

Pembangunan diri merangkumi aktiviti penyelidikan dan perkhidmatan

masyarakat.

Nilai beban bagi komponen pembangunan diri diberikan dalam Jadual 12.

Komponen Sub-Komponen Nilai Beban (Jam)

Penyelidikan

Scholarship of Teaching

and Learning (SoTL)Seperti kategori Pensyarah Universiti

Penyeliaan

Pascasiswazah

Perkhidmatan

Masyarakat

Aktiviti

KemasyarakatanBilangan hari bertugas × 8 Jam / 14 Minggu

Jadual 12 : Perincian nilai beban untuk komponen pembangunan diri untuk staf akademik kategori

Guru Bahasa dan Pengajar.

Page 20: PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:

JABATAN JAMINAN KUALITI

PUSAT PEMBANGUNAN DAN LATIHAN AKADEMIK