panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, buku 8

28
1. KOS PEKERJA 2. KEMUDAHAN PENGAMBILAN PEKERJA 3. PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 3.1 Kemudahan Latihan Dalam Kemahiran Perindustrian 3.2 Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia 3.3 Kakitangan Pengurusan 4. JABATAN TENAGA MANUSIA, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA 4.1 Institut Latihan Perindustrian (ITI) 4.2 Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) 4.3 Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) 4.4 Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) 4.5 Kursus Modular Tempahan Khas Jangka Pendek 5. PERBADANAN PRODUKTIVITI NEGARA (NPC) 6. PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN MALAYSIA (MEDEC) 7. PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INDUSTRI PERKAYUAN (WISDEC) 8. SIRIM TRAINING SERVICES SDN BHD 9. PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PULAU PINANG (PSDC) 10. PUSAT PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA SELANGOR (SHRDC) 11. PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INDUSTRI DAN PENGURUSAN KEDAH (KISMEC) 12. PUSAT PEMBANGUNAN TENAGA INDUSTRI JOHOR (PUSPATRI) 13. GERMAN-MALAYSIA INSTITUTE (GMI) 14. UNIVERSITI KUALA LUMPUR – MALAYSIA FRANCE INSTITUTE (UniKL-MFI) 15. UNIVERSITI KUALA LUMPUR – BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE (UniKL-BMI) 16. UNIVERSITI KUALA LUMPUR – MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE (UniKL-MSI) 17. INSTITUT FMM Pembangunan Sumber Manusia dan Kemudahan Latihan Buku 8 Panduan Bagi Pekilang-Pekilang Malaysia

Upload: azmi-yusoff

Post on 20-May-2015

927 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Pembangunan Sumber Manusia dan kemudahan Latihan- LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (MIDA), Julai 2007

TRANSCRIPT

11.. KKOOSS PPEEKKEERRJJAA

22.. KKEEMMUUDDAAHHAANN PPEENNGGAAMMBBIILLAANN PPEEKKEERRJJAA

33.. PPEEMMBBAANNGGUUNNAANN SSUUMMBBEERR MMAANNUUSSIIAA33..11 KKeemmuuddaahhaann LLaattiihhaann DDaallaamm KKeemmaahhiirraann PPeerriinndduussttrriiaann33..22 KKuummppuullaann WWaanngg PPeemmbbaanngguunnaann SSuummbbeerr MMaannuussiiaa 33..33 KKaakkiittaannggaann PPeenngguurruussaann

44.. JJAABBAATTAANN TTEENNAAGGAA MMAANNUUSSIIAA,, KKEEMMEENNTTEERRIIAANN SSUUMMBBEERR MMAANNUUSSIIAA44..11 IInnssttiittuutt LLaattiihhaann PPeerriinndduussttrriiaann ((IITTII))44..22 PPuussaatt LLaattiihhaann TTeekknnoollooggii TTiinnggggii ((AADDTTEECC))44..33 IInnssttiittuutt TTeekknniikkaall JJeeppuunn--MMaallaayyssiiaa ((JJMMTTII))44..44 PPuussaatt LLaattiihhaann PPeennggaajjaarr ddaann KKeemmaahhiirraann LLaannjjuuttaann ((CCIIAASSTT))44..55 KKuurrssuuss MMoodduullaarr TTeemmppaahhaann KKhhaass JJaannggkkaa PPeennddeekk

55.. PPEERRBBAADDAANNAANN PPRROODDUUKKTTIIVVIITTII NNEEGGAARRAA ((NNPPCC))

66.. PPUUSSAATT PPEEMMBBAANNGGUUNNAANN KKEEUUSSAAHHAAWWAANNAANN MMAALLAAYYSSIIAA ((MMEEDDEECC))

77.. PPUUSSAATT PPEEMMBBAANNGGUUNNAANN KKEEMMAAHHIIRRAANN IINNDDUUSSTTRRII PPEERRKKAAYYUUAANN ((WWIISSDDEECC))

88.. SSIIRRIIMM TTRRAAIINNIINNGG SSEERRVVIICCEESS SSDDNN BBHHDD

99.. PPUUSSAATT PPEEMMBBAANNGGUUNNAANN KKEEMMAAHHIIRRAANN PPUULLAAUU PPIINNAANNGG ((PPSSDDCC))

1100.. PPUUSSAATT PPEEMMBBAANNGGUUNNAANN SSUUMMBBEERR MMAANNUUSSIIAA SSEELLAANNGGOORR ((SSHHRRDDCC))

1111.. PPUUSSAATT PPEEMMBBAANNGGUUNNAANN KKEEMMAAHHIIRRAANN IINNDDUUSSTTRRII DDAANN PPEENNGGUURRUUSSAANN KKEEDDAAHH ((KKIISSMMEECC))

1122.. PPUUSSAATT PPEEMMBBAANNGGUUNNAANN TTEENNAAGGAA IINNDDUUSSTTRRII JJOOHHOORR ((PPUUSSPPAATTRRII))

1133.. GGEERRMMAANN--MMAALLAAYYSSIIAA IINNSSTTIITTUUTTEE ((GGMMII))

1144.. UUNNIIVVEERRSSIITTII KKUUAALLAA LLUUMMPPUURR –– MMAALLAAYYSSIIAA FFRRAANNCCEE IINNSSTTIITTUUTTEE ((UUnniiKKLL--MMFFII))

1155.. UUNNIIVVEERRSSIITTII KKUUAALLAA LLUUMMPPUURR –– BBRRIITTIISSHH MMAALLAAYYSSIIAANN IINNSSTTIITTUUTTEE ((UUnniiKKLL--BBMMII))

1166.. UUNNIIVVEERRSSIITTII KKUUAALLAA LLUUMMPPUURR –– MMAALLAAYYSSIIAANN SSPPAANNIISSHH IINNSSTTIITTUUTTEE ((UUnniiKKLL--MMSSII))

1177.. IINNSSTTIITTUUTT FFMMMM

PPeemmbbaanngguunnaannSSuummbbeerr MMaannuussiiaa ddaannKKeemmuuddaahhaann LLaattiihhaann

Buku 8

Panduan BagiPPeekkiillaanngg--PPeekkiillaanngg

MMaallaayyssiiaa

Panduan Bagi PPeekkiillaanngg--PPeekkiillaanngg MMaallaayyssiiaa

Buku 1 Memulakan Perniagaan

Buku 2 Kelulusan dan Pelesenan

Buku 3 Insentif untuk Pelaburan

Buku 4 Percukaian

Buku 5 Geran Kerajaan & Kemudahan Pembiayaan Kredit

Buku 6 Kemudahan Infrastruktur

Buku 7 Dasar dan Perundangan Pekerjaan

BBuukkuu 88 PPeemmbbaanngguunnaann SSuummbbeerr MMaannuussiiaa ddaann KKeemmuuddaahhaann LLaattiihhaann

Buku 9 Penyelidikan dan Pembangunan

1

Kualiti tenaga kerja Malaysia adalah kritikal kepada kejayaan program perindustrian negara. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada sektor perkilangan untuk pekerja teknikal terlatih, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah menambah bilangan jurutera, juruteknik dan kakitangan mahir lain yang lulus setiap tahun dari universiti, kolej dan institusi latihan teknikal dan perindustrian di dalam dan luar negara. Pada masa sama, adalah juga penting dipupuk budaya kerja yang memberi fokus kepada penghasilan produk dan perkhidmatan berkualiti.

1. KOS PEKERJA

Tiada undang-undang upah minimum nasional yang dikenakan terhadap sektor perkilangan di Malaysia. Upah asas berbeza mengikut lokasi dan sektor perindustrian, manakala imbuhan tambahan, yang mungkin termasuk bonus, pakaian seragam percuma, pengangkutan percuma atau bersubsidi, insentif prestasi dan imbuhan-imbuhan lain, berbeza dari syarikat ke syarikat.

Gaji dan imbuhan yang ditawarkan kepada kakitangan pengurusan dan eksekutif juga berbeza mengikut industri dan dasar penggajian syarikat. Kebanyakan syarikat memberi rawatan perubatan percuma, perlindungan kemalangan diri dan insurans hayat, pengangkutan percuma atau bersubsidi, bonus tahunan, imbuhan persaraan dan caruman yang lebih tinggi kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Untuk maklumat lanjut mengenai gaji dan imbuhan dalam sektor perkilangan, sila rujuk brosur MIDA bertajuk “Kos Menjalankan Perniagaan di Malaysia”.

2. KEMUDAHAN PENGAMBILAN PEKERJA

Selain agensi pekerjaan persendirian berdaftar, majikan dan pencari kerja boleh mendapatkan bantuan daripada pejabat pekerjaan kerajaan yang terdapat di seluruh negara. Majikan yang ingin mengambil pekerja boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai pencari kerja yang berdaftar dengan pejabat-pejabat pekerjaan ini yang fungsinya termasuk:

• Menjalankan kempen publisiti bagi membantu usaha pengambilan pekerja oleh majikan

• Mengatur kerja-kerja persiapan bagi mengadakan temuduga dan ujian aptitud

3. PEMBANGUNAN TENAGA MANUSIA

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) di bawah Kementerian Sumber Manusia ditubuhkan pada Mei 1989 bagi merumus, menggalak dan menyelaras strategi dan program latihan vokasional dan perindustrian selaras dengan keperluan pembangunan teknologi dan ekonomi negara.

MLVK menyelaras penubuhan semua institusi latihan awam dan swasta, menilai permintaan bagi kemahiran sedia ada dan masa depan, mengenal pasti keperluan latihan vokasional dan perindustrian masa depan, dan berterusan membangun Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Setakat ini, terdapat lebih 800 NOSS merangkumi kelayakan sijil, diploma dan diploma lanjutan. Pembangunan masa depan NOSS telah ditugaskan kepada 20 sektor perindustrian utama di Malaysia. MLKV menjangka 5000 NOSS lagi akan dibangunkan mulai 2005.

2

3.1 Kemudahan Latihan dalam Kemahiran Perindustrian

Sekolah-sekolah vokasional dan teknikal, politeknik-politeknik dan institusi-institusi latihan perindustrian menyediakan belia untuk pekerjaan dalam pelbagai pekerjaan perindustrian. Sungguhpun kebanyakannya dijalankan oleh agensi kerajaan, terdapat beberapa inisiatif swasta yang melengkapkan usaha kerajaan dalam mengeluarkan pekerja mahir diperlukan oleh industri. Agensi-agensi utama kerajaan yang terlibat dalam latihan ialah:

• Kementerian Sumber Manusia

• Majlis Amanah Rakyat (MARA) dibawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. MARA mengendalikan 12 institusi latihan kemahiran di merata negara ini yang menawarkan program pada tahap asas, pertengahan dan lanjutan. MARA juga menyelaras operasi tiga institusi latihan kemahiran lanjutan, iaitu German-Malaysia Institute (GMI), British Malaysian Institute (BMI Malaysia France Institutue (MFI).

• Kementerian Pelajaran yang mengendalikan 90 sekolah teknikal menawarkan kursus-kursus teknikal dan vokasional. Mereka yang tamat pendidikan sekolah teknikal boleh mencari pekerjaan peringkat awal atau melanjutkan pelajaran di peringkat sijil atau diploma di Politeknik atau Kolej Komuniti yang kini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Tinggi, atau institusi-institusi latihan lain di bawah bidang kuasa kementerian-kementerian lain.

• Kementerian Pendidikan Tinggi, yang ditubuhkan pada Mac 2004, menyelia 20 politeknik dan 34 kolej komuniti untuk menyediakan tenaga manusia mahir untuk industri. Di peringkat lepasan menengah, latihan formal yang dijalankan di politeknik dan kolej komuniti bertujuan menghasilkan sumber manusia terlatih di peringkat separa profesional dalam sektor-sektor kejuruteraan, perniagaan dan perkhidmatan. Lebih banyak politeknik dan kolej komuniti sedang dirancang untuk dibuka di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 – 2010).

• Kementerian Belia dan Sukan yang menyediakan latihan kemahiran perindustrian di peringkat asas, pertengahan dan lanjutan, melalui tujuh pusat latihan kemahiran belia dan Pusat Latihan Kemahiran Lanjutan Belia. Kursus-kursus jangka pendek dan program peningkatan kemahiran turut dijalankan.

3.2 Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia

Akta Pembangunan Sumber Manusia, 1992 yang berkuat kuasa pada Januari 1993 telah mewujudkan Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) yang ditadbir oleh Majlis Pembangunan Sumber Manusia (HRDC). Selaras dengan langkah pemerbadanan melalui Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001, HRDC kini dikenali sebagai Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

HRDF beroperasi berasaskan sistem levi/bantuan. Majikan yang telah membayar levi layak mendapat bantuan latihan daripada kumpulan wang ini bagi membiayai atau mengsubsidikan kos latihan untuk para pekerja rakyat Malaysia mereka.

Syarikat-syarikat perkilangan menyumbang seperti berikut:-

3

• Syarikat yang menggaji 50 atau lebih 1% daripada upah bulanan pekerja pekerja Malaysia (berkuat kuasa mulai 1 Januari 1993)

• Syarikat yang menggaji kurang 50 1% daripada upah bulanan pekerja hingga minimum 10 pekerja, dengan modal berbayar sebanyak RM2.5 juta atau lebih (berkuat kuasa mulai 1 Januari 1995)

• Syarikat yang menggaji kurang 50 0.5 % daripada upah bulanan pekerja. hingga minimum 10 pekerja, dengan modal berbayar kurang RM2.5 juta diberi opsyen berdaftar dengan PMSB (berkuat kuasa mulai 2 Ogos 1996).

Pada masa ini, kadar bantuan pembiayaan ialah 100% daripada kos dibenarkan yang terlibat bagi latihan di Malaysia dan sehingga 50% daripada kos yang terlibat di luar negara, tertakluk kepada ketersediaan levi dalam akaun majikan dengan (PSMB).

Skim-skim perantisan telah dibangun dan dilaksanakan oleh PSMB dengan tujuan membekalkan tenaga kerja terlatih untuk industri-industri khusus. Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, peruntukan sebanyak RM16 juta disediakan Kerajaan Persekutuan kepada PSMB bagi membayar yuran tuisyen untuk para perantis. Pada masa sama, majikan layak mendapat 100% bantuan kewangan bagi kos-kos latihan dibenarkan seperti elaun bulanan perantis, premium insurans dan bahan guna habis.

Setakat ini, PSMB telah melaksanakan pelbagai skim perantisan, iaitu dalam bidang mekatronik, industri perhotelan, acuan suntikan plastik, mesin jahit perindustrian, teknologi maklumat (pemprograman), teknologi maklumat (pelukis-pengarangan multimedia), pembuat perkakas dan acuan, dan skim-skim perantisan asas kayu (pembuat perabot) untuk memenuhi keperluan majikan-majikan.

Pada 2005, bagi memudahkan majikan menyumber program-program latihan yang sesuai melalui Internet, PSMB telah membangunkan laman web HRD di www.hrdportal.com.my. Portal ini bertindak sebagai pusat sehenti yang membolehkan pembekal latihan memasarkan program-program latihan mereka secara lebih efektif dan efisien melalui kemudahan interaktif yang terdapat di laman web itu.

3.3 Kakitangan Pengurusan

Pada tahun 2002, dianggarkan 53,000 pemegang ijazah dan 22,000 pemegang diploma lulus daripada universiti-universiti awam dan institusi-institusi pengajian tinggi Malaysia. Graduan-graduan ini adalah daripada pelbagai disiplin dari pengurusan perniagaan, teknologi maklumat, kejuruteraan, perubatan, sains dan matematik hingga sastera dan reka bentuk.

Selain universiti dan kolej, agensi-agensi seperti Perbadanan Produktiviti Negara, Institut Pengurusan Malaysia dan Institut Pengurus Kakitangan Malaysia juga menyediakan latihan bagi kakitangan pengurusan. Di samping itu, ramai kakitangan pengurusan di Malaysia telah mendapat pendidikan di luar negara.

4

4. JABATAN TENAGA MANUSIA, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Jabatan Tenaga Manusia di bawah Kementerian Sumber Manusia merupakan salah sebuah agensi Kerajaan yang menjalankan program latihan bagi mewujudkan tenaga kerja perindustrian yang berkemahiran dan berdaya saing. Ketika ini, ia mengendalikan 27 Institusi Latihan Kemahiran terdiri daripada 21 Institut Latihan Perindustrian (ITI); empat Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC); Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST); dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).

Kesemua 21 ITI menjalankan program di peringkat sijil hingga tahap 2 Standard Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2), Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Empat ADTEC menjalankan program di peringkat Diploma hingga ke tahap 4 Standard Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 4), manakala JMTI menjalankan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan hingga ke tahap 5 Standard Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 5). CIAST menjalankan Program Latihan Pengajar Negara (NITP) bagi menghasilkan pengajar-pengajar kemahiran yang cekap untuk pusat-pusat latihan kemahiran.

4.1 Institut Latihan Perindustrian (ITI)

Dua puluh satu (21) Institut Latihan Perindustrian menawarkan 39 kursus di peringkat sijil dan satu kursus di peringkat diploma.

Kursus-kursus ditawarkan adalah dalam bidang: • Mekanik Industri • Pemesinan CNC • Pembuat Acuan• Fabrikasi Logam• Automotif• Kenderaan Perdagangan Berat• CADD – Mekanikal• Penyejukbekuan & Penyamanan

Udara• Instrumentasi Perindustrian • Teknologi Komunikasi• Juruelektrik PW4• Automasi Perindustrian• Binaan Bangunan – Berasaskan

Kayu• Kerja Paip dan Sanitari• Teknologi Binaan• Teknologi Percetakan (Pra Cetak)• Teknologi Plastik• Teknologi Komputer (Sistem)• Teknologi Perisian

(Pemprograman)

• Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif)

• Pemesinan Am• Pembuat Acuan dan Dai• Teknologi Faundri• Kimpalan Arka dan Gas • Pemasangan Paip Gas• Reka Bentuk Produk Industri• Teknologi Jaminan Kualiti• Juruelektrik• Penjaga – AO (6 bulan)• Teknologi Elektronik

Perindustrian • Penjaga – AO (2 tahun)• CADD – Senibina• Diploma Binaan Bangunan• Teknologi Perabot• Teknologi Percetakan (Litografik)• Teknologi Percetakan (Grafik)• Teknologi Siramik• Teknologi Komputer (Jaringan)• Teknologi Komputer

(Keselamatan)

Tempoh kursus : i. 6 bulan bagi Penjaga AO (6 bulan) ii. 1 tahun 9 bulan bagi kursus-kursus IT iii. 2 tahun bagi Penjaga AO (2 tahun) iv. 1 tahun 3 bulan bagi kursus-kursus lain (Peringkat 1-2 (SKM) )

5

4.2 Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Empat ADTEC menawarkan 12 kursus bagi Diploma Teknologi dan satu kursus di peringkat sijil.

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah dalam bidang: • Teknologi Kimpalan• Teknologi Pengilangan• Teknologi Pengeluaran• Teknologi Jaminan Kualiti• Teknologi Mekatronik• Teknologi Elektrikal (Tenaga)• Teknologi Elektronik• Teknologi Telekomunikasi• Teknologi Komputer (Sistem)• Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara• Teknologi Komputer (Jaringan)• Penjaga (A4)

Tempoh Kursus: i. 2 tahun bagi kemasukan dengan SPM dan SKM tingkat 2 ii. 3 tahun bagi kemasukan dengan SPM sahaja.

4.3 Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)

Institut JMTI menawarkan 4 kursus yang menjurus kepada Diploma Teknologi Kejuruteraan dan 4 kursus yang menjurus kepada Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan.

Kursus yang ditawarkan bagi Diploma Teknologi Kejuruteraan adalah dalam bidang:• Teknologi Kejuruteraan Pengilangan• Teknologi Kejuruteraan Elektronik• Teknologi Kejuruteraan Mekatronik• Teknologi Kejuruteraan Komputer

Tempoh Kursus : 3 tahun

Kursus yang ditawarkan bagi Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan adalah dalam bidang:• Teknologi Kejuruteraan Pengilangan• Teknologi Kejuruteraan Elektronik• Teknologi Kejuruteraan Mekatronik• Teknologi Kejuruteraan Komputer

Tempoh Kursus : 2 tahun

4.4 Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) CIAST menawarkan Diploma Program Latihan Pengajar Negara untuk mengeluarkan pengajar bermahir dan cekap bagi institusi latihan (awam dan swasta) dan industri.

6

Kursus yang ditawarkan adalah dalam bidang:• Teknologi Pengilangan• Teknologi Pengeluaran • Teknologi Kimpalan• Teknologi Automotif• Teknologi Elektronik• Teknologi Telekomunikasi• Teknologi Mekatronik• Teknologi Komputer (Jaringan)• Teknologi Komputer (Sistem)• Teknologi Penyejukbekuan dan

Penyamanan Udara

• Teknologi Jaminan Kualiti• Pembuat Acuan dan Dai• Teknologi Binaan• Teknologi Fabrikasi Logam• Teknologi Faundri• Teknologi Instrumentasi• Teknologi Percetakan• Teknologi Plastik• Teknologi Elektrikal (Tenaga)

Tempoh Kursus : i. 2 tahun bagi kemasukan dengan SKM tingkat 2 ii. 3 tahun bagi kemasukan selepas SPM.

4.5 Kursus Modular dan Tempahan Khas Jangka Pendek

Kursus tempahan khas dan modular jangka pendek turut disediakan di kesemua 27 institut di bawah Jabatan Tenaga Manusia. Kursus modular yang dijalankan di setiap institut berkenaan bergantung kepada ketersediaan sumber. Justeru, kursus berkenaan adalah terancang dengan baik dan mematuhi piawaian dan keperluan industri. Kursus tempahan khas juga dijalankan atas permintaan majikan dari kedua-dua sektor awam dan swasta.

Kursus tempahan khas jangka pendek yang ditawarkan oleh CIAST adalah dalam bidang:• Latihan Pengajar• Latihan Penyeliaan• Automotif• Operasi Mesin dan Pembuatan Dai• Teknologi Elektrikal, Elektronik dan Kawalan• Teknologi Komputer dan Maklumat• Proses Fabrikasi, Pengacuan dan Tuangan Logam• Teknologi Kimpalan

Kursus tempahan khas jangka pendek yang ditawarkan oleh ADTEC adalah dalam bidang:• Mekanikal dan Pengeluaran• Elektrikal dan Elektronik• Komputer dan Multimedia• Perisian Komputer• Kejuruteraan Komputer• Mekatronik• Telekomunikasi

Kursus tempahan khas jangka pendek yang ditawarkan oleh JMTI adalah dalam bidang:• Teknologi Kejuruteraan Mekatronik• Teknologi Kejuruteraan Pengilangan• Teknologi Kejuruteraan Komputer• Mekanikal dan Pengeluaran• Teknologi Kejuruteraan Elektronik

7

Kursus tempahan khas jangka pendek yang ditawarkan oleh ITI adalah dalam bidang:• Penyenggaraan Perindustrian• Sivil dan Binaan• Teknologi Pemesinan• Teknologi Maklumat dan Komunikasi• CADD CAM • Elektronik• Automotif• Teknologi Plastik• Kejuruteraan Jaminan Kualiti• Teknologi Kejuruteraan Komputer• CADD-Mekanikal• Struktur dan Bangunan• Elektrikal• Mekanikal dan Pengeluaran• Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara• Paip dan Sanitari• Elektrikal AO• Pembinaan Bangunan• Industri Elektronik• Pembuatan Perabot• Penyenggaraan Komputer• Kimpalan• CADD Senibina• Elektrikal dan Elektronik• Teknologi Percetakan• Mekanik Perindustrian

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Ketua PengarahJabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber ManusiaAras 6, Blok D4, Kompleks DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PutrajayaTel : 03-8886 5555Faks : 03-8889 2417Laman web : www.jtr.gov.myE-mel : [email protected]

5. PERBADANAN PRODUKTIVITI NEGARA (NPC)

Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) adalah sebuah penyedia latihan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan menawarkan program latihan di bawah semua skim latihan utama yang dibentuk oleh PSMB.

Kursus ditawarkan dalam bidang tumpuan berikut:• Pembangunan Kepimpinan dan Pengurusan• Sistem Pengurusan Kualiti• Penambahbaikan Proses• Aktiviti Inovatif Kumpulan Kecil

8

• Pengurusan Latihan• Kecemerlangan Pelanggan• Prestasi Strategik dan Kecemerlangan

NPC juga menyediakan perkhidmatan perundingan kepada industri bagi bidang tumpuan tersebut diatas.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Ketua PengarahPerbadanan Produktiviti NegaraLorong Produktiviti, off Jalan Sultan46200 Petaling Jaya, SelangorTel : 03-7955 7266 / 03-7955 7050Talian Bebas Tol : 1800-88-1140Faks : 03-7957 8086 / 03-7955 1824Laman web : www.npc.org.myE-mel : [email protected]

6. PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN MALAYSIA (MEDEC)

Pusat Pembangunan Keusahawanan Malaysia ditubuhkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 1975 bagi memudahcarakan pertumbuhan usahawan-usahawan Bumiputera di negara ini.

Program khas ditawarkan di bawah jabatan berikut:• Jabatan Pembangunan Usahawan• Jabatan Pendidikan Keusahawanan

Kini, MEDEC merupakan sebuah pusat yang terkenal bagi latihan dan pendidikan keusahawanan. MEDEC merancang untuk mengembangkan program akademiknya untuk meliputi kursus pembangunan keusahawanan seperti latihan, penyelidikan dan perundingan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Pembangunan Keusahawanan Malaysia (MEDEC)Blok 13, Intekma Resort and Convention Centre UiTMSeksyen 740000 Shah AlamSelangorTel : 03-5522 5485 / 5486Faks : 03-5522 5467

7. PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INDUSTRI PERKAYUAN (WISDEC)

Majlis Industri Perkayuan Malaysia (MTIB) menubuhkan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Perkayuan untuk menyediakan latihan kemahiran bagi meningkatkan produktiviti pekerja dalam sektor pemprosesan kayu.

Kursus dikelasifikasikan kepada ‘dipacukan pelanggan’ dan ‘dipacukan teknologi’, dengan penekanan kepada latihan dalam teknologi baru dan canggih yang diguna pakai oleh industri perkayuan.

9

Kursus meliputi aspek seperti:• Anatomi dan pengecaman kayu• Teknologi kayu – ciri-ciri fizikal dan mekanikal• Pengeringan• Pengawetan• Reka bentuk perabot• Teknologi pengeluaran perabot• Pemilihan bahan• Pemilihan dan susun atur mesin kerja kayu• Kemasan perabot• Pengurusan pengeluaran perabot• Perancangan dan kawalan pengeluaran• Penentuan kos produk• Pengurusan bahan dan kawalan inventori• Pengurusan kualiti

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

KetuaPusat Pembangunan Kemahiran Industri Perkayuan (WISDEC)Lot 167, Jalan 3Kompleks Perabot Olak Lempit42700 BantingSelangorTel : 03-3149 2924/4386Faks : 03-3149 2122Laman web : www.mtib.gov.myE-mel : [email protected]

8. SIRIM TRAINING SERVICES SDN BHD

SIRIM Training Services Sdn Bhd (STS), adalah anak syarikat pemasaran dan jualan SIRIM Berhad dan ia memainkan peranan penting bagi memindahkan pengetahuan dan kemahiran kualiti dan teknologi kepada industri-industri tempatan. Ini direalisasikan melalui penganjuran kursus-kursus, bengkel-bengkel dan seminar-seminar latihan dalaman bagi pihak awam. Sejajar dengan wawasan 2020 negara, STS memainkan peranan utama bagi membangunkan modal insan menerusi program pembelajaran sepanjang hayat (Program Profesional/Eksekutif Diploma). Sumber latihan STS diambil daripada sekumpulan besar tenaga pengajar dan perunding yang cekap dan terlatih dalam industri tertentu di dalam SIRIM Berhad. STS juga adalah pembekal latihan yang diluluskan PSMB dan ia sungguh yakin dapat memberikan perkhidmatan berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan seperti yang ditunjukkan melalui persijilan perkhidmatan-perkhidmatannya kepada piawaian ISO 9001:2000.

Visi STSUntuk diiktiraf sebagai pusat latihan pilihan tersohor bagi teknologi dan kualiti menjelang 2010.

Misi STSUntuk meningkatkan daya saing pelanggan kami melalui program latihan teknologi dan kualiti serta kursus pengajian tinggi berterusan.

10

Kursus yang ditawarkan:STS menjalankan kursus-kursus latihan awam berdasarkan Perancang Latihan Tahunan STS. Selain itu, STS juga menjalankan program-program latihan di pejabat/di kilang sepertimana permintaan pelanggan

Kursus Latihan Kualiti • ISO 9000: 2000 bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS)• ISO 1400:2004 bagi Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS)• ISO/Guide 17025:1999 bagi Sistem Pengurusan Makmal • OHSAS 18001:1999 bagi Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan• MS 1500:2004 bagi Kursus mengenai Persijilan Halal untuk Makanan/Produk• MS 1480:1999 & MS 1514:2001 bagi Analisis Berbahaya dan Titik Kritikal

Kawalan• ISO 22000:2005 bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan (FMS)• ISO 13485:2003 bagi Sistem Pengurusan Kualiti Peranti Perubatan• ISO 1537:2004 bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)• Metrologi Pengukuran

Teknik Kualiti bagi Alat Peningkatan Kualiti• 5S Japanese Housekeeping• 7 QC Tools• Kawalan Proses Statistikal (SPC)• Perancangan Kualiti Produk Termaju (APQP)• Proses Kelulusan Bahagian Pengeluaran (PPAP)• Analisis Mod Kegagalan dan Kesan (FMEA)• Analisis Sistem Pengukuran• Kejuruteraan Nilai• Kaizen• Amalan Pengilangan yang Baik (GMP)• Pengurusan Kualiti Menyeluruh

Kursus Latihan Teknologi• Teknologi Pengilangan Termaju (CAD/CAM)• Teknologi Mesin dan Perkakas• Teknologi Bahan Termaju (Siramik, Plastik, Polimer, Komposit, Bahan Nano,

Fotonik)• Logam/NDT/Kimpalan/Faundri• Bioproses dan Kimia (Kosmetik, Bahan Pencuci, Produk Semula Jadi)• Harta Intelek• Rekabentuk Pembungkusan• Teknologi & Pengurusan Pengilangan

Program Eksekutif/Profesional DiplomaEksekutif Diploma Pengurusan Pengeluaran dan Operasi (EDPOM)Eksekutif Diploma Pengurusan Produktiviti dan Kualiti (EDPQM)Eksekutif Diploma Pengurusan Pejabat dan Kakitangan Pentadbiran (EDOFM)Profesional Diploma Pegawai Keselamatan Pekerjaan dan Pengurusan Kesihatan (PDOSH)

Program Sijil Teknikal SIRIMSijil Kejuruteraan MikropemprosesSijil Pengawal Logik Boleh Aturcara Sijil Pengurusan PengilanganSijil Elektronik DigitalSijil Teknologi Pneumatik

11

Sijil Penjaga ElektrikalSijil Penyelesaian Masalah Sistem PneumatikSijil Teknologi HidraulikSijil Penyelesaian Masalah Sistem HidraulikSijil Penyelesaian Masalah Sistem ElektrikalSijil Peningkatan Kemahiran Kimpalan

Kemudahan LatihanSTS juga diperlengkapkan dengan kemudahan dan peralatan terkini di pelbagai Pusat Teknologinya di Shah Alam, Kulim, Sepang, Bukit Jalil, Kawasan Perindustrian Rasa dan cawangan-cawangan SIRIM Berhad di seluruh negara untuk pemindahan langsung teknologi melalui perkhidmatan-perkhidmatan latihan, perundingan dan R&D.

PengiktirafanSTS diiktiraf sebagai pusat latihan yang terkenal bagi kualiti dan teknologi oleh industri tempatan. Ini jelas dilihat daripada bilangan permintaan yang diterima daripada rekod latihan. STS juga adalah sebuah pusat latihan yang berdaftar dengan PSMB dan adalah sebuah syarikat dianugerah sijil ISO 9001:2000. Menerusi SIRIM Berhad, ia juga adalah pertubuhan perdana di negara ini yang telah menyediakan perkhidmatan berkaitan kualiti dan teknologi termasuk aktiviti latihan sejak 30 tahun. Kumpulan pakar STS yang begitu besar dalam bidang teknologi kritikal telah mendapat pendedahan di dalam dan luar negara. Ia mempunyai rangkaian yang luas dan perhubungan strategik dengan pakar-pakar sumberan luar di dalam industri-industri, institusi-institusi pengajian tinggi dan pertubuhan-pertubuhan latihan lain di dalam negara dan negara-negara berteknologi maju.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Khairolbariah Ismail – Tel: 03-5544954Seksyen Pemasaran

SIRIM Training Services Sdn Bhd (448249-A)Tingkat 1, Bangunan 2, Kompleks SIRIM1, Persiaran Dato’ MenteriPeti Surat 7035, Seksyen 240911 Shah AlamSelangor Darul EhsanTel : 603 - 5544 5964/65/67/68 (Sekretariat)Faks : 603 - 55445969E-mel : [email protected] web : www.sirim.my

9. PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PULAU PINANG (PSDC)

Ditubuhkan pada 1989, Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang, adalah sebuah pusat pembangunan kemahiran perintis di Malaysia. Kini, pusat seluas 230,000 kaki persegi itu menawarkan kemudahan bertaraf dunia yang menyokong pembangunan latihan dan pembangunan sumber manusia di negara dan rantau ini.

PDSC adalah sebuah pusat latihan dan pendidikan yang tidak mencari keuntungan yang dibina di atas jalinan perkongsian tiga pihak, iaitu antara Kerjaaan, industri dan badan akademik. Perhubungan bersinerji itu telah membolehkan PSDC berkembang mengikut keperluan industri yang sering berubah dan untuk mengeluarkan pelajar dan pelatih yang relevan kepada indusri dengan pendedahan kepada piawaian antarabangsa.

12

PDSC telah dianugerahkan pembekal latihan terbaik di Malaysia sebanyak dua kali oleh Kementerian Sumber Manusia dan ia ditanda aras oleh beberapa negara sebagai institusi pembangunan sumber manusia yang unggul.

Sejajar dengan wawasannya untuk menggalakkan pembelajaran berkongsi bagi industri-industri perkilangan dan perkhidmatan supaya berdaya saing di peringkat global, PDSC terus berdedikasi untuk menyediakan program latihan yang berkualtiti dan berkemampuan kepada lepasan sekolah, graduan baru dan profesional yang bekerja.

Program Jangka Pendek

Pengurusan Perniagaan• Kemahiran Berkomunikasi dan Perhubungan• Kemahiran Kepimpinan dan Penyeliaan• Bahasa• Kemahiran Persembahan Efektif dan Penulisan Laporan• Pembangunan Diri

Teknikal• Teknologi Automasi• Penjaga AO• Program Kualiti• Proses Pengilangan• Automasi• Pemacu Cakera• Telekomunikasi

Teknologi Maklumat• AutoCAD• Reka cipta web dan pemprograman bahasa• Persijilan Profesional• Aplikasi MS Desktop

Pembinaan Pasukan• Kesedaran Berpasukan• Dinamik Berpasukan• Penyerahan Kuasa Berpasukan

Program Jangka Panjang

Kejuruteraan Gunaan• Kursus Pemesinan Asas (BMC)• Kawalan Numerik Komputer Lanjutan (ACNC)

Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat• Diploma Kejuruteraan

i. Elektronik/Elektrikii. Mekatronikiii. Telekomunikasiiv. Komputer

• Diploma Teknologi Maklumat • Teknologi Maklumat

i. Program Akademi Rangkaian CISCO (CNAP)ii. Sekutu Jaringan Bertauliah CISCO (CCNA)iii. Jurutera Sitem Bertaulaih CISCO (MCSE)

13

• Sarjana Muda Kejuruteraan• Program Sarjana

i. Sarjana Kejuruteraan dalam bidang Mikroelektronikii. Sarjana Kejuruteraan dalam bidang Fotonikiii. Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Teknologi Maklumat)iv. Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Am)

Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian (INSEP)• INSEP dalam bidang Komunikasi RF• INSEP dalam bidang Reka Bentuk Mekanikal• INSEP dalam bidang VLSI dan Reka Cipta Sistem• INSEP dalam bidang Reka Bentuk dan Pembangunan• INSEP dalam bidang Maklumat dan Teknologi Komputer• INSEP dalam bidang Pengurusan Layanan Pelanggan

Program Transformasi Teknikal Tenaga Kerja (WTTP)• WTTP – Pemesinan• WTTP – Elektronik Perindustrian• WTTP – Program Akademi Rangkaian CISCO (CNAP)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Ketua Pegawai EksekutifPusat Pembangunan Kemahiran Pulau PinangNo.1, Jalan Sultan Azlan ShahBandar Bayan Baru11909 Bayan LepasPulau PinangTel : 04-643 7909Faks : 04-643 7929Laman web : www.psdc.org.myE-mel : [email protected]

10. PUSAT PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA SELANGOR (SHRDC)

Ditubuhkan pada 14 Februari 1992, Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC) telah didirikan sebagai respon kepada seruan Kerajaan supaya diwujudkan kerjasama yang erat antara kerajaan dan sektor swasta bagi menangani bekalan tenaga kerja yang kurang serta meningkatkan kualiti dan tahap kemahiran sumber manusia di negeri Selangor. SHRDC menyahut cabaran berkenaan menerusi penyediaan strategik latihan teknikal dan teknologi dalam bentuk membina kecekapan.

Penubuhan SHRDC pada mulanya telah dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Anggota Pengasas daripada industri.

Dengan pembiayaan daripada kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Negeri itu, SHRDC telah dapat memudahcarakan latihan berasaskan peralatan berintensifkan modal dan mesin selain kemahiran lain yang diperlukan, sekali gus memenuhi keperluan tenaga kerja industri. Langkah yang diambil telah membantu mengembangkan dengan ketara bilangan tenaga kerja terlatih di negeri Selangor yang mempunyai kemahiran yang lebih tinggi dan pendedahan antarabangsa. Pada masa sama, ia telah dapat menyumbang secara langsung kepada aktiviti perindustrian dan pertumbuhan ekonomi negara.

14

Tujuan Strategik SHRDC

Berpangkalan di Shah Alam, ibu kota Negeri Selangor, SHRDC menjalinkan perkongsian pintar dengan syarikat-syarikat terkemuka dalam sektor perkilangan dan sektor-sektor teknologi lain di Malaysia bagi membantu mengenal pasti dan mempromosikan keperluan pembangunan sumber profesional yang sesuai. Ia juga berhubungan dengan institusi profesional dalam industri pendidikan vokasional dan latihan di seluruh dunia. Inisiatif itu memberikan pusat berkenaan satu kelebihan untuk membawa inovasi teknologi terkini dalam pembangunan sumber manusia bagi memenuhi permintaan untuk kemahiran yang canggih dari kalangan industri. Lagi pun, pakatan-pakatan itu membolehkan SHRDC mendapatkan akses kepada sumber intelek dan teknologi daripada kedua-dua pihak.

Program Pembelajaran dan Pengurusan SHRDC

Unit Perniagaan Strategik

SHRDC menawarkan beberapa program pembelajaran sejajar dengan dasar kerajaan untuk melatih graduan dalam kemahiran yang relevan kepada industri. Program pembelajaran itu diuruskan oleh unit-unit perniagaan strategik (SBU). SBU menjadi pemilik bagi perancangan, penganjuran, pembentukan dan pelaksanaan program pembelajaran berkenaan. Ia juga bertanggungjawab untuk memantau dan meningkatkan secara konstan kualiti, kesemasaan dan kerelevanan progam pembelajaran itu. Ia menjalankan acara pengurusan program pembelajaran itu melalui perhubungan dan perundingan dengan peneraju industri dalam bidang masing-masing, yang mana mereka sendiri akan memperakukan program sebelum dibenarkan untuk ditawarkan kepada pelajar.

SBU berkenaan diketuai oleh seorang Ketua Projek dan disokong oleh sepasukan pakar industri. Ketika ini, SBU berkenaan ialah:

Bil. Unit Perniagaan Strategik1. Teknologi Sistem Mikro2. Teknologi Pengilangan - Pengurusan Automasi Perindustrian & Kejuruteraan - Pengurusan Kejuruteraan - Teknologi Kasut - Teknologi Plastik3. Teknologi Maklumat & Komunikasi4. Kemahiran Keperluan

Kerelevanan dan Kesemasaan

Semua program pembelajaran yang ditawarkan di SHRDC adalah berasaskan kecekapan yang dibentuk melalui satu proses sistematik bagi menganalisis tanggungjawab dan tugasan pekerjaan perindustrian. Program-program itu memfokus kepada usaha membangunkan kemahiran yang sesuai, pengetahuan dan sikap, serta disampaikan oleh juru latih yang mempunyai kelayakan khusus dan pengalaman industri yang relevan, supaya dapat membina keupayaan yang diperlukan dalam diri pelajar untuk menjadikan mereka pekerja yang efektif. Tokoh industri utama dari industri masing-masing yang berkait rapat dengan pekerjaan yang disasarkan memberikan buah fikiran dan rundingan bagi mengubah dan meningkatkan secara berterusan program pembelajaran yang disediakan.

15

Selain itu, terdapat juga satu mekanisme maklum balas industri yang bertujuan untuk memadan dan memahami pembelajaran pelajar dengan keperluan prestasi pekerjaan. Sebuah sistem berterusan dibentuk untuk memperbetulkan keadaan yang tidak sepadan antara keduanya.

Persijilan Kecekapan

Program pembelajaran SHRDC adalah berasaskan kecekapam dan dijalankan mengikut prinsip berpusatkan pembelajaran pelajar. Pelajar dilatih supaya mempunyai keupayaan dan pengetahuan untuk melaksanakan tugasan dengan efisien dan efektif. Memandangkan penekanan diberikan kepada kecekapan, bentuk dan struktur program dan kursus pembelajaran mengikuti format kecekapan yang unik, yang turut mengawal pembelajaran sebenar.

Semua program pembelajaran dibangunkan dengan aktiviti penilaian yang tepat pada masa bagi pengetahuan dan kemahiran kritikal. Aktiviti penilaian dirancang, disahkan dan dijalankan mengikut prinsip dan garis panduan yang tinggi nilainya dalam persekitaran pendidikan vokasional dan latihan. Kriteria yang telah difikirkan secara rapi bagi mengukur pencapaian kecekapan pelajar akan menentukan keputusan akhir persijilan kecekapan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Pengarah EksekutifPusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC)1A, Tingkat 1, Blok 2, Pusat Perniagaan Worldwide Jalan Tinju 13/50, Seksyen 1340100 Shah AlamSelangorTel : 03-5513 3560Faks : 03-5513 3490Laman web : www.shrdc.org.myE-mel : [email protected]

11. PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INDUSTRI DAN PENGURUSAN KEDAH (KISMEC)

KISMEC, Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah telah ditubuhkan pada 1993 dengan objektif untuk melatih dan membangunkan kemahiran dan pengetahuan tenaga kerja perindustrian. KISMEC mempunyai dua pusat yang terletak di Sungai Petani dan satu lagi di Taman Teknologi Tinggi Kulim.

Dengan kerjasama SMIDEC, KISMEC menyediakan latihan teknikal percuma untuk sehingga 5 pekerja bagi PKS. PKS yang telah menggunakan kemudahan ini boleh memohon untuk mendapatkan latihan bersubsidi yang mana 80% daripada kos akan ditanggung oleh SMIDEC dan baki 20% oleh PKS yang mengambil bahagian.

Kursus ditawarkan dalam bidang:

Teknologi Plastik• Asas Proses Pengacuan Suntikan • Penetapan Keadaan Proses Pengacuan Suntikan

16

• Penyelesaian Masalah Proses Pengacuan Suntikan• Asas SPC Proses Pengacuan Suntikan• Teknik Pengacuan Suntikan Termaju• Kualiti Plastik• Rekabentuk Eksperimen Proses Pengacuan Suntikan• Asas Proses Pengacuan Tiup• Penetapan Keadaan Proses Pengacuan Tiup• Program Kemahiran Teknologi Plastik• Rekabentuk Produk Plastik & Analisis Aliran Acuan• Asas Proses Filem Tiupan• Penetapan Keadaan Proses Filem Tiupan• Penyelesaian Masalah Proses Filem Tiupan

Elektrik• Akta Elektrik dan Peraturan 1994• Pendawai Nil (PW3)• Tenaga Elektrik Asas• Penjaga Paras AO• Penjaga A4-1 & A4• Penjaga A1 Automasi Perindustrian• Pengawal Logik Boleh Aturcara (PLC)• Pengenalan kepada Pneumatik• Penyenggaraan Sistem dan Peralatan Pneumatik• Pengenalan kepada Elektro-Pneumatik• Pengawal Logik Boleh Aturcara (PLC) Peringkat Lanjutan• Pengenalan kepada Robotik Perindustrian• Memahami Proses SMT• Pengenalan kepada Mikropemproses • Mikropengawal

Elektronik dan Instrumentasi• Elektronik Perindustrian

Pengeluaran/ Pengilangan• Teknik Memateri Efektif• Memateri/ Mengerja semula PCB• Penyenggaraan Pencegahan Keseluruhan• Memahami Operasi Kastam / Perkapalan

Pengurusan Pengilangan• Pengenalan kepada Pengurusan Penyeliaan Pengilangan• Pengurusan Penyeliaan Pengilangan Termaju• Pengurusan Kilang• Pengurusan Efektif bagi Ketua Barisan• Perancangan & Kawalan Pengeluaran• Logistik dan Pengurusan Rantaian Pembekalan

Teknologi Maklumat• Penyenggaraan Perkakasan Komputer dan Penyelesaian Masalah• Aplikasi Microsoft Office• Jaringan Komputer• Penerbitan dan Reka Cipta Web• e-Dagang

17

• Pelayan Web• Adobe Illustrator – Tahap I dan Tahap II• Adobe Photoshop – Tahap I dan Tahap II

CAD & CADD• Reka Bentuk dan Lakaran Berbantukan Komputer (CADD)• CADD – Elektrik• CADD – Senibina• CADD – Mekanikal• CADD – Landskap• Pelukis Senibina – Tahap I• Pelukis Senibina – Tahap II• Profesional Pereka Autodesk

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pengarah EksekutifKISMEC - Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah 126, Jalan PKNK 1/1Kawasan Perusahaan Sungai Petani08000 Sungai PetaniKedah Darul AmanHubungi : Encik Wan Ismail Ibrahim Pengarah EksekutifTel : 04-441 4619 / 4621Faks : 04-441 4622Laman web : www.kismec.org.myE-mel : [email protected]

12. PUSAT PEMBANGUNAN TENAGA INDUSTRI JOHOR (PUSPATRI)

Pusat Pembangunan Tenaga Industri Johor (PUSPATRI) ditubuhkan pada 1993 dengan objektif menyediakan latihan teknikal berterusan dan menaik taraf tenaga kerja perindustrian. Pusat ini, yang terletak di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang yang berkembang maju, merupakan penyedia latihan diluluskan bagi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Kursus sijil jangka pendek dan panjang ditawarkan dalam bidang:• Automasi Perindustrian • Elektrik & Elektronik• Teknologi Maklumat dan Komunikasi• AUTOCAD• Keselamatan dan Kesihatan Perindustrian• Teknologi Kimpalan• Teknologi Plastik• Kawalan Numerik Komputer (CNC)• Teknologi Penyenggaraan• Pemesinan

Tempoh kursus:Kursus jangka pendek : 1 hari hingga 5 hariKursus jangka panjang : 14 hari hingga 12 bulan

18

Kemudahan-kemudahan:Industri-industri kecil dan sederhana (IKS) hanya perlu membayar 50% daripada yuran kursus manakala baki 50% akan dibiayai SMIDEC. IKS yang mencarum kepada PSMB adalah layak mendapat bayaran balik sebanyak 50% lagi yuran kursus daripada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Pembangunan Tenaga Industri Johor (PUSPATRI)PLO 2, Jalan Perak 4Kawasan Perindustrian Pasir Gudang81700 Pasir GudangJohorTel : 07-252 1606 / 08Faks : 07-252 1722Laman web : puspatri.netsdc.org E-mel : [email protected]

13. GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE (GMI)

German-Malaysian Institute (GMI) adalah sebuah projek usaha sama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jerman. Ia merupakan pusat latihan kemahiran lanjutan dalam bidang Teknologi Pengeluaran dan Elektronik Perindustrian.

ProgramTumpuan utama institut ini adalah terhadap program diploma sepenuh masa selama tiga tahun.

Program diploma sepenuh masa: Teknologi Pengeluaran• Diploma Teknologi Perkakas dan Dai• Diploma Teknologi Acuan• Diploma Teknologi Pengilangan Elektronik Perindustrian• Diploma Elektronik & Teknologi Maklumat• Diploma Mekatronik• Diploma Proses Instrumentasi & Kawalan

GMI juga menawarkan Program Persediaan A-Level Jerman (GAPP) bagi menyediakan pelajar-pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di ‘Fachhochschules’ Jerman (Universiti Sains Gunaan).

Kursus Jangka PendekDi samping program diploma, GMI juga menjalankan kursus-kursus jangka pendek bagi tempoh antara 3 hari hingga 5 minggu. Ini merupakan modul-modul tertentu yang diceduk daripada program sepenuh masa. Kursus-kursus mengikut keperluan atau tempahan khas boleh juga dianjurkan untuk memenuhi keperluan sesuatu industri tertentu. Sesetengah kursus boleh juga dijalankan di tempat pelanggan.

GMI mendapat geran daripada Majlis Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) bagi menjalankan kursus-kursus untuk IKS dengan diskaun 50%. Kebanyakan kursus jangka pendek turut mendapat kelulusan di bawah skim latihan PMSB.

19

Kursus biasa yang ditawarkan oleh GMI adalah seperti berikut:• Kisaran & Putaran Kawalan Numerik Komputer (CNC)• Reka Bentuk Berbantukan Komputer (CAD) & Mesin Berbantukan Komputer

(CAM)• Pencanaian Permukaan & Pencanaian Silinder• Pemesinan Discas Elektrik (EDM & Pemotongan Wayar)• Jaminan Kualiti (Metrologi & Mesin Pengukur Kordinat)• Komunikasi Teknikal & Penulisan Laporan• Pneumatik, Elektro Pneumatik & Hidraulik• Pengawal Logik Boleh Aturcara• Mikropemproses & Mirkopengawal• Kawalan Proses & Instrumentasi• Penyelesaian Masalah Elektrik/ Elektronik.

Sistem Dwi Latihan Nasional (NDTS)GMI juga terbabit dalam projek NDTS yang diterajui oleh Kementerian Tenaga Manusia dengan menyediakan latihan berikut:

• Latihan Guru-Guru Teknikal Dalam Perkhidmatan• Latihan Pengajar atau Jurulatih dari Industri• Analisis Proses Kerja• Pembelajaran Berorientasikan Tindakan.

Projek PerindustrianGMI menjalankan projek-projek perindustrian yang dilantik oleh industri atas dasar komersial. Sebuah kumpulan industri khusus telah ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan sedemikian. Projek-projek itu terdiri daripada reka bentuk lengkap, fabrikasi dan ujian sistem-sistem berautomasi hingga pemesinan bahagian.

PerundinganGMI juga menawarkan perkhidmatan perundingan dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT).

Pengambilan dan penajaan pelajarGMI menjalankan program-program bagi syarikat-syarikat mengambil bekerja para graduan GMI. Ia juga cuba memperoleh penajaan daripada syarikat-syarikat bagi para pelajar yang mengikuti kursus Diplomanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

German-Malaysian InstituteNo. 119, Jalan 7/91, Taman Shamelin PerkasaBatu 3 1/2 Cheras56100 Kuala LumpurTel : 03-9286 1706 / 9282 2624 (talian langsung)Faks : 03-9286 1707Laman web : www.gmi.edu.myE-mel : [email protected]

20

14. UNIVERSITI KUALA LUMPUR – MALAYSIA FRANCE INSTITUTE (UniKL-MFI)

Universiti Kuala Lumpur – Malaysia France Institute (dahulunya dikenali Malaysia France Institute) adalah salah sebuah kampus cawangan tersenarai di bawah Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Asalnya, ia telah ditubuhkan pada 1995 sebagai projek kerjasama antara Malaysia dan Perancis.

UniKL-MFI adalah sebuah institusi latihan teknikal lanjutan di bawah MARA yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pelbagai industri, terutamanya dalam bidang Teknologi Kejuruteraan seperti Automasi, Elektrik, Penyamanan Udara serta Pengurusan Perindustrian. UniKL-MFI disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Kampus utama terletak secara strategik di Bandar Baru Bangi, Selangor, sebuah bandar industri/ilmiah yang pesat membangun, kira-kira 25 km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur dan hanya 40 minit dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bidang Kepakaran / Program DitawarkanUniKL-MFI menawarkan kedua-dua program diploma dan ijazah.

Profesional Diploma Teknologi meliputi bidang-bidang berikut: • Teknologi Sistem Berautomasi & Penyenggaraan • Teknologi Elektrik & Pemasangan Peralatan • Teknologi Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan • Teknologi Pembinaan dan Penyenggaraan Mesin • Teknologi Fabrikasi Logam• Teknologi Kimpalan• Teknologi Penyenggaraan Automotif • Teknologi Komputer & Jaringan

Melalui perkongsian bersama dengan institusi-institusi pengajian tinggi di Perancis, UniKL-MFI juga menawarkan ijazah sarjana muda teknologi dalam bidang-bidang berikut:

• Teknologi Automosi Perindustrian & Robotik• Teknologi Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan• Mekatronik

UniKL-MFI, melalui Pusat Perkhidmatan dan Pemasaran Perindustrian (CISMA), menyediakan pelbagai perkhidmatan perundingan. CISMA juga menjalankan latihan jangka pendek dan tempahan khas yang disusun untuk keperluan spesifik industri dan juga untuk agensi-agensi Kerajaan. Antara latihan yang ditawarkan adalah dalam bidang-bidang:

• Elektrik/ Elektronik Perindustrian• Penyamanan udara dan Penyejukbekuan• Automosi & Robotik• Penyenggaraan Automotif• Pneumatik & Hydraulik• Pemeriksaan Kimpalan & Loji• Fabrikasi Logam• Jaringan Komputer• Pengurusan & Penyeliaan• Mekanikal & Metrologi• Bahasa & Komunikasi

21

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Universiti Kuala Lumpur – Malaysia France InstituteSeksyen 14, Jalan Teras Jernang43650 Bandar Baru BangiSelangorTel : 03-8926 2022 / 8926 2614Faks : 03-8925 8845/ 8926 2699Laman web : www.mfi.edu.myE-mel : [email protected]

15. UNIVERSITI KUALA LUMPUR – BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE (UniKL-BMI)

Universiti Kuala Lumpur – British Malaysian Institute (UniKL-BMI) ditubuhkan untuk mewujudkan sebuah universiti perdana bertaraf antarabangsa di Malaysia untuk memenuhi keperluan sumber manusia industri teknologi tinggi. Ia disokong penuh oleh syarikat multinasional UK seperti BAE Systems, British Airways, Rolls Royce, Bank Standard Chartered dan Malayan Cement.

Program Diploma Teknologi Kejuruteraan (DET) ditawarkan dalam bidang-bidang berikut:- Kejuruteraan Elektronik- Kejuruteraan Elektrik- Kejuruteraan Elektronik Perubatan- Kejuruteraan Telekomunikasi- Kejuruteraan dan Pengkomputeran

Program Sarjana Muda Teknologi ditawarkan dalam bidang-bidang berikut:- Kejuruteraan Elektrik- Kejuruteraan Elektronik

Tempoh Kursus : 3 - 4 tahun

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

UniKL-British Malaysian Institute Batu 8, Jalan Sungai Pusu53100 GombakSelangor Darul EhsanTel : 03-6184 1000Faks : 03-6184 4040Laman web : www.bmi.edu.myE-mel : [email protected]

16. UNIVERSITI KUALA LUMPUR – MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE (UniKL-MSI)

Universiti Kuala Lumpur- Malaysian Spanish Institute (UniKL-MSI) adalah sebuah kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Sepanyol. Sebuah projek yang dimajukan oleh MARA, UniKL-MSI ditubuhkan sebagai institut teknikal lanjutan yang menyediakan kursus dalam bidang teknologi pengilangan automotif. UniKL-MSI memulakan operasi di kampus sementaranya di Taman Teknologi Tinggi Kulim pada Ogos 2002 dan berpindah

22

ke kampus utamanya yang dibina di kawasan seluas kira-kira 39.27 ekar di Taman Hi-tech Kulim, Kedah, pada Disember 2003. UniKL-MSI ditubuhkan sebagai respon kepada permintaan industri yang semakin berkembang pesat dan untuk menyerapkan teknologi termaju dalam Kejuruteraan Automotif.

Kursus diploma ditawarkan dalam bidang:• Reka bentuk dan Pembangunan Mekanikal• Pengilangan Acuan• Pengeluaran• Peraturan dan Kawalan Berautomasi • Pemasangan dan Penyenggaraan Elektromekanikal

Tempoh kursus : 3 tahun

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

PengurusUniversiti Kuala Lumpur – Malaysian Spanish InstituteTaman Teknologi Tinggi Kulim09000 KulimKedah.Tel : 04-403 5199 / 5200Faks : 04-403 5201Laman web : www.unikl.edu.myE-mel : [email protected]

17. INSTITUT FMM

Institut FMM adalah sebuah penyedia latihan diluluskan Lembaga Pembangunan Sumber Manusia dan sebuah institusi pengajian tinggi swasta diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Dengan status demikian, Institut FMM menjalankan program-program Diploma dan Ijazah yang diluluskan oleh Lembaga Akreditasi Negara.

Institut FMM juga menawarkan pelbagai program latihan untuk memenuhi keperluan meluas sektor perkilangan dan perkhidmatan. Program-program pembangunan profesional yang berterusan dalam bidang logistik, pengilangan, sumber manusia, keselamatan dan kesihatan, pengurusan teknikal dan kualiti, menyediakan peluang kepada mereka yang bekerja untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan untuk memperbaiki diri mereka dari segi profesional serta kemajuan diri.

Kursus Kelayakan yang Ditawarkan:• Diploma Pengurusan Pengilangan• Diploma Pengurusan Logistik• Diploma Sumber Manusia dan Perhubungan Perusahaan• Diploma Pengurusan Perniagaan• Sarjana Muda Pengurusan (Pengurusan Operasi)• Sarjana Muda Sains (Kepujian) Logistik

Program Persijilan yang Ditawarkan• Persijilan Tali Pinggang Hitan Enam Sigma FMM (ASQ) • Jurutera Kualiti Bertauliah FMM (ASQ) • Pengurus Kualiti Bertauliah/ Kecemerlangan Organisasi FMM (ASQ)• Sijil Penjaga Elektrik AQ/A4• Sijil Pendawai PW1/ PW3

23

• Sijil Jurudandang • Sijil Jurutera Wap• Sijil Pengurusan Logistik• Sijil Pengurusan Stor dan Gudang

Program Latihan Korporat yang Ditawarkan: • Operasi dan Logistik• Pembangunan Pengurusan dan Prestasi• Kemahiran Penyeliaan dan Motivasi• Keselamatan Perindustrian• Kejuruteraan & Penyenggaraan• Sistem dan Jaminan Kualiti• Jualan dan Pemasaran• Pengurusan Kewangan• Sumber Manusia dan Perhubungan Perusahaan• Teknologi Maklumat & Komunikasi• Teknikal• Pengurusan Eksport• Komunikasi• Pembangunan Perkeranian Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pengurus KananInstitut FMMWisma FMM, No.3, Persiaran Dagang, PJU 9Bandar Sri Damansara52200 Kuala LumpurTel : 03- 6276 1211Faks : 03- 6277 6712Laman web : www.fmm.edu.myE-mel : [email protected]

24

Nota

LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (MIDA)Blok 4, Plaza Sentral

Jalan Stesen Sentral 5Kuala Lumpur Sentral

50470 Kuala Lumpur, MalaysiaTel: 03 2267 3633

Faks: 03 2274 7970Laman web: www.mida.gov.myE-mel: [email protected]

Julai 2007