pandu arah kembara.docx

13
59 Pandu Arah Kembara 1.0 PENGENALAN Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri. Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang.  Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin. 2.0 JENIS-JENIS ORIENTEERING Terdapat empat kaedah orienteerin g dijalankan mengiku t k etetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering) Orienteering Bermarkah (Score Orienteering ) Orienteering Jalanraya (Street Orienteering) Orienteering Bukit (Mountain Orienteering) Orienteering Malam (Night Orienteerin g) Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)

Upload: ghost

Post on 14-Apr-2018

634 views

Category:

Documents


30 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pandu Arah Kembara.docx

7/27/2019 Pandu Arah Kembara.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pandu-arah-kembaradocx 1/13

59

Pandu Arah Kembara

1.0 PENGENALAN

Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik

pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakankemahiran membaca peta dan kompas.

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara

koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah

dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan

berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan

diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh

diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu

arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai

bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan

ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan

panduan angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan

pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada

keadaan cuaca dan hari yang terang.

 Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari

timur ke barat pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat

menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke

kuala/laut yang selalunya ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin.

2.0 JENIS-JENIS ORIENTEERING

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan

Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara

ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah

Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)

Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)

Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)

Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)

Orienteering Malam (Night Orienteering)

Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)

Page 2: Pandu Arah Kembara.docx

7/27/2019 Pandu Arah Kembara.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pandu-arah-kembaradocx 2/13

60

2.1 Kebaikan sukan orienteering

Sukan untuk semua

Meningkatkan kecergasan fizikal

Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan

Memberi cabaran & keseronokan

Membina sikap positif & keyakinan diri

Menggunakan persekitaran yang sihat

Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas

Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas

3.0 TERMINOLOGI DAN ALATAN

Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan alatan yang digunakan

bagi menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti

berikut:

1. Titik kawalan (Control point)

Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu

dilawati oleh peserta.

Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang

 jelas.

  Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.

2. Penanda kawalan (Control marker)

Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.

Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan

putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan

10m).

Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang

unik.

Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No.

Kod Kawalan.

3. Kad kawalan (Control card)

Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika

menyertai acarasebagai bahan bukti atau pengesahan.• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start

Page 3: Pandu Arah Kembara.docx

7/27/2019 Pandu Arah Kembara.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pandu-arah-kembaradocx 3/13

61

time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik

kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan

penamat untuk dicatatkan masa penamat.

4. Peta utama (Master map)

Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan

keterangan kawalan.

Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.

5. Keterangan kawalan (Control description)

Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan

berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod

kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.

  Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk „teks‟

tetapi dalam bentuk kod/gambarajah.

6. Landasan (Course)

Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan

ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis

diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. Tanda yang berkenaan landasan adalah

Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.

Titik kawalan dengan tanda bulatan.

Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.

  „Leg‟ adalah perjalanan diantar a 2 titik kawalan

7. Kompas (Compass)

Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.

Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

4.0 PENGETAHUAN ASAS

Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah dan

betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan dengannya,

iaitu:

i. Teknik membaca peta

Page 4: Pandu Arah Kembara.docx

7/27/2019 Pandu Arah Kembara.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pandu-arah-kembaradocx 4/13

62

ii. Teknik membaca kompas

iii. Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

4.1 Teknik Membaca PetaTopo

Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah

kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan

berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod

warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa

bumi kawasan berkenaan.

Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas

peta kepada maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran

yang dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang

menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman, bangunan, jalanraya,

sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan untuk

aktiviti orienteering ialah peta topographi.

4.2 Jenis-jenis peta

Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan dalam aktiviti orienteering.

 Antara peta-pta yang diterbitkan ialah peta topo, peta panduan jalanraya, peta

khusus, atlas, peta imejan satelit dan peta orienteering. Peta-peta ini menunjukan

tempat dan bearing tempat yang hendak ditujui. Peta yang sesuai digunakan ialah

peta orienteering. Kandungan dalam peta orienteering ialah mempunyai tajuk peta,

 Arah Utara Mempunyai skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000,petunjuk peta,

garisan melaras utara-selatan, Kredit  – kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja

dan sebagainya.

4.3 Warna-warna dalam peta

Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut

adalah :-

Hitam- ciri-ciri buatan manusia & batu

Perang - kontor & jalanraya

Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka

Page 5: Pandu Arah Kembara.docx

7/27/2019 Pandu Arah Kembara.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pandu-arah-kembaradocx 5/13

63

Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari

Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah

Biru - kawasan berlaut

4.4 Bentuk muka bumi

Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang

samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah :

Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar 

Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit

Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang

Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit

Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)

4.5 Maklumat Peta

Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada dua iaitu:

i. Maklumat bingkai - iaitu maklumat yang terdapat di luar dari gambar peta

seperti gambarajah 1 dibawah

ii. Maklumat gambar peta - iaitu maklumat yang menerangkan gambaran

sebenar keadaan muka bumi dan kegunaan tanah.

4.5.1 Maklumat gambar peta

Dalam aktiviti pandu arah maklumat yang amat penting untuk diketahui dan

difahami ialah penafsiran garisan kontur yang menggambarkan keadaan rupa bumi

sesuatu kawasan sama ada berbukit, permatang, lurah, tanah rata, ataupun sungai.

Keadaan rupa bumi diterangkan dengan garisan kontur di mana jarak kenaikan

antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya sama ada 25 kaki, 50 kaki atau

100 kaki. lanya menggambarkan kenaikan ketinggian mengikut jarak menegak dan

bukan mengikut cerun atau lereng bukit. Selain menggambarkan ketinggian, kontur 

 juga menggambarkan bentuk dan keadaan cerun. Jika keadaan kontur rapat-rapat,

ini berertibahawa cerun adalah curam.

Jika jarak antara garisan kontur sama, maka ia menggambarkan cerun yang

seragam. Selalunya garis kontur berbentuk "V" menunjukkan lurah dan "U"

menunjukkan permatang. Arah "V" selalunya menuju ke atas bukit. Keadaan ini

boleh diterangkan seperti di gambarajah 3.

Page 6: Pandu Arah Kembara.docx

7/27/2019 Pandu Arah Kembara.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pandu-arah-kembaradocx 6/13

64

4.5.2 Skala

Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan yang

sama di atas tanah. Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan di antara jarak di atas

peta dengan jarak di permukaan bumi yang sebenarnya yang ditunjukkan oleh skalapeta itu. Contohnya skala peta 1 : 50,000 bermaksud setiap satu unit sukatan di atas

peta mempunyai persamaan jarak 50,000 kali pembesaran di atas tanah seperti 1

em di atas peta bersamaan dengan 50,000 em (5 km) di atas tanah.

4.5.3 Garisan Grid

Semua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan peta itu

dengan garis-garis melintang dan membujur. Tiap-tiap garisan melintang (Utara) dan

membujur (Timuran) mempunyai nilai masing-masing yang diwakili oleh dua angka

sahaja. Angka yang terkecil ialah 00 sementara yang terbesar ialah 99. Garisan girid

ini dibuat bagi membantu kita menentukan dengan cepat dan tepat lokasi di mana

kita berada. Pembacaan garisan grid ini dibuat dengan menyebut angka timuran

dahulu dan diikuti dengan angka utara contohnya 98-99 garis bujur (timuran) dan 48-

49 garis lintang (utara).

4.5.4 Utara peta

Dalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta adalah merupakan arah

magnetik utara yang ditunjukkan oleh kornpas. Untuk mendapat arah utara atas peta

seseorang itu hanya diperlukan meletakkan kompas di atas peta sehingga jarum

magnetik utaranya selari dengan tanda utara di dalam peta tersebut.

5.0 Mengukur Jarak

Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh diukur dengan menggunakan

kayu pembaris ,manakala jarak berliku menggunakan benang . Jarak yang diperolehi

ditukarkan dengan skala yang terdapat pada peta untuk mendapat jarak sebenar.

5.1 Kompas

Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic

merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia

merupakan alat bantu dalam sukan orienteering. Kompas digunakan bagi

menentukan arah sesuatu tempat sama ada di atas peta atau di permukaan bumi.

Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yangmudah dipengaruhi keadaan sekeliling terutama badan besi dan magnet. Dua jenis

Page 7: Pandu Arah Kembara.docx

7/27/2019 Pandu Arah Kembara.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pandu-arah-kembaradocx 7/13

65

kompas yang selalu digunakan ialah kompas prismatik dan kompas silva. Kompas

dari jenis silva adalah yang paling sesuai untuk digunakan di dalam aktiviti

orienteering.

5.1.1 Jenis kompas

Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan

navigasi. Antaranya adalah Kompas Tentera, Kompas Orienteering, Kompas Marin,

Kompas Kiblat, Kompas Digital. Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai

bentuk dan jenama antaranya baseplate compass, thumb compass dan clip compass.

Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal. Dua jenama yang popular adalah

Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden

5.2 Mengukur, bearing di atas peta

Pengukuran bearing dari satu titik kawalan ke titik kawalan yang lain yang

ditandakan di atas peta boleh dibuat melalui beberapa peringkat contohnya di antara

titik K dan titik L.

a) Letakkan kompas di atas garis penghubung diantara titik K dan titik L yang ditanda

di peta. Jika garisan penghubung sukar dilihat kerana dilindungi oleh kompas,

aturkan supaya satu daripada bahagian tepi kornpas selari dengan garisan

penghubung K dan L. Pastikan anak panah mara menghala ke arah titik yang

hendak dicari bearing. Dalam contoh ini titik yang bearingnya hendak dicari ialah L.

Oleh itu anak panah mara hendaklah menghala ke L dan bukan ke K.

b) Tanpa mengubah kedudukan kompas di atas peta, pusingkan dial sehingga anak

panah kompas dan garisan girid selari dengan garisan penghubung K dan L.Pada

masa yang sama jarum utara kompas hendaklah sama arah dengan utara peta.

c) Bacaan bearing K ke L didapati dari garisan indeks.

5.3 Mencari Bearing Objek Di Atas Tanah

Cara mencari bearing kompas dengan menggunakan kompas orienteering

adalah seperti berikut:

a) Hendaklah berdiri menghala ke arah objek yang akan dicari bearingnya

b) Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak tangan dengan kedudukan tapaktangan rata. Tentukan kedudukan anak panah mara menghala ke arah objek yang

Page 8: Pandu Arah Kembara.docx

7/27/2019 Pandu Arah Kembara.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pandu-arah-kembaradocx 8/13

66

hendak dicari bearing. Selepas itu pusingkan badan anda perlahan-Iahan sehingga

anak panah mara betul-betul menghala kepada objek yang tuju.

c) Tanpa membuat apa-apa perubahan kedudukan kornpas,pusingkan dial sehingga

 jarum kornpas bertindih selari dengan anak panah kompas. Tentukan utara jarumkompas sehala dengan utara anak panah. Bearing kepada objek tersebut diperolehi

pada bacaan yang ada di garisan indeks.

5.4 Menentukan Kedudukan Peta dengan menggunakan kompas

a) Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian letakkan pula kompas di

atas peta tersebut di mana anak panah kompas menghala ke utara peta dan selari

dengan garisan grid timuran di peta. Kemudian pusingkan peta sehingga jarum

kompas bertindih selari dengan anak panah kompas. Dalam keadaan sedemikian

peta diorientasikan sejajar dengan bumi.

6.0 Panduan Lazim bagi Pengembara

Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan peta dan kompas, terdapat cara lain

yang boleh digunakan untuk menunjuk arah. Walaubagaimanapun cara ini

memerlukan pengalam dan penelitian yang terang dan jelas. Di antara panduan

lazim yang biasa digunakan ialah:

a) Matahari

Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di barat. Arah ini boleh diketahui

melalui bayang-bayang. Jika kita dapat mengetahui arah barat dan timur, maka

bolehlah kita tentukan arah yang hendak kita tuju.

b) Bulan

Bulan juga terbit di sebelah timur. Oleh yang demikian dapatlah kita mengetahui arah

mata angin dengan berpandukan bulan pada waktu malam

c) Bintang

Bintang bergerak arah ke barat , bintang-bintang tertentu yg menunjuk kearah utara.

d) Sungai

 Air mengalir kehilir, selalunya ke hilir sungai ada terdapat perkampungan. Oleh yang

demikian, jika kita menghilir sungai, kita akan berjumpa dengan manusia, dan darisitu dapatlah kita menentukan semula arah.

Page 9: Pandu Arah Kembara.docx

7/27/2019 Pandu Arah Kembara.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pandu-arah-kembaradocx 9/13

67

6.1 BERGERAK KE TEMPAT DITUJU

6.1.1 Perancangan Perjalanan

Sebelum bergerak ke tempat yang dituju sedikit perancangan perlu dilakukan untuk

memastikan perjalan akan menjadi lebih mudah dan selamat. Beberapa perkara

yang perlu diberi perhatian dalam perancangan adalah seperti berikut:

a) Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat.

b) Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan cekap meramal sesuatu yang boleh

ditemui di hadapan kita.

c) Kita hendaklah mencatit apa-apa yang luarbiasa atau mercutanda yang boleh

ditemui di sepanjang perjalan sebagai rujukan.

d) Bagi kawasan tinggi dan berbukit-bukau, mengikut permatang akan memudahkan

perjalanan.

e) Bagi kawasan landai dan rata, menyusur sungai menjadi lebih mudah,

walaubagaimanapun patut mengambil perhatian bahawa kawasan sungai biasanya

berpaya, berbelit dan mudah banjir.

Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang perjalanan untuksampai ke tempat tersebut, kita hendaklah sentiasa menjaga arah haluan perjalan

yang disesuaikan dengan keadaan muka bumi dan tumbuh-tumbuhan, supaya ianya

tidak menyimpang daripada matlamat asal. Jika kehilangan haluan kita hendaklah

berhenti dengan segera, berehat sebentar, tenangkan fikiran dan menyemak semula

arah laluan.

6.1.2 Kaedah Pergerakan

Bergerak dalam kumpulan.

a) Hendaklah bergerak dengan tertib dan formasi yang teratur.

b) Adakan perbincangan sebelum perjalanan dibuat.

c) Hendaklah bergerak dalam pasangan, jangan berpecah terutamanya pada waktu

malam gelap. Tiap pandangan hendaklah sentiasa berada dalam jarak yang mudah

dilihat dan didengar panggilannya.

Page 10: Pandu Arah Kembara.docx

7/27/2019 Pandu Arah Kembara.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pandu-arah-kembaradocx 10/13

68

d) Jika bergerak dalam kumpulan yang besar, boleh mengarahkan satu kumpulan

kecil untuk mencari jalan, rintis dan (jika perlu) menyediakan tapak khemah untuk

rehat.

e) Ketua kumpulan jangan bergerak terlalu cepat. Jika ada rintangan perhatikansemua telah melepasinya dan mendapatkan rehat yang cukup.

f) Adalah lebih baik melangkah dengan seragam dan bergerak perlahan kerana ini

kurang memenatkan. Sebaik-baiknya hendaklah melenggang dan jangan

memasukkan tangan di dalam saku.

g) Kerapkali mengambil rehat dan bertanya keadaan setiap orang. Jika membawa

galas, hendaklah sentiasa dibetulkan dan disusun semula supaya kemas dan

seimbang.

6.1.3 Bergerak waktu malam

Berjalan di waktu malam di kawasan yang kurang diketahui sangat

membahayakan kerana penglihatan yang terhad dan kurang jelas. Keadaan ini boleh

menyebabkan kita mudah kehilangan arah yang dituju. Oleh yang demikian,

penggunaan kompas untuk memandu pergerakan amatlah perlu. Di samping itu

hendaklah sentiasa menggunakan pendengaran dan hiduan, di samping melangkah

dengan perlahan dan menguji tempat dipijak sebelum bergerak.

6.1.4 Bergerak di kawasan bukit dan gunung

Di kawasan berbukit dan melereng, adalah baik bergerak di kawasan yang

tinggi iaitu mengikut permatang. Perjalanan mengikut sungai adalah memakan masa

kerana ianya mungkin menempoh jeram, tebing tinggi dan batu licin yang sukar 

hendak dilalui dengan berjalan kaki. Di kawasan lereng curam, langkah hendaklah

dipendekkan. Penggunaan tali atau pun pemegang semasa menuruni lereng licin

amatlah digalakkan. Bagi lereng yang terlalu curam, bergerak mengikut arah zigzig

adalah digalakkan untuk mengelakkan berlaga lutut. Semasa menuruni lereng yang

curam, lutut hendaklah sentiasa dibengkokkan, dan gunakan tumit untuk mencari

tapak.

6.1.5 Bergerak di dalam hutan

Berjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu membuat rintis dan menebastumbuhan untuk memudahkan perjalanan. Jika perlu menebas tebang pokok kecil,

Page 11: Pandu Arah Kembara.docx

7/27/2019 Pandu Arah Kembara.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pandu-arah-kembaradocx 11/13

69

hendaklah dibuat seberapa rapat ke tanah supaya pokok tumbang tidak menghalang

 jalan dan tidak terdapat tunggul yang boleh membahayakan, terutamanya jenis buluh.

Jika terdapat tumbuhan duri Mengkuang dan Asam paya yang tebal, jangan cuba

dirintis tetapi sebaik-baik buatlah susuran.

6.1.6 Menyeberangi sungai

Panduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan

a) Kuala sungai selalunya luas dan dalam, dan terikat dengan keadaan air pasang

surut. Cuba elakkan dari menyeberangi kawasan ini kecuali ada perahu atau rakit.

b) Sebelum menyeberang semak dahulu kedalaman air dan kekuatan aras.

c) Ulu sungai walaupun tidak luas, airnya selalu laju, ada terdapat jeram, tebing,

curam dan berbatu-batu.

d) Jangan mengharung air jika terlau sejuk, ini mung kin menyebabkan terjadinya

ketegangan otot. Boleh menyeberang jika air kurang dari paras lutut dan segera

keringkan seluar selepas sampai ke darat.

e) Gunakan kayu untuk mengukur kedalaman dan kelajuan air.

f) Jika berseluar panjang hendaklah dilipat untuk mengurangkan tolakan/tarikan air.

g) Hendaklah menyeberang secara mengereng di kawasan air dalam, jika air laju

hendaklah membelakarigkan tebing yang dituju kerana tolakan air laju akan

memudahkan kita menyeberang.

6.1.7 Panduan Jarak dan Tempoh Masa Perjalanan

Dalam keadaan biasa, kelajuan perjalan yang diambil adalah berbeza dari satu

situasi yang lain. Bagi membantu kita merancang perjalanan untuk sampai ke

sasaran, panduan kelajuan berikut bolehlah digunakan.

tanah lapang ………………………………… 4 - 5 kmj

mendaki …………………………………………2 -2.5 kmj

meredah hutan rata……………………… 2.5 - 3.5 kmj

meredah hutang lereng ………………… 1 - 1.5 kmj

Page 12: Pandu Arah Kembara.docx

7/27/2019 Pandu Arah Kembara.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pandu-arah-kembaradocx 12/13

70

meredah lalang tebal ………………………0.5 - 0.8 kmj

meredah resam tebal……………………… 0.1 - 0.3 kmj

meredah hutan pava dalam…………… 0.1 - 0.2 kmj

7.0 TINDAKAN APABILA SESAT JALAN

Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian sesat jalan ialah

apabila kita didak sampai ke tempat yang dituju dalam masa yang sewajarnva.

Dalam keadaan ini

Langkah-Iangkah berikut perlulah diambil:

a) Hentikan perjalanan dan berehat dahulu. Jangan panic

b) Teliti peta dan bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat.

c) Berpatah balik ke belakang ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika kita tidak dapat

memastikan di tempat sebenar kita berada.

d) Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir juga tidak dapat membantu mencati

sasaran, maka gunakan deria untuk menetap dan mencari kawasan yang ada

manusia. Gunakan kompas untuk mengambil bearing ke arahnya.

e) Jika anda masih gagal, carilah aliran air atau anak sungai dan mengikutnya

sehinqqa ke sungai dan berjumpa perkampungan.

7.2 Langkah pencegahan daripada sesat jalan

Langkah-Iangkah berikut hendaklah diberi perhatian yang mengelakkan dari

berlakunya sesat jalan.

a) Jangan terburu-buru semasa bergerak.

b) Selalu semak arah perjalanan menggunakan peta dan kompas dengan keadaan

muka bumi yang ditempuhi.

c) Lakarkan laluan perjalanan dari satu titik ke titik kawalan yang lain dan

menandakan ciri-ciri muka bumi yang ditemui

d) Jika mengesyaki sebarang kesilapan berlaku, maka pergerakan hendaklah

dihentikan segera. Selepas semakan dan pembetulan ke atas bacaan kompas dan

peta dibuat, perjalanan bolehlah diteruskan.

Page 13: Pandu Arah Kembara.docx

7/27/2019 Pandu Arah Kembara.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pandu-arah-kembaradocx 13/13

71