pandu puteri dewasa

7
Pandu Puteri Dewasa Pandu Puteri Dewasa terdiri daripada ahli dewasa yang berumur 18 tahun ke atas. Pasukan Pandu Puteri Dewasa beroperasi di taman perumahan, tempat kerja, daerah, cawangan dan kebangsaan. Semua pemimpin dan pesuruhjaya adalah termasuk dalam kategori Pandu Puteri Dewasa. Pemimpin ialah ahli dewasa yang layak memimpin Pasukan Pandu Puteri Tunas, PasukanPandu Puteri Remaja , Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet, Pasukan Pandu Puteri Siswi, atau Pasukan Pandu Puteri Dewasa. Terdapat dua cara untuk mendapat kelayakan tersebut: 1. Individu dewasa yang pernah mengikuti Program Pandu Puteri Kadet atau Program Pandu Puteri Siswi. Individu ini boleh mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet atau Pasukan Pandu Puteri Siswi yang ditugaskan tanpa menghadiri KursusPemimpin Baru. Pemakaian lencana Pandu Puteri Kadet / Pandu Puteri Siswi ditukar dengan lencana pelantikan pemimpin. 2. Individu dewasa yang tidak pernah mengikuti Program Pandu Puteri Kadet atau Program Pandu Puteri Siswi tetapi berminat atau dilantik sebagai penasihat oleh pihak tertentu untuk mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet atau Pasukan Pandu Puteri Siswi. Syarat kelayakan: Perlu hadir Kursus Pemimpin Baru dan dilantik sebagai Pemimpin Tidak Berwaran oleh Pesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Pemimpin Berwaran digalakkan mengikuti Kursus Lanjutan supaya lulus Kelas Satu dan boleh menguji Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer Kelas Satu sehingga ke peringkat Pandu Puteri Raja. Pesuruhjaya ialah Pemimpin Berwaran yang mentadbir, mengurus dan mengelolakan aktiviti Pandu Puteri di peringkat Kebangsaan, Cawangan dan Daerah. Seseorang Pemimpin Berwaran boleh dipilih dan dilantik sebagai Pesuruhjaya untuk jawatan tertentu oleh Pesuruhjaya Daerah, Ketua Pesuruhjaya Cawangan, atau Ketua PesuruhjayaMalaysia . Pelantikan ini hendaklah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Malaysia. KURSUS PEMIMPIN BARU Kursus Pemimpin Baru membolehkan Pemimpin: 1. Menghayati dan mengamalkan Dasar Pertubuhan dan Undang- Undang, Persetiaan, Undang-Undang Pandu Puteri, Cogan Kata,

Upload: miera-zameri

Post on 16-Nov-2015

83 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Pandu Puteri Dewasa

Pandu Puteri Dewasa terdiri daripada ahli dewasa yang berumur 18 tahun ke atas. Pasukan Pandu Puteri Dewasa beroperasi di taman perumahan, tempat kerja, daerah, cawangan dan kebangsaan. Semua pemimpin danpesuruhjayaadalah termasuk dalam kategori Pandu Puteri Dewasa.

Pemimpin ialah ahli dewasa yang layak memimpin Pasukan Pandu Puteri Tunas, PasukanPandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet, Pasukan Pandu Puteri Siswi, atau Pasukan Pandu Puteri Dewasa.

Terdapat dua cara untuk mendapat kelayakan tersebut:1. Individu dewasayang pernahmengikuti Program Pandu Puteri Kadet atau Program Pandu Puteri Siswi. Individuiniboleh mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet atau Pasukan Pandu Puteri Siswi yang ditugaskantanpamenghadiriKursusPemimpin Baru. Pemakaian lencana Pandu Puteri Kadet / Pandu Puteri Siswi ditukar dengan lencana pelantikan pemimpin.2. Individu dewasa yangtidak pernahmengikuti Program Pandu Puteri Kadet atau Program Pandu Puteri Siswi tetapi berminat atau dilantik sebagai penasihat oleh pihak tertentu untuk mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet atau Pasukan Pandu Puteri Siswi.Syarat kelayakan: Perlu hadir Kursus Pemimpin Baru dan dilantik sebagai Pemimpin Tidak Berwaran oleh Pesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Cawangan.Pemimpin Berwaran digalakkan mengikuti Kursus Lanjutan supaya lulus Kelas Satu dan boleh menguji Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer Kelas Satu sehingga ke peringkat Pandu Puteri Raja.

Pesuruhjaya ialah Pemimpin Berwaran yang mentadbir, mengurus dan mengelolakanaktivitiPandu Puteri di peringkat Kebangsaan, Cawangan dan Daerah.

Seseorang Pemimpin Berwaran boleh dipilih dan dilantik sebagai Pesuruhjaya untuk jawatan tertentu oleh Pesuruhjaya Daerah, Ketua Pesuruhjaya Cawangan, atau Ketua PesuruhjayaMalaysia. Pelantikan ini hendaklah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Malaysia.

KURSUS PEMIMPIN BARUKursus Pemimpin Baru membolehkan Pemimpin:1. Menghayati dan mengamalkan Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang, Persetiaan, Undang-Undang Pandu Puteri, Cogan Kata, Isyarat, Hormat, Berjabat Tangan, Lambang, Panji-Panji dan Khidmat.2. MengetahuisejarahPandu Puteri di peringkat daerah, negeri, kebangsaan danantarabangsa.3. Mengenal pasti cara mematikan hujung tali serta membuat dan menggunakan simpulan dan ikatan seperti yang berikut: lilit manuk simpul bungkusan buku sila lilit balak bunga geti tambat seraya tambat serong tambat kacang lilit dua simpul tambat pemukat tambat silang gunting4. Mengetahui cara menaikkan dan menurunkan panji-panji, menggunakan isyarat wisel serta isyarat tangan.5. Mengendalikan istiadat Pandu Puteri termasuk Istiadat Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer.6. Memahami makna dan boleh menggunakan tanda-tanda mengesan7. Menghayati dan boleh menyanyikanLaguKebangsaan, Lagu Negeri serta lagu-lagu Pandu Puteri seperti Lagu Dunia, Taps dan LaguRantau Asia Pasifik8. Menyalakanapidengan dua batang mancis untuk menjerangairatau memasak.9. Berjalankakisejauh tujuh (7) kilo meter sambil mengkaji 12 jenis benda hidup (enam haiwan dan enam tumbuh-tumbuhan) dan menyediakan Buku Skrap yang berkaitan.10. Menghayati konsep kekeluargaan dan perkembangan emosi, intelek,sosialdan fizikal remaja.11. Berkhemah sekurang-kurangnya satu hujung minggu.

KURSUS PRA WARANKursus Pra Waran membolehkan Pemimpin mengurus dan mengendalikan Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri di setiap peringkat.

Kursus Pra Waran terdiri daripada tigabahagian: Perancangan, PengurusanPasukan, Pertolongan Cemas.Setelah menghadiri Kursus Pra Waran, Pemimpin berupaya: Mendampingi satu Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa sekurang-kurangnya satu bulan. Merancang program perjumpaan mingguan untuk selama tiga bulan. Mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa sendiri, tidak kurang daripada tiga bulan dan menghantar permohonan untuk penyeliaan oleh Pesuruhjaya Daerah. Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas persendirian dan mengetahui penggunaan bahan-bahan yang ada di dalamnya. Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan denyutan nadi untuk tindakan dan rawatan selanjutnya. Memberi pertolongan cemas dan bertindak apabila menghadapi keadaan tertentu seperti:- luka- terseliuh" muntah-muntah" terbakar" melecur" perut masuk angin" sengatan serangga" sawan" tidak sedar diri.

KURSUS LANJUTANKursus Lanjutan membolehkan Pemimpin:1. Merancang dan mengelolakan projek khidmat untuk Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa2. Merancang pengembaraan (pioneering) dan menyediakan gejet berkaitan.3. Memahami Skim Berdikari dalam Program Pandu Puteri Renjer untuk pemupukansistemnilai hidup ahli-ahli yang dipimpinnya.4. Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Program Pandu Puteri sehingga Kelas Satu.5. Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Skim Lencana Kecekapan.6. Menyediakan diri untuk layak mengambil UjianMutiaraII dan Mutiara III.PERKHEMAHANPerkhemahan Pandu Puteri dikendalikan oleh Pemimpin Berwaran yang mempunyai kelayakan perkhemahan. Pemimpin Berwaran yang sedang berusaha memperoleh kelayakan perkhemahan boleh membawa ahli-ahlinya berkhemah denganbantuanJurulatih atau pemegang Lesen Perkhemahan. Kelayakan Perkhemahan adalah seperti yang berikut:

I. Permit PerkhemahanPermit Perkhemahan membolehkan Pemimpin berkhemah bersama-sama ahlinya dalam satu kumpulan kecil. Had laku permit ini ialah dua tahun sahaja. Pemimpin boleh mendapatkan Permit Perkhemahan dengan mengadakan satu perkhemahan ujian selama tiga hari dua malam, yang disertai oleh tidak melebihi daripada 18 orang ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer. Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih atau seorang pemegang Lesen Perkhemahan.II. Lesen PerkhemahanLesen Perkhemahan membolehkan Pemimpin mengadakan perkhemahan untuk ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang dipimpinnya, serta membawa mereka menghadiri perkhemahan peringkat daerah,negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pemimpin boleh mendapatkan Lesen Perkhemahan dengan mengadakan Perkhemahan Ujian selama tiga hari dua malam, yang dihadiri oleh 36 orang ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer. Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih.

SYARAT MENDAPATKAN WARAN PEMIMPINUntuk dianugerahkan Waran Pemimpin, seseorang Pemimpin:14. Telah membaca sekurang-kurangnya dua buah buku Pandu Puteri untuk menghayati pergerakan Pandu Puteri.15. Telah menghadiri Kursus Pra Waran dan memahami prinsip Pandu Puteri untuk mengendalikan Pasukan.16. Mengetahui cara mengendalikan Mesyuarat Pow-Wow, Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan dan Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Renjer.17. Mengetahui dan boleh menjalankanPermainanPandu Puteri dalam Program Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa, khasnya, Permainan Kim dan Permainan Luas.18. Menyimpan rekod Pasukan seperti:6.5.1 Sijil Pendaftaran Pasukan6.5.2 Buku Kedatangan Ahli6.5.3 Buku Stok6.5.4 Buku Akaun6.5.5 Buku Aktiviti6.5.6 Buku Rekod Kemajuan Ahli6.5.7 Buku Program/Perancangan6.5.8 Buku log Pasukan6.5.9 Buku Minit Mesyuarat Pasukan6.5.10 Fail penyertaan latihan/kursus yang dihadiri di peringkat Sekolah, Daerah, Negeri atau Kebangsaan6.5.11 Fail surat menyurat6.5.12 Fail Mesyuarat Daerah19. Menyimpan Buku Log Peribadi sendiri20. Mengendalikan Perjumpaan Mingguan dan menjalankan Istiadat Pelantikan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa, diselia oleh Pesuruhjaya Daerah.21. Telah diselia oleh Pesuruhjaya Daerah setelah beliau menerima permohonan yang berkenaan.22. Telah menghadiri Mesyuarat Pemimpin Peringkat Daerah sekurang-kurangnya sekali

WARAN23. Waran ialah tanda pengesahan pelantikan kepada sesuatu jawatan dalam Pandu Puteri.24. Waran diberikan kepada seseorang Pemimpin setelah ia24. mengikuti Kursus Pra-Waran24. menjalankan tugas sebagai Pemimpin Pasukan sekurang-kurangnya selama tiga bulan24. diselia oleh Pesuruhjaya Daerah25. Waran yang dikeluarkan untuk sesuatu jawatan khusus tidak boleh ditukar kepada jawatan lain.26. Apabila tamat tempoh pelantikan sesuatu jawatan, waran berkenaan tidak perlu dikembalikan ke Ibu Pejabat Kebangsaan.27. Pesuruhjaya Daerah bertanggungjawab menghubungi pihak sekolah atau institusi dan mendapatkan nama Pemimpin yang ditugaskan memimpin Pasukan. Ini adalah untuk memastikan kategori Pemimpin berkenaan. Seterusnya Pesuruhjaya Daerah perlu mengambil tindakan dengan melantik atau membuat permohonan mengeluarkan waran.28. Permohonan untuk Waran baru akan dihantarkan kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan bagi pelantikan baru setelah Pesuruhjaya Daerah berpuas hati bahawa semua syarat pelantikan telah dipenuhi.29. Waran ialah milik Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Persatuan berhak menarik balik atau membatalkan waran tanpa memberi alasan.30. Seorang Pemimpin Berwaran yang telah ditukarkan sekolah atau tempat kerja, tidak perlu mengembalikan waran tersebut tetapi perlu memohon waran baru semula daripada Pesuruhjaya Daerah.

SKIM MUTIARASkim Mutiara disediakan sebagai galakan kepada Pemimpin Berwaran yang berpotensi dan berminat mencorakkan masa depannya dalam Persatuan Pandu Puteri.

Mutiara IPemimpin Berwaran boleh memperoleh Mutiara I setelah ia menunjukkan bukti bahawa ia: Mempunyai Waran Pemimpin dan mengendalikan Pasukan sendiri tidak kurang daripada enam bulan; Mengetahui cara-cara menggunakan peta serta kompas; dan, Telah mengambil bahagian dalam acara Perkhemahan Pandu Puteri sebagai Pegawai atau Penolong Pegawai Perkhemahan dan boleh menggunakan pengetahuan kraf kem, terutama kraf kayu.Mutiara IIPemimpin Berwaran boleh memperoleh Mutiara II setelah ia menunjukkan bukti bahawa ia melayakkan diri sebagai: Pemegang Sijil Juru Pertolongan Cemas; Pemegang Sijil Jurumasak; dan Pemegang Lesen Perkhemahan dan sedang berusaha sebagai Bakal Jurulatih Ahli yang aktif dalam sesebuah Jawatankuasa peringkat Daerah, atau Cawangan, atau Kebangsaan. Telah menghadiri sekurang-kurangnya satu acara Pandu Puteri seperti kursus, latihan, perkhemahan, seminar atau persidangan peringkat Daerah atau Cawangan.Mutiara IIIPemimpin Berwaran boleh memperoleh Mutiara III setelah ia menunjukkan bukti bahawa ia: Pemegang Sijil Jurulatih; Telah melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu acara Pandu Puteri peringkat kebangsaan, seperti kursus, latihan, perkhemahan, seminar atau persidangan. Telah menyertai sekurang-kurangnya satu acara Pandu Puteri peringkat antarabangsa, seperti kursus, latihan, perkhemahan, seminar atau persidangan; Memegang jawatan penting, umpamanya Pesuruhjaya, dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat Daerah atau Cawangan atau Kebangsaan Telah mengambil bahagian dalam sesuatu skim kelayakan atau telah menerimaanugerahanjuran Jawatankuasa Rantau Asia Pasifik atau WAGGGS yang berkuat kuasa dalam tempoh masa tertentu.

Pakaian Pandu Puteri Dewasa: Kebaya / Kurung Biru (Rasmi) Blaus Hijau Muda berlogo dan Seluar Panjang Biru (Aktiviti Luar / Perjalanan) Flashes Bahu Penampang Lencana Dunia Lencana Pelantikan Lencana Waran / Lencana Lain Tag Nama Tudung Batik PPPM (untuk yang beragama Islam) dan Klip Tudung Stoking hitam Kasut hitam